Nama : _____________________________________                    Tarikh : ______________



021/031
Bahasa
Melayu
JUSA
 2009
Set 4
50 minit
                              JABATAN PELAJARAN PERAK

                         KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

                   _____________________________________________


                                 MODUL JUSA 2009




                              BAHASA MELAYU SJK SET 4

                                      Lima puluh minit




             JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.   Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.   Jawab semua soalan.

3.   Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
     soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
     yang disediakan.

4.   Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
     Kemudian hitamkan jawapan yang baru.




                   Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.


021/31 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak
2                          Modul JUSA Set 4


Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf
yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 - 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.




1.     Pak Harun menggunakan sebatang _______________ untuk mengait buah kelapa
       di kebunnya.
       A      galah
       B      sabit
       C      parang
       D      lembing



2.     “_______________ mesti belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan
       kelak,” nasihat ayah kepada anak-anaknya.
       A      Kita
       B      Kami
       C      Kamu
       D      Kalian



3.     “_______________ yang telah dicalonkan sebagai ketua kelas kita yang baharu?”
       Tanya Chee Meng kepada Vivian.
       A      Siapakah
       B      Di manakah
       C      Mengapakah
       D      Bagaimanakah
3                         Modul JUSA Set 4


Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.




4.    Cik Lili sedang _______________ daging untuk dimasak kari.
      A      melapah
      B      menghiris
      C      menghidang
      D      mencincang



Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.




5.    Pak Salim sedang _______________ kerbaunya menuju ke kandang.
      A      menjunjung
      B      menjinjing
      C      menghela
      D      menarik
4                         Modul JUSA Set 4


Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.




6.    Ibu _______________ sedulang air kopi untuk tetamu.
      A      mengelek
      B      menatang
      C      menjinjing
      D      menjunjung

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.




7.    Kita boleh berteduh di bawah pokok yang _______________ .
      A      luas
      B      tebal
      C      rendah
      D      rendang



8.    Air sungai itu mengalir _______________ setelah hujan turun mencurah-curah di
      bahagian hulu sungai.
      A      deras
      B      cepat
      C      pantas
      D      lambat
5                         Modul JUSA Set 4



9.    Kamal tekun mengulang kaji pelajaran _______________ menghadapi peperiksaan
      yang bakal menjelang.
      A     semenjak
      B     jikalau
      C     kerana
      D     untuk



10.   Projek itu tetap dijalankan _______________ mendapat bantahan daripada
      penduduk kampung.
      A     lalu
      B     malahan
      C     sekiranya
      D     meskipun



11.   Malaysia adalah _______________ negara Asia yang amat dikenali di dunia.
      A     umpama
      B     seperti
      C     antara
      D     bagi



12.   Setiap hari Encik Mahmud _______________ ke pejabatnya di Ipoh dengan kereta.
      A     berulang-alik
      B     berterus-terang
      C     bergerak-gerak
      D     berpindah-randah



13.   Mei Qi dan keluarganya _______________ menetap di Sabah pada tahun 2005.
      A     pernah
      B     masih
      C     mesti
      D     akan
6                 Modul JUSA Set 4


Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.




14.   _______________ titis air masih menitik dari pili itu.
      A      Sebahagian
      B      Beberapa
      C      Semua
      D      Banyak



Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.




15.   Puan Wong memakai _______________ semasa mengangkat tong sampah itu.
      A     sarung tangan
      B      sarung kusyen
      C      sarung bantal
      D      sarung kaki
7                    Modul JUSA Set 4


Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.




                                  .
16.   Encik Maniam sedang _______________ getah di kebunnya pada waktu pagi
      A      ditoreh
      B      bertoreh
      C      menoreh
      D      menorehi



17.   Encik Samad merupakan _______________ Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
      bagi tahun 2008.
      A      terima
      B      diterima
      C      penerima
      D      menerima



18.   Sambutan Hari Kebangsaan dimeriahkan lagi dengan beberapa _______________
      tembakan meriam.
      A      das
      B      butir
      C      laras
      D      pucuk



19.   Penduduk kampung sedang bergotong-royong memasak makanan untuk majlis
      keramaian.
      Sikap penduduk kampung umpama_______________ .
      A      anjing dengan bayang-bayang
      B      pahat dengan penukul
      C      kumbang putus tali
      D      aur dengan tebing
8                            Modul JUSA Set 4



20.    Rakesh dan Lim bersahabat karib sejak kecil lagi.
       Perkataan seerti bagi karib ialah
       A     musuh
       B     akrab
       C     lama
       D     pena



21.    Pemandu yang cuai menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
       Perkataan berlawan bagi cuai ialah
       A     lalai
       B     sopan
       C     santun
       D     berhati-hati


Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


22.    Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memohon cuti selama dua hari
       A     Saya memohon cuti selama dua hari untuk menulis surat ini.
       B     Saya menulis surat ini untuk memohon cuti selama dua hari.
       C     Selama dua hari saya menulis surat ini untuk memohon cuti.
       D     Tujuan saya memohon cuti selama dua hari untuk menulis surat ini.



23.    Peladang menggunakan racun serangga untuk mengawal tanamannya daripada
       serangga perosak.
       A     Racun serangga digunakan untuk mengawal peladang daripada serangga
             perosak.
       B     Racun serangga telah digunakan oleh              peladang   untuk   mengawal
             tanamannya daripada serangga perosak.
       C     Serangga perosak menggunakan racun serangga untuk mengawal peladang.
       D     Peladang menggunakan          racun   serangga   perosak    untuk   mengawal
             tanamannya.
9                           Modul JUSA Set 4



Soalan 24 dan Soalan 25

24.         Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
            Mengapakah Encik Halim mengadakan kenduri kesyukuran?
            A        Encik Halim yang mengadakan kenduri kesyukuran pada malam ini.
            B        Entah, saya tidak pasti tarikh majlis kenduri kesyukuran itu diadakan.
            C        Majlis kenduri kesyukuran Encik Halim turut dihadiri penduduk kampung.
            D        Majlis itu diadakan sempena kepulangan anaknya dari luar negara pada
                     minggu lepas.



25.         Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
            Apakah yang berlaku sehari selepas biji benih itu ditanam ?
            A        Menjadi pokok dewasa dan hidup subur.
            B        Mengeluarkan buah yang lebat dan masak ranum
            C        Biji benih itu terus menjadi anak pokok yang subur.
            D        Biji benih itu akan bercambah sehari selepas ditanam.



26.         Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
            Kunci kereta ini saya temui di tepi semak sana.
            A        Bagaimanakah kamu menemui kunci itu?
            B        Siapakah yang menemui kunci kereta itu?
            C        Di manakah kamu menemui kunci kereta itu?
            D        Adakah kamu yang menemui kunci kereta itu?



Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27 I            Gulai lemak cili api ketam ialah makanan kegemaran saya.
      II        Tukang kayu itu menggunakan ketam untuk meratakan permukaan papan.
      III       Bapa Rajan sering menangkap ketam sebagai menambah pendapatannya.
      IV        Ketam telah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan kawalan di
                negara kita.


      A         I, II dan III
      B         I, III dan IV
      C         II dan III
      D         I dan IV
10                           Modul JUSA Set 4




28 I             Kucing yang dipeliharanya jalan dilanggar kereta.
      II         Cikgu sedang menerangkan jalan kejadian kupu-kupu.
      III        Jalan itu berlopak akibat sering dilalui lori yang mengangkut balak.
      IV         Saya membaca novel itu sekali lagi kerana jalan ceritanya menarik.


      A          I dan II
      B          II dan III
      C          III dan IV
      D          II, III dan IV



Soalan 29 hingga Soalan 30


29.          Pilih ayat yang betul.
             A        Perkhemahan sedang mendirikan khemah di pondok yang usang.
             B        Janganlah kita cepat menuding jari tanpa usul periksa
             C        Semua murid-murid bergerak ke tapak perhimpunan.
             D        Biarkanlah sumbangan kepada mangsa Tsunami.


30.    Pilih ayat yang betul.
       I         Kuih manakah yang dibuat oleh kamu?
       II        Pameran itu dibuka daripada pagi ke petang.
       III       Lai Meng sedang bercakap dengan bapanya.
       IV        Encik Muthu amat menyayangi akan keluarganya.


       A         I dan II
       B         II dan III
       C         III dan IV
       D         II, III dan IV
11                         Modul JUSA Set 4


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya




        Amalan gotong-royong kini kurang diamalkan. Situasi ini jelas kelihatan di bandar-
 bandar besar. Namun, berbeza dengan masyarakat desa, amalan gotong-royong masih
 kelihatan dipraktikkan. Terdapat banyak sebab mengapa amalan gotong-royong kurang
 diamalkan dalam kalangan masyarakat kota.

        Orang yang tinggal di bandar sentiasa sibuk. Mereka bekerja dari pagi hingga ke
 petang. Waktu kerja yang tidak sama juga menyebabkan gotong-royong kurang
 diamalkan. Ada yang bekerja pada waktu siang dan ada yang bekerja pada waktu malam.

        Taraf hidup yang berbeza juga menyebabkan amalan gotong-royong kurang
 diamalkan. Kegagalan untuk mewujudkan keadaan ini akan menimbulkan beberapa kesan
 negatif dalam kalangan masyarakat. Jiran tidak lagi mengenali antara satu sama lain.Nilai
 bantu-membantu dan tolong-menolong juga semakin berkurangan. Orang kaya kurang
 akrab dengan orang miskin dan sikap bertolak ansur juga kurang dapat dipraktikkan.
 Situasi tersebut amat jelas berlaku di bandar-bandar besar hari ini.

        Walaupun begitu masih terdapat juga amalan gotong-royong yang diamalkan
 terutamanya di taman-taman perumahan misalnya, semasa majlis kenduri kahwin,
 menguruskan jenazah dan sebagainya.

        Amalan bergotong-royong merupakan suatu amalan yang amat berfaedah bagi
 membentuk masyarakat yang mendukung nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, setiap
 pihak tidak harus memandang ringan perkara tersebut. Pelbagai usaha patut dijalankan
 bagi mengekalkan amalan yang boleh memupuk perpaduan ini.




31 Aktiviti gotong-royong banyak diamalkan di _______________ .
    A    bandar
    B    sekolah
    C    kampung
    D    majlis keramaian
12                         Modul JUSA Set 4



32 Berikut ialah aktiviti yang boleh dilakukan secara gotong-royong kecuali
    A    membersihkan kawasan persekitaran
    B    membersihkan rumah ibadat
    C    kenduri majlis perkahwinan
    D    menonton televisyen



33 Mengapakah masyarakat di bandar tidak suka bergotong-royong?
    A    Malas
    B    Suka tidur
    C    Takut kotor
    D    Masa terhad



34 Apakah maksud perkataan akrab dalam petikan?
    A    Suka
    B    Rapat
    C    Dekat
    D    Jarang



35 Berikut merupakan faktor-faktor gotong-royong kurang diamalkan kecuali
    A    sentiasa sibuk
    B    semuanya orang kaya
    C    masa kerja tidak sama
    D    taraf hidup yang berbeza
13                           Modul JUSA Set 4


Solanan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya



  Chee Meng      : Selamat pagi. Apa khabar ? Nama saya Chee Meng.
  Prakash        : Oh, selamat pagi ! Saya Prakash. Awak hendak ke sekolahkah ?
  Chee Meng      : Ya, saya agak awak pelajar baru yang datang mendaftar di sekolah
                   tempat saya belajar semalam.
  Prakash        : Betul jangkaan awak itu. Saya baru berpindah ke kawasan
                   perumahan ini.Dulu saya tinggal di Sarawak kerana bapa saya
                   bertugas di sana.
  Chee Meng      : Kalau begitu, saya ucapkan selamat datang ke kawasan ini. Semoga
                   awak dan keluarga awak gembira tinggal di sini.
  Prakash        : Mulai hari ini,bolehlah kita pergi ke sekolah bersama-sama.
                   Tambahan pula saya belum biasa dengan suasana di sekolah baru.
  Chee Meng      : Betul kata awak itu. Inilah faedahnya jika kita saling mengenali
                   sesama jiran tetangga.
  Prakash        : Saya harap saya akan mendapat ramai kawan. Maklumlah saya
                   tidak mahu digelar kera sumbang.
  Chee Meng      : Kalau awak pandai menyesuaikan diri dan mudah bertegur sapa
                   dengan mereka, pasti awak mendapat ramai kawan.
  Prakash        : Saya bersetuju dengan pendapat awak itu.
  Chee Meng      : Ha, bas sekolah pun dah sampai ! Marilah kita naik . Nanti terlepas
                   pula.
  Prakash        : Marilah.




36.    Di manakah Chee Meng bertemu dengan Prakash buat pertama kalinya ?
       A      Di kedai runcit
       B      Di kantin sekolah.
       C      Di perhentian bas
       D      Di kawasan perumahan



37.    Mengapakah Prakash tidak biasa dengan suasana sekolahnya ?
       A      Dia ialah pelajar baru di sekolahnya
       B      Dia baru berpindah ke kawasan perumahan di situ
       C      Dia tidak biasa bergaul dengan kawan-kawan
       D      Dia ialah seorang yang pemalu
14                   Modul JUSA Set 4


38.   Simpulan bahasa kera sumbang dalam petikan bermaksud
      A     tidak pandai bergaul.
      B     tidak pandai berbual.
      C     tidak tahu menghormati orang lain.
      D     pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai suasana.



39.   Apakah yang merisaukan Prakash ?
      A     Terlepas bas
      B     Ketiadaan kawan di sekolah
      C     Ketinggalan dalam pelajaran
      D     Tiada rakan untuk ke sekolah


40.   Apakah nasihat Chee Meng kepada Prakash supaya mudah mendapat kawan ?
      A     Pandai menyesuaikan diri serta peramah.
      B     Selalu membelanja kawan makan.
      C     Pandai mengambil hati kawan.
      D     Pandai berjenaka.




                             KERTAS SOALAN TAMAT

Bahasa Melayu kertas 1

  • 1.
    Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________ 021/031 Bahasa Melayu JUSA 2009 Set 4 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ MODUL JUSA 2009 BAHASA MELAYU SJK SET 4 Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak. 021/31 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak
  • 2.
    2 Modul JUSA Set 4 Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 - 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah. 1. Pak Harun menggunakan sebatang _______________ untuk mengait buah kelapa di kebunnya. A galah B sabit C parang D lembing 2. “_______________ mesti belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan kelak,” nasihat ayah kepada anak-anaknya. A Kita B Kami C Kamu D Kalian 3. “_______________ yang telah dicalonkan sebagai ketua kelas kita yang baharu?” Tanya Chee Meng kepada Vivian. A Siapakah B Di manakah C Mengapakah D Bagaimanakah
  • 3.
    3 Modul JUSA Set 4 Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 4. Cik Lili sedang _______________ daging untuk dimasak kari. A melapah B menghiris C menghidang D mencincang Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah. 5. Pak Salim sedang _______________ kerbaunya menuju ke kandang. A menjunjung B menjinjing C menghela D menarik
  • 4.
    4 Modul JUSA Set 4 Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah. 6. Ibu _______________ sedulang air kopi untuk tetamu. A mengelek B menatang C menjinjing D menjunjung Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah. 7. Kita boleh berteduh di bawah pokok yang _______________ . A luas B tebal C rendah D rendang 8. Air sungai itu mengalir _______________ setelah hujan turun mencurah-curah di bahagian hulu sungai. A deras B cepat C pantas D lambat
  • 5.
    5 Modul JUSA Set 4 9. Kamal tekun mengulang kaji pelajaran _______________ menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang. A semenjak B jikalau C kerana D untuk 10. Projek itu tetap dijalankan _______________ mendapat bantahan daripada penduduk kampung. A lalu B malahan C sekiranya D meskipun 11. Malaysia adalah _______________ negara Asia yang amat dikenali di dunia. A umpama B seperti C antara D bagi 12. Setiap hari Encik Mahmud _______________ ke pejabatnya di Ipoh dengan kereta. A berulang-alik B berterus-terang C bergerak-gerak D berpindah-randah 13. Mei Qi dan keluarganya _______________ menetap di Sabah pada tahun 2005. A pernah B masih C mesti D akan
  • 6.
    6 Modul JUSA Set 4 Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah. 14. _______________ titis air masih menitik dari pili itu. A Sebahagian B Beberapa C Semua D Banyak Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah. 15. Puan Wong memakai _______________ semasa mengangkat tong sampah itu. A sarung tangan B sarung kusyen C sarung bantal D sarung kaki
  • 7.
    7 Modul JUSA Set 4 Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah. . 16. Encik Maniam sedang _______________ getah di kebunnya pada waktu pagi A ditoreh B bertoreh C menoreh D menorehi 17. Encik Samad merupakan _______________ Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008. A terima B diterima C penerima D menerima 18. Sambutan Hari Kebangsaan dimeriahkan lagi dengan beberapa _______________ tembakan meriam. A das B butir C laras D pucuk 19. Penduduk kampung sedang bergotong-royong memasak makanan untuk majlis keramaian. Sikap penduduk kampung umpama_______________ . A anjing dengan bayang-bayang B pahat dengan penukul C kumbang putus tali D aur dengan tebing
  • 8.
    8 Modul JUSA Set 4 20. Rakesh dan Lim bersahabat karib sejak kecil lagi. Perkataan seerti bagi karib ialah A musuh B akrab C lama D pena 21. Pemandu yang cuai menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Perkataan berlawan bagi cuai ialah A lalai B sopan C santun D berhati-hati Soalan 22 dan Soalan 23 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 22. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memohon cuti selama dua hari A Saya memohon cuti selama dua hari untuk menulis surat ini. B Saya menulis surat ini untuk memohon cuti selama dua hari. C Selama dua hari saya menulis surat ini untuk memohon cuti. D Tujuan saya memohon cuti selama dua hari untuk menulis surat ini. 23. Peladang menggunakan racun serangga untuk mengawal tanamannya daripada serangga perosak. A Racun serangga digunakan untuk mengawal peladang daripada serangga perosak. B Racun serangga telah digunakan oleh peladang untuk mengawal tanamannya daripada serangga perosak. C Serangga perosak menggunakan racun serangga untuk mengawal peladang. D Peladang menggunakan racun serangga perosak untuk mengawal tanamannya.
  • 9.
    9 Modul JUSA Set 4 Soalan 24 dan Soalan 25 24. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah Encik Halim mengadakan kenduri kesyukuran? A Encik Halim yang mengadakan kenduri kesyukuran pada malam ini. B Entah, saya tidak pasti tarikh majlis kenduri kesyukuran itu diadakan. C Majlis kenduri kesyukuran Encik Halim turut dihadiri penduduk kampung. D Majlis itu diadakan sempena kepulangan anaknya dari luar negara pada minggu lepas. 25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Apakah yang berlaku sehari selepas biji benih itu ditanam ? A Menjadi pokok dewasa dan hidup subur. B Mengeluarkan buah yang lebat dan masak ranum C Biji benih itu terus menjadi anak pokok yang subur. D Biji benih itu akan bercambah sehari selepas ditanam. 26. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Kunci kereta ini saya temui di tepi semak sana. A Bagaimanakah kamu menemui kunci itu? B Siapakah yang menemui kunci kereta itu? C Di manakah kamu menemui kunci kereta itu? D Adakah kamu yang menemui kunci kereta itu? Soalan 27 dan Soalan 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 27 I Gulai lemak cili api ketam ialah makanan kegemaran saya. II Tukang kayu itu menggunakan ketam untuk meratakan permukaan papan. III Bapa Rajan sering menangkap ketam sebagai menambah pendapatannya. IV Ketam telah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan kawalan di negara kita. A I, II dan III B I, III dan IV C II dan III D I dan IV
  • 10.
    10 Modul JUSA Set 4 28 I Kucing yang dipeliharanya jalan dilanggar kereta. II Cikgu sedang menerangkan jalan kejadian kupu-kupu. III Jalan itu berlopak akibat sering dilalui lori yang mengangkut balak. IV Saya membaca novel itu sekali lagi kerana jalan ceritanya menarik. A I dan II B II dan III C III dan IV D II, III dan IV Soalan 29 hingga Soalan 30 29. Pilih ayat yang betul. A Perkhemahan sedang mendirikan khemah di pondok yang usang. B Janganlah kita cepat menuding jari tanpa usul periksa C Semua murid-murid bergerak ke tapak perhimpunan. D Biarkanlah sumbangan kepada mangsa Tsunami. 30. Pilih ayat yang betul. I Kuih manakah yang dibuat oleh kamu? II Pameran itu dibuka daripada pagi ke petang. III Lai Meng sedang bercakap dengan bapanya. IV Encik Muthu amat menyayangi akan keluarganya. A I dan II B II dan III C III dan IV D II, III dan IV
  • 11.
    11 Modul JUSA Set 4 Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya Amalan gotong-royong kini kurang diamalkan. Situasi ini jelas kelihatan di bandar- bandar besar. Namun, berbeza dengan masyarakat desa, amalan gotong-royong masih kelihatan dipraktikkan. Terdapat banyak sebab mengapa amalan gotong-royong kurang diamalkan dalam kalangan masyarakat kota. Orang yang tinggal di bandar sentiasa sibuk. Mereka bekerja dari pagi hingga ke petang. Waktu kerja yang tidak sama juga menyebabkan gotong-royong kurang diamalkan. Ada yang bekerja pada waktu siang dan ada yang bekerja pada waktu malam. Taraf hidup yang berbeza juga menyebabkan amalan gotong-royong kurang diamalkan. Kegagalan untuk mewujudkan keadaan ini akan menimbulkan beberapa kesan negatif dalam kalangan masyarakat. Jiran tidak lagi mengenali antara satu sama lain.Nilai bantu-membantu dan tolong-menolong juga semakin berkurangan. Orang kaya kurang akrab dengan orang miskin dan sikap bertolak ansur juga kurang dapat dipraktikkan. Situasi tersebut amat jelas berlaku di bandar-bandar besar hari ini. Walaupun begitu masih terdapat juga amalan gotong-royong yang diamalkan terutamanya di taman-taman perumahan misalnya, semasa majlis kenduri kahwin, menguruskan jenazah dan sebagainya. Amalan bergotong-royong merupakan suatu amalan yang amat berfaedah bagi membentuk masyarakat yang mendukung nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, setiap pihak tidak harus memandang ringan perkara tersebut. Pelbagai usaha patut dijalankan bagi mengekalkan amalan yang boleh memupuk perpaduan ini. 31 Aktiviti gotong-royong banyak diamalkan di _______________ . A bandar B sekolah C kampung D majlis keramaian
  • 12.
    12 Modul JUSA Set 4 32 Berikut ialah aktiviti yang boleh dilakukan secara gotong-royong kecuali A membersihkan kawasan persekitaran B membersihkan rumah ibadat C kenduri majlis perkahwinan D menonton televisyen 33 Mengapakah masyarakat di bandar tidak suka bergotong-royong? A Malas B Suka tidur C Takut kotor D Masa terhad 34 Apakah maksud perkataan akrab dalam petikan? A Suka B Rapat C Dekat D Jarang 35 Berikut merupakan faktor-faktor gotong-royong kurang diamalkan kecuali A sentiasa sibuk B semuanya orang kaya C masa kerja tidak sama D taraf hidup yang berbeza
  • 13.
    13 Modul JUSA Set 4 Solanan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya Chee Meng : Selamat pagi. Apa khabar ? Nama saya Chee Meng. Prakash : Oh, selamat pagi ! Saya Prakash. Awak hendak ke sekolahkah ? Chee Meng : Ya, saya agak awak pelajar baru yang datang mendaftar di sekolah tempat saya belajar semalam. Prakash : Betul jangkaan awak itu. Saya baru berpindah ke kawasan perumahan ini.Dulu saya tinggal di Sarawak kerana bapa saya bertugas di sana. Chee Meng : Kalau begitu, saya ucapkan selamat datang ke kawasan ini. Semoga awak dan keluarga awak gembira tinggal di sini. Prakash : Mulai hari ini,bolehlah kita pergi ke sekolah bersama-sama. Tambahan pula saya belum biasa dengan suasana di sekolah baru. Chee Meng : Betul kata awak itu. Inilah faedahnya jika kita saling mengenali sesama jiran tetangga. Prakash : Saya harap saya akan mendapat ramai kawan. Maklumlah saya tidak mahu digelar kera sumbang. Chee Meng : Kalau awak pandai menyesuaikan diri dan mudah bertegur sapa dengan mereka, pasti awak mendapat ramai kawan. Prakash : Saya bersetuju dengan pendapat awak itu. Chee Meng : Ha, bas sekolah pun dah sampai ! Marilah kita naik . Nanti terlepas pula. Prakash : Marilah. 36. Di manakah Chee Meng bertemu dengan Prakash buat pertama kalinya ? A Di kedai runcit B Di kantin sekolah. C Di perhentian bas D Di kawasan perumahan 37. Mengapakah Prakash tidak biasa dengan suasana sekolahnya ? A Dia ialah pelajar baru di sekolahnya B Dia baru berpindah ke kawasan perumahan di situ C Dia tidak biasa bergaul dengan kawan-kawan D Dia ialah seorang yang pemalu
  • 14.
    14 Modul JUSA Set 4 38. Simpulan bahasa kera sumbang dalam petikan bermaksud A tidak pandai bergaul. B tidak pandai berbual. C tidak tahu menghormati orang lain. D pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai suasana. 39. Apakah yang merisaukan Prakash ? A Terlepas bas B Ketiadaan kawan di sekolah C Ketinggalan dalam pelajaran D Tiada rakan untuk ke sekolah 40. Apakah nasihat Chee Meng kepada Prakash supaya mudah mendapat kawan ? A Pandai menyesuaikan diri serta peramah. B Selalu membelanja kawan makan. C Pandai mengambil hati kawan. D Pandai berjenaka. KERTAS SOALAN TAMAT