Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan
GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
                                           Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
Manusia , orang           ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang                  ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan          pokok, betik, rumput, lalang dll
benda                     pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat                    pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat
dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal
ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor         Pada akhir ayat
gajah.
Gajah itu berbadan besar.             Pada awal ayat

        Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut
nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan,
dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau
khas.
a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)    binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
                manusia          Zaidi, Mei Fong,
                                 Subramaniam
                binatang         Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
                  tempat            Muar (daerah),
                                    Seremban (bandar),
                                    Jepun (negara)
                  bangunan          Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
                                    Menara Tun Razak (pejabat)
                  judul buku        Keluarga (majalah),
                                    Rentong (novel),
                                    Kamus Dewan ( buku)
                  benda             Proton Perdana
                                    (kereta), Pilot
                                    (pen), Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
                   Kegunaan Kata Nama           Kata Nama Khas
                               Am
                   Benda       bangunan         Bangunan Tabung Haji
                               kereta           Proton Saga
                               buku             Bahasa Melayu
                               sekolah          S.K. Darau
                   Orang       doktor           Doktor Efendi
                               kerani           Puan Zainun
                               guru             Cikgu Azmi
                               budak lelaki Muhamad Fauzi
                   Binatang    kucing           Si Tompok
                               lembu            Lembu Sapi
                               katak            Katak Puru
                               ayam             Ayam Belanda
                               burung           Burung Murai
                   Tempat      negeri           Terengganu
                               bandar           Jerteh
                               kampung          Kampung Pasir Akar
                               tasek            Tasek Perdana
                   Tumbuhan pisang              Pisang Emas
                               cili             Cili Padi
                               jambu            Jambu Batu
                               limau            Limau Kasturi
Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
        di awal kata ( awalan )
        di akhir kata ( akhiran )
        di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata               pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata              -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan
                           ke- -an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada
beberapa kelas iaitu :-
kelas kata           kata dasar      kata terbitan
kata kerja        peraga        peragawati
                  latih         latihan
                  bawa          pembawaan
                  lawan         perlawanan
kata sendi      oleh      perolehan
                untuk     peruntukan
kata nama       lombong   perlonbongan
                rumah     perumahan
                guru      perguruan
kata adjektif   cantik    kecantikan
                besar     pembesar
                tinggi    ketinggian

Kata nama

  • 1.
    Perkataan NAMA terbahagikepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan Nama Betul 1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh- tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll 3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor Pada akhir ayat gajah. Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat Kata Nama Khas 1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing),
  • 2.
    Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kegunaan Kata Nama Kata Nama Khas Am Benda bangunan Bangunan Tabung Haji kereta Proton Saga buku Bahasa Melayu sekolah S.K. Darau Orang doktor Doktor Efendi kerani Puan Zainun guru Cikgu Azmi budak lelaki Muhamad Fauzi Binatang kucing Si Tompok lembu Lembu Sapi katak Katak Puru ayam Ayam Belanda burung Burung Murai Tempat negeri Terengganu bandar Jerteh kampung Kampung Pasir Akar tasek Tasek Perdana Tumbuhan pisang Pisang Emas cili Cili Padi jambu Jambu Batu limau Limau Kasturi Kata nama Terbitan Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) Sila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :- kelas kata kata dasar kata terbitan kata kerja peraga peragawati latih latihan bawa pembawaan lawan perlawanan
  • 3.
    kata sendi oleh perolehan untuk peruntukan kata nama lombong perlonbongan rumah perumahan guru perguruan kata adjektif cantik kecantikan besar pembesar tinggi ketinggian