1. 53
6.0 LAMPIRAN ALAT BANTU MENGAJAR
Berikut ialah berita terkini tentang banjir. Orang ramai yang tinggal di kawasan rendah
dan sering dinaiki air diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga berikutan hujan lebat pada masa
ini. Setakat ini beberapa buah kampung di daerah Batang Pinang telah dinaiki air. Antaranya
termasuklah Kampung Lembah Rahmat, Kampung Lembah Beringin, dan Kampung Tebing
Rumbia.
Penduduk kampung tersebut dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi
arahan daripada pihak yang berkuasa. Utamakanlah keselamatan dan hargailah nyawa.
Berpindahlah segera jika diarahkan berbuat demikian den simpanlah dokumen-dokumen
penting di tempat yang selamat.
Kanak-kanak dinasihati agar tidak bermain sendiri. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengawasi anak-anak mereka kerana ‘malang tidak berbau’.
2. 54
Bina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan urutan gambar yang diberikan di
lampiran.
1. ______________________________________________________________________
__________________________________________________________
2. ______________________________________________________________________
__________________________________________________________
3. ______________________________________________________________________
__________________________________________________________
4. ______________________________________________________________________
__________________________________________________________