SMK Taman Desa Jaya akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-15 pada 1 November 2014 di Padang Kawad sekolah. Kejohanan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mengembangkan bakat dan memperkukuh hubungan antara rumah sukan. Pelbagai acara sukan akan diadakan sepanjang hari untuk mempertandingkan antara empat rumah sukan sekolah.