Program Bulan Perkhidmatan adalah satu aktiviti yang mendidik ahli pengakap agar menyedari akan tanggungjawab mereka kepada diri sendiri, ibu bapa, guru, sekolah dan masyarakat sekeliling mereka. Perkhidmatan perlu diberikan agar bebanan yang ditanggung oleh orang yang tersayang menjadi ringan. Ahli pengakap juga akan dididik dengan nilai-nilai murni.