Pentomim ini menceritakan tentang tujuh warna pelangi - merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu - yang bertengkar siapa yang paling penting. Mereka akhirnya disekat oleh hujan dan menyedari bahwa semua warna sama-sama penting dalam membentuk keindahan pelangi, seperti peranan guru yang berbagai bidang ilmu namun sama-sama penting. Mereka akhirnya bersatu kembali.
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kisah pelangi
1. Kisah Pelangi : Warna-warna Bergaduh?
SALMIE : Assalamualaikum wbt. Kami barisan guru-guru Kumpulan Rumah Dato’
Bahaman serta 8 orang murid Tahun 6 akan mempersembahkan sebuah
pentomim bertajuk Warna-warni bergaduh? Beserta nyanyian bertajuk
“……………………………………………………………………………………………”.
AZLIN : PADA zaman dahulu,ada 7 warna.
MERAH, JINGGA, KUNING, HIJAU, BIRU, INDIGO, UNGU
Masing-masing rasa diri sendiri lebih hebat. Lebih penting dari diri yang lain.
Hijau berkata :
Murid baju hijau selangkah ke hadapan.
SUHANA : Rumput dan pokok di bumi, semua warna hijau. Oleh itu aku yang
paling penting.
- Murid baju biru berkata:
NORLIZA: Tapi air dan langit warna biru. Tanpa air dan langit, semua hidupan
tak boleh hidup dibumi ini. Jadi birulah yang paling penting.
Murid baju kuning pula selangkah ke hadapan.
AZLIN : Hahahaha… aku yang lebih penting. Warna kuning membawa
keceriaan dan kegembiraan. Tanpa kuning, dunia akan murung.
Murid baju jingga setapak ke hadapan.
SUHANA : Mana boleh, kalau nak rasa ceria dan gembira, kita kena sihat.
Banyak sayuran berwarna jingga. Macam labu, dan lobak. Bukan itu sahaja,
apabila , apabila matahari terbit dan terbenam, indah warna jinggaaa…
Semua tak boleh lawan.
Semua murid pandang satu arah..pakai cermin mata hitam, mulut
ternganga.
SALMIE : Wahhhhhh… Cantikkannnn….
Murid baju merah tolak murid murid baju jingga.
2. AZLIN : Warna merah, warna cinta. Lebih penting dari kamu semua. Tanpa
cinta hidup ini tidak bermakna. Sunyinya dunia.
Murid baju ungu keluar setapak ke hadapan.
NORLIZA: Oh hoh hoh… Saya pulak…Dua tiga kucing berlari…Opocottt
Bunyi petir kuat… Dummmm!!! Hujan pun turun. Semua murid berlari-lari
ke sana ke mari.
Seorang murid ( hujan ) pakai payung keluar.
SUHANA : Wahai warna-warna semua. Jangan gaduh, jangan bongkak,
hiduplah bersama demean aman kerana semua warna pun penting dalam
kehidupan. Seperti seorang guru. Guru juga umpama pelangi, tak kiralah
guru itu ajar subjek apa pun, semuanya penting. Gurulah jadi pelindung,
gurulah doctor, gurulah driver, gurulah pengasuh. Maka hargailah jasa guru
seperti warna pelangi yang indah dilihat.
NORLIZA: Setelah mendengar kata-kata hujan, mereka sedar dan bersatu
untuk menghasilkan pelangi yang sangat cantik.
Murid menyanyi lagu…