2. 1. Kesilapan menulis kata majmuk iaitu sama
ada digabungkan atau tidak digabungkan
kata majmuk tersebut.
Contoh :
• Antarabangsa [Betul], antara bangsa[Salah]
• Urusniaga [Salah], urus niaga [Betul]
• Bandaraya [Salah], bandar raya [Betul]
3. 2. Kesilapan menggandakan perkataan yang
mengikut kata bilangan.
Contoh ;
• Banyak buku-buku [Salah]
• Banyak buku [Betul]
• kebanyakan pelajar-pelajar [Salah]
• kebanyakan pelajar [Betul]
• Lima unsur-unsur yang berikut [Salah]
• Lima unsur yang berikut [Betul]
4. 3. Meletakkan tanda sempang [-] pada kata majmuk
• segi-tiga [Salah], segi tiga [Betul]
• pilih-kasih [Salah], pilih kasih [Betul]
• direka- bentuk, direka bentuk [Betul]
4. Meninggalkan tanda sempang [-] pada kata ganda
• ipar duai [Salah]
ipar- duai [Betul]
• berlari lari [Salah]
berlari-lari [Betul]
5. 5. Kesilapan menggandakan keseluruhan kata atau
kata majmuk yang sepatutnya hanya perkataan
yang pertama sahaja yang perlu digandakan.
Contoh;
• Duta besar-duta besar [Salah]
• Duta-duta besar [Benar]
• Kertas kerja-kertas kerja [Salah]
• Kertas-kertas kerja [Benar]
6. 6. Meletakkan kata bantu ‘saling’ di hadapan
kata ganda bermaksud kata kerja
Contoh;
• saling bantu-membantu [Salah], saling membantu
[Benar]
• saling cinta-mencintai [Salah], saling mencintai
[Benar]