SlideShare a Scribd company logo
MALAYSIA

                        DEWAN RAKYAT

        ATURAN URUSAN MESYUARAT


         HARI RABU. 27 APRIL. 1994. PUKUL 2.30 PETANG



Bil.                              11                       1



         PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! 7AWAB MUL[TT




*1. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Luar Negeri
menyatakan:-

        (a) sama ada beliau sedar bahawa (i) dari masa ke
              masa rakyat Malaysia yang berada di Tanah Suci
              mengerjakan Umrah ditahan dal am operasi -operasi
              pihak berkuasa Arab Saudi kerana tidak membawa
              Paspot semasa di luar tempat penginapan walhal
              (ii) amalan yang dikuatkuasakan oleh hotel-hotel
              ialah semua Paspot mesti diserahkan kepada hotel
              yang hanya akan memulangkannya apabila
              berangkat pulang;

        (b) sama ada beliau akan memperkenalkan sistem
              dokumentasi tambahan yang boleh dibawa bersama
              oleh ;f emaah di luar tempat penginapan; dan

        (c) kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambil
              bagi mengerakkan rakyat Malaysia menjadi mangsa
              yang teraniaya semasa di Tanah Suci.

*2. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Pendidikan menyatakan
dasar Kerajaan untuk mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar untuk pela.jaran sains dan teknologi di pusat-pusat pengajian
tinggi telah menimbulkan kemarahan bukan kepada pencinta-pencinta
bahasa, cerdik pandai Melayu, bahkan orang Melayu sendiri. Ini kerana
mereka menganggap langkah ini satu penghinaan dan mencabar
kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Adakah
Kerajaan akan menarik balik kenyataan YAB Perdana Menteri mengenai
hal mi.

*3. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menteri
menyatakan apakah kemajuan projek Pengangkutan Laju Ringan (LRT)
yang sedang diusahakan untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah projek
tersebut berjalan rnengikut jadual, jika tidak apakah permasalahan
utamanya dan apakah langkah-langkah Kerajaan mengatasinya.
*4. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan
menyatakan:-

        (a) jumlah pemandu yang telah disenaraihitamkan dan
              tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan
              mereka oleh kerana kegagalan untuk menjelaskan
              bayaran denda yang dikenakan bersabit dengan
               langgaran peraturan lalulintas;

        (b) jumlah pemandu yang tidak dibenarkan
              memperbahrui cukai jalan dan memindah hakmilik
              oleh kerana bekas pemilik kenderaan mereka tidak
              menjelaskan kompaun yang sepatutnya di jelaskan
              terlebih dahulu; dan

        (c) adakah satu arahan bertulis telah dikeluarkan
              kepada semua Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri
              supaya pemandu yang tidak bersalah di (b) tidak
              dihukum dan dibenarkan memperbaharui cukai jalan
              mereka, jika ya, bilakah arahan itu dikeluarkan.

*5. Tuan Hail Wan Omar bin Wan Maiid minta Perdana Menteri
menyatakan apakah Kerajaan sedar banyak restoran makanan segera dan
pusat-pusat perniagaan lain di negara ini lebih mengutamakan bahasa
asing dalam urusan hariannya. Apakah tindakan ini semenangnya
digalakkan oleh Kerajaan atau pun Kerajaan ada langkah-langkah lain
untuk mengatasi masalah ini.

*6. Tuan Hail Nasruddin bin Haii Alang Saidin minta Menteri
Pendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa pada masa ini
terdapat berbagai jenis majalah dan buku cerita bergambar (comic book)
yang ditulis dengan bahasa pasar dan adakala perkataan-perkataan ini
memang tidak ada dalam Kamus Bahasa Melayu. Perkataan-perkataaan
ini dikarang dan direka oleh penulis-penulis ini sendiri untuk tujuan
melariskan jualah majalah mereka dan akan mengelirukan penggunaan
Bahasa Malaysia. Apakah tindakan yang Kementerian akan ambil.

*7. Datuk Nurnikman Abdullah minta Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah diambil
oleh Kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur di Sabah.

*8. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Perusahaan Utama
menyatakan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang akan
diambil oleh Kerajaan untuk menunaikan permintaan daripada
memorandum yang dibentangkan kepada Kementeriannya oleh pengusaha
perlombongan timah tempatan baru-baru ini.

*9. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan menyatakan sama ada Kementeriannya bercadang
menganjurkan kelas-kelas Tadika di semua kampung baru di seluruh
Negara dalam langk<<h memberi pendidikan yang sesuai kepada kanak-
kanak supaya taraf pemikiran golongan muda dapat dipertimbangkan.
*10. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Kerja Raya
menyatakan:-

        (a) berapakah jumlah peruntukkan yang telah dipohon
               oleh JKR Marudi, Baram dan yang diluluskan
               untuk menggantikan dan menambah kelengkapan
               jentera-jentera dan alat-alat untuk kegunaan
               Jabatan tersebut pada tahun 1994 ink;

        (b) adakah pihak Kementerian dan Jabatan Kerja Raya
              akan mengkaji semula keperluan setakat kni dan
              pada masa hadapan untuk membina sebuah jentera
              asfal konkrit (asphaltic Concrete plant) di Marudi.
              Jika tidak, mengapa; dan

        (c) adakah Kementerian dan Jabatan Kerja Raya akan
              menambah Kakitangan di Jabatan Kerja Raya
              Marudi. Kerana pada masa ini kakitangan yang
              bertugas di sini jauh tidak mencukupi. Jika tidak,
              mengapa.

*11. Tuan Hail Hamzah bin Mohd Zain minta Menteri Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:-

        (a) takrif "Orang Ash", siapakah suku kaum atau puak
               yang tergolong dalamnya;

        (b) jumlah dan lok^ si kumpulan tersebut; dan

        (c) usaha bagi mengintegrasikan mereka ke dalam
              masyarakat Malaysia.

*12. Puan Hajah Ilani binti Dato' Hail Isahak minta Menteri
Pertahanan menyatakan Syarikat manakah yang dilantik menjadi pakar
perunding dan broker pembelian senjata daripada Great Britain
sebagaimana yang ditandatangani dalam Memorandum Persefahaman
(MOU) barn-baru mi. Berapakah komisyen yang diperolehi oleh syarikat
berkenaan dark urusniaga ink. Apakah syarikat itu milik Bumiputra.

*13. Tuan G. Palanivel minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannya untuk
mengurangkan bilangan penagih-penagih dadah yang semakin meningkat di
Negara kita. Mengikut Task Force Anti Dadah di bawah Jabatan
Perdana Menteri bilangan penagih dadah meningkat kepada 24,023 pada
tahun lalu.

*14. Tuan Hall Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Belia dan
Sukan menyatakan apakah program-program latihan baru yang
diperkenalkan oleh Kementerian ini di Pusat-pusat Latihan Belia sejak
pusat-pusat tersebut dinaikkan taraf menjadi Institut Kemahiran Belia
Negara.
*15. Tuan Haji Abdul Hadi          bin Haii Awang minta Menteri
Pertahanan menyatakan:-

        (a) jumlah jet pejuang , helikopter dan lain-lain
              pesawat TUDM yang terlibat di dalam kemalangan
              sehingga Mac 1994;

        (b) hasil siasatan serta faktor-faktor utama berlakunya
              kemalangan tersebut;

        (c) apakah rekomendasi (perakuan) yang telah dibuat
              oleh Pasukan Penyiasat bags mengelak berulangnya
              tragedi sedemikian.

*16. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk
menyediakan rumah untuk setiap rakyat di Sabah menjelang tahun 2000.
Jika ada, bilakah dan bagaimanakah Kerajaan melaksanakan.

*17. Tuan Haii Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikan
menyatakan:-

        (a) apakah Kementerian berpuashati dengan pencapaian
               p^lajar Bumiputra bagi keputusan peperiksaan
               PMR, SPM, SPVM, STPM pada tahun lepas
               berbanding dengan pencapaian pelajar bukan
               Bumiputera. Sila berikan perangkaan sebagai
               perbandingan; dan

        (b) jika pencapaian pelajar Bumiputra merosot,
              nyatdkan sebab-sebabnya dan apakah langkah-
              langkah untuk mengatasi keadaan mi.

*18. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Pendidikan menyatakan
langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kekurangan
tenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi di negara mi. Nyatakan
juga:

        (a) sebab-sebab utama tenaga pengajar di pusat-pusat
              pengajian tinggi kian berkurangan;

        (b) sama ada cadangan membenarkan para pengajar di
              pusat-pusat pengajian tinggi bekerja secara
              sambilan di luar akan menjejaskan mutu prestasi
              pengajaran di pusat-pusat pengajian tinggi; dan

        (c) samada Kerajaan bercadang mengimport tenaga
              penga jar yang mahir daripada luar negara untuk
              mengisi kekosongan bagi jangka masa pendek.

*19. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pengangkutan
menyatakan:-
(a) adakah Kerajaan bercadang meminta K.T.M.B.
              membekal hidangan ringan kepada penumpang kelas
              dua dan bukan kepada kelas satu sahaja dan juga
              hidangan ini dibekal dua kali kepada penumpang
              dari Butterworth ke Singapura dan dari Singapura
              ke Butterworth memandangkan tambang perjalanan
              K.T.M agak tinggi dan kos hidangan ringan itu
              murah sahaja; dan

        (b) adakah K.T.M.B. bercadang memperbaiki
             perkhidmatannya dalam aspek makanan, program
             T.V. dan pembekalan bahan-bahan membaca
             memandangkan perkhidmatan tersebut kurang
             memuaskan lagi pada masa sekarang.

*20. Tuan Haii Abdul Hadi bin Haii Awang minta Menteri
Pendidikan menyatakan apakah penekanan -penekanan yang akan diberi
terhadap cadangan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) 1971 (Pindaan 1975) dan juga cadangan untuk mewujudkan Akta
Universiti Swasta. Apakah persamaan - persamaan serta perbezaan-
perbezaan di antara kedua-kedua akta tersebut.

*21. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Penerangan
menyatakan apakah Kementerian akan menghapuskan terus tayangan
'Vision 4' (in house video) di hotel-hotel atau apakah Kementerian akan
membenarkan tayangan tersebut diteruskan untuk tontonan pihak-pihak
tertentu dengan memperketatkan undang-undang dan syarat-syarat
kawalan.

*22. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan:-

        (a) adakah beliau sedar bahawa ramai ahli-ahli
              Parlimen khasnya dari pihak pembangkang sukar
              mendapat peluang untuk memberi ucapan di Dewan
              Rakyat dalam masa perbahasan Belanjawan dan
              Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-
              Pertuan Agong. Jika ya, apakah tindakan telah
              diambil supaya wakil-wakil rakyat dapat
              melafazkan hasrat rakyat dan sama ada Peraturan
              Parlimen akan diubah supaya wakil-wakil rakyat
              yang tidak mempunyai peluang berucap di Dewan
              boleh menghantarkan teks ucapan mereka secara
              bertulis kepada Tuan Yang DiPertua, kemudian
              Menteri-menteri berkenaan boleh memberi jawapan
              semasa mereka menggulung. Jika tidak, mengapa;
              dan

        (b) apakah Parlimen bercadang mendirikan satu sistem
              yang lebih adil supaya pertanyaan-pertanyaan
              mulut oleh semua Ahli Parlimen dapat dilayan
              lebih adil dalam susunan setiap hari
              memandangkan ramai ahli Parlimen berasa tidak
              puas hati pada masa sekarang. Jika ya, apakah
              cadangannya; J ika tidak, mengapa.
*23. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Pendidikan menyatakan:-

        (a) memandangkan kini terdapat begitu banyak kolej
              swasta yang menjalankan kursus berkembar
              (twinning courses ) bertahap universiti , adakah
              kolej-kolej swasta seperti ini dianggap sebagai
              'universiti di bawah Akta Universities and
              Universitites College (UUCA) 1971;

        (b) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk
             mengadakan suatu akta bagi menawar kolej-kolej
             swasta yang bukan universiti sebenarnya tetapi
             menjalankan kursus di mana ijazah-ijazah universiti
             di 'award' oleh universiti asing; dan

        (c) adakah Kementerian menerima tawaran daripada
              universiti luar negeri yang bercadang untuk
              mengadakan ' branch campus' di dalam negara kita.

              (i) jika ada, sila kemukakan nama-nama
                    universiti berkenaan.

              (ii) apakah sambutan atau pendirian oleh
                    pihak Kementerian terhadap cadangan
                    'branch campus ' tersebut.

*24. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri Sumber
Manusia menyatakan:-

        (a) apakah negara kita telah mencapai tahap guna
              tenaga penuh masa kini;

        (b) apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi
              kekurangan guna tenaga manusia untuk jangkamasa
              panjang tanpa bergantung sepenuhnya kepada buruh
              asing; dan

        (c) adakah masih terdapat belia-belia yang tidak mahu
              bekerja dan berapa besarkah golongan tersebut.

*25. Dato ' Dr. Iamaludin bin Dato' Mohd . ] ariis mints Menteri
Pertahanan menyatakan:-

        (a) ekoran program pemodenan Angkatan Tentera
              Malaysia ( ATM) apakah ATM mampu menangani
              cabaran-cabaran di abad ke 21;

        (b) apakah ancaman - ancaman keselamatan dart dalam
              dan luar negeri terhadap Malaysia setelah
              tamatnya perang dingin; dan

        (c) sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Malaysia
               melibatkan diri dalam Operasi Pengamanan
               Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
*26. Twin Lim Hock Seng minta Menteri Kesihatan menyatakan
syarat-syarat yang dikenakan kepada graduan dari Universiti negara asing
sebelum mereka boleh membuka klinik sendiri atau menyertai pusat
perubatan pakar persendirian. Sama ada syarat-syarat sedemikian juga
dikenakan kepada doktor yang telah praktik beberapa tahun di negara
asing.

*27. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan sama
ada pihak Kerajaan sudah terima salinan deraf undang-undang Hudud
yang telah diumumkan oleh kerajaan PAS, negeri Kelantan dan jika
sudah, reaksi Kerajaan terhadapnya.

*28. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakan
apakah kesan baik dan kesan buruk kerana nilai Ring;it Malaysia susut
berbanding dengan beberapa mata wang asing, dan sebutkan
sejauhmanakah kerugian yang dihadapi atas pengeksportan pengeluaran
utama seperti petrol, gas, minyak sawit, getah, timah dan lain-lain
produk dan bilakah masa yang paling sesuai Bank Negara akan campur
tangan untuk menyelamatkan nilai Ringgit Malaysia.

*29. Twin Haii Wan Mohd. ] amil bin Mahmood minta Menteri Belia
dan Sukan menyatakan:-

         (a) sejauh mana berbalahan antara Kerajaan Malaysia
                dengan akhbar dan firma British tidak menjejaskan
                prestasi dan kemeriahan Sukan Komanwel nanti;

         (b) adakah mana-mana firma British terlibat dalam
                pengendalian projek-projek yang ada kaftan dengan
                Sukan Komanwel. J ika ada apakah langkah-
                langkah memastikan segala-galanya berjalan lancar;
                dan
         (c) langkah-langkah yang akan diambil supaya krisis
                Malaysia dengan Britain dan Australia tidak
                mengurangkan semangat dan penyertaan ahli-ahli
                sukan kedua-dua buah negara itu.

*30. Tuan Karpal Singh minta Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan menyatakan akan butir-butir berkenaan dengan orang-orang
yang telah ditipu oleh agen-agen perumahan tiruan (bogus) berkaitan
dengan rumah kos rendah dan sederhana di Taman Chempaka Sari di
Jalan Haji Sirat, Kiang. Sudahkah siasatan polis ke dalam skandal
tersebut selesai, dan jika sudah, adakah sesiapa dituduh di Mahkamah
sehingga kini. Adaka.h terdapat insiden yang sama rupanya di negara ini
dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Jika ada, sila beri butir-butir lanjut.

*31. Dato' Oamaruz Zaman            bin Haii Ismail     minta Menteri
Pendidikan menyatakan:-

         (a) mengapakah keruntuhan moral dan akhlak semakin
               menjadi di kalangan pelajar-pelajar sekolah
               sekarang. Apakah tindakan Kementerian bagi
               membendung gejala-gejala seperti pelajar memukul
               guru, merokok, hamil, membuang anak, kumpulan
               haram, berjudi dan merosakkan harta benda tidak
               dibendung dengan segera; dan
(b) apakah peranan yang dijalankan antara guru-guru
               dan ibu bapa melalui persatuan PIBG dan
               berjayakah persatuan ini dalam mewujudkan satu
               kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa dalam
               membentuk pembangunan moral anak-anak.

*32. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Kebudayaan , Kesenian
dan Pelancongan menyatakan sejauh manakah usaha-usaha oleh Kerajaan
dalam promosi melancong ke Malaysia telah memhawa hasil dari segi
lawatan oleh pelancong -pelancong asing. Apakah :. san-kesan positif di
peringkat awal . sejak pelancaran Tahun Melawat Malaysia 1994 dan sila
berikan sebab-sebab bagaimana lawatan oleh pelancong -pelancong
daripada negara jiran seperti Singapura telah mencatatkan kejatuhan
yang begitu hebat.

*33. Tuan Haii Abd. Hamid bin Haii Abd. Rahman minta Menteri
Belia dan Sukan menyatakan:-

         (a) jumlah kes percabulan atlit-atlit wanita yang telah
               dilapurkan dan tindakan yang telah diambil oleh
               Kementerian terhadap individu - individu tersebut;
               dan

         (b) apakah usaha - usaha Kementerian yang telah
               diambil bagi membendung gejala tersebut.

*34. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Penerangan
menyatakan sama ada RTM dapat mempertimbang untuk menempatkan
sepasukan krew kamera di setiap bandar-bandar utama, seperti Sibu,
Miri, Bintulu , Sarikei, Kapit , Limbang untuk meliputi berita -berita.
Pada masa ini, hanya Kuching mempunyai khidmat krew kamera TV dan
harap maklum bahawa Sarawak adalah sebesar Semenanjung Malaysia
(tidak termasuk Perlis ) dan setiap bahagian adalah sebesar negeri-negeri
di Semenanjung Malaysia.

*35. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

         (a) jumlah anggota tentera dan polis yang terlibat
               dalam operasi menentang pengepungan Penan di
               Long Mobui dalam tempoh September - November
               1993 dan jumlah Penan yang ditahan antara
               September - November 1993 dan di bawah tuduhan
               apa;

         (b) sebab mengapa unit Cawangan Khas telah
               menganggu masyarakat rumah panjang Iban
               sepanjang jalan Bintulu pada awal Januari 1994;
               dan

         (c) sebab mengapa pihak polls seakan-akannaya
               melindungi kepentingan Austral Enterprises Berhad
               dan bukannya melindungi hak para petani Iban
               terhadap tanah nenek moyang mereka.
*36. Than Shahidan bin Kassim minta Menteri Kebudayaan, Kesenian
dan Pelancongan menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk
menggalakkan pelancong-pelancong berbelanja lebih di sini memandangkan
hanya 21 peratus sahaja daripada perbelanjaan mereka digunakan untuk
membeli belah, manakala 42 peratus lagi digunakan untuk penginapan.

*37. Dato ' Qamaruz Zaman bin Hail Ismail minta Menteri
Pendidikan menyatakan bagaimanakah pencapaian akademik pel ajar di
bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah/Menengah (KBSR/KBSM) sekarang
jika dibandingkan dengan kurikulum yang lama. Mengapakah mata
pelajaran matematik masih lagi lemah di kalangan pelajar khususnya
pelajar Melayu. dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi
masalah mi.

*38. Tuan Won; Wing On minta Menteri Luar Negeri menyatakan
sama ada Pulau Sipadan yang terletak di antara Sabah (Malaysia) dan
Kalimantan (Indonesia) telah mejadi apa yang dikatakan oleh majalah
THE FAR EASTERN ECONOMIC REVIEW "Isle of Contention" di antara
Malaysia dan Indonesia (17.3.1994). Jika ya, nyatakan langkah-langkah
yang telah, sedang dan akan diambil untuk mempertahankan kedaulatan
Malaysia.

*39. Tuan Hail Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri
Pertahanan menyatakan:-

         (a) keterangan terperinci mengenai seorang anggota
               tentera Malaysia yang terbunuh di Somalia dan
               bagaimana is terjadi;
         (b) adakah benar kemalangan itu berlaku kerana
               hendak menyelamat tentera Amerika. Jika benar
               apakah penghargaan yang Amerika beri kepada
               Malbatt dan kepada keluarga tentera yang
               terbunuh dalam kejadian itu;

         (c) apakah ganjaran yang pihak Malaysia sendiri beri
               kepada keluarga tentera itu seperti balu bagi
               menjaga masa depan anak-anaknya; dan

         (d) adakah Badan Kebajikan Isteri-isteri Tentera
               mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan
               beban yang dipikul oleh balu dan keluarga
               berkenaan dan jika ada sila nyatakan.

*40. Tuan Hail Badruddin bin Amiruldin minta Menteri Kesihatan
menyatakan:-

         (a) apakah langkah Kerajaan dalam membasmi
               keracunan makanan memandangkan kes ini semakin
               meningkat, khususnya di Kedah di mana sebanyak
               472 kes berlaku pada tahun lalu; dan

        (b) apakah tindakan segera yang di ambil ke atas
              peniaga-peniaga yang mengabaikan kebersihan dan
              menghidangkan makanan dalam keadaan yang tidak
              bersih dan tercemar kepada orang ramai khususnya
              penuntut-penuntut sekolah.
- 10 -




*41. Tuan Haii Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri
Pertahanan menyatakan:-

        (a) jumlah tentera Malaysia yang berkhidmat dalam
              pasukan PBB di luar negeri sekarang dan negara
              mana mereka berada;

        (b) apakah jaminan keselamatan yang telah disediakan
              oleh pihak PBB dan langkah berjaga-jaga dart
              pihak Malbat sendiri.

        (c) jumlah elaun harian dan bulanan untuk seorang
              tentera dan perincikan untuk pegawai dan tentera
              bias a;

        (d) berapakah jumlah yang ditanggong oleh PBB dan
              berapakah pula jumlah yang ditanggong oleh
              Malaysia; dan

        (e) apakah kebajikan yang diberikan kepada keluarga
              mereka, isteri dan ibubapa jika ada.

*42. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan
kemajuan dan hasil siasatan polls terhadap dakwaan setengah-setengah
pemilik rumah kos rendah di Blok A,B,C,D dan F di Taman Cheras,
Kuala Lumpur bahawa pemaju telah menipu mereka berkaitan wang yang
dibayar untuk memohon hakmilik strata dan cukai tanah. Juga sebutkan
jumlah wang dipertikaikan sebagaimana yang ditemui oleh polis.

*43. Puan Rohani binti Abdul Karim minta Menteri Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan bilakah Akta
Keganasan Rumahtangga akan dibentangkan dalam Parlimen
memandangkan meningkatnya kes-kes bersangkutan dengan keganasan
terhadap wanita.

*44. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Pendidikan menyatakan
peruntukan kewangan yang sebenarnya yang telah diserahkan kepada
Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Sabah tahun ini, sila
berikan jumlah untuk setiap sekolah, dan jumlah peruntukan yang belum
dijelaskan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk setiap
sekolah.

*45. Datin Paduka Haiah Rakibah binti Abdul Manan minta Menteri
Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan berapa kerapkah pemeriksaan
dijalankan kepada kilang, gedung perniagaan, bangunan mencakar langit,
pawagam dan pusat hiburan dan hotel yang menggunakan tenaga elektrik
yang tinggi sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan Elektrik.

*46. Tuan Ahmad Omar minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan menyatakan bagaimanakah usaha Kementerian bagi
memperkenalkan 'package' pelancongan ke destinasi pelancongan menarik
di kawasan tanah tinggi (Mountain dan Hill Resorts) dan seterusnya
sungai-sungai di negara mi. Nyatakan kejayaan dan potensinya.
- 11 -




*47. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan
bilangan dan kategori pihak yang mendapat pengecualian Cukai
Pendapatan 1967 dan berapakah taksiran hasil yang hilang oleh Kerajaan
akibat pemberian pengecualian ini. Juga nyatakan jumlah pemohon yang
ditolak pengecualian dan sebab penolakan.

*48. Dato' Haii Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Perdana
Menteri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia merancang supaya
mengadakan skuad penyelamat seperti yang didatangkan dari Jepun dan
Perancis ketika tragedi kondo runtuh di Taman Hiliview.

*49. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Kewangan menyatakan
sebab mengapa 28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom telah
ditolak peluang penyertaan mereka di dalam skim Option Saham Pekerja
(ESOS) yang melibatkan sebanyak 29.5 juta saham Telekom,
memandangkan pengedarannya telah dimonopolikan oleh 3,000 orang
eksekutifnya, termasuk Pengerusi Eksekutif Telekom, Tan Sri Rashdan
Baba yang menerima sebanyak 300 lot untuk dirinya sendiri; dan
pertama, apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan
28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom dilayan dengan adil;
kedua, sama ada keadilan dilakukan ke atas tindakan pecah amanah dan
salahguna kuasa di dalam perkara pengedaran saham ESOS in!.

*50. Wan Iunaidi bin Tuanku Iaafar minta Menteri Kewangan
menyatakan:-

         (a) adakah Kementerian sedar yang Bank-bank dan
               Institusi Kewangan asing yang beroperasi di
               Negara ini telah menjual dan memindahmilik harta
               mereka sebelum Bank-bank dan Intitusi tersebut
               menubuh Syarikat tempatan mereka. Sehubungan
               dengan itu apakah garispanduan dan kawalselia
               Kementerian; dan

         (b) kenapakah Bank-bank dan Institusi Kewangan
               bertindak untuk menjuaI dan memindahmilik harta
               mereka sebelum penubuhan tempatan dibuat.
               Adakah mereka tidak percaya kepada dasar
               kewangan Negara dan kawalselia dan jaminan
               undang-undang Negara atas harta dan pelaburan
               mereka.

*51. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan menyatakan prestasi sektor pelancongan yang terdapat di
Malaysia berdasarkan:

         (a) bilangan kemasukan pelancong asing pada tahun
                1993 dan 1994;

        (b) bilangan bilik hotel di Malaysia dan bilangan
              peratusan penginapan di hotel pada tahun 1993 dan
              1994; dan

        (c) bilangan peluang pekerjaan yang terdapat di hotel
               pada tahun 1993 dan 1994.
- 12 -




*52. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Dalam Negeri
menyatakan berhubung dengan kenyataan bahawa ada pemimpin
pembangkang Malaysia menerima sogokan dari Perkhidmatan Perisikan
Sulit Australia (ASIS):

        (a) siapakah mereka yang terlibat dan jumlah bantuan
               yang mereka terima;

        (b) apakah tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
              kepada mereka sebagai balasan dari sogokan
              tersebut; dan

        (c) apakah tindakan segera yang dibuat oleh Kerajaan
              sebagai usaha menghadapi masalah tersebut.

*53. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan tempoh
tarikh akhir bag! pajakan menempatkan tapak pelupusan sampah DBKL di
Jalan Sungai Besi. Nyatakan juga tarikh yang ditetapkan bag!
melaksanakan incinerator di tapak pelupusan sampah berkenaan.

*54. Than Ruhanie Haji Ahmad minta Menteri Luar Negeri
menyatakan sama ada plhaknya telah mendapat kepastian bahawa kapal
Jepun AKATSUKI MARU yang mengangkut bahan nuklear sudah tidak
lag! melalui Selat Melaka. Jika tidak , apakah perkembangan mutakhir
mengenal kontroversi in!.

*55. Tuan      Wong Sing     Nang minta Menteri Dalam Negeri
menyatakan:-

        (a) jumlah pendatang haram di negara !ni dan jumlah
              yang teliti di setiap negeri ; dan

        (b) apakah langkah yang diambil untuk mengatasinya.

*56. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan jumlah
kutipan sewa rumah-rumah pangsa dan rumah-rumah kos rendah DBKL
bagi tahun 1990, 1991, 1992 dan 1993 mengikut kawasan Parlimen:

        (a) Seputeh;
        (b) Sunga! Besi;
        (c) Bukut Bintang;
        (d) Kepong;
        (e) Lembah Pantai;
        (f) Batu; dan
        (g) Titiwangsa.

*57. Than Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:-

        (a) apakah langkah yang akan diambil oleh
             Kementeriannya untuk memastikan pendatang
             haram dan pelarian ke Sabah dihantar balik ke
             negara asal mereka; dan
- 13 -




        (b) sama ada benar bahawa Jabatan Pendaftaran
              Negara telah menghantar pasukan mereka ke
              khemah balak, kilang dan ladang-ladang untuk
              membantu pendatang haram dan pelarian,
              memohon kad pengenalan biru dan jika benar
              nyatakan jumlah kad pengenalan biru yang telah
              pun dikeluarkan sehingga 31.3.1994.

*58. Dr. Tan Seng_ Giaw minta Menteri Pertanian menyatakan
apakah pencapaian utama beliau menurut Dasar Pertanian Negara.
Apakah kebaikan dan kelemahan pertanian tanahair. Bagaimana
kelemahan-kelemahan tersebut dapat diatasi untuk mewujudkan pertanian
mod en.

*59. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Dalam
Negeri menyatakan:-

        (a) keberkesanan Operasi Ops Nyah Fasa 11 baru-baru
              ini;

        (b) berapakah bilangan pendatang tanpa izin yang
              dapat diberkas, dan;

        (c) bilangan mereka yang melarikan diri serta mereka
               yang berjaya dihantar balik ke negara masing-
               masing.

*60. Than Wahab bin Suhaili minta Menteri Kewangan menyatakan:-

        (a) sebab-sebab mengapa nilai RM turun baru-baru ini
               dan apakah kesan penurunan tersebut terhadap
               kestabilan ekonomi negara; dan

        (b) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh
              Kerajaan agar kes penurunan RM ini tidak akan
              berlaku secara mendadak lagi.

*61. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Kerja Raya menyatakan:-

        (a) sama ada semua projek di dalam projek bekalan
              air Antah-Biwater telah disiapkan dengan
              memuaskan;

        (b) kos keseluruhan projek berkenaan dan jumlah kos
              berlebihan; dan

        (c) sebab mengapa kontrak ini telah dikeluarkan tanpa
               diadakan tender terbuka dan sama ada ini ada
               hubungannya dengan Memorandum Persefahaman
               RM5 billion antara Malaysia dan British.
- 14 -




*62. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:-

        (a) sama ada Perdana Menteri mengetahui bahawa
              Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen telah
              membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah
              (BPR) di atas penjualan pajakan 96 tahun 376
              hektar tanah utama di Bukit Kiara kepada Kuala
              Lumpur Golf and Country Club Sdn. Bhd., satu
              syarikat kuasaan Singapura; dan

        (b) apakah perkembangan siasatan yang di jalankan oleh
              BPR ke atas penjualan pajakan 96 tahun tanah
              Bukit Kiara tersebut.

*63. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hasan minta Menteri Pendidikan
menyatakan mengenai pengedaran borang-borang permohonan ke Pusat
Pengajian Tinggi melalui Pejabat Pos:

        (a) adakah Kementerian sedar bahawa borang-borang
              tersebut yang diedarkan melalui Pejabat Pos cepat
              habis dan menafikan peluang calun-calun yang
              berkelayakan untuk memohon kerana tidak sempat
              mendapatkan borang; dan

        (b) adakah Kementerian bercadang untuk mengubah
              cara pengedaran borang tersebut kepada suatu
              cara yang lebih adil.

*64. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan menyatakan:-

        (a) jumlah bilangan rumah kos rendah yang di dalam
              proses pembinaan bagi setiap negeri bags tahun
              1994/1995; dan

        (b) kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bagi
              pembinaan rumah kos rendah bagi negeri Pulau
              Pinang dan amaun peruntukan yang telah dijanjikan
              kepada Kerajaan Negeri.

*65. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakan
keuntungan setiap tahun MAS sejak 1990 dan adakah kemerosotan
prestasi kewangan merupakan sebab mengapa Malaysia Helicopter
Services Sdn. Bhd mengambilalihnya serta:

        (a) sebab Bank Negara menjual pegangan equitinya
              seban;yak 32% dalam MAS;

        (b) mengapakah MHS dipilih untuk membelinya
             memandangkan is sebuah syarikat yang kecil dan
             jumlah wang yang diterima dan keuntungan dari
             Bank Negara ekoran penjualan sedemikian; dan
- 15 -




        (c) adakah satu "tender terbuka" dijalankan untuk
              menjual pegangan equiti Bank Negara demi
              menjaminkan pulangan yang lebih besar kepada
              Bank Negara atau MAS.

*66. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pertanian menyatakan
apakah sistem kawalan untuk penggunaan racun-racun serangga dan herba
untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta ubat-ubatan bagi
ternakan. Bagaimana racun-racun dan ubat-ubatan ini dapat dikenalpasti
untuk hasil-hasil tempatan dan import. Berapa kes kesalahan yang telah
dikendalikan dalam sedekad ini.




If h.
- 16 -




                 PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT

            MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN



1. Menteri di labatan Perdana Menteri dan Menteri
             Undang-undang


             * Rang Undang-undang Pilihanraya (Pindaan) 1994




        *    Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa
             pada semua peringkat di Mesyuarat mi.



If h.
- 17 -




                            USUL URUSAN



1. Perdana Menteri akan mencadangkan:

            Bahawa, dengan izin Tuan Yang di -Pertua di bawah Peraturan
     Mesyuarat 90(1) Dewan dengan ini merentikan kuatkuasa Peraturan
     Mesyuarat 77(1) bagi meluluskan usul di bawah Peraturan Mesyuarat
     77(3) iaitu berkaitan dengan perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi
     Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan.




           ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL



1. Perdana Menteri akan mencadangkan:

            Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 77(3) YB. Datuk Dr.
     Jamaludin Mohd . Jarjis (Ahli Bagi Kawasan Rompin) dan YB. Dato'
     Mohd . Zihin Haji Mohd . Hassan (Ahli Bagi Kawasan Larut) masing-
     masing dipilih menjadi Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa
     Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan.


2. (DR. 40/93) Rang Undang-undang Perhubungan Bacaan Kali
                 Perusahaan (Pindaan) 1993 Yang Kedua


3. (DR. 9/94)       Rang Undang-undang Tabung Angkatan
                    Tentera (Pindaan) 1994                         m


4. (DR. 3/94)       Rang Undang-undang Kawalan Padi
                    dan Beras 1994


5. (DR. 4/94)       Rang Undang-undang Lembaga Padi
                    dan Beras Negara (Syarikat
                    Pengganti) 1994


6. (DR. 5/94) Rang Undang-undang Perkapalan
                 Saudagar (Pindaan) 1994 "
- 18 -



7.    (DR. 6/94)      Rang Undang-undang Lembaga                 Bacaan Kali
                      Pembangunan Industri Pembinaan             Yang Kedua
                      Malaysia 1994


8.    (DR. 7/94)      Rang Undang-undang Kawalan
                      Harga (Pindaan) 1994


9.    (DR. 8/94)      Rang Undang-undang Pengangkutan
                      Jalan (Pindaan) 1994                            m


10.   (DR. 2/94)    Rang Undang-undang Perbekalan
                    Tambahan ( 1993 dan 1994) 1994                    Eli


                                    DAN


      Menteri Kewangan akan mencadangkan:

             Bahawa Dewan in!, mengikut sub-seksyen 4(3) Akta Kumpulan
      Wang Pembangunan 1966 , membuat ketetapan bahawa wang tambahan
      sebanyak Ringgit Malaysia enam ratus empat juta , lapan ratus satu
      ribu, sembilan ratus lima puluh ( RM604 , 801,950) diperuntukkan
      daripada Kumpulanwang Pembangunan:

            (1)     bag! tahun kewangan 1993, untuk menampung sejumlah
                    Ringgit Malaysia tiga ratus tiga puluh juta , lapan ratus
                    dua puluh sembilan ribu tiga ratus lapan puluh
                    (RM330,829 , 380) bag! Maksud-maksud dan Butiran-butiran
                    (Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalam ruang
                    pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan
                    Pembangunan Tambahan Keempat 1993 yang dibentangkan
                    sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 1994 dan yang
                    disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran-
                    butiran ( Projek - projek ) dalam ruang kesebelas dan
                    keduabelas penyata tersebut; dan

            (2) bag! tahun kewangan 1994, untuk menampung sejumlah
                  R!nggit Malaysia dua ratus tujuh puluh tiga juta,
                  sembilan ratus tujuh puluh dua ribu, lima ratus tujuh
                  puluh (RM273,972 , 570) bag! Maksud-maksud dan Butiran-
                  butiran ( Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalam
                  ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan
                  Pembangunan Tambahan Pertama 1994 yang dibentangkan
                  sebaga! Kertas Perintah 9 Tahun 1994 dan yang
                  disenaraikan di sebelah Maksud -maksud dan Butiran-
                  butiran ( Projek-projek ) dalam ruang kesebelas dan
                  keduabelas penyata tersebut.


11. (DR . 11/94 )     Rang Undang- undang Kesalahan Bacaan Kali
                      Pilihanraya ( Pindaan) Yang Kedua
- 19 -



12. Menteri Kewangan akan mencadangkan:

               Bahawa Dewan in!, selaras dengan peruntukan Seksyen 8(3)
        (a)(iv) Akta Acara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju
        supaya Kerajaan Persekutuan melabur dalam Penang Port Sdn. Bhd.
        melalui penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan dengan Suruhanjaya
        Pelabuhan Pulau Pinang sebanyak RM73.45 juta kepada ekuiti dalam
        Penang Port Sdn. Bhd.


13. Dr. Tan Seng Giaw akan mencadangkan:

              Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan supaya mengambil
        tindakan yang berkesan termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk
        menyiasat politik wang di semua peringkat memandangkan
        permasalahan ini telah menjadi lebih serius.


14. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan:

              Bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan mengutuk
        politik wang dan lompat-melompat parti oleh wakil rakyat dan
        menggubal undang-undang untuk membenterasnya.


15. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan:

               Bahawa Dewan yang mulia ini kesal dengan keengganan
        Kerajaan Australia mengesahkan atau menjalankan siasatan ke atas
        dakwaan serius oleh media massa Australia bahawa wang sogokan
        telah diberikan kepada ahli-ahli parlimen UMNO sebagai pengintip
        yang merupakan perbuatan khianat dan tidak setiakawan oleh sebuah
        negara jiran dan meminta Kerajaan Australia memberhentikan dan
        meminta maaf kalau dakwaan ini benar.




/f h.

More Related Content

More from Ahmad Wahyudin Rock'n Roll

Uugd
UugdUugd
Sejarah pendidika indonesia
Sejarah pendidika indonesiaSejarah pendidika indonesia
Sejarah pendidika indonesia
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
Karakteristik sekolah efektif
Karakteristik sekolah efektifKarakteristik sekolah efektif
Karakteristik sekolah efektif
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
Utama 1
Utama 1Utama 1
Panduan evaluasi pembelajaran
Panduan evaluasi pembelajaranPanduan evaluasi pembelajaran
Panduan evaluasi pembelajaran
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
Pakem
PakemPakem
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
Jiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-n
Jiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-nJiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-n
Jiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-n
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
Gapura basa smp ix
Gapura basa smp ixGapura basa smp ix
Gapura basa smp ix
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
Dgggfg
DgggfgDgggfg
Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...
Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...
Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah
11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah
11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 
4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd
4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd
4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd
Ahmad Wahyudin Rock'n Roll
 

More from Ahmad Wahyudin Rock'n Roll (20)

Uugd
UugdUugd
Uugd
 
Sejarah pendidika indonesia
Sejarah pendidika indonesiaSejarah pendidika indonesia
Sejarah pendidika indonesia
 
Pennas
PennasPennas
Pennas
 
Karakteristik sekolah efektif
Karakteristik sekolah efektifKarakteristik sekolah efektif
Karakteristik sekolah efektif
 
Pakemfinal
PakemfinalPakemfinal
Pakemfinal
 
Utama 1
Utama 1Utama 1
Utama 1
 
Umm student research_abstract_7033
Umm student research_abstract_7033Umm student research_abstract_7033
Umm student research_abstract_7033
 
Panduan evaluasi pembelajaran
Panduan evaluasi pembelajaranPanduan evaluasi pembelajaran
Panduan evaluasi pembelajaran
 
Pakem
PakemPakem
Pakem
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Media pembelajaran
Media pembelajaranMedia pembelajaran
Media pembelajaran
 
Katalog
KatalogKatalog
Katalog
 
Jiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-n
Jiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-nJiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-n
Jiptummpp gdl-s1-2005-nurpatarsi-2712-pendahul-n
 
Gapura basa smp ix
Gapura basa smp ixGapura basa smp ix
Gapura basa smp ix
 
Dkv02040102
Dkv02040102Dkv02040102
Dkv02040102
 
Dgggfg
DgggfgDgggfg
Dgggfg
 
Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...
Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...
Desain dan pengembangan mmi offline teknologi dasar serta aplikasinya pada pe...
 
Artikel
ArtikelArtikel
Artikel
 
11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah
11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah
11 pembelajaran-matematika-kontekstual-sd-ktsp-supinah
 
4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd
4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd
4 perencanaan kegiatan_belajar_mengajarsdasd
 

Aumdr27041994

  • 1. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT HARI RABU. 27 APRIL. 1994. PUKUL 2.30 PETANG Bil. 11 1 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAG! 7AWAB MUL[TT *1. Dr. Nawawi Mat Awin minta Menteri Luar Negeri menyatakan:- (a) sama ada beliau sedar bahawa (i) dari masa ke masa rakyat Malaysia yang berada di Tanah Suci mengerjakan Umrah ditahan dal am operasi -operasi pihak berkuasa Arab Saudi kerana tidak membawa Paspot semasa di luar tempat penginapan walhal (ii) amalan yang dikuatkuasakan oleh hotel-hotel ialah semua Paspot mesti diserahkan kepada hotel yang hanya akan memulangkannya apabila berangkat pulang; (b) sama ada beliau akan memperkenalkan sistem dokumentasi tambahan yang boleh dibawa bersama oleh ;f emaah di luar tempat penginapan; dan (c) kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambil bagi mengerakkan rakyat Malaysia menjadi mangsa yang teraniaya semasa di Tanah Suci. *2. Dr. Sanusi Daeng Mariok minta Menteri Pendidikan menyatakan dasar Kerajaan untuk mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk pela.jaran sains dan teknologi di pusat-pusat pengajian tinggi telah menimbulkan kemarahan bukan kepada pencinta-pencinta bahasa, cerdik pandai Melayu, bahkan orang Melayu sendiri. Ini kerana mereka menganggap langkah ini satu penghinaan dan mencabar kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Adakah Kerajaan akan menarik balik kenyataan YAB Perdana Menteri mengenai hal mi. *3. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Perdana Menteri menyatakan apakah kemajuan projek Pengangkutan Laju Ringan (LRT) yang sedang diusahakan untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah projek tersebut berjalan rnengikut jadual, jika tidak apakah permasalahan utamanya dan apakah langkah-langkah Kerajaan mengatasinya.
  • 2. *4. Tuan Kerk Kim Hock minta Menteri Pengangkutan menyatakan:- (a) jumlah pemandu yang telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka oleh kerana kegagalan untuk menjelaskan bayaran denda yang dikenakan bersabit dengan langgaran peraturan lalulintas; (b) jumlah pemandu yang tidak dibenarkan memperbahrui cukai jalan dan memindah hakmilik oleh kerana bekas pemilik kenderaan mereka tidak menjelaskan kompaun yang sepatutnya di jelaskan terlebih dahulu; dan (c) adakah satu arahan bertulis telah dikeluarkan kepada semua Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri supaya pemandu yang tidak bersalah di (b) tidak dihukum dan dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka, jika ya, bilakah arahan itu dikeluarkan. *5. Tuan Hail Wan Omar bin Wan Maiid minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan sedar banyak restoran makanan segera dan pusat-pusat perniagaan lain di negara ini lebih mengutamakan bahasa asing dalam urusan hariannya. Apakah tindakan ini semenangnya digalakkan oleh Kerajaan atau pun Kerajaan ada langkah-langkah lain untuk mengatasi masalah ini. *6. Tuan Hail Nasruddin bin Haii Alang Saidin minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa pada masa ini terdapat berbagai jenis majalah dan buku cerita bergambar (comic book) yang ditulis dengan bahasa pasar dan adakala perkataan-perkataan ini memang tidak ada dalam Kamus Bahasa Melayu. Perkataan-perkataaan ini dikarang dan direka oleh penulis-penulis ini sendiri untuk tujuan melariskan jualah majalah mereka dan akan mengelirukan penggunaan Bahasa Malaysia. Apakah tindakan yang Kementerian akan ambil. *7. Datuk Nurnikman Abdullah minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah langkah-langkah diambil oleh Kerajaan untuk menarik lebih ramai pelabur di Sabah. *8. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah tindakan jangka pendek dan jangka panjang akan diambil oleh Kerajaan untuk menunaikan permintaan daripada memorandum yang dibentangkan kepada Kementeriannya oleh pengusaha perlombongan timah tempatan baru-baru ini. *9. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada Kementeriannya bercadang menganjurkan kelas-kelas Tadika di semua kampung baru di seluruh Negara dalam langk<<h memberi pendidikan yang sesuai kepada kanak- kanak supaya taraf pemikiran golongan muda dapat dipertimbangkan.
  • 3. *10. Tuan Harrison Ngau Laing minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (a) berapakah jumlah peruntukkan yang telah dipohon oleh JKR Marudi, Baram dan yang diluluskan untuk menggantikan dan menambah kelengkapan jentera-jentera dan alat-alat untuk kegunaan Jabatan tersebut pada tahun 1994 ink; (b) adakah pihak Kementerian dan Jabatan Kerja Raya akan mengkaji semula keperluan setakat kni dan pada masa hadapan untuk membina sebuah jentera asfal konkrit (asphaltic Concrete plant) di Marudi. Jika tidak, mengapa; dan (c) adakah Kementerian dan Jabatan Kerja Raya akan menambah Kakitangan di Jabatan Kerja Raya Marudi. Kerana pada masa ini kakitangan yang bertugas di sini jauh tidak mencukupi. Jika tidak, mengapa. *11. Tuan Hail Hamzah bin Mohd Zain minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan:- (a) takrif "Orang Ash", siapakah suku kaum atau puak yang tergolong dalamnya; (b) jumlah dan lok^ si kumpulan tersebut; dan (c) usaha bagi mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Malaysia. *12. Puan Hajah Ilani binti Dato' Hail Isahak minta Menteri Pertahanan menyatakan Syarikat manakah yang dilantik menjadi pakar perunding dan broker pembelian senjata daripada Great Britain sebagaimana yang ditandatangani dalam Memorandum Persefahaman (MOU) barn-baru mi. Berapakah komisyen yang diperolehi oleh syarikat berkenaan dark urusniaga ink. Apakah syarikat itu milik Bumiputra. *13. Tuan G. Palanivel minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeriannya untuk mengurangkan bilangan penagih-penagih dadah yang semakin meningkat di Negara kita. Mengikut Task Force Anti Dadah di bawah Jabatan Perdana Menteri bilangan penagih dadah meningkat kepada 24,023 pada tahun lalu. *14. Tuan Hall Mahbud bin Haji Hashim minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah program-program latihan baru yang diperkenalkan oleh Kementerian ini di Pusat-pusat Latihan Belia sejak pusat-pusat tersebut dinaikkan taraf menjadi Institut Kemahiran Belia Negara.
  • 4. *15. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haii Awang minta Menteri Pertahanan menyatakan:- (a) jumlah jet pejuang , helikopter dan lain-lain pesawat TUDM yang terlibat di dalam kemalangan sehingga Mac 1994; (b) hasil siasatan serta faktor-faktor utama berlakunya kemalangan tersebut; (c) apakah rekomendasi (perakuan) yang telah dibuat oleh Pasukan Penyiasat bags mengelak berulangnya tragedi sedemikian. *16. Tuan Joseph Voon Shin Choi minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menyediakan rumah untuk setiap rakyat di Sabah menjelang tahun 2000. Jika ada, bilakah dan bagaimanakah Kerajaan melaksanakan. *17. Tuan Haii Ibrahim bin Jendol minta Menteri Pendidikan menyatakan:- (a) apakah Kementerian berpuashati dengan pencapaian p^lajar Bumiputra bagi keputusan peperiksaan PMR, SPM, SPVM, STPM pada tahun lepas berbanding dengan pencapaian pelajar bukan Bumiputera. Sila berikan perangkaan sebagai perbandingan; dan (b) jika pencapaian pelajar Bumiputra merosot, nyatdkan sebab-sebabnya dan apakah langkah- langkah untuk mengatasi keadaan mi. *18. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kekurangan tenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi di negara mi. Nyatakan juga: (a) sebab-sebab utama tenaga pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi kian berkurangan; (b) sama ada cadangan membenarkan para pengajar di pusat-pusat pengajian tinggi bekerja secara sambilan di luar akan menjejaskan mutu prestasi pengajaran di pusat-pusat pengajian tinggi; dan (c) samada Kerajaan bercadang mengimport tenaga penga jar yang mahir daripada luar negara untuk mengisi kekosongan bagi jangka masa pendek. *19. Tuan Chian Heng Kai minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
  • 5. (a) adakah Kerajaan bercadang meminta K.T.M.B. membekal hidangan ringan kepada penumpang kelas dua dan bukan kepada kelas satu sahaja dan juga hidangan ini dibekal dua kali kepada penumpang dari Butterworth ke Singapura dan dari Singapura ke Butterworth memandangkan tambang perjalanan K.T.M agak tinggi dan kos hidangan ringan itu murah sahaja; dan (b) adakah K.T.M.B. bercadang memperbaiki perkhidmatannya dalam aspek makanan, program T.V. dan pembekalan bahan-bahan membaca memandangkan perkhidmatan tersebut kurang memuaskan lagi pada masa sekarang. *20. Tuan Haii Abdul Hadi bin Haii Awang minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah penekanan -penekanan yang akan diberi terhadap cadangan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 (Pindaan 1975) dan juga cadangan untuk mewujudkan Akta Universiti Swasta. Apakah persamaan - persamaan serta perbezaan- perbezaan di antara kedua-kedua akta tersebut. *21. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Penerangan menyatakan apakah Kementerian akan menghapuskan terus tayangan 'Vision 4' (in house video) di hotel-hotel atau apakah Kementerian akan membenarkan tayangan tersebut diteruskan untuk tontonan pihak-pihak tertentu dengan memperketatkan undang-undang dan syarat-syarat kawalan. *22. Tuan Chian Heng Kai minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) adakah beliau sedar bahawa ramai ahli-ahli Parlimen khasnya dari pihak pembangkang sukar mendapat peluang untuk memberi ucapan di Dewan Rakyat dalam masa perbahasan Belanjawan dan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong. Jika ya, apakah tindakan telah diambil supaya wakil-wakil rakyat dapat melafazkan hasrat rakyat dan sama ada Peraturan Parlimen akan diubah supaya wakil-wakil rakyat yang tidak mempunyai peluang berucap di Dewan boleh menghantarkan teks ucapan mereka secara bertulis kepada Tuan Yang DiPertua, kemudian Menteri-menteri berkenaan boleh memberi jawapan semasa mereka menggulung. Jika tidak, mengapa; dan (b) apakah Parlimen bercadang mendirikan satu sistem yang lebih adil supaya pertanyaan-pertanyaan mulut oleh semua Ahli Parlimen dapat dilayan lebih adil dalam susunan setiap hari memandangkan ramai ahli Parlimen berasa tidak puas hati pada masa sekarang. Jika ya, apakah cadangannya; J ika tidak, mengapa.
  • 6. *23. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Pendidikan menyatakan:- (a) memandangkan kini terdapat begitu banyak kolej swasta yang menjalankan kursus berkembar (twinning courses ) bertahap universiti , adakah kolej-kolej swasta seperti ini dianggap sebagai 'universiti di bawah Akta Universities and Universitites College (UUCA) 1971; (b) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk mengadakan suatu akta bagi menawar kolej-kolej swasta yang bukan universiti sebenarnya tetapi menjalankan kursus di mana ijazah-ijazah universiti di 'award' oleh universiti asing; dan (c) adakah Kementerian menerima tawaran daripada universiti luar negeri yang bercadang untuk mengadakan ' branch campus' di dalam negara kita. (i) jika ada, sila kemukakan nama-nama universiti berkenaan. (ii) apakah sambutan atau pendirian oleh pihak Kementerian terhadap cadangan 'branch campus ' tersebut. *24. Tuan Mohamed Kamal bin Hussain minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:- (a) apakah negara kita telah mencapai tahap guna tenaga penuh masa kini; (b) apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi kekurangan guna tenaga manusia untuk jangkamasa panjang tanpa bergantung sepenuhnya kepada buruh asing; dan (c) adakah masih terdapat belia-belia yang tidak mahu bekerja dan berapa besarkah golongan tersebut. *25. Dato ' Dr. Iamaludin bin Dato' Mohd . ] ariis mints Menteri Pertahanan menyatakan:- (a) ekoran program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) apakah ATM mampu menangani cabaran-cabaran di abad ke 21; (b) apakah ancaman - ancaman keselamatan dart dalam dan luar negeri terhadap Malaysia setelah tamatnya perang dingin; dan (c) sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Malaysia melibatkan diri dalam Operasi Pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • 7. *26. Twin Lim Hock Seng minta Menteri Kesihatan menyatakan syarat-syarat yang dikenakan kepada graduan dari Universiti negara asing sebelum mereka boleh membuka klinik sendiri atau menyertai pusat perubatan pakar persendirian. Sama ada syarat-syarat sedemikian juga dikenakan kepada doktor yang telah praktik beberapa tahun di negara asing. *27. Tuan Karpal Singh minta Perdana Menteri menyatakan sama ada pihak Kerajaan sudah terima salinan deraf undang-undang Hudud yang telah diumumkan oleh kerajaan PAS, negeri Kelantan dan jika sudah, reaksi Kerajaan terhadapnya. *28. Tuan Lau Dak Kee minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kesan baik dan kesan buruk kerana nilai Ring;it Malaysia susut berbanding dengan beberapa mata wang asing, dan sebutkan sejauhmanakah kerugian yang dihadapi atas pengeksportan pengeluaran utama seperti petrol, gas, minyak sawit, getah, timah dan lain-lain produk dan bilakah masa yang paling sesuai Bank Negara akan campur tangan untuk menyelamatkan nilai Ringgit Malaysia. *29. Twin Haii Wan Mohd. ] amil bin Mahmood minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:- (a) sejauh mana berbalahan antara Kerajaan Malaysia dengan akhbar dan firma British tidak menjejaskan prestasi dan kemeriahan Sukan Komanwel nanti; (b) adakah mana-mana firma British terlibat dalam pengendalian projek-projek yang ada kaftan dengan Sukan Komanwel. J ika ada apakah langkah- langkah memastikan segala-galanya berjalan lancar; dan (c) langkah-langkah yang akan diambil supaya krisis Malaysia dengan Britain dan Australia tidak mengurangkan semangat dan penyertaan ahli-ahli sukan kedua-dua buah negara itu. *30. Tuan Karpal Singh minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan akan butir-butir berkenaan dengan orang-orang yang telah ditipu oleh agen-agen perumahan tiruan (bogus) berkaitan dengan rumah kos rendah dan sederhana di Taman Chempaka Sari di Jalan Haji Sirat, Kiang. Sudahkah siasatan polis ke dalam skandal tersebut selesai, dan jika sudah, adakah sesiapa dituduh di Mahkamah sehingga kini. Adaka.h terdapat insiden yang sama rupanya di negara ini dalam tempoh 5 tahun yang lalu. Jika ada, sila beri butir-butir lanjut. *31. Dato' Oamaruz Zaman bin Haii Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan:- (a) mengapakah keruntuhan moral dan akhlak semakin menjadi di kalangan pelajar-pelajar sekolah sekarang. Apakah tindakan Kementerian bagi membendung gejala-gejala seperti pelajar memukul guru, merokok, hamil, membuang anak, kumpulan haram, berjudi dan merosakkan harta benda tidak dibendung dengan segera; dan
  • 8. (b) apakah peranan yang dijalankan antara guru-guru dan ibu bapa melalui persatuan PIBG dan berjayakah persatuan ini dalam mewujudkan satu kerjasama antara guru-guru dan ibu bapa dalam membentuk pembangunan moral anak-anak. *32. Tuan Chor Chee Heung minta Menteri Kebudayaan , Kesenian dan Pelancongan menyatakan sejauh manakah usaha-usaha oleh Kerajaan dalam promosi melancong ke Malaysia telah memhawa hasil dari segi lawatan oleh pelancong -pelancong asing. Apakah :. san-kesan positif di peringkat awal . sejak pelancaran Tahun Melawat Malaysia 1994 dan sila berikan sebab-sebab bagaimana lawatan oleh pelancong -pelancong daripada negara jiran seperti Singapura telah mencatatkan kejatuhan yang begitu hebat. *33. Tuan Haii Abd. Hamid bin Haii Abd. Rahman minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:- (a) jumlah kes percabulan atlit-atlit wanita yang telah dilapurkan dan tindakan yang telah diambil oleh Kementerian terhadap individu - individu tersebut; dan (b) apakah usaha - usaha Kementerian yang telah diambil bagi membendung gejala tersebut. *34. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada RTM dapat mempertimbang untuk menempatkan sepasukan krew kamera di setiap bandar-bandar utama, seperti Sibu, Miri, Bintulu , Sarikei, Kapit , Limbang untuk meliputi berita -berita. Pada masa ini, hanya Kuching mempunyai khidmat krew kamera TV dan harap maklum bahawa Sarawak adalah sebesar Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Perlis ) dan setiap bahagian adalah sebesar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. *35. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) jumlah anggota tentera dan polis yang terlibat dalam operasi menentang pengepungan Penan di Long Mobui dalam tempoh September - November 1993 dan jumlah Penan yang ditahan antara September - November 1993 dan di bawah tuduhan apa; (b) sebab mengapa unit Cawangan Khas telah menganggu masyarakat rumah panjang Iban sepanjang jalan Bintulu pada awal Januari 1994; dan (c) sebab mengapa pihak polls seakan-akannaya melindungi kepentingan Austral Enterprises Berhad dan bukannya melindungi hak para petani Iban terhadap tanah nenek moyang mereka.
  • 9. *36. Than Shahidan bin Kassim minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk menggalakkan pelancong-pelancong berbelanja lebih di sini memandangkan hanya 21 peratus sahaja daripada perbelanjaan mereka digunakan untuk membeli belah, manakala 42 peratus lagi digunakan untuk penginapan. *37. Dato ' Qamaruz Zaman bin Hail Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan bagaimanakah pencapaian akademik pel ajar di bawah Kurikulum Baru Sekolah Rendah/Menengah (KBSR/KBSM) sekarang jika dibandingkan dengan kurikulum yang lama. Mengapakah mata pelajaran matematik masih lagi lemah di kalangan pelajar khususnya pelajar Melayu. dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah mi. *38. Tuan Won; Wing On minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada Pulau Sipadan yang terletak di antara Sabah (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia) telah mejadi apa yang dikatakan oleh majalah THE FAR EASTERN ECONOMIC REVIEW "Isle of Contention" di antara Malaysia dan Indonesia (17.3.1994). Jika ya, nyatakan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia. *39. Tuan Hail Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri Pertahanan menyatakan:- (a) keterangan terperinci mengenai seorang anggota tentera Malaysia yang terbunuh di Somalia dan bagaimana is terjadi; (b) adakah benar kemalangan itu berlaku kerana hendak menyelamat tentera Amerika. Jika benar apakah penghargaan yang Amerika beri kepada Malbatt dan kepada keluarga tentera yang terbunuh dalam kejadian itu; (c) apakah ganjaran yang pihak Malaysia sendiri beri kepada keluarga tentera itu seperti balu bagi menjaga masa depan anak-anaknya; dan (d) adakah Badan Kebajikan Isteri-isteri Tentera mengambil apa-apa langkah untuk mengurangkan beban yang dipikul oleh balu dan keluarga berkenaan dan jika ada sila nyatakan. *40. Tuan Hail Badruddin bin Amiruldin minta Menteri Kesihatan menyatakan:- (a) apakah langkah Kerajaan dalam membasmi keracunan makanan memandangkan kes ini semakin meningkat, khususnya di Kedah di mana sebanyak 472 kes berlaku pada tahun lalu; dan (b) apakah tindakan segera yang di ambil ke atas peniaga-peniaga yang mengabaikan kebersihan dan menghidangkan makanan dalam keadaan yang tidak bersih dan tercemar kepada orang ramai khususnya penuntut-penuntut sekolah.
  • 10. - 10 - *41. Tuan Haii Nik Abdullah bin Nik Arshad minta Menteri Pertahanan menyatakan:- (a) jumlah tentera Malaysia yang berkhidmat dalam pasukan PBB di luar negeri sekarang dan negara mana mereka berada; (b) apakah jaminan keselamatan yang telah disediakan oleh pihak PBB dan langkah berjaga-jaga dart pihak Malbat sendiri. (c) jumlah elaun harian dan bulanan untuk seorang tentera dan perincikan untuk pegawai dan tentera bias a; (d) berapakah jumlah yang ditanggong oleh PBB dan berapakah pula jumlah yang ditanggong oleh Malaysia; dan (e) apakah kebajikan yang diberikan kepada keluarga mereka, isteri dan ibubapa jika ada. *42. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kemajuan dan hasil siasatan polls terhadap dakwaan setengah-setengah pemilik rumah kos rendah di Blok A,B,C,D dan F di Taman Cheras, Kuala Lumpur bahawa pemaju telah menipu mereka berkaitan wang yang dibayar untuk memohon hakmilik strata dan cukai tanah. Juga sebutkan jumlah wang dipertikaikan sebagaimana yang ditemui oleh polis. *43. Puan Rohani binti Abdul Karim minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan bilakah Akta Keganasan Rumahtangga akan dibentangkan dalam Parlimen memandangkan meningkatnya kes-kes bersangkutan dengan keganasan terhadap wanita. *44. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Pendidikan menyatakan peruntukan kewangan yang sebenarnya yang telah diserahkan kepada Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Sabah tahun ini, sila berikan jumlah untuk setiap sekolah, dan jumlah peruntukan yang belum dijelaskan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk setiap sekolah. *45. Datin Paduka Haiah Rakibah binti Abdul Manan minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan berapa kerapkah pemeriksaan dijalankan kepada kilang, gedung perniagaan, bangunan mencakar langit, pawagam dan pusat hiburan dan hotel yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan Elektrik. *46. Tuan Ahmad Omar minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan bagaimanakah usaha Kementerian bagi memperkenalkan 'package' pelancongan ke destinasi pelancongan menarik di kawasan tanah tinggi (Mountain dan Hill Resorts) dan seterusnya sungai-sungai di negara mi. Nyatakan kejayaan dan potensinya.
  • 11. - 11 - *47. Tuan Fong Kui Lun minta Menteri Kewangan menyatakan bilangan dan kategori pihak yang mendapat pengecualian Cukai Pendapatan 1967 dan berapakah taksiran hasil yang hilang oleh Kerajaan akibat pemberian pengecualian ini. Juga nyatakan jumlah pemohon yang ditolak pengecualian dan sebab penolakan. *48. Dato' Haii Mohd . Zihin bin Haji Mohd . Hassan minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia merancang supaya mengadakan skuad penyelamat seperti yang didatangkan dari Jepun dan Perancis ketika tragedi kondo runtuh di Taman Hiliview. *49. Tuan Lim Kit Siang minta Menteri Kewangan menyatakan sebab mengapa 28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom telah ditolak peluang penyertaan mereka di dalam skim Option Saham Pekerja (ESOS) yang melibatkan sebanyak 29.5 juta saham Telekom, memandangkan pengedarannya telah dimonopolikan oleh 3,000 orang eksekutifnya, termasuk Pengerusi Eksekutif Telekom, Tan Sri Rashdan Baba yang menerima sebanyak 300 lot untuk dirinya sendiri; dan pertama, apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan 28,000 orang pekerja bukan-eksekutif Telekom dilayan dengan adil; kedua, sama ada keadilan dilakukan ke atas tindakan pecah amanah dan salahguna kuasa di dalam perkara pengedaran saham ESOS in!. *50. Wan Iunaidi bin Tuanku Iaafar minta Menteri Kewangan menyatakan:- (a) adakah Kementerian sedar yang Bank-bank dan Institusi Kewangan asing yang beroperasi di Negara ini telah menjual dan memindahmilik harta mereka sebelum Bank-bank dan Intitusi tersebut menubuh Syarikat tempatan mereka. Sehubungan dengan itu apakah garispanduan dan kawalselia Kementerian; dan (b) kenapakah Bank-bank dan Institusi Kewangan bertindak untuk menjuaI dan memindahmilik harta mereka sebelum penubuhan tempatan dibuat. Adakah mereka tidak percaya kepada dasar kewangan Negara dan kawalselia dan jaminan undang-undang Negara atas harta dan pelaburan mereka. *51. Tuan Ibrahim Mustafa minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan prestasi sektor pelancongan yang terdapat di Malaysia berdasarkan: (a) bilangan kemasukan pelancong asing pada tahun 1993 dan 1994; (b) bilangan bilik hotel di Malaysia dan bilangan peratusan penginapan di hotel pada tahun 1993 dan 1994; dan (c) bilangan peluang pekerjaan yang terdapat di hotel pada tahun 1993 dan 1994.
  • 12. - 12 - *52. Tuan Ishak bin Arshad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berhubung dengan kenyataan bahawa ada pemimpin pembangkang Malaysia menerima sogokan dari Perkhidmatan Perisikan Sulit Australia (ASIS): (a) siapakah mereka yang terlibat dan jumlah bantuan yang mereka terima; (b) apakah tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sebagai balasan dari sogokan tersebut; dan (c) apakah tindakan segera yang dibuat oleh Kerajaan sebagai usaha menghadapi masalah tersebut. *53. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan tempoh tarikh akhir bag! pajakan menempatkan tapak pelupusan sampah DBKL di Jalan Sungai Besi. Nyatakan juga tarikh yang ditetapkan bag! melaksanakan incinerator di tapak pelupusan sampah berkenaan. *54. Than Ruhanie Haji Ahmad minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada plhaknya telah mendapat kepastian bahawa kapal Jepun AKATSUKI MARU yang mengangkut bahan nuklear sudah tidak lag! melalui Selat Melaka. Jika tidak , apakah perkembangan mutakhir mengenal kontroversi in!. *55. Tuan Wong Sing Nang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) jumlah pendatang haram di negara !ni dan jumlah yang teliti di setiap negeri ; dan (b) apakah langkah yang diambil untuk mengatasinya. *56. Tuan Liew Ah Kim minta Perdana Menteri menyatakan jumlah kutipan sewa rumah-rumah pangsa dan rumah-rumah kos rendah DBKL bagi tahun 1990, 1991, 1992 dan 1993 mengikut kawasan Parlimen: (a) Seputeh; (b) Sunga! Besi; (c) Bukut Bintang; (d) Kepong; (e) Lembah Pantai; (f) Batu; dan (g) Titiwangsa. *57. Than Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) apakah langkah yang akan diambil oleh Kementeriannya untuk memastikan pendatang haram dan pelarian ke Sabah dihantar balik ke negara asal mereka; dan
  • 13. - 13 - (b) sama ada benar bahawa Jabatan Pendaftaran Negara telah menghantar pasukan mereka ke khemah balak, kilang dan ladang-ladang untuk membantu pendatang haram dan pelarian, memohon kad pengenalan biru dan jika benar nyatakan jumlah kad pengenalan biru yang telah pun dikeluarkan sehingga 31.3.1994. *58. Dr. Tan Seng_ Giaw minta Menteri Pertanian menyatakan apakah pencapaian utama beliau menurut Dasar Pertanian Negara. Apakah kebaikan dan kelemahan pertanian tanahair. Bagaimana kelemahan-kelemahan tersebut dapat diatasi untuk mewujudkan pertanian mod en. *59. Tuan Abdol Mulok bin Awang Damit minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) keberkesanan Operasi Ops Nyah Fasa 11 baru-baru ini; (b) berapakah bilangan pendatang tanpa izin yang dapat diberkas, dan; (c) bilangan mereka yang melarikan diri serta mereka yang berjaya dihantar balik ke negara masing- masing. *60. Than Wahab bin Suhaili minta Menteri Kewangan menyatakan:- (a) sebab-sebab mengapa nilai RM turun baru-baru ini dan apakah kesan penurunan tersebut terhadap kestabilan ekonomi negara; dan (b) apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan agar kes penurunan RM ini tidak akan berlaku secara mendadak lagi. *61. Dr. Kua Kia Soong minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (a) sama ada semua projek di dalam projek bekalan air Antah-Biwater telah disiapkan dengan memuaskan; (b) kos keseluruhan projek berkenaan dan jumlah kos berlebihan; dan (c) sebab mengapa kontrak ini telah dikeluarkan tanpa diadakan tender terbuka dan sama ada ini ada hubungannya dengan Memorandum Persefahaman RM5 billion antara Malaysia dan British.
  • 14. - 14 - *62. Tuan Wee Choo Keong minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) sama ada Perdana Menteri mengetahui bahawa Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di atas penjualan pajakan 96 tahun 376 hektar tanah utama di Bukit Kiara kepada Kuala Lumpur Golf and Country Club Sdn. Bhd., satu syarikat kuasaan Singapura; dan (b) apakah perkembangan siasatan yang di jalankan oleh BPR ke atas penjualan pajakan 96 tahun tanah Bukit Kiara tersebut. *63. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hasan minta Menteri Pendidikan menyatakan mengenai pengedaran borang-borang permohonan ke Pusat Pengajian Tinggi melalui Pejabat Pos: (a) adakah Kementerian sedar bahawa borang-borang tersebut yang diedarkan melalui Pejabat Pos cepat habis dan menafikan peluang calun-calun yang berkelayakan untuk memohon kerana tidak sempat mendapatkan borang; dan (b) adakah Kementerian bercadang untuk mengubah cara pengedaran borang tersebut kepada suatu cara yang lebih adil. *64. Tuan Ahmad Nor minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:- (a) jumlah bilangan rumah kos rendah yang di dalam proses pembinaan bagi setiap negeri bags tahun 1994/1995; dan (b) kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bagi pembinaan rumah kos rendah bagi negeri Pulau Pinang dan amaun peruntukan yang telah dijanjikan kepada Kerajaan Negeri. *65. Tuan Lim Guan Eng minta Menteri Kewangan menyatakan keuntungan setiap tahun MAS sejak 1990 dan adakah kemerosotan prestasi kewangan merupakan sebab mengapa Malaysia Helicopter Services Sdn. Bhd mengambilalihnya serta: (a) sebab Bank Negara menjual pegangan equitinya seban;yak 32% dalam MAS; (b) mengapakah MHS dipilih untuk membelinya memandangkan is sebuah syarikat yang kecil dan jumlah wang yang diterima dan keuntungan dari Bank Negara ekoran penjualan sedemikian; dan
  • 15. - 15 - (c) adakah satu "tender terbuka" dijalankan untuk menjual pegangan equiti Bank Negara demi menjaminkan pulangan yang lebih besar kepada Bank Negara atau MAS. *66. Dr. Tan Seng Giaw minta Menteri Pertanian menyatakan apakah sistem kawalan untuk penggunaan racun-racun serangga dan herba untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta ubat-ubatan bagi ternakan. Bagaimana racun-racun dan ubat-ubatan ini dapat dikenalpasti untuk hasil-hasil tempatan dan import. Berapa kes kesalahan yang telah dikendalikan dalam sedekad ini. If h.
  • 16. - 16 - PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN 1. Menteri di labatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang * Rang Undang-undang Pilihanraya (Pindaan) 1994 * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di Mesyuarat mi. If h.
  • 17. - 17 - USUL URUSAN 1. Perdana Menteri akan mencadangkan: Bahawa, dengan izin Tuan Yang di -Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 90(1) Dewan dengan ini merentikan kuatkuasa Peraturan Mesyuarat 77(1) bagi meluluskan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 77(3) iaitu berkaitan dengan perlantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan. ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL 1. Perdana Menteri akan mencadangkan: Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 77(3) YB. Datuk Dr. Jamaludin Mohd . Jarjis (Ahli Bagi Kawasan Rompin) dan YB. Dato' Mohd . Zihin Haji Mohd . Hassan (Ahli Bagi Kawasan Larut) masing- masing dipilih menjadi Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Kelapan. 2. (DR. 40/93) Rang Undang-undang Perhubungan Bacaan Kali Perusahaan (Pindaan) 1993 Yang Kedua 3. (DR. 9/94) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 1994 m 4. (DR. 3/94) Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras 1994 5. (DR. 4/94) Rang Undang-undang Lembaga Padi dan Beras Negara (Syarikat Pengganti) 1994 6. (DR. 5/94) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 1994 "
  • 18. - 18 - 7. (DR. 6/94) Rang Undang-undang Lembaga Bacaan Kali Pembangunan Industri Pembinaan Yang Kedua Malaysia 1994 8. (DR. 7/94) Rang Undang-undang Kawalan Harga (Pindaan) 1994 9. (DR. 8/94) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 1994 m 10. (DR. 2/94) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ( 1993 dan 1994) 1994 Eli DAN Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Dewan in!, mengikut sub-seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 , membuat ketetapan bahawa wang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia enam ratus empat juta , lapan ratus satu ribu, sembilan ratus lima puluh ( RM604 , 801,950) diperuntukkan daripada Kumpulanwang Pembangunan: (1) bag! tahun kewangan 1993, untuk menampung sejumlah Ringgit Malaysia tiga ratus tiga puluh juta , lapan ratus dua puluh sembilan ribu tiga ratus lapan puluh (RM330,829 , 380) bag! Maksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Keempat 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 8 Tahun 1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud dan Butiran- butiran ( Projek - projek ) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut; dan (2) bag! tahun kewangan 1994, untuk menampung sejumlah R!nggit Malaysia dua ratus tujuh puluh tiga juta, sembilan ratus tujuh puluh dua ribu, lima ratus tujuh puluh (RM273,972 , 570) bag! Maksud-maksud dan Butiran- butiran ( Projek-projek ) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 1994 yang dibentangkan sebaga! Kertas Perintah 9 Tahun 1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud -maksud dan Butiran- butiran ( Projek-projek ) dalam ruang kesebelas dan keduabelas penyata tersebut. 11. (DR . 11/94 ) Rang Undang- undang Kesalahan Bacaan Kali Pilihanraya ( Pindaan) Yang Kedua
  • 19. - 19 - 12. Menteri Kewangan akan mencadangkan: Bahawa Dewan in!, selaras dengan peruntukan Seksyen 8(3) (a)(iv) Akta Acara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan melabur dalam Penang Port Sdn. Bhd. melalui penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang sebanyak RM73.45 juta kepada ekuiti dalam Penang Port Sdn. Bhd. 13. Dr. Tan Seng Giaw akan mencadangkan: Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan supaya mengambil tindakan yang berkesan termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat politik wang di semua peringkat memandangkan permasalahan ini telah menjadi lebih serius. 14. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan: Bahawa Dewan yang mulia ini membuat ketetapan mengutuk politik wang dan lompat-melompat parti oleh wakil rakyat dan menggubal undang-undang untuk membenterasnya. 15. Tuan Lim Guan Eng akan mencadangkan: Bahawa Dewan yang mulia ini kesal dengan keengganan Kerajaan Australia mengesahkan atau menjalankan siasatan ke atas dakwaan serius oleh media massa Australia bahawa wang sogokan telah diberikan kepada ahli-ahli parlimen UMNO sebagai pengintip yang merupakan perbuatan khianat dan tidak setiakawan oleh sebuah negara jiran dan meminta Kerajaan Australia memberhentikan dan meminta maaf kalau dakwaan ini benar. /f h.