1. CERITA RAKYAT LUAR NEGARA
TAJUK : PENCARI KAYU API
Pada masa dahulu, ada seorang pencari kayu api yang baik hati bernama Mergen. Dia suka
menolong mereka yang berada dalam kesusahan.
Pada suatu hari , Mergen pergi ke hutan. Tiba-tiba, dia terdengar suara meminta tolong. “ Wahai
Mergen, tolonglah lepaskan aku!” rayu rusa. Mergenpun segera melepaskan rusa tersebut.“ Kalau engkau
memerlukan bantuan aku, panggillah nama aku, “ kata rusa.
Kemudian, Mergen meneruskan perjalanannya. Dia ternampak semut yang terapung-apung di
atas air. Mergen terus menolong semut itu. Kata semut, “ Terima kasih Mergen. Kalau kamu
memerlukan pertolongan, panggillah aku.”
Semasa menyusuri sungai pula, Mergen ternampak seorang perawan yang cantik. Dia terpikat
lalu melamarnya. Perawan itu bersetuju, tetapi Mergen harus menunaikan permintaannya. “ Saya mahu
kamu menghauskan tapak kasut besi ini. Saya berikan tempoh sehingga mala mini,” kata perawan itu.
Mergen berfikir sejenak lalu memanggil nama rusa. “Tolonglah saya menghauskan tapak kasut
ini.” Rusa pun menyarungkan kasut itu lalu berlari ke dalam hutan. Menjelang malam, rusa
memulangkan kasut yang telah haus tapaknya kepada Mergen.
Mergen Berjaya menunaikan permintaan pertama perawan itu. Kemudian, Mergen diminta pula
mengutip beras yang ditabur di sepanjang jalan. Mergen memanggil semut untuk membantunya.
“Wahai semut kawanku, tolonglah kutip beras di sepanjang jalan ini.” Beberapa saat kemudian,
beribu-ribu ekor semut berkumpul lalu mengutip semua beras itu.
Menjelang malam itu juga, beras Berjaya dikumpulkan oleh semut itu. Akhirnya, perawan itu
bersetuju mengahwini Mergen. Mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.