SlideShare a Scribd company logo
TUGASAN (60%)
SEMESTER MEI 2022
KOD SUBJEK : SAF 120
TAJUK SUBJEK : FIQH
PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA
NAMA PELAJAR : NUR HABIBAH BT YUSUF
NOMBOR MATRIK : A3010520007
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KEPUJIAN
FASILITATOR
AKADEMIK
: TUAN SYED MUHAMMAD SHAHRIZAL SYED
OTHMAN
PUSAT PEMBELAJARAN : FULLY ONLINE
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 2
PENGHARGAAN
Seuntai kata untuk dirasa, sekalung kasih berjuta penghargaan. Bersyukur ke hadrat
Allah S.WT kerana limpah izin dan kurnia-Nya, akhirnya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek ‘FIQH’ (SAF120). Sepanjang menjalankan tugasan
ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan
seharian sebagai seorang mahasiswa samada pahit mahupun manis.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Justeru, saya telah memperolehi
pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini.
Terutamanya, kepada pensyarah saya iaitu Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed
Othman kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang
menjalankan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Bantuan mereka tidak
dilupakan kerana menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepada mereka. Akhir madah,
saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam penyiapan tugasan ini.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak mempelajari ilmu baharu.
Momen indah memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu di Universiti e-Asia ini.
Saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan saya sepanjang pengajian.
Pahala berjihad dalam menuntut ilmu Allah ini, saya hadiahkan kepada Almarhum ayahanda
saya, Tuan Haji Yusuf Bin Yahaya. Sokongan dan doa beliau semasa hayatnya memberikan
inspirasi kepada saya menamatkan pengajian ini dengan cemerlang. Semoga Allah mencucuri
rahmat ke atas rohnya. Amin ya rabbal alamin. Akhir kata, saya ingin memohon kemaafan
sekiranya terdapat kekurangan dalam tugasan bagi subjek ‘FIQH’ (SAF120).
Terima kasih.
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 3
BAHAGIAN A (30%)
Soalan
Menguruskan jenazah merupakan suatu ibadah dalam Islam. Dalam keadaan pandemik, ibadah
ini perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan. Bincangkan pandangan ulama tentang perkara
ini. Terangkan garis panduan yang diberikan oleh JAKIM.
1.0 pengenalan topik yang baik dan menyeluruh, serta menyatakan objektif dan isi
kandungan tugasan dengan baik berserta rujukan/fakta yang terperinci.
PENGURUSAN JENAZAH
Menguruskan jenazah merupakan fardhu kifayah. Orang islam wajib mengetahui cara
menguruskan jenazah. Jika tidak dilakukan adalah berdosa kepada masyarakat sesuatu tempat.
Sebagai umat Islam, kita dituntut agar mengetahui cara menguruskan jenazah sebagai
pengetahuan dan persediaan diri meskipun kita tidak pernah melakukannya.
Kewajipan terhadap jenazah
Apabila seseorang muslim meninggal dunia, menjadi fardhu kifayah ke atas orang Islam yang
hidup untuk menyelenggarakan empat perkara :-
1. Memandikan jenazah
2. Mengkafankan jenazah
3. Menyembahyangkan jenazah
4. Menguburkan jenazah
Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah
Orang yang berhak dan lebih afdal ialah dari kalangan keluarga atau waris yang terdekat seperti
anak sendiri, tetapi sekiranya tiada kemampuan boleh diminta kepada yang lebih arif.
Hukum-Hukum:
Mandi jenazah - wajib
Niat mandi - sunat
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 4
Niat wuduk jenazah - wajib
Wuduk jenazah - sunat
Jenazah yang tidak sempat mandi wajib tidak perlu dimandikan wajib cukup dengan
dimandikan jenazah sahaja.
Bilangan pemandi adalah 4orang dan terbaik 6 orang.penyucian badan jenazah belum
dikategorikan dalam mandi jenazah ia masih dalam bab penyucian.
Mandi jenazah ialah selepas bab penyucian.
Kapur barus, air mawar, sabun, kapas, minyak atar adalah sunat.Air mutlak adalah wajib.
1.1 Menjelaskan isi secara
terperinci berserta contoh dan gambar yang relevan.
https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan
Penerbitan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam COVID-19
adalah sebagai tanda kebersamaan JAKIM menyahut kesungguhan dan komitmen YB Senator
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam membantu
dan memberikan khidmat bakti kepada umat Islam di saat negara sedang dilanda wabak
COVID-19. Idea inisiatif penghasilan Garis panduan ini juga bertitik tolak daripada ketetapan
Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam
Malaysia yang bersidang pada 15 Mac 2020 yang lalu mengenai kaedah pengurusan jenazah
orang Islam yang dijangkiti virus COVID-19.
Tujuan utama Garis Panduan ini ialah sebagai dokumen rujukan rasmi dan panduan
kepada petugas dan pengendali jenazah khasnya dan umat Islam amnya mengenai tatacara dan
prosedur pengurusan jenazah orang Islam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.
Garis panduan ini penting kerana prosedur dan tatacara yang dikemukakan ialah hasil daripada
perbincangan yang mendalam dari sudut syarak dan pakar kesihatan serta kawalan penyakit
berjangkit daripada JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, JAWI dan Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Garis Panduan ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendidikan kepada
umat Islam mengenai kaedah dan tatacara pengurusan jenazah yang betul dari segi syarak. Ia
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 5
menggariskan kaedah pengurusan yang betul ketika kaedaan jenazah di luar kebiasaan
khususnya dalam keadaan darurat yang bersangatan. Garis panduan ini sekaligus dapat
mengelak kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam berikutan pengurusan
jenazah yang di luar daripada kebiasaan. Garis Panduan ini tidak menafikan usaha dan
kesahihan garis panduan
.
Antara perkara yang dibincang dan diputuskan melalui Muzakarah Khas Jawatankuasa
Muzakarah MKI yang bersidang pada 15 Mac 2020 tersebut ialah mengenai pengurusan
jenazah muslim COVID-19. Resolusi Muzakarah ini menetapkan bahawa : “Dalam keadaan
sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan
mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada
10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau
Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia, iaitu pengecualian
dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan
kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut. Dalam hal ini
dibolehkan jenazah itu diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan
kesan bahayanya seperti melakukan tayamum hanya di atas permukaan beg jenazah atau
pembalut plastic yang membalut jenazah tersebut sahaja”
PENGURUSAN JENAZAH KEMATIAN AKIBAT COVID-19
1. Sebelum memulakan pengurusan jenazah, pihak yang terlibat perli menyediakan peralatan
keperluan bagi pengurusan jenazah termasuk Personal Protective Equipment (PPE) yang
merangkumi:-
a) Sarung tangan getah
b) Apron plastik (PPE)
c) Pelindung Mata
d) Mask (penutup muka)
e) Kasut Boot getah
f) Body Bag
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 6
g) 2 helai kertas A4 untuk meletak debu tanah Tayamum
h) Debu Tayamum secukupnya
Pengurusan jenazah:
A. Membalut jenazah:
1. Lapisan pertama: Linen putih
2. Lapisan kedua: Body bag 1 pertama
3. Lapisan ketiga: Body bag 2 kedua
4. Semburan nyah kuman bagi lapisan ketiga
B. Tayamum Jenazah:
Tayamum dilakukan ke atas jenazah yang telah dibungkus dengan lapisan ketiga. Proses
Tayamum dilakukan mengikut hukum syarak:
1. Petugas perlu dalam keadaan berwuduk dan lengkap berpakaian seperti prosedur yang
2. ditetapkan oleh KKM.
3. Meletakkan debu tayamum pada 2 helai Kertas A4 yang berasingan.
4. Petugas Tayamum perlu memastikan kedua-dua belah tapak tangan yang bersarung
berkeadaan bersih.
5. Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu Tayamum 1 (Kertas A4
Pertama).
6. Tipiskan debu tayamum yang terdapat di tapak tangan.
7. Niat tayamum ke atas jenazah.
8. Sapukan kedua-dua tapak tangan ke bahagian muka jenazah.
9. Membersihkan baki debu yang berada di tapak tangan.
10. Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu Tayamum 2 (Kertas A4
Kedua).
11. Mulakan sapuan tangan kanan petugas ke atas tangan kanan jenazah, bermula dari hujung
jari hingga ke siku.
12. Diikuti sapuan tangan kiri petugas ke atas tangan kiri jenazah, bermula dari hujung jari
hingga ke siku
13. Mencium/memeluk jenazah (Tidak dibenarkan)
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 7
Gambar foto 1 : Semburan nyah kuman bagi lapisan ketiga
Gambar foto 2 : Petugas melekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu
Tayamum
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 8
1.2 Kesimpulan yang menyeluruh dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu
keseluruhan dan memberikan hubung kait antara isu-isu.
Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri menepati
kehendak syarak dan memenuhi ketetapan resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah
MKI. Apa yang penting, keselarasan juga perlu selari dengan ketetapan serta dasar yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang berkuatkuasa.
Jumlah perkataan: minimum 2000 patah perkataan
(30 Markah)
BAHAGIAN B (30%)
Soalan
Ibadah korban dan aqiqah merupakan ibadah yang menguji sejauh mana ketaqwaan seseorang
Muslim itu kepada Allah SWT.
2.0 Pengenalan topik yang baik dan menyeluruh, serta menyatakan objektif dan isi
kandungan tugasan dengan baik berserta rujukan/fakta yang terperinci.
Pada era transisi modenisme ini, kesedaran masyarakat khususnya, orang Melayu Islam
terhadap kepentingan melakukan ibadah korban semakin meningkat. Umat Islam cakna
terhadap maslahah ibadah korban dalam komuniti sesuatu tempat. Ibadah korban bukan sahaja
dituntut malahan impaknya signifikan dengan hubungan silaturahim dan kolaboratif yang baik
dalam masyarakat. Intihanya, netizen masa kini mampu melaksanakan ibadah korban
menjadikan kegiatan ibadah korban menampakkan sambutan yang baik dalam masyarakat.
2.1 Menjelaskan isi secara
terperinci berserta contoh dan gambar yang relevan.
Anda diminta untuk membincangkan perkara berikut:
2.1.1 Konsep ibadah korban dan aqiqah
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 9
Tujuan Ibadah Korban ialah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT pada hari Raya
Haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
Hukumnya menurut ulama hukumnya sunat dan ada pula yang mengatakan hukumnya
wajib.
Dalil naqli mengenai korban, Allah s.w.t berfirman bermaksud:
Tunaikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah kerana-Nya.
(Surah al- Kausar: Ayat 20
Binatang ternakan (al-an'am) yang disyariatkan sah dikorbankan:
1. Kambing biri-biri yang berusia satu tahun lebih.
2. Kambing biasa yang berusia dua tahun lebih.
3. Unta yang berusia lima tahun lebih.
4. Lembu atau kerbau berusia dua tahun lebih.
5. Binatang yang buta, sakit,kurap dan yang kurus tidak sah dijadikan korban.
Korban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat, disebut al-An’am.
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 10
Dalil Kelebihan Korban
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 11
Antara kelebihan atau hikmah melakukan ibadah korban ialah:
1. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala
Amalan korban yang ikhlas dan dilakukan atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT pasti
akan diterima oleh-Nya.
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada
Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari
kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita
gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya
baik amalnya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)
2. Mendapat kebaikan yang melimpah ruah
Sabda Rasulullah SAW, “Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan
mendapat satu kebaikan.” (Hadith riwayat Ibn Majah)
3. Hukum Melaksanakan Ibadah Korban
Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunnah muakkad yakni sangat dituntut tetapi
tidak wajib. Rasulullah bersabda : “Barangsiapa yang diberikan kemudahan sehingga
mampu untuk berkorban, tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati
tempat solat kami (masjid).” (Hadith riwayat Ibn Majah
4. Mengingat pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap
anaknya Nabi Ismail AS.
5. Menampung mana-mana ibadat haji yang kurang sempurna.
6. Untuk melahirkan rasa kesyukuran dan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana
dengan limpah kurniaan rezekiNya dapat menunaikan ibadat haji di Baitullah.
7. Melatihdiri supaya sanggup berjuang dan berkorban pada jalan kebaikan kepada
Allah SWT.
8. Untuk melatih diri supaya tidak sayangkan harta benda apabila diperintah oleh
Allah SWT membelanjakannya.
9. Dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama umat Islam.
10. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 12
Sunat-sunat ketika sembelih :-
1. Membaca Bismillah
2. Membaca selawat Nabi
3. Membaca takbir
4. Berdoa agar Allah menerima ibadat korban tersebut.
5. Binatang yang disembelih itu dihadapkan ke kiblat.
Hukum dan alasan masalah berikut :-
HUKUM ALASAN
Sah korbannya. Hari Raya Haji yang keempat masih lagi hari yang sah berkorban.
Sah / harus Memakan daging korban tidak melebihi 1/3 bahagian daging.
Hukum Daging Korban
Korban Nazar Korban Sunat
Apabila seseorang itu bernazar untuk
melakukan korban maka wajiblah ke
atasnya melaksanakannya. Dagingnya
wajiblah disedeqaahkan semuanya. Ia tidak
boleh makan dan menjualnya.
Daging korban sunat boleh dimakannya dan
disedeqahkan. Daging korban tidak boleh
dijual.
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 13
Dalam melaksanakan ibadah korban pastikan dijalankan mengikut syarak.
2.1.2 Ibadah akikah
A. Pengetian akikah
Akikah ialah menyembelih binatang ternakan tertentu yang sah dijadikan akikah sempena
menyambut kelahiran bayi.
B. Hukum akikah
1. Sunat muakkad ke atas ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.
2. Wajib jika bernazar
C. Waktu-waktu akikah
1. Paling afdal dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran bayi.
2. Harus pada bila-bila masa sehingga kanak-kanak itu baligh.
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 14
D. Syarat-syarat binatang yang sah akikah
1. Binatang tersebut mestilah binatang ternakan seperti kambing. Lembu atau unta.
2. Binatang tersebut mestilah cuku umur.
3. Sihat iaitu tidak terlalu kurus, buta, sakit dan berkudis.
4. Tidak terdapat kecacatan yang mengurangkan daging atau anggota.
5. Menyembelih mengikut syarat-syarat sah sembelihan.
E. Kadar binatang ternakan yang disunatkan akikah
1. Dua ekor kambing atau dua bahagian daripada seekor lembu, kerbau atau unta bagi kanak-
kanak lelaki.
2. Seekor kambing atau satu bahagian daripada seekor lembu, kerbau atau unta bagi kanak-
kanak perempuan.
F. Kadar beza akikah ikut jantina
1. Lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga.
2. Lelaki lebih kuat daripada kaum wanita.
3. Tanggungjawab kaum perempuan terhadap keluarga lebih kecil berbanding kaum lelaki.
2.1.3 Perbezaan korban dan aqiqah
KORBAN AQIQAH
1. Masa korban bermula 10 Zulhijjah
hingga 13 Zulhijjah.
2. Hukum korban sunat muakkad
kepada semua umat Islam yang mampu.
3. Pembahagian daging diagihkan
kepada fakir miskin dan boleh diberi
kepada orang kaya daging yang mentah.
4. Daging korban wajib disedeqahkan
kepada fakir miskin.
1. Masa akikah bila-bila masa atau
sebaik-baiknya pada hari ke tujuh hari
kelahiran anak.
2. Hukum sunat muakkad kepada orang
yang menanggung nafkah anak seperti
ibu bapa.
3. Pembahagian daging, dimasak agak
manis untuk dihidangkan kepada tetamu
yang hadir dan dsedeqahkan kepada fakir
miskin.
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 15
5. Dilakukan kerana memperingati
pengorbanan Nabi Ibrahim AS
menyembelih anak Nabi Ismail.
6. Qurban juga dilaksanakan dengan
tujuan untuk mengingati kembali
tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
A.S.
7. Qurban pula dilaksanakan dengan
tujuan untuk mendekatkan diri kepada
pencipta kita, Allah Subhanahu
Wata’ala
8. Qurban pula afdhal dibahagikan
daging mentah dan lebih utama
disedekahkan kepada fakir miskin.
9. Qurban hanya boleh dilaksanakan
pada Hari Raya Aidil Adha iaitu (10
Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12
dan 13 Zulhijjah).
10. Qurban pula hanya minima satu
bahagian, nak bagi lebih pun boleh,
mengikut kemampuan anda.
11. Qurban pula dituntut untuk
melaksanakannya setiap tahun.
4. Daging akikah tidak wajib
disedeqahkan keada fakir miskin.
5. Dilakukan kerana bersyukur kepada
Allah SWT sempena kelahiran cahaya
mata.
6. Aqiqah ini dilaksanakan dengan
tujuan kesyukuran di atas kelahiran
cahaya mata.
7. Aqiqah lebih afdhal dibahagikan
daging yang sudah dimasak dan sunat
dimasak dengan manis-manisan.
8. Ianya juga lebih utama disedekahkan
kepada fakir miskin dan orang-orang
kaya.
9. .Aqiqah boleh dilakukan bila-bila
masa sahaja.
10. Bahagian aqiqah kepada anak lelaki
adalah dua bahagian, manakala anak
perempuan satu bahagian.
11.Aqiqah hanya dituntut untuk
melaksanakannya sekali seumur hidup.
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 16
2.1.4 Hikmah ibadah aqiqah
1. Melambangkan Ketakwaan
Hikmah akikah adalah orang-orang yang senantiasa selalu bertakwa kepada Allah swt.
Muslim mempercayai dan menjalankan segala perintah serta menjauhi larangan yang ditegah
oleh Allah SWT.
2. Mendapatkan Redha Allah
Merupakan satu jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Seorang muslim yang
mengharapkan redha Allah akan selalu diberkati dalam kehidupannya. Setiap perilaku dan
perbuatannya hanya dilakukan releven dengan ketentuan yang Allah SWT.
3.Membersihkan Rezeki
Allah telah mengatur rezeki setiap manusia dimuka bumi, bahkan semut pun sudah
ditetapkan rezekinya, apatah lagi manusia.
4.Melahirkan rasa syukur
manusia dianjurkan untuk melakukan ibadah akikah bagi yang mampu serta akikah sebagai
rasa syukur. Merupakan ibadah yang memberikan hikmah dalam pembersihan rezeki.
5.Berterima kasih kepada Allah atas kurniaan anak
Dapat memulakan kehidupan bayi itu secara Islam kerana akikah adalah suatu ibadat dalam
Islam.
11. Menghebahkan kelahiran bayi
Majlis akikah dapat menghebahkan kelahiran bayi kepada orang ramai sebagai tanda syukur
kepada Allah SWT.
7.Memelihara diri daripada sifat kedekut atau bakhil yang amat dibenci oleh Allah SWT.
8.Membentuk diri dengan sifat ikhlas dan sedia berkorban harta benda kepada orang lain.
12. Dapat menjalin hubungan silaturahim sesama umat Islam.
13. Membentuk masyarakat yang suka tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja
kebajikan bagi membantuk masyarakat yang harmoni.
14. Masyarakat dapat bersama-sama bergembira dengan kehadiran anggota keluarga
baharu.
15. Ibadat akikah dihadiri oleh semua kaum keluarga yang terdekat. Kehadiran ini dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 17
16. Melalui majlis kenduri akikah dapat mewujudkan suasana harmoni dan kemesraan
antara anggota keluarga.
13.Perjumpaan dengan kaum keluarga dapat menyelesaikan masalah kekeluargaan.
14.Memulakan amal kebajikan untuk bayi yang baru lahir.
2.1.5 Hukum korban dan aqiqah kepada si mati menurut pandangan ulama
Menurut pandangan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin
Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan 16 Ogos 2016 bersamaan 13
Zulkaedah 1437 H.
Permasalahan mengenai korban buat si mati adalah permasalahan yang
diperselisihkan oleh para fuqaha’. Di dalam permasalahan ini, terdapat beberapa
pendapat, antaranya:
Pertama: Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai
pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang
merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-
Syafi’ieyyah.
Ini berdasarkan sebuah hadith dari ‘Aisyah R.Anha yang mana meriwaya tka n
bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih menyebutkan:
Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan
daripada aali (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad.
Riwayat Muslim (1967) dan selainnya.
Kedua: Makruh hukumnya melakukan korban buat si mati. Ini adalah
pendapat al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan
bagi seseorang melakukan korban buat si mati kerana takut akan riak dan
bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 18
sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh
melakukannya”. [Lihat Syarh Mukhtasar al-Khalil, 3/42]
Ketiga: Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah
diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Ini adalah pendapat al-
Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dan
tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan
tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.” [Lihat Minhaj
al-Tolibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh. Dar al-Fikr, hlm. 321]
2.2 Kesimpulan yang menyeluruh dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu
keseluruhan dan memberikan hubung kait antara isu-isu.
Kesimpulan
Akhirul kalam, Islam telah menggariskan beberapa panduan berkaitan dengan hukum
ibadah korban, aqiqah dan pengurusan jenazah. Segala kegiatan berkaitan dengan hukum telah
termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah atau hadis serta ijmak ulama tentang permasalahan dan
cara pelaksanaan ibadah secara khusus serta praktikal. Islam agama yang syumul dan holistik
amat menekankan aspek kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
Kegiatan yang dilakukan menitikberatkan dan menghubungkan silaturahim sesama Islam tanpa
mengira latar belakang, asal usul dan taraf hidup.
Jumlah perkataan: minimum 2000 patah perkataan
(30 Markah)
Format APA seperti terpapar di pautan berikut:
http://ur.aeu.edu.my/7/1/APA%20Citation%20Format.setara.pdf
SOALAN TAMAT
3.0 RUJUKAN
https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 19
RUBRIK TUGASAN
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 20
Kriteria
Rendah Sederhana Baik Cemerlang Mark
ah
Penuh
0 1 2 3 4
Pengenala
n.
Tiada
pengenalan
diberikan.
Pengenalan topik
yang sangat umum
dan tidak menjurus
kepada objektif
tugasan.
Pengenalan
topik yang
ringkas dan
kurang
menjurus
kepada objektif
tugasan.
Pengenalan topik
agak jelas dengan
huraian yang
ringkas berkaitan
topik berserta
rujukan/fakta
yang tepat.
Pengenalan
topik yang
baik dan
menyeluru
h, serta
menyataka
n objektif
dan isi
kandungan
tugasan
dengan
baik
berserta
rujukan/fak
ta yang
terperinci.
4
Huaraian
berkaitan
persoalan
tugasan
Tiada
penjelasan
dibuat.
Menjelaskan isi
secara umum
berserta contoh dan
gambar yang
relevan.
Menjelaskan
isi dengan baik
berserta contoh
dan gambar
yang relevan.
Menjelaskan isi
dengan jelas
berserta contoh
dan gambar yang
relevan.
Menjelaska
n isi secara
terperinci
berserta
contoh dan
gambar
yang
relevan.
16
Kesimpul
an.
Tiada
kesimpulan
diberikan.
Kesimpulan yang
lemah dengan
penjelasan yang
tidak berkaitan
dengan isu
keseluruhan.
Kesimpulan
yang ringkas
dengan
penjelasan
yang berkaitan
Kesimpulan yang
agak baik dengan
penjelasan yang
berkaitan dengan
isu tetapi tidak
memberikan
Kesimpula
n yang
menyeluru
h dengan
penjelasan
yang
8
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 21
RUJUKAN :
dengan isu
keseluruhan.
sebarang hubung
kait antara isu-isu.
berkaitan
dengan isu
keseluruha
n dan
memberika
n hubung
kait antara
isu-isu.
Mengikut
format
yang betul
(Muka
hadapan
tugasan,
Isi
kandunga
n, muka
surat,
rujukan
format
APA, dll).
Tiada
format
penulisan
atau tidak
berkaitan.
Format penulisan
tidak mengikut
kriteria ditetapkan.
Format
penulisan yang
agak baik dan
mengikut
kriteria tetapi
kurang
tersusun.
Format penulisan
yang baik dan
mengikut kriteria,
serta susunan
yang baik dan
lengkap.
Format
penulisan
yang amat
baik dan
mengikut
kriteria,
serta
susunan
yang baik
dan
lengkap
serta
mengikut
gaya APA.
2
JUMLA
H
30
SAF120 : FIQH
Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman
NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 22
Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi, (2008). Panduan Fardhu Ain Lengkap. Kota Bharu, Kelantan : Al-
Baqir Enterprise.
Sulaiman Endut, (2006). Asas-asas Fardhu Ain. Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid.
Zulkifli Ahmad, Mohd Yusof Ismail, (2001). SPM Pendidikan Syariah Islamiah. Kg Gajah,
Melaka : Pustaka Media Jaya.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1069-irsyad-al-fatwa-haji-
korban-siri-6-hukum-melakukan-korban-buat-si-mati

More Related Content

Similar to Assignment SAF120 Fiqh May 2022.docx

Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suHaryati Ismail
 
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suHaryati Ismail
 
Kertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aqKertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aq
fatimah azemi
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Nurerie Nishazlan
 
Kertas kerja aedes
Kertas kerja aedesKertas kerja aedes
Kertas kerja aedes
SK FELDA REDONG,SEGAMAT
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
farahinyaziz
 
Minit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uorMinit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uor
nurulainhanani
 
Kertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawan
Kertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawanKertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawan
Kertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawanDon Don Ton
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Nurerie Nishazlan
 
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Shuhada Osman
 
Pelancara ppda
Pelancara ppdaPelancara ppda
Pelancara ppda
Hashimah Hamid
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 
30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siap30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siapAishah Sweet
 
Minit mesyuarat denggi 2015
Minit mesyuarat denggi 2015Minit mesyuarat denggi 2015
Minit mesyuarat denggi 2015
zmj5682
 
Kertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong RoyongKertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong Royongimran ishak
 
27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi
27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi
27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi
norazimah80
 
0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf
0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf
0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf
2AZIZAHBINTIHUSIN
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapMohd Sohaimi Ismail
 

Similar to Assignment SAF120 Fiqh May 2022.docx (20)

Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsis
 
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
 
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by suKertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
Kertas kerja sem 4 kuala tahan..edited by su
 
Kertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aqKertas kerja khatam aq
Kertas kerja khatam aq
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Kertas kerja aedes
Kertas kerja aedesKertas kerja aedes
Kertas kerja aedes
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
 
Minit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uorMinit mesyuarat uor
Minit mesyuarat uor
 
Kertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawan
Kertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawanKertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawan
Kertas kerja program_pemantapan_kemahiran_usahawan
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
Laporan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah 2013
 
Pelancara ppda
Pelancara ppdaPelancara ppda
Pelancara ppda
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siap30702974 kertas-kerja-big-siap
30702974 kertas-kerja-big-siap
 
Minit mesyuarat denggi 2015
Minit mesyuarat denggi 2015Minit mesyuarat denggi 2015
Minit mesyuarat denggi 2015
 
Kertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong RoyongKertas Kerja Gotong Royong
Kertas Kerja Gotong Royong
 
27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi
27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi
27238688 kertas-kerja-program-bebas-denggi
 
0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf
0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf
0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf
 
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siapCmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
Cmp2011 tugasan 3. laporan & refleksi akt d20112053116_siap
 

More from nur habibah yusuf

b INSTRUMEN PTA.pdf
b INSTRUMEN PTA.pdfb INSTRUMEN PTA.pdf
b INSTRUMEN PTA.pdf
nur habibah yusuf
 
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
nur habibah yusuf
 
a INSTRUMEN PdP.pdf
a INSTRUMEN PdP.pdfa INSTRUMEN PdP.pdf
a INSTRUMEN PdP.pdf
nur habibah yusuf
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
nur habibah yusuf
 
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
nur habibah yusuf
 
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
nur habibah yusuf
 
1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf
nur habibah yusuf
 
BORANG-AHLI-BARU.pdf
BORANG-AHLI-BARU.pdfBORANG-AHLI-BARU.pdf
BORANG-AHLI-BARU.pdf
nur habibah yusuf
 
Presentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptxPresentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptx
nur habibah yusuf
 
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docxCALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
nur habibah yusuf
 
kertas kerja KOKU2022.docx
kertas kerja KOKU2022.docxkertas kerja KOKU2022.docx
kertas kerja KOKU2022.docx
nur habibah yusuf
 
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docxJAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
nur habibah yusuf
 
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docxAssignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
nur habibah yusuf
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
nur habibah yusuf
 
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdfHAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
nur habibah yusuf
 
BORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.docBORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.doc
nur habibah yusuf
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
nur habibah yusuf
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
nur habibah yusuf
 
KEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdf
KEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdfKEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdf
KEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdf
nur habibah yusuf
 

More from nur habibah yusuf (20)

b INSTRUMEN PTA.pdf
b INSTRUMEN PTA.pdfb INSTRUMEN PTA.pdf
b INSTRUMEN PTA.pdf
 
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
 
a INSTRUMEN PdP.pdf
a INSTRUMEN PdP.pdfa INSTRUMEN PdP.pdf
a INSTRUMEN PdP.pdf
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
 
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
 
1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf
 
BORANG-AHLI-BARU.pdf
BORANG-AHLI-BARU.pdfBORANG-AHLI-BARU.pdf
BORANG-AHLI-BARU.pdf
 
borang koku.doc
borang koku.docborang koku.doc
borang koku.doc
 
Presentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptxPresentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptx
 
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docxCALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
 
kertas kerja KOKU2022.docx
kertas kerja KOKU2022.docxkertas kerja KOKU2022.docx
kertas kerja KOKU2022.docx
 
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docxJAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
 
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docxAssignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
 
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdfHAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
 
BORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.docBORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.doc
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
 
KEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdf
KEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdfKEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdf
KEPUTUSAN RASMI MQSS SM 11.05.2022.pdf
 

Recently uploaded

Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (6)

Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 

Assignment SAF120 Fiqh May 2022.docx

  • 1. TUGASAN (60%) SEMESTER MEI 2022 KOD SUBJEK : SAF 120 TAJUK SUBJEK : FIQH PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA NAMA PELAJAR : NUR HABIBAH BT YUSUF NOMBOR MATRIK : A3010520007 PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN FASILITATOR AKADEMIK : TUAN SYED MUHAMMAD SHAHRIZAL SYED OTHMAN PUSAT PEMBELAJARAN : FULLY ONLINE
  • 2. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 2 PENGHARGAAN Seuntai kata untuk dirasa, sekalung kasih berjuta penghargaan. Bersyukur ke hadrat Allah S.WT kerana limpah izin dan kurnia-Nya, akhirnya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek ‘FIQH’ (SAF120). Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian sebagai seorang mahasiswa samada pahit mahupun manis. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Justeru, saya telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini. Terutamanya, kepada pensyarah saya iaitu Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Bantuan mereka tidak dilupakan kerana menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak mempelajari ilmu baharu. Momen indah memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu di Universiti e-Asia ini. Saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan saya sepanjang pengajian. Pahala berjihad dalam menuntut ilmu Allah ini, saya hadiahkan kepada Almarhum ayahanda saya, Tuan Haji Yusuf Bin Yahaya. Sokongan dan doa beliau semasa hayatnya memberikan inspirasi kepada saya menamatkan pengajian ini dengan cemerlang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin ya rabbal alamin. Akhir kata, saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dalam tugasan bagi subjek ‘FIQH’ (SAF120). Terima kasih.
  • 3. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 3 BAHAGIAN A (30%) Soalan Menguruskan jenazah merupakan suatu ibadah dalam Islam. Dalam keadaan pandemik, ibadah ini perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan. Bincangkan pandangan ulama tentang perkara ini. Terangkan garis panduan yang diberikan oleh JAKIM. 1.0 pengenalan topik yang baik dan menyeluruh, serta menyatakan objektif dan isi kandungan tugasan dengan baik berserta rujukan/fakta yang terperinci. PENGURUSAN JENAZAH Menguruskan jenazah merupakan fardhu kifayah. Orang islam wajib mengetahui cara menguruskan jenazah. Jika tidak dilakukan adalah berdosa kepada masyarakat sesuatu tempat. Sebagai umat Islam, kita dituntut agar mengetahui cara menguruskan jenazah sebagai pengetahuan dan persediaan diri meskipun kita tidak pernah melakukannya. Kewajipan terhadap jenazah Apabila seseorang muslim meninggal dunia, menjadi fardhu kifayah ke atas orang Islam yang hidup untuk menyelenggarakan empat perkara :- 1. Memandikan jenazah 2. Mengkafankan jenazah 3. Menyembahyangkan jenazah 4. Menguburkan jenazah Orang Yang Berhak Menguruskan Jenazah Orang yang berhak dan lebih afdal ialah dari kalangan keluarga atau waris yang terdekat seperti anak sendiri, tetapi sekiranya tiada kemampuan boleh diminta kepada yang lebih arif. Hukum-Hukum: Mandi jenazah - wajib Niat mandi - sunat
  • 4. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 4 Niat wuduk jenazah - wajib Wuduk jenazah - sunat Jenazah yang tidak sempat mandi wajib tidak perlu dimandikan wajib cukup dengan dimandikan jenazah sahaja. Bilangan pemandi adalah 4orang dan terbaik 6 orang.penyucian badan jenazah belum dikategorikan dalam mandi jenazah ia masih dalam bab penyucian. Mandi jenazah ialah selepas bab penyucian. Kapur barus, air mawar, sabun, kapas, minyak atar adalah sunat.Air mutlak adalah wajib. 1.1 Menjelaskan isi secara terperinci berserta contoh dan gambar yang relevan. https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan Penerbitan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam COVID-19 adalah sebagai tanda kebersamaan JAKIM menyahut kesungguhan dan komitmen YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam membantu dan memberikan khidmat bakti kepada umat Islam di saat negara sedang dilanda wabak COVID-19. Idea inisiatif penghasilan Garis panduan ini juga bertitik tolak daripada ketetapan Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang pada 15 Mac 2020 yang lalu mengenai kaedah pengurusan jenazah orang Islam yang dijangkiti virus COVID-19. Tujuan utama Garis Panduan ini ialah sebagai dokumen rujukan rasmi dan panduan kepada petugas dan pengendali jenazah khasnya dan umat Islam amnya mengenai tatacara dan prosedur pengurusan jenazah orang Islam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19. Garis panduan ini penting kerana prosedur dan tatacara yang dikemukakan ialah hasil daripada perbincangan yang mendalam dari sudut syarak dan pakar kesihatan serta kawalan penyakit berjangkit daripada JAKIM, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, JAWI dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Garis Panduan ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendidikan kepada umat Islam mengenai kaedah dan tatacara pengurusan jenazah yang betul dari segi syarak. Ia
  • 5. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 5 menggariskan kaedah pengurusan yang betul ketika kaedaan jenazah di luar kebiasaan khususnya dalam keadaan darurat yang bersangatan. Garis panduan ini sekaligus dapat mengelak kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam berikutan pengurusan jenazah yang di luar daripada kebiasaan. Garis Panduan ini tidak menafikan usaha dan kesahihan garis panduan . Antara perkara yang dibincang dan diputuskan melalui Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI yang bersidang pada 15 Mac 2020 tersebut ialah mengenai pengurusan jenazah muslim COVID-19. Resolusi Muzakarah ini menetapkan bahawa : “Dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 mengenai hukum Pengurusan Jenazah Orang Islam yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease: EVD) di Malaysia, iaitu pengecualian dan kelonggaran (rukhsah) sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah tersebut. Dalam hal ini dibolehkan jenazah itu diuruskan melalui prosedur tayammum yang paling ringan risiko dan kesan bahayanya seperti melakukan tayamum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastic yang membalut jenazah tersebut sahaja” PENGURUSAN JENAZAH KEMATIAN AKIBAT COVID-19 1. Sebelum memulakan pengurusan jenazah, pihak yang terlibat perli menyediakan peralatan keperluan bagi pengurusan jenazah termasuk Personal Protective Equipment (PPE) yang merangkumi:- a) Sarung tangan getah b) Apron plastik (PPE) c) Pelindung Mata d) Mask (penutup muka) e) Kasut Boot getah f) Body Bag
  • 6. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 6 g) 2 helai kertas A4 untuk meletak debu tanah Tayamum h) Debu Tayamum secukupnya Pengurusan jenazah: A. Membalut jenazah: 1. Lapisan pertama: Linen putih 2. Lapisan kedua: Body bag 1 pertama 3. Lapisan ketiga: Body bag 2 kedua 4. Semburan nyah kuman bagi lapisan ketiga B. Tayamum Jenazah: Tayamum dilakukan ke atas jenazah yang telah dibungkus dengan lapisan ketiga. Proses Tayamum dilakukan mengikut hukum syarak: 1. Petugas perlu dalam keadaan berwuduk dan lengkap berpakaian seperti prosedur yang 2. ditetapkan oleh KKM. 3. Meletakkan debu tayamum pada 2 helai Kertas A4 yang berasingan. 4. Petugas Tayamum perlu memastikan kedua-dua belah tapak tangan yang bersarung berkeadaan bersih. 5. Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu Tayamum 1 (Kertas A4 Pertama). 6. Tipiskan debu tayamum yang terdapat di tapak tangan. 7. Niat tayamum ke atas jenazah. 8. Sapukan kedua-dua tapak tangan ke bahagian muka jenazah. 9. Membersihkan baki debu yang berada di tapak tangan. 10. Lekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu Tayamum 2 (Kertas A4 Kedua). 11. Mulakan sapuan tangan kanan petugas ke atas tangan kanan jenazah, bermula dari hujung jari hingga ke siku. 12. Diikuti sapuan tangan kiri petugas ke atas tangan kiri jenazah, bermula dari hujung jari hingga ke siku 13. Mencium/memeluk jenazah (Tidak dibenarkan)
  • 7. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 7 Gambar foto 1 : Semburan nyah kuman bagi lapisan ketiga Gambar foto 2 : Petugas melekapkan kedua-dua tapak tangan ke atas permukaan Debu Tayamum
  • 8. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 8 1.2 Kesimpulan yang menyeluruh dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu keseluruhan dan memberikan hubung kait antara isu-isu. Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri menepati kehendak syarak dan memenuhi ketetapan resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI. Apa yang penting, keselarasan juga perlu selari dengan ketetapan serta dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sedang berkuatkuasa. Jumlah perkataan: minimum 2000 patah perkataan (30 Markah) BAHAGIAN B (30%) Soalan Ibadah korban dan aqiqah merupakan ibadah yang menguji sejauh mana ketaqwaan seseorang Muslim itu kepada Allah SWT. 2.0 Pengenalan topik yang baik dan menyeluruh, serta menyatakan objektif dan isi kandungan tugasan dengan baik berserta rujukan/fakta yang terperinci. Pada era transisi modenisme ini, kesedaran masyarakat khususnya, orang Melayu Islam terhadap kepentingan melakukan ibadah korban semakin meningkat. Umat Islam cakna terhadap maslahah ibadah korban dalam komuniti sesuatu tempat. Ibadah korban bukan sahaja dituntut malahan impaknya signifikan dengan hubungan silaturahim dan kolaboratif yang baik dalam masyarakat. Intihanya, netizen masa kini mampu melaksanakan ibadah korban menjadikan kegiatan ibadah korban menampakkan sambutan yang baik dalam masyarakat. 2.1 Menjelaskan isi secara terperinci berserta contoh dan gambar yang relevan. Anda diminta untuk membincangkan perkara berikut: 2.1.1 Konsep ibadah korban dan aqiqah
  • 9. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 9 Tujuan Ibadah Korban ialah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT pada hari Raya Haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Hukumnya menurut ulama hukumnya sunat dan ada pula yang mengatakan hukumnya wajib. Dalil naqli mengenai korban, Allah s.w.t berfirman bermaksud: Tunaikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah kerana-Nya. (Surah al- Kausar: Ayat 20 Binatang ternakan (al-an'am) yang disyariatkan sah dikorbankan: 1. Kambing biri-biri yang berusia satu tahun lebih. 2. Kambing biasa yang berusia dua tahun lebih. 3. Unta yang berusia lima tahun lebih. 4. Lembu atau kerbau berusia dua tahun lebih. 5. Binatang yang buta, sakit,kurap dan yang kurus tidak sah dijadikan korban. Korban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat, disebut al-An’am.
  • 10. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 10 Dalil Kelebihan Korban
  • 11. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 11 Antara kelebihan atau hikmah melakukan ibadah korban ialah: 1. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Taala Amalan korban yang ikhlas dan dilakukan atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT pasti akan diterima oleh-Nya. “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.” (Surah al-Hajj, ayat 37) 2. Mendapat kebaikan yang melimpah ruah Sabda Rasulullah SAW, “Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadith riwayat Ibn Majah) 3. Hukum Melaksanakan Ibadah Korban Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunnah muakkad yakni sangat dituntut tetapi tidak wajib. Rasulullah bersabda : “Barangsiapa yang diberikan kemudahan sehingga mampu untuk berkorban, tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid).” (Hadith riwayat Ibn Majah 4. Mengingat pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap anaknya Nabi Ismail AS. 5. Menampung mana-mana ibadat haji yang kurang sempurna. 6. Untuk melahirkan rasa kesyukuran dan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaan rezekiNya dapat menunaikan ibadat haji di Baitullah. 7. Melatihdiri supaya sanggup berjuang dan berkorban pada jalan kebaikan kepada Allah SWT. 8. Untuk melatih diri supaya tidak sayangkan harta benda apabila diperintah oleh Allah SWT membelanjakannya. 9. Dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama umat Islam. 10. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT
  • 12. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 12 Sunat-sunat ketika sembelih :- 1. Membaca Bismillah 2. Membaca selawat Nabi 3. Membaca takbir 4. Berdoa agar Allah menerima ibadat korban tersebut. 5. Binatang yang disembelih itu dihadapkan ke kiblat. Hukum dan alasan masalah berikut :- HUKUM ALASAN Sah korbannya. Hari Raya Haji yang keempat masih lagi hari yang sah berkorban. Sah / harus Memakan daging korban tidak melebihi 1/3 bahagian daging. Hukum Daging Korban Korban Nazar Korban Sunat Apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan korban maka wajiblah ke atasnya melaksanakannya. Dagingnya wajiblah disedeqaahkan semuanya. Ia tidak boleh makan dan menjualnya. Daging korban sunat boleh dimakannya dan disedeqahkan. Daging korban tidak boleh dijual.
  • 13. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 13 Dalam melaksanakan ibadah korban pastikan dijalankan mengikut syarak. 2.1.2 Ibadah akikah A. Pengetian akikah Akikah ialah menyembelih binatang ternakan tertentu yang sah dijadikan akikah sempena menyambut kelahiran bayi. B. Hukum akikah 1. Sunat muakkad ke atas ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut. 2. Wajib jika bernazar C. Waktu-waktu akikah 1. Paling afdal dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran bayi. 2. Harus pada bila-bila masa sehingga kanak-kanak itu baligh.
  • 14. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 14 D. Syarat-syarat binatang yang sah akikah 1. Binatang tersebut mestilah binatang ternakan seperti kambing. Lembu atau unta. 2. Binatang tersebut mestilah cuku umur. 3. Sihat iaitu tidak terlalu kurus, buta, sakit dan berkudis. 4. Tidak terdapat kecacatan yang mengurangkan daging atau anggota. 5. Menyembelih mengikut syarat-syarat sah sembelihan. E. Kadar binatang ternakan yang disunatkan akikah 1. Dua ekor kambing atau dua bahagian daripada seekor lembu, kerbau atau unta bagi kanak- kanak lelaki. 2. Seekor kambing atau satu bahagian daripada seekor lembu, kerbau atau unta bagi kanak- kanak perempuan. F. Kadar beza akikah ikut jantina 1. Lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga. 2. Lelaki lebih kuat daripada kaum wanita. 3. Tanggungjawab kaum perempuan terhadap keluarga lebih kecil berbanding kaum lelaki. 2.1.3 Perbezaan korban dan aqiqah KORBAN AQIQAH 1. Masa korban bermula 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. 2. Hukum korban sunat muakkad kepada semua umat Islam yang mampu. 3. Pembahagian daging diagihkan kepada fakir miskin dan boleh diberi kepada orang kaya daging yang mentah. 4. Daging korban wajib disedeqahkan kepada fakir miskin. 1. Masa akikah bila-bila masa atau sebaik-baiknya pada hari ke tujuh hari kelahiran anak. 2. Hukum sunat muakkad kepada orang yang menanggung nafkah anak seperti ibu bapa. 3. Pembahagian daging, dimasak agak manis untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir dan dsedeqahkan kepada fakir miskin.
  • 15. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 15 5. Dilakukan kerana memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS menyembelih anak Nabi Ismail. 6. Qurban juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mengingati kembali tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. 7. Qurban pula dilaksanakan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah Subhanahu Wata’ala 8. Qurban pula afdhal dibahagikan daging mentah dan lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin. 9. Qurban hanya boleh dilaksanakan pada Hari Raya Aidil Adha iaitu (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah). 10. Qurban pula hanya minima satu bahagian, nak bagi lebih pun boleh, mengikut kemampuan anda. 11. Qurban pula dituntut untuk melaksanakannya setiap tahun. 4. Daging akikah tidak wajib disedeqahkan keada fakir miskin. 5. Dilakukan kerana bersyukur kepada Allah SWT sempena kelahiran cahaya mata. 6. Aqiqah ini dilaksanakan dengan tujuan kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata. 7. Aqiqah lebih afdhal dibahagikan daging yang sudah dimasak dan sunat dimasak dengan manis-manisan. 8. Ianya juga lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dan orang-orang kaya. 9. .Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. 10. Bahagian aqiqah kepada anak lelaki adalah dua bahagian, manakala anak perempuan satu bahagian. 11.Aqiqah hanya dituntut untuk melaksanakannya sekali seumur hidup.
  • 16. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 16 2.1.4 Hikmah ibadah aqiqah 1. Melambangkan Ketakwaan Hikmah akikah adalah orang-orang yang senantiasa selalu bertakwa kepada Allah swt. Muslim mempercayai dan menjalankan segala perintah serta menjauhi larangan yang ditegah oleh Allah SWT. 2. Mendapatkan Redha Allah Merupakan satu jalan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Seorang muslim yang mengharapkan redha Allah akan selalu diberkati dalam kehidupannya. Setiap perilaku dan perbuatannya hanya dilakukan releven dengan ketentuan yang Allah SWT. 3.Membersihkan Rezeki Allah telah mengatur rezeki setiap manusia dimuka bumi, bahkan semut pun sudah ditetapkan rezekinya, apatah lagi manusia. 4.Melahirkan rasa syukur manusia dianjurkan untuk melakukan ibadah akikah bagi yang mampu serta akikah sebagai rasa syukur. Merupakan ibadah yang memberikan hikmah dalam pembersihan rezeki. 5.Berterima kasih kepada Allah atas kurniaan anak Dapat memulakan kehidupan bayi itu secara Islam kerana akikah adalah suatu ibadat dalam Islam. 11. Menghebahkan kelahiran bayi Majlis akikah dapat menghebahkan kelahiran bayi kepada orang ramai sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. 7.Memelihara diri daripada sifat kedekut atau bakhil yang amat dibenci oleh Allah SWT. 8.Membentuk diri dengan sifat ikhlas dan sedia berkorban harta benda kepada orang lain. 12. Dapat menjalin hubungan silaturahim sesama umat Islam. 13. Membentuk masyarakat yang suka tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja kebajikan bagi membantuk masyarakat yang harmoni. 14. Masyarakat dapat bersama-sama bergembira dengan kehadiran anggota keluarga baharu. 15. Ibadat akikah dihadiri oleh semua kaum keluarga yang terdekat. Kehadiran ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
  • 17. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 17 16. Melalui majlis kenduri akikah dapat mewujudkan suasana harmoni dan kemesraan antara anggota keluarga. 13.Perjumpaan dengan kaum keluarga dapat menyelesaikan masalah kekeluargaan. 14.Memulakan amal kebajikan untuk bayi yang baru lahir. 2.1.5 Hukum korban dan aqiqah kepada si mati menurut pandangan ulama Menurut pandangan Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan 16 Ogos 2016 bersamaan 13 Zulkaedah 1437 H. Permasalahan mengenai korban buat si mati adalah permasalahan yang diperselisihkan oleh para fuqaha’. Di dalam permasalahan ini, terdapat beberapa pendapat, antaranya: Pertama: Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al- Syafi’ieyyah. Ini berdasarkan sebuah hadith dari ‘Aisyah R.Anha yang mana meriwaya tka n bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih menyebutkan: Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada aali (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad. Riwayat Muslim (1967) dan selainnya. Kedua: Makruh hukumnya melakukan korban buat si mati. Ini adalah pendapat al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang melakukan korban buat si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini
  • 18. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 18 sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. [Lihat Syarh Mukhtasar al-Khalil, 3/42] Ketiga: Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Ini adalah pendapat al- Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.” [Lihat Minhaj al-Tolibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh. Dar al-Fikr, hlm. 321] 2.2 Kesimpulan yang menyeluruh dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu keseluruhan dan memberikan hubung kait antara isu-isu. Kesimpulan Akhirul kalam, Islam telah menggariskan beberapa panduan berkaitan dengan hukum ibadah korban, aqiqah dan pengurusan jenazah. Segala kegiatan berkaitan dengan hukum telah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah atau hadis serta ijmak ulama tentang permasalahan dan cara pelaksanaan ibadah secara khusus serta praktikal. Islam agama yang syumul dan holistik amat menekankan aspek kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Kegiatan yang dilakukan menitikberatkan dan menghubungkan silaturahim sesama Islam tanpa mengira latar belakang, asal usul dan taraf hidup. Jumlah perkataan: minimum 2000 patah perkataan (30 Markah) Format APA seperti terpapar di pautan berikut: http://ur.aeu.edu.my/7/1/APA%20Citation%20Format.setara.pdf SOALAN TAMAT 3.0 RUJUKAN https://www.islam.gov.my/ms/garis-panduan
  • 19. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 19 RUBRIK TUGASAN
  • 20. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 20 Kriteria Rendah Sederhana Baik Cemerlang Mark ah Penuh 0 1 2 3 4 Pengenala n. Tiada pengenalan diberikan. Pengenalan topik yang sangat umum dan tidak menjurus kepada objektif tugasan. Pengenalan topik yang ringkas dan kurang menjurus kepada objektif tugasan. Pengenalan topik agak jelas dengan huraian yang ringkas berkaitan topik berserta rujukan/fakta yang tepat. Pengenalan topik yang baik dan menyeluru h, serta menyataka n objektif dan isi kandungan tugasan dengan baik berserta rujukan/fak ta yang terperinci. 4 Huaraian berkaitan persoalan tugasan Tiada penjelasan dibuat. Menjelaskan isi secara umum berserta contoh dan gambar yang relevan. Menjelaskan isi dengan baik berserta contoh dan gambar yang relevan. Menjelaskan isi dengan jelas berserta contoh dan gambar yang relevan. Menjelaska n isi secara terperinci berserta contoh dan gambar yang relevan. 16 Kesimpul an. Tiada kesimpulan diberikan. Kesimpulan yang lemah dengan penjelasan yang tidak berkaitan dengan isu keseluruhan. Kesimpulan yang ringkas dengan penjelasan yang berkaitan Kesimpulan yang agak baik dengan penjelasan yang berkaitan dengan isu tetapi tidak memberikan Kesimpula n yang menyeluru h dengan penjelasan yang 8
  • 21. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 21 RUJUKAN : dengan isu keseluruhan. sebarang hubung kait antara isu-isu. berkaitan dengan isu keseluruha n dan memberika n hubung kait antara isu-isu. Mengikut format yang betul (Muka hadapan tugasan, Isi kandunga n, muka surat, rujukan format APA, dll). Tiada format penulisan atau tidak berkaitan. Format penulisan tidak mengikut kriteria ditetapkan. Format penulisan yang agak baik dan mengikut kriteria tetapi kurang tersusun. Format penulisan yang baik dan mengikut kriteria, serta susunan yang baik dan lengkap. Format penulisan yang amat baik dan mengikut kriteria, serta susunan yang baik dan lengkap serta mengikut gaya APA. 2 JUMLA H 30
  • 22. SAF120 : FIQH Pensyarah : Tuan Syed Muhammad Shahrizal Syed Othman NUR HABIBAH BT YUSUF (A30105200007) 22 Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi, (2008). Panduan Fardhu Ain Lengkap. Kota Bharu, Kelantan : Al- Baqir Enterprise. Sulaiman Endut, (2006). Asas-asas Fardhu Ain. Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid. Zulkifli Ahmad, Mohd Yusof Ismail, (2001). SPM Pendidikan Syariah Islamiah. Kg Gajah, Melaka : Pustaka Media Jaya. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1069-irsyad-al-fatwa-haji- korban-siri-6-hukum-melakukan-korban-buat-si-mati