Pertandingan bercerita peringkat daerah Johor Bahru telah berlangsung. Arif bin Mansor dari SK Kompleks Sultan Abu Bakar berjaya menjadi johan dengan cerita "Sang Buaya Yang Cerdik". Walaupun baru berusia sembilan tahun, bakat bercerita Arif sungguh menyerlah.
1. Baca petikan di bawah dan kenal pasti imbuhan awalan yang terdapat
dalam petikan.
JOHOR BAHRU, Khamis – satu pertandingan Bercerita Peringkat Daerah
Johor Bahru telah berlangsung di dewan SK Kampung Pulai, di sini
semalam. Sebanyak 10 orang peserta yang berjaya ke peringkat akhir
telah menunjukkan persembahan yang menarik.
Arif bin Mansor dari SK Kompleks Sultan Abu Bakar, telah muncul
sebagai johan dalam pertandingan tersebut. Walaupun Arif bin
Mansor baru berusia sembilan tahun, bakatnya begitu menyerlah. Dia
dapat menyampaikan cerita “ Sang Buaya Yang Cerdik” dengan penuh
perasaan.
Adik Arif sungguh petah berbahasa Melayu. Semasa bercerita, dia
tidak berasa takut dan gementar. Dia bercerita dengan penuh yakin.
3. 1. Alex sedang _______ (memainkan / bermain / termain) bola di padang.
2. Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci)
pakaiannya.
3.Semua __________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan
apabila persembahan di pentas itu tamat.
4. Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.
5. Shiela amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak
kecil lagi.
6. Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak
pernah _______ (berputus / terputus) asa.
7. Amber Lim telah ________ ( dilantik / melantik / terlantik ) menjadi ketua
pasukan bola keranjang sekolahnya.
8. Sesiapa yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan /
dilawati) itu, sila beritahu guru kelas.