SlideShare a Scribd company logo
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18
KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH
14 MEI 2014
TEMPAT
DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
TEMA
"Life : Cherish Today, Challenge Tomorrow"
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
KERTAS KERJA
MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ IBU ZAIN (KIZ)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan tajaan bagi memohon
peruntukan untuk menganjurkan program Malam Anugerah Tahunan Kolej ke-
18, Kolej Ibu Zain (KIZ) yang akan diadakan pada 14 MEI 2014 bertempat di
Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.0 PENGENALAN
Malam Anugerah Tahunan Kolej atau lebih dikenali sebagai MATK adalah
merupakan acara tahunan Kolej Ibu Zain (KIZ) yang dianjurkan oleh Sekretariat
Majlis Anugerah Tahunan Kolej yang dipimpin oleh Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej
Ibu Zain (KIZ). MATK yang dianjurkan untuk kali ke-18 ini merupakan acara
makan malam tahunan dan juga hari penyampaian anugerah penghargaan bagi
warga kolej di KIZ.
Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai sebuah acara makan malam
tahunan yang melibatkan pentadbiran UKM, pentadbiran kolej, pelajar KIZ, dan
wakil dari pihak tajaan program di KIZ sepanjang sesi pengajian pada kali ini.
MATK kali ini akan dijadikan sebagai platform jaringan dengan syarikat dan
tajaan dari luar. Melalui MATK ini, penghargaan penuh diberikan kepada setiap
pihak sama ada dalam UKM atau luar UKM yang banyak menyumbang dalam
projek dan kejayaan aktiviti di KIZ.
MATK juga merupakan medium untuk menghargai pelajar cemerlang dalam
pelajaran, sukan, aktiviti dan projek pelajar serta sebagai penghargaan kepada
pelajar tahun akhir pengajian di bumi KIZ yang tercinta. Program ini juga
bertujuan memenuhi misi Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menerapkan
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
nilai-nilai profesionalisme dan kebertanggungjawaban dalam kalangan
mahasiswa/I yang terlibat dalam penganjuran MATK. Banyak kemahiran yang
dapat dikuasai oleh para pelajar seperti:
 Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban
 Kemahiran Komunikasi
 Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
 Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme
 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan
Saintifik
 Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
 Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan
 Kemahiran Kreatif dan Inovatif
3.0 MISI
Program ini diadakan dengan misi untuk menjadi platform pertemuan pihak
berkaitan dalam suasana keramaian. Di samping itu, terdapat slot yang
melibatkan tema MATK pada kali ini iaitu, “Life: Cherish Today, Challenge
Tomorrow” mengenai sebuah kehidupan yang perlu dihargai yang bertujuan
untuk menaikkan semangat dan sebagai motivasi kepada warga kolej
terutamanya pelajar. MATK juga menjadi bukti penghargaan kolej kepada warga
KIZ khususnya pelajar tahun akhir dan penerima anugerah pada malam
anugerah pada kali ini.
4.0 MATLAMAT
Dalam mencapai misi yang ditetapkan, MATK18 bukan sekadar sebuah majlis
anugerah makan malam yang biasa kerana matlamat utama penganjuran
MATK18 pada kali ini juga adalah untuk membina jaringan usahasama dengan
pihak dalam dan luar UKM melalui perlaksanaan sebuah majlis penyampaian
anugerah dan makan malam yang mewah dan penuh etika dan protokol.
OBJEKTIF
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
 Meraikan pelajar tahun akhir KIZ dan penghargaan kepada pelajar
cemerlang sepanjang sesi 2013/2014.
 Memberi ruang kepada pelajar KIZ mendapatkan pengalaman dalam
majlis berprestij untuk mengaplikasikan etika dan protokol yang sebenar.
 Menjadi medium untuk pelajar meningkatkan kemahiran diri dan sosial
dalam menguruskan sebuah majlis anugerah makan malam yang
berprestij.
 Membina jaringan kerjasama dengan pihak dalam dan luar universiti
dalam penganjuran projek pelajar yang berimpak tinggi.
6.0 TEMA
Tema Malam Anugerah Tahunan Kolej ke-18 ialah "Life : Cherish Today,
Challenge Tomorrow" yang mempunyai makna yang perlu diterokai oleh
pelajar. Tema ini dipilih dalam menunjukkan bahawa kehidupan seseorang
pelajar itu tidak hanya tertumpu kepada kehidupan di universiti semata-mata
namun meliputi seluruh aspek kehidupan. Oleh itu, setiap hari yang dilalui perlu
dihargai dan dilalui dengan penuh keazaman dan keyakinan dalam menghadapi
cabaran pada masa hadapan.
Majlis yang diadakan di DECTAR, UKM ini membawa konsep dalam taman atau
‘garden’ dengan gabungan sakura dan 'winter'. Konsep ini merupakan suatu
cabaran bagi merealisasikan konsep dalam taman di dalam dewan. Tema
pakaian yang dipilih pula ialah tema warna pastel.
Tema MATK pada tahun ini membawa kelainan yang cukup berbeza daripada
penganjuran MATK yang sebelumnya kerana buat julung kalinya, MATK
diadakan dengan membawa masuk sebuah konsep 'outdoor' ke dalam dewan
yang sememangnya cukup elegan dan ekslusif serta membawa suatu suasana
baru kepada para pelajar dan tetamu.
7.0 ANJURAN
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
Majlis Eksekutif Pelajar (MEP)
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini diadakan pada:
Tarikh : 14 MEI 2014
Masa : 8.00 pm - 12.00 am
9.0 TEMPAT PROGRAM
Majlis Makan Malam Tahunan KIZ, MATK-18 akan berlangsung di Dewan
Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia.
10.0 SASARAN PESERTA
MATK Ke-18 ini akan menjemput Naib Canselor Universiti Kebangsaan
Malaysia, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali yang tertarik dan kagum dengan
kejayaan Kolej Ibu Zain dalam melaksanakan aktiviti pelajar yang berimpak
tinggi dengan keberanian KIZ dalam melakukan inovasi.
Pentadbiran tertinggi universiti seperti barisan Timbalan Naib Canselor UKM
juga turut hadir dalam memeriahkan MATK18. Pengetua setiap kolej yang terdiri
daripada 12 kolej di UKM turut dijemput. Selain itu, pentadbiran KIZ yang terdiri
daripada Pengetua KIZ, En Anuar Ahmad, Majlis Felo dan barisan staf pejabat
KIZ turut hadir pada majlis ini.
Sasaran peserta yang paling utama semestinya barisan pelajar KIZ bukan
sahaja pelajar dalam negara, malahan pelajar antarabangsa. Pelajar KIZ terdiri
daripada prasiswazah iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda, siswazah iaitu pelajar
Sarjana, serta pelajar PhD. Alumni universiti juga turut dijemput dalam MATK kali
ini.
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
11.0 PUBLISITI
Kawasan liputan publisiti merangkumi notis, banner, bunting yang kreatif dan
menarik di segenap kawasan Kolej Ibu Zain dan sekitar UKM. Publisiti juga akan
dilakukan di International Student Centre. Tayangan multimedia akan dipaparkan
sebulan sebelum acara berlangsung di sekitar kafeteria KIZ. Promosi mengenai
MATK18 anjuran Kolej Ibu Zain turut dihebahkan melalui media sosial MATK iaitu
di laman facebook, twitter dan Instagram.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Jumlah keseluruhan adalah seramai 50 urusetia termasuk Majlis Tertinggi dan AJK
pelaksana. Para tetamu pula dianggarkan 500 orang mewakili Pentadbiran UKM,
Pentadbiran Kolej dan Majlis Felo KIZ, wakil persembahan dan alumni, pelajar KIZ
dalam dan luar negara.
13. 0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Persembahan Permulaan Persembahan berdasarkan tema.
Ucapan Majlis Ucapan dimulakan dengan ucapan ketua pengarah program,
ucapan pengetua kolej KIZ dan seterusnya diikuti ucapan
perasmian oleh Naib Cancelor UKM.
Jamuan Makan Sambil menikmati juadah yang dihidangkan, tetamu juga akan
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
disajikan dengan alunan muzik berdasarkan tema yang pasti akan
menimbulkan perasaan yang romantik dan menenangkan malah
memberi seribu satu makna dan kelainan kepada para tetamu
yang menghadiri majlis kami.
Persembahan Antara persembahan yang kami sajikan untuk tatapan para
tetamu ialah persembahan Artisukma, iaitu sebuah persatuan
pelajar UKM untuk memainkan piano dan violin sebagai
persembahan permulaan. Bagi persembahan kedua, sebuah band
telah dijemput untuk menemani para tetamu ketika para tetamu
sedang menjamu selera dan seterusnya persembahan ketiga
kami telah menjemput artis jemputan bagi menghangatkan lagi
majlis makan malam dan anugerah kami. Bagi persembahan
penutup pula kami telah bercadang untuk menggabungkan band
tersebut dan artis jemputan yang pastinya akan menjadi penutup
yang hebat yang akan diingati oleh semua.
Multimedia Persembahan montaj yang mengenang kembali dan seterusnya
membuatkan mereka mengukir senyuman di bibir dan sudah
semestinya gelak ketawa akan kedengaran kerana kegiatan yang
mereka lakukan sepanjang berada di Kolej Ibu Zain telah
disatukan di dalam satu persembahan montaj malah mereka juga
merasakan diri mereka dihargai oleh seluruh warga KIZ diatas
pembikinan video tersebut.
Slot Khas KPTA Slot khas yang diadakan untuk meraikan pelajar tahun akhir kolej
ini dirancang melalui sebuah persembahan yang pasti mereka
akan kenang dan hargai walaupun mereka sudah mengakhiri
zaman belajar mereka di UKM.
Anugerah Anugerah yang akan disampaikan adalah Anugerah Dekan,
Anugerah Khas Felo, Anugerah MATK, Anugerah Tokoh Ibu Zain.
Anugerah yang diberikan merupakan tanda penghargaan
daripada pihak kolej kepada para pelajar di atas kejayaan mereka
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
dalam pelajaran dan juga bidang-bidang lain.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat,
sila hubungi:
DG ROZIEKAH BINTI USSIN
Ketua Pengarah
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
Plaza MEP, Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-89215602 (pejabat kolej)
Faksimili : 03-89215600
No Telefon : 014-3475684
E-mel : dgykaussin@rocketmail.com
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
10 Mei 2014
18.0 PENUTUP
Diharap kertas cadangan program Malam Anugerah Tahunan Kolej ke-18 dapat
dipertimbangkan dan diluluskan, seterusnya pihak tuan dapat memberi bantuan
kewangan dan penajaan dalam apa-apa bentuk untuk menjayakan program ini.
Diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya untuk
melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek disamping mengeratkan
lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kolej, dari puncak organisasi
hingga kepada warga kolej, serta mencapai matlamat penganjuran program
untuk membina jaringan kerjasama dengan pihak dalam dan luar UKM. Setinggi
penghargaan diucapkan.
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
Disediakan oleh,
DG ROZIEKAH BINTI USSIN
Ketua Pengarah
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
NORZAFIRAH BINTI RASMANI
Timbalan Ketua Eksekutif
Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014
Kolej Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan Oleh,
ENCIK ANUAR AHMAD
Pengetua
Kolej Kediaman Ibu Zain (KIZ)
Universiti Kebangsaan Malaysia
No Tel : 0126030881
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI
MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18
Penaung
YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Tn. Hj. Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat
En. Anuar Ahmad
Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
Penyelia
En. Ong Chang Ee
Felo Kolej Ibu Zain (KIZ)
Felo Penasihat
En. Nor Adlyizan Theis
Felo Kolej Ibu Zain
Ketua Pengarah
Dg Roziekah Binti Ussin
A146498 | FUU/1
014-3475684
Timbalan Pengarah
Nor Suhada Binti Mad Yusof
A146906 | FPI/1
013-4645014
Setiausaha
Nur Fatin Binti Mohamad Farid
A146475 | FUU/1
013-2293512
Bendahari
Siti Munirah Mohmad Yusop
A143248 | FEP/1
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
013-4822087
Penyelaras Program : Siti Nuraisyah Binti Sam
A145237
Timbalan Penyelaras
Program : Batrisyia Fatini Binti Sedik
A143371 | FEP/1
Penyelaras Protokol : Mas Ainnur Binti Abu Bakar
A146237 | FTSM/1
Timbalan Penyelaras
Protokol : Nur Atikah Amira Bt. Mohd Zain
A146210 | FTSM/1
Penyelaras Teknikal : Muhammad Hazim Ishak
A145283 | FSSK/1
Timbalan Penyelaras
Teknikal : Mohamad Adli Imran Bin Arzemi
A145092 | FSSK/1
Penyelaras Peralatan : Mumtaz Nabihah Binti Nasruddin
A145436 | FSSK/1
Timbalan Penyelaras
Peralatan : Nurul Atikah Bt. Mohd Pozi
A145407 | FSSK/1
Penyelaras Publisiti &
Multimedia : Najihah Bt. Ahamad Pekry
A145674
Timbalan Penyelaras
Publisiti & Multimedia : Nadhirah Bt. Ahmad Kamal
A145940
Penyelaras Pemasaran : Siti Nurul Fatihah Binti Auzar
A145662 | FST/1
Timbalan Penyelaras
Penajaan & Pemasaran : Noor Yanie Binti Ranee
A145641 | FST/1
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
Penyelaras Tugas-Tugas Khas : Nurfasihah Binti Mustapha
A143413 | FEP/1
Timbalan Penyelaras
Tugas-Tugas Khas : Fauziah Hanim Binti Samsudin
A143338 | FEP/1
Penyelaras Jamuan : Alifah Ilyana Binti Mat Jusoh
A146808
Timbalan Penyelaras Jamuan : Nurul Uzma Binti Abdullah
A146896
Penyelaras Cenderamata : Nur Hanani Izzati Binti Hatra
A146880 | FEP/1
Timbalan Penyelaras
Cenderamata : Nur Ezzati Binti Mohd Noor
A146886 | FEP/1
Penyelaras Logistik : Syahirah Bt. Md Zamri
A146794
AJK:
1. Nor Atiqah Binti Md Isa
2. Khairul Khazuan Bin Kasim
3. Mohd Elfie Shahrizat Bin Mohd Abd Kudus
4. Tengku Muhammad Adiddudin Shah
5. Thessalonesa Anak Antija
6. Choo Wen Chun
7. Siti Sofia Farhanah Binti Rahmad
8. Muhammad Naim Bin Saidun
9. Muhammad Hafizi Bin Manap
10. Nor Aishah Binti Muhammad Yunos
11. Muhammad Aliffshah Bin Mohd Shah
12. Fatimatul Zahrah Binti Sulaiman
13. Nur Syamsina Zahra Bt Norhisham
14. Siti Maisarah Binti Ahmad
15. Nurul Husna Nasir
16. Shaheera Elani
17. Noor Farhana Binti Basiron
18. Nor Najwa Binti Ramli
19. Hew Huei Min
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
20. Majidah Binti Mohamed
21. Ang Min Zhee
23. Kong Ching Ting
25. Devakumar A/L Roopa Das
26. Vilkon Tauning
27. Siew Chir Chuan
28. Lim Hui Ming
29. Ong Yi Min
30. Cheng Sze Yin
31. Ng May Hui
32. Siti Khairunisa Binti Zainal
33. Nur Syaqeera Binti Misman
34. Nurul Fazirah Binti Mohd Yusoff
35. Nur Aina Binti Hashim
36. Maizatulakmaliah Binti Mohamed
37. Intan Izzni Binti Jamaluddin
38. Nurul 'Aqilah Bt. Md Hapidz
39. Nur Ayuni Bt. Mat Yusoof
40. Norzafirah Binti Rasmani
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
Lampiran B
TENTATIF PROGRAM
MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18
14 Mei 2014 (RABU)
MASA PERKARA
7.45 P.M KETIBAAN PELAJAR
8.00 P.M KETIBAAN VIP
8.05 P.M NYAYIAN LAGU NEGARAKU DAN
VARSITI KITA
8.10 P.M PERSEMBAHAN PEMBUKAAN (1)
8.25 P.M BACAAN DOA
UCAPAN ALUAN
PENGARAH PROJEK MATK
PENGETUA KOLEJ IBU ZAIN
NC UKM
9.00 P.M GIMIK PERASMIAN
9.05 P.M PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
9.20 P.M BACAAN DOA MAKAN
9.25 P.M JAMUAN MAKAN
PERSEMBAHAN 2
ANUGERAH DEKAN
9.55 P.M PERSEMBAHAN 3
CABUTAN BERTUAH
10.15 P.M PENYAMPAIAN ANUGERAH
ANUGERAH KHAS FELO
SLOT KPTA
KING & QUEEN OF THE NIGHT
ANUGERAH MATK
ANUGERAH TOKOH IBU ZAIN
CABUTAN BERTUAH
11.00 P.M PERSEMBAHAN PENUTUP
11.15 P.M MAJLIS BERSURAI
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
Lampiran C
BELANJAWAN
MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18
A. Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA RM
1.
Sumbangan
Pejabat KIZ (RM 20 x 400 orang)
Yuran Blok (RM 10 x 350 orang)
Tabung MEP
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Perbarisan
RM 8000.00
RM 3500.00
RM 3000.00
RM 400.00
RM 750.00
2. Jualan & Perkhidmatan
Penajaan dan Pemasaran RM 2000.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 17,650.00
B. Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA KOS (RM)
1.
Pengurusan dan Pentadbiran
Kertas A4 (RM10 x 30)
Alat Tulis
Printing
Tag nama
RM 500.00
2. Jamuan
Tetamu (RM20 x 400)
RM 8,000.00
3.
Publisiti & Multimedia
Banner Program (RM 100 x 2 helai)
Bunting (RM 100 x 2 helai)
Poster (RM 2 x 25 helai)
Kad jemputan (RM 1 x 30 keping)
Ticket (RM0.30 x 400 keping)
RM 200.00
RM 200.00
RM 50.00
RM 30.00
RM 120.00
Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18
03 Mei 2014
4. Pengangkutan RM 500.00
5.
Cenderamata program
VVIP: Perasmi (RM50 x 2 orang)
Kakitangan dan pelajar (RM5 x 450 orang)
Pelajar Tahun Akhir (RM5 x 100 orang)
RM 100.00
RM 2250.00
RM 500.00
8.
Program
Gimik Perasmian
Persembahan
Cabutan Bertuah
Corsage
RM 400.00
RM 2000.00
RM 400.00
RM 200.00
9
Kemudahan Dewan
Hiasan dewan
Teknikal
RM 1500.00
RM 200.00
10. Protokol
Caj perkhidmatan RM 200.00
11 RENCAM RM 300.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 17,650.00

More Related Content

What's hot

Kertas Kerja China
Kertas Kerja  China Kertas Kerja  China
Kertas Kerja China Zulkarnain
 
Teks pengacara majlis penutup kejohanan sukan
Teks pengacara majlis penutup kejohanan sukanTeks pengacara majlis penutup kejohanan sukan
Teks pengacara majlis penutup kejohanan sukan
IPGM_KDRI
 
Teks pengacara kejohanan boling daerah
Teks pengacara kejohanan boling daerahTeks pengacara kejohanan boling daerah
Teks pengacara kejohanan boling daerah
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Laporan kemerdekaan 2017
Laporan kemerdekaan 2017Laporan kemerdekaan 2017
Laporan kemerdekaan 2017
Fazlina Adama
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
Noramaly AFiqa
 
Graduasi 2012
Graduasi 2012Graduasi 2012
Graduasi 2012
Ting Tin Chung
 
Pertandingan persembahan multimedia sekolah
Pertandingan persembahan multimedia sekolahPertandingan persembahan multimedia sekolah
Pertandingan persembahan multimedia sekolah
Tuan Uder
 
Teks pengacara
Teks pengacaraTeks pengacara
Teks pengacara
Zatil Nabilah
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Noor Aziana Fauzi
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanUmmi Najmi
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlisnora fizah
 
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Stephanie Unsil
 

What's hot (14)

Skrip mc sukan
Skrip mc sukanSkrip mc sukan
Skrip mc sukan
 
Kertas Kerja China
Kertas Kerja  China Kertas Kerja  China
Kertas Kerja China
 
Teks pengacara majlis penutup kejohanan sukan
Teks pengacara majlis penutup kejohanan sukanTeks pengacara majlis penutup kejohanan sukan
Teks pengacara majlis penutup kejohanan sukan
 
Teks pengacara kejohanan boling daerah
Teks pengacara kejohanan boling daerahTeks pengacara kejohanan boling daerah
Teks pengacara kejohanan boling daerah
 
Laporan kemerdekaan 2017
Laporan kemerdekaan 2017Laporan kemerdekaan 2017
Laporan kemerdekaan 2017
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
Graduasi 2012
Graduasi 2012Graduasi 2012
Graduasi 2012
 
Pertandingan persembahan multimedia sekolah
Pertandingan persembahan multimedia sekolahPertandingan persembahan multimedia sekolah
Pertandingan persembahan multimedia sekolah
 
Teks pengacara
Teks pengacaraTeks pengacara
Teks pengacara
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
Kae 2
Kae 2Kae 2
Kae 2
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
Teks Pengacara Hari Guru Sk Skarok 2019
 

Similar to Kertas kerja matk18_-_dectar_14_mei (1)

Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Atikah Yahya
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014intansyahira_IS
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Raihan Najihah
 
Kertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukmKertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukm
amyloi_9
 
Perutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpmPerutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpm
Junjong
 
Icn kertas cadangan (1)
Icn kertas cadangan (1)Icn kertas cadangan (1)
Icn kertas cadangan (1)
cy950605
 
Icn kertas cadangan
Icn kertas cadanganIcn kertas cadangan
Icn kertas cadangan
minswad
 
Icn kertas cadangan
Icn kertas cadangan Icn kertas cadangan
Icn kertas cadangan
Xic Min
 
Kertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICNKertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICN
siewtingyeo
 
Hi tea ftsm
Hi tea ftsmHi tea ftsm
Hi tea ftsm
nuraishah91
 
hiHi tea ftsm
hiHi tea ftsmhiHi tea ftsm
hiHi tea ftsm
nuraishah91
 
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khasMohd Shuki Ahmad
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisan
Mohd Amri
 
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdfKERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
PPDMIRICM23KPM
 
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhabanPertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
cikgumadir
 
Kertas Kerja Anugerah KK 2018
Kertas Kerja Anugerah KK 2018Kertas Kerja Anugerah KK 2018
Kertas Kerja Anugerah KK 2018
muhammad hilmi
 
Kertas kerja hari anugerah 2017
Kertas kerja hari anugerah 2017Kertas kerja hari anugerah 2017
Kertas kerja hari anugerah 2017
Francis Vedamuthu
 
Ringkasan eksekutif
Ringkasan eksekutifRingkasan eksekutif
Ringkasan eksekutifatika295
 

Similar to Kertas kerja matk18_-_dectar_14_mei (1) (20)

Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014Kertas kerja tg2 km 20132014
Kertas kerja tg2 km 20132014
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
 
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
Kertas kerja temasya gemilang kolej keris mas 20132014
 
Kertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukmKertas kerja orkestra traditional ukm
Kertas kerja orkestra traditional ukm
 
Perutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpmPerutusan tahun baharu 2016 kpm
Perutusan tahun baharu 2016 kpm
 
Icn kertas cadangan (1)
Icn kertas cadangan (1)Icn kertas cadangan (1)
Icn kertas cadangan (1)
 
Icn kertas cadangan
Icn kertas cadanganIcn kertas cadangan
Icn kertas cadangan
 
Icn kertas cadangan
Icn kertas cadangan Icn kertas cadangan
Icn kertas cadangan
 
Kertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICNKertas Cadangan Program ICN
Kertas Cadangan Program ICN
 
Hi tea ftsm
Hi tea ftsmHi tea ftsm
Hi tea ftsm
 
hiHi tea ftsm
hiHi tea ftsmhiHi tea ftsm
hiHi tea ftsm
 
Objektif
ObjektifObjektif
Objektif
 
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
66498021 cadangan-penubuhan-kumpulan-nasyid-pendidikan-khas
 
bahagian b penulisan
bahagian b   penulisanbahagian b   penulisan
bahagian b penulisan
 
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdfKERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
KERTAS CADANGAN HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2022 (4).pdf
 
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhabanPertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
Pertandingan kompang selawat_dan_berzanji_marhaban
 
Laporan Aktiviti
Laporan AktivitiLaporan Aktiviti
Laporan Aktiviti
 
Kertas Kerja Anugerah KK 2018
Kertas Kerja Anugerah KK 2018Kertas Kerja Anugerah KK 2018
Kertas Kerja Anugerah KK 2018
 
Kertas kerja hari anugerah 2017
Kertas kerja hari anugerah 2017Kertas kerja hari anugerah 2017
Kertas kerja hari anugerah 2017
 
Ringkasan eksekutif
Ringkasan eksekutifRingkasan eksekutif
Ringkasan eksekutif
 

More from Xic Min

Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Xic Min
 
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Xic Min
 
Kertas kerja night_of_kung_fu
Kertas kerja night_of_kung_fuKertas kerja night_of_kung_fu
Kertas kerja night_of_kung_fuXic Min
 
Keusahawanan dan pengurusan
Keusahawanan dan pengurusanKeusahawanan dan pengurusan
Keusahawanan dan pengurusanXic Min
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksiXic Min
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksiXic Min
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksiXic Min
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksiXic Min
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksiXic Min
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksiXic Min
 
Creative and innovative
Creative and innovativeCreative and innovative
Creative and innovative
Xic Min
 

More from Xic Min (13)

Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
 
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalismeRefleksi hp etika, nilai profesionalisme
Refleksi hp etika, nilai profesionalisme
 
Kertas kerja night_of_kung_fu
Kertas kerja night_of_kung_fuKertas kerja night_of_kung_fu
Kertas kerja night_of_kung_fu
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Keusahawanan dan pengurusan
Keusahawanan dan pengurusanKeusahawanan dan pengurusan
Keusahawanan dan pengurusan
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Creative and innovative
Creative and innovativeCreative and innovative
Creative and innovative
 

Kertas kerja matk18_-_dectar_14_mei (1)

  • 1. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18 KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 14 MEI 2014 TEMPAT DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK ANJURAN MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) TEMA "Life : Cherish Today, Challenge Tomorrow"
  • 2. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 KERTAS KERJA MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18 MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP) KOLEJ IBU ZAIN (KIZ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini disediakan untuk mendapatkan tajaan bagi memohon peruntukan untuk menganjurkan program Malam Anugerah Tahunan Kolej ke- 18, Kolej Ibu Zain (KIZ) yang akan diadakan pada 14 MEI 2014 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia. 2.0 PENGENALAN Malam Anugerah Tahunan Kolej atau lebih dikenali sebagai MATK adalah merupakan acara tahunan Kolej Ibu Zain (KIZ) yang dianjurkan oleh Sekretariat Majlis Anugerah Tahunan Kolej yang dipimpin oleh Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Ibu Zain (KIZ). MATK yang dianjurkan untuk kali ke-18 ini merupakan acara makan malam tahunan dan juga hari penyampaian anugerah penghargaan bagi warga kolej di KIZ. Tujuan utama program ini diadakan adalah sebagai sebuah acara makan malam tahunan yang melibatkan pentadbiran UKM, pentadbiran kolej, pelajar KIZ, dan wakil dari pihak tajaan program di KIZ sepanjang sesi pengajian pada kali ini. MATK kali ini akan dijadikan sebagai platform jaringan dengan syarikat dan tajaan dari luar. Melalui MATK ini, penghargaan penuh diberikan kepada setiap pihak sama ada dalam UKM atau luar UKM yang banyak menyumbang dalam projek dan kejayaan aktiviti di KIZ. MATK juga merupakan medium untuk menghargai pelajar cemerlang dalam pelajaran, sukan, aktiviti dan projek pelajar serta sebagai penghargaan kepada pelajar tahun akhir pengajian di bumi KIZ yang tercinta. Program ini juga bertujuan memenuhi misi Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menerapkan
  • 3. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 nilai-nilai profesionalisme dan kebertanggungjawaban dalam kalangan mahasiswa/I yang terlibat dalam penganjuran MATK. Banyak kemahiran yang dapat dikuasai oleh para pelajar seperti:  Kemahiran Sosial dan Kebertanggungjawaban  Kemahiran Komunikasi  Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat  Kemahiran Menunjukkan Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme  Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Pendekatan Saintifik  Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan  Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan  Kemahiran Kreatif dan Inovatif 3.0 MISI Program ini diadakan dengan misi untuk menjadi platform pertemuan pihak berkaitan dalam suasana keramaian. Di samping itu, terdapat slot yang melibatkan tema MATK pada kali ini iaitu, “Life: Cherish Today, Challenge Tomorrow” mengenai sebuah kehidupan yang perlu dihargai yang bertujuan untuk menaikkan semangat dan sebagai motivasi kepada warga kolej terutamanya pelajar. MATK juga menjadi bukti penghargaan kolej kepada warga KIZ khususnya pelajar tahun akhir dan penerima anugerah pada malam anugerah pada kali ini. 4.0 MATLAMAT Dalam mencapai misi yang ditetapkan, MATK18 bukan sekadar sebuah majlis anugerah makan malam yang biasa kerana matlamat utama penganjuran MATK18 pada kali ini juga adalah untuk membina jaringan usahasama dengan pihak dalam dan luar UKM melalui perlaksanaan sebuah majlis penyampaian anugerah dan makan malam yang mewah dan penuh etika dan protokol. OBJEKTIF
  • 4. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014  Meraikan pelajar tahun akhir KIZ dan penghargaan kepada pelajar cemerlang sepanjang sesi 2013/2014.  Memberi ruang kepada pelajar KIZ mendapatkan pengalaman dalam majlis berprestij untuk mengaplikasikan etika dan protokol yang sebenar.  Menjadi medium untuk pelajar meningkatkan kemahiran diri dan sosial dalam menguruskan sebuah majlis anugerah makan malam yang berprestij.  Membina jaringan kerjasama dengan pihak dalam dan luar universiti dalam penganjuran projek pelajar yang berimpak tinggi. 6.0 TEMA Tema Malam Anugerah Tahunan Kolej ke-18 ialah "Life : Cherish Today, Challenge Tomorrow" yang mempunyai makna yang perlu diterokai oleh pelajar. Tema ini dipilih dalam menunjukkan bahawa kehidupan seseorang pelajar itu tidak hanya tertumpu kepada kehidupan di universiti semata-mata namun meliputi seluruh aspek kehidupan. Oleh itu, setiap hari yang dilalui perlu dihargai dan dilalui dengan penuh keazaman dan keyakinan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan. Majlis yang diadakan di DECTAR, UKM ini membawa konsep dalam taman atau ‘garden’ dengan gabungan sakura dan 'winter'. Konsep ini merupakan suatu cabaran bagi merealisasikan konsep dalam taman di dalam dewan. Tema pakaian yang dipilih pula ialah tema warna pastel. Tema MATK pada tahun ini membawa kelainan yang cukup berbeza daripada penganjuran MATK yang sebelumnya kerana buat julung kalinya, MATK diadakan dengan membawa masuk sebuah konsep 'outdoor' ke dalam dewan yang sememangnya cukup elegan dan ekslusif serta membawa suatu suasana baru kepada para pelajar dan tetamu. 7.0 ANJURAN
  • 5. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia 8.0 TARIKH DAN MASA Program ini diadakan pada: Tarikh : 14 MEI 2014 Masa : 8.00 pm - 12.00 am 9.0 TEMPAT PROGRAM Majlis Makan Malam Tahunan KIZ, MATK-18 akan berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia. 10.0 SASARAN PESERTA MATK Ke-18 ini akan menjemput Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali yang tertarik dan kagum dengan kejayaan Kolej Ibu Zain dalam melaksanakan aktiviti pelajar yang berimpak tinggi dengan keberanian KIZ dalam melakukan inovasi. Pentadbiran tertinggi universiti seperti barisan Timbalan Naib Canselor UKM juga turut hadir dalam memeriahkan MATK18. Pengetua setiap kolej yang terdiri daripada 12 kolej di UKM turut dijemput. Selain itu, pentadbiran KIZ yang terdiri daripada Pengetua KIZ, En Anuar Ahmad, Majlis Felo dan barisan staf pejabat KIZ turut hadir pada majlis ini. Sasaran peserta yang paling utama semestinya barisan pelajar KIZ bukan sahaja pelajar dalam negara, malahan pelajar antarabangsa. Pelajar KIZ terdiri daripada prasiswazah iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda, siswazah iaitu pelajar Sarjana, serta pelajar PhD. Alumni universiti juga turut dijemput dalam MATK kali ini.
  • 6. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 11.0 PUBLISITI Kawasan liputan publisiti merangkumi notis, banner, bunting yang kreatif dan menarik di segenap kawasan Kolej Ibu Zain dan sekitar UKM. Publisiti juga akan dilakukan di International Student Centre. Tayangan multimedia akan dipaparkan sebulan sebelum acara berlangsung di sekitar kafeteria KIZ. Promosi mengenai MATK18 anjuran Kolej Ibu Zain turut dihebahkan melalui media sosial MATK iaitu di laman facebook, twitter dan Instagram. 12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah keseluruhan adalah seramai 50 urusetia termasuk Majlis Tertinggi dan AJK pelaksana. Para tetamu pula dianggarkan 500 orang mewakili Pentadbiran UKM, Pentadbiran Kolej dan Majlis Felo KIZ, wakil persembahan dan alumni, pelajar KIZ dalam dan luar negara. 13. 0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B 15.0 PERINCIAN PROGRAM Persembahan Permulaan Persembahan berdasarkan tema. Ucapan Majlis Ucapan dimulakan dengan ucapan ketua pengarah program, ucapan pengetua kolej KIZ dan seterusnya diikuti ucapan perasmian oleh Naib Cancelor UKM. Jamuan Makan Sambil menikmati juadah yang dihidangkan, tetamu juga akan
  • 7. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 disajikan dengan alunan muzik berdasarkan tema yang pasti akan menimbulkan perasaan yang romantik dan menenangkan malah memberi seribu satu makna dan kelainan kepada para tetamu yang menghadiri majlis kami. Persembahan Antara persembahan yang kami sajikan untuk tatapan para tetamu ialah persembahan Artisukma, iaitu sebuah persatuan pelajar UKM untuk memainkan piano dan violin sebagai persembahan permulaan. Bagi persembahan kedua, sebuah band telah dijemput untuk menemani para tetamu ketika para tetamu sedang menjamu selera dan seterusnya persembahan ketiga kami telah menjemput artis jemputan bagi menghangatkan lagi majlis makan malam dan anugerah kami. Bagi persembahan penutup pula kami telah bercadang untuk menggabungkan band tersebut dan artis jemputan yang pastinya akan menjadi penutup yang hebat yang akan diingati oleh semua. Multimedia Persembahan montaj yang mengenang kembali dan seterusnya membuatkan mereka mengukir senyuman di bibir dan sudah semestinya gelak ketawa akan kedengaran kerana kegiatan yang mereka lakukan sepanjang berada di Kolej Ibu Zain telah disatukan di dalam satu persembahan montaj malah mereka juga merasakan diri mereka dihargai oleh seluruh warga KIZ diatas pembikinan video tersebut. Slot Khas KPTA Slot khas yang diadakan untuk meraikan pelajar tahun akhir kolej ini dirancang melalui sebuah persembahan yang pasti mereka akan kenang dan hargai walaupun mereka sudah mengakhiri zaman belajar mereka di UKM. Anugerah Anugerah yang akan disampaikan adalah Anugerah Dekan, Anugerah Khas Felo, Anugerah MATK, Anugerah Tokoh Ibu Zain. Anugerah yang diberikan merupakan tanda penghargaan daripada pihak kolej kepada para pelajar di atas kejayaan mereka
  • 8. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 dalam pelajaran dan juga bidang-bidang lain. 16.0 BELANJAWAN Rujuk lampiran C 17.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat menyurat, sila hubungi: DG ROZIEKAH BINTI USSIN Ketua Pengarah Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 Plaza MEP, Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon : 03-89215602 (pejabat kolej) Faksimili : 03-89215600 No Telefon : 014-3475684 E-mel : dgykaussin@rocketmail.com
  • 9. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 10 Mei 2014 18.0 PENUTUP Diharap kertas cadangan program Malam Anugerah Tahunan Kolej ke-18 dapat dipertimbangkan dan diluluskan, seterusnya pihak tuan dapat memberi bantuan kewangan dan penajaan dalam apa-apa bentuk untuk menjayakan program ini. Diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya untuk melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kolej, dari puncak organisasi hingga kepada warga kolej, serta mencapai matlamat penganjuran program untuk membina jaringan kerjasama dengan pihak dalam dan luar UKM. Setinggi penghargaan diucapkan.
  • 10. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 Disediakan oleh, DG ROZIEKAH BINTI USSIN Ketua Pengarah Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014 Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia Disahkan oleh, NORZAFIRAH BINTI RASMANI Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar sesi 2013/2014 Kolej Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia Diluluskan Oleh, ENCIK ANUAR AHMAD Pengetua Kolej Kediaman Ibu Zain (KIZ) Universiti Kebangsaan Malaysia No Tel : 0126030881
  • 11. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 Lampiran A STRUKTUR ORGANISASI MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18 Penaung YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM Pengerusi YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM Penyelaras Tn. Hj. Musa Zainal Abidin Othman Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM Penasihat En. Anuar Ahmad Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ) Penyelia En. Ong Chang Ee Felo Kolej Ibu Zain (KIZ) Felo Penasihat En. Nor Adlyizan Theis Felo Kolej Ibu Zain Ketua Pengarah Dg Roziekah Binti Ussin A146498 | FUU/1 014-3475684 Timbalan Pengarah Nor Suhada Binti Mad Yusof A146906 | FPI/1 013-4645014 Setiausaha Nur Fatin Binti Mohamad Farid A146475 | FUU/1 013-2293512 Bendahari Siti Munirah Mohmad Yusop A143248 | FEP/1
  • 12. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 013-4822087 Penyelaras Program : Siti Nuraisyah Binti Sam A145237 Timbalan Penyelaras Program : Batrisyia Fatini Binti Sedik A143371 | FEP/1 Penyelaras Protokol : Mas Ainnur Binti Abu Bakar A146237 | FTSM/1 Timbalan Penyelaras Protokol : Nur Atikah Amira Bt. Mohd Zain A146210 | FTSM/1 Penyelaras Teknikal : Muhammad Hazim Ishak A145283 | FSSK/1 Timbalan Penyelaras Teknikal : Mohamad Adli Imran Bin Arzemi A145092 | FSSK/1 Penyelaras Peralatan : Mumtaz Nabihah Binti Nasruddin A145436 | FSSK/1 Timbalan Penyelaras Peralatan : Nurul Atikah Bt. Mohd Pozi A145407 | FSSK/1 Penyelaras Publisiti & Multimedia : Najihah Bt. Ahamad Pekry A145674 Timbalan Penyelaras Publisiti & Multimedia : Nadhirah Bt. Ahmad Kamal A145940 Penyelaras Pemasaran : Siti Nurul Fatihah Binti Auzar A145662 | FST/1 Timbalan Penyelaras Penajaan & Pemasaran : Noor Yanie Binti Ranee A145641 | FST/1
  • 13. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 Penyelaras Tugas-Tugas Khas : Nurfasihah Binti Mustapha A143413 | FEP/1 Timbalan Penyelaras Tugas-Tugas Khas : Fauziah Hanim Binti Samsudin A143338 | FEP/1 Penyelaras Jamuan : Alifah Ilyana Binti Mat Jusoh A146808 Timbalan Penyelaras Jamuan : Nurul Uzma Binti Abdullah A146896 Penyelaras Cenderamata : Nur Hanani Izzati Binti Hatra A146880 | FEP/1 Timbalan Penyelaras Cenderamata : Nur Ezzati Binti Mohd Noor A146886 | FEP/1 Penyelaras Logistik : Syahirah Bt. Md Zamri A146794 AJK: 1. Nor Atiqah Binti Md Isa 2. Khairul Khazuan Bin Kasim 3. Mohd Elfie Shahrizat Bin Mohd Abd Kudus 4. Tengku Muhammad Adiddudin Shah 5. Thessalonesa Anak Antija 6. Choo Wen Chun 7. Siti Sofia Farhanah Binti Rahmad 8. Muhammad Naim Bin Saidun 9. Muhammad Hafizi Bin Manap 10. Nor Aishah Binti Muhammad Yunos 11. Muhammad Aliffshah Bin Mohd Shah 12. Fatimatul Zahrah Binti Sulaiman 13. Nur Syamsina Zahra Bt Norhisham 14. Siti Maisarah Binti Ahmad 15. Nurul Husna Nasir 16. Shaheera Elani 17. Noor Farhana Binti Basiron 18. Nor Najwa Binti Ramli 19. Hew Huei Min
  • 14. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 20. Majidah Binti Mohamed 21. Ang Min Zhee 23. Kong Ching Ting 25. Devakumar A/L Roopa Das 26. Vilkon Tauning 27. Siew Chir Chuan 28. Lim Hui Ming 29. Ong Yi Min 30. Cheng Sze Yin 31. Ng May Hui 32. Siti Khairunisa Binti Zainal 33. Nur Syaqeera Binti Misman 34. Nurul Fazirah Binti Mohd Yusoff 35. Nur Aina Binti Hashim 36. Maizatulakmaliah Binti Mohamed 37. Intan Izzni Binti Jamaluddin 38. Nurul 'Aqilah Bt. Md Hapidz 39. Nur Ayuni Bt. Mat Yusoof 40. Norzafirah Binti Rasmani
  • 15. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 Lampiran B TENTATIF PROGRAM MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18 14 Mei 2014 (RABU) MASA PERKARA 7.45 P.M KETIBAAN PELAJAR 8.00 P.M KETIBAAN VIP 8.05 P.M NYAYIAN LAGU NEGARAKU DAN VARSITI KITA 8.10 P.M PERSEMBAHAN PEMBUKAAN (1) 8.25 P.M BACAAN DOA UCAPAN ALUAN PENGARAH PROJEK MATK PENGETUA KOLEJ IBU ZAIN NC UKM 9.00 P.M GIMIK PERASMIAN 9.05 P.M PERSEMBAHAN MULTIMEDIA 9.20 P.M BACAAN DOA MAKAN 9.25 P.M JAMUAN MAKAN PERSEMBAHAN 2 ANUGERAH DEKAN 9.55 P.M PERSEMBAHAN 3 CABUTAN BERTUAH 10.15 P.M PENYAMPAIAN ANUGERAH ANUGERAH KHAS FELO SLOT KPTA KING & QUEEN OF THE NIGHT ANUGERAH MATK ANUGERAH TOKOH IBU ZAIN CABUTAN BERTUAH 11.00 P.M PERSEMBAHAN PENUTUP 11.15 P.M MAJLIS BERSURAI
  • 16. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 Lampiran C BELANJAWAN MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-18 A. Anggaran Pendapatan BIL PERKARA RM 1. Sumbangan Pejabat KIZ (RM 20 x 400 orang) Yuran Blok (RM 10 x 350 orang) Tabung MEP Jabatan Perkhidmatan Pelajar Perbarisan RM 8000.00 RM 3500.00 RM 3000.00 RM 400.00 RM 750.00 2. Jualan & Perkhidmatan Penajaan dan Pemasaran RM 2000.00 JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 17,650.00 B. Anggaran Perbelanjaan BIL PERKARA KOS (RM) 1. Pengurusan dan Pentadbiran Kertas A4 (RM10 x 30) Alat Tulis Printing Tag nama RM 500.00 2. Jamuan Tetamu (RM20 x 400) RM 8,000.00 3. Publisiti & Multimedia Banner Program (RM 100 x 2 helai) Bunting (RM 100 x 2 helai) Poster (RM 2 x 25 helai) Kad jemputan (RM 1 x 30 keping) Ticket (RM0.30 x 400 keping) RM 200.00 RM 200.00 RM 50.00 RM 30.00 RM 120.00
  • 17. Malam Anugerah Tahunan Kolej Ke-18 03 Mei 2014 4. Pengangkutan RM 500.00 5. Cenderamata program VVIP: Perasmi (RM50 x 2 orang) Kakitangan dan pelajar (RM5 x 450 orang) Pelajar Tahun Akhir (RM5 x 100 orang) RM 100.00 RM 2250.00 RM 500.00 8. Program Gimik Perasmian Persembahan Cabutan Bertuah Corsage RM 400.00 RM 2000.00 RM 400.00 RM 200.00 9 Kemudahan Dewan Hiasan dewan Teknikal RM 1500.00 RM 200.00 10. Protokol Caj perkhidmatan RM 200.00 11 RENCAM RM 300.00 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 17,650.00