1. KATA NAMA
Kata nama adalah golongan kata yang
terbahagi kepada dua bahagian yang besar
iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan
nama terbitan.
2. KATA NAMA AM
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk
menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya secara umum
3. orang: ayah, polis, perempuan , lelaki,dll
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
4. KATA NAMA KHAS
KATA NAMA KHAS IALAH KATA NAMA YANG SECARA KHUSUSNYA
DIGUNAKAN UNTUK MENYEBUT NAMA SESUATU BENDA SAMA ADA
BENDA YANG BERNYAWA DAN YANG TIDAK BERNYAWA. BENDA-BENDA
YANG BERNYAWA IALAH NAMA MANUSIA DAN NAMA BINATANG.
BENDA-BENDA YANG TIDAK BERNYAWA IALAH NAMA TEMPAT, JUDUL
BUKU, NAMA BANGUNAN, DAN SEBAGAINYA.
5. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu,
khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan
huruf besar.