SlideShare a Scribd company logo
1
TEMA: SEJARAH PERUBATAN DAN KEISHATAN
TAJUK: PERUBATAN TRADISIONAL SECARA ISLAM DI JABAL SHAH.
“Budaya dan sistemkepercayaan masyarakat memainkan peranan penting terhadap
persepsi tentang kesihatan, perlakuan, serta tindak balas individu terhadap penyakit dan
kaedah rawatanya. Hampir semua etnik di dunia ini menggabungkan beberapa kaedah
dalam perawatan penyakit yang dihidapi, terutamanya penggunaan kaedah rawatan
tradisional dan alternatif , serta perubatan moden”. ( 1 )
Secara umumnya perubatan membawa maksud ilmu yang berkaitan dengan perubatan.
Tradisional pula membawa maksud corak tradisi yang diamalkan masyarakat turun-temurun.
Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan saling berkongsi budaya bersama. Perubatan
tradisional terkenal dikalangan masyarakat melayu. Walau bagaimanapun, perubatan ini juga turut
mendapat sambutan masyarakat bukan melayu. Kini perubatan tradisional menjadi perhatian
apabila mampu menyembuhkan pesakit. Perubatan tradisional juga menjadi tarikan kerana
rawatannya tidak menggunakan bahan kimia dan hanya menggunakan bahan semula jadi.
Perubatan tradisional tidak memberi sebarang kesan negatif kepada tubuh badan manusia.
Perubatan ini sering dilakukan oleh bomoh atau bidan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana
kemahiran yang dimiliki dalam menyembuhkan penyakit yang berkaitan jasmani dan rohani.
Masyarakat boleh menggabungkan perubatan tradisional dan moden. Perubatan moden terkenal
dengan teknologi canggih dalam perawatan kini. Kaedah ganbungan antara tradisonal dan modern
akan lebih berkesan dalam penyembuhan penyakit. Sesuai dengan perkembangan pesat teknologi,
dunia, perubatan tadisional turut berkembang dengan aplikasi moden.
Perubatan tradisional dapat dibahagikan kepada dua amalan iaitu amalan suruhan dan
amalan tegahan. Amalan suruhan berkaitan permakanan iaitu dari segi kuantiti dan khasiat yang
terdapat pada tumbuhan. Amalan tegahan pula membawa definisi menghalangan pesakit daripada
memakan tertentu semasa rawatan berlangsung. Langkah ini bertujuan membantu pesakit
memelihara kesihatan mereka. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional mengkategerikan
punca penyakit yang bersangkutan angin dan darah. Darah dan angin merupakan eleman penting
di dalam tubuh badan manusia. Kaedah urutan digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan.
2
Perubatan tadisional juga menggunkan tumbuhan secara meluas dalam penghasilan herba untuk
menangani masalah kesihatan. Kebanyakan pengamal perubatan menggap bahagian akar
tumbuhan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Antara tumbuhan yang mempunyai
kandungan khasiat yang tinggi ialah sireh, serai wangi dan lain-lain.
Kebanyakan pengamal perubatan tradisional melayu mewarisi ilmu perubatan tradisional
daripada keturunan atau secara turun-temurun, guru, buku, mimpi atau ilham. Perubatan
tradisional telah lama digunakan oleh golongan cendekiawan dan bangsawan zaman dahulu.
Banyak kisah mengenai ilmu perubatan tradisional yang wujud dalam masyarakat Melayu,
antaranya kisah mengenai Tun Hamzah cucu bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yan dibunuh
oleh Sultan Mahmud Syah. Luka parah yang dialami banginda telah menyebabkan kematian dan
kisah ini mampu membuktikan bahawa ilmu ini telah berkembang pesatnya pada kurun lamanya
(Harun Mat Piah, 2006).
Perubatan tradisional jug dapat dilakukan secara Islam. Apabila dilakukan secara Islam
maka secara umumnya berasaskan Al-quran. Secara tidak langsung rawatan yang diberikan tidak
sesat dan tidak melanggar syariah. Pusat Jabal Shah adalah pusat rawatan tradisional secara Islam
yang mengamalkan rawatan mengikut Al-quran dan hadis. Hal ini dikatakan disebabkan oleh
pengasas dan perawat telah mengikuti khusus yang sah serta diiktiraf undang-undang. Pengasas
Jabal Shah iaitu Encik Mohd Affendy Bin Hj Abdullah. Beliau merupakan perawat yang
bertauliah. Beliau juga mengaplikasikan kaedah tradisional dalam perebatannya. Menurut beliau
rawatan tradisional menjadi terkenal di masyarakt kerana kaedah rawatan yang tidak memakan
masa yang lama dan pesakit hanya mengeluarkan jumlah pembayaran yang rendah. Falsafah
perubatan tradisional juga menekankan menjaga kesihatan lebih penting berbanding merawat.
Biarpun dunia perubatan berkembang pesat, perubatan tradisional masih releven di
kalangan masyrakat tempatan. Daya tarikan rawatan tradisional Berjaya menarik perhatian
masyarakat. Semua jenis penyakit boleh dirawat di Jabal Shah. Menurut perubatan tradisional,
penyakit adalah kesan ketidakseimbangan dua persekitaran iaitu persekitaran gaya hidup
masyarakat. Perubatan tradisional turut menekankan aspek tekanan, emosi, persekitaran serta
kekeluargaan pesakit. Pendekatan holistik ini akan merawat pesakit secara keseluruhan. Pesakit
akan menjadi bertambah sihat.
3
Pusat rawatan Jabal Shah turut menjadi perhatian pihak luar kerana rawatan yang diberikan
berjaya menyebuhan ramai pesakit. Pusat rawatan ini juga menyusun dengan kemas data-data
pesakit yang mendapatkan rawatan. Data yang disusun dengan kemas akan memudahkan pekerja
dan pengasas mendapat maklumat tentang perkembangan pesakit mereka. Pesakit juga perlu
mematuhi arahan yang telah diberikan agar tidak berlaku perkara yang tidak diigini. Biarpun
mendapat sambutan masyarakat luar namun kurang mendapat sambutan masyarakat setempat.
Masyarakat lebih berminat mengkeji kerana mereka kurang faham dan kurang mendapat maklumat
tentang rawatan tradisional. Segala tomahan yang diterima tidak mematahkan semangat pusat
rawatan Jabal Shah sebaliknya, mereka terus berdiri teguh menghadapi tomahan. Matlamat mereka
adalah menmartabatkan rawatan tradisional agar tidak dilupakan begitu sahaja.
“Kalimah perubatan Islam begitu popular di Malaysia pada hari ini. Ianya sering
kali dikaitan dengan jampi mentera menggunakan ayat Al-Quran, wirid-wirid berdasarkan
hadith-hadith Nabi, aktiviti menghalau jin, membuang saka, mengambil ubat-ubatan
berpandukan Al-Quran dan Sunnah dan seumpanya. (2)
Tidak boleh menolak sesuka hati kerana malan yang disebutkan mempunyai dalil dan hujah
yang tersendiri. Amalan zikir dan doa menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t berdasarkan
dalil yang sahih. Tidak sebarang dalil yang menegaskan bahawa kosep perubatan Islam hanya
melibatkan amalan diatas. Skop perubaatn islam adalah sangat luas. Apa sahaja ubatan dan
prosuder yang mengikut kaedah perubatan yang maka ia sah disisi syarak. Prosedur perubatan
serta ubat-ubatan yang disebut oleh Nabi dan kaedah mendapatkan ilmu perubatan yang tidak
bercanggah dengan kaedah, sayriat, dan akhlak Islam. Perubatan islam bukanlah sekadar barkaitan
dengan perbomohan.
Secara umumnya, para ulama hadith cenderung kepada pendapat bahawa hadith-hadtih
perubatan yang sahih adalah berdasarkan wahyu. Ibn Al-Qayyin dalam At-Tibb An-Nabawi
berpegang dengan pendapat ini. Golongan kedua seperti Qadi ‘Iyadh dan Ibn Khaldun berpendapat
bahawa hadith-hadith perubatan ini bukan berasaskan wahyu, sebaliknya berdasarkan pengalaman
dan persekitaran. Matlamat bidang perubatan Islam ialah melahirkan individu yang bersih hati
dan jiwa serta tubh badan yang mantap. Aspek mewujudkan suasana bersih dan selamat turut
dititik beratkan. Perkara ini dilakukan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Allah berfirman
4
dalam suruh Az-Zariyat ayat 56, ‘’Tidak aku jadikan kin dan manusia melainklan bagi
mengabdikan diri kepadsa-ku.” Dalam konsep insan, perubatan Islam tidak hanya menekankan
penyakit-penyakit fizikal, sebaliknya mementingkan juga pengubatan jiwa serta hati manusia.
Apabila pengubatan kedua-dua ini dilakukan secara serentak dan merupakn pendekatan terbaik.
Pendekatan ini juga dapat melahirkan generasi yang yang sihat zahirnya.
Di samping itu, sumber yang menjadi rujukan dalam perubatan Islam ialah Al-Quran dan
Sunnahdi samping ijmak, qais, dan ijtihad. Ijamak, qais dan ijtihad adalah instrummen-instrumen
bagi menentukan hukum dalam Islam yang terhasil daripada sumber Al-quran dan sunnah. Setiap
perkara termasuk penyakit dan kesembuhan ditentukan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman
dalam suruh Al-Qasa ayat 68 “Dan tuhanmu mencipta apa yang dia suka dan dialah yang memilih
apa yang dia suka. Sekali-kali ada pilihan untuk mereka”. Menurut Abu Daud, Nabi bersabda
bahawa Allah menurunkan penyakit dan ubatnya. Setiap pengamal perubatan perlu mendidik diri
tidak berbangga diri apabila dapat menyembuh penyakit kerana Allah mengkehendaki penyakit
tersebut sembuh. Pengamal juga dapat menhilangkan perasaan putus asa apabila gagal
menyembuhkan pesakit kerana beliau mengkehendakinya.
Walaupun kesemua ditentukan oeh Allah S.W.T tetapi kita perlu berikhtiar dengan
pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit kerana disuruh agama. Ubat-ubatan yang
mempunyai unsur-unsur haram tidak dibenarkan dilakukan dalam perubatan kecuali pada saat
kecemasan. Pengamal perubatan perlu memastikan perubatan adalah halal. Pengamalan benda
yang haram dapat meberikan kesan kepada ibadah seseorang. Islam mengharamkan arak dan tidak
menganggapnya sebagai ubat.
Bidang perubatan Islam mengutamakan pencegahan daripada merawat kerana selari
dengan sunnah yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Kaedah fikah adalah terpenting dalam
ilmu. Berpandukan kaedah ini setiap perkara yang dapat menyebakan kemudaratan diharamkan
oleh Islam. Sebagai contoh seks luar nikah mengundang masalah kesihatan yang kronik. Dalam
konteks lebih luas Islam menyuruh penganutnya berdisplin dalam hidup kerana mampu mencegah
pelbagi penyakit. Galakan turut dibberikan agar mengkaji, menyelidik, karana merupakn kaedah
terbaik bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Dalam proses ini dapat menambah ilmu pengetahuan
di dalam diri dan dapat memanfaatkan kemahiran bersama masyarakat. Bidang perubatan yang
luas perlu dilakukan penyelidikan dengan lebih kerap kerana mampu merawat penyakit yang sukar
5
dirawat. Pengamal perubatan perlu meningkatkan ilmu pengetahuan kerana mereka berperanan
merawat pesakit yang memerlukan.
Pengasas Jabal Shah turut mengikuti kursus yang diadakan di Kuala Lumpur kerana ingin
meningkatkan ilmu pengetahuan serta mendapat pengiktirafan sijil bagi menambahkan keyakinan
masyarakat untuk mendapatkan rawatan. Selain pengasasnuya, pekerjanya juga turut dilatih
dengan Al-Quran dan Sunnah. Segala perawatan yang dilakukan semuanya berlandaskan syarak.
Tiada istilah ajaran sesat didalam perawatannya kerana mereka melakukan rawatan dengan niat
untuk membantu orang yamg memerlukan. Pekerja yang bekerja di Jabal Shah di bahagikan
kepada shift. Hal ini demikian desebabkan oleh, tenaga pekerja yang terhad. Setiap pekerja
memerlukan rehat secukupnya untuk melakukan rawatan. Perkara ini dapat mengelakkan mereka
melakukan kesilapan ketika melakukan rawatan.
“Sedekad yang lalu perubatan tradisional telah memberi sumbangan penting dalam
penjagaan kesihatan manusia. Perubatan tradisional dan komplementari bertindak sebagai
penaung rawatan penyakit kepada masyarakat bagi mengekalkan kesihatan” ( 3 )
Kebenaran penggunaan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) tersebar luas dan
keberkesanan rawatan telah meningkatkan kepercayaan masyarakat. Malaysia adalah negara yang
kaya dengan biodiversity tropika. Biodiversity tropika adalah sumber semula jadi untuk produk-
roduk kesihatan dan kini kerajaan menggangap ianya berpotensi besar. Sejak merdeka, Malaysia
telah menubuhkan dan membangunkan sistem penjagaan kesihatan moden yang membuatkan
semua rakyat berbangga dengannya. Sementara itu, perubatan komplementari juga telah lama
bertapak di Malaysia. Perkembangan ini perlu sejajar dengan anjakan paradigma dalam penjagaan
kesihatan di seluruh dunia.
Pertubuhaan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memaklumkan tentang pentingnya
peranan yang dimainkan oleh PTK dalam aspek pencegahan, promotif dan pemyembuhan
kesihatan untuk sebahagian penduduk terutamanya dalam negara-negara membangun dan
mengalakkan penggunaanya. WHO menggalakan ahli-ahlinya menyokong perubatan tradisional
serta perkembangan. Kementerian kesihatan telah mengambil pendekata positif dan proaktif dalam
memastikan kualiti dan keselamatan PTK dengan perubatan moden selepas diperkenalkan dan
6
diserap masuk sekiranya bersesuaian ke dalam kesihatan nasional. PTK merupakan komponen
penting dalam sistem penjagaan kesihatan. Sistem ini juga akan wujud bersama perubatan moden
kearah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Kerajaan
mempermudahkan pembangnan perubatan tradisional dan komplementari di negara kita agar dapat
mmastikan kualiti dan keselamatan amalan serta produk membantu sistem ekonomi dan sosial.
Perubatan tradisional merujuk kepada amalan, pendekatan, pengetahuan dan kepercayaan
terhadap kesihatan yang melibatkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan ubat-ubatan berdasarkan
mineral. Perubatan tradisional juga menerapkan terapi-terapi spiritual, teknik-teknik manual dan
senaman, yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi merawat serta dapat
mencegah penyakit. Perubatan komplementari merujuk kepada kepelbagaian kaedah didalam
penjagaan kesihatan yang bearsal daripada pelbagai bentuk budaya sejak berzaman-zaman.
Perubatan tradisional dan komplementari merupakan amalan yang dilakukan bersama iaitu selain
daripada perubatan atau pembedahan oleh pengamal prubatan berdaftar seperti yang terkandung
dalam akta perubatan 1971. Pengamalan PTK adalah pengamal yang berdaftar dengan badan
pengamal PTK.
Badan pengamalan PTK adalah badan kebangsaan yang bedaftar dan dilantik oleh
kementerian kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat lima penaung sehingga kini iaitu melayu, cina,
india, komplementari dan homeopati. Jawatankuasa tetap PTK dipengerusikan oleh timbalan ketua
Pengarah Kesihatan(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) yang terdiri daripada pegawai-pegawai
atasan KKM, perwakilan daripada university-universiti, badan professional WHO.
Pada masa kini belum ada sistem pendidikan atau latihan formal di institusi pengajian
tempatan berkaitan dengan perubatan tradisional. Perkara ini telah menyebabkan rawatan
tradisional kurang mendapat kepercayaan masyarakat sepenuhnya. Masyarakat juga kurang
mempercayai rawatan tradisional kerana kurangnya maklumat dan bukti sainstifik berkaitan
kaedah tradisional. Bagi membina kepercayaan masyarakat pihak perubatan moden dan tradisional
perlulah berganding bahu dalam pertukaran maklumat serta kaedah perubutan. Secara tidak
langsung masyarakat akan mempercayai tanpa ragu-ragu.
7
“ Perubatan tradisional masyarakat melayu di negara ini banyak diserapi unsur
perubatan asing” ( 4 )
Unsur asing berlaku disebabkan hasil asimilasi dengan pedagang-pedagang asing yang
datang ke Tanah Melayu. Pedagang asing datang ke Tanah Melayu sejak tertubuhnya kerajaan
Melayu Melaka pada kurun ke 14. Pedatang-pedatang dari China dan India membawa bersama
berbagai-bagai tumbuhan ubatan yang boleh hidup dengan baik di negara kita. Pengaruh islam
yang berasimilasi di dalam perubatan tradisional dalam beberapa aspek. Antaranya perkembangan
agama Islam maka bahasa rasmi agama Islam ialah bahasa arab. Bahasa arab telah mendapat
tempat dikalangan masyarakat terutamanya yang menganut agama Islam. Bahasa Melayu Kuno
yang menggunakan huruf-huruf arab disebut bahasa jawi. Pengaruh bahasa arab meresap dalam
perbendaharaan bahasa Melayu sekaligus menunjukkan pengaruh Islam di dalam kitab-kitab
zaman awal Islam di Nusantara. Salah satu dapat dillihat adalah pada penulisan manuskrip ubat-
ubatan yang ditulis oleh Haji Mustafa Bin Haji Ismail Pontianak dan teksnya bertuliskan jawi.
Antara pengaruh Islam jelas tergambar di dalam perubatan tradisional ialah terdapat ayat-
ayat al-Quran yang digunakan oleh bomoh atau ahli perubatan tradisional. Selain daripada
penggunaan ayat al-Quran pengamalan perubatan tradisional Melayu tidak dapat lari dari
menggunakan istilah bahasa arab. Penggunaan ini dirasakan lebih tepat kerana kebanyak bahan
perubatan datangnya dari negara arab dan negeri-negeri separa gurun seperti kekacang dan buah-
buahan kering dari Iran. Walaupun pengaruh Islam amat ketara di dalam kajian pengamalan
perubatan melayu tradisional namun masih mengikut kepercayaan orang Melayu. Terdapat cara-
cara tertentu serta pantang larang tertentu perlu dipatuhi sewaktu mengambil tumbuh-tumbuhan
herba untuk dijadikan ubat.
Pantang larang yang terdapat di dalam pengaruh Islam ialah waktu mengambil tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan ubat. Waktu paling sesuai ialah pada sebelah pagi, petang dan malam.
Sewaktu mengambil tumbuhan perlulah menghadap kiblat. Namun demikian, arah itu bergantung
pada hari. Sekiranya hari jumaat, orang yang mengambil tumbuh-tumbuhan perlulah menghadap
ke arah tenggara. Sabtu dan ahad pula perlu menghadap ke barat laut. Selasa pula pengambil perlu
menghadapkan ke arah barat laut. Sekiranya hari rabu, muka hendaklah dihadapkan ke arah utara
dan khamis muka perlu diarahkan ke selatan. Terbuktilah pengaruh Islam di dalam perubatan
8
tradisional. Sebelum mengambil tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat hendaklah membaca
bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali dan diikuti salam kepada
Nabi.
Tangkal dan azimat adalah budaya khurafat, thayu dan syirik sering dipaparkan
dalam perubatan tradisional. (5)
Tujuannya adalah untuk mengubati penyakit seperti sawan, cacing, demam, gangguan
hantu syaitan dan menolak bala. Dalam masyarakat Malaysia fetish atau tangkal dipakaikan pada
kanak-kanak. Perkara ini untuk mengelakkan daripada penyakit. Tangkal juga diletakkan depan
pintu rumah agar tidak dimasuki makhluk halus dan orang jahat. Pengamal perubatan yang
membuat tangkal lazimnya menggunakan ayat al-Quran, gambar rajah, nombor, symbol dan
perkataan arab yang mempunyai makna tertentu. Kemudian dibalut kemas dan di asapkan dengan
kemenyan lalu dipakaikan pada orang yang berhajat. Tangkal atau azimat banyak dipakaiakan
kepada anggota badan dan digantung pada pintu rumah kononnya bagi mengelak dari penyakit,
gangguan dan bala. Inilah cara lazim untuk menggunakan tangkal dan azimat. Tangkal dan azimat
adalah haram dan termasuk dalam perbuatan sihir dan syirik. Sabda nabi s.a.w melalui Abu
Hurairah r.a. yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikut suatu ikatan tersebut, ia telah melakukan
sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah
bertawakal dengannya”(Riwayat Imam Nasa”i r.a.). Syeikh ‘Atiyyah Saqar juga pernah
mengucapkan “sesiapa yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu kokka (sebagai takal
pelindung yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyebuhkan
penyakit adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah (S.W.T) semata-
mata”(Zaharuddin, 2011).
Selain itu, amalan mandi bunga juga adalah khurafat dan sering digunakan untuk amalan
perubatan tradisional. Antara sebab amalan mandi bunga diamalkan kerana dapat membuang sial,
menghindari bala dan membawa tuah. Membuang sial selalu dilakukan kepada anak dara yang
tidak mendapat jodoh biarpun sudah berusia. Nabi pernah bersabda bahawa tiada penyakit
berjangkit denga sendirinya tanpa takdir Allah. Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan kepercayaan
sial termasuklah mengaggap haiwan, tempat dan masa membawa sial. Berjumpa dengan bomoh
atau perawat pastinya mempunyai istilah pengeras. Pengeras ialah ganjaran dan upah diberikan
9
kepada bomoh atau jin peliharannya. Pengeras boleh berupa wang, haiwan, makanandan lain-lain.
Memberi pengeras adalah haram.
Menurut Sheikh Abdul Wahab Asy-Syra’rani menyatakan dalam kitabnya iaitu Yawaqitu
Wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji. (6)
Katanya lagi,” barang siapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada
bersekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil kerana yang lebih biasa bagi jin itu
adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia
yang fasik, maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan jin,
seperti larinya daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan manusia yang fasik.”
Kadang-kadang orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka semua perkara yang
dikhabarkan dan di beritahu oleh jin adalah daripada perkara yang berlaku di dalam alam karamah
daripada Allah Taala. Sangkaan mereka adalah salah kerana pemberian jin kepada manusia tentang
khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat isim huruf adlah
satu bidang ilmu kimia. Kata Syekh Muhyuddi Arabi, sesungguhnya oaring yang bersubahat
dengan jn akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya. Sifat takbur
merupakan salah satu sifat yang paling dimurkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam neraka
seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis Rasulnya.
Ringkasnya, sebagai seorang muslim perlulah menghindari daripda bersahabat dan
bersekedudukan dengan para jin sama ada jin islam mahupun kafir. Perkara ini, akan
mendatangkan keburukan kepada diri sendiri. Rawatan yang dilakukan di Jabal Shah adalah
berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Hal ini demikian disebabkan, rawatan yang dijalankan adalah
berlandaskan Al-Quran serta tidak bertentangan syariah.
10
Rumusan
Kesimpulannya, rawatan tradisional adalah sangat penting kepada masyarkat kini, kerana
telah terbukti keberkesan dalam merawat penyakit.Walau bagaimanapun, tidak semua masyarkat
menerima perawaatan tradisional dengan hati terbuka kerana mereka kurang mempercayai.
Mereka lebih percaya akan rawatan moden disebabkan kecanggihan teknologi. Rawatan
tradisioanl secara islam yang dijalankan di Jabal Shah telah membuktikan bahawa rawatan
tradisional mampu dijalankan mengikut ajaran islam.
Rawatan tradisional juga mampu memenuhi kehendak masyarakat yang kurang
berkemampuan untuk merawat penyakit. Rawatan tradisional menggunakan kos rendah tetapi
keberkesannya sukar ditangani rawatan moden. Antarnya, Jabal Shah tidak mengenakan sebarang
bayaran khusus sebaliknya, mengikut pesakit yang dirawat ingin memberi berapa jumlahnya.
Keadaan ini akan menarik kehadiran pesakit yang lebih ramai pada masa depan.
Bahan yang digunakan untuk merawat pesakit adalah menggunakan bahan semula jadi
seperti tumbuh-tumbuhan dan akar kayu. Bahan alam semula jadi akan mengelakkan pesakit
mendapat kesan sampingan. Bahan alam semula jadi juga mudah didapati seperti di dalam hutan.
Perawat hanya perlu memproses bahan yang diambil tanpa mengeluarkan kos tinggi. Pemprosesan
dilakukan tanpa menggunakan mesin sebaliknya hanya perlu merebus. Pusat rawatan tradisional
Jabal Shah akan meminta pesakit membawa bahan semula jadi yang dikehandaki untuk
melakuakan rawtan. Pesakit juga akan diajar cara menggunakan ubat yang telah diproses dari
bahan semula jadi.
Bidang rawatan tradisional turut menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarkat.
Masyrakat yang berminat boleh berkhidmat dalam bidang ini mempunyai skop yang luas. Secara
tidak langsung mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Golongan muda perlu
menceburi bidang rawatan ini agar ilmu perubatan tradisional terus diwarisi generasi muda.
Apabila diwarisi maka bidang ini tidak akan lapuk dan terus diwarisi.
11
NOTA HUJUNG
1. Ahmad Moghni Salbani, Saad Othman, Rahimah A. Hamid. Amalan Kearifan Tempatan
dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM).
2. Dr. Danial Zainal Abidin. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi 2015
3. Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2007. Laporan Tahunan 2007. Kuala Lumpur: Dasar Perubatan Tradisional dan
Komplementari Kebangsaan.
4. Muhamad Bin Zakaria, Mustafa Ali Mohd (1991), Tumbuhan Dan Perubatan Tradisional,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
5. Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad, Nor Izati Samsudin, Mohlamad Zaim Ismail,
Muhammad Ikhlas Rosele. The Art of Alternative Medicine in Malaysia:An Analysis on
Treatment Methods, Universiti Malaya.
6. Hj. Ahmad b. Hj. Che Din, 1997. Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat
Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-Perkara Khurafat dan Ajaran-
Ajaran Sesat. Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, 1hb Ogos 1997.
12
BIBLIOGRAFI
1. Mohd Affendy Bin Hj Abdullah, 40 Tahun, Kampung Sintok Bugis 1.
2. Siti Nazurah Binti Ahmad,59 Tahun, Kampung Sintok Bugis.
3. Darlina Md. Naim, Zuraidah Mohd Yusoff Saad Othman (Perubtan tradisional).
4. Ahmad Najme Muhammad (Perubatan Tradisional di Kalangan Bomoh dan Bidan di
Pasir Puteh, Kelantan.)
5. Syed Jamaluddin Syed Sulong (Pengenalan Perubatan Tradisional)
6. Ahmad Moghni Salbani, Saad Othman, Rahimah A. Hamid. Amalan Kearifan Tempatan
dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM).
7. Dr. Danial Zainal Abidin. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi 2015
8. Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2007. Laporan Tahunan 2007. Kuala Lumpur: Dasar Perubatan Tradisional dan
Komplementari Kebangsaan.
9. Muhamad Bin Zakaria, Mustafa Ali Mohd (1991), Tumbuhan Dan Perubatan Tradisional,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
10. Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad, Nor Izati Samsudin, Mohlamad Zaim Ismail,
Muhammad Ikhlas Rosele. The Art of Alternative Medicine in Malaysia:An Analysis on
Treatment Methods, Universiti Malaya.
11. http://riquelme-penawarhati.blogspot.my/2008/04/perubatan-tradisional-dan-
islam.html?=1
12. https://prezi.com/m/hmme8ykjirw/perubatan-tradisional-islam-dan-moden/
13. http://perubatantrdisionalislam.blogspot.my/?m=1
14. https://www.scribd.com/mobile/doc/13824069/perubatan-tradisional-vs-islam
15. http://zahirzainudin.blogspot.my/2016/03/perubatan-tradisional-melayu.html
16. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0504&pub=utusan_malaysia&se
c=kesihatan&pg=kn_01.htm
17. https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA197&lpg=PA197&dq=a
malan+suruhan&source=bl&ots=YcoIEiS4a2&sig=FuRMlifA0WBdGXdbAK0DjKYjw
Pw&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiuxJDH-
13
18. http://tcm.moh.gov.my/ms/
19. http://repository.um.edu.my/22875/1/10%20149-162.pd
LAMPIRAN
14
Foto 1: Papan tanda yang menunjukkan arah Jabal Shah.
Foto 2: Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan Jabal Shah.
15
Foto 3: Bukti Jabal Shah bernaung dibawah Paduka Putra 30.
Foto 3: Keadaan diluar Jabal Shah.
16
Foto 4: Pengasas Jabal Shah.
Foto 5: Pengkaji membuat tinjauan.
17
Foto 6: Tempat rawatan dilakukan.
Foto 7: Notis-notis penting yang ditampal.
18
Foto 8: Peralatan yang digunakan untuk rawatan .
Foto 9: Sistem audio.
19
Foto 10: Bahan yang digunakan semasa rawatan.
Foto 11: Batu Kristal.
20
Foto 12: Antara penawar yang dijual.
Foto 13: Air penawar.
21
Foto 14: Rekod pesakit.
22
Foto 15: Pengasas Jabal Shah di dalam Mastika September 2016.
Foto 16: Pengasas Jabal Shah di dalam Mastika Julai 2016.
23
Foto 17: Antara sijil penyertaan pengasas Jabal Shah.
24
Foto 18: Sebahagian pekerja Jabal Shah.

More Related Content

What's hot

ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAHANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
smka wataniah machang, kelantan
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
Dg Suhaili
 
Undang2 99 perak
Undang2 99 perakUndang2 99 perak
Undang2 99 perak
Kartini hasri
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
nasywah79
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
grace anzelletha
 
Perang candu 2
Perang candu 2Perang candu 2
Perang candu 2
Latifah Kaiyisah
 
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandKhai Khairy
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
NurZahidah22
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pra Universiti SMK Dato' Kamaruddin
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
umi nabila
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
LiyaZafirah1
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
azam_hazel
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
pah_cys
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
Guru Sejarah PraU
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
Asmawi Abdullah
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
NUR HUMAIRAH AMIRA
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
NurZahidah22
 
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin HajiMejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Pra Universiti SMK Dato' Kamaruddin
 
What's hot (20)

ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAHANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUSIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Undang2 99 perak
Undang2 99 perakUndang2 99 perak
Undang2 99 perak
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Perang candu 2
Perang candu 2Perang candu 2
Perang candu 2
 
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Masyarakat Industri di England
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
 
Bm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorikBm penggal 3 retorik
Bm penggal 3 retorik
 
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad sawKegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
Kegiatan ekonomi pada zaman Nabi Muhammad saw
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
 
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEHPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MESIR DAN ACHEH
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
 
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASINGBAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
BAB 5 : PELUASAN KUASA ASING
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
STPM SEM 1 SEJARAH TEMA 3 (SUMBANGAN TOKOH ILMU DI PERANCIS & ENGLAND)
 
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin HajiMejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
 
Similar to Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2

pengobatan bekam
pengobatan bekam pengobatan bekam
pengobatan bekam
ekosaputro yes
 
1-Perubatan Islam (intro)
1-Perubatan Islam (intro) 1-Perubatan Islam (intro)
1-Perubatan Islam (intro)
Sabrina Lye
 
Makalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islam
Makalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islamMakalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islam
Makalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islam
Septian Muna Barakati
 
Implementasi Sosbud Thd Askep
Implementasi Sosbud Thd AskepImplementasi Sosbud Thd Askep

Makalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islamWarnet Raha
 
Makalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islam
Makalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islamMakalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islam
Makalah perlakuan terhadap orang sakit dan sakaratul maut menurut ajaran islamOperator Warnet Vast Raha
 
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI
Muhd Shafiq
 
Ilmu kedokteran vs thibbun nabawi
Ilmu kedokteran vs thibbun nabawiIlmu kedokteran vs thibbun nabawi
Ilmu kedokteran vs thibbun nabawi
Artam Sragen
 
reza nopalia
reza nopaliareza nopalia
reza nopalia
Reza Nopalia
 
Power Point Kedokteran Naturopathy oleh Dokter Santun
Power Point Kedokteran Naturopathy oleh Dokter SantunPower Point Kedokteran Naturopathy oleh Dokter Santun
Power Point Kedokteran Naturopathy oleh Dokter Santun
HariasanR
 
MAKALAH OBAT TRADISIONAL KELOMPOK.pdf
MAKALAH OBAT TRADISIONAL KELOMPOK.pdfMAKALAH OBAT TRADISIONAL KELOMPOK.pdf
MAKALAH OBAT TRADISIONAL KELOMPOK.pdf
Maretta Simanunsong
 
Konsep transkultural
Konsep transkulturalKonsep transkultural
Konsep transkulturalEfan Porto
 
Konsep Islam dalam Pencegahan Penyakit
Konsep Islam dalam Pencegahan PenyakitKonsep Islam dalam Pencegahan Penyakit
Konsep Islam dalam Pencegahan Penyakit
ShofiraNabila
 
! Ramuan herbal sang nabi
! Ramuan herbal sang nabi! Ramuan herbal sang nabi
! Ramuan herbal sang nabi
Nano Nani
 
Presentation agama islam
Presentation agama islamPresentation agama islam
Presentation agama islam
ain err
 
implikasi transcultural dalam praktek keperawatan
implikasi transcultural dalam praktek keperawatanimplikasi transcultural dalam praktek keperawatan
implikasi transcultural dalam praktek keperawatan
ary Camba
 
sejarah kesehatan zaman Rasulullah
sejarah kesehatan zaman Rasulullahsejarah kesehatan zaman Rasulullah
sejarah kesehatan zaman RasulullahPutrii Permatasarii
 
Hubungan agama dengan profesi kedokteran hewan
Hubungan agama dengan profesi kedokteran hewanHubungan agama dengan profesi kedokteran hewan
Hubungan agama dengan profesi kedokteran hewanHega Septiagi
 
Similar to Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2 (20)

Recently uploaded

PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptxKarier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
Karier-Dan-Studi-Lanjut-Di-Bidang-Informatika.pptx
adolfnuhujanan101
 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
agusmulyadi08
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Recently uploaded (20)

Contoh Kerja Khusus / PBS Sejarah Semester 2

  • 1. 1 TEMA: SEJARAH PERUBATAN DAN KEISHATAN TAJUK: PERUBATAN TRADISIONAL SECARA ISLAM DI JABAL SHAH. “Budaya dan sistemkepercayaan masyarakat memainkan peranan penting terhadap persepsi tentang kesihatan, perlakuan, serta tindak balas individu terhadap penyakit dan kaedah rawatanya. Hampir semua etnik di dunia ini menggabungkan beberapa kaedah dalam perawatan penyakit yang dihidapi, terutamanya penggunaan kaedah rawatan tradisional dan alternatif , serta perubatan moden”. ( 1 ) Secara umumnya perubatan membawa maksud ilmu yang berkaitan dengan perubatan. Tradisional pula membawa maksud corak tradisi yang diamalkan masyarakat turun-temurun. Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum dan saling berkongsi budaya bersama. Perubatan tradisional terkenal dikalangan masyarakat melayu. Walau bagaimanapun, perubatan ini juga turut mendapat sambutan masyarakat bukan melayu. Kini perubatan tradisional menjadi perhatian apabila mampu menyembuhkan pesakit. Perubatan tradisional juga menjadi tarikan kerana rawatannya tidak menggunakan bahan kimia dan hanya menggunakan bahan semula jadi. Perubatan tradisional tidak memberi sebarang kesan negatif kepada tubuh badan manusia. Perubatan ini sering dilakukan oleh bomoh atau bidan. Masyarakat mengiktiraf mereka kerana kemahiran yang dimiliki dalam menyembuhkan penyakit yang berkaitan jasmani dan rohani. Masyarakat boleh menggabungkan perubatan tradisional dan moden. Perubatan moden terkenal dengan teknologi canggih dalam perawatan kini. Kaedah ganbungan antara tradisonal dan modern akan lebih berkesan dalam penyembuhan penyakit. Sesuai dengan perkembangan pesat teknologi, dunia, perubatan tadisional turut berkembang dengan aplikasi moden. Perubatan tradisional dapat dibahagikan kepada dua amalan iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan berkaitan permakanan iaitu dari segi kuantiti dan khasiat yang terdapat pada tumbuhan. Amalan tegahan pula membawa definisi menghalangan pesakit daripada memakan tertentu semasa rawatan berlangsung. Langkah ini bertujuan membantu pesakit memelihara kesihatan mereka. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional mengkategerikan punca penyakit yang bersangkutan angin dan darah. Darah dan angin merupakan eleman penting di dalam tubuh badan manusia. Kaedah urutan digunakan untuk mengatasi masalah kesihatan.
  • 2. 2 Perubatan tadisional juga menggunkan tumbuhan secara meluas dalam penghasilan herba untuk menangani masalah kesihatan. Kebanyakan pengamal perubatan menggap bahagian akar tumbuhan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Antara tumbuhan yang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi ialah sireh, serai wangi dan lain-lain. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional melayu mewarisi ilmu perubatan tradisional daripada keturunan atau secara turun-temurun, guru, buku, mimpi atau ilham. Perubatan tradisional telah lama digunakan oleh golongan cendekiawan dan bangsawan zaman dahulu. Banyak kisah mengenai ilmu perubatan tradisional yang wujud dalam masyarakat Melayu, antaranya kisah mengenai Tun Hamzah cucu bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah. Luka parah yang dialami banginda telah menyebabkan kematian dan kisah ini mampu membuktikan bahawa ilmu ini telah berkembang pesatnya pada kurun lamanya (Harun Mat Piah, 2006). Perubatan tradisional jug dapat dilakukan secara Islam. Apabila dilakukan secara Islam maka secara umumnya berasaskan Al-quran. Secara tidak langsung rawatan yang diberikan tidak sesat dan tidak melanggar syariah. Pusat Jabal Shah adalah pusat rawatan tradisional secara Islam yang mengamalkan rawatan mengikut Al-quran dan hadis. Hal ini dikatakan disebabkan oleh pengasas dan perawat telah mengikuti khusus yang sah serta diiktiraf undang-undang. Pengasas Jabal Shah iaitu Encik Mohd Affendy Bin Hj Abdullah. Beliau merupakan perawat yang bertauliah. Beliau juga mengaplikasikan kaedah tradisional dalam perebatannya. Menurut beliau rawatan tradisional menjadi terkenal di masyarakt kerana kaedah rawatan yang tidak memakan masa yang lama dan pesakit hanya mengeluarkan jumlah pembayaran yang rendah. Falsafah perubatan tradisional juga menekankan menjaga kesihatan lebih penting berbanding merawat. Biarpun dunia perubatan berkembang pesat, perubatan tradisional masih releven di kalangan masyrakat tempatan. Daya tarikan rawatan tradisional Berjaya menarik perhatian masyarakat. Semua jenis penyakit boleh dirawat di Jabal Shah. Menurut perubatan tradisional, penyakit adalah kesan ketidakseimbangan dua persekitaran iaitu persekitaran gaya hidup masyarakat. Perubatan tradisional turut menekankan aspek tekanan, emosi, persekitaran serta kekeluargaan pesakit. Pendekatan holistik ini akan merawat pesakit secara keseluruhan. Pesakit akan menjadi bertambah sihat.
  • 3. 3 Pusat rawatan Jabal Shah turut menjadi perhatian pihak luar kerana rawatan yang diberikan berjaya menyebuhan ramai pesakit. Pusat rawatan ini juga menyusun dengan kemas data-data pesakit yang mendapatkan rawatan. Data yang disusun dengan kemas akan memudahkan pekerja dan pengasas mendapat maklumat tentang perkembangan pesakit mereka. Pesakit juga perlu mematuhi arahan yang telah diberikan agar tidak berlaku perkara yang tidak diigini. Biarpun mendapat sambutan masyarakat luar namun kurang mendapat sambutan masyarakat setempat. Masyarakat lebih berminat mengkeji kerana mereka kurang faham dan kurang mendapat maklumat tentang rawatan tradisional. Segala tomahan yang diterima tidak mematahkan semangat pusat rawatan Jabal Shah sebaliknya, mereka terus berdiri teguh menghadapi tomahan. Matlamat mereka adalah menmartabatkan rawatan tradisional agar tidak dilupakan begitu sahaja. “Kalimah perubatan Islam begitu popular di Malaysia pada hari ini. Ianya sering kali dikaitan dengan jampi mentera menggunakan ayat Al-Quran, wirid-wirid berdasarkan hadith-hadith Nabi, aktiviti menghalau jin, membuang saka, mengambil ubat-ubatan berpandukan Al-Quran dan Sunnah dan seumpanya. (2) Tidak boleh menolak sesuka hati kerana malan yang disebutkan mempunyai dalil dan hujah yang tersendiri. Amalan zikir dan doa menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t berdasarkan dalil yang sahih. Tidak sebarang dalil yang menegaskan bahawa kosep perubatan Islam hanya melibatkan amalan diatas. Skop perubaatn islam adalah sangat luas. Apa sahaja ubatan dan prosuder yang mengikut kaedah perubatan yang maka ia sah disisi syarak. Prosedur perubatan serta ubat-ubatan yang disebut oleh Nabi dan kaedah mendapatkan ilmu perubatan yang tidak bercanggah dengan kaedah, sayriat, dan akhlak Islam. Perubatan islam bukanlah sekadar barkaitan dengan perbomohan. Secara umumnya, para ulama hadith cenderung kepada pendapat bahawa hadith-hadtih perubatan yang sahih adalah berdasarkan wahyu. Ibn Al-Qayyin dalam At-Tibb An-Nabawi berpegang dengan pendapat ini. Golongan kedua seperti Qadi ‘Iyadh dan Ibn Khaldun berpendapat bahawa hadith-hadith perubatan ini bukan berasaskan wahyu, sebaliknya berdasarkan pengalaman dan persekitaran. Matlamat bidang perubatan Islam ialah melahirkan individu yang bersih hati dan jiwa serta tubh badan yang mantap. Aspek mewujudkan suasana bersih dan selamat turut dititik beratkan. Perkara ini dilakukan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Allah berfirman
  • 4. 4 dalam suruh Az-Zariyat ayat 56, ‘’Tidak aku jadikan kin dan manusia melainklan bagi mengabdikan diri kepadsa-ku.” Dalam konsep insan, perubatan Islam tidak hanya menekankan penyakit-penyakit fizikal, sebaliknya mementingkan juga pengubatan jiwa serta hati manusia. Apabila pengubatan kedua-dua ini dilakukan secara serentak dan merupakn pendekatan terbaik. Pendekatan ini juga dapat melahirkan generasi yang yang sihat zahirnya. Di samping itu, sumber yang menjadi rujukan dalam perubatan Islam ialah Al-Quran dan Sunnahdi samping ijmak, qais, dan ijtihad. Ijamak, qais dan ijtihad adalah instrummen-instrumen bagi menentukan hukum dalam Islam yang terhasil daripada sumber Al-quran dan sunnah. Setiap perkara termasuk penyakit dan kesembuhan ditentukan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman dalam suruh Al-Qasa ayat 68 “Dan tuhanmu mencipta apa yang dia suka dan dialah yang memilih apa yang dia suka. Sekali-kali ada pilihan untuk mereka”. Menurut Abu Daud, Nabi bersabda bahawa Allah menurunkan penyakit dan ubatnya. Setiap pengamal perubatan perlu mendidik diri tidak berbangga diri apabila dapat menyembuh penyakit kerana Allah mengkehendaki penyakit tersebut sembuh. Pengamal juga dapat menhilangkan perasaan putus asa apabila gagal menyembuhkan pesakit kerana beliau mengkehendakinya. Walaupun kesemua ditentukan oeh Allah S.W.T tetapi kita perlu berikhtiar dengan pelbagai cara untuk menyembuhkan penyakit kerana disuruh agama. Ubat-ubatan yang mempunyai unsur-unsur haram tidak dibenarkan dilakukan dalam perubatan kecuali pada saat kecemasan. Pengamal perubatan perlu memastikan perubatan adalah halal. Pengamalan benda yang haram dapat meberikan kesan kepada ibadah seseorang. Islam mengharamkan arak dan tidak menganggapnya sebagai ubat. Bidang perubatan Islam mengutamakan pencegahan daripada merawat kerana selari dengan sunnah yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w. Kaedah fikah adalah terpenting dalam ilmu. Berpandukan kaedah ini setiap perkara yang dapat menyebakan kemudaratan diharamkan oleh Islam. Sebagai contoh seks luar nikah mengundang masalah kesihatan yang kronik. Dalam konteks lebih luas Islam menyuruh penganutnya berdisplin dalam hidup kerana mampu mencegah pelbagi penyakit. Galakan turut dibberikan agar mengkaji, menyelidik, karana merupakn kaedah terbaik bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Dalam proses ini dapat menambah ilmu pengetahuan di dalam diri dan dapat memanfaatkan kemahiran bersama masyarakat. Bidang perubatan yang luas perlu dilakukan penyelidikan dengan lebih kerap kerana mampu merawat penyakit yang sukar
  • 5. 5 dirawat. Pengamal perubatan perlu meningkatkan ilmu pengetahuan kerana mereka berperanan merawat pesakit yang memerlukan. Pengasas Jabal Shah turut mengikuti kursus yang diadakan di Kuala Lumpur kerana ingin meningkatkan ilmu pengetahuan serta mendapat pengiktirafan sijil bagi menambahkan keyakinan masyarakat untuk mendapatkan rawatan. Selain pengasasnuya, pekerjanya juga turut dilatih dengan Al-Quran dan Sunnah. Segala perawatan yang dilakukan semuanya berlandaskan syarak. Tiada istilah ajaran sesat didalam perawatannya kerana mereka melakukan rawatan dengan niat untuk membantu orang yamg memerlukan. Pekerja yang bekerja di Jabal Shah di bahagikan kepada shift. Hal ini demikian desebabkan oleh, tenaga pekerja yang terhad. Setiap pekerja memerlukan rehat secukupnya untuk melakukan rawatan. Perkara ini dapat mengelakkan mereka melakukan kesilapan ketika melakukan rawatan. “Sedekad yang lalu perubatan tradisional telah memberi sumbangan penting dalam penjagaan kesihatan manusia. Perubatan tradisional dan komplementari bertindak sebagai penaung rawatan penyakit kepada masyarakat bagi mengekalkan kesihatan” ( 3 ) Kebenaran penggunaan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PTK) tersebar luas dan keberkesanan rawatan telah meningkatkan kepercayaan masyarakat. Malaysia adalah negara yang kaya dengan biodiversity tropika. Biodiversity tropika adalah sumber semula jadi untuk produk- roduk kesihatan dan kini kerajaan menggangap ianya berpotensi besar. Sejak merdeka, Malaysia telah menubuhkan dan membangunkan sistem penjagaan kesihatan moden yang membuatkan semua rakyat berbangga dengannya. Sementara itu, perubatan komplementari juga telah lama bertapak di Malaysia. Perkembangan ini perlu sejajar dengan anjakan paradigma dalam penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Pertubuhaan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memaklumkan tentang pentingnya peranan yang dimainkan oleh PTK dalam aspek pencegahan, promotif dan pemyembuhan kesihatan untuk sebahagian penduduk terutamanya dalam negara-negara membangun dan mengalakkan penggunaanya. WHO menggalakan ahli-ahlinya menyokong perubatan tradisional serta perkembangan. Kementerian kesihatan telah mengambil pendekata positif dan proaktif dalam memastikan kualiti dan keselamatan PTK dengan perubatan moden selepas diperkenalkan dan
  • 6. 6 diserap masuk sekiranya bersesuaian ke dalam kesihatan nasional. PTK merupakan komponen penting dalam sistem penjagaan kesihatan. Sistem ini juga akan wujud bersama perubatan moden kearah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat Malaysia. Kerajaan mempermudahkan pembangnan perubatan tradisional dan komplementari di negara kita agar dapat mmastikan kualiti dan keselamatan amalan serta produk membantu sistem ekonomi dan sosial. Perubatan tradisional merujuk kepada amalan, pendekatan, pengetahuan dan kepercayaan terhadap kesihatan yang melibatkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan ubat-ubatan berdasarkan mineral. Perubatan tradisional juga menerapkan terapi-terapi spiritual, teknik-teknik manual dan senaman, yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi merawat serta dapat mencegah penyakit. Perubatan komplementari merujuk kepada kepelbagaian kaedah didalam penjagaan kesihatan yang bearsal daripada pelbagai bentuk budaya sejak berzaman-zaman. Perubatan tradisional dan komplementari merupakan amalan yang dilakukan bersama iaitu selain daripada perubatan atau pembedahan oleh pengamal prubatan berdaftar seperti yang terkandung dalam akta perubatan 1971. Pengamalan PTK adalah pengamal yang berdaftar dengan badan pengamal PTK. Badan pengamalan PTK adalah badan kebangsaan yang bedaftar dan dilantik oleh kementerian kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat lima penaung sehingga kini iaitu melayu, cina, india, komplementari dan homeopati. Jawatankuasa tetap PTK dipengerusikan oleh timbalan ketua Pengarah Kesihatan(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan KKM, perwakilan daripada university-universiti, badan professional WHO. Pada masa kini belum ada sistem pendidikan atau latihan formal di institusi pengajian tempatan berkaitan dengan perubatan tradisional. Perkara ini telah menyebabkan rawatan tradisional kurang mendapat kepercayaan masyarakat sepenuhnya. Masyarakat juga kurang mempercayai rawatan tradisional kerana kurangnya maklumat dan bukti sainstifik berkaitan kaedah tradisional. Bagi membina kepercayaan masyarakat pihak perubatan moden dan tradisional perlulah berganding bahu dalam pertukaran maklumat serta kaedah perubutan. Secara tidak langsung masyarakat akan mempercayai tanpa ragu-ragu.
  • 7. 7 “ Perubatan tradisional masyarakat melayu di negara ini banyak diserapi unsur perubatan asing” ( 4 ) Unsur asing berlaku disebabkan hasil asimilasi dengan pedagang-pedagang asing yang datang ke Tanah Melayu. Pedagang asing datang ke Tanah Melayu sejak tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke 14. Pedatang-pedatang dari China dan India membawa bersama berbagai-bagai tumbuhan ubatan yang boleh hidup dengan baik di negara kita. Pengaruh islam yang berasimilasi di dalam perubatan tradisional dalam beberapa aspek. Antaranya perkembangan agama Islam maka bahasa rasmi agama Islam ialah bahasa arab. Bahasa arab telah mendapat tempat dikalangan masyarakat terutamanya yang menganut agama Islam. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf arab disebut bahasa jawi. Pengaruh bahasa arab meresap dalam perbendaharaan bahasa Melayu sekaligus menunjukkan pengaruh Islam di dalam kitab-kitab zaman awal Islam di Nusantara. Salah satu dapat dillihat adalah pada penulisan manuskrip ubat- ubatan yang ditulis oleh Haji Mustafa Bin Haji Ismail Pontianak dan teksnya bertuliskan jawi. Antara pengaruh Islam jelas tergambar di dalam perubatan tradisional ialah terdapat ayat- ayat al-Quran yang digunakan oleh bomoh atau ahli perubatan tradisional. Selain daripada penggunaan ayat al-Quran pengamalan perubatan tradisional Melayu tidak dapat lari dari menggunakan istilah bahasa arab. Penggunaan ini dirasakan lebih tepat kerana kebanyak bahan perubatan datangnya dari negara arab dan negeri-negeri separa gurun seperti kekacang dan buah- buahan kering dari Iran. Walaupun pengaruh Islam amat ketara di dalam kajian pengamalan perubatan melayu tradisional namun masih mengikut kepercayaan orang Melayu. Terdapat cara- cara tertentu serta pantang larang tertentu perlu dipatuhi sewaktu mengambil tumbuh-tumbuhan herba untuk dijadikan ubat. Pantang larang yang terdapat di dalam pengaruh Islam ialah waktu mengambil tumbuh- tumbuhan untuk dijadikan ubat. Waktu paling sesuai ialah pada sebelah pagi, petang dan malam. Sewaktu mengambil tumbuhan perlulah menghadap kiblat. Namun demikian, arah itu bergantung pada hari. Sekiranya hari jumaat, orang yang mengambil tumbuh-tumbuhan perlulah menghadap ke arah tenggara. Sabtu dan ahad pula perlu menghadap ke barat laut. Selasa pula pengambil perlu menghadapkan ke arah barat laut. Sekiranya hari rabu, muka hendaklah dihadapkan ke arah utara dan khamis muka perlu diarahkan ke selatan. Terbuktilah pengaruh Islam di dalam perubatan
  • 8. 8 tradisional. Sebelum mengambil tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat hendaklah membaca bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali dan diikuti salam kepada Nabi. Tangkal dan azimat adalah budaya khurafat, thayu dan syirik sering dipaparkan dalam perubatan tradisional. (5) Tujuannya adalah untuk mengubati penyakit seperti sawan, cacing, demam, gangguan hantu syaitan dan menolak bala. Dalam masyarakat Malaysia fetish atau tangkal dipakaikan pada kanak-kanak. Perkara ini untuk mengelakkan daripada penyakit. Tangkal juga diletakkan depan pintu rumah agar tidak dimasuki makhluk halus dan orang jahat. Pengamal perubatan yang membuat tangkal lazimnya menggunakan ayat al-Quran, gambar rajah, nombor, symbol dan perkataan arab yang mempunyai makna tertentu. Kemudian dibalut kemas dan di asapkan dengan kemenyan lalu dipakaikan pada orang yang berhajat. Tangkal atau azimat banyak dipakaiakan kepada anggota badan dan digantung pada pintu rumah kononnya bagi mengelak dari penyakit, gangguan dan bala. Inilah cara lazim untuk menggunakan tangkal dan azimat. Tangkal dan azimat adalah haram dan termasuk dalam perbuatan sihir dan syirik. Sabda nabi s.a.w melalui Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikut suatu ikatan tersebut, ia telah melakukan sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah bertawakal dengannya”(Riwayat Imam Nasa”i r.a.). Syeikh ‘Atiyyah Saqar juga pernah mengucapkan “sesiapa yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu kokka (sebagai takal pelindung yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyebuhkan penyakit adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah (S.W.T) semata- mata”(Zaharuddin, 2011). Selain itu, amalan mandi bunga juga adalah khurafat dan sering digunakan untuk amalan perubatan tradisional. Antara sebab amalan mandi bunga diamalkan kerana dapat membuang sial, menghindari bala dan membawa tuah. Membuang sial selalu dilakukan kepada anak dara yang tidak mendapat jodoh biarpun sudah berusia. Nabi pernah bersabda bahawa tiada penyakit berjangkit denga sendirinya tanpa takdir Allah. Dr Yusuf al-Qaradawi menyatakan kepercayaan sial termasuklah mengaggap haiwan, tempat dan masa membawa sial. Berjumpa dengan bomoh atau perawat pastinya mempunyai istilah pengeras. Pengeras ialah ganjaran dan upah diberikan
  • 9. 9 kepada bomoh atau jin peliharannya. Pengeras boleh berupa wang, haiwan, makanandan lain-lain. Memberi pengeras adalah haram. Menurut Sheikh Abdul Wahab Asy-Syra’rani menyatakan dalam kitabnya iaitu Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji. (6) Katanya lagi,” barang siapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada bersekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil kerana yang lebih biasa bagi jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik, maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan jin, seperti larinya daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan manusia yang fasik.” Kadang-kadang orang yang bersahabat dengan jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan di beritahu oleh jin adalah daripada perkara yang berlaku di dalam alam karamah daripada Allah Taala. Sangkaan mereka adalah salah kerana pemberian jin kepada manusia tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat isim huruf adlah satu bidang ilmu kimia. Kata Syekh Muhyuddi Arabi, sesungguhnya oaring yang bersubahat dengan jn akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya. Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling dimurkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis Rasulnya. Ringkasnya, sebagai seorang muslim perlulah menghindari daripda bersahabat dan bersekedudukan dengan para jin sama ada jin islam mahupun kafir. Perkara ini, akan mendatangkan keburukan kepada diri sendiri. Rawatan yang dilakukan di Jabal Shah adalah berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Hal ini demikian disebabkan, rawatan yang dijalankan adalah berlandaskan Al-Quran serta tidak bertentangan syariah.
  • 10. 10 Rumusan Kesimpulannya, rawatan tradisional adalah sangat penting kepada masyarkat kini, kerana telah terbukti keberkesan dalam merawat penyakit.Walau bagaimanapun, tidak semua masyarkat menerima perawaatan tradisional dengan hati terbuka kerana mereka kurang mempercayai. Mereka lebih percaya akan rawatan moden disebabkan kecanggihan teknologi. Rawatan tradisioanl secara islam yang dijalankan di Jabal Shah telah membuktikan bahawa rawatan tradisional mampu dijalankan mengikut ajaran islam. Rawatan tradisional juga mampu memenuhi kehendak masyarakat yang kurang berkemampuan untuk merawat penyakit. Rawatan tradisional menggunakan kos rendah tetapi keberkesannya sukar ditangani rawatan moden. Antarnya, Jabal Shah tidak mengenakan sebarang bayaran khusus sebaliknya, mengikut pesakit yang dirawat ingin memberi berapa jumlahnya. Keadaan ini akan menarik kehadiran pesakit yang lebih ramai pada masa depan. Bahan yang digunakan untuk merawat pesakit adalah menggunakan bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan dan akar kayu. Bahan alam semula jadi akan mengelakkan pesakit mendapat kesan sampingan. Bahan alam semula jadi juga mudah didapati seperti di dalam hutan. Perawat hanya perlu memproses bahan yang diambil tanpa mengeluarkan kos tinggi. Pemprosesan dilakukan tanpa menggunakan mesin sebaliknya hanya perlu merebus. Pusat rawatan tradisional Jabal Shah akan meminta pesakit membawa bahan semula jadi yang dikehandaki untuk melakuakan rawtan. Pesakit juga akan diajar cara menggunakan ubat yang telah diproses dari bahan semula jadi. Bidang rawatan tradisional turut menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarkat. Masyrakat yang berminat boleh berkhidmat dalam bidang ini mempunyai skop yang luas. Secara tidak langsung mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Golongan muda perlu menceburi bidang rawatan ini agar ilmu perubatan tradisional terus diwarisi generasi muda. Apabila diwarisi maka bidang ini tidak akan lapuk dan terus diwarisi.
  • 11. 11 NOTA HUJUNG 1. Ahmad Moghni Salbani, Saad Othman, Rahimah A. Hamid. Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM). 2. Dr. Danial Zainal Abidin. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi 2015 3. Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007. Laporan Tahunan 2007. Kuala Lumpur: Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. 4. Muhamad Bin Zakaria, Mustafa Ali Mohd (1991), Tumbuhan Dan Perubatan Tradisional, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 5. Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad, Nor Izati Samsudin, Mohlamad Zaim Ismail, Muhammad Ikhlas Rosele. The Art of Alternative Medicine in Malaysia:An Analysis on Treatment Methods, Universiti Malaya. 6. Hj. Ahmad b. Hj. Che Din, 1997. Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam masyarakat Melayu Islam, Latihan Pertahanan Diri Melayu, Perkara-Perkara Khurafat dan Ajaran- Ajaran Sesat. Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, 1hb Ogos 1997.
  • 12. 12 BIBLIOGRAFI 1. Mohd Affendy Bin Hj Abdullah, 40 Tahun, Kampung Sintok Bugis 1. 2. Siti Nazurah Binti Ahmad,59 Tahun, Kampung Sintok Bugis. 3. Darlina Md. Naim, Zuraidah Mohd Yusoff Saad Othman (Perubtan tradisional). 4. Ahmad Najme Muhammad (Perubatan Tradisional di Kalangan Bomoh dan Bidan di Pasir Puteh, Kelantan.) 5. Syed Jamaluddin Syed Sulong (Pengenalan Perubatan Tradisional) 6. Ahmad Moghni Salbani, Saad Othman, Rahimah A. Hamid. Amalan Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu/Nusantara (Penerbit USM). 7. Dr. Danial Zainal Abidin. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden Edisi 2015 8. Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. Kementerian Kesihatan Malaysia, 2007. Laporan Tahunan 2007. Kuala Lumpur: Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan. 9. Muhamad Bin Zakaria, Mustafa Ali Mohd (1991), Tumbuhan Dan Perubatan Tradisional, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 10. Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad, Nor Izati Samsudin, Mohlamad Zaim Ismail, Muhammad Ikhlas Rosele. The Art of Alternative Medicine in Malaysia:An Analysis on Treatment Methods, Universiti Malaya. 11. http://riquelme-penawarhati.blogspot.my/2008/04/perubatan-tradisional-dan- islam.html?=1 12. https://prezi.com/m/hmme8ykjirw/perubatan-tradisional-islam-dan-moden/ 13. http://perubatantrdisionalislam.blogspot.my/?m=1 14. https://www.scribd.com/mobile/doc/13824069/perubatan-tradisional-vs-islam 15. http://zahirzainudin.blogspot.my/2016/03/perubatan-tradisional-melayu.html 16. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0504&pub=utusan_malaysia&se c=kesihatan&pg=kn_01.htm 17. https://books.google.com.my/books?id=fiTzg88b0X4C&pg=PA197&lpg=PA197&dq=a malan+suruhan&source=bl&ots=YcoIEiS4a2&sig=FuRMlifA0WBdGXdbAK0DjKYjw Pw&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiuxJDH-
  • 14. 14 Foto 1: Papan tanda yang menunjukkan arah Jabal Shah. Foto 2: Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan Jabal Shah.
  • 15. 15 Foto 3: Bukti Jabal Shah bernaung dibawah Paduka Putra 30. Foto 3: Keadaan diluar Jabal Shah.
  • 16. 16 Foto 4: Pengasas Jabal Shah. Foto 5: Pengkaji membuat tinjauan.
  • 17. 17 Foto 6: Tempat rawatan dilakukan. Foto 7: Notis-notis penting yang ditampal.
  • 18. 18 Foto 8: Peralatan yang digunakan untuk rawatan . Foto 9: Sistem audio.
  • 19. 19 Foto 10: Bahan yang digunakan semasa rawatan. Foto 11: Batu Kristal.
  • 20. 20 Foto 12: Antara penawar yang dijual. Foto 13: Air penawar.
  • 21. 21 Foto 14: Rekod pesakit.
  • 22. 22 Foto 15: Pengasas Jabal Shah di dalam Mastika September 2016. Foto 16: Pengasas Jabal Shah di dalam Mastika Julai 2016.
  • 23. 23 Foto 17: Antara sijil penyertaan pengasas Jabal Shah.
  • 24. 24 Foto 18: Sebahagian pekerja Jabal Shah.