TEKS UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG KALI KE-19 
Muzik dialun sungguh indah 
Buat tetamu dan jua taulan 
Tetamu dinanti berkunjung sudah 
Selamat datang kami ucapkan 
Ke pekan sehari bersama cik intan 
Terus pula ke Kuala Perlis 
Harap semua berikan perhatian 
Mohon saya mulakan majlis. 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera. 
Bismillahhirrohmanirrahim 
Alhamdulillahhirobbilalamin,wassolatu wassalamuala ashrofilambiaya iwalmursalin waala alihi 
wasohbihi ajmain 
Subha nakalailmalana illamaallamtana innakaan talalimulhakim 
Robbishrohli sodri wayassirli,amri wahluluqdatammillisani yafqahu qauili.
Yang dihormati, Puan Maimunah Bt Darus, Yang Dipertua PIBG sekolah Kebangsaan Kg Bukit, Yang 
Berusaha Puan Rozinar bt Abd Hamid,guru besar SKKB, Yang dihormati penolong-penolong kanan SKKB, 
guru-guru,Naib Yang Dipertua PIBG Haji Faduli bin Khamis, ahli jawatan kuasa PIBG skkb, guru-guru 
KAFA, para waris, murid-murid dan tuan-tuan puan-puan. 
Alhamdulillhah, saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dikurniakan dan dianugerahkan 
kesempatan yakni masa, nikmat hidup yakni kesihatan yang baik,nikmat kasih sayang yakni tali 
silaturrahim yang akrab dan yang paling penting kita telah dikurniakan anak didik yang cemerlang untuk 
dibanggakan. setelah mengharungi segala rintangan dan cabaran, akhirnya kejayaan dapat dicapai oleh 
anak-anak kita yang cemerlang pada hari ini. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana ibu bapa 
menyaksikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa 
komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, 
dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada pertiwi. Tuan-tuan dan puan-puan 
merupakan ibu bapa dan penjaga yang berdedikasi dalam memastikan kebajikan dan potensi diri anak-anak 
menjadi agenda utama tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih saya ucapkan. Semoga kejayaan ini 
menjadi pemangkin untuk meraih kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. 
Tuan2-puan2 yang dihormati, 
Pada pagi yang cukup ceria ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang 
dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan Hari 
Anugerah Cemerlang kali ke -19 2012. Terima kasih khusus buat Puan Maimunah bt Darus YDP PIBG 
SKKB kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan 
pada hari ini. 
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi pada pagi yg penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam 
dewan buat kali yang ke 19 ini. Hari ini tanggal 18 hb Julai 2012 bersamaan dengan 28 Syaaban 1433 
Masihi, warga dewan akan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat penerima 
anugerah cemerlang tahun ini.
Hadirin, warga dewan yang dihormati, 
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini,antara lain mengundang objektif untuk 
menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan 
terutamanya dam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. 
Majlis yang menjadi agenda wajib dalam taqwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan 
penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik. 
Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan 
anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar

Contoh ucapan

  • 1.
    TEKS UCAPAN HARIANUGERAH CEMERLANG KALI KE-19 Muzik dialun sungguh indah Buat tetamu dan jua taulan Tetamu dinanti berkunjung sudah Selamat datang kami ucapkan Ke pekan sehari bersama cik intan Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis. Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera. Bismillahhirrohmanirrahim Alhamdulillahhirobbilalamin,wassolatu wassalamuala ashrofilambiaya iwalmursalin waala alihi wasohbihi ajmain Subha nakalailmalana illamaallamtana innakaan talalimulhakim Robbishrohli sodri wayassirli,amri wahluluqdatammillisani yafqahu qauili.
  • 2.
    Yang dihormati, PuanMaimunah Bt Darus, Yang Dipertua PIBG sekolah Kebangsaan Kg Bukit, Yang Berusaha Puan Rozinar bt Abd Hamid,guru besar SKKB, Yang dihormati penolong-penolong kanan SKKB, guru-guru,Naib Yang Dipertua PIBG Haji Faduli bin Khamis, ahli jawatan kuasa PIBG skkb, guru-guru KAFA, para waris, murid-murid dan tuan-tuan puan-puan. Alhamdulillhah, saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dikurniakan dan dianugerahkan kesempatan yakni masa, nikmat hidup yakni kesihatan yang baik,nikmat kasih sayang yakni tali silaturrahim yang akrab dan yang paling penting kita telah dikurniakan anak didik yang cemerlang untuk dibanggakan. setelah mengharungi segala rintangan dan cabaran, akhirnya kejayaan dapat dicapai oleh anak-anak kita yang cemerlang pada hari ini. Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana ibu bapa menyaksikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik. Segala kejayaan ini tidak akan terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi, dengan penuh rasa tanggungjawab untuk berbakti kepada pertiwi. Tuan-tuan dan puan-puan merupakan ibu bapa dan penjaga yang berdedikasi dalam memastikan kebajikan dan potensi diri anak-anak menjadi agenda utama tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih saya ucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk meraih kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Tuan2-puan2 yang dihormati, Pada pagi yang cukup ceria ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang dan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan Hari Anugerah Cemerlang kali ke -19 2012. Terima kasih khusus buat Puan Maimunah bt Darus YDP PIBG SKKB kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi pada pagi yg penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam dewan buat kali yang ke 19 ini. Hari ini tanggal 18 hb Julai 2012 bersamaan dengan 28 Syaaban 1433 Masihi, warga dewan akan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat penerima anugerah cemerlang tahun ini.
  • 3.
    Hadirin, warga dewanyang dihormati, Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini,antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Majlis yang menjadi agenda wajib dalam taqwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai bidang akedemik. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan pradigma dan pencetus revolusi dalam diri setiap pelajar