SlideShare a Scribd company logo
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di
Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
Bab 3
Masalah Dari Segi Senibina dan Perancangan
Satu lagi masalah utama penghuni rumah pansa kos rendah ialah, masalah dari
segi senibina dna perancangan. Masalah ini rata rata terpaksa diterima secara terpaksa
oleh penghuni kerana mereka tiada pilihan disebabkan terdesak inginkan rumah
perlindungan dan kekurangan wang untuk membeli rumah yang lebih besar dan selesa.
Masalah dari senibina yang dihadapi merka terdiri daripada masalah keselamatan, mutu
kerja, ketahanan, kualiti, persekitaran dan perancangan, kemudahan awam & amenities,
rekabentuk dan kepekaan arkitek menyediakan rekabentuk berdasarkan keperluan.
3.0 Masalah Kedai di Bahagian Bawah Rumah Pangsa Kos Rendah
Rekabentuk rumah pangsa kos rendah yang menyediakan kemudahan kedai di
bahagian bawah rumah menguntungkan penghuni dan pekedai. Namun dari satu aspek
lain, pemaju dan pesatuan penduduk perlu mengkaji dengan lebih mendalam jenis kedai
yang boleh dibenarkan berniaga di premis tersebut.
Contohnya, masalah yang dihadapi oleh penghuni yang tinggal di tingkat atas
kedai makan ataupun restoran ialah udara dengan bau yang tidak menyenangkan dan
berminyak. Mereka juga terganggu dengan bunyi bising kerana premis tadi beroperasi
sehingga lewat malam. Rumah-rumah yang berada dipersekitaran bengkel kereta atau
motosikal juga terdedah kepada udara berminyak dan pencemaran gas merbahaya seperti
karbon monoksida.
Satu kajian yang dijalankan oleh U.S Enviromental Protection Agency (EPA)1
,
telah mendedahkan bahaya kedai dobi yang terletak di kawasan perumahan dimana bahan
kimia yang digunakan sebagai detergen membebaskan gas tetrachloroethylene. Bahan ini
mencemarkan udara dan memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika terdedah dalam
jangka masa yang lama penghidunya.
1
Enviromental Helth Perspective, 2002
16
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di
Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
3.2 Masalah senibina, perancangan dan kemudahan penghuni
3.2.1 Masalah Pembuangan Sampah
Sampah merupakan salah satu masalah utama di rumah pangsa. Kadar
pembuangan sampah bagi setiap orang di Malaysia rata-rata ialah 0.5-0.7kg setiap hari2
.
Hasil kajian ini menunjukkan kadar sampah boleh menjadi malah utama kerana kadar
pembuangan setiap orang yang tinggi. Sampah yang tidak dilupuskan dengan betul boleh
menyebabkan masalah pembiakan lalat, penyebaran penyakit, pertambahan kucing dan
anjing liar dan mewujudkan persekitaran yang kurang menyenangkan.
Ada terdapat rumah kos rendah di Lembah Klang tidak disedikan dengan ‘refuse
house’3
. Pihak berkuasa tempatan ataupun pihak pengurusan pembinaan hanya
menyediakan ‘communal container’4
. Rata-rata respondent dari borang kaji selidik yang
diedarkan menyatakan pembinaan ‘refuse house’ boleh menghalang masalah-masalah
yang disebutkan diatas tadi. Sampah sampah yang diletakkan di dalam ’communal
chamber’ terdedah kepada haiwan liar dan boleh menakung air hujan. Keadaan menjadi
semakin parah apabila cuti hujung minggu dan apabila PBT5
tidak mengutip sampah
beberapa hari menyebabkan jumlah sampah bertambah 2-3 kali ganda..
Satu lagi masalah tempat pembuangan sampah jenis ‘communal container’ ialah
ianya lokasi kedudukannya boleh diubah-ubah dan masalah akan timbul apabila pihak
tidak bertanggungjawab meletakkannya terlalu hampir dengan rumah kediaman.
Keadaan ’communal chamber’ yang terdedah kepada panas dan hujan tambahan pula
dengan keadaan sampah yang lembab menyebabkan bekas ini mudah rosak dan akan
merugikan penduduk dalam jangka panjang.
3.2.2 Laluan pejalan kaki dan kenderaan
Jalan raya di kawasan letak kereta atau jalan servis di kawasan perumahan kos
rendah boleh menjadi perangkap maut kepada penghuninya6
. Ini kerana tempat pejalan
kaki tidak disediakan dengan baik ataupun tiada langsng disediakan laluan pejalan kaki
2
Utusan Malaysia 28/8/1994
3
‘Refuse House’ ialah sebuah binaan berbumbung dan berdinding dan boleh ditutup yang mana ‘communal
chamber’ diletakkan didalamnya.
4
‘Cummunal Chamber’ ialah bekas untukk pengumpulan sampah yang disediakan oleh pilak majlis atau
pihak swasta yang digunakan untuk mengumpul sisa pejal.
5
PBT ialah Pihak Berkuasa Tempatan
6
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Housing Crisis – Back to a Humanistic Agenda, 2007
17
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di
Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
kepada penghuni. Masalah ini menyebabkan pejalan kaki terpaksa berkongsi jalan
dengan kenderaan bermotor menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kemalangan.
Llewelyn & Davies7
menyatakan:
‘If the street is designed for low speeds, pedestrians, cyclists and
vehicles can mix safely.
Kenyataan diatas menyatakan jalan raya yang dibina di dalam kawasan
perumahan yang sesak seperti rumah pangsa kos rendah, mestilah jenis yang boleh
meperlahankan pergerakan kenderaan bermotor dan bukannya sama standard seperti
jalan raya biasa. Langkah biasa yang diambil oleh pihak pemaju ialah membina bonggol-
bonggol seperti yang dipraktikkan di jalan raya. Langkah lain yang boleh diambil ialah
menggunakan material lain selain daripadan batu bertar. Contohnya menggunakan
‘heavy duty concrete imprint’ ataupun ‘texture pavement’. Penggunaan material jenis ini
selain menyebabkan pemandu memperlahankan kenderaan mereka, material ini juga
menampakkan kemasan yang lebih cantik kepada kawasan kediaman.
3.3 Keselamatan kanak-kanak
Kejadian kemalangan kanak-kanak separti terjatuh dari tingkat atas amat
menyayat hati. Rekabentuk sesebuah bangunan kadangkala boleh menjadi penyumbang
kepada kejadian seperti ini.
Tajuddin Mohammad Rasdi8
menyatakan:
“Banyak keadaan di rumah pangsa yang boleh menjadi penyebab
kepada kejadian kanak-kanak malah orang dewasa jatuh atau mengalami
kecederaan. Ini termasuklah keadaan ruang yang merbahaya di ruang
laluan (koridor), anjung (balkoni), tingkap dan runag antara anak
tangga, keadaan yang tidak selesa keadaan yang tidak sesuai dan
sebagainya. Malangnya kebanyakan kediaman yang dibina terutamanya
dikawasan rumah pangsa kos rendah seolah-olah tidak memenuhi piawai
tempat kediaman, kerana rumah berkenaan dibina sama seperti reka
bentuk pejabat”
Beliau juga menambah:
7
Urban Design Compedium, 2000, ms. 71
8
Rumah Bertingkat -Perangkap maut kepada kanak-kanak, Utusan Malaysia 10/12/2004, m.s 7
18
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di
Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
“Terdapat para arkitek dalam usaha untuk memudahkan kerja, mereka
membina dinding konkrityang tinggi di balkoni tanpa dipasang jeriji besi
yang akan menyebabkan kanak-kanak terasa pemandangan mereka
tersekat dan kemudian mengambil sesuatu untuk dijadikan tempat untuk
berdiri yang mana keadaan ini menyebabkan mereka jatuh."
Boleh dikatakan kesemua rumah pangsa kos rendah yang ada sekarang ini tidak
disediakan dengan kemudahan jeriji besi sebagai langkah keselamatan kepada kanak-
kanak. Maka sudah sampai masanya untuk dipertimbangkan mewajibkan pemaju
menyediakan rumah yang siap untuk diduduki disertakan dengan pemasangan jeriji yang
mudah dibuka apabila berlaku kecemasan. Namun, satu isu lain pasti akan timbul iaitu
kos pemasangan jeriji akan menyebabkan pemaju enggan membina rumah kos rendah
disebabkan pertambahan kos. Keadaan ini akan menyebabkan mereka menuntut agar
harga jual rumah tersebut perlu dinaikkan. Jika keadaan ini terjadi, golongan
penggunalah yang akan tertindas.
3.4 Masalah Rumah Pangsa kos rendah 5 tingkat jalan tangga
Undang-undang di Malaysia menetapkan rumah pangsa yang tingginya kurang
dari 5 tingkat boleh tidak disediakan dengan kemudahan lif. Jika dilihat dari segi kos,
undang undang ini akan menyebabkan kenaikan kepada harga. pembeli kerana
penyediaan kemudahan lif dan kerja-kerja kawal selianya memakan belanja yang tinggi
dan dari aspek yang lain pula, pemaju telah mengambil kesempatan dari undang undang
ini untuk tidak menyediakan lif. Rata-rata pemaju pula masih lagi menyediakan tangga
yang sempit. Keadaan ini langsung tidak menguntungkan penghuni.
Kemudahan orang kurang upaya jug tidak disediakan boleh dikatakan di semua
rumah kos rendah. Alasan yang dikemukana oleh pemaju mahupun arkitek ialah
kemudahan seperti ini akan menigkatkan kos dan tiada dalam keperluan minimum
undang undang. Utusan Malaysia9
(2004) menyatakan:
9
Kesan Pembinaan Tidak Mesra Penduduk Flat Tanjung Tokon, Utusan Malaysia 26-5-2004
19
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di
Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
“Tiada juga kemudahan dibuat untuk golongan tua dan juga mereka yang
kurang upaya. Kalau sakit lutut (yang kerap kali dialami golongan tua),
maka terperuklah mereka di rumah tingkat atas. Jika lif rosak pada waktu
mereka hendak ke hospital, terpaksalah turun dengan memohon beberapa
jiran untuk mengangkat orang tua yang uzur turun dengan menggunakan
tangga. Inilah pembangunan yang tidak mengambil kira golongan remaja
dan juga golongan tua”.
Hasil temubual secara lisan dengan Pengarah Projek di PECD Construction Sdn
Bhd.10
, En. Hashrim Mohd Yatim di Shah Alam Ogos lalu, beliau menyatakan
pembinaan rumah pangsa kos rendah yang harganya telah ditetapkan sebanyak RM
25,000 – RM 35,000 hanya memberikan keuntungan yang minimum kepada syarikat.
Keadaan menjadi lebih buruk jika projek tersebut telah terlambat dari jadual ataupun
menglami masalah kelewatan, dimana pihak syarikat terpaksa menanggung kerugian
pula. Jadi jika pemaju atau arkitek ingin menambahkan kemudahan yang melibatkan
mekanisme mekanikal seperti lif, harga jual rumah tersebut perlulah dikaji semula.
Namun begitu, kemudahan-kemudahan susurtangan orang buta, kemudahan lain untuk
orang kurang upaya yang tidak melibatkan penglibatan mekanisma mekanikal masih
boleh disediakan tanpa melibatkan pertambahan kos yang banyak.
3.5 Masalah privacy
Kebanyakan rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang mengabaikan aspek
privasi dalam rekaannya. Mohamad Tajuddin Bin Mohd Rasdi dari Jabatan Senibina
Universiti Teknologi Malaysia dalam kajiannya bertajuk Penilaian Semula Senibina
Islam: Persoalan Rekabentuk Kediaman menyatakan blok blok pangsapuri yang
mempunyai tingkap bersetentangan memaksa penghuninya menutup tingkap sepanjang
masa dan ini mengurangkan proses pengudaraan yang boleh menyejukkan bangunan,
Ruang serambi duhadapan sebagai ruang transisi untuk privasi untuk runag hadapan juga
10
PECD Construction Sdn Bhd adalah anak syarikat PECD Bhd, kontraktor kelas A bumiputra yang telah
berjaya dalam bidang pembinaan di dalam negara dan juga di perngkat antarabangsa lebih-lebih lagi di
Timur Tengah. Projek perumahan mereka yang tersohor ialah Precinct 11 di Putrajaya yang dijangkakan
akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.
20
Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di
Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya.
seringkali diabaikan. Katanya lagi, bagi rumah yang mempunyai ruang koridor di depan,
tiada langsung elemen privasi diambil kira.
Serambi belakang pula yang penting peranannya langsung tidak dibuat. Lagi
contoh privasi yang terabai di rumah kos rendah ialah dapur memasak diletakkan
berhampiran dengan pintu masuk dan terdedah sepenuhnya dengan ruang tamu. Ia
merupakan rekabentuk cara barat dan bertentangan dengan konsep rekabentuk rumah
melayu yang meletakkan ruang dapur di bahagian belakang. Masalah akan timbul dari
segi aurat apabila mendapat kunjungan tetamu, manakala si isteri atau anak permpuan
terpaksa ke dapur untuk menyediakan hidangan.
21

More Related Content

More from Mohd Nizam Mohd Zan

Method of Statement - Road furniture works
Method of Statement - Road furniture worksMethod of Statement - Road furniture works
Method of Statement - Road furniture works
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Method of Statement - Painting works
Method of Statement - Painting worksMethod of Statement - Painting works
Method of Statement - Painting works
Mohd Nizam Mohd Zan
 
8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Info tayar - tips penjagaan kereta
Info tayar - tips penjagaan kereta Info tayar - tips penjagaan kereta
Info tayar - tips penjagaan kereta
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Resepi - Kek buah keju
Resepi - Kek buah kejuResepi - Kek buah keju
Resepi - Kek buah keju
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Panduan solat sunat tarawih
Panduan solat sunat tarawihPanduan solat sunat tarawih
Panduan solat sunat tarawih
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaBab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian
Bab 0 pengenalan dan keterangan kajianBab 0 pengenalan dan keterangan kajian
Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Lantai Komposit - Composite Floor
Lantai Komposit - Composite Floor Lantai Komposit - Composite Floor
Lantai Komposit - Composite Floor
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Rekabentuk masjid
Rekabentuk masjidRekabentuk masjid
Rekabentuk masjid
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden
Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden
Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Pendekatan senibina revivalisme.metafora.regioal primitif
Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitifPendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif
Pendekatan senibina revivalisme.metafora.regioal primitif
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Sumbangan Islam di China
Sumbangan Islam di ChinaSumbangan Islam di China
Sumbangan Islam di China
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit
Kelebihan dan Kekurangan Lantai KompositKelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit
Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Pengenalan Lantai Komposit
Pengenalan Lantai Komposit Pengenalan Lantai Komposit
Pengenalan Lantai Komposit
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Fruit and vegetable
Fruit and vegetableFruit and vegetable
Fruit and vegetable
Mohd Nizam Mohd Zan
 
Zikir Munajat
Zikir MunajatZikir Munajat
Zikir Munajat
Mohd Nizam Mohd Zan
 
More from Mohd Nizam Mohd Zan (18)

Method of Statement - Road furniture works
Method of Statement - Road furniture worksMethod of Statement - Road furniture works
Method of Statement - Road furniture works
 
Method of Statement - Painting works
Method of Statement - Painting worksMethod of Statement - Painting works
Method of Statement - Painting works
 
8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat8 cara menjadi suami yang hebat
8 cara menjadi suami yang hebat
 
Info tayar - tips penjagaan kereta
Info tayar - tips penjagaan kereta Info tayar - tips penjagaan kereta
Info tayar - tips penjagaan kereta
 
Resepi - Kek buah keju
Resepi - Kek buah kejuResepi - Kek buah keju
Resepi - Kek buah keju
 
Panduan solat sunat tarawih
Panduan solat sunat tarawihPanduan solat sunat tarawih
Panduan solat sunat tarawih
 
Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey Contoh Borang kaji selidik - Survey
Contoh Borang kaji selidik - Survey
 
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budayaBab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
Bab 2 masalah kemesyarakatan dan budaya
 
Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian
Bab 0 pengenalan dan keterangan kajianBab 0 pengenalan dan keterangan kajian
Bab 0 pengenalan dan keterangan kajian
 
Lantai Komposit - Composite Floor
Lantai Komposit - Composite Floor Lantai Komposit - Composite Floor
Lantai Komposit - Composite Floor
 
Rekabentuk masjid
Rekabentuk masjidRekabentuk masjid
Rekabentuk masjid
 
Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden
Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden
Al Zahrawi - Bapa Pembedahan Moden
 
Pendekatan senibina revivalisme.metafora.regioal primitif
Pendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitifPendekatan senibina   revivalisme.metafora.regioal primitif
Pendekatan senibina revivalisme.metafora.regioal primitif
 
Sumbangan Islam di China
Sumbangan Islam di ChinaSumbangan Islam di China
Sumbangan Islam di China
 
Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit
Kelebihan dan Kekurangan Lantai KompositKelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit
Kelebihan dan Kekurangan Lantai Komposit
 
Pengenalan Lantai Komposit
Pengenalan Lantai Komposit Pengenalan Lantai Komposit
Pengenalan Lantai Komposit
 
Fruit and vegetable
Fruit and vegetableFruit and vegetable
Fruit and vegetable
 
Zikir Munajat
Zikir MunajatZikir Munajat
Zikir Munajat
 
Recently uploaded

CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docxKlasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
Klasifikasi Fail_700_Pengurusan murid.docx
SYARIFAHSHAIRAHBTSYE
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
Recently uploaded (11)

Bab 3 masalah senibina dan perancangan rumah pangsa kos rendah

  • 1. Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. Bab 3 Masalah Dari Segi Senibina dan Perancangan Satu lagi masalah utama penghuni rumah pansa kos rendah ialah, masalah dari segi senibina dna perancangan. Masalah ini rata rata terpaksa diterima secara terpaksa oleh penghuni kerana mereka tiada pilihan disebabkan terdesak inginkan rumah perlindungan dan kekurangan wang untuk membeli rumah yang lebih besar dan selesa. Masalah dari senibina yang dihadapi merka terdiri daripada masalah keselamatan, mutu kerja, ketahanan, kualiti, persekitaran dan perancangan, kemudahan awam & amenities, rekabentuk dan kepekaan arkitek menyediakan rekabentuk berdasarkan keperluan. 3.0 Masalah Kedai di Bahagian Bawah Rumah Pangsa Kos Rendah Rekabentuk rumah pangsa kos rendah yang menyediakan kemudahan kedai di bahagian bawah rumah menguntungkan penghuni dan pekedai. Namun dari satu aspek lain, pemaju dan pesatuan penduduk perlu mengkaji dengan lebih mendalam jenis kedai yang boleh dibenarkan berniaga di premis tersebut. Contohnya, masalah yang dihadapi oleh penghuni yang tinggal di tingkat atas kedai makan ataupun restoran ialah udara dengan bau yang tidak menyenangkan dan berminyak. Mereka juga terganggu dengan bunyi bising kerana premis tadi beroperasi sehingga lewat malam. Rumah-rumah yang berada dipersekitaran bengkel kereta atau motosikal juga terdedah kepada udara berminyak dan pencemaran gas merbahaya seperti karbon monoksida. Satu kajian yang dijalankan oleh U.S Enviromental Protection Agency (EPA)1 , telah mendedahkan bahaya kedai dobi yang terletak di kawasan perumahan dimana bahan kimia yang digunakan sebagai detergen membebaskan gas tetrachloroethylene. Bahan ini mencemarkan udara dan memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika terdedah dalam jangka masa yang lama penghidunya. 1 Enviromental Helth Perspective, 2002 16
  • 2. Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. 3.2 Masalah senibina, perancangan dan kemudahan penghuni 3.2.1 Masalah Pembuangan Sampah Sampah merupakan salah satu masalah utama di rumah pangsa. Kadar pembuangan sampah bagi setiap orang di Malaysia rata-rata ialah 0.5-0.7kg setiap hari2 . Hasil kajian ini menunjukkan kadar sampah boleh menjadi malah utama kerana kadar pembuangan setiap orang yang tinggi. Sampah yang tidak dilupuskan dengan betul boleh menyebabkan masalah pembiakan lalat, penyebaran penyakit, pertambahan kucing dan anjing liar dan mewujudkan persekitaran yang kurang menyenangkan. Ada terdapat rumah kos rendah di Lembah Klang tidak disedikan dengan ‘refuse house’3 . Pihak berkuasa tempatan ataupun pihak pengurusan pembinaan hanya menyediakan ‘communal container’4 . Rata-rata respondent dari borang kaji selidik yang diedarkan menyatakan pembinaan ‘refuse house’ boleh menghalang masalah-masalah yang disebutkan diatas tadi. Sampah sampah yang diletakkan di dalam ’communal chamber’ terdedah kepada haiwan liar dan boleh menakung air hujan. Keadaan menjadi semakin parah apabila cuti hujung minggu dan apabila PBT5 tidak mengutip sampah beberapa hari menyebabkan jumlah sampah bertambah 2-3 kali ganda.. Satu lagi masalah tempat pembuangan sampah jenis ‘communal container’ ialah ianya lokasi kedudukannya boleh diubah-ubah dan masalah akan timbul apabila pihak tidak bertanggungjawab meletakkannya terlalu hampir dengan rumah kediaman. Keadaan ’communal chamber’ yang terdedah kepada panas dan hujan tambahan pula dengan keadaan sampah yang lembab menyebabkan bekas ini mudah rosak dan akan merugikan penduduk dalam jangka panjang. 3.2.2 Laluan pejalan kaki dan kenderaan Jalan raya di kawasan letak kereta atau jalan servis di kawasan perumahan kos rendah boleh menjadi perangkap maut kepada penghuninya6 . Ini kerana tempat pejalan kaki tidak disediakan dengan baik ataupun tiada langsng disediakan laluan pejalan kaki 2 Utusan Malaysia 28/8/1994 3 ‘Refuse House’ ialah sebuah binaan berbumbung dan berdinding dan boleh ditutup yang mana ‘communal chamber’ diletakkan didalamnya. 4 ‘Cummunal Chamber’ ialah bekas untukk pengumpulan sampah yang disediakan oleh pilak majlis atau pihak swasta yang digunakan untuk mengumpul sisa pejal. 5 PBT ialah Pihak Berkuasa Tempatan 6 Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Housing Crisis – Back to a Humanistic Agenda, 2007 17
  • 3. Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. kepada penghuni. Masalah ini menyebabkan pejalan kaki terpaksa berkongsi jalan dengan kenderaan bermotor menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kemalangan. Llewelyn & Davies7 menyatakan: ‘If the street is designed for low speeds, pedestrians, cyclists and vehicles can mix safely. Kenyataan diatas menyatakan jalan raya yang dibina di dalam kawasan perumahan yang sesak seperti rumah pangsa kos rendah, mestilah jenis yang boleh meperlahankan pergerakan kenderaan bermotor dan bukannya sama standard seperti jalan raya biasa. Langkah biasa yang diambil oleh pihak pemaju ialah membina bonggol- bonggol seperti yang dipraktikkan di jalan raya. Langkah lain yang boleh diambil ialah menggunakan material lain selain daripadan batu bertar. Contohnya menggunakan ‘heavy duty concrete imprint’ ataupun ‘texture pavement’. Penggunaan material jenis ini selain menyebabkan pemandu memperlahankan kenderaan mereka, material ini juga menampakkan kemasan yang lebih cantik kepada kawasan kediaman. 3.3 Keselamatan kanak-kanak Kejadian kemalangan kanak-kanak separti terjatuh dari tingkat atas amat menyayat hati. Rekabentuk sesebuah bangunan kadangkala boleh menjadi penyumbang kepada kejadian seperti ini. Tajuddin Mohammad Rasdi8 menyatakan: “Banyak keadaan di rumah pangsa yang boleh menjadi penyebab kepada kejadian kanak-kanak malah orang dewasa jatuh atau mengalami kecederaan. Ini termasuklah keadaan ruang yang merbahaya di ruang laluan (koridor), anjung (balkoni), tingkap dan runag antara anak tangga, keadaan yang tidak selesa keadaan yang tidak sesuai dan sebagainya. Malangnya kebanyakan kediaman yang dibina terutamanya dikawasan rumah pangsa kos rendah seolah-olah tidak memenuhi piawai tempat kediaman, kerana rumah berkenaan dibina sama seperti reka bentuk pejabat” Beliau juga menambah: 7 Urban Design Compedium, 2000, ms. 71 8 Rumah Bertingkat -Perangkap maut kepada kanak-kanak, Utusan Malaysia 10/12/2004, m.s 7 18
  • 4. Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. “Terdapat para arkitek dalam usaha untuk memudahkan kerja, mereka membina dinding konkrityang tinggi di balkoni tanpa dipasang jeriji besi yang akan menyebabkan kanak-kanak terasa pemandangan mereka tersekat dan kemudian mengambil sesuatu untuk dijadikan tempat untuk berdiri yang mana keadaan ini menyebabkan mereka jatuh." Boleh dikatakan kesemua rumah pangsa kos rendah yang ada sekarang ini tidak disediakan dengan kemudahan jeriji besi sebagai langkah keselamatan kepada kanak- kanak. Maka sudah sampai masanya untuk dipertimbangkan mewajibkan pemaju menyediakan rumah yang siap untuk diduduki disertakan dengan pemasangan jeriji yang mudah dibuka apabila berlaku kecemasan. Namun, satu isu lain pasti akan timbul iaitu kos pemasangan jeriji akan menyebabkan pemaju enggan membina rumah kos rendah disebabkan pertambahan kos. Keadaan ini akan menyebabkan mereka menuntut agar harga jual rumah tersebut perlu dinaikkan. Jika keadaan ini terjadi, golongan penggunalah yang akan tertindas. 3.4 Masalah Rumah Pangsa kos rendah 5 tingkat jalan tangga Undang-undang di Malaysia menetapkan rumah pangsa yang tingginya kurang dari 5 tingkat boleh tidak disediakan dengan kemudahan lif. Jika dilihat dari segi kos, undang undang ini akan menyebabkan kenaikan kepada harga. pembeli kerana penyediaan kemudahan lif dan kerja-kerja kawal selianya memakan belanja yang tinggi dan dari aspek yang lain pula, pemaju telah mengambil kesempatan dari undang undang ini untuk tidak menyediakan lif. Rata-rata pemaju pula masih lagi menyediakan tangga yang sempit. Keadaan ini langsung tidak menguntungkan penghuni. Kemudahan orang kurang upaya jug tidak disediakan boleh dikatakan di semua rumah kos rendah. Alasan yang dikemukana oleh pemaju mahupun arkitek ialah kemudahan seperti ini akan menigkatkan kos dan tiada dalam keperluan minimum undang undang. Utusan Malaysia9 (2004) menyatakan: 9 Kesan Pembinaan Tidak Mesra Penduduk Flat Tanjung Tokon, Utusan Malaysia 26-5-2004 19
  • 5. Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. “Tiada juga kemudahan dibuat untuk golongan tua dan juga mereka yang kurang upaya. Kalau sakit lutut (yang kerap kali dialami golongan tua), maka terperuklah mereka di rumah tingkat atas. Jika lif rosak pada waktu mereka hendak ke hospital, terpaksalah turun dengan memohon beberapa jiran untuk mengangkat orang tua yang uzur turun dengan menggunakan tangga. Inilah pembangunan yang tidak mengambil kira golongan remaja dan juga golongan tua”. Hasil temubual secara lisan dengan Pengarah Projek di PECD Construction Sdn Bhd.10 , En. Hashrim Mohd Yatim di Shah Alam Ogos lalu, beliau menyatakan pembinaan rumah pangsa kos rendah yang harganya telah ditetapkan sebanyak RM 25,000 – RM 35,000 hanya memberikan keuntungan yang minimum kepada syarikat. Keadaan menjadi lebih buruk jika projek tersebut telah terlambat dari jadual ataupun menglami masalah kelewatan, dimana pihak syarikat terpaksa menanggung kerugian pula. Jadi jika pemaju atau arkitek ingin menambahkan kemudahan yang melibatkan mekanisme mekanikal seperti lif, harga jual rumah tersebut perlulah dikaji semula. Namun begitu, kemudahan-kemudahan susurtangan orang buta, kemudahan lain untuk orang kurang upaya yang tidak melibatkan penglibatan mekanisma mekanikal masih boleh disediakan tanpa melibatkan pertambahan kos yang banyak. 3.5 Masalah privacy Kebanyakan rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang mengabaikan aspek privasi dalam rekaannya. Mohamad Tajuddin Bin Mohd Rasdi dari Jabatan Senibina Universiti Teknologi Malaysia dalam kajiannya bertajuk Penilaian Semula Senibina Islam: Persoalan Rekabentuk Kediaman menyatakan blok blok pangsapuri yang mempunyai tingkap bersetentangan memaksa penghuninya menutup tingkap sepanjang masa dan ini mengurangkan proses pengudaraan yang boleh menyejukkan bangunan, Ruang serambi duhadapan sebagai ruang transisi untuk privasi untuk runag hadapan juga 10 PECD Construction Sdn Bhd adalah anak syarikat PECD Bhd, kontraktor kelas A bumiputra yang telah berjaya dalam bidang pembinaan di dalam negara dan juga di perngkat antarabangsa lebih-lebih lagi di Timur Tengah. Projek perumahan mereka yang tersohor ialah Precinct 11 di Putrajaya yang dijangkakan akan siap sepenuhnya pada tahun 2015. 20
  • 6. Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. seringkali diabaikan. Katanya lagi, bagi rumah yang mempunyai ruang koridor di depan, tiada langsung elemen privasi diambil kira. Serambi belakang pula yang penting peranannya langsung tidak dibuat. Lagi contoh privasi yang terabai di rumah kos rendah ialah dapur memasak diletakkan berhampiran dengan pintu masuk dan terdedah sepenuhnya dengan ruang tamu. Ia merupakan rekabentuk cara barat dan bertentangan dengan konsep rekabentuk rumah melayu yang meletakkan ruang dapur di bahagian belakang. Masalah akan timbul dari segi aurat apabila mendapat kunjungan tetamu, manakala si isteri atau anak permpuan terpaksa ke dapur untuk menyediakan hidangan. 21
  • 7. Kajian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh orang melayu di rumah pangsa kos rendah di Lembah Klang dan kesan terhadap penghuninya. seringkali diabaikan. Katanya lagi, bagi rumah yang mempunyai ruang koridor di depan, tiada langsung elemen privasi diambil kira. Serambi belakang pula yang penting peranannya langsung tidak dibuat. Lagi contoh privasi yang terabai di rumah kos rendah ialah dapur memasak diletakkan berhampiran dengan pintu masuk dan terdedah sepenuhnya dengan ruang tamu. Ia merupakan rekabentuk cara barat dan bertentangan dengan konsep rekabentuk rumah melayu yang meletakkan ruang dapur di bahagian belakang. Masalah akan timbul dari segi aurat apabila mendapat kunjungan tetamu, manakala si isteri atau anak permpuan terpaksa ke dapur untuk menyediakan hidangan. 21