SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Gelungnya Terpokah
Shahnon Ahmad
Matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras
nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya. Kerbau gagah itu membedalbedalkan kedua-dua telinganya tanda kelegaan. Sehari suntuk membahang. Petak
satu-satu itu menelan tiga pagi tiga petang. Tanahnya masih utuh dan berbonggolbonggol. Kadang-kadang mata tenggala tertonyoh perdu jerami yang masih belum
reput. Tak hairanlah kalau banyak menelan tenaga Jusoh yang beranak tujuh dan
tenaga kerbau besar yang bertanduk songsang. Kini cingcong semua. Jusoh tepuk
punggung kerbaunya sekali. Kerbau itu bergerak kegelian sambil sebelah kaki
belakangnya menggodek-godek belulang perut. Gatal. Dibiar kerbau itu meliar
berhampiran agar sempat meragut rumput-rumput bulu landak jarang-jarang yang
tercacak di permatang. Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung
hulunya ke atas bahu yang kejap dan berkematu itu. Dan dengan kasar melangkah ke
atas permatang bahagian bawah. Malam ini air wajib digenangi. Permatang yang
tembus mesti dikambus. Lubang-lubang ketam mesti disumbat.
Gelung yang terkangkang luas itu mesti diasak erat-erat dengan ketul-ketul tanah liat.
Biar petak itu digenangi air yang sekurang-kurangnya dua hari dua malam. Biar tanah
yang tunggang-langgang baru ditenggala itu diresapi air. Rumput-rumputnya akan terus
kecut dan masam. Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat. Perdu-perdu jerami
pasti hancur. Air akan mengerjakan semuanya, fikir Jusoh. Membongkok-bongkok dia
di sepanjang permatang itu meneliti kebocoran. Yang bersua dihenyak-henyak dengan
tumit kaki yang beretak seribu itu. Sampai di gelung yang terpokah hampir-hampir
sehasta kanak-kanak itu dikambus dan dipijak-pijak. Dan tak puas dengan pijakan itu
ditumbuk-tumbuk dengan hulu cangkul bercap buayanya. Sendat dan ketat macam
permatang semula jadi. Permatang di bahagian bawah tak ada lagi yang berlubang.
Berlari pula dia ke permatang bahagian atas. Gelung yang berlurah sebesar takuk di
batang kelapa itu diperluas hingga ternganga macam mulut buaya berjemur. Ganas air
mengalir masuk ke petaknya. Berkuak-kuak macam air paip pecah di jalan raya tengah
kota serba kelam kabut. Beberapa saat kedua-dua mata Jusoh tertuju pada air yang
tersembur-sembur itu. Semalam suntuk ia mengalir masuk petak. Esok paginya petak
itu akan memutih dengan air. Dan akan terus menakung selama dua hari. Hari ketiga
akan dibuka semula gelung bahagian bawah. Kemudian disisir.Kemudian ditanam.
Bukankah anak semainya sudah berusia lima puluh hari. Terbayang di mata Jusoh
yang beranak tujuh, petaknya kali ini akan menjadi petak yang paling subur. Padinya
lebat. Dan besar-besar pula bijinya. Dan anaknya yang tujuh orang itu bukan saja tidak
kebuluran malah dapat makan nasi tiga kali sehari – pagi, tengah hari dan malam. Dan
dengan itu dia berjalan hala ke kerbau bertanduk songsangnya yang sedang meragut
rumput jarang-jarang di permatang. Disentaknya jerat. Diheretnya pulang. Gagah
kedua-dua itu mengatur langkah bagaikan berbangga besar. Kerja sudah beres. Malam
itu kerbau bertanduk songsangnya akan mengeruh hingga ke subuh. Dan Jusoh sendiri
sedar tentang kelesuan tenaganya.Sudah pasti tidur macam batang pisang. Hampir
masuk isyak baru sudah mandi dan menambat kerbau di kandang.
Hati-hati dia melangkah pulang sambil menggaru belakang kematunya dengan
ranting buluh. Melalui celah-celah dinding pelupuh buluh gading dia ternampak anakanaknya sibuk menyumbat nasi. Bininya sedang menyuap Si Sahak yang belum boleh
duduk. Alangkah susahnya budak itu memamah nasi tanpa kuah. Dulu disuruh juga
oleh misi berbaju serba putih meminum susu cap budak. Tapi dia terus menyuap ketul
nasi tanpa kuah juga. Budak itu besar juga. Anak-anaknya yang lain itu besar dengan
nasi.

Dan

semuanya

bertubuh.

Mengoyak

bibir

Jusoh

kegembiraan.

Tuhan

menyebelahinya selama ini. Perlahan-lahan dia menolak pintu. Dengan ranting buluh
penggaru belakang kematunya dia mencucuk ke pinggang bininya yang besar hampirhampir sepemeluk itu. Tersentak perempuan itu bagaikan mem orang putih terkejut
tikus kecil.
“Ambuh!” Suara parau tercetus keluar daripada mulut bininya. “Pak hang ni nak
melawak saja eh!”
Anak-anaknya tersengih kegelian melihat telatah emak mereka. Seorang dua
berdekah gelak hingga tersembur biji nasi yang masih belum terkunyah. Jusoh
tersenyum.
“Dah habeh?” Tanya bininya apabila sudah membetulkan ikatan kain di dadanya.
“Dah habeh apo?” tanya Jusoh pura-pura tidak faham.
“Habeh tenggala petak kita.”
“Dah habeh,” sambung Jusoh. “Aku takung air malam ini. Esok pergi cabut
semai. Cabut sebanyak 10 berkas. Cabut padi serindit setengah dan padi kote kera
setengah. Kita rendam dua hari, biar akarnya kembang sikit. Tiga hari lagi kita tanam.”
Bininya mengangguk kepala berambut keringnya sambil tangan kanannya terus
menyuap ketul nasi ke mulut Si Sahak mongel itu. Jusoh turut makan juga. Pinggannya
besar, dilonggok-longgok oleh bininya dengan ikan kering, ulam dan sambal yang
kurang belacannya. Alangkah enaknya makan bersama-sama anak-anak.
Esok matahari muncul macam biasa. Sinarnya menampar-nampar dinding
pelupuh rumah Jusoh beranak tujuh. Jusoh menggeliat dan bingkas bangun duduk di
sebelah bininya. Anak-anaknya tergolek lintang-pukang di atas bantal yang kaya
dengan air ludah basi kering. Dengan berselimut telanjang Jusoh berdiri. Dia
menghampiri tingkap rumah hala ke sawah. Diangkatnya penyelak yang berkarat berat
itu. Tingkap dibuka. Jusoh kira apabila dibuka sahaja tingkap itu ternampaklah
keputihan air di petaknya berolak-olak. Olak-olak itu berkejar-kejaran menumpu
permatang. Tapi kini puas dia membelalakkan matanya dari tingkap rumahnya, air kecil
berolak kecil sebaris pun tak nampak. Jusoh menjenguk lagi. Dipanjangkan lehernya.
Tapi air kecil berolak kecil haram tak nampak. Dengan cepat dia menggumpalkan kain
ke pinggangnya serta mengundur ke kamar tidur. Dikuis punggung bininya dengan kaki
kanan. Bininya terkejut. Perutnya berdenyut.
“Cuba bangkit tengok bendang kita. Setitik air pun tak ada. Ini tentu Berahim
yang memokah gelung kita semalam.”
Bininya membidas bangun. Sungguh air tidak nampak. Kecut hati bininya. Ini
sudah tentu perbuatan Berahim di petak sebelah. Kurang ajar. Mana bisa tanah jadi
lembut? Mana bole tanam tiga hari lagi? Bagaimana kalau terlewat musim?
Jusoh melucutkan kainnya dan digantikan dengan seluar nipis kain payung
terjun. Dengan menggalas cangkulnya dia menerpa ke tanah sawah bagaikan tiga
suku. Anak-anaknya habis bangun. Masing-masing ternganga. Dengan mata mereka
mengikuti langkah tiga suku Jusoh.Panjang-panjang langkahnya di atas permatang.
Sawah sudah kering-kontang. Bonggol-bonggol jerami masih pejal. Tanah-tanah
yang dikuak tenggala masih besar-besar ketulnya. Gelung bahagian permatang bawah
yang diasak-asak petang semalam kini terpokah sekali ganda. Bekas-bekas mata
cangkul terbenam masih kelihatan. Jusoh membisu. Lantas dia berpaling ke belakang
dan melangkah pulang. Giginya berketap-ketap kegeraman.
“Berahim anak kurang ajar,” gerutunya. “Nanti aku sesah kepalanya dengan
lading malam ini. Tak boleh kepalanya aku tetak kepala bininya. Tak boleh kepala
bininya aku cincang anaknya. Tak boleh anaknya aku rantas kaki kerbaunya!”
“Ambil ladingku di balik pintu!” serunya apabila menghampiri anak-anak dan
bininya yang sedang ternganga menunggu di kepala tangga. “Nanti kita ajar Berahim
kurang ajar ini.”
Bininya melangkah naik tanpa bersuara. Di pinggangnya masih terkangkang Si
Sahak yang penuh dengan tahi mata. Sebentar kemudian dia muncul semula dengan
tangan kirinya memcekak hulu lading berhulu gading berbentuk kepala angsa. Jusoh
menyambar lading pusaka itu serta menguji ketajaman matanya dengan belakang kuku.
Kemudian

dia

merantas

angin

dua

kali.

Berdesis

bunyinya.

Anak-anaknya

mengelilinginya dengan mulut ternganga. Geram Jusoh sudah menggunung.
Selama ini bininya membatu terus. Terbayang di matanya kepala Berahim yang
akan menerima lading itu. Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin luruh
bahunya. Bagaimana dengan suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung sampai mati.
Dan kalau Berahim mati, suaminya juga tentu mati. Lehernya digantung hingga terjelir
lidah macam hantu puaka. Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana
menetak Penghulu Sudin. Tiga bulan penghulu itu berkurung di rumah sakit. Dan
hingga sekarang Lebai Karim masih tidak nampak lebainya. Masih terkurung di dalam
jel. Bini dan anak-anaknya juga menelan derita.
Dia menghampiri suaminya yang sedang mengasah mata lading di batu pejal.
Mata lading itu berkelit-kelit.
“Kita tak perlu menetak kepala Berahim,” kata bininya. “Nanti matinya, susah.
Susahmu, susahku dan susah anak-anak kita. Polis tentu datang menangkap. Tengok
Lebai Karim, sampai sekarang tidur di dalam jel!”
Jusoh terdongak. Matanya menumpu pada kedua-dua mata bininya. Kemudian
tumpuan itu beralih pada kedua-dua mata anak bongsunya yang masih terkangkang di
pinggang bininya. Begitu kotor kedua-dua mata Si Sahak. Tapi biji hitam di dalam
alangkah jernihnya. Kemudian kedua-dua kelopak mata anaknya itu berdenyut.
“Tapi dia memokah gelung sawah kita!” jawab Jusoh. “Kau tau apa nak jadi. Kita
tak boleh tanam ikut ketika. Semai tak boleh cabut. Tanah keras. Jerami lama tak
reput. Kita terlambat.”
Bininya sedar tentang angin Jusoh. Sudah beranak tujuh dengannya. Kalau fasal
gelung air, mati dia sanggup. Gelung air samalah dengan gelung hidup.
“Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya. Biar kerbau itu berulat dan
mampus hingga busuk seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah. Ini suatu
balasan padanya yang senang-senang memokah gelung permatang kita!”
Jusoh bingkas bangun. Ada makna dalam kata-kata bininya itu. Dia menghampiri
anak bongsunya yang terkangkang di pinggang bininya. Ditarik pipi si mongel itu. Budak
yang bertahi mata itu tersengih.
“Nanti aku pergi ke pekan beli sebotol cuka getah!” ujar Jusoh.
Esoknya,

belum pun sempat embun kering,

berita tentang malapetaka

menimpa „buah hati‟ Berahim gah sampai ke mana-mana. Orang Becah tahu. Orang
Kaki Bukit tahu. Semua tahu. Kandangnya yang beratap dan berdinding bertam itu
menjadi tempat kunjungan ramai. Penduduk Banggul Derdap tidak ke sawah hari itu.
Kulit kerbau hitam yang gemuk dan bergoh itu kini merah macam cabuk naik bisa. Cuka
getah Jusoh sudah menjalankan tugasnya dengan seratus peratus kejayaan. Mulai dari
tulang belakang cuka terbisa itu mengalir di kiri kanan perut hingga tertumpu ke pusat.
Bahagian belakang pula nyaris-nyaris tertampan perdu ekor. Binatang tanpa kesalahan
satu apa itu berair kedua-dua matanya. Orang ramai semua geleng-geleng kepala.
Setengah-setengah orang perempuan muntah-muntah melihat darah dan daging merah
pecah-pecah. Ada yang suruh mengadu pada penghulu. Ada pula yang menyuruh
Berahim pergi menengok pada bomoh di Ceruk Belukar tentang siapa yang
mencukanya. Banyak yang suruh sembelih sebelum cabuknya merebak busuk dan
berulat. Kalau sudah berulat siapa pun tak tergamak makan. Tapi Berahim cuma
membisu. Giginya sahaja diketap-ketap. Dia berjalan keliling kandang tak habis-habis.
Di tangannya tercekak parang berhulu akar sintok tua. Tidak ada kerbau bererti tak ada
nyawa bagi Berahim. Tak ada kerbau lain yang sanggup menyudahkan petaknya.
Biadab! Kerbau itu akan busuk tiga hari lagi. Kemudian akan diserang oleh ulat beriburibu. Baunya akan meluas memasuki hidung-hidung penduduk Banggul Derdap. Orang
ramai tidak berani menyoal siapa mengerjakan malapetaka itu. Mereka takut. Kalaukalau menyoal pun Berahim tidak akan menjawab. Biar dia seorang yang tahu. Biar
parang berhulu akar sintok tuanya memberi jawapan apabila terluang. “Musuh pantang
dicari; kalau datang jangan dielak,” fikir Berahim.
Tiga hari kerbau itu tidak berganjak dari peraduannya. Siang malam berkurung
dalam tahi. Cabuknya merebak luas. Kulitnya mengoyak-ngoyak dan di sana sini
kedapatan nanah likat berombak. Dan di tengah-tengah ombak nanah itu kedapatan
pula ulat kecil-kecil tindih-menindih satu sama lain. Boleh memuntah sesiapa
menjenguknya. Dan apabila masuk hari keempatnya kerbau itu berhenti bernyawa.
Matanya terbelalak. Dan di tengah mata yang terbelalak itu kelihatan urat-urat merah
terbentang menandakan seksaan yang tidak boleh diceritakan. Berahim tidak banyak
bicara. Dikambusnya bangkai berulat itu di dalam lubang enam kaki dalam tanpa
penghormatan satu apa. Dan esoknya pula lenyaplah kisah kerbau yang bertahuntahun membantu Berahim. Tapi hati Berahim semakin membara. “Musuh pantang
dicari, kalau bertemu jangan dielak. Dan aku tak mengelak daripada musuh ini,” fikir
Berahim.
Dada Jusoh lapang melampaui cerita. Tiga hari tidak ke sawah. Siang malam
menunggu berita tentang nasib kerbau yang dicukainya. Dan apabila tercetus khabar
tentang kemampusan kerbau itu kelapangan dadanya bertokok. “Begitu balasan orang
yang kurang ajar,” fikir Jusoh. Hari itu hari kemenangan bagi Jusoh. Dan malamnya dia
tidur tanpa gangguan. Esok gelung terpokah akan dikambus kembali. Dan malam esok
dia akan bermalam di tengah embun berhampiran gelungnya dengan berdakapkan
lembing berhulu kepala angsanya. “Sesiapa cuba memokah aku tetak,” fikir Jusoh.
“Biar dianya Berahim, bini Berahim, anak Berahim ataupun sesiapa dalam dunia ini.”
Malam itu cuaca sederhana. Pudar-pudar cahaya bulan menampar-nampar air di
sawah. Mencurah-curah air terjun ke petak Jusoh melalui gelung bahagian atas.
Semakin lama air semakin banyak. Ombaknya halus-halus dipukul angin lembut
malam. Dan apabila angin malam itu agak deras ombak-ombak itu kelihatan berkejarkejaran. Jusoh tercangkung di sisi gelung sambil matanya setiap detik mengisari keliling
petaknya. Sekali-sekali kedengaran katak terjatuh ke air. Dan sekali-sekali pula ikan
haruan mengocak air menghambat anak-anaknya.
Malam berlalu hingga hampir-hampir menempuh subuh. Tapi mata Jusoh masih
keras; masih kukuh meliar keliling petak. Tiba-tiba kedengaran permatang dipijak orang.
Pijakan itu gopoh-gopoh bagaikan dikejar anjing tiga suku. Jusoh tidak bangun tapi
tetap berwaspada. Sesiapa yang cuba mengusik ketenangan air di petaknya akan
menerima habuan yang meminta ampun. Semakin dekat semakin garang tapak itu
menjijak tanah. Tiba-tiba kuping Jusoh menyambut teguran.
“Soh! Soh!”
Itu suara bininya. Sudah hampir 20 tahun hidup bersama-sama. Anak mereka
sudah tujuh. Dia menerpa. Dan di tengah cahaya bulan serba pudar itu ternampak
tubuh bininya. Di pinggangnya terkangkang Si Sahak.
“Ada apa?” soalnya.
Bininya menangis. Tangisan mengganggu untuk berkata.
“Apa dia?” soal Jusoh serba gopoh.
“Berahim!” Kedengaran suara bininya tersekat-sekat.
“Aku … aku … aku dipaksa Berahim.”
Dan suara itu tidak mampu disambung lagi. Putus terus. Hanya dapat dihubungi
dengan tangisan yang agak deras.
Subuh menjelang tidak lama lagi. Perbuatan si dajal itu mesti dituntut. Jusoh
tidak sanggup bersabar. Disentak lembingnya sambil merantas permatang. Terbenam
senjata besi itu mengerat tanah. Tiba-tiba suaranya memecah ketenangan malam.
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!”
Dan dengan meranduk-randuk lumpur dia berlari menuju ke arah rumah
Berahim. Tidak putus-putus suara itu memecah kesunyian.
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!”
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!”
Bininya yang tertegak di atas permatang kaku seluruh anggota. Sia-sia menahan
suaminya pada kala itu. Dia cuma dapat mengikutinya dengan air mata.
Di tengah-tengah kelam-kabut itu Kampung Banggul Derdap menjadi huru-hara.
Jamung menyala di setiap rumah. Siapa agaknya yang menggila di tengah sawah pada
subuh-subuh hari. Dan belum sempat sampai di rumah Berahim, Jusoh terkepung.
Kelilingnya diterangi jamung. Dan di tengah-tengah jamung yang banyak itu tubuh
Jusoh berselut hingga ke atas kepala. Tak ubah seperti babi berkubang di acar.
“Jusoh gila! Jusoh gila!” suara orang ramai kedengaran. Jamung semakin rapat.
Jusoh hilang akal. Dia menetak angin berulang. Tetaknya pantas-pantas. Tapi di tengah
ayunan serba pantas itu tiba-tiba tangannya dikilas. Ada anak muda pendekar di antara
orang ramai itu. Pinggangnya dicekak. Dan jatuhlah lading berhulu kepala angsa itu ke
dalam lumpur.
“Bawa dia ke rumah penghulu,” seru seorang tua yang berdiri agak jauh. “Orang
gila mesti dihantar ke Tanjung Rambutan!”
Bininya masih terkaku. Dari permatang itu dia nampak jamung-jamung
menerangi suaminya yang penuh diselimuti lumpur. Di belakang perempuan itu
terbentang petak yang penuh dengan air. Air itu akan digenangi dua hari. Tapi siapa
pula yang akan menyisir petak itu? Siapa yang sanggup mencabut semai? Siapa yang
sanggup menanam? Dan air mata bini Jusoh yang dituduh gila itu semakin lebat.
Dari jauh suara suaminya semakin pudar ditelan jarak.
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!”
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!”
“Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!”
Dan tidak lama lagi sianglah hari.

Tonil Purbawara, 2007.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENDAHULUAN

Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat
pelbagai jenis atau heteogen,iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa
endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam
ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada
sebagai sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan cerpen‟
Gelongnya Terpokah „ karya Shahnon Ahmad terdapat kata tugas-kata tugas seperti
berikut:
1. Kata Penyambung ayat.
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk
ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Tedapat dua jenis ayat majmuk
yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat
majmuk gbungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk
pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan.
a. Kata hubung gabungan.
Kata hubung gambungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih
yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung
gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan . Contoh penggunaannya dalam ayat
yang terdapat dalam cerpen „ Gelongnya Terpokah „ ialah:
1.

Tanahnya masih utuh dan berbonggol-bonggol.

2.

Rumput-rumputnya akan terus kecut dan masam.

3.

Sendat dan ketat macam permatang semula jadi.

4.

Hati-hati dia melangkah pulang sambil menggaru belakang kematunya
dengan ranting buluh.

5.

Bininya

mengangguk

kepala

berambut

keringnya

sambil

tangan

kanannya terus menyuap ketul nasi ke mulut Si Sahak mongel itu.
6.

Dengan cepat dia menggumpalkan kain ke pinggangnya serta mengundur
ke kamar tidur.
7.

Kemudian akan diserang oleh ulat beribu-ribu.

Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan ialah sejenis kata hubung yang menyambung klausa tak
setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung
pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
i.

Kata hubung pancangan relatif.

ii.

Kata hubung pancangan komplemen.

iii.

Kata hubung pancangan keterangan.

1. Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung pancanagn relatif atau rimgkasnya kata relatif ialah perkataan yang
berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lan. Bentuk kata
hubung jenis ini ialah yang.
Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif yang terdapat dalam cerpen
„Gelongnya Terpokah „ ialah seperti berikut :
1.

Kadang-kadang mata tenggala tertonyoh perdu jerami yang masih belum
reput.

2.

Dibiar kerbau itu meliar berhampiran agar sempat meragut rumput-rumput
bulu landak jarang-jarang yang tercacak di permatang.

3.

Permatang yang tembus mesti dikambus.

4.

Gelung yang terkangkang luas itu mesti diasak erat-erat dengan ketulketul tanah liat.

5.

Biar tanah yang tunggang-langgang baru ditenggala itu diresapi air.

6.

Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat.

7.

Sampai di gelung yang terpokah hampir-hampir sehasta kanak-kanak itu.

8.

Gelung yang berlurah sebesar takuk di batang kelapa itu diperluas hingga
ternganga macam mulut buaya berjemur.

9.

Beberapa saat kedua-dua mata Jusoh tertuju pada air yang tersembursembur itu.

10. Terbayang di mata Jusoh yang beranak tujuh,
menjadi petak yang paling subur.

petaknya kali ini akan
ii) Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi
menghubungkan klausa utama. Contoh penggunaannya dalam cerpen „Gelongnya
terpokah‟ ialah :
1. Tak hairanlah kalau banyak menelan tenaga Jusoh yang beranak tujuh
dan tenaga kerbau besar yang bertanduk songsang.
2. Gelung yang berlurah sebesar takuk di batang kelapa itu diperluas hingga
ternganga macam mulut buaya berjemur.
3. . Malam itu kerbau bertanduk songsangnya akan mengeruh hingga ke
subuh.
4. Seorang dua berdekah gelak hingga tersembur biji nasi yang masih
belum terkunyah.
5. Dah habeh?” Tanya bininya apabila sudah membetulkan ikatan kain di
dadanya.
2. Kata Praklausa
Kayta pra klausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang
terdiri daripada kata seru, kata Tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal
ayat. Tugas perkataan yang demikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan,
pengeyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa.
Bentuk kata=kata yang tergolong sebagai kata praklausa ialah :
i.

Kata seru
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan
dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru yang terdapat dalam cerpen
„Gelongnya Terpokah‟ ialah :
1. . “Pak hang ni nak melawak saja eh!”

ii.

Kata Tanya
Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoal sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata Tanya
hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata Tanya
dikedepankan, maka hadirnya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –
kah. Penggunaannya dalam cerpen „Gelongnya terpokah adalah seperti berikut:
1. Bagaimana kalau terlewat musim?
Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata Tanya, iaitu
apa, siapa,dan mana, contohnya :
1. Mana bisa tanah jadi lembut?
2. Mana bole tanam tiga hari lagi?
3. “Ada apa?”
4. “Apa dia?”
5. Siapa yang sanggup mencabut semai?
6. Siapa yang sanggup menanam?
iii.

Kata perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contoh kata
perintah

ialah

jangan,

usah,

sila,

jemput,

Penggunaannya dalam cerpen ini adalah seperti :
1.

minta,

tolong,

dan

harap.

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Gelongnya terpokah

  • 1. Gelungnya Terpokah Shahnon Ahmad Matahari nyaris-nyaris tenggelam pada kala Jusoh melucutkan cakuk tenggala teras nangka daripada tengkuk kerbau bertanduk songsangnya. Kerbau gagah itu membedalbedalkan kedua-dua telinganya tanda kelegaan. Sehari suntuk membahang. Petak satu-satu itu menelan tiga pagi tiga petang. Tanahnya masih utuh dan berbonggolbonggol. Kadang-kadang mata tenggala tertonyoh perdu jerami yang masih belum reput. Tak hairanlah kalau banyak menelan tenaga Jusoh yang beranak tujuh dan tenaga kerbau besar yang bertanduk songsang. Kini cingcong semua. Jusoh tepuk punggung kerbaunya sekali. Kerbau itu bergerak kegelian sambil sebelah kaki belakangnya menggodek-godek belulang perut. Gatal. Dibiar kerbau itu meliar berhampiran agar sempat meragut rumput-rumput bulu landak jarang-jarang yang tercacak di permatang. Jusoh menyentak cangkul bermata buayanya serta dilambung hulunya ke atas bahu yang kejap dan berkematu itu. Dan dengan kasar melangkah ke atas permatang bahagian bawah. Malam ini air wajib digenangi. Permatang yang tembus mesti dikambus. Lubang-lubang ketam mesti disumbat. Gelung yang terkangkang luas itu mesti diasak erat-erat dengan ketul-ketul tanah liat. Biar petak itu digenangi air yang sekurang-kurangnya dua hari dua malam. Biar tanah yang tunggang-langgang baru ditenggala itu diresapi air. Rumput-rumputnya akan terus kecut dan masam. Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat. Perdu-perdu jerami pasti hancur. Air akan mengerjakan semuanya, fikir Jusoh. Membongkok-bongkok dia di sepanjang permatang itu meneliti kebocoran. Yang bersua dihenyak-henyak dengan tumit kaki yang beretak seribu itu. Sampai di gelung yang terpokah hampir-hampir sehasta kanak-kanak itu dikambus dan dipijak-pijak. Dan tak puas dengan pijakan itu ditumbuk-tumbuk dengan hulu cangkul bercap buayanya. Sendat dan ketat macam permatang semula jadi. Permatang di bahagian bawah tak ada lagi yang berlubang. Berlari pula dia ke permatang bahagian atas. Gelung yang berlurah sebesar takuk di batang kelapa itu diperluas hingga ternganga macam mulut buaya berjemur. Ganas air mengalir masuk ke petaknya. Berkuak-kuak macam air paip pecah di jalan raya tengah kota serba kelam kabut. Beberapa saat kedua-dua mata Jusoh tertuju pada air yang
  • 2. tersembur-sembur itu. Semalam suntuk ia mengalir masuk petak. Esok paginya petak itu akan memutih dengan air. Dan akan terus menakung selama dua hari. Hari ketiga akan dibuka semula gelung bahagian bawah. Kemudian disisir.Kemudian ditanam. Bukankah anak semainya sudah berusia lima puluh hari. Terbayang di mata Jusoh yang beranak tujuh, petaknya kali ini akan menjadi petak yang paling subur. Padinya lebat. Dan besar-besar pula bijinya. Dan anaknya yang tujuh orang itu bukan saja tidak kebuluran malah dapat makan nasi tiga kali sehari – pagi, tengah hari dan malam. Dan dengan itu dia berjalan hala ke kerbau bertanduk songsangnya yang sedang meragut rumput jarang-jarang di permatang. Disentaknya jerat. Diheretnya pulang. Gagah kedua-dua itu mengatur langkah bagaikan berbangga besar. Kerja sudah beres. Malam itu kerbau bertanduk songsangnya akan mengeruh hingga ke subuh. Dan Jusoh sendiri sedar tentang kelesuan tenaganya.Sudah pasti tidur macam batang pisang. Hampir masuk isyak baru sudah mandi dan menambat kerbau di kandang. Hati-hati dia melangkah pulang sambil menggaru belakang kematunya dengan ranting buluh. Melalui celah-celah dinding pelupuh buluh gading dia ternampak anakanaknya sibuk menyumbat nasi. Bininya sedang menyuap Si Sahak yang belum boleh duduk. Alangkah susahnya budak itu memamah nasi tanpa kuah. Dulu disuruh juga oleh misi berbaju serba putih meminum susu cap budak. Tapi dia terus menyuap ketul nasi tanpa kuah juga. Budak itu besar juga. Anak-anaknya yang lain itu besar dengan nasi. Dan semuanya bertubuh. Mengoyak bibir Jusoh kegembiraan. Tuhan menyebelahinya selama ini. Perlahan-lahan dia menolak pintu. Dengan ranting buluh penggaru belakang kematunya dia mencucuk ke pinggang bininya yang besar hampirhampir sepemeluk itu. Tersentak perempuan itu bagaikan mem orang putih terkejut tikus kecil. “Ambuh!” Suara parau tercetus keluar daripada mulut bininya. “Pak hang ni nak melawak saja eh!” Anak-anaknya tersengih kegelian melihat telatah emak mereka. Seorang dua berdekah gelak hingga tersembur biji nasi yang masih belum terkunyah. Jusoh tersenyum. “Dah habeh?” Tanya bininya apabila sudah membetulkan ikatan kain di dadanya. “Dah habeh apo?” tanya Jusoh pura-pura tidak faham.
  • 3. “Habeh tenggala petak kita.” “Dah habeh,” sambung Jusoh. “Aku takung air malam ini. Esok pergi cabut semai. Cabut sebanyak 10 berkas. Cabut padi serindit setengah dan padi kote kera setengah. Kita rendam dua hari, biar akarnya kembang sikit. Tiga hari lagi kita tanam.” Bininya mengangguk kepala berambut keringnya sambil tangan kanannya terus menyuap ketul nasi ke mulut Si Sahak mongel itu. Jusoh turut makan juga. Pinggannya besar, dilonggok-longgok oleh bininya dengan ikan kering, ulam dan sambal yang kurang belacannya. Alangkah enaknya makan bersama-sama anak-anak. Esok matahari muncul macam biasa. Sinarnya menampar-nampar dinding pelupuh rumah Jusoh beranak tujuh. Jusoh menggeliat dan bingkas bangun duduk di sebelah bininya. Anak-anaknya tergolek lintang-pukang di atas bantal yang kaya dengan air ludah basi kering. Dengan berselimut telanjang Jusoh berdiri. Dia menghampiri tingkap rumah hala ke sawah. Diangkatnya penyelak yang berkarat berat itu. Tingkap dibuka. Jusoh kira apabila dibuka sahaja tingkap itu ternampaklah keputihan air di petaknya berolak-olak. Olak-olak itu berkejar-kejaran menumpu permatang. Tapi kini puas dia membelalakkan matanya dari tingkap rumahnya, air kecil berolak kecil sebaris pun tak nampak. Jusoh menjenguk lagi. Dipanjangkan lehernya. Tapi air kecil berolak kecil haram tak nampak. Dengan cepat dia menggumpalkan kain ke pinggangnya serta mengundur ke kamar tidur. Dikuis punggung bininya dengan kaki kanan. Bininya terkejut. Perutnya berdenyut. “Cuba bangkit tengok bendang kita. Setitik air pun tak ada. Ini tentu Berahim yang memokah gelung kita semalam.” Bininya membidas bangun. Sungguh air tidak nampak. Kecut hati bininya. Ini sudah tentu perbuatan Berahim di petak sebelah. Kurang ajar. Mana bisa tanah jadi lembut? Mana bole tanam tiga hari lagi? Bagaimana kalau terlewat musim? Jusoh melucutkan kainnya dan digantikan dengan seluar nipis kain payung terjun. Dengan menggalas cangkulnya dia menerpa ke tanah sawah bagaikan tiga suku. Anak-anaknya habis bangun. Masing-masing ternganga. Dengan mata mereka mengikuti langkah tiga suku Jusoh.Panjang-panjang langkahnya di atas permatang. Sawah sudah kering-kontang. Bonggol-bonggol jerami masih pejal. Tanah-tanah yang dikuak tenggala masih besar-besar ketulnya. Gelung bahagian permatang bawah
  • 4. yang diasak-asak petang semalam kini terpokah sekali ganda. Bekas-bekas mata cangkul terbenam masih kelihatan. Jusoh membisu. Lantas dia berpaling ke belakang dan melangkah pulang. Giginya berketap-ketap kegeraman. “Berahim anak kurang ajar,” gerutunya. “Nanti aku sesah kepalanya dengan lading malam ini. Tak boleh kepalanya aku tetak kepala bininya. Tak boleh kepala bininya aku cincang anaknya. Tak boleh anaknya aku rantas kaki kerbaunya!” “Ambil ladingku di balik pintu!” serunya apabila menghampiri anak-anak dan bininya yang sedang ternganga menunggu di kepala tangga. “Nanti kita ajar Berahim kurang ajar ini.” Bininya melangkah naik tanpa bersuara. Di pinggangnya masih terkangkang Si Sahak yang penuh dengan tahi mata. Sebentar kemudian dia muncul semula dengan tangan kirinya memcekak hulu lading berhulu gading berbentuk kepala angsa. Jusoh menyambar lading pusaka itu serta menguji ketajaman matanya dengan belakang kuku. Kemudian dia merantas angin dua kali. Berdesis bunyinya. Anak-anaknya mengelilinginya dengan mulut ternganga. Geram Jusoh sudah menggunung. Selama ini bininya membatu terus. Terbayang di matanya kepala Berahim yang akan menerima lading itu. Mungkin pecah. Mungkin terkoyak pipinya. Mungkin luruh bahunya. Bagaimana dengan suaminya? Dia pasti ditangkap. Dikurung sampai mati. Dan kalau Berahim mati, suaminya juga tentu mati. Lehernya digantung hingga terjelir lidah macam hantu puaka. Tahun sudah Lebai Karim ditangkap dan dikurung kerana menetak Penghulu Sudin. Tiga bulan penghulu itu berkurung di rumah sakit. Dan hingga sekarang Lebai Karim masih tidak nampak lebainya. Masih terkurung di dalam jel. Bini dan anak-anaknya juga menelan derita. Dia menghampiri suaminya yang sedang mengasah mata lading di batu pejal. Mata lading itu berkelit-kelit. “Kita tak perlu menetak kepala Berahim,” kata bininya. “Nanti matinya, susah. Susahmu, susahku dan susah anak-anak kita. Polis tentu datang menangkap. Tengok Lebai Karim, sampai sekarang tidur di dalam jel!” Jusoh terdongak. Matanya menumpu pada kedua-dua mata bininya. Kemudian tumpuan itu beralih pada kedua-dua mata anak bongsunya yang masih terkangkang di
  • 5. pinggang bininya. Begitu kotor kedua-dua mata Si Sahak. Tapi biji hitam di dalam alangkah jernihnya. Kemudian kedua-dua kelopak mata anaknya itu berdenyut. “Tapi dia memokah gelung sawah kita!” jawab Jusoh. “Kau tau apa nak jadi. Kita tak boleh tanam ikut ketika. Semai tak boleh cabut. Tanah keras. Jerami lama tak reput. Kita terlambat.” Bininya sedar tentang angin Jusoh. Sudah beranak tujuh dengannya. Kalau fasal gelung air, mati dia sanggup. Gelung air samalah dengan gelung hidup. “Tuangkan saja cuka getah ke belakang kerbaunya. Biar kerbau itu berulat dan mampus hingga busuk seluruh kampung. Biar Berahim tak boleh bersawah. Ini suatu balasan padanya yang senang-senang memokah gelung permatang kita!” Jusoh bingkas bangun. Ada makna dalam kata-kata bininya itu. Dia menghampiri anak bongsunya yang terkangkang di pinggang bininya. Ditarik pipi si mongel itu. Budak yang bertahi mata itu tersengih. “Nanti aku pergi ke pekan beli sebotol cuka getah!” ujar Jusoh. Esoknya, belum pun sempat embun kering, berita tentang malapetaka menimpa „buah hati‟ Berahim gah sampai ke mana-mana. Orang Becah tahu. Orang Kaki Bukit tahu. Semua tahu. Kandangnya yang beratap dan berdinding bertam itu menjadi tempat kunjungan ramai. Penduduk Banggul Derdap tidak ke sawah hari itu. Kulit kerbau hitam yang gemuk dan bergoh itu kini merah macam cabuk naik bisa. Cuka getah Jusoh sudah menjalankan tugasnya dengan seratus peratus kejayaan. Mulai dari tulang belakang cuka terbisa itu mengalir di kiri kanan perut hingga tertumpu ke pusat. Bahagian belakang pula nyaris-nyaris tertampan perdu ekor. Binatang tanpa kesalahan satu apa itu berair kedua-dua matanya. Orang ramai semua geleng-geleng kepala. Setengah-setengah orang perempuan muntah-muntah melihat darah dan daging merah pecah-pecah. Ada yang suruh mengadu pada penghulu. Ada pula yang menyuruh Berahim pergi menengok pada bomoh di Ceruk Belukar tentang siapa yang mencukanya. Banyak yang suruh sembelih sebelum cabuknya merebak busuk dan berulat. Kalau sudah berulat siapa pun tak tergamak makan. Tapi Berahim cuma membisu. Giginya sahaja diketap-ketap. Dia berjalan keliling kandang tak habis-habis. Di tangannya tercekak parang berhulu akar sintok tua. Tidak ada kerbau bererti tak ada nyawa bagi Berahim. Tak ada kerbau lain yang sanggup menyudahkan petaknya.
  • 6. Biadab! Kerbau itu akan busuk tiga hari lagi. Kemudian akan diserang oleh ulat beriburibu. Baunya akan meluas memasuki hidung-hidung penduduk Banggul Derdap. Orang ramai tidak berani menyoal siapa mengerjakan malapetaka itu. Mereka takut. Kalaukalau menyoal pun Berahim tidak akan menjawab. Biar dia seorang yang tahu. Biar parang berhulu akar sintok tuanya memberi jawapan apabila terluang. “Musuh pantang dicari; kalau datang jangan dielak,” fikir Berahim. Tiga hari kerbau itu tidak berganjak dari peraduannya. Siang malam berkurung dalam tahi. Cabuknya merebak luas. Kulitnya mengoyak-ngoyak dan di sana sini kedapatan nanah likat berombak. Dan di tengah-tengah ombak nanah itu kedapatan pula ulat kecil-kecil tindih-menindih satu sama lain. Boleh memuntah sesiapa menjenguknya. Dan apabila masuk hari keempatnya kerbau itu berhenti bernyawa. Matanya terbelalak. Dan di tengah mata yang terbelalak itu kelihatan urat-urat merah terbentang menandakan seksaan yang tidak boleh diceritakan. Berahim tidak banyak bicara. Dikambusnya bangkai berulat itu di dalam lubang enam kaki dalam tanpa penghormatan satu apa. Dan esoknya pula lenyaplah kisah kerbau yang bertahuntahun membantu Berahim. Tapi hati Berahim semakin membara. “Musuh pantang dicari, kalau bertemu jangan dielak. Dan aku tak mengelak daripada musuh ini,” fikir Berahim. Dada Jusoh lapang melampaui cerita. Tiga hari tidak ke sawah. Siang malam menunggu berita tentang nasib kerbau yang dicukainya. Dan apabila tercetus khabar tentang kemampusan kerbau itu kelapangan dadanya bertokok. “Begitu balasan orang yang kurang ajar,” fikir Jusoh. Hari itu hari kemenangan bagi Jusoh. Dan malamnya dia tidur tanpa gangguan. Esok gelung terpokah akan dikambus kembali. Dan malam esok dia akan bermalam di tengah embun berhampiran gelungnya dengan berdakapkan lembing berhulu kepala angsanya. “Sesiapa cuba memokah aku tetak,” fikir Jusoh. “Biar dianya Berahim, bini Berahim, anak Berahim ataupun sesiapa dalam dunia ini.” Malam itu cuaca sederhana. Pudar-pudar cahaya bulan menampar-nampar air di sawah. Mencurah-curah air terjun ke petak Jusoh melalui gelung bahagian atas. Semakin lama air semakin banyak. Ombaknya halus-halus dipukul angin lembut malam. Dan apabila angin malam itu agak deras ombak-ombak itu kelihatan berkejarkejaran. Jusoh tercangkung di sisi gelung sambil matanya setiap detik mengisari keliling
  • 7. petaknya. Sekali-sekali kedengaran katak terjatuh ke air. Dan sekali-sekali pula ikan haruan mengocak air menghambat anak-anaknya. Malam berlalu hingga hampir-hampir menempuh subuh. Tapi mata Jusoh masih keras; masih kukuh meliar keliling petak. Tiba-tiba kedengaran permatang dipijak orang. Pijakan itu gopoh-gopoh bagaikan dikejar anjing tiga suku. Jusoh tidak bangun tapi tetap berwaspada. Sesiapa yang cuba mengusik ketenangan air di petaknya akan menerima habuan yang meminta ampun. Semakin dekat semakin garang tapak itu menjijak tanah. Tiba-tiba kuping Jusoh menyambut teguran. “Soh! Soh!” Itu suara bininya. Sudah hampir 20 tahun hidup bersama-sama. Anak mereka sudah tujuh. Dia menerpa. Dan di tengah cahaya bulan serba pudar itu ternampak tubuh bininya. Di pinggangnya terkangkang Si Sahak. “Ada apa?” soalnya. Bininya menangis. Tangisan mengganggu untuk berkata. “Apa dia?” soal Jusoh serba gopoh. “Berahim!” Kedengaran suara bininya tersekat-sekat. “Aku … aku … aku dipaksa Berahim.” Dan suara itu tidak mampu disambung lagi. Putus terus. Hanya dapat dihubungi dengan tangisan yang agak deras. Subuh menjelang tidak lama lagi. Perbuatan si dajal itu mesti dituntut. Jusoh tidak sanggup bersabar. Disentak lembingnya sambil merantas permatang. Terbenam senjata besi itu mengerat tanah. Tiba-tiba suaranya memecah ketenangan malam. “Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” Dan dengan meranduk-randuk lumpur dia berlari menuju ke arah rumah Berahim. Tidak putus-putus suara itu memecah kesunyian. “Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” “Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” Bininya yang tertegak di atas permatang kaku seluruh anggota. Sia-sia menahan suaminya pada kala itu. Dia cuma dapat mengikutinya dengan air mata. Di tengah-tengah kelam-kabut itu Kampung Banggul Derdap menjadi huru-hara. Jamung menyala di setiap rumah. Siapa agaknya yang menggila di tengah sawah pada
  • 8. subuh-subuh hari. Dan belum sempat sampai di rumah Berahim, Jusoh terkepung. Kelilingnya diterangi jamung. Dan di tengah-tengah jamung yang banyak itu tubuh Jusoh berselut hingga ke atas kepala. Tak ubah seperti babi berkubang di acar. “Jusoh gila! Jusoh gila!” suara orang ramai kedengaran. Jamung semakin rapat. Jusoh hilang akal. Dia menetak angin berulang. Tetaknya pantas-pantas. Tapi di tengah ayunan serba pantas itu tiba-tiba tangannya dikilas. Ada anak muda pendekar di antara orang ramai itu. Pinggangnya dicekak. Dan jatuhlah lading berhulu kepala angsa itu ke dalam lumpur. “Bawa dia ke rumah penghulu,” seru seorang tua yang berdiri agak jauh. “Orang gila mesti dihantar ke Tanjung Rambutan!” Bininya masih terkaku. Dari permatang itu dia nampak jamung-jamung menerangi suaminya yang penuh diselimuti lumpur. Di belakang perempuan itu terbentang petak yang penuh dengan air. Air itu akan digenangi dua hari. Tapi siapa pula yang akan menyisir petak itu? Siapa yang sanggup mencabut semai? Siapa yang sanggup menanam? Dan air mata bini Jusoh yang dituduh gila itu semakin lebat. Dari jauh suara suaminya semakin pudar ditelan jarak. “Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” “Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” “Berahim! Berahim! Mana Berahim! Aku mesti tetak dia!” Dan tidak lama lagi sianglah hari. Tonil Purbawara, 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 9. PENDAHULUAN Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heteogen,iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain. Berdasarkan cerpen‟ Gelongnya Terpokah „ karya Shahnon Ahmad terdapat kata tugas-kata tugas seperti berikut: 1. Kata Penyambung ayat. Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Tedapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gbungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. a. Kata hubung gabungan. Kata hubung gambungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan . Contoh penggunaannya dalam ayat yang terdapat dalam cerpen „ Gelongnya Terpokah „ ialah: 1. Tanahnya masih utuh dan berbonggol-bonggol. 2. Rumput-rumputnya akan terus kecut dan masam. 3. Sendat dan ketat macam permatang semula jadi. 4. Hati-hati dia melangkah pulang sambil menggaru belakang kematunya dengan ranting buluh. 5. Bininya mengangguk kepala berambut keringnya sambil tangan kanannya terus menyuap ketul nasi ke mulut Si Sahak mongel itu. 6. Dengan cepat dia menggumpalkan kain ke pinggangnya serta mengundur ke kamar tidur.
  • 10. 7. Kemudian akan diserang oleh ulat beribu-ribu. Kata hubung pancangan Kata hubung pancangan ialah sejenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu : i. Kata hubung pancangan relatif. ii. Kata hubung pancangan komplemen. iii. Kata hubung pancangan keterangan. 1. Kata hubung pancangan relatif Kata hubung pancanagn relatif atau rimgkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lan. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif yang terdapat dalam cerpen „Gelongnya Terpokah „ ialah seperti berikut : 1. Kadang-kadang mata tenggala tertonyoh perdu jerami yang masih belum reput. 2. Dibiar kerbau itu meliar berhampiran agar sempat meragut rumput-rumput bulu landak jarang-jarang yang tercacak di permatang. 3. Permatang yang tembus mesti dikambus. 4. Gelung yang terkangkang luas itu mesti diasak erat-erat dengan ketulketul tanah liat. 5. Biar tanah yang tunggang-langgang baru ditenggala itu diresapi air. 6. Tanah-tanah yang keras pasti lemah semangat. 7. Sampai di gelung yang terpokah hampir-hampir sehasta kanak-kanak itu. 8. Gelung yang berlurah sebesar takuk di batang kelapa itu diperluas hingga ternganga macam mulut buaya berjemur. 9. Beberapa saat kedua-dua mata Jusoh tertuju pada air yang tersembursembur itu. 10. Terbayang di mata Jusoh yang beranak tujuh, menjadi petak yang paling subur. petaknya kali ini akan
  • 11. ii) Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa utama. Contoh penggunaannya dalam cerpen „Gelongnya terpokah‟ ialah : 1. Tak hairanlah kalau banyak menelan tenaga Jusoh yang beranak tujuh dan tenaga kerbau besar yang bertanduk songsang. 2. Gelung yang berlurah sebesar takuk di batang kelapa itu diperluas hingga ternganga macam mulut buaya berjemur. 3. . Malam itu kerbau bertanduk songsangnya akan mengeruh hingga ke subuh. 4. Seorang dua berdekah gelak hingga tersembur biji nasi yang masih belum terkunyah. 5. Dah habeh?” Tanya bininya apabila sudah membetulkan ikatan kain di dadanya. 2. Kata Praklausa Kayta pra klausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata Tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Tugas perkataan yang demikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan, atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Bentuk kata=kata yang tergolong sebagai kata praklausa ialah : i. Kata seru Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru yang terdapat dalam cerpen „Gelongnya Terpokah‟ ialah : 1. . “Pak hang ni nak melawak saja eh!” ii. Kata Tanya Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata Tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata Tanya dikedepankan, maka hadirnya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel – kah. Penggunaannya dalam cerpen „Gelongnya terpokah adalah seperti berikut:
  • 12. 1. Bagaimana kalau terlewat musim? Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata Tanya, iaitu apa, siapa,dan mana, contohnya : 1. Mana bisa tanah jadi lembut? 2. Mana bole tanam tiga hari lagi? 3. “Ada apa?” 4. “Apa dia?” 5. Siapa yang sanggup mencabut semai? 6. Siapa yang sanggup menanam? iii. Kata perintah Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, Penggunaannya dalam cerpen ini adalah seperti : 1. minta, tolong, dan harap.