CABARAN YANG HARUS DIHADAPI BAGI MEMBOLEHKAN MALAYSIA
MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU
ISU-ISUNYA HURAIAN
Pembentukan satu
Negara Bangsa
Malaysia
 Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi prasyarat
kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu
pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang
bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.
 Bagi mengisi konsep ini, istilah seperti perpaduan negara,
kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi
perlulah difahami dan diamalkan.
Mewujudkan sebuah
Negara Perindustrian
 Negara yang telah mengubah corak ekonomi dan
kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian
adalah mempunyai status negara maju.
 Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia
meneruskan proses transformasi daripada kehidupan
bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
 Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan
ekonomi yang amat pesat amatlah penting.
 Sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang
melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti
tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi
cabaran-cabaran amatlah besar.
Keadilan Ekonomi
dan Sosial
 Satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan
sosial perlu bagi pewujudan satu negara maju dan bersatu.
 Sebuah negara maju tidak patut mewujudkan keadaan
yang satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya
sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Moral dan etika  Negara Maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnya
berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi
berasaskan kepercayaan agama.
 Pengamalan nilai-nilai murni akan menjadi faktor
penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan
kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
Pembangunan
Masyarakat
Berdasarkan Sistem
kekeluargaan
 Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan
masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.
 Keluarga dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti
individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah
negara.
 Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara
hidup sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan
ini hendaklah digerakkan dari awal lagi.
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
3 JENIS PERANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA
Rangka Rancangan Jangka
Panjang@DisebutPelan
Rangka Perspektif.
 Rangka Perancangan Jangka Panjang atau Pelan
Rangka perspektif menetapkan teras yang luas di
dalam agenda pembangunan negara dalam jangka
masa panjang. RANGKA RANCANGAN
JANGKA PANJANG menetapkan rangka panjang
untuk mencapai wawasan masyarakat. Contohnya
RRJP1/OPP1 (1971-1990), RRJP2 (1991-2000)
RRJP3/ OPP3 (2001-2010)
Rancangan Jangka
Sederhana / Rancangan
 Rancangan Jangka Sederhana – iaitu Pelan
Pembangunan lima tahun, seperti Rancangan
Malaysia Lima Tahun
(RMLT)
Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Rancangan
Malaysia Kesembilan (2006-2010). Penyemakan
Semula Di Pertengahan Penggal (MTR) bagi Pelan
Lima Tahun tersebut.
 Pelan ini dirumus berdasarkan lingkungan rangka
kerja yang ditetapka oleh Pelan Rangka Perspektif.
Pelan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran
perkembangan makro-ekonomi dan juga saiz dan
peruntukan untuk program pembangunan sektor
awam. Tambahan lagi, ia menyatakan peranan
indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta.
 Penyemakan semula pertengahan penggal (MTR)
ke atas pelan lima tahun yang dilaksanakan pada
pertengahan kitaran lima tahun untuk menyemak
semula polisi makro-ekonomi dan sektor dan
strategi serta membuat pelarasan jika perlu.
Perancangan jangka
pendek/ bajet tahunan
 Peringkat ketiga ialah bajet tahunan. Latihan
perangcangan tahunan ini dijalankan oleh
Kementerian Kewangan selaras dengan penyediaan
bejet tahunan. Selain daripada mengambil
pertimbangan terhadap pertimbangan terhadap
pandangan sektor swasta melalui dialog bajet,
perancangan ini juga membuat rundingan dengan
agensi pusat yang lain. Unit Perancangan Ekonomi
(UPE) memainkan peranan yang penting dalam
menentukan bajet pembangunan tahunan.
PROJEK PEMBANGUNAN YANG DIJALANKAN
RANCANGAN
MALAYSIA LIMA
TAHUN
TEMPOH RANCANGAN JANGKA
PANJANG
RMK-2 1971-1975 DASAR EKONOMI BARU
(DEB)
RRJP1
RMK-3 1976-1980
RMK-4 1981-1985
RMK-5 1986-1990
RMK-6 1991-1995 DASAR WAWASAN
NASIONAL (DPN)
RRJP2
RMK-7 1996-2000
RMK-8 2001-2005 DASAR WAWASAN
RMK-9 2006-2010 NEGARA (DWN)
RRJP3
RMK-10 2011-2015 DASAR TRANSFORMASI
NEGARA (DTN)RMK-11 2016-2020
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
 DEB ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalu
RMK-2 (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang
wujud di Malaysia antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan antara
kawasan di wilayah yang sama.
 Kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
negara yang mengambil tempoh 20 tahun (1971-1990). Matlamat dasar ini
bertujuan mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan
ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
 Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah
disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata.
STRATEGI SERAMPANG DUA MATA
 Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dnegan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
 Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Segala program pembangunan negara dan dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan
adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan perpaduan.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) atau Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP 2) 1991-2000 tlah digubal sebagai usaha untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
 Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat
yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan kestabilan sosial dan
politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi berterusan.
 DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf
sebuah negara maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika
dan moral, kesatbilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan
kecemerlangan ekonomi negara.
 DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula masyarakat.
ASPEK-ASPEK KRITIKAL YANG DIBERI TUMPUAN
Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan yang saksama.
Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomu untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.
Megurangkan dan menghapuskan integrasi ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperoleh
dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
Menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan bandar dan luar bandar.
Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif iaitu semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian
yang positif serta menghayati perasaan bangga dan Cinta akan negara.
Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga yang berdisiplin dan produktif
serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan
industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan
semula masyarakat.
Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi.
Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang
sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka
panjang pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
 DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB
serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannya.
 DPN mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan bertujuan mengadakan
satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN
adalah seperti berikut:
DIMENSI-DIMENSI BARU DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan
menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskinan di samping
mengurangkan kemiskinan relatif.
Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat. Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkatkan
dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.
Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses
penyusunan semula masyarakat.
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan
etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomu dan pengagihan yang saksama.
DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)
 Dasar wawasan negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang
lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan
objektif utama untuk mencapai perpaduan nasional.
 Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat
dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.
 DWN juga berpandu kepada cabaran strategik wawasan 2020 yang menyediakan
hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang
wawasan 2020.
 DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan
mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang
dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.
 Bagi menangani cabaran yang dihadapi, penekanan juga akan diberi kepada
membina sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan
juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya saing serta masyarakat
yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan
sosial.
TERAS KRITIKAL DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)
Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk oerpaduan, menyemarakkan
semangat petriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih
bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan
kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan
dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah.
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.
Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk
meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya
pemikiran rakyat.
Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang
cekap, produktif dan berpengetahuan. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang
mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.
 MBE adalah satu pelan tindakan transformasi ekonomi negara untuk Malaysia
menjadi sebuah negara ekonomu berpendapatan tinggi, mengambil kira
peningkatan kualiti hidup masyarakat, pemeliharaan alam sekitar, dan sumber asli
secara mapan serta berterusan dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan negara
umumnya untuk mencapai status negara maju dan wawasan 2020.
DASAR-DASAR NEGARA
Dasar ekonomi
DASAR AUTOMOTIF NASIONAL (NAP)
 Bertujuan untuk merangsang perkembangan sektor automotif negara seterusnya
pembangunan sektor automotif Malaysia.
OBJEKTIF UTAMA KAJIAN SEMULA (NAP)
Memastikan pembangunan industri automotif tempatan yang terancang dan tersusun serta
meningkatkan keupayaan dan daya saing industri dalam jangka panjang berikutan
liberalisasi pasaran.
Mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi menggalakkan pelaburan
tambahan yang baru.
Meningkatkan daya saing syarikat pembuat kenderaan berstatus nasional melalui
usahasama strategik.
Menggalakkan pembangunan teknologi baru dan terkini dalam industri automotif
domestik.
Meningkatkan penyertaan Bumiputera yang berterusan dalam industri automotif.
Menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dalam bidang niche yang mempunyai
nilai tambah yang tinggi.
Meningkatkan standard keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna di samping
menggalakkan aktiviti dalam bidang mesra alam.
Menambah baik instrumen pelaksanaan dasar di bawas NAP sedia ada.
DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3)
 DASAR PERTANIAN NEGARA PERTAMA (1984-1991)
1. Memberi penekanan membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan
eksport.
2. Memberi penekanan kepada dasar ekspansionari yang mengutamakan tanaman
komoditi seperti kelapa sawit dan koko. Dengan kedudukan tanah dan tenaga
buruh pertanian yang baik, melalui DPN1, kerajaan telah melabur dengan banyak
dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-
tanah baru bagi memajukan dua tanaman tersebut.
 DASAR PERTANIAN NEGARA KEDUA (1992-1997)
1. Memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan.
2. Memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
persaingan. Tanaman ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-
usaha meluaskan kawasan penanamannya.
3. Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah mengambil kira kedudukan kekangan tanah,
tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah.
4. Oleh itu, perubahan telah dilakukan dengan mengubah penumpuan kepada usaha
pembangunan pertanian ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai
ditambah yang tinggi.
5. DPN2 telah membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani. Hal
ini adalah selaras dengan strategi perindustrian yang telah dihuraikan dalam Pelan
Induk Perindustrian Pertama dan Kedua.
6. Penumpuan ke atas pembangunan industri asas tani ini bertujuan untuk
mengeksploitasi faedah berbanding dan pasaran niche untuk menambah peluang-
peluang pekerjaan, menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui peningkatan
produktiviti dan untuk menambahkan hasil pertukaran wang asing negara.
 DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (1998-2010)
1. Meningkatkan daya saing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan
antarabangsa.
2. Sektor pertanian dan industri asas tani akan memberi keutamaan kepada usaha-
usaha berikutan.
i. Meningkatkan daya saing pengeluaran makanan
ii. Mengurangkan defisit imbangan dagangan untuk makanan
iii. Meningkatkan pelaburan swasta
iv. Sumber manusia mahir
v. Bekerjasama dengan kerajaan negeri
vi. Memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam.
Perkembangan pesat dalam ekonomi sejak tahun 1991 dan kegawatan ekonomi yang
dihadapi telah menimbulkan cabaran baru dalam pengurusan sektor pertanian.
CABARAN BARU YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR PERTANIAN
1. Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat,
berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.
2. Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian.
3. Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia
ada seperti tanah dan air.
4. Keperluan untuk mengukuhkan daya saingan sektor pertanian negara.
5. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.
6. Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil.
7. Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara.
8. Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang
mampan.
Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru (DPN3)
telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat
disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di
luar negara.
Strategi pembangunan sektor pertanian dan perhutanan disepadukan untuk mengatasi
masalah kekurangan sumber, terutamanya tanah dan buruh.
Menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian moden melalui sistem
bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan serta dilengkapi
dengan aktiviti agropelancongan.
OBJEKTIF DASAR PERTANIAN NEGARA KE-3
 Memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam
sektor ini.
 Meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK,
pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan.
HAL INI DILAKUKAN MELALUI
1. Peningkatan sekuriti makanan
2. Peningkatan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
3. Pengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain.
4. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian.
5. Pemuliharaan dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan.
6. Pengenalan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani dan
pendekatan berasaskan produk.
PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN DALAM DPN3
1. PENDEKATAN PERHUTANI
 Bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber
termasuk tanah, buruh dan bahan mentah.
 Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan
bersama-sama kerana dilihat sebagai kegiatan yang serasi dan saling melengkapi.
 Integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas
pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut.
MANFAAT PENDEKATAN PERHUTANI
 Mewujudkan peluang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan perusahaan
perhutanan dan pertanian, mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah
dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan daripada pelaburan-pelaburan
perhutani.
 Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang
sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah pertanian
yang baru.
 Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesies pokok
hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan
memaksimumkan pulangan.
 Memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan daripada
komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut. Hal ini akan
menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam kegiatan tanaman hutan komersil
dan dengan demikian meningkatkan bekalan balak untuk industri berasaskan
kayu.
2. PENDEKATAN BERASASKAN PRODUK
 Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi
penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di
seluruh dunia.
 Permintaan dan keperluan pasaran ini digunakan untuk menggubal strategi-
strategi pengeluaran pertanian huluan.
MANFAAT PENDEKATAN BERASASKAN PRODUK
 Melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan
pertanian yang telah dikenal pasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005)
 Meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus melalui penyampaian
petunjuk-petunjuk pasaran serta pola cita rasa pengguna kepada pengeluaran pada
peringkat ladang.
 Mengenal pasti dan memperluas peluang-peluang pasaran. Hal ini akan
meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan serta mewujudkan
peluang-peluang perniagaan dalam bidang-bidang perniagaan yang lebih luas
melalui satu sistem rangkaian aktiviti pertanian dengan aktiviti sektor lain.
DPN3 melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan
pertanian yang telah dikenal pasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005)
melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi
pembangunan dan perluasan industri sokongan dan perantaraan.
Rantaian pertanian dengan sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber
semula jadi akan mengukuhkan sektor pertanian dan menjamin pembangunan mampan.
Oleh itu, DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang
komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain.
DASAR AGROMAKANAN (2011-2020)
 Dasar Agromakanan 2011-2020 ini merupakan kesinambungan kepada Dasar
Pertanian Negara Ketiga 1998-2010 (DPN3)
 Tujuan
1. Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan
negara.
2. Menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan.
a) Hala tuju Strategik Dasar Agromakanan
1. Dasar ini juga menggariskan beberapa hala tuju strategik untuk meningkatkan
kedayasaingan sepanjang rantaian nilai di samping meningkatkan pengeluaran
secara mampan.
TERAS DASAR AGROMAKANAN
KEDAYASAINGAN
a) Penerokaan pertanian bernilai tinggi
 Pembangunan kluster dinamik pertanian bernilai tinggi seperti akuakultur, ikan
hiasan florikultur dan cendawan.
b) Peningkatan pengeluaran dan produktiviti
 Pembangunan tanah secara optimun dan peningkatan produktiviti tanah dan
pekerja.
c) Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan
 Pelaburan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, penubuhan konsortium dan
perkongsian awam-swasta dalam penyediaan infrastruktur. Pengukuhan rantaian
bekalan agromakanan.
 Pemasaran dan promosi hasil produk tempatan, pembangunan produk halal dan
pembangunan rantaian global untuk eksport.
d) Pengukuhan R&D dan inovasi
 Persekitaran yang kondusif untuk merangsang kreativiti dan inovasi- tumpuan
kepada baka, benih dan bioteknologi.
TERAS KEMAMPUAN
a) Persediaan menghadapi impak perubahan iklim
 Penyediaan skim insuran pertanian dan sistem amaran awal.
b) Perluasan amalan mesra alam
 R&D menjana teknologi hijau dan mesra alam.
c) Pengurusan bahan sampingan/buangan
 Mengoptimumkan penggunaan bahan sampingan seperti memproses kepada baja
kompos, makanan ternakan dan biogas.
d) Penggunaa sumber manusia berkualiti
 Peningkatan kemahiran dan kepakaran dan peningkatan pekerja tempatan.
e) Pemakanan untuk kesihatan
 Penggunaa hasil dan produk makanan tempatan dan menghasilkan makanan halal
dan selamat.
DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN 2008-2010
 Peningkatan harga makanan di peringkat global dan kekerangan bekalan makanan
telah menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan negara yang
mencukupi.
 Kerajaan mengambil langkah segera dalam menjamin bekalan makanan negara
sentiasa mencukupi dan pada harga yang berpatutan.
OBJEKTIF DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN
 Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agromakanan bagi memenuhi
tahap sara diri.
 Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi
menjamin pengeluaran bahan makanan tidak merosot.
STRATEGI DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN
i. Peningkatan pengeluaran bebas,
ii. Perwujudan stok penimbal beras.
iii. Pengeluaran dan produktiviti komoditi
iv. Pengukuhan pasaran dan pengagihan
v. Program bumi hijau
vi. Pengurusan tanah terbiar.
PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KETIGA (P1P3)
 Pelan Induk Perindustrian Pertama (P1P1), telah menyediakan asas sektor
perkilangan sebagai penjana pertumbuhan ekonomi.
 Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP2), seterusnya mengukuhkan industri selain
meningkatkan aktiviti nilai tambah dan produktiviti.
 Pelan Induk Perindustrian Ketiga (PIP3), akan memberi tumpuan kepada
menangani cabaran baru yang dilihat sebagai kesinambungan dua pelan terdahulu
sejak dua dekad lalu.
 Bagi melangkah ke hadapan, sektor perkilangan perlu menghadapi persaingan
sengit daripada negara lain untuk menarik pelaburan asing, membangunkan modal
insan yang inovatif, kreatif serta berkemahiran tinggi dan mengenal pasti serta
membangunkan sumber pertumbuhan baru.
 Cabaran berkenaan memerlukan pendekatan menyeluruh yang baru.
 Pelan Induk Perindustrian Ketiga (PIP3) memberi tumpuan kepada pertumbuhan
dan perkembangan sektor perkhidmatan, sejajar dengan sasaran untuk
menjadikannya peneraju pertumbuhan ekonomi.
 Bagi mencapai sasaran pertumbuhan sektor tersebut, kerajaan telah merangka
lima teras strategi untuk memacu perkembangan dan hala tuju industri
perkhidmatan.
LIMA TERAS PIP3
 Meningkatkan daya saing, produktiviti dan kecekapan pembekal perkhidmatan.
 Membangunkan kapasiti dan keupayaan sub-sektor utama.
 Menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi perkhidmatan terpilih.
 Memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi pelaburan
serta eksport perkhidmatan.
 Memperkemaskan sokongan institusi bagi pembangunan serta penggalakan seb-
sektor yang dikenal pasti.
LAPAN SUB-SEKTOR PIP3
 Perkhidmatan
 Perniagaan dan profesional
 Perdagangan , pengedaran
 Pembinaan
 Pendudukan dan latihan
 Perkhidmatan penjagaan kesihatan
 Perkhidmatan pelancongan
 Teknologi maklumat dan komunikasi serta logistik
Pemilihan sub-sektor itu berdasarkan peranan penting sebagai pembekal perkhimatan,
potensi berintegrasi dalam konteks global, kesan ke atas ekonomi, dan mewujudkan
peluang pekerjaan berintensif pengetahuan dan kemahiran.
EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN
 Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan
kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing
antarabangsa untuk mencapai Wawasan 2020.
 Teras pembangunan untuk ekonomi yang berdasarkan pengetahuan telah
ditetapkan dalam Pelan Rangka Perspektif Ketiga (OPP3) seperti berikut.
TERAS PEMBANGUNAN EKONOMI PELAN RANGKA PERSPEKTIF
KETIGA (OPP3)
Membina asas tenaga kerja berpengetahuan, antara lain, melalui penyemakan semula
sistem pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan
program bijak pandai.
Memperbanyakkan inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi
negara.
Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi
berasaskan pengetahuan.
Menstruktur sistem kewangan semula untuk memberi pembiayaan yang sesuai bagi
aktiviti pengetahuan, menyediakan peralatan untuk pengurusan makro-ekonomi dan
dapat bertahan dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi berasaskan
pengetahuan.
Meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan
perkhidmatan.
Menggalakkan sektor swsata agar bersedia dengan lebih pantas terhadap ekonomi
berdasarkan pengetahuan dan juga mengenal pasti dan mengekploitasi peluang-peluang
yang bakal dijana.
Mengolah sektor awam semula untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan perolehan,
penyebaran dan pengurusan pengetahuan.
Memupuk penggunaan pengetahuan yang beretika.
Mengambil tindakan tegas bagi merapatkan jurang digital antara pendapatan, kumpulan
etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan merentasi sempadan
wilayah.
SEGOSHOSHA MALAYSIA
 Segoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan
di negara Jepun.
 Untuk mencapai taraf segoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah
memenuhi tiga ciri penting iaitu:
TIGA CIRI PENTING SEGOSHOSHA
i. Mempunyai rangkaian antarabangsa.
ii. Mengendalikan barang dagangan yang banyak.
iii. Memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar.
OBJEKTIF SEGOSHOSHA MALAYSIA
1. Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional dan juga kepada
pengguna-pengguna baru termasuk di pasaran tradisional.
2. Menggalakkan eskport bukan tradisional.
3. Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa dari segi menggalakkan
pelaburan secara usaha sama di sektor industri di Malaysia untuk keperluan
pasaran dalam dan luar negeri.
4. Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru.
5. Menggalakkan eskport tak ketara Malaysia di luar negeri.
STRATEGU PELAKSANAAN SEGOSHOSHA MALAYSIA
1. Galakan kredit
 Deberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan untuk
melaksanakan kegiatan eskport di luar negeri.
2. Galakan cukai
 Misalnya elaun galakan eksport dan lain-lain pengecualian cukai di bawah Akta
Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1997 dan Akta Eksais 1976.
3. Lain-lain galakan serta khidmat sokongan
 Misalnya penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia di luar negeri
dan sebagainya.
RUMUSAN DASAR TERDAHULU
DASAR-DASAR
YANG
DILAKSANAKAN
MATLAMAT/OBJEKTIF
Dasar Pandang Ke
Timur
1. Mengkaji dan memilih contoh amalan yang terbaik dari
negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea untuk
dicontohi supaya prestasi pengurusan dan pembangunan
sektor awam dapat dipertingkatkan. Meujudkan nilai dan
etika kerja yang positif Program yang dilaksanakan.
2. Perubahan struktur (kad perakam Waktu, Tanda Nama,
KMMK, Fail meja dan pejabat terbuka.
 Perubahan Sikap (perkhidmatan cemerlang, Bersih
Cekap Amanah (BCA). Kepimpinan melalui teladan
 Latihan dan kursus (latihan Teknikal, Pengajian
Akademik, Skim Latihan Usahawan)
Dasar Pengurangan
Beban Perbelanjaan
Awam
1. Mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan
2. Mengurangkan defisit belanjawan
3. Mengawal kadar inflasi
4. Mengawal pertumbuhan hutang negara.
Dasar Beli Barang-
Barang Buatan
Malaysia
1. Menghapuskan prasangka bahawa barang-barang buatan
tempatan tidak bermutu dan barang-barang diimport
lebih bermutu.
2. Mengurangkan pengaliran wang negara melalui
pertukaran wang asing.
3. Memberi sokongan kepada pengusaha tempatan supaya
dapat menghasilkan barang-barang yang lebih bermutu
untuk dieksport.
Dasar Persyarikatan
Malaysia
1. Menghapuskan salah faham antara sektor awam dan
sektor swasta.
2. Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat
antara sektor awam dan swasta.
3. Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara
sektor amam dan sektor swasta dalam usaha
membangunkan negara untuk faedah bersama.
Dasar Penswastaan 1. Meringankan beban kewangan kerajaan
2. Meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran.
3. Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap
4. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
5. Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan
golongan usahawan dan peniaga Bumiputera.
Bentuk-bentuk penswastaan
 Penjadualan
1. Penjadualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat kerajaan
dan melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen
organisasi iaitu tanggungjawab pengurusan, aset dan
kakitangan.
 Pajakan
2. Melibatkan pemindahan hak menggunakan aset untuk
tempoh tertentu dengan bayaran pajakan.
 Kontrak Pengurusan
3. Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor
swasta untuk mengurus entiti kerajaan dengan
membayar yuran pengurusan.
 Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali
4. Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor
swasta untuk mengurus entiti kerajaan dengan dibayar
yuran pengurusan.
Dasar Kepimpinan
Melalui Teladan
1. Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang bertanggungjawab
dan berkesan untuk dicontohi, dihayati dan diamalkan
oleh segenap lapisan kerajaan.
2. Mengubah sikap kakitangan kerajaan dengan
mengukuhkan nilai-nilai murni iaitu mempertingkatkan
etika kerja dan pada masa yang sama daya pengeluaran
negara meningkat.
Dasar Bersih, Cekap
dan Amanah
1. Mewujudkan satu jentera pentadbiran awam yang cekap,
bersih dan amanah.
2. Mempertingkatkan pengurusan dan pembangunan
negara.
3. Melahirkan masyarakat yang bertatatertib dan
berdisiplin.
Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam
1. Membentuk sikap posotif seperti rajin bekerja, tekun,
bersih, cekap, amanah, dedikasi, berdisiplin, jujur,
bertimbang rasa dan adil.
2. Menghapuskan sikap negatif seperti tidak
bertanggungjawab, rasuah, penyelewengan, penindasan
dan penyalahgunaan kuasa, mewujudkan satu sistem
pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah.
3. Melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi.

Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju

  • 1.
    CABARAN YANG HARUSDIHADAPI BAGI MEMBOLEHKAN MALAYSIA MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU ISU-ISUNYA HURAIAN Pembentukan satu Negara Bangsa Malaysia  Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin.  Bagi mengisi konsep ini, istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan. Mewujudkan sebuah Negara Perindustrian  Negara yang telah mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju.  Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.  Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting.  Sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran amatlah besar. Keadilan Ekonomi dan Sosial  Satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial perlu bagi pewujudan satu negara maju dan bersatu.  Sebuah negara maju tidak patut mewujudkan keadaan yang satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir. Moral dan etika  Negara Maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnya
  • 2.
    berpegang kepada falsafahmoral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.  Pengamalan nilai-nilai murni akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem kekeluargaan  Keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.  Keluarga dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara.  Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi. DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA 3 JENIS PERANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA Rangka Rancangan Jangka Panjang@DisebutPelan Rangka Perspektif.  Rangka Perancangan Jangka Panjang atau Pelan Rangka perspektif menetapkan teras yang luas di dalam agenda pembangunan negara dalam jangka masa panjang. RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG menetapkan rangka panjang untuk mencapai wawasan masyarakat. Contohnya RRJP1/OPP1 (1971-1990), RRJP2 (1991-2000) RRJP3/ OPP3 (2001-2010) Rancangan Jangka Sederhana / Rancangan  Rancangan Jangka Sederhana – iaitu Pelan Pembangunan lima tahun, seperti Rancangan
  • 3.
    Malaysia Lima Tahun (RMLT) MalaysiaKesepuluh (2011-2015), Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Penyemakan Semula Di Pertengahan Penggal (MTR) bagi Pelan Lima Tahun tersebut.  Pelan ini dirumus berdasarkan lingkungan rangka kerja yang ditetapka oleh Pelan Rangka Perspektif. Pelan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran perkembangan makro-ekonomi dan juga saiz dan peruntukan untuk program pembangunan sektor awam. Tambahan lagi, ia menyatakan peranan indikatif yang dijangkakan bagi sektor swasta.  Penyemakan semula pertengahan penggal (MTR) ke atas pelan lima tahun yang dilaksanakan pada pertengahan kitaran lima tahun untuk menyemak semula polisi makro-ekonomi dan sektor dan strategi serta membuat pelarasan jika perlu. Perancangan jangka pendek/ bajet tahunan  Peringkat ketiga ialah bajet tahunan. Latihan perangcangan tahunan ini dijalankan oleh Kementerian Kewangan selaras dengan penyediaan bejet tahunan. Selain daripada mengambil pertimbangan terhadap pertimbangan terhadap pandangan sektor swasta melalui dialog bajet, perancangan ini juga membuat rundingan dengan agensi pusat yang lain. Unit Perancangan Ekonomi (UPE) memainkan peranan yang penting dalam menentukan bajet pembangunan tahunan. PROJEK PEMBANGUNAN YANG DIJALANKAN RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN TEMPOH RANCANGAN JANGKA PANJANG RMK-2 1971-1975 DASAR EKONOMI BARU (DEB) RRJP1 RMK-3 1976-1980 RMK-4 1981-1985 RMK-5 1986-1990 RMK-6 1991-1995 DASAR WAWASAN NASIONAL (DPN) RRJP2 RMK-7 1996-2000 RMK-8 2001-2005 DASAR WAWASAN
  • 4.
    RMK-9 2006-2010 NEGARA(DWN) RRJP3 RMK-10 2011-2015 DASAR TRANSFORMASI NEGARA (DTN)RMK-11 2016-2020 DASAR EKONOMI BARU (DEB)  DEB ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1970 melalu RMK-2 (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Malaysia antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan antara kawasan di wilayah yang sama.  Kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang mengambil tempoh 20 tahun (1971-1990). Matlamat dasar ini bertujuan mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.  Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata. STRATEGI SERAMPANG DUA MATA  Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dnegan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.  Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Segala program pembangunan negara dan dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan perpaduan.
  • 5.
    DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN)  Dasar Pembangunan Nasional (DPN) atau Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 tlah digubal sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.  Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi berterusan.  DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kesatbilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi negara.  DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. ASPEK-ASPEK KRITIKAL YANG DIBERI TUMPUAN Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomu untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. Megurangkan dan menghapuskan integrasi ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperoleh dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia. Menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif iaitu semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan Cinta akan negara. Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
  • 6.
     DPN telahmengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannya.  DPN mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan bertujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut: DIMENSI-DIMENSI BARU DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskinan di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat. Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomu dan pengagihan yang saksama. DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)  Dasar wawasan negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama untuk mencapai perpaduan nasional.  Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.  DWN juga berpandu kepada cabaran strategik wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang wawasan 2020.  DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.  Bagi menangani cabaran yang dihadapi, penekanan juga akan diberi kepada membina sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya saing serta masyarakat
  • 7.
    yang bersatu padudan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. TERAS KRITIKAL DASAR WAWASAN NEGARA (DWN) Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk oerpaduan, menyemarakkan semangat petriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.  MBE adalah satu pelan tindakan transformasi ekonomi negara untuk Malaysia menjadi sebuah negara ekonomu berpendapatan tinggi, mengambil kira peningkatan kualiti hidup masyarakat, pemeliharaan alam sekitar, dan sumber asli secara mapan serta berterusan dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan negara umumnya untuk mencapai status negara maju dan wawasan 2020. DASAR-DASAR NEGARA Dasar ekonomi DASAR AUTOMOTIF NASIONAL (NAP)  Bertujuan untuk merangsang perkembangan sektor automotif negara seterusnya pembangunan sektor automotif Malaysia.
  • 8.
    OBJEKTIF UTAMA KAJIANSEMULA (NAP) Memastikan pembangunan industri automotif tempatan yang terancang dan tersusun serta meningkatkan keupayaan dan daya saing industri dalam jangka panjang berikutan liberalisasi pasaran. Mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi menggalakkan pelaburan tambahan yang baru. Meningkatkan daya saing syarikat pembuat kenderaan berstatus nasional melalui usahasama strategik. Menggalakkan pembangunan teknologi baru dan terkini dalam industri automotif domestik. Meningkatkan penyertaan Bumiputera yang berterusan dalam industri automotif. Menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dalam bidang niche yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Meningkatkan standard keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna di samping menggalakkan aktiviti dalam bidang mesra alam. Menambah baik instrumen pelaksanaan dasar di bawas NAP sedia ada. DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN3)  DASAR PERTANIAN NEGARA PERTAMA (1984-1991) 1. Memberi penekanan membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan eksport. 2. Memberi penekanan kepada dasar ekspansionari yang mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko. Dengan kedudukan tanah dan tenaga buruh pertanian yang baik, melalui DPN1, kerajaan telah melabur dengan banyak dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah- tanah baru bagi memajukan dua tanaman tersebut.  DASAR PERTANIAN NEGARA KEDUA (1992-1997) 1. Memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan persaingan. 2. Memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tanaman ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha- usaha meluaskan kawasan penanamannya. 3. Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah mengambil kira kedudukan kekangan tanah, tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah.
  • 9.
    4. Oleh itu,perubahan telah dilakukan dengan mengubah penumpuan kepada usaha pembangunan pertanian ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi. 5. DPN2 telah membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani. Hal ini adalah selaras dengan strategi perindustrian yang telah dihuraikan dalam Pelan Induk Perindustrian Pertama dan Kedua. 6. Penumpuan ke atas pembangunan industri asas tani ini bertujuan untuk mengeksploitasi faedah berbanding dan pasaran niche untuk menambah peluang- peluang pekerjaan, menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui peningkatan produktiviti dan untuk menambahkan hasil pertukaran wang asing negara.  DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (1998-2010) 1. Meningkatkan daya saing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa. 2. Sektor pertanian dan industri asas tani akan memberi keutamaan kepada usaha- usaha berikutan. i. Meningkatkan daya saing pengeluaran makanan ii. Mengurangkan defisit imbangan dagangan untuk makanan iii. Meningkatkan pelaburan swasta iv. Sumber manusia mahir v. Bekerjasama dengan kerajaan negeri vi. Memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Perkembangan pesat dalam ekonomi sejak tahun 1991 dan kegawatan ekonomi yang dihadapi telah menimbulkan cabaran baru dalam pengurusan sektor pertanian. CABARAN BARU YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR PERTANIAN 1. Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. 2. Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian. 3. Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti tanah dan air. 4. Keperluan untuk mengukuhkan daya saingan sektor pertanian negara. 5. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan. 6. Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil. 7. Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara.
  • 10.
    8. Keperluan bagimemastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan. Untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dasar pertanian negara yang baru (DPN3) telah digubal bagi menjamin pembangunan pertanian dan perhutanan yang dapat disesuaikan dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di dalam dan di luar negara. Strategi pembangunan sektor pertanian dan perhutanan disepadukan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber, terutamanya tanah dan buruh. Menggalakkan petani-petani mengamalkan teknik-teknik pertanian moden melalui sistem bersepadu yang menggabungkan tanaman, perikanan dan ternakan serta dilengkapi dengan aktiviti agropelancongan. OBJEKTIF DASAR PERTANIAN NEGARA KE-3  Memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini.  Meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK, pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. HAL INI DILAKUKAN MELALUI 1. Peningkatan sekuriti makanan 2. Peningkatan produktiviti dan daya saing sektor pertanian 3. Pengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain. 4. Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian. 5. Pemuliharaan dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan. 6. Pengenalan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani dan pendekatan berasaskan produk.
  • 11.
    PENDEKATAN YANG DIGUNAKANDALAM DPN3 1. PENDEKATAN PERHUTANI  Bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah.  Di bawah pendekatan ini, kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama kerana dilihat sebagai kegiatan yang serasi dan saling melengkapi.  Integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut. MANFAAT PENDEKATAN PERHUTANI  Mewujudkan peluang yang lebih luas kepada pelbagai gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian, mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan daripada pelaburan-pelaburan perhutani.  Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan daripada tanah yang sama dan dengan ini mengurangkan tekanan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.  Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesies pokok hutan dengan tanaman industri untuk mengoptimumkan penggunaan tanah dan memaksimumkan pulangan.  Memberikan peluang hasil pulangan yang awal dan berterusan daripada komponen pertanian di dalam perusahaan campuran tersebut. Hal ini akan menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam kegiatan tanaman hutan komersil dan dengan demikian meningkatkan bekalan balak untuk industri berasaskan kayu.
  • 12.
    2. PENDEKATAN BERASASKANPRODUK  Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia.  Permintaan dan keperluan pasaran ini digunakan untuk menggubal strategi- strategi pengeluaran pertanian huluan. MANFAAT PENDEKATAN BERASASKAN PRODUK  Melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenal pasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005)  Meningkatkan pengeluaran pertanian yang lebih khusus melalui penyampaian petunjuk-petunjuk pasaran serta pola cita rasa pengguna kepada pengeluaran pada peringkat ladang.  Mengenal pasti dan memperluas peluang-peluang pasaran. Hal ini akan meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan serta mewujudkan peluang-peluang perniagaan dalam bidang-bidang perniagaan yang lebih luas melalui satu sistem rangkaian aktiviti pertanian dengan aktiviti sektor lain. DPN3 melengkapkan pendekatan pembangunan berkelompok industri berasaskan pertanian yang telah dikenal pasti dalam Pelan Induk Perindustrian 2 (1996-2005) melalui pengukuhan pertalian dalam dan antara sektor ekonomi yang akan merangkumi pembangunan dan perluasan industri sokongan dan perantaraan. Rantaian pertanian dengan sektor industri dan penekanan kepada pemuliharaan sumber semula jadi akan mengukuhkan sektor pertanian dan menjamin pembangunan mampan. Oleh itu, DPN3 telah digubal dengan tujuan menjadikannya satu dasar yang komprehensif, melengkapi dasar-dasar yang lain.
  • 13.
    DASAR AGROMAKANAN (2011-2020) Dasar Agromakanan 2011-2020 ini merupakan kesinambungan kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga 1998-2010 (DPN3)  Tujuan 1. Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan negara. 2. Menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan. a) Hala tuju Strategik Dasar Agromakanan 1. Dasar ini juga menggariskan beberapa hala tuju strategik untuk meningkatkan kedayasaingan sepanjang rantaian nilai di samping meningkatkan pengeluaran secara mampan. TERAS DASAR AGROMAKANAN KEDAYASAINGAN a) Penerokaan pertanian bernilai tinggi  Pembangunan kluster dinamik pertanian bernilai tinggi seperti akuakultur, ikan hiasan florikultur dan cendawan. b) Peningkatan pengeluaran dan produktiviti  Pembangunan tanah secara optimun dan peningkatan produktiviti tanah dan pekerja. c) Penglibatan pihak swasta sebagai pemacu pertumbuhan  Pelaburan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, penubuhan konsortium dan perkongsian awam-swasta dalam penyediaan infrastruktur. Pengukuhan rantaian bekalan agromakanan.  Pemasaran dan promosi hasil produk tempatan, pembangunan produk halal dan pembangunan rantaian global untuk eksport. d) Pengukuhan R&D dan inovasi  Persekitaran yang kondusif untuk merangsang kreativiti dan inovasi- tumpuan kepada baka, benih dan bioteknologi.
  • 14.
    TERAS KEMAMPUAN a) Persediaanmenghadapi impak perubahan iklim  Penyediaan skim insuran pertanian dan sistem amaran awal. b) Perluasan amalan mesra alam  R&D menjana teknologi hijau dan mesra alam. c) Pengurusan bahan sampingan/buangan  Mengoptimumkan penggunaan bahan sampingan seperti memproses kepada baja kompos, makanan ternakan dan biogas. d) Penggunaa sumber manusia berkualiti  Peningkatan kemahiran dan kepakaran dan peningkatan pekerja tempatan. e) Pemakanan untuk kesihatan  Penggunaa hasil dan produk makanan tempatan dan menghasilkan makanan halal dan selamat.
  • 15.
    DASAR JAMINAN BEKALANMAKANAN 2008-2010  Peningkatan harga makanan di peringkat global dan kekerangan bekalan makanan telah menimbulkan cabaran dalam menjamin bekalan makanan negara yang mencukupi.  Kerajaan mengambil langkah segera dalam menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi dan pada harga yang berpatutan. OBJEKTIF DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN  Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agromakanan bagi memenuhi tahap sara diri.  Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal bagi menjamin pengeluaran bahan makanan tidak merosot. STRATEGI DASAR JAMINAN BEKALAN MAKANAN i. Peningkatan pengeluaran bebas, ii. Perwujudan stok penimbal beras. iii. Pengeluaran dan produktiviti komoditi iv. Pengukuhan pasaran dan pengagihan v. Program bumi hijau vi. Pengurusan tanah terbiar. PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KETIGA (P1P3)  Pelan Induk Perindustrian Pertama (P1P1), telah menyediakan asas sektor perkilangan sebagai penjana pertumbuhan ekonomi.  Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP2), seterusnya mengukuhkan industri selain meningkatkan aktiviti nilai tambah dan produktiviti.  Pelan Induk Perindustrian Ketiga (PIP3), akan memberi tumpuan kepada menangani cabaran baru yang dilihat sebagai kesinambungan dua pelan terdahulu sejak dua dekad lalu.  Bagi melangkah ke hadapan, sektor perkilangan perlu menghadapi persaingan sengit daripada negara lain untuk menarik pelaburan asing, membangunkan modal insan yang inovatif, kreatif serta berkemahiran tinggi dan mengenal pasti serta membangunkan sumber pertumbuhan baru.  Cabaran berkenaan memerlukan pendekatan menyeluruh yang baru.
  • 16.
     Pelan IndukPerindustrian Ketiga (PIP3) memberi tumpuan kepada pertumbuhan dan perkembangan sektor perkhidmatan, sejajar dengan sasaran untuk menjadikannya peneraju pertumbuhan ekonomi.  Bagi mencapai sasaran pertumbuhan sektor tersebut, kerajaan telah merangka lima teras strategi untuk memacu perkembangan dan hala tuju industri perkhidmatan. LIMA TERAS PIP3  Meningkatkan daya saing, produktiviti dan kecekapan pembekal perkhidmatan.  Membangunkan kapasiti dan keupayaan sub-sektor utama.  Menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi perkhidmatan terpilih.  Memperkukuhkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi pelaburan serta eksport perkhidmatan.  Memperkemaskan sokongan institusi bagi pembangunan serta penggalakan seb- sektor yang dikenal pasti. LAPAN SUB-SEKTOR PIP3  Perkhidmatan  Perniagaan dan profesional  Perdagangan , pengedaran  Pembinaan  Pendudukan dan latihan  Perkhidmatan penjagaan kesihatan  Perkhidmatan pelancongan  Teknologi maklumat dan komunikasi serta logistik Pemilihan sub-sektor itu berdasarkan peranan penting sebagai pembekal perkhimatan, potensi berintegrasi dalam konteks global, kesan ke atas ekonomi, dan mewujudkan peluang pekerjaan berintensif pengetahuan dan kemahiran. EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN
  • 17.
     Ekonomi yangberdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai Wawasan 2020.  Teras pembangunan untuk ekonomi yang berdasarkan pengetahuan telah ditetapkan dalam Pelan Rangka Perspektif Ketiga (OPP3) seperti berikut. TERAS PEMBANGUNAN EKONOMI PELAN RANGKA PERSPEKTIF KETIGA (OPP3) Membina asas tenaga kerja berpengetahuan, antara lain, melalui penyemakan semula sistem pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan program bijak pandai. Memperbanyakkan inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi negara. Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Menstruktur sistem kewangan semula untuk memberi pembiayaan yang sesuai bagi aktiviti pengetahuan, menyediakan peralatan untuk pengurusan makro-ekonomi dan dapat bertahan dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan. Meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Menggalakkan sektor swsata agar bersedia dengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkan pengetahuan dan juga mengenal pasti dan mengekploitasi peluang-peluang yang bakal dijana. Mengolah sektor awam semula untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan perolehan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan. Memupuk penggunaan pengetahuan yang beretika. Mengambil tindakan tegas bagi merapatkan jurang digital antara pendapatan, kumpulan etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan merentasi sempadan wilayah.
  • 18.
    SEGOSHOSHA MALAYSIA  Segoshoshaatau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan di negara Jepun.  Untuk mencapai taraf segoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu: TIGA CIRI PENTING SEGOSHOSHA i. Mempunyai rangkaian antarabangsa. ii. Mengendalikan barang dagangan yang banyak. iii. Memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar. OBJEKTIF SEGOSHOSHA MALAYSIA 1. Menggalakkan eksport tradisional ke pasaran bukan tradisional dan juga kepada pengguna-pengguna baru termasuk di pasaran tradisional. 2. Menggalakkan eskport bukan tradisional. 3. Mengembangkan peluang-peluang antarabangsa dari segi menggalakkan pelaburan secara usaha sama di sektor industri di Malaysia untuk keperluan pasaran dalam dan luar negeri. 4. Menggalakkan pemindahan pengetahuan dan teknologi baru. 5. Menggalakkan eskport tak ketara Malaysia di luar negeri. STRATEGU PELAKSANAAN SEGOSHOSHA MALAYSIA 1. Galakan kredit  Deberikan kepada syarikat tempatan yang menghadapi masalah kewangan untuk melaksanakan kegiatan eskport di luar negeri. 2. Galakan cukai  Misalnya elaun galakan eksport dan lain-lain pengecualian cukai di bawah Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Kastam 1997 dan Akta Eksais 1976. 3. Lain-lain galakan serta khidmat sokongan  Misalnya penglibatan Pejabat Perusahaan Perdagangan Malaysia di luar negeri dan sebagainya.
  • 19.
    RUMUSAN DASAR TERDAHULU DASAR-DASAR YANG DILAKSANAKAN MATLAMAT/OBJEKTIF DasarPandang Ke Timur 1. Mengkaji dan memilih contoh amalan yang terbaik dari negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea untuk dicontohi supaya prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dapat dipertingkatkan. Meujudkan nilai dan etika kerja yang positif Program yang dilaksanakan. 2. Perubahan struktur (kad perakam Waktu, Tanda Nama, KMMK, Fail meja dan pejabat terbuka.  Perubahan Sikap (perkhidmatan cemerlang, Bersih Cekap Amanah (BCA). Kepimpinan melalui teladan  Latihan dan kursus (latihan Teknikal, Pengajian Akademik, Skim Latihan Usahawan) Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam 1. Mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan 2. Mengurangkan defisit belanjawan 3. Mengawal kadar inflasi 4. Mengawal pertumbuhan hutang negara. Dasar Beli Barang- Barang Buatan Malaysia 1. Menghapuskan prasangka bahawa barang-barang buatan tempatan tidak bermutu dan barang-barang diimport lebih bermutu. 2. Mengurangkan pengaliran wang negara melalui pertukaran wang asing. 3. Memberi sokongan kepada pengusaha tempatan supaya dapat menghasilkan barang-barang yang lebih bermutu untuk dieksport. Dasar Persyarikatan Malaysia 1. Menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor swasta. 2. Menggalakkan perkongsian dan pertukaran maklumat antara sektor awam dan swasta. 3. Mewujudkan kerjasama yang erat dan berkesan antara sektor amam dan sektor swasta dalam usaha membangunkan negara untuk faedah bersama. Dasar Penswastaan 1. Meringankan beban kewangan kerajaan 2. Meningkatkan kecekapan, daya dan mutu pengeluaran. 3. Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap 4. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi 5. Mempercepatkan pencapaian objektif mewujudkan golongan usahawan dan peniaga Bumiputera. Bentuk-bentuk penswastaan  Penjadualan 1. Penjadualan ekuiti adalah khusus bagi syarikat kerajaan dan melibatkan pemindahan ketiga-tiga komponen
  • 20.
    organisasi iaitu tanggungjawabpengurusan, aset dan kakitangan.  Pajakan 2. Melibatkan pemindahan hak menggunakan aset untuk tempoh tertentu dengan bayaran pajakan.  Kontrak Pengurusan 3. Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk mengurus entiti kerajaan dengan membayar yuran pengurusan.  Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali 4. Melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektor swasta untuk mengurus entiti kerajaan dengan dibayar yuran pengurusan. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan 1. Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang bertanggungjawab dan berkesan untuk dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan kerajaan. 2. Mengubah sikap kakitangan kerajaan dengan mengukuhkan nilai-nilai murni iaitu mempertingkatkan etika kerja dan pada masa yang sama daya pengeluaran negara meningkat. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah 1. Mewujudkan satu jentera pentadbiran awam yang cekap, bersih dan amanah. 2. Mempertingkatkan pengurusan dan pembangunan negara. 3. Melahirkan masyarakat yang bertatatertib dan berdisiplin. Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam 1. Membentuk sikap posotif seperti rajin bekerja, tekun, bersih, cekap, amanah, dedikasi, berdisiplin, jujur, bertimbang rasa dan adil. 2. Menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab, rasuah, penyelewengan, penindasan dan penyalahgunaan kuasa, mewujudkan satu sistem pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah. 3. Melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi.