SlideShare a Scribd company logo
1
ARAHAN TETAP ASRAMA KOLEJ UNITI 2012
BAHAGIAN I
PERMULAAN PERATURAN
1.0 Nama
2.0 Tafsiran
BAHAGIAN II
PERATURAN AM
3.0 Larangan am
4.0 Ketenteraman dan keselamatan asrama
5.0 Keharmonian dan kerukunan masyarakat pelajar dalam asrama
6.0 Menganjurkan perhimpunan
7.0 Pembesar suara
8.0 Sepanduk
9.0 Penerbitan, dokumen dan sebagainya
10.0 Kegiatan pelajar luar kampus
11.0 Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dan sebagainya
12.0 Representatif berhubungan dengan kolej
13.0 Bantahan pelajar terhadap kemasukan individu atau kumpulan ke dalam kampus
14.0 Kebersihan dan kesihatan
15.0 Membuat bising
16.0 Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental
17.0 Tempat tinggal atau tempat tidur dalam kampus
18.0 Memasuki bahagian atau bangunan kampus yang dilarang
19.0 Merokok
20.0 Disiplin
21.0 Akhlak kerohanian
22.0 Waktu curfew
23.0 Keingkaran
24.0 Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib
BAHAGIAN III
PERATURAN AM ASRAMA
25.0 Perkara am
26.0 Pengangkutan
27.0 Kuasa memeriksa bilik
28.0 Menghalang pegawai atau staf menjalankan tugas
29.0 Berada di luar premis asrama selepas waktu curfew
30.0 Berada di dalam premis asrama selepas waktu curfew
31.0 Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu
32.0 Judi di dalam kampus
33.0 Meminum minuman yang memabukkan
34.0 Bahan lucah
35.0 Dadah atau racun
36.0 Bersopan santun
37.0 Kelakuan kurang sopan di sekitar asrama
38.0 Menyimpan bahan yang merbahaya
39.0 Binatang peliharaan
40.0 Simbol keagamaan
41.0 Aduan
42.0 Kuasa pihak berkuasa asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraman
dan tatatertib
2
BAHAGIAN IV
PERATURAN KHAS ASRAMA
43.0 Meninggalkan asrama
44.0 Bertukar bilik
45.0 Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap
46.0 Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu
47.0 Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu
48.0 Harta benda asrama dalam bilik
49.0 Kunci bilik
50.0 Kebersihan bilik
51.0 Harta benda penghuni
BAHAGIAN V
PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN BEKALAN AIR
52.0 Penggunaan tenaga dan alat eletrik
53.0 Penggunaan kemudahan air
54.0 Menyimpan alat elektrik
55.0 Barangan elektrik dan masakan
BAHAGIAN VI
BILIK MANDI DAN TANDAS
56.0 Kebersihan
57.0 Paip air
58.0 Penggunaan tandas
BAHAGIAN VII
PERATURAN PENAMPILAN PELAJAR
59.0 Objektif
60.0 Peraturan am
61.0 Pakaian pelajar
62.0 Rambut, misai dan janggut
63.0 Penafian perkhidmatan dan tempat penguatkuasaan
64.0 Hukuman
BAHAGIAN VIII
YURAN, WANG PERKHIDMATAN DAN SAMAN
65.0 Yuran-yuran yang ditetapkan
66.0 Bayaran sebagai penghuni
67.0 Saman dan denda
BAHAGIAN IX
TINGKAHLAKU PELAJAR
68.0 Berkelakuan sopan
69.0 Suasana tenang dan senyap
70.0 Tindak balas sendiri
71.0 Kawasan larangan
72.0 Aktiviti sosial dan ceramah
73.0 Larangan bergaduh
74.0 Larangan memukul
75.0 Larangan membuli
3
BAHAGIAN X
HAL-HAL LAIN
76.0 Sakit
77.0 Pelawat dan bilik tetamu
78.0 Penjaja
79.0 Meletak kenderaan
80.0 Ganti rugi harta benda asrama dan kolej
81.0 Larangan merokok
82.0 Kegiatan suaikenal
BAHAGIAN XI
PERATURAN LALU LINTAS JALAN RAYA
83.0 Kebenaran membawa kenderaan
84.0 Daftar kenderaan motor
85.0 Had laju
86.0 Kawasan pemanduan di kampus
87.0 Tempat letak kenderaan
88.0 Membonceng
89.0 Arahan dan isyarat lalu lintas
90.0 Lesen memandu dan kad pelajar
91.0 Halangan kepada aliran lalu lintas
92.0 Pelekat kenderaan
93.0 Pemakaian topi dan tali pinggang keledar
94.0 Hukuman tatatertib terus
BAHAGIAN XII
PROSEDUR TATATERTIB
95.0 Kesalahan
96.0 Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib
97.0 Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib
98.0 Penjelasan fakta dan pengambil rayuan
99.0 Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya
100.0 Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah
101.0 Keterangan pelajar
102.0 Memanggil semula saksi
103.0 Pengumuman keputusan
104.0 Mengenakan hukuman
105.0 Jagaan dan pelupusan barang kes
106.0 Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib
107.0 Jagaan atau menyimpan nota
108.0 Daftar prosiding tatatertib
109.0 Laporan prosiding kepada ibu, bapa dan sebagainya
110.0 Denda dan hukuman
111.0 Akibat tidak melaksanakan denda dan hukuman
112.0 Perintah membayar gantirugi
113.0 Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib
BAHAGIAN XIII
PROSEDUR RAYUAN
114.0 Notis rayuan
115.0 Penyampaian rayuan kepada ketua pegawai eksekutif
116.0 Tindakan ketua pegawai eksekutif ke atas rayuan
4
117.0 Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman
BAHAGIAN XIV
BAHAGIAN AM
118.0 Kesalahan tatatertib
119.0 Ketetapan badan di bawah kolej
120.0 Kadar denda dan hukuman
121.0 Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah
BAHAGIAN XV
PINDAAN PERATURAN
122.0 Pindaan
5
ARAHAN TETAP ASRAMA KOLEJ UNITI 2012
BAHAGIAN I
PERMULAAN PERATURAN
1.0 Nama
1.1 Arahan tetap ni dinamakan Arahan Tetap Asrama (1998) Kolej UNITI, Pindaan 2010, Pasir
Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
2.0 Tafsiran
2.1 Dalam Peraturan ini, melainkan juka konteksnya menghendaki makna yang lain-
”asrama” ertinya apa-apa kemudahan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang
disediakan oleh pihak Kolej bagi kediaman pelajar;
”anggota asrama” ertinya ialah mereka yang menjadi anggota asrama, termasukdi dalamnya
Felo, Penghuni Asrama dan orang-orang lain yang dibenarkan masuk oleh Ketua Pegawai
Eksekutif Kolej UNITI.
”arahan lalu lintas” ertinya apa-apa arahan, perintah, atau petunjuk yang diberikan oleh orang
yang diberikan kuasa kepada mana-mana mana-mana orang yang menggunakan jalan atau
kenderaan di dalam Kampus;
“bahagian hal ehwal pelajar” ertinya satu badan khas yang dibentuk dilantik oleh Ketua
Pegawai Eksekutif untuk menguruskan segala hal ehwal pelajar, termasuk hal ehwal disiplin,
kerohanian, asrama, persatuan dan kelab, persatuan alumni, aktiviti-aktiviti pelajar, dan
sebagainya;
“bahan yang boleh memabukkan” ertinya apa jua bahan yang apabila penggunaannya dalam
apa jua cara boleh memabukkan;
”bilik tatatertib” ertinya suatu bilik yang diuntukkan bagi maksud menjalankan prosiding
tatatertib amnya atau bagi maksud prosiding tatatertib yang tertentu;
”dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini terkandung dalam Jadual
Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234];
”felo” ertinya seorang Pegawai Kolej yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif sebagai
Pengarah untuk mentadbirkan asrama Kolej bagi tempoh yang dinyatakan dalam surat
perlantikannya;
”isyarat lalu lintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arah, isyarat, tanda atau
alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan bagi pengetahuan,
panduan, petunjuk orang yang menggunakan jalan;
”judi” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan
kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah sebarang pertaruhan atau loteri;
”kampus” ertinya kawasan Kolej dan bangunannya termasuklah mana-mana kawasan yang
digunakan oleh Kolej;
”kakitangan” ertinya mana-mana pekerja Kolej;
6
”kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk
membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi
apabila bergerak;
”kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera
mekanism yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan bibina atau disesuaikan
supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh
sesuatu kenderaan motor samaada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian
menindih atas kenderaan motor yang menariknya;
”kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Peraturan ini;
”ketua pegawai eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif, dan termasuklah mana-mana
orang atau atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk
bertindak bagi pihaknya;
”kolej” ertinya Kolej UNITI;
”meletak kereta” ertinya membawa suatu kenderaan kepada keadaan yang tidak bergerak dan
menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau
menurunkan dengan serta-merta orang, barang-barang atau bagasi;
”minuman yang memabukkan” ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apa-apa
kekuatan alkohol;
”pelajar” termasuklah pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di
Kolej;
”pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama;
pihak yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa
dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak Kolej;
”pihak berkuasa asrama” ertinya ialah mereka yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pegawai
Eksekutif untuk menjalankan tugas mengurus dan mentadbir asrama Kolej UNITI.
”pihak berkuasa tatatertib” ertinya ialah seorang Ketua Pegawai Eksekutif atau jika berkenaan,
mana-mana orang atau lembaga yang diwakilkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dengan
tugas tugas, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipan tatatertib.
”pihak pentadbiran” ertinya pihak yang diberikan kuasa untuk mengurus dan mentadbir segala
hal ehwal pentadbiran Kolej;
”peraturan” ertinya Peraturan ini, juga dinamakan Arahan Tetap Kolej;
”prosiding tatatertib” ertinya prosiding tataertib di bawah Peraturan ini;
”racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai
Racun kepada Akta Racun 1952 [Akta 366] dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan,
sebatiancampuran atau bahan semula jadi yang mengandungi bahan itu.
”sesi pengajian” ertinya dalam masa setahun atau dalam tempoh dua semester.
7
BAHAGIAN II
PERATURAN AM
3.0 Larangan am
3.1 Seseorang pelajar tidak boleh:-
3.1.1 Menjalankan urusannya sama ada di dalam kampus atau di luar kampus dalam apa cara
yang boleh merosakkan atau memudaratkan:-
3.1.1.1 kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Kolej, mana-mana pelajar,
kakitangan, pegawai atau pekerja Kolej; atau
3.1.1.2 ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib.
3.1.2 Mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam
kampus atau di luar kampus.
3.1.3 Mengganggu pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa
kegiatan yang dijalankan & dibenarkan oleh Kolej.
3.1.4 Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pegawai atau pekerja daripada
menjalankan kewajipan atau tugasnya.
3.1.5 Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pelajar daripada menghadiri
kuliah, tutorial kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah.
3.1.6 Menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa peperiksaan, kuliah, tutorial,
kelas, atau kegiatan sah lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan
kebenaran Kolej.
3.1.7 Merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa cara berurusan
dengan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam Kolej.
3.1.8 Melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan di dalam kampus,
supaya menyebabkan atau mungkin menyebabkan halangan, kesulitan, kegusaran,
kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam Kolej.
3.1.9 Melanggar apa-apa arahan atau kehendak kakitangan perpustakaan atau kakitangan
perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam
perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan.
3.1.10 Melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan
penggunaan mana-mana bangunan, peralatan, perkakasa dan bahan di dalam
bangunan, dan kemudahan lain di dalam bangunan.
3.1.11 Memalsukan maklumat yang diminta atau memberi maklumat palsu kepada mana-mana
pihak Kolej UNITI untuk apa sahaja tujuan.
4.0 Ketenteraman dan keselamatan asrama
4.1 Keselamatan dan ketenteraman asrama adalah penting untuk membolehkan semua anggota
asrama melaksanakan tugas dengan teratur dan aman, dan setiap penghuni dapat belajar
dengan tenang, bagi kebaikan semua anggota asrama.
8
4.2 Maka oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni, secara individu atau kumpulan,
untuk menjaga, memelihara dan mengekalkan ketenteraman, keselesaan dan keselamatan
semua anggota asrama dan mengawalnya dan diganggu atau diancam oleh mana-mana anasir
dan dalam atau luar asrama.
4.3 Maka oleh itu adalah menjadi larangan dan kesalahan bagi mana-mana penghuni, secara
individu atau kumpulan, yang dengan perbuatannya mengancam atau mengganggu atau dengan
apa cara yang boleh dianggap sebagai mengancam sama ada sengaja atau tidak sengaja,
ketenteraman, keselesaan dan keselamatan setiap penghuni asrama.
4.4 Dengan itu juga maka adalah menjadi kesalahan bagi seseorang penghuni atau kumpulan
penghuni yang melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat atau bahaya
atau bersubahat dengan sebarang anasir dan dalam atau luar asrama untuk mendatangkan
mudaratatau bahaya, kepada seseorang penghuni asrama, atau dengan apa cara yang boleh
dianggap sebagai mengancam keselamatan penghuni asrama, sama ada perbuatan itu dilakukan
dalam bangunan asrama atau disekitar kawasan asrama.
5.0 Keharmonian dan kerukunan masyarakat pelajar dalam asrama
5.1 Keharmonian dan kerukunan hidup sebagai satu masyarakat pelajar dalam asrama adalah faktor
utama yang mosti dibina dan dipelihara oleh semua penghuni asrama. Oleh itu segala perbuatan
cabar-mencabar atau hasut-menghasut atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai mencabar
atau menghasut adalah dilarang.
5.2 Untuk mencapai keadaan yang harmoni dan kerukunan hidup antara penghuni asrama maka
adalah perlu bagi setiap penghuni dapat bertolak ansur mengenal segala perselisihan faham
yang mungkin timbul antara penghuni. Oleh itu setiap penghuni, sebagai individu atau kumpulan,
tidak boleh mengambil tindakan sendiri bagi menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, tetapi
semuanya itu mesti dirujuk kepada Pihak Berkuasa Asrama / Felo yang bertugas.
6.0 Menganjurkan perhimpunan
6.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Pihak
Pentadbiran mengadakan, menganjurkan, atau memanggil atau menyebabkan supaya diadakan,
dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran,
atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil, atau, dalam
apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan
atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana
bahagian kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai
oleh atau di bawah milikan atau kawalan Kolej atau yang digunakan bagi maksud Kolej.
6.2 Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam Peraturan 6.1, Pihak Pentadbiran boleh
mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.
6.3 Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang
berlanggaran dengan Peraturan 6.2 dan 6.3.
7.0 Pembesar suara
7.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau mempunyai dalam
milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi
maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan
terdahulu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
7.2 Dalam memberikan kelulusan dalam Peraturan 7.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa-
apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.
9
8.0 Sepanduk
8.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh:-
8.1.1 Membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk
membuat atau menyebabkan supaya dibuat.
8.1.2 Mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan atau
menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam menggunakan ; atau
8.1.3 Memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar, atau pertubuhan,
badan atau kumpulan pelajar, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau
alat lain yang membawa kepada keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau
pelanggaran Peraturan ini.
8.2 Dalam memberikan kelulusan dalam Peraturan 8.1.1, 8.1.2 dan 8.1.3, Pihak Pentadbiran boleh
mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.
9.0 Penerbitan, dokumen dan sebagainya
9.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tanpa kebenaran terdahulu Pihak
Pentadbiran, boleh menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di
dalam kampus atau di luar kampus, samaada di dalam bentuk digital atau cetakan.
9.2 Dalam memberikan kebenaran di bawah Peraturan 9.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan
apa-apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.
9.3 Kebenaran yang dikehendaki di bawah Peraturan ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa
lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain.
10.0 Kegiatan pelajar luar kampus
10.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menjalankan atau menyertai apa-
apa kegiatan di luar kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Kolej
atau yang memudaratkan kepentingan Kolej.
10.2 Pihak Pentadbiran boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang
memudaratkan kepentingan Kolej.
10.3 Setiap pelajar dilarang untuk bekerja di luar kolej dalam apa jua bentuk dan jenis pekerjaan tanpa
kebenaran kolej.
11.0 Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dan sebagainya
11.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus atau di luar kampus, melibatkan diri dalam apa-apa
pekerjaan, pengajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada atas dasar
sepenuh masa atau sambilan sebelum mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbiran.
10
12.0 Representatif berhubungan dengan kolej
12.1 Tiada pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh, tanpa kelulusan Pihak
Pentadbiran terlebih dahulu membuat apa-apa representatif atau apa-apa perhubungan lain,
sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai
awam atau kepada akhbar atau kepada orang ramai dalam perjalanan kuliah, ucapan atau
pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang
berhubungan dengan sesuatu perkara berkaitan dengan Kolej atau dengan kakitangan atau
pelajar Kolej, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang pelajar Kolej.
13.0 Bantahan pelajar terhadap kemasukan individu atau kumpulan ke dalam kampus
13.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan,
sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, terhadap kemasukan ke
dalam, atau kehadiran dalam, atau larangan atau pemecatan mana-mana orang, badan atau
kumpulan orang dari kampus.
14.0 Kebersihan dan kesihatan
14.1 Seseorang pelajar tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan kebersihan dan
kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau mana-mana asrama, dewan,
kuliah, jalan, kawasan atau mana-mana bahagian kampus lain, atau binaan lain di dalam
kampus.
14.2 Kebersihan asrama dan kawasannya adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni asrama.
Bilik-bilik asrama, bilik-bilik rehat, bilik-bilik sembahyang, dewan makan dan lain-lain tempat yang
diduduki atau digunakan oleh penghuni mestilah sentiasa kemas, teratur dan dipelihara
kebersihannya.
15.0 Membuat bising
15.1 Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa
bunyi atau bising dikeluarkan, dalam apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau
mungkin menyebabkan kemarahan atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam kampus.
16.0 Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental
16.1 Pihak Pentadbiran boleh menghendaki seseorang pelajar yang disyaki mempunyai gangguan
mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan.
17.0 Tempat tinggal atau tempat tidur dalam kampus
17.1 Tiada pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bahagian
kampus atau mana-mana bahagian bangunan di dalam Kampus sebagai tempat tinggal atau
tempat tidur kecuali tempat tinggal yang disediakan untuknya dalam asrama oleh Kolej.
18.0 Memasuki bahagian atau bangunan kampus yang dilarang
18.1 Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana
bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus, yang kemasukan di dalamnya dilarang
kepada pelajar amnya, terutamanya, kepada pelajar atau sesuatu kelas pelajar.
19.0 Merokok
19.1 Kawasan Kolej adalah merupakan kawasan larangan merokok. Pelajar Dilarang Merokok di
dalam Kawasan Kolej.
11
20.0 Disiplin
20.1 Setiap penghuni mestilah sentiasa menjaga disiplin din, dengan bertatatertib,bertatasusila,
berbudi pekerti, dan menghormati hak-hak orang lain.
20.2 Setiap penghuni mestiIah berusaha mengisi setiap masa dengan amalan yang berguna dan
bermanfaat. Hidup dalam keadaan masyarakat asrama yang ramai penghuninya memerlukan
disiplin did yang lebih kuat untuk membolehkan setiap penghuni asrama mencapai kemajuan dan
kejayaan. Oleh itu segala perbuatan yang tidak bertanggungjawab boleh ditafsirkan sebagai
melanggar kehendak disiplin dan kehendak Arahan Tetap mi dan yang demikian boleh menjadi
kesalahan di bawah Arahan Tetap ini.
21.0 Akhlak kerohanian
21.1 Faktor terpenting mengenai disiplin ialah kawalan din untuk memelihara akhlak dan Kerohanian
yang baik, supaya kehormatan dan maruah diri tidak tercemar.
21.2 Setiap penghuni asrama mestilah menjaga dan memelihara mutu akhlak dan kerohanian yang
baik supaya nama sebagai penghuni terpelajar tidak akan tercemar.
22.0 Waktu curfew
22.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi waktu curfew yang telah ditetapkan seperti berikut:-
22.1.1 Setiap pelajar lelaki dan wanita dikehendaki berada di dalam kawasan kolej sebelum
pukul 10.00 malam; dan
22.1.2 Setiap pelajar lelaki dan wanita dikehendaki berada di dalam kawasan penginapan
masing-masing mengikut jantina sebelum pukul 12.00 malam;
22.2 Selepas waktu curfew, setiap siswa dan siswi dilarang keluar dari kawasan kolej tanpa diambil
tindakan tatatertib sehingga selepas pukul 7.00 pagi. Kebenaran untuk keluar hanya boleh
diberikan oleh Ketua Felo
22.3 Seseorang pelajar yang ingin keluar dan bermalam di luar asrama, pulang selepas waktu curfew,
selain ke kelas, hendaklah mengisi Kad Keluar dan Masuk Asrama dan mendapatkan kebenaran
Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau Felo yang bertugas.
22.4 Hanya ibu kandung, bapa kandung, adik-beradik kandung, atau suami yang sah sahaja yang
dibenarkan masuk untuk mengambil atau membawa keluar siswa-siswi selepas waktu curfew.
Pengesahan perlu dibuat berdasarkan dokumen rujukan rasmi dan tindakan susulan lain seperti
menghubungi penjaga dan lain-lain.
23.0 Keingkaran
23.1 Jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau
dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Kolej yang diberikan kuasa untuk memberi atau
membuat arahan atau kehendak di dalam kampus, pelajar itu adalah melakukan suatu kesalahan
tatatertib.
12
24.0 Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib
24.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menurut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding
tatatertib di bawah Bahagian VII, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau
denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu
kesalahan tatatertib di Peraturan ini, di hadapan, atau yang dilihat oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib.
24.2 Dengan syarat bahawa sebelum apa-apa hukuman dikenakan ke atas pelajar, Pihak Berkuasa
Tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan
memberinya suatu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan
dengan kesalahan itu.
24.3 Setelah hukuman yang disebut dalam Peraturan 24.1 dan 24.2 dikenakan, Pihak Berkuasa
Tatatertib hendaklah, dengan seberapa segera, menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis
bertulis dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Pihak Pentadbiran tentang denda atau
hukuman yang dikenakan itu.
24.4 Kuasa untuk mempertimbangkan rayuan terakhir, iaiti selepas rayuan telah dibuat kepada
Mahkamah Rayuan Kolej UNITI, adalah terletak kepada Ketua Eksekutif Kolej UNITI.
13
BAHAGIAN III
PERATURAN AM ASRAMA
25.0 Perkara am
25.1 Setiap pelajar diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak Kolej. Pelajar semester 7
tidak terikat degan perjanjian ini.
25.2 Penempatan di asrama adalah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Asrama. Seseorang pelajar tidak
boleh pindah dan satu asrama ke asrama atau bilik yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada
Pihak Berkuasa Asrama.
25.3 Setiap pelajar yang sakit hendaklah menghubungi Unit Perkhidmatan Mahasswa Kolej UNITI
(STUSERV) atau felo angkat masing-masing untuk tindakan selanjutnya. Pelajar yang sakit akan
dihantar ke klinik oleh pegawai bertugas atau felo yang bertanggungjawab.
25.4 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat apabila keluar dari unit masing-
masing.
25.5 Pelajar hendaklah sentiasa menutup tingkap (langsir) dan pintu unit masing-masing.
25.6 Seseorang pelajar lelaki dilarang memakai perhiasan seperti rantai dan gelang di kawasan
asrama serta kolej.
25.7 Waktu beriadah bagi semua pelajar adalah sehingga sepuluh minit sebelum azan maghrib
dilaungkan.
25.8 Tiada siapa yang dibenarkan untuk membawa masuk individu atau kumpulan dari luar ke dalam
premis penginapan asrama kolej ini.
25.9 Hanya ibu kandung, bapa kandung, adik-beradik kandung, atau suami yang sah sahaja yang
dibenarkan masuk untuk mengambil atau membawa keluar siswa-siswi selepas waktu curfew.
Pengesahan perlu dibuat berdasarkan dokumen rujukan rasmi dan tindakan susulan lain seperti
menghubungi penjaga dan lain-lain.
25.10 Seseorang pelajar dikehendaki menjaga adab dan batas pergaulan di dalam kawasan asrama
kolej ini.
25.11 Pelajar DI LARANG membawa masuk barang-barang yang dilarang seperti arak, daun terup,
bahan lucah,mercun atau sebagainya ke dalam asrama.
26.0 Pengangkutan
26.1 Semua pelajar baru yang mendaftar di Kolej UNITI bagi sesuatu sesi pengajian di WAJIBKAN
menaiki bas yang disediakan oleh pihak Kolej selama 1 sesi pengajian. Seseorang pelajar di
dalam sesi pengajian pertama tidak dibenarkan menaiki apa-apa jua kenderaan persendirian
sepanjang tempoh tersebut kecuali yang mempunyai pengalaman memandu lebih dari dua
tahun.
26.2 Setiap penumpang dikehendaki mempamerkan kad pelajar sewaktu menggunakan
perkhidmatan tersebut.
26.3 Penumpang dikehendaki menunggu bas tepat pada waktunya. Pihak kolej tidak akan
bertanggungjawab sekiranya pelajar tidak mematuhi jadual perjalanan bas seperti yang
ditetapkan.
14
27.0 Kuasa memeriksa bilik
27.1 Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ketua Felo dan Felo dan sesiapa juga yang diberi kuasa oleh Ketua
Pegawai Eksekutif atau pihak berkuasa tatatertib Kolej adalah berhak memasuki dan memeriksa
bilik-bilik penghuni pada bila-bila masa.
28.0 Menghalang pegawai atau staf menjalankan tugas
28.1 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk melarang seseorang yang
diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu menjalankan tugas, kewajipan atau
tanggungjawabnya di dalam bilik itu.
29.0 Berada di luar premis asrama selepas waktu curfew
29.1 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar premis asrama selepas waktu curfew
kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Asrama.
30.0 Berada di dalam premis asrama selepas waktu curfew
30.1 Selepas waktu curfew, kecuali pelajar-pelajar menetap di dalam asrama masing-masing, tiada
individu lain boleh berada di dalam premis asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh
Pihak Berkuasa Asrama.
31.0 Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu
31.1 Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis dengan sewajarnya dan tidak boleh
melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa
kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan pada apa-apa benda atau
lekapan di dalamnya.
31.2 Seseorang pelajar hendaklah, dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan-kemudahan
di dalamnya, mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa dia tidak menyebabkan
apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau atau ganggu mana-mana orang lain.
32.0 Judi di dalam kampus
32.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menganjur, mengurus,
menjalankan atau membantu dalam penganjuran, pengurusan atau penjalanan, loteri atau
pertaruhan di dalam kampus.
33.0 Meminum minuman yang memabukkan
33.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus, meminum atau mempunyai di dalam milikannya atau di
bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan yang boleh memabukkan termasuk minuman
keras dan minuman yang mempunyai kandungan alkohol.
33.2 Mana-mana pelajar yang didapati berada dalam keadaan mabuk atau yang berkelakukan tidak
senonoh di bawah pengaruh apa-apa bahan yang boleh memabukkan termasuk minuman keras
di dalam kampus adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.
34.0 Bahan lucah
34.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus mempunyai, dalam milikannya atau dibawah jagaan atau
kawalannya apa-apa bahan lucah.
15
34.2 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, yang boleh membahagi-bahagikan,
mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan
atau dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pembahagian,
pengedaran atau mempamerkan, apa-apa bahan lucah di dalam kampus.
34.3 Seseorang pelajar hendaklah disifatkan sebagai membahagi-bahagikan atau mempamerkan
sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu
kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang yang sama ada atau tidak ada
pembahagian, pengedaran atau pempameran itu adalah bagi apa-apa balasan lain.
35.0 Dadah atau racun
35.1 Tiada pelajar boleh mempunyai dalam milikannya atau dibawah jagaannya atau kawalannya apa-
apa dadah atau racun.
35.2 Tiada pelajar boleh memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang
untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa racun kepada mana-
mana orang.
35.3 Tiada pelajar boleh makan melalui mulut atau menghisap atau memasukkan ke dalam badanya
dengan suntikan atau dalam apaapa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun.
35.4 Tiada apa-apa jua dalam Peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar
daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang
berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].
35.5 Mana-mana pelajar yang didapati dibawah pengaruh mana-mana dadah adalah melakukan
kesalahan tatatertib.
35.6 Pihak Pentadbiran boleh menghendaki seorang pelajar yang disyaki menagih dadah menjalani
Ujian air kencing.
35.7 Jika seseorang pelajar enggan menyerah dirinya untuk menjalani ujian yang tersebut dalam
Peraturan 39.6, dia adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.
36.0 Bersopan santun
36.1 Pelajar wajib menunjukkan sikap bersopan santun & berakhlak mulia dengan sesiapa sahaja di
kawasan asrama. Pelajar hendaklah bertegur sapa dan senantiasa memberi salam kepada
sesiapa sahaja serta bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.
37.0 Kelakuan kurang sopan Di Sekitar Asrama
37.1 Pelajar tidak dibenarkan berkelakuan kurang sopan di sekitar asrama setiap masa.
38.0 Menyimpan bahan yang merbahaya
38.1 Pelajar tidak dibenarkan membawa bahan-bahan yang merbahaya di dalam asrama samaada
menyimpan, membawa atau memiliki bahan tersebut seperti minyak petrol, bahan kimia,
perkakas yang tajam seperti kerambit, pedang, dan mercun, kecuali dengan kebenaran Pihak
Berkuasa Asrama terdahulu.
39.0 Binatang peliharaan
39.1 Pelajar tidak dibenarkan memelihara atau menyimpan sebarang jenis haiwan peliharaan di dalam
kawasan asrama.
16
40.0 Simbol keagamaan
40.1 Pelajar tidak dibenarkan memaparkan, mempamerkan, menunjukkan atau dalam apa-apa cara
menggunakan sebarang bahan, benda, lambang, yang berunsur keagamaan yang boleh
menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada pelajar lain.
41.0 Aduan
41.1 Sebarang aduan berkenaan harta, bangunan, kemudahan dan perkhidmatan hendaklah diajukan
ke Unit Perkhidmatan Mahasiswa Kolej UNITI (STUSERV) dalam bentuk bertulis.
41.2 Sebarang kehilangan barang milik peribadi hendaklah dilaporkan secepat mungkin untuk
tindakan selanjutnya.
41.3 Sebarang kerosakan harta, kemudahan, bilik dan bangunan hendaklah dilaporkan secepat
mungkin agar Pihak Berkuasa Asrama dapat mengeluarkan arahan membaikpulih. Kolej UNITI
tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang milik pelajar.
42.0 Kuasa pihak berkuasa asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraman
dan tatatertib
42.1 Pihak Berkuasa Asrama atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai
Eksekutif boleh dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah,
arahan atau petunjuk yang difikirkannya perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan
tatatertib di dalam asrama.
42.2 Perintah, arahan atau petunjuk itu boleh secara amnya terpakai bagi semua atau sesuatu kelas
atau perihal pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap
pelajar yang kepadanya perintah, arahan atau petunjuk itu terpakai untuk mematuhi dan
melaksanakan perintah arahan atau petunjuk itu.
42.3 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh pada bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib,
mengenakan hukuman tatatertib terus ke atas mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana
perintah, arahan atau petunjuk.
42.4 Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke atas pelajar, Pihak Berkuasa
Tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan
memberinya satu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan
dengan kesalahan itu.
42.5 Setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam Peraturan 46.3, Pihak Berkuasa Tatatertib
dengan serta merta menyerahkan kepada pelajar suatu notis tentang pengenaan hukuman itu
dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
17
BAHAGIAN IV
PERATURAN KHAS ASRAMA
43.0 Meninggalkan asrama
43.1 Pada bila-bila masa dalam semester, penghuni tidak dibenarkan menarik diri keluar dari asrama,
kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa Asrama.
44.0 Bertukar bilik
44.1 Setiap penghuni mestilah menetap dalam bilik yang dikhaskan kepadanya. ini adalah penting
bagi memudahkan hubungan daripada keluarga jika berlaku sesuatu kecemasan, dan
memudahkan hubungan dengan pihak pentadbiran asrama bagi sesuatu urusan. OIeh itu
seseorang penghuni tidak dibenarkan bertukar bilik pada bila-bila masa tanpa izin daripada Ketua
Pegawai Eksekutif.
44.2 Penghuni tidak dibenarkan memberi tumpangan kepada tetamu di mana-mana bilik dalam
asrama. Jika ada tetamu yang menumpang dalam bilik seseorang penghuni, maka
tanggungjawab ke atas kesalahan ini ialah penghuni berkenaan. Kesalahan dan tanggungjawab
ini akan menjadi lebih besar jika tetamu yang menumpang itu melanggar mana-mana dan
peraturan tatatertib asrama.
45.0 Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap
45.1 Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang
pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri.
45.2 Peraturan 45.1 tidak terpakai:-
45.2.1 Bagi seseorang kakitangan yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud
menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab; atau
45.2.2 Bagi pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki bilik itu untuk melawat
bagi maksud sosial biasa.
45.3 Maka hendaklah menjadi kewajipan seseorang pelajar menetap untuk memastikan bahawa
sekatan dalam Peraturan ini betul-betul dipatuhi.
45.4 Seseorang pelajar dilarang membawa masuk atau menumpangkan pihak luar bermalam di unit
masing-masing. Denda sebanyak Ringgit Malaysia sepuluh beserta denda kerohanian akan
dikenakan jika sabit kesalahan.
46.0 Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu
46.1 Jika seseorang pelajar diperuntukkan sebuah bilik di asrama untuk tinggal oleh Kolej, dia tidak
boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran terdahulu secara bertulis
yang diberi oleh atau bagi Pihak Berkuasa Asrama.
47.0 Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu
47.1 Seseorang pelajar menetap tinggal di asrama mengikut budi bicara dan kehendak Pihak
Berkuasa Asrama.
47.2 Pihak berkuasa asrama boleh menghendaki seseorang pelajar menetap mengosongkan biliknya
di asrama atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Kolej pada bila-bila
masa tanpa memberi apa-apa alasan.
18
47.3 Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan biliknya di asrama ditukarkan di
bawah Peraturan 47.2, dia hendaklah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kolej mengeluarkan
semua barang kepunyaannya dari bilik yang dikehendaki mengosongkan.
48.0 Harta benda asrama dalam bilik
48.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap penghuni memelihara keselamatan harta benda yang
disediakan dalam bilik/dorm. Penghuni adalah bertanggungjawab sekiranya barang barang yang
disediakan oleh asrama itu hilang atau rosak, dan penghuni dikenakan bayaran ganti rugi atas
kehilangan atau kerosakan itu mengikut kadar yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif
atau mengikut kadar harga barang-barang itu di pasaran.
48.2 Perabot atau lain-lain kelengkapan tidak boleh dipindahkan dan bilik atau dorm. Perabot dan
kelengkepan yang disediakan tidak boleh digunakan untuk tujuan selain yang telah dimaksudkan
dan ditetapkan.
48.3 Sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan ke atas harta benda asrama dan tiada siapa yang
mengaku, arahan untuk ganti rugi dan tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas semua ahli unit
penginapan.
48.4 Penghuni yang memerlukan sesuatu barang untuk diperbaiki atau diganti dalam biliknya
hendaklah menggunakan borang tertentu yang boleh didapati dari pejabat pentadbiran.
Kerosakan barang-barang seperti kerusi, almari, katil, tilam, meja dan kipas hendaklah dilaporkan
kepada Penyelia Asrama di kawasan masing-masing, atau Pegawai Pembangunan yang
bertugas manakala peralatan selain daripada yang disebutkan di atas hendaklah dilaporkan
kepada pihak pengurusan Apartment UNITI Village melalui buku aduan kerosakan yang telah
disediakan.
49.0 Kunci bilik
1.1 Penghuni adalah dilarang keras memasang lain-lain jenis kunci atau mangga dan sebagainya
pada pintu bilik, kecuali yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Asrama. Penggunaan kunci atau
mangga pintu unit kediaman dari pihak pelajar sendiri perlukan permohonan dari pihak penyelia
asrama. Sekiranya dibenarkan, adalah menjadi tanggungjawab penghuni unit tersebut untuk
menyerahkan satu salinan kunci ke unit asrama. Kegagalan untuk patuh akan menyebabkan
tindakan tatatertib termasuk denda dikenakan ke atas penghuni bilik tersebut.
1.2 Sebelum meninggalkan asrama pada penghujung semester, kunci bilik hendaklah dipulangkan
ke pejabat pada atau sebelum tarikh yang ditentukan oleh Kolej UNITI. Kegagalan untuk patuh
akan menyebabkan tindakan tatatertib termasuk denda dikenakan ke atas penghuni bilik
tersebut.
2.0 Kebersihan bilik
2.1 Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, maka oleh itu penghuni adalah bertanggungjawab
ke atas kebersihan dan kekemasan bilik / dorm masing-masing. Oleh itu adalah menjadi larangan
untuk menampal sebarang kertas atau notis atau apa sahaja dengan apa cara juga pun di mana-
mana tempat dalam bilik, kecuali pada papan lembut yang dikhaskan untuknya. Setiap penghuni
hendaklah memastikan unit masing-masing sentiasa kemas dan bersih setiap masa, terutamanya
apabila terima arahan untuk mengosongkan unit.
19
3.0 Harta benda penghuni
3.1 Setiap penghuni hendaklah sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab mengenai keselamatan
harta benda kepunyaan mereka. Adalah mustahil bagi pihak asrama dapat memberi pengawasan
kepada keselamatan harta benda setiap penghuni dan dengan itu pihak asrama tidak
bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda tersebut.
Walaubagaimanapun setiap kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Unit
Perkhidmatan Mahasiswa Kolej UNITI (STUSERV) atau Felo bertugas.
3.2 Setiap penghuni hendaklah mengeluarkan semua harta benda kepunyaanya dari biliknya pada
akhir setiap sesi pengajian.
3.3 Pada cuti pertengahan semester penghuni boleh menguncikan barang kepunyaannya dalam
almarinya, kecuali diarahkan yang sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Asrama. Dalam keadaan ini
pihak asrama berhak mengeluarkan harta benda penghuni yang masih disimpan di dalam
biliknya dan pihak asrama tidak bertanggungjawab jika barang barang ini hilang atau rosak.
20
BAHAGIAN V
PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN BEKALAN AIR
4.0 Penggunaan tenaga dan alat eletrik
4.1 Setiap pelajar hendaklah mengelak dari melakukan pembaziran tenaga elektrik dengan
memastikan alat elektrik, suis lampu dan kipas, dan mana-mana alat yang menggunakan tenaga
elektrik ditutup jika tidak digunakan.
4.2 Menyambung bekalan elektrik, lampu, kipas, dan alat-alat elektrik di dalam premis asrama adalah
merbahaya dan dilarang.
5.0 Penggunaan kemudahan air
5.1 Setiap pelajar hendaklah mengelak dari melakukan pembaziran bekalan air dengan memastikan
paip air dan mana-mana alat yang menggunakan tenaga elektrik ditutup jika tidak digunakan.
6.0 Menyimpan alat elektrik.
6.1 Sebarang alat yang menggunakan tenaga elektrik, melainkan yang disediakan oleh asrama,
adalah dilarang disimpan di dalam bilik kecuali dengan kelulusan diberikan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif. Penggunaan “rice cooker” atau penunu elektrik atau gas adalah DILARANG KERAS
daripada menggunakannya di asrama.
7.0 Barangan elektrik dan masakan
7.1 Tiada barangan elektrik dan alat-alat lain bagi tujuan memasak dibenarkan untuk dibawa dan
digunakan di dalam premis kolej.
7.2 Selain dari alat elektrik tersenarai yang dibenarkan dan telah didaftar adalah dilarang dari
menggunakannya di asrama.
7.3 Berikut adalah senarai alat elektrik yang dibenarkan, serta yuran pendaftaran dan yuran utilit
yang ditetapkan oleh Kolej:-
Bil. Nama Peralatan Yuran Pendaftaran Bagi Setiap Sesi Pengajian
1. Semua Jenis Komputer RM 10.00
2. Cerek RM 10.00
3. Saterika RM 10.00
4. Kipas RM 10.00
5. Radio RM 10.00
21
BAHAGIAN VI
BILIK MANDI DAN TANDAS
8.0 Kebersihan
8.1 Pantri, bilik mandi dan tandas adalah tempat-tempat yang mudah kotor. Oleh kerana tempat-
tempat ini adalah sangat hampir dengan bilik-bilik penghuni, maka kebersihannya perlu sentiasa
dikawal. Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni menentukan tempat-tempat ini tidak
disalahgunakan dan di kotorkan, dan keadaannya mestilah bersih setiap masa.
8.2 Tuala wanita hendaklah dibuang di bekas sanitari yang telah disediakan.
9.0 Paip air
9.1 Paip-paip air di bilik mandi .mestilah ditutup semula selepas digunakan. Adalah menjadi
tanggungjawab semua penghuni supaya menjimatkan penggunaan air setiap masa.
9.2 Sekira seseorang pelajar itu didapati bersalah di atas kesalahan membazir air, tindakan tatatertib
akan dikenakan termasuk denda dan arahan untuk membayar gantirugi.
10.0 Penggunaan tandas
10.1 Segala benda atau kertas, kecuali kertas tisu, tidak boleh dimasukkan ke dalam takung
tandas.
10.2 Selepas menggunakan tandas maka serta merta air mestilah dipam bagi mencuci takung
tandas.
22
BAHAGIAN VII
PERATURAN PENAMPILAN PELAJAR
11.0 Objektif
11.1 Peraturan Penampilan Pelajar yang digariskan oleh Pihak Pentadbiran adalah salah satu
panduan dan tatacara berpakaian yang sesuai bagi pelajar Kolej UNITI. Peraturan ini juga
bertujuan untuk menjaga nama baik Kolej. Antara tujuan Peraturan ini diperkenalkan adalah
untuk membentuk suasana kampus yang harmoni, tenteram, berdisiplin dan mempunyai
kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Kolej sebagai sebuah institusi pengajian
tinggi pembelajaran ilmu.
12.0 Peraturan am
12.1 Seseorang pelajar muslim hendaklah menutup aurat seperti yang digariskan di dalam Islam
termasuk tidak memakai pakaian yang menampakkan susuk badan, menjolok mata dan
keterlaluan.
12.2 Seseorang pelajar bukan muslim hendaklah memakai pakaian yang sopan dan beretika
termasuklah pakaian yang tidak menampakkan susuk badan, menjolok mata dan keterlaluan.
12.3 Semua pelajar diwajibkan memakai kad matrik sepanjang berada di kawasan kampus dan
bertukar kad matrik adalah tidak dibenarkan, kecuali semasa menyertai aktiviti sukan.
12.4 Setiap pelajar dilarang memakai pakaian yang melambangkan sebarang pertubuhan, kumpulan,
organisasi atau simbol yang berunsurkan politik , kontroversi dan unsur-unsur yang bertentangan
dengan moral dan etika yang tidak baik, kecuali dalam keadaan yang tertentu dan setelah
mendapat kebenaran daripada pengurusan Kolej.
12.5 Setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan
Unit Perkhidmatan Mahasiswa Kolej UNITI (STUSERV), Bahagian Ehwal Akademik, jabatan-
jabatan, pusat pentadbiran di kampus, dan sebagainya.
12.6 Setiap siswa dibenarkan untuk memakai purdah kecuali ketika menghadiri kuliah pengajian, sesi
ujian, peperiksaan akhir, dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengesahan identiti bagi
mengelakkan sebarang penyamaran, kecuali dibenarkan oleh pihak pengajur, pensyarah kuliah,
pegawai bertugas dan indvidu-invidu yang diberikan kuasa untuk membuat pengesahan tersebut.
13.0 Pakaian pelajar
13.1 Seseorang pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian yang bersih, kemas, sopan, sesuai
mengikut keadaan dan beretika.
23
13.2 Seseorang pelajar hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan:-
13.2.1 Bagi majlis rasmi anjuran atau kerjasama bersama Kolej, atau majlis rasmi yang
melibatkan kakitangan, atau / dan pelajar Kolej, seseorang pelajar lelaki hendaklah
memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju batik, baju kemeja berkolar dan
berlengan panjang, tai yang sesuai dan tidak menonjol, seluar ‘slack’ panjang yang
berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki
yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; seseorang pelajar perempuan muslim
hendaklah memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju kurung yang sesuai,
tudung bewarna putih atau cerah, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna
hitam; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian
formal seperti baju rasmi Kolej, baju kurung yang sesuai, baju kemeja berkolar yang
sesuai, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna
hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam.
Sebarang penutup kepala adalah dilarang kecuali dengan kebenaran.
13.2.2 Bagi kuliah pengajian, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian formal
seperti baju batik, baju kemeja berkolar dan berlengan panjang, tai yang sesuai dan tidak
menonjol, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi
berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna
hitam; seseorang pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti
baju kurung yang sesuai, tudung-tudung yang dibenarkan, sarung kaki yang sesuai, dan
kasut rasmi berwarna hitam; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah
memakai pakaian formal seperti baju kurung yang sesuai, baju kemeja berkolar yang
sesuai, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna
hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam.
13.2.3 Bagi aktiviti kerohanian, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian yang
sesuai seperti baju melayu biasa, baju melayu sepasang, samping, kain pelekat, seluar
‘slack’ panjang yang sesuai, kopiah, songkok dan alas kaki yang sesuai; seseorang
pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti telekong,
baju kurung yang sesuai, tudung yang sesuai, dan alas kaki yang sesuai; dan seseorang
pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti baju
kurung, pakaian-pakaian yang sopan, tidak menampakkan susuk badan, dan tidak
menjolok mata, dan alas kaki yang sesuai.
13.2.4 Bagi aktiviti sukan dan aktiviti luar seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian
sukan seperti baju sukan Kolej, baju T-shirt yang sesuai tanpa tulisan dan gambar yang
berimej negatif, seluar sukan panjang yang sesuai, sarung kaki sukan dan kasut sukan
yang sesuai; seseorang pelajar perempuan hendaklah memakai pakaian seperti baju
sukan Kolej, baju T-shirt yang sesuai tanpa tulisan dan gambar yang berimej negatif,
seluar sukan panjang yang sesuai, sarung kaki sukan dan kasut sukan yang sesuai,
serta wajib bertudung yang sesuai bagi pelajar perempuan muslim.
13.3 Bagi waktu di luar keadaan yang dinyatakan di dalam Peraturan 61.2.1 sehingga Peraturan
61.2.4, seseorang pelajar hendaklah patuh kepada garis panduan yang tersedia di dalam
Peraturan Penampilan Pelajar. Sila rujuk kepada Lampiran yang disediakan.
13.4 Seseorang pelajar digalakkan memakai pakaian kebangsaan pada hari Jumaat.
13.5 Sebarang penutup kepala adalah dilarang kepada seseorang pelajar lelaki kecuali jika perlu
seperti ketika aktiviti sukan dan aktiviti luar dan dengan kebenaran pihak berkaitan.
13.6 Pakaian selain yang digariskan oleh di dalam Peraturan Penampilan Pelajar adalah dilarang
kecuali dengan kebenaran pihak pensyarah bagi kuliah, penganjur majlis bagi majlis rasmi, Pihak
Berkuasa Asrama, Pihak Berkuasa Tatatertib, dan Pihak Pentadbiran.
24
13.7 Seseorang pelajar adalah dilarang memakai pakaian seperti berikut di luar bilik kediaman:
13.7.1 Memakai pakaian yang mendedah aurat bagi pelajar muslim seperti tidak bertudung,
memakai skirt pendek, berseluar pendek dan sebagainya.
13.7.2 Memakai pakaian yang menampakkan susuk badan dan menjolok mata.
13.7.3 Memakai pakaian yang keterlaluan dan fesyen luar biasa seperti memakai tindik, subang
dan rantai bagi pelajar lelaki, memakai tattoo kekal atau sementara di mana-maa
anggota badan.
13.7.4 Memakai pakaian yang kotor, selekeh, sebarangan, melampau, memberi imej negatif,
canggung, tidak sesuai mengikut keadaan, tidak bermutu dan bertentangan dengan
Peraturan Penampilan Pelajar.
13.8 Seseorang pelajar lelaki dilarang berpakaian menyerupai wanita dan seseorang pelajar
perempuan dilarang berpakaian menyerupai lelaki.
14.0 Rambut, misai dan janggut
14.1 Seseorang pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi.
14.2 Seseorang pelajar dilarang menyimpan rambut panjang berdasarkan pemerhatian dan ketetapan
kolej.
14.3 Seseorang pelajar dilarang mewarnakan rambut.
14.4 Seseorang pelajar lelaki hendaklah memastikan rambut tepi atau ‘side-burn’ tidak melebihi
tengah hidung.
14.5 Seseorang pelajar lelaki hendaklah memastikan rambut belakang mereka tidak melepasi kolar
baju, rambut tepi mereka tidak melebihi garisan bawah dua cuping, bahagian depan tidak
melebihi dahi.
14.6 Seseorang pelajar dilarang menghias atau menggayakan rambut, misai dan janggut keterlaluan.
14.7 Seseorang pelajar lelaki hendaklah menjaga misai dan janggut mereka dengan kemas dan rapi.
14.8 Seseorang pelajar hendaklah memastikan misai mereka tidak menutup mulut mereka.
15.0 Penafian perkhidmatan dan tempat penguatkuasaan
15.1 Setiap pelajar adalah merupakan pelanggan Kolej. Pihak Pentadbiran berhasrat memberikan
layanan atau perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Sekiranya pelajar tersebut tidak
mematuhi etika penampilan pemakaian, pelajar tersebut tidak akan dilayan dan dinafikan
perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan, pejabat jabatan, pusat pentadbiran, jabatan-
jabatan, dewan utama, dewan dan bilik kuliah.
16.0 Hukuman
16.1 Pelanggaran Peraturan Penampilan Pelajar boleh disabitkan dengan hukuman berdasarkan
Arahan Tetap Kolej UNITI.
25
BAHAGIAN VIII
YURAN, WANG PERKHIDMATAN DAN SAMAN
17.0 Yuran-yuran yang ditetapkan
17.1 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar KU membayar setiap yuran yang ditetapkan oleh KU.
Adalah menjadi hak KU juga, menahan keputusan peperiksaan mana-mana pelajar yang gagal
membayar mana-mana yuran yang ditetapkan oleh KU.
17.2 Setiap pelajar Kolej hendaklah membayar setiap yuran yang ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran.
Yuran yang ditetapkan adalah termasuk yuran pengajian dan yuran asrama.
17.3 Pihak Pentadbiran berhak untuk menahan keputusan peperiksaan bagi pelajar yang gagal
membayar mana-mana yuran yang ditetapkan oleh Kolej.
18.0 Bayaran sebagai penghuni
18.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjelaskan segala yuran asrama seperti
yang ditetapkan oleh Kolej, pada awal semester kepada Bendahari Kolej atau sesiapa yang
diberi kuasa olehnya untuk memungut bayaran tersebut. Resit-resit bayaran ini hendaklah
ditunjukkan bila diminta oleh Pihak Berkuasa Asrama.
18.2 Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjelaskan yuran perkhidmatan am
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Asrama pada hari pendaftaran masuk asrama.
19.0 Saman dan denda
19.1 Setiap saman yang dikeluarkan oleh pihak Kolej UNITI kepada pelajar-pelajar yang melakukan
kesalahan, hendaklah dijelaskan saman tersebut dalam masa 3 hari selepas dan tarikh saman
dikeluarkan. Pihak Kolej berhak menahan keputusan peperiksaan pelajar bagi mana-mana
pelajar yang gagal menjelaskan saman.
19.2 Tiap-tiap penghuni yang lewat memulangkan kunci biliknya pada akhir semester, atau pada
masa-masa yang ditentukan oleh Pihak Berkuäsa Asrama, akan dikenakan denda atas kadar
yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Asrama, mulai dan tarikh yang ditentukan untuk
memulangkan kunci tersebut.
19.3 Setiap pelajar Kolej hendaklah menjelaskan saman dan denda yang telah dikenakan ke atas
kesalahan yang dilakukan di bawah Arahan Tetap Kolej UNITI.
19.4 Pihak Pentadbiran berhak mengeluarkan arahan sekatan ke atas pendaftaran pengajian
semester baru, kemasukan peperiksaan akhir, keputusan peperiksaan akhir atau pengambilan
sijil tamat pengajian bagi pelajar yang gagal menjelaskan mana-mana saman dan denda yang
telah dikenakan.
26
BAHAGIAN IX
TINGKAHLAKU PELAJAR
20.0 Berkelakuan sopan
20.1 Penghuni-penghuni asrama dikehendaki sentiasa berkelakuan sopan dalam semua keadaan.
Bertanggungjawab dan berfikiran waras demi menjaga nama baik Kolej UNITI.
20.2 Penghuni-penghuni asrama yang menggunakan bilik-bilik umum, bilik-bilik tetamu dan dewan
makan hendaklah berpakaian sopan, bersih dan lengkap.
21.0 Suasana tenang dan senyap
21.1 Suasana tenang hendaklah diwujudkan di asrama antara 12.00 malam hingga 7.00 pagi.
Penghuni-penghuni dilarang membuat bising dengan apa cara juga pun pada sebarang masa
dan mereka haruslah sedar dan bertimbang rasa akan ketenteraman orang lain.
21.2 Sebarang benda atau alat elektronik yang mengeluarkan bunyi atau dicipta untuk
mengeluarkan bunyi bagi tujuan hiburan seperti computer dan radio, dan alat-alat lain
yang disenaraikan dan dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Asrama untuk dibawa ke asrama,
tidak boleh dimainkan di asrama kecuali dalam bilik rehat dan hanya pada jam 7.00 pagi
hingga 9.00 pagi dan jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Sekatan ini adalah
dikecualikan pada hari-hari cuti umum.
22.0 Tindak balas sendiri
22.1 Sekiranya penghuni tidak puas hati terhadap seseorang penghuni lain ia tidak boleh bertindak
sendiri secara langsung.
23.0 Kawasan larangan
23.1 Semua blok asrama siswi adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar siswa dan
sebaliknya semua blok asrama siswa pula menjadi kawasan larangan kepada pelajar siswi.
24.0 Aktiviti sosial dan ceramah
24.1 Sebarang bentuk aktivili sosial adalah tidak dibenarkan di kawasan penginapan tanpa kebenaran
Ketua Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI (JPM) dan Ketua Felo Asrama.
24.2 Sebarang bentuk ceramah dan apa juga kegiatan yang melibatkan orang atau orang-orang luar
dan Kolej UNITI mestilah mendapat izin dari Ketua Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI
(JPM) dan Ketua Felo Asrama.
24.3 Jika sesuatu kegiatan itu adalah dalam bentuk ceramah, didikan atau tunjuk ajar Agama Islam,
maka orang atau orang-orang luar itu mestiah menepati dan mematuhi syarat-syarat dan
peraturan-peraturan berikut:
24.3.1 Mereka mempunyai surat tauliah mengajar yang sah dan Jabatan Agama Islam Negeri
Sembilan.
24.4 Mereka mempunyai surat kebenaran masuk dan kebenaran memberi ceramah daripada
Ketua Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI (JPM).
24.5 Mereka mempunyai surat kebenaran menggunakan tempat berceramah daripada Ketua
Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI (JPM).
27
24.6 Isi ceramah tidak menyentuh isu-isu politik setempat, tidak mencaci atau memfitnah
mana mana pihak dan tidak membawa pengertian yang boleh disifatkan sebagai
memecah belah umat Islam.
24.7 Semua kegiatan hendaklah di dalam bentuk kegiatan agama, kecuali yang tertakluk kepada fasal
37 (3) di atas dan Artikel II dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
25.0 Larangan bergaduh
25.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan suatu pergaduhan atau
terlibat di dalam suatu pergaduhan atau melakukan sesuatu yang menyebabkan pergaduhan
dengan pelajar lain atau dalam kumpulan atau individu lain di dalam dan di luar Kampus.
26.0 Larangan memukul
26.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan seseorang individu lain
atau kumpulan lain dipukul, atau terlibat di dalam suatu perbuatan memukul, atau melakukan
sesuatu yang menyebabkan suatu perbuatan memukul di dalam dan di luar kampus.
27.0 Larangan membuli
27.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan seseorang individu lain
atau kumpulan lain dibuli, atau terlibat di dalam suatu perbuatan membuli, atau melakukan
sesuatu yang menyebabkan suatu perbuatan membuli di dalam dan di luar kampus.
28
BAHAGIAN X
HAL-HAL LAIN
28.0 Sakit
28.1 Sebarang jenis kecemasan, sama ada di dalam bentuk penyakit dan kemalangan hendaklah
dilaporkan serta-merta kepada Felo bertugas.
28.2 Setiap pelajar yang mempunyai sejarah penyakit atau penyakit jenis kekal bertanggungjawab
untuk mengemukakan sebarang bukti atau dokumen perubatan.
28.3 Adalah menjadi larangan kepada setiap penghuni yang menghidap penyakit yang berjangkit
untuk terus tinggal dalam asrama kecuali dengan persetujuan Ketua Pegawai Eksekutif atau
Ketua Felo.
28.4 Peti pertolongan cemas boleh didapati di rumah Felo.Peti pertolongan cemas yang disediakan di
asrama mestilah digunakan dengan cermat dan tidak dipindahkan ke tempat lain, dan tempatnya
yang asal.
28.5 Pihak kolej berhak untuk mengarah seseorang pelajar pulang sekiranya penyakit yang
dihidapinya tergolong di dalam penyakit berjangkit dan penyakit yang boleh menyebabkan panik
di dalam kawasan kolej, termasuk histeria.
28.6 Sekiranya arahan tersebut dikeluarkan, pihak kolej akan menasihati penjaga pesakit tersebut
untuk membawa pulang anak jagaan mereka. Sekiranya terdapat keadaan di mana penjaga
tersebut tidak dapat menghantar, kos penghantaran tersebut akan ditanggung oleh pesakit
tersebut sekiranya pihak kolej yang menghantar.
28.7 Bayaran bagi kos perubatan, perubatan susulan dan pengangkutan ke hospital atau klinik adalah
ditanggung sepenuhnya oleh pelajar tersebut.
29.0 Pelawat dan bilik tetamu
29.1 Pelawat-pelawat boleh dilayani di bilik tetamu sahaja. Para penghuni hendaklah memberi
kerjasama supaya pelawat meninggalkan asrama sebelum jam 7.00 malam.
29.2 Bilik-bilik umum dan bilik tetamu adalah dikunci dan lampu-lampu dipadam pada jam 11.00
malam.
30.0 Penjaja
30.1 Penjaja-penjaja tidak dibenarkan menjaja di kawasan asrama kecuali dengan kebenaran
daripada Ketua Pegawai Eksekutif.
30.2 Setiap pelajar dilarang dari berniaga tanpa kebenaran pihak pentadbiran.
31.0 Meletak kenderaan
31.1 Pelajar / penghuni di Apartment UNITI Village boleh meletakkan kenderaan di tempat yang di
khaskan. Adalah menjadi larangan bagi mana-mana penghuni meletakkan kenderaan terutama
motosikal di kaki lima tangga yang menghala ke setiap unit di sesuatu blok. Ini bagi menjamin
keselamatan penghuni untuk keluar dari unit sewaktu berlaku sesuatu kecemasan di bawah blok
asrama.
31.2 Kawasan Dewan Kolej UNITI, Pentadbiran dan Blok Akademik adalah kawasan larangan bagi
kenderaan pelajar. Pelajar mesti meletakkan kenderaannya di tempat yang dikhaskan.
29
32.0 Ganti rugi harta benda asrama dan kolej
32.1 Semua penghuni asrama adalah bertanggungjawab memelihara harta benda asrama dari
diganggu, dirosak atau dihilangkan. Sesiapa yang merosakkan harta benda asrama, mana mana
bahagian bangunan asrama, atau lain-lain yang menjadi milik kolej adalah melakukan kesalahan
tatatertib, dan pihak berkuasa asrama atau kolej berhak menuntut ganti rugi daripada pelajar
tersebut tanpa dibicarakan kesnya, atas kadar harga yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif atau atas kadar harga pasaran sebagai menggantikan kerugian pihak asrama dan
kolej.
33.0 Larangan merokok
33.1 Kawasan Kolej UNITI adalah kawasan larangan merokok. OIeh itu setiap pelajar dan penghuni
adalah dilarang merokok di mana-mana kawasan tersebut. Arahan ini juga tertakluk dan
digunapakai ke atas individu atau kumpulan yang datang dari luar.
34.0 Kegiatan suaikenal
34.1 Program suaikenal adalah terhad kepada pelajar baru yang disusun oleh pihak Kolej UNITI
secara rasmi dalam Minggu Jalinan Mesra.
34.2 Kegiatan sualkenal di luar dari program rasmi kolej tersebut yang dilakukan atas apa nama pun
dan dalam apa jenis bentuk pun, adalah dilarang dan diharamkan dan tindakan tatatertib boleh
diambil kepada sesiapa yang bersalah melanggar arahan ini.
34.3 Perbuatan suaikenal, walaupun secara lembut untuk tujuan berkenalan, boleh disalahgunakan
dan oleh itu diharamkan.
34.4 Kegiatan suaikenal adalah ditafsir secara umum dilakukan oleh seseorang pelajar senior atau
kumpulan pelajar senior ke atas seorang pelajar baru atau satu kumpulan pelajar baru di mana
pelajar itu dipaksa, atau secara tidak langsung terpaksa, atau dengan apa-apa juga yang boleh
dianggap sebagai paksaan, untuk melakukan sesuatu dengan lisan atau perbuatan atau kedua-
duanya sekali, dimana kelakuan seperti itu pada umumnya tidak dilakukan dalam pertemuan
perkenalan biasa. Kuasa untuk menganjurkan kegiatan suaikenal terletak hanya ke atas
Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
30
BAHAGIAN XI
PERATURAN LALU LINTAS JALAN RAYA
35.0 Kebenaran membawa kenderaan
35.1 Seseorang pelajar yang bercadang untuk menyimpan, atau mempunyai, memiliki kenderaan
motor hendaklah memohon kebenaran daripada Pihak Pentadbiran.
35.2 Permohonan tersebut hendaklah dengan mengisi borang dengan melampirkan salinan lesen
serta cukai perjalanan kenderaan tersebut.
35.3 Kenderaan yang dibawa masuk adalah di atas tanggungjawab pendaftar kenderaan, meskipun
ianya dipandu atau digunakan oleh individu lain.
35.4 Setiap pemilik kenderaan tersebut perlulah menampal atau meletakkan pelekat kenderaan
masing-masing.
35.5 Setiap kenderaan perlulah memperbaharui permohonan tersebut bagi tujuan pembaharuan
setiap tahun.
35.6 Setiap permohonan boleh dibatalkan oleh Pihak Pentadbiran sekiranya tidak berpuas hati
dengan pemilik kenderaan itu di atas sebab yang munasabah.
35.7 Kenderaan yang tidak berdaftar dan tidak mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbiran tidak
akan dibenarkan masuk.
36.0 Daftar kenderaan motor
36.1 Setiap pelajar hendaklah mendaftarkan kenderaan yang dimiliki atau dipunyai hanya di dalam
Kolej.
37.0 Had laju
37.1 Pelajar adalah tidak dibenarkan memandu kenderaan bermotor di dalam kampus melebihi
kelajuan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran.
38.0 Kawasan pemanduan di kampus
38.1 Pelajar hanya boleh memandu kenderaan motor di mana-mana jalan raya selain dari bahagian
jalan yang digunakan sebagai laluan pelajar yang berjalan kaki, bahu jalan, tepi rumput, lorong
jalan kaki, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau mana-mana bahagian bangunan atau
tempat lain.
39.0 Tempat letak kenderaan
39.1 Pelajar hendaklah meletakkan kenderaan pada tempat khas yang telah disediakan dan
hendaklah meletakkannya secara yang tidak mendatangkan bahaya atau halangan atau
kesulitan kepada kenderaan lain.
39.2 Setiap pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di tempat atau ruang letak, petak
kenderaan yang dikhaskan bagi kenderaan tertentu.
39.3 Seseorang pelajar dilarang meletakan apa-apa kenderaan di bawah blok dan di kawasan laluan
blok seperti motorsikal dan kereta, kecuali basikal.
31
40.0 Membonceng
40.1 Seorang pelajar yang membonceng motosikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada
seorang di atas motosikal itu dan tidak dibenarkan membonceng bersama berlainan jantina.
41.0 Arahan dan isyarat lalu lintas
41.1 Semua pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas yang telah ditetapkan oleh Pihak
Pentadbiran.
42.0 Lesen memandu dan kad pelajar
42.1 Mana-mana pelajar yang memandu sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa
bersamanya lesen memandu yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan
1987 [Akta 333], cukai jalan yang tidak tamat tempoh dan kad pelajar.
43.0 Halangan kepada aliran lalu lintas
43.1 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara, atau melakukan apa-apa
perbuatan, termasuk pemanduan dan perbuatan yang mendatangkan bahaya, yang menghalang
atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kampus.
44.0 Pelekat kenderaan
44.1 Setiap pelajar yang telah mendapat kebenaran untuk membawa kenderaan ke dalam kampus
hendaklah menampal pelekat kenderaan di bahagian yang boleh dilihat dari hadapan. Pelekat
tersebut boleh didapati dari Pihak Pentadbiran.
45.0 Pemakaian topi dan tali pinggang keledar
45.1 Setiap pelajar diwajibkan memakai topi keledar sama ada yang memandu kenderaan,
pembonceng serta memakai tali pinggang keledar bagi kenderaan motokar.
46.0 Hukuman tatatertib terus
46.1 Pihak Berkuasa Tatatertib atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai
Eksekutif boleh dari semasa ke semasa secara lisan, bertulis, atau apa-apa perintah, arahan,
atau petunjuk yang difikirkannya sesuai untuk menjaga keselamatan dan tatatertib lalu lintas di
dalam Kampus.
46.2 Pihak Berkuasa Tatatertib juga boleh pada bicaranya sebagai ganti prosiding tatatertib dengan
mengenakan tatatertib terus kepada pelajar dengan amaran atau denda.
32
BAHAGIAN XII
PROSEDUR TATATERTIB
47.0 Kesalahan
47.1 Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Arahan Tetap Kolej
UNITI, dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana gabungan dua atau
lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:-
47.1.1 Amaran;
47.1.2 Denda tidak melebihi dua ratus ringgit;
47.1.3 Dihalang berada pada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu di Kolej
bagi yang tempoh ditetapkan;
47.1.4 Digantung daripada menjadi seorang pelajar Kolej bagi tempoh yang ditetapkan; dan
47.1.5 Diberhentikan daripada pengajian.
48.0 Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib
48.1 Jika pada pendapat Pihak Berkuasa Tatatertib bahawa seorang pelajar telah melakukan suatu
kesalahan tatatertib di bawah Arahan Tetap Kolej UNITI ini, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah
memberitahu pelajar tentang kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan menghendaki pelajar itu
hadir di hadapannya di bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib.
49.0 Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib
49.1 Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib, dia hendaklah dengan
serta merta digantung sebagai pelajar dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau
memasuki Kampus. Penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga pelajar menawarkan
untuk hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan
oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.
50.0 Penjelasan fakta dan pengambil rayuan
50.1 Dalam prosiding tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menjelasan kepada pelajar
tentang fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar
membuat pengakuan atas kesalahan itu.
51.0 Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya
51.1 Jika pelajar mengaku bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menerangkan kepadanya
tentang fakta kes.
51.2 Jika pelajar mengaku tentang fakta ini dan Pihak Berkuasa Tatatertib berpuas hati bahawa suatu
kesalahan pada hakikatnya telah dilakukan daripada fakta tersebut, Pihak Berkuasa Tatatertib
hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib dan memintanya untuk
mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.
33
52.0 Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah
52.1 Jika pelajar mengaku bahawa dia tidak mengaku bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal
atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku akan fakta kes, Pihak Berkuasa Tatatertib
hendaklah memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa dokumen atau artikel lain yang
menyokong kes terhadap pelajar; pelajar hendaklah diminta menyoal saksi dan memeriksa apa-
apa dokumen atau artikel dan Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memeriksa semula saksi.
52.2 Bagi maksud Prosedur Tatatertib 6 (a), saksi hendaklah dipanggil untuk member keterangan
dalam pembicaraan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.
53.0 Keterangan pelajar
53.1 Selepas keterangan yang tersebut diterima dan Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa
ada suatu kes untuk dijawab, pelajar hendaklah diminta memberi keterangannya, memanggil
mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa artikel lain bagi
pembelaannya; Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal pelajar atau mana-mana daripada
saksi pelajar dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel, dan pelajar boleh memeriksa semula
mana-mana daripada saksinya itu.
54.0 Memanggil semula saksi
54.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula mana-mana saksi pada bila-
bila masa sebelum mengumumkan keputusannya.
55.0 Pengumuman keputusan
55.1 Selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan memeriksa dokumen atau artikel lain yang
dikemukakan di hadapannya, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengumumkan
keputusannya dalam kes itu, dan jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu memutuskan bahawa
bersalah atas kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah meminta pelajar
membuat apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya.
56.0 Mengenakan hukuman
56.1 Selepas pelajar mengemukakan hujah bagi meringankan hukumannya, Pihak Berkuasa
Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar satu daripada hukuman yang disenaraikan di
dalam Peraturan ini.
57.0 Jagaan dan pelupusan barang kes
57.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau eksibit atau artikel lain
yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya
disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan orang yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib itu.
57.2 Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah apabila tamat prosiding tatatertib di hadapannya, membuat
apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa dokumen
atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan prosiding tatatertib, dan
boleh mengarahkan supaya perintah itu mula berkuatkuasa sama ada secara serta merta atau
pada suatu masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu.
34
58.0 Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib
58.1 Pihak Berkuasa Tatatertib, hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat nota-nota
bertulis mengenai semua prosiding tatatertib di hadapannya tetapi nota-nota itu tidak perlu dibuat
kata demi kata.
59.0 Jagaan atau menyimpan nota
59.1 Nota-nota mengenai prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai
Eksekutif.
60.0 Daftar prosiding tatatertib
60.1 Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menyelenggara suatu daftar bagi semua prosiding tatatertib
yang dijalankan di bawah Peraturan ini, daftar itu hendaklah merekodkan nama pelajar, butir-butir
kesalahan tatatertib, kemajuan, perjalanan, prosiding, keputusan prosiding dan maklumat-
maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
61.0 Laporan prosiding kepada ibu, bapa dan sebagainya
61.1 Jika seseorang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Ketua Pegawai Eksekutif
hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang-
orang yang berikut:-
61.1.1 Ibu bapa atau penjaga pelajar.
61.1.2 Dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau badan penaja
biasiswa atau pemberi biasiswa.
61.1.3 Dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja kerajaan, kepada Ketua Jabatan pekerja
itu.
61.2 Bagi orang yang di dalam Prosedur Tatatertib 15 (a) (ii) dan (iii) hendaklah diberikan permohonan
nota prosiding tersebut disahkan setelah membayar denda yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif.
61.3 Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang disahkan berkenaan dengan mana-mana kes
tertentu hendaklah diberi oleh Naib Canselor kepada Menteri jika beliau berkehendakkan nota
prosiding itu.
62.0 Denda dan hukuman
62.1 Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan denda atau hukuman atau kedua-duanya sekali ke
atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menyatakan tempoh yang denda hendaklah
dibayar dan pelajar hendaklah membayar denda atau melaksanakan hukuman dalam tempoh
tersebut kepada bendahari.
62.2 Tempoh tersebut hendaklah tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh keputusan Pihak
Berkuasa Tatatertib.
63.0 Akibat tidak melaksanakan denda dan hukuman
63.1 Jika pelajar itu tidak membayar denda atau tidak melaksanakan hukuman atau kedua-duanya
sekali dalam tempoh yang telah ditetapkan, dia hendaklah dengan serta merta digantung
daripada menjadi pelajar Kolej dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki
kawasan kampus, pergantungan itu hendaklah sehingga denda dibayar.
35
64.0 Perintah membayar gantirugi
64.1 Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar, Pihak Berkuasa
Tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintah pelajar tersebut membayar pampasan
sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan kerosakan
pada mana-mana harta atau apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang.
64.2 Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah Peraturan ini tidak kira
sama ada harta yang rosak itu kepunyaan Kolej atau mana-mana orang lain.
64.3 Amaun pampasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah amaun yang adil
dan munasabah dengan mengambil kira semua hal perkara kes dan orang yang terlibat dalam
kes itu.
64.4 Pampasan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah dibayar kepada
Bendahari dalam tempoh yang telah ditetapkan.
64.5 Apa-apa pampasan yang kena bayar atau dibayar hendaklah tanpa menjejaskan hak mana-
mana orang untuk memulakan prosiding sivil dalam mahkamah undang-undang bagi kerosakan
atau pampasan berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan yang tersebut, atau
mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu.
65.0 Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib
65.1 Anggota Pihak Berkuasa Tatatertib.
65.2 Pelajar yang didakwa.
65.3 Ibu bapa atau penjaga pelajar.
65.4 Saksi semasa dia memberi keterangan atau apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Tatatertib;
dan
65.5 Mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh Pihak Berkuasa Tatatertib bagi apa-apa
sebab yang tertentu.
36
BAHAGIAN XIII
PROSEDUR RAYUAN
66.0 Notis rayuan
66.1 Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan suatu Pihak Berkuasa Tatatertib,
pelajar tersebut boleh memberi notis secara bertulis tentang niatnya untuk merayu terhadap
keputusan itu dengan memfailkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib suatu rayuan dalam dua
salinan dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya.
66.2 Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan-alasan rayuan.
67.0 Penyampaian rayuan kepada ketua pegawai eksekutif
67.1 Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah apabila menerima notis rayuan, mengemukakan notis
rayuan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif bersama dengan satu salinan nota prosiding
tatatertib.
68.0 Tindakan ketua pegawai eksekutif ke atas rayuan
68.1 Ketua Pegawai Eksekutif boleh menerima dokumen atau maklumat atau butir-butir lanjut yang
berhubungan dengan prosiding tatatertib.
68.2 Jika Ketua Pegawai Eksekutif menolak terus rayuan yang telah dikemukakan hendaklah
memaklumkan terus kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.
68.3 Jika Ketua Pegawai Eksekutif melantik suatu jawatankuasa bagi menimbangkan rayuan itu,
keputusan tersebut hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui Pihak Berkuasa Tatatertib.
69.0 Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman
69.1 Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuatkuasa sebagai menggantung pelaksanaan
hukuman yang dikenakan atau sebagai menggantung pembayaran apa-apa pampasan yang
diperintahkan dibayar, melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib atau Ketua Pegawai Eksekutif
mengarahkan sebaliknya.
37
BAHAGIAN XIV
BAHAGIAN AM
70.0 Kesalahan tatatertib
70.1 Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana Peraturan ini, atau mana-mana garis panduan,
arahan, petunjuk, sekatan, syarat, atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah Peraturan
ini, melakukan suatu kesalahan tatatertib.
70.2 Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana undang-undang, peruntukan, bahagian,
peraturan dan klausa di dalam undang-undang bertulis Malaysia, terutamanya undang-undang
jenayah, juga melakukan suatu kesalahan tatatertib.
71.0 Ketetapan badan di bawah kolej
71.1 Seseorang pelajar hendaklah patuh kepada segala ketetapan dalam segala aspek yang
berkaitan yang disediakan oleh jabatan-jabatan, fakulti-fakulti dan badan-badan lain yang diberi
kuasa untuk mengurus dan mentadbir.
72.0 Kadar denda dan hukuman
72.1 Bagi kadar denda dan hukuman bagi kesalahan dan tindakan yang bertentangan dengan
Peraturan ini hendaklah dirujuk kepada Kadar Denda dan Hukuman Kolej UNITI.
73.0 Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah
73.1 Tiada apa-apa jua dalan Peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana pelajar,
atau orang lain bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
38
BAHAGIAN XV
PINDAAN PERATURAN
74.0 Pindaan
74.1 Ketua Pegawai Eksekutif boleh membuat pindaan, perubahan dan tambahan dari masa ke
semasa kepada Arahan Tetap Kolej UNITI, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Tatatertib.
74.2 Kuasa untuk mempertimbangkan rayuan terakhir, iaiti selepas rayuan telah dibuat kepada
Mahkamah Rayuan Kolej UNITI, adalah terletak kepada Ketua Eksekutif Kolej UNITI. Ketua
Eksekutif mempunyai kuasa untuk menarik hukuman, meringankan hukuman, atau menambah
kadar atau tahap hukuman.

More Related Content

Viewers also liked

KERTAS KERJA DGAMES
KERTAS KERJA DGAMESKERTAS KERJA DGAMES
KERTAS KERJA DGAMES
Atikah_Aznan
 
Kertas kerja fear factor satakianz 2014
Kertas kerja fear factor satakianz 2014Kertas kerja fear factor satakianz 2014
Kertas kerja fear factor satakianz 2014
Farah Elriani
 
369 elaun elaun (1)
369 elaun elaun (1)369 elaun elaun (1)
369 elaun elaun (1)
ahmadmohd2786
 
Surat akuan dan kebenaran
Surat akuan dan kebenaranSurat akuan dan kebenaran
Surat akuan dan kebenaranShahrul Nizam
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5
FREE FILE DOWNLOAD
 
Surat akuan
Surat akuanSurat akuan
Surat akuan
So GoOd
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
ASMANIZA ABDULLAH
 
Pergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasi
Pergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasiPergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasi
Pergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasi
Nugroho Satrio S
 
Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015
Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015
Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015
Aminuddin Saad
 
Kertas Kerja Program
Kertas Kerja ProgramKertas Kerja Program
Kertas Kerja Program
Mysara Waheeda
 
Bahagian pengurusan asrama
Bahagian pengurusan  asramaBahagian pengurusan  asrama
Bahagian pengurusan asrama
Khairul Azam
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaAbdullah Mokhti
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerjasuju2403
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
mkazree
 

Viewers also liked (15)

KERTAS KERJA DGAMES
KERTAS KERJA DGAMESKERTAS KERJA DGAMES
KERTAS KERJA DGAMES
 
Kertas kerja fear factor satakianz 2014
Kertas kerja fear factor satakianz 2014Kertas kerja fear factor satakianz 2014
Kertas kerja fear factor satakianz 2014
 
369 elaun elaun (1)
369 elaun elaun (1)369 elaun elaun (1)
369 elaun elaun (1)
 
Surat akuan dan kebenaran
Surat akuan dan kebenaranSurat akuan dan kebenaran
Surat akuan dan kebenaran
 
Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5Dskp sejarah tahun 5
Dskp sejarah tahun 5
 
Surat akuan
Surat akuanSurat akuan
Surat akuan
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
Pergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasi
Pergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasiPergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasi
Pergub no 1 th 2016 pedoman rt-rw konsolidasi
 
Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015
Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015
Soalan sejarah tahun 5 penggal 1 2015
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Kertas Kerja Program
Kertas Kerja ProgramKertas Kerja Program
Kertas Kerja Program
 
Bahagian pengurusan asrama
Bahagian pengurusan  asramaBahagian pengurusan  asrama
Bahagian pengurusan asrama
 
Panduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerjaPanduan ringkas menulis kertas kerja
Panduan ringkas menulis kertas kerja
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 

More from Profil Modal Uniti

Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016
Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016
Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016
Profil Modal Uniti
 
Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)
Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)
Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)
Profil Modal Uniti
 
Memo Pengosongan Asrama Blok A UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok A UNITI VillageMemo Pengosongan Asrama Blok A UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok A UNITI Village
Profil Modal Uniti
 
Memo Pengosongan Asrama Blok B UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok B UNITI VillageMemo Pengosongan Asrama Blok B UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok B UNITI Village
Profil Modal Uniti
 
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015
Profil Modal Uniti
 
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015
Profil Modal Uniti
 
Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1
Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1
Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1
Profil Modal Uniti
 
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Profil Modal Uniti
 
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015 Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015
Profil Modal Uniti
 
Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015
Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015
Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015
Profil Modal Uniti
 
Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015
Profil Modal Uniti
 
Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14
Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14
Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14
Profil Modal Uniti
 
Memo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & Asrama
Memo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & AsramaMemo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & Asrama
Memo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & Asrama
Profil Modal Uniti
 
2015.07.06 gangguan bekalan elektrik di palm spring
2015.07.06   gangguan bekalan elektrik di palm spring2015.07.06   gangguan bekalan elektrik di palm spring
2015.07.06 gangguan bekalan elektrik di palm springProfil Modal Uniti
 
Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015Profil Modal Uniti
 
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Profil Modal Uniti
 
Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016
Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016
Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016
Profil Modal Uniti
 
Panduan Sembahyang Tarawih
Panduan Sembahyang TarawihPanduan Sembahyang Tarawih
Panduan Sembahyang Tarawih
Profil Modal Uniti
 
Memo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITI
Memo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITIMemo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITI
Memo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITI
Profil Modal Uniti
 

More from Profil Modal Uniti (20)

Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016
Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016
Pendaftaran Pelajar Semester Disember Sesi 2015 / 2016
 
Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)
Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)
Jadual Peperiksaan Akhir Sesi 2015 / 2016 (Ambilan Jun 2015) (Edaran Pelajar)
 
Memo Pengosongan Asrama Blok A UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok A UNITI VillageMemo Pengosongan Asrama Blok A UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok A UNITI Village
 
Memo Pengosongan Asrama Blok B UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok B UNITI VillageMemo Pengosongan Asrama Blok B UNITI Village
Memo Pengosongan Asrama Blok B UNITI Village
 
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 6 / 2015
 
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan September 2015
 
Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1
Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1
Memo Deposit Asrama & Kunci Asrama Bagi Pelajar Semester 1
 
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
 
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015 Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015
Tentatif Program Minggu Jalinan Mesra Kolej UNITI 5 / 2015
 
Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015
Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015
Takwim Akademik Semester 1 2015 /2016 bagi Pelajar Ambilan September 2015
 
Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Ogos 2015
 
Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14
Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14
Urusetia Majlis Konvokesyen Kolej UNITI Kali Ke-14
 
Memo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & Asrama
Memo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & AsramaMemo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & Asrama
Memo Perjumpaan bersama Ketua Unit Pengursan Pembangunan & Asrama
 
Memo penutupan kafeteria
Memo penutupan kafeteriaMemo penutupan kafeteria
Memo penutupan kafeteria
 
2015.07.06 gangguan bekalan elektrik di palm spring
2015.07.06   gangguan bekalan elektrik di palm spring2015.07.06   gangguan bekalan elektrik di palm spring
2015.07.06 gangguan bekalan elektrik di palm spring
 
Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015
Jadual Tugas Felo Bulan Julai 2015
 
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
Takwim Program Kadet UNITI untuk Pelajar Semester 1 Ambilan Jun 2015
 
Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016
Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016
Takwim Akademik Kolej UNITI Semester I 2015 / 2016
 
Panduan Sembahyang Tarawih
Panduan Sembahyang TarawihPanduan Sembahyang Tarawih
Panduan Sembahyang Tarawih
 
Memo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITI
Memo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITIMemo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITI
Memo Waktu Operasi Kafeteria Kolej UNITI
 

Recently uploaded

LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (8)

LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 

Arahan tetap asrama kolej uniti 2012

  • 1. 1 ARAHAN TETAP ASRAMA KOLEJ UNITI 2012 BAHAGIAN I PERMULAAN PERATURAN 1.0 Nama 2.0 Tafsiran BAHAGIAN II PERATURAN AM 3.0 Larangan am 4.0 Ketenteraman dan keselamatan asrama 5.0 Keharmonian dan kerukunan masyarakat pelajar dalam asrama 6.0 Menganjurkan perhimpunan 7.0 Pembesar suara 8.0 Sepanduk 9.0 Penerbitan, dokumen dan sebagainya 10.0 Kegiatan pelajar luar kampus 11.0 Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dan sebagainya 12.0 Representatif berhubungan dengan kolej 13.0 Bantahan pelajar terhadap kemasukan individu atau kumpulan ke dalam kampus 14.0 Kebersihan dan kesihatan 15.0 Membuat bising 16.0 Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental 17.0 Tempat tinggal atau tempat tidur dalam kampus 18.0 Memasuki bahagian atau bangunan kampus yang dilarang 19.0 Merokok 20.0 Disiplin 21.0 Akhlak kerohanian 22.0 Waktu curfew 23.0 Keingkaran 24.0 Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib BAHAGIAN III PERATURAN AM ASRAMA 25.0 Perkara am 26.0 Pengangkutan 27.0 Kuasa memeriksa bilik 28.0 Menghalang pegawai atau staf menjalankan tugas 29.0 Berada di luar premis asrama selepas waktu curfew 30.0 Berada di dalam premis asrama selepas waktu curfew 31.0 Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 32.0 Judi di dalam kampus 33.0 Meminum minuman yang memabukkan 34.0 Bahan lucah 35.0 Dadah atau racun 36.0 Bersopan santun 37.0 Kelakuan kurang sopan di sekitar asrama 38.0 Menyimpan bahan yang merbahaya 39.0 Binatang peliharaan 40.0 Simbol keagamaan 41.0 Aduan 42.0 Kuasa pihak berkuasa asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib
  • 2. 2 BAHAGIAN IV PERATURAN KHAS ASRAMA 43.0 Meninggalkan asrama 44.0 Bertukar bilik 45.0 Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap 46.0 Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu 47.0 Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu 48.0 Harta benda asrama dalam bilik 49.0 Kunci bilik 50.0 Kebersihan bilik 51.0 Harta benda penghuni BAHAGIAN V PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN BEKALAN AIR 52.0 Penggunaan tenaga dan alat eletrik 53.0 Penggunaan kemudahan air 54.0 Menyimpan alat elektrik 55.0 Barangan elektrik dan masakan BAHAGIAN VI BILIK MANDI DAN TANDAS 56.0 Kebersihan 57.0 Paip air 58.0 Penggunaan tandas BAHAGIAN VII PERATURAN PENAMPILAN PELAJAR 59.0 Objektif 60.0 Peraturan am 61.0 Pakaian pelajar 62.0 Rambut, misai dan janggut 63.0 Penafian perkhidmatan dan tempat penguatkuasaan 64.0 Hukuman BAHAGIAN VIII YURAN, WANG PERKHIDMATAN DAN SAMAN 65.0 Yuran-yuran yang ditetapkan 66.0 Bayaran sebagai penghuni 67.0 Saman dan denda BAHAGIAN IX TINGKAHLAKU PELAJAR 68.0 Berkelakuan sopan 69.0 Suasana tenang dan senyap 70.0 Tindak balas sendiri 71.0 Kawasan larangan 72.0 Aktiviti sosial dan ceramah 73.0 Larangan bergaduh 74.0 Larangan memukul 75.0 Larangan membuli
  • 3. 3 BAHAGIAN X HAL-HAL LAIN 76.0 Sakit 77.0 Pelawat dan bilik tetamu 78.0 Penjaja 79.0 Meletak kenderaan 80.0 Ganti rugi harta benda asrama dan kolej 81.0 Larangan merokok 82.0 Kegiatan suaikenal BAHAGIAN XI PERATURAN LALU LINTAS JALAN RAYA 83.0 Kebenaran membawa kenderaan 84.0 Daftar kenderaan motor 85.0 Had laju 86.0 Kawasan pemanduan di kampus 87.0 Tempat letak kenderaan 88.0 Membonceng 89.0 Arahan dan isyarat lalu lintas 90.0 Lesen memandu dan kad pelajar 91.0 Halangan kepada aliran lalu lintas 92.0 Pelekat kenderaan 93.0 Pemakaian topi dan tali pinggang keledar 94.0 Hukuman tatatertib terus BAHAGIAN XII PROSEDUR TATATERTIB 95.0 Kesalahan 96.0 Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib 97.0 Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 98.0 Penjelasan fakta dan pengambil rayuan 99.0 Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 100.0 Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah 101.0 Keterangan pelajar 102.0 Memanggil semula saksi 103.0 Pengumuman keputusan 104.0 Mengenakan hukuman 105.0 Jagaan dan pelupusan barang kes 106.0 Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib 107.0 Jagaan atau menyimpan nota 108.0 Daftar prosiding tatatertib 109.0 Laporan prosiding kepada ibu, bapa dan sebagainya 110.0 Denda dan hukuman 111.0 Akibat tidak melaksanakan denda dan hukuman 112.0 Perintah membayar gantirugi 113.0 Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib BAHAGIAN XIII PROSEDUR RAYUAN 114.0 Notis rayuan 115.0 Penyampaian rayuan kepada ketua pegawai eksekutif 116.0 Tindakan ketua pegawai eksekutif ke atas rayuan
  • 4. 4 117.0 Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman BAHAGIAN XIV BAHAGIAN AM 118.0 Kesalahan tatatertib 119.0 Ketetapan badan di bawah kolej 120.0 Kadar denda dan hukuman 121.0 Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah BAHAGIAN XV PINDAAN PERATURAN 122.0 Pindaan
  • 5. 5 ARAHAN TETAP ASRAMA KOLEJ UNITI 2012 BAHAGIAN I PERMULAAN PERATURAN 1.0 Nama 1.1 Arahan tetap ni dinamakan Arahan Tetap Asrama (1998) Kolej UNITI, Pindaan 2010, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. 2.0 Tafsiran 2.1 Dalam Peraturan ini, melainkan juka konteksnya menghendaki makna yang lain- ”asrama” ertinya apa-apa kemudahan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang disediakan oleh pihak Kolej bagi kediaman pelajar; ”anggota asrama” ertinya ialah mereka yang menjadi anggota asrama, termasukdi dalamnya Felo, Penghuni Asrama dan orang-orang lain yang dibenarkan masuk oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI. ”arahan lalu lintas” ertinya apa-apa arahan, perintah, atau petunjuk yang diberikan oleh orang yang diberikan kuasa kepada mana-mana mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam Kampus; “bahagian hal ehwal pelajar” ertinya satu badan khas yang dibentuk dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk menguruskan segala hal ehwal pelajar, termasuk hal ehwal disiplin, kerohanian, asrama, persatuan dan kelab, persatuan alumni, aktiviti-aktiviti pelajar, dan sebagainya; “bahan yang boleh memabukkan” ertinya apa jua bahan yang apabila penggunaannya dalam apa jua cara boleh memabukkan; ”bilik tatatertib” ertinya suatu bilik yang diuntukkan bagi maksud menjalankan prosiding tatatertib amnya atau bagi maksud prosiding tatatertib yang tertentu; ”dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini terkandung dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; ”felo” ertinya seorang Pegawai Kolej yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif sebagai Pengarah untuk mentadbirkan asrama Kolej bagi tempoh yang dinyatakan dalam surat perlantikannya; ”isyarat lalu lintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arah, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan bagi pengetahuan, panduan, petunjuk orang yang menggunakan jalan; ”judi” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah sebarang pertaruhan atau loteri; ”kampus” ertinya kawasan Kolej dan bangunannya termasuklah mana-mana kawasan yang digunakan oleh Kolej; ”kakitangan” ertinya mana-mana pekerja Kolej;
  • 6. 6 ”kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak; ”kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanism yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan bibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor samaada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian menindih atas kenderaan motor yang menariknya; ”kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Peraturan ini; ”ketua pegawai eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif, dan termasuklah mana-mana orang atau atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya; ”kolej” ertinya Kolej UNITI; ”meletak kereta” ertinya membawa suatu kenderaan kepada keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barang-barang atau bagasi; ”minuman yang memabukkan” ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apa-apa kekuatan alkohol; ”pelajar” termasuklah pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di Kolej; ”pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama; pihak yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak Kolej; ”pihak berkuasa asrama” ertinya ialah mereka yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk menjalankan tugas mengurus dan mentadbir asrama Kolej UNITI. ”pihak berkuasa tatatertib” ertinya ialah seorang Ketua Pegawai Eksekutif atau jika berkenaan, mana-mana orang atau lembaga yang diwakilkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dengan tugas tugas, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipan tatatertib. ”pihak pentadbiran” ertinya pihak yang diberikan kuasa untuk mengurus dan mentadbir segala hal ehwal pentadbiran Kolej; ”peraturan” ertinya Peraturan ini, juga dinamakan Arahan Tetap Kolej; ”prosiding tatatertib” ertinya prosiding tataertib di bawah Peraturan ini; ”racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai Racun kepada Akta Racun 1952 [Akta 366] dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatiancampuran atau bahan semula jadi yang mengandungi bahan itu. ”sesi pengajian” ertinya dalam masa setahun atau dalam tempoh dua semester.
  • 7. 7 BAHAGIAN II PERATURAN AM 3.0 Larangan am 3.1 Seseorang pelajar tidak boleh:- 3.1.1 Menjalankan urusannya sama ada di dalam kampus atau di luar kampus dalam apa cara yang boleh merosakkan atau memudaratkan:- 3.1.1.1 kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Kolej, mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Kolej; atau 3.1.1.2 ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib. 3.1.2 Mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam kampus atau di luar kampus. 3.1.3 Mengganggu pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan & dibenarkan oleh Kolej. 3.1.4 Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pegawai atau pekerja daripada menjalankan kewajipan atau tugasnya. 3.1.5 Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pelajar daripada menghadiri kuliah, tutorial kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah. 3.1.6 Menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa peperiksaan, kuliah, tutorial, kelas, atau kegiatan sah lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Kolej. 3.1.7 Merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa cara berurusan dengan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam Kolej. 3.1.8 Melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan di dalam kampus, supaya menyebabkan atau mungkin menyebabkan halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam Kolej. 3.1.9 Melanggar apa-apa arahan atau kehendak kakitangan perpustakaan atau kakitangan perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan. 3.1.10 Melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan penggunaan mana-mana bangunan, peralatan, perkakasa dan bahan di dalam bangunan, dan kemudahan lain di dalam bangunan. 3.1.11 Memalsukan maklumat yang diminta atau memberi maklumat palsu kepada mana-mana pihak Kolej UNITI untuk apa sahaja tujuan. 4.0 Ketenteraman dan keselamatan asrama 4.1 Keselamatan dan ketenteraman asrama adalah penting untuk membolehkan semua anggota asrama melaksanakan tugas dengan teratur dan aman, dan setiap penghuni dapat belajar dengan tenang, bagi kebaikan semua anggota asrama.
  • 8. 8 4.2 Maka oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni, secara individu atau kumpulan, untuk menjaga, memelihara dan mengekalkan ketenteraman, keselesaan dan keselamatan semua anggota asrama dan mengawalnya dan diganggu atau diancam oleh mana-mana anasir dan dalam atau luar asrama. 4.3 Maka oleh itu adalah menjadi larangan dan kesalahan bagi mana-mana penghuni, secara individu atau kumpulan, yang dengan perbuatannya mengancam atau mengganggu atau dengan apa cara yang boleh dianggap sebagai mengancam sama ada sengaja atau tidak sengaja, ketenteraman, keselesaan dan keselamatan setiap penghuni asrama. 4.4 Dengan itu juga maka adalah menjadi kesalahan bagi seseorang penghuni atau kumpulan penghuni yang melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat atau bahaya atau bersubahat dengan sebarang anasir dan dalam atau luar asrama untuk mendatangkan mudaratatau bahaya, kepada seseorang penghuni asrama, atau dengan apa cara yang boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan penghuni asrama, sama ada perbuatan itu dilakukan dalam bangunan asrama atau disekitar kawasan asrama. 5.0 Keharmonian dan kerukunan masyarakat pelajar dalam asrama 5.1 Keharmonian dan kerukunan hidup sebagai satu masyarakat pelajar dalam asrama adalah faktor utama yang mosti dibina dan dipelihara oleh semua penghuni asrama. Oleh itu segala perbuatan cabar-mencabar atau hasut-menghasut atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai mencabar atau menghasut adalah dilarang. 5.2 Untuk mencapai keadaan yang harmoni dan kerukunan hidup antara penghuni asrama maka adalah perlu bagi setiap penghuni dapat bertolak ansur mengenal segala perselisihan faham yang mungkin timbul antara penghuni. Oleh itu setiap penghuni, sebagai individu atau kumpulan, tidak boleh mengambil tindakan sendiri bagi menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, tetapi semuanya itu mesti dirujuk kepada Pihak Berkuasa Asrama / Felo yang bertugas. 6.0 Menganjurkan perhimpunan 6.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Pihak Pentadbiran mengadakan, menganjurkan, atau memanggil atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil, atau, dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Kolej atau yang digunakan bagi maksud Kolej. 6.2 Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam Peraturan 6.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai. 6.3 Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan Peraturan 6.2 dan 6.3. 7.0 Pembesar suara 7.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar. 7.2 Dalam memberikan kelulusan dalam Peraturan 7.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa- apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.
  • 9. 9 8.0 Sepanduk 8.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh:- 8.1.1 Membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk membuat atau menyebabkan supaya dibuat. 8.1.2 Mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam menggunakan ; atau 8.1.3 Memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar, atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Peraturan ini. 8.2 Dalam memberikan kelulusan dalam Peraturan 8.1.1, 8.1.2 dan 8.1.3, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai. 9.0 Penerbitan, dokumen dan sebagainya 9.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tanpa kebenaran terdahulu Pihak Pentadbiran, boleh menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam kampus atau di luar kampus, samaada di dalam bentuk digital atau cetakan. 9.2 Dalam memberikan kebenaran di bawah Peraturan 9.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai. 9.3 Kebenaran yang dikehendaki di bawah Peraturan ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. 10.0 Kegiatan pelajar luar kampus 10.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menjalankan atau menyertai apa- apa kegiatan di luar kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Kolej atau yang memudaratkan kepentingan Kolej. 10.2 Pihak Pentadbiran boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang memudaratkan kepentingan Kolej. 10.3 Setiap pelajar dilarang untuk bekerja di luar kolej dalam apa jua bentuk dan jenis pekerjaan tanpa kebenaran kolej. 11.0 Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dan sebagainya 11.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus atau di luar kampus, melibatkan diri dalam apa-apa pekerjaan, pengajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan sebelum mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbiran.
  • 10. 10 12.0 Representatif berhubungan dengan kolej 12.1 Tiada pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh, tanpa kelulusan Pihak Pentadbiran terlebih dahulu membuat apa-apa representatif atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau kepada akhbar atau kepada orang ramai dalam perjalanan kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara berkaitan dengan Kolej atau dengan kakitangan atau pelajar Kolej, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang pelajar Kolej. 13.0 Bantahan pelajar terhadap kemasukan individu atau kumpulan ke dalam kampus 13.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, terhadap kemasukan ke dalam, atau kehadiran dalam, atau larangan atau pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari kampus. 14.0 Kebersihan dan kesihatan 14.1 Seseorang pelajar tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau mana-mana asrama, dewan, kuliah, jalan, kawasan atau mana-mana bahagian kampus lain, atau binaan lain di dalam kampus. 14.2 Kebersihan asrama dan kawasannya adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni asrama. Bilik-bilik asrama, bilik-bilik rehat, bilik-bilik sembahyang, dewan makan dan lain-lain tempat yang diduduki atau digunakan oleh penghuni mestilah sentiasa kemas, teratur dan dipelihara kebersihannya. 15.0 Membuat bising 15.1 Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa bunyi atau bising dikeluarkan, dalam apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemarahan atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam kampus. 16.0 Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental 16.1 Pihak Pentadbiran boleh menghendaki seseorang pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan. 17.0 Tempat tinggal atau tempat tidur dalam kampus 17.1 Tiada pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bahagian kampus atau mana-mana bahagian bangunan di dalam Kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur kecuali tempat tinggal yang disediakan untuknya dalam asrama oleh Kolej. 18.0 Memasuki bahagian atau bangunan kampus yang dilarang 18.1 Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus, yang kemasukan di dalamnya dilarang kepada pelajar amnya, terutamanya, kepada pelajar atau sesuatu kelas pelajar. 19.0 Merokok 19.1 Kawasan Kolej adalah merupakan kawasan larangan merokok. Pelajar Dilarang Merokok di dalam Kawasan Kolej.
  • 11. 11 20.0 Disiplin 20.1 Setiap penghuni mestilah sentiasa menjaga disiplin din, dengan bertatatertib,bertatasusila, berbudi pekerti, dan menghormati hak-hak orang lain. 20.2 Setiap penghuni mestiIah berusaha mengisi setiap masa dengan amalan yang berguna dan bermanfaat. Hidup dalam keadaan masyarakat asrama yang ramai penghuninya memerlukan disiplin did yang lebih kuat untuk membolehkan setiap penghuni asrama mencapai kemajuan dan kejayaan. Oleh itu segala perbuatan yang tidak bertanggungjawab boleh ditafsirkan sebagai melanggar kehendak disiplin dan kehendak Arahan Tetap mi dan yang demikian boleh menjadi kesalahan di bawah Arahan Tetap ini. 21.0 Akhlak kerohanian 21.1 Faktor terpenting mengenai disiplin ialah kawalan din untuk memelihara akhlak dan Kerohanian yang baik, supaya kehormatan dan maruah diri tidak tercemar. 21.2 Setiap penghuni asrama mestilah menjaga dan memelihara mutu akhlak dan kerohanian yang baik supaya nama sebagai penghuni terpelajar tidak akan tercemar. 22.0 Waktu curfew 22.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi waktu curfew yang telah ditetapkan seperti berikut:- 22.1.1 Setiap pelajar lelaki dan wanita dikehendaki berada di dalam kawasan kolej sebelum pukul 10.00 malam; dan 22.1.2 Setiap pelajar lelaki dan wanita dikehendaki berada di dalam kawasan penginapan masing-masing mengikut jantina sebelum pukul 12.00 malam; 22.2 Selepas waktu curfew, setiap siswa dan siswi dilarang keluar dari kawasan kolej tanpa diambil tindakan tatatertib sehingga selepas pukul 7.00 pagi. Kebenaran untuk keluar hanya boleh diberikan oleh Ketua Felo 22.3 Seseorang pelajar yang ingin keluar dan bermalam di luar asrama, pulang selepas waktu curfew, selain ke kelas, hendaklah mengisi Kad Keluar dan Masuk Asrama dan mendapatkan kebenaran Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau Felo yang bertugas. 22.4 Hanya ibu kandung, bapa kandung, adik-beradik kandung, atau suami yang sah sahaja yang dibenarkan masuk untuk mengambil atau membawa keluar siswa-siswi selepas waktu curfew. Pengesahan perlu dibuat berdasarkan dokumen rujukan rasmi dan tindakan susulan lain seperti menghubungi penjaga dan lain-lain. 23.0 Keingkaran 23.1 Jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Kolej yang diberikan kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam kampus, pelajar itu adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.
  • 12. 12 24.0 Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib 24.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menurut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawah Bahagian VII, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di Peraturan ini, di hadapan, atau yang dilihat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. 24.2 Dengan syarat bahawa sebelum apa-apa hukuman dikenakan ke atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu. 24.3 Setelah hukuman yang disebut dalam Peraturan 24.1 dan 24.2 dikenakan, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah, dengan seberapa segera, menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis bertulis dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Pihak Pentadbiran tentang denda atau hukuman yang dikenakan itu. 24.4 Kuasa untuk mempertimbangkan rayuan terakhir, iaiti selepas rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Kolej UNITI, adalah terletak kepada Ketua Eksekutif Kolej UNITI.
  • 13. 13 BAHAGIAN III PERATURAN AM ASRAMA 25.0 Perkara am 25.1 Setiap pelajar diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak Kolej. Pelajar semester 7 tidak terikat degan perjanjian ini. 25.2 Penempatan di asrama adalah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Asrama. Seseorang pelajar tidak boleh pindah dan satu asrama ke asrama atau bilik yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Asrama. 25.3 Setiap pelajar yang sakit hendaklah menghubungi Unit Perkhidmatan Mahasswa Kolej UNITI (STUSERV) atau felo angkat masing-masing untuk tindakan selanjutnya. Pelajar yang sakit akan dihantar ke klinik oleh pegawai bertugas atau felo yang bertanggungjawab. 25.4 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat apabila keluar dari unit masing- masing. 25.5 Pelajar hendaklah sentiasa menutup tingkap (langsir) dan pintu unit masing-masing. 25.6 Seseorang pelajar lelaki dilarang memakai perhiasan seperti rantai dan gelang di kawasan asrama serta kolej. 25.7 Waktu beriadah bagi semua pelajar adalah sehingga sepuluh minit sebelum azan maghrib dilaungkan. 25.8 Tiada siapa yang dibenarkan untuk membawa masuk individu atau kumpulan dari luar ke dalam premis penginapan asrama kolej ini. 25.9 Hanya ibu kandung, bapa kandung, adik-beradik kandung, atau suami yang sah sahaja yang dibenarkan masuk untuk mengambil atau membawa keluar siswa-siswi selepas waktu curfew. Pengesahan perlu dibuat berdasarkan dokumen rujukan rasmi dan tindakan susulan lain seperti menghubungi penjaga dan lain-lain. 25.10 Seseorang pelajar dikehendaki menjaga adab dan batas pergaulan di dalam kawasan asrama kolej ini. 25.11 Pelajar DI LARANG membawa masuk barang-barang yang dilarang seperti arak, daun terup, bahan lucah,mercun atau sebagainya ke dalam asrama. 26.0 Pengangkutan 26.1 Semua pelajar baru yang mendaftar di Kolej UNITI bagi sesuatu sesi pengajian di WAJIBKAN menaiki bas yang disediakan oleh pihak Kolej selama 1 sesi pengajian. Seseorang pelajar di dalam sesi pengajian pertama tidak dibenarkan menaiki apa-apa jua kenderaan persendirian sepanjang tempoh tersebut kecuali yang mempunyai pengalaman memandu lebih dari dua tahun. 26.2 Setiap penumpang dikehendaki mempamerkan kad pelajar sewaktu menggunakan perkhidmatan tersebut. 26.3 Penumpang dikehendaki menunggu bas tepat pada waktunya. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelajar tidak mematuhi jadual perjalanan bas seperti yang ditetapkan.
  • 14. 14 27.0 Kuasa memeriksa bilik 27.1 Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ketua Felo dan Felo dan sesiapa juga yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau pihak berkuasa tatatertib Kolej adalah berhak memasuki dan memeriksa bilik-bilik penghuni pada bila-bila masa. 28.0 Menghalang pegawai atau staf menjalankan tugas 28.1 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk melarang seseorang yang diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik itu. 29.0 Berada di luar premis asrama selepas waktu curfew 29.1 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar premis asrama selepas waktu curfew kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Asrama. 30.0 Berada di dalam premis asrama selepas waktu curfew 30.1 Selepas waktu curfew, kecuali pelajar-pelajar menetap di dalam asrama masing-masing, tiada individu lain boleh berada di dalam premis asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh Pihak Berkuasa Asrama. 31.0 Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 31.1 Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis dengan sewajarnya dan tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan pada apa-apa benda atau lekapan di dalamnya. 31.2 Seseorang pelajar hendaklah, dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan-kemudahan di dalamnya, mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa dia tidak menyebabkan apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau atau ganggu mana-mana orang lain. 32.0 Judi di dalam kampus 32.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menganjur, mengurus, menjalankan atau membantu dalam penganjuran, pengurusan atau penjalanan, loteri atau pertaruhan di dalam kampus. 33.0 Meminum minuman yang memabukkan 33.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus, meminum atau mempunyai di dalam milikannya atau di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan yang boleh memabukkan termasuk minuman keras dan minuman yang mempunyai kandungan alkohol. 33.2 Mana-mana pelajar yang didapati berada dalam keadaan mabuk atau yang berkelakukan tidak senonoh di bawah pengaruh apa-apa bahan yang boleh memabukkan termasuk minuman keras di dalam kampus adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. 34.0 Bahan lucah 34.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus mempunyai, dalam milikannya atau dibawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah.
  • 15. 15 34.2 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, yang boleh membahagi-bahagikan, mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan atau dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pembahagian, pengedaran atau mempamerkan, apa-apa bahan lucah di dalam kampus. 34.3 Seseorang pelajar hendaklah disifatkan sebagai membahagi-bahagikan atau mempamerkan sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang yang sama ada atau tidak ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu adalah bagi apa-apa balasan lain. 35.0 Dadah atau racun 35.1 Tiada pelajar boleh mempunyai dalam milikannya atau dibawah jagaannya atau kawalannya apa- apa dadah atau racun. 35.2 Tiada pelajar boleh memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa racun kepada mana- mana orang. 35.3 Tiada pelajar boleh makan melalui mulut atau menghisap atau memasukkan ke dalam badanya dengan suntikan atau dalam apaapa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun. 35.4 Tiada apa-apa jua dalam Peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50]. 35.5 Mana-mana pelajar yang didapati dibawah pengaruh mana-mana dadah adalah melakukan kesalahan tatatertib. 35.6 Pihak Pentadbiran boleh menghendaki seorang pelajar yang disyaki menagih dadah menjalani Ujian air kencing. 35.7 Jika seseorang pelajar enggan menyerah dirinya untuk menjalani ujian yang tersebut dalam Peraturan 39.6, dia adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib. 36.0 Bersopan santun 36.1 Pelajar wajib menunjukkan sikap bersopan santun & berakhlak mulia dengan sesiapa sahaja di kawasan asrama. Pelajar hendaklah bertegur sapa dan senantiasa memberi salam kepada sesiapa sahaja serta bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. 37.0 Kelakuan kurang sopan Di Sekitar Asrama 37.1 Pelajar tidak dibenarkan berkelakuan kurang sopan di sekitar asrama setiap masa. 38.0 Menyimpan bahan yang merbahaya 38.1 Pelajar tidak dibenarkan membawa bahan-bahan yang merbahaya di dalam asrama samaada menyimpan, membawa atau memiliki bahan tersebut seperti minyak petrol, bahan kimia, perkakas yang tajam seperti kerambit, pedang, dan mercun, kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Asrama terdahulu. 39.0 Binatang peliharaan 39.1 Pelajar tidak dibenarkan memelihara atau menyimpan sebarang jenis haiwan peliharaan di dalam kawasan asrama.
  • 16. 16 40.0 Simbol keagamaan 40.1 Pelajar tidak dibenarkan memaparkan, mempamerkan, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan sebarang bahan, benda, lambang, yang berunsur keagamaan yang boleh menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada pelajar lain. 41.0 Aduan 41.1 Sebarang aduan berkenaan harta, bangunan, kemudahan dan perkhidmatan hendaklah diajukan ke Unit Perkhidmatan Mahasiswa Kolej UNITI (STUSERV) dalam bentuk bertulis. 41.2 Sebarang kehilangan barang milik peribadi hendaklah dilaporkan secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya. 41.3 Sebarang kerosakan harta, kemudahan, bilik dan bangunan hendaklah dilaporkan secepat mungkin agar Pihak Berkuasa Asrama dapat mengeluarkan arahan membaikpulih. Kolej UNITI tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang milik pelajar. 42.0 Kuasa pihak berkuasa asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraman dan tatatertib 42.1 Pihak Berkuasa Asrama atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif boleh dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang difikirkannya perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di dalam asrama. 42.2 Perintah, arahan atau petunjuk itu boleh secara amnya terpakai bagi semua atau sesuatu kelas atau perihal pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang kepadanya perintah, arahan atau petunjuk itu terpakai untuk mematuhi dan melaksanakan perintah arahan atau petunjuk itu. 42.3 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh pada bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib, mengenakan hukuman tatatertib terus ke atas mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perintah, arahan atau petunjuk. 42.4 Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya satu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu. 42.5 Setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam Peraturan 46.3, Pihak Berkuasa Tatatertib dengan serta merta menyerahkan kepada pelajar suatu notis tentang pengenaan hukuman itu dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
  • 17. 17 BAHAGIAN IV PERATURAN KHAS ASRAMA 43.0 Meninggalkan asrama 43.1 Pada bila-bila masa dalam semester, penghuni tidak dibenarkan menarik diri keluar dari asrama, kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa Asrama. 44.0 Bertukar bilik 44.1 Setiap penghuni mestilah menetap dalam bilik yang dikhaskan kepadanya. ini adalah penting bagi memudahkan hubungan daripada keluarga jika berlaku sesuatu kecemasan, dan memudahkan hubungan dengan pihak pentadbiran asrama bagi sesuatu urusan. OIeh itu seseorang penghuni tidak dibenarkan bertukar bilik pada bila-bila masa tanpa izin daripada Ketua Pegawai Eksekutif. 44.2 Penghuni tidak dibenarkan memberi tumpangan kepada tetamu di mana-mana bilik dalam asrama. Jika ada tetamu yang menumpang dalam bilik seseorang penghuni, maka tanggungjawab ke atas kesalahan ini ialah penghuni berkenaan. Kesalahan dan tanggungjawab ini akan menjadi lebih besar jika tetamu yang menumpang itu melanggar mana-mana dan peraturan tatatertib asrama. 45.0 Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap 45.1 Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri. 45.2 Peraturan 45.1 tidak terpakai:- 45.2.1 Bagi seseorang kakitangan yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab; atau 45.2.2 Bagi pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki bilik itu untuk melawat bagi maksud sosial biasa. 45.3 Maka hendaklah menjadi kewajipan seseorang pelajar menetap untuk memastikan bahawa sekatan dalam Peraturan ini betul-betul dipatuhi. 45.4 Seseorang pelajar dilarang membawa masuk atau menumpangkan pihak luar bermalam di unit masing-masing. Denda sebanyak Ringgit Malaysia sepuluh beserta denda kerohanian akan dikenakan jika sabit kesalahan. 46.0 Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu 46.1 Jika seseorang pelajar diperuntukkan sebuah bilik di asrama untuk tinggal oleh Kolej, dia tidak boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran terdahulu secara bertulis yang diberi oleh atau bagi Pihak Berkuasa Asrama. 47.0 Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu 47.1 Seseorang pelajar menetap tinggal di asrama mengikut budi bicara dan kehendak Pihak Berkuasa Asrama. 47.2 Pihak berkuasa asrama boleh menghendaki seseorang pelajar menetap mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Kolej pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alasan.
  • 18. 18 47.3 Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan biliknya di asrama ditukarkan di bawah Peraturan 47.2, dia hendaklah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kolej mengeluarkan semua barang kepunyaannya dari bilik yang dikehendaki mengosongkan. 48.0 Harta benda asrama dalam bilik 48.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap penghuni memelihara keselamatan harta benda yang disediakan dalam bilik/dorm. Penghuni adalah bertanggungjawab sekiranya barang barang yang disediakan oleh asrama itu hilang atau rosak, dan penghuni dikenakan bayaran ganti rugi atas kehilangan atau kerosakan itu mengikut kadar yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mengikut kadar harga barang-barang itu di pasaran. 48.2 Perabot atau lain-lain kelengkapan tidak boleh dipindahkan dan bilik atau dorm. Perabot dan kelengkepan yang disediakan tidak boleh digunakan untuk tujuan selain yang telah dimaksudkan dan ditetapkan. 48.3 Sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan ke atas harta benda asrama dan tiada siapa yang mengaku, arahan untuk ganti rugi dan tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas semua ahli unit penginapan. 48.4 Penghuni yang memerlukan sesuatu barang untuk diperbaiki atau diganti dalam biliknya hendaklah menggunakan borang tertentu yang boleh didapati dari pejabat pentadbiran. Kerosakan barang-barang seperti kerusi, almari, katil, tilam, meja dan kipas hendaklah dilaporkan kepada Penyelia Asrama di kawasan masing-masing, atau Pegawai Pembangunan yang bertugas manakala peralatan selain daripada yang disebutkan di atas hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan Apartment UNITI Village melalui buku aduan kerosakan yang telah disediakan. 49.0 Kunci bilik 1.1 Penghuni adalah dilarang keras memasang lain-lain jenis kunci atau mangga dan sebagainya pada pintu bilik, kecuali yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Asrama. Penggunaan kunci atau mangga pintu unit kediaman dari pihak pelajar sendiri perlukan permohonan dari pihak penyelia asrama. Sekiranya dibenarkan, adalah menjadi tanggungjawab penghuni unit tersebut untuk menyerahkan satu salinan kunci ke unit asrama. Kegagalan untuk patuh akan menyebabkan tindakan tatatertib termasuk denda dikenakan ke atas penghuni bilik tersebut. 1.2 Sebelum meninggalkan asrama pada penghujung semester, kunci bilik hendaklah dipulangkan ke pejabat pada atau sebelum tarikh yang ditentukan oleh Kolej UNITI. Kegagalan untuk patuh akan menyebabkan tindakan tatatertib termasuk denda dikenakan ke atas penghuni bilik tersebut. 2.0 Kebersihan bilik 2.1 Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, maka oleh itu penghuni adalah bertanggungjawab ke atas kebersihan dan kekemasan bilik / dorm masing-masing. Oleh itu adalah menjadi larangan untuk menampal sebarang kertas atau notis atau apa sahaja dengan apa cara juga pun di mana- mana tempat dalam bilik, kecuali pada papan lembut yang dikhaskan untuknya. Setiap penghuni hendaklah memastikan unit masing-masing sentiasa kemas dan bersih setiap masa, terutamanya apabila terima arahan untuk mengosongkan unit.
  • 19. 19 3.0 Harta benda penghuni 3.1 Setiap penghuni hendaklah sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab mengenai keselamatan harta benda kepunyaan mereka. Adalah mustahil bagi pihak asrama dapat memberi pengawasan kepada keselamatan harta benda setiap penghuni dan dengan itu pihak asrama tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda tersebut. Walaubagaimanapun setiap kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Unit Perkhidmatan Mahasiswa Kolej UNITI (STUSERV) atau Felo bertugas. 3.2 Setiap penghuni hendaklah mengeluarkan semua harta benda kepunyaanya dari biliknya pada akhir setiap sesi pengajian. 3.3 Pada cuti pertengahan semester penghuni boleh menguncikan barang kepunyaannya dalam almarinya, kecuali diarahkan yang sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Asrama. Dalam keadaan ini pihak asrama berhak mengeluarkan harta benda penghuni yang masih disimpan di dalam biliknya dan pihak asrama tidak bertanggungjawab jika barang barang ini hilang atau rosak.
  • 20. 20 BAHAGIAN V PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN BEKALAN AIR 4.0 Penggunaan tenaga dan alat eletrik 4.1 Setiap pelajar hendaklah mengelak dari melakukan pembaziran tenaga elektrik dengan memastikan alat elektrik, suis lampu dan kipas, dan mana-mana alat yang menggunakan tenaga elektrik ditutup jika tidak digunakan. 4.2 Menyambung bekalan elektrik, lampu, kipas, dan alat-alat elektrik di dalam premis asrama adalah merbahaya dan dilarang. 5.0 Penggunaan kemudahan air 5.1 Setiap pelajar hendaklah mengelak dari melakukan pembaziran bekalan air dengan memastikan paip air dan mana-mana alat yang menggunakan tenaga elektrik ditutup jika tidak digunakan. 6.0 Menyimpan alat elektrik. 6.1 Sebarang alat yang menggunakan tenaga elektrik, melainkan yang disediakan oleh asrama, adalah dilarang disimpan di dalam bilik kecuali dengan kelulusan diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Penggunaan “rice cooker” atau penunu elektrik atau gas adalah DILARANG KERAS daripada menggunakannya di asrama. 7.0 Barangan elektrik dan masakan 7.1 Tiada barangan elektrik dan alat-alat lain bagi tujuan memasak dibenarkan untuk dibawa dan digunakan di dalam premis kolej. 7.2 Selain dari alat elektrik tersenarai yang dibenarkan dan telah didaftar adalah dilarang dari menggunakannya di asrama. 7.3 Berikut adalah senarai alat elektrik yang dibenarkan, serta yuran pendaftaran dan yuran utilit yang ditetapkan oleh Kolej:- Bil. Nama Peralatan Yuran Pendaftaran Bagi Setiap Sesi Pengajian 1. Semua Jenis Komputer RM 10.00 2. Cerek RM 10.00 3. Saterika RM 10.00 4. Kipas RM 10.00 5. Radio RM 10.00
  • 21. 21 BAHAGIAN VI BILIK MANDI DAN TANDAS 8.0 Kebersihan 8.1 Pantri, bilik mandi dan tandas adalah tempat-tempat yang mudah kotor. Oleh kerana tempat- tempat ini adalah sangat hampir dengan bilik-bilik penghuni, maka kebersihannya perlu sentiasa dikawal. Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni menentukan tempat-tempat ini tidak disalahgunakan dan di kotorkan, dan keadaannya mestilah bersih setiap masa. 8.2 Tuala wanita hendaklah dibuang di bekas sanitari yang telah disediakan. 9.0 Paip air 9.1 Paip-paip air di bilik mandi .mestilah ditutup semula selepas digunakan. Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni supaya menjimatkan penggunaan air setiap masa. 9.2 Sekira seseorang pelajar itu didapati bersalah di atas kesalahan membazir air, tindakan tatatertib akan dikenakan termasuk denda dan arahan untuk membayar gantirugi. 10.0 Penggunaan tandas 10.1 Segala benda atau kertas, kecuali kertas tisu, tidak boleh dimasukkan ke dalam takung tandas. 10.2 Selepas menggunakan tandas maka serta merta air mestilah dipam bagi mencuci takung tandas.
  • 22. 22 BAHAGIAN VII PERATURAN PENAMPILAN PELAJAR 11.0 Objektif 11.1 Peraturan Penampilan Pelajar yang digariskan oleh Pihak Pentadbiran adalah salah satu panduan dan tatacara berpakaian yang sesuai bagi pelajar Kolej UNITI. Peraturan ini juga bertujuan untuk menjaga nama baik Kolej. Antara tujuan Peraturan ini diperkenalkan adalah untuk membentuk suasana kampus yang harmoni, tenteram, berdisiplin dan mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Kolej sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pembelajaran ilmu. 12.0 Peraturan am 12.1 Seseorang pelajar muslim hendaklah menutup aurat seperti yang digariskan di dalam Islam termasuk tidak memakai pakaian yang menampakkan susuk badan, menjolok mata dan keterlaluan. 12.2 Seseorang pelajar bukan muslim hendaklah memakai pakaian yang sopan dan beretika termasuklah pakaian yang tidak menampakkan susuk badan, menjolok mata dan keterlaluan. 12.3 Semua pelajar diwajibkan memakai kad matrik sepanjang berada di kawasan kampus dan bertukar kad matrik adalah tidak dibenarkan, kecuali semasa menyertai aktiviti sukan. 12.4 Setiap pelajar dilarang memakai pakaian yang melambangkan sebarang pertubuhan, kumpulan, organisasi atau simbol yang berunsurkan politik , kontroversi dan unsur-unsur yang bertentangan dengan moral dan etika yang tidak baik, kecuali dalam keadaan yang tertentu dan setelah mendapat kebenaran daripada pengurusan Kolej. 12.5 Setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan Unit Perkhidmatan Mahasiswa Kolej UNITI (STUSERV), Bahagian Ehwal Akademik, jabatan- jabatan, pusat pentadbiran di kampus, dan sebagainya. 12.6 Setiap siswa dibenarkan untuk memakai purdah kecuali ketika menghadiri kuliah pengajian, sesi ujian, peperiksaan akhir, dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengesahan identiti bagi mengelakkan sebarang penyamaran, kecuali dibenarkan oleh pihak pengajur, pensyarah kuliah, pegawai bertugas dan indvidu-invidu yang diberikan kuasa untuk membuat pengesahan tersebut. 13.0 Pakaian pelajar 13.1 Seseorang pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian yang bersih, kemas, sopan, sesuai mengikut keadaan dan beretika.
  • 23. 23 13.2 Seseorang pelajar hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan:- 13.2.1 Bagi majlis rasmi anjuran atau kerjasama bersama Kolej, atau majlis rasmi yang melibatkan kakitangan, atau / dan pelajar Kolej, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju batik, baju kemeja berkolar dan berlengan panjang, tai yang sesuai dan tidak menonjol, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; seseorang pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju kurung yang sesuai, tudung bewarna putih atau cerah, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju kurung yang sesuai, baju kemeja berkolar yang sesuai, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam. Sebarang penutup kepala adalah dilarang kecuali dengan kebenaran. 13.2.2 Bagi kuliah pengajian, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian formal seperti baju batik, baju kemeja berkolar dan berlengan panjang, tai yang sesuai dan tidak menonjol, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; seseorang pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju kurung yang sesuai, tudung-tudung yang dibenarkan, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju kurung yang sesuai, baju kemeja berkolar yang sesuai, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam. 13.2.3 Bagi aktiviti kerohanian, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti baju melayu biasa, baju melayu sepasang, samping, kain pelekat, seluar ‘slack’ panjang yang sesuai, kopiah, songkok dan alas kaki yang sesuai; seseorang pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti telekong, baju kurung yang sesuai, tudung yang sesuai, dan alas kaki yang sesuai; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti baju kurung, pakaian-pakaian yang sopan, tidak menampakkan susuk badan, dan tidak menjolok mata, dan alas kaki yang sesuai. 13.2.4 Bagi aktiviti sukan dan aktiviti luar seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian sukan seperti baju sukan Kolej, baju T-shirt yang sesuai tanpa tulisan dan gambar yang berimej negatif, seluar sukan panjang yang sesuai, sarung kaki sukan dan kasut sukan yang sesuai; seseorang pelajar perempuan hendaklah memakai pakaian seperti baju sukan Kolej, baju T-shirt yang sesuai tanpa tulisan dan gambar yang berimej negatif, seluar sukan panjang yang sesuai, sarung kaki sukan dan kasut sukan yang sesuai, serta wajib bertudung yang sesuai bagi pelajar perempuan muslim. 13.3 Bagi waktu di luar keadaan yang dinyatakan di dalam Peraturan 61.2.1 sehingga Peraturan 61.2.4, seseorang pelajar hendaklah patuh kepada garis panduan yang tersedia di dalam Peraturan Penampilan Pelajar. Sila rujuk kepada Lampiran yang disediakan. 13.4 Seseorang pelajar digalakkan memakai pakaian kebangsaan pada hari Jumaat. 13.5 Sebarang penutup kepala adalah dilarang kepada seseorang pelajar lelaki kecuali jika perlu seperti ketika aktiviti sukan dan aktiviti luar dan dengan kebenaran pihak berkaitan. 13.6 Pakaian selain yang digariskan oleh di dalam Peraturan Penampilan Pelajar adalah dilarang kecuali dengan kebenaran pihak pensyarah bagi kuliah, penganjur majlis bagi majlis rasmi, Pihak Berkuasa Asrama, Pihak Berkuasa Tatatertib, dan Pihak Pentadbiran.
  • 24. 24 13.7 Seseorang pelajar adalah dilarang memakai pakaian seperti berikut di luar bilik kediaman: 13.7.1 Memakai pakaian yang mendedah aurat bagi pelajar muslim seperti tidak bertudung, memakai skirt pendek, berseluar pendek dan sebagainya. 13.7.2 Memakai pakaian yang menampakkan susuk badan dan menjolok mata. 13.7.3 Memakai pakaian yang keterlaluan dan fesyen luar biasa seperti memakai tindik, subang dan rantai bagi pelajar lelaki, memakai tattoo kekal atau sementara di mana-maa anggota badan. 13.7.4 Memakai pakaian yang kotor, selekeh, sebarangan, melampau, memberi imej negatif, canggung, tidak sesuai mengikut keadaan, tidak bermutu dan bertentangan dengan Peraturan Penampilan Pelajar. 13.8 Seseorang pelajar lelaki dilarang berpakaian menyerupai wanita dan seseorang pelajar perempuan dilarang berpakaian menyerupai lelaki. 14.0 Rambut, misai dan janggut 14.1 Seseorang pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi. 14.2 Seseorang pelajar dilarang menyimpan rambut panjang berdasarkan pemerhatian dan ketetapan kolej. 14.3 Seseorang pelajar dilarang mewarnakan rambut. 14.4 Seseorang pelajar lelaki hendaklah memastikan rambut tepi atau ‘side-burn’ tidak melebihi tengah hidung. 14.5 Seseorang pelajar lelaki hendaklah memastikan rambut belakang mereka tidak melepasi kolar baju, rambut tepi mereka tidak melebihi garisan bawah dua cuping, bahagian depan tidak melebihi dahi. 14.6 Seseorang pelajar dilarang menghias atau menggayakan rambut, misai dan janggut keterlaluan. 14.7 Seseorang pelajar lelaki hendaklah menjaga misai dan janggut mereka dengan kemas dan rapi. 14.8 Seseorang pelajar hendaklah memastikan misai mereka tidak menutup mulut mereka. 15.0 Penafian perkhidmatan dan tempat penguatkuasaan 15.1 Setiap pelajar adalah merupakan pelanggan Kolej. Pihak Pentadbiran berhasrat memberikan layanan atau perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Sekiranya pelajar tersebut tidak mematuhi etika penampilan pemakaian, pelajar tersebut tidak akan dilayan dan dinafikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan, pejabat jabatan, pusat pentadbiran, jabatan- jabatan, dewan utama, dewan dan bilik kuliah. 16.0 Hukuman 16.1 Pelanggaran Peraturan Penampilan Pelajar boleh disabitkan dengan hukuman berdasarkan Arahan Tetap Kolej UNITI.
  • 25. 25 BAHAGIAN VIII YURAN, WANG PERKHIDMATAN DAN SAMAN 17.0 Yuran-yuran yang ditetapkan 17.1 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar KU membayar setiap yuran yang ditetapkan oleh KU. Adalah menjadi hak KU juga, menahan keputusan peperiksaan mana-mana pelajar yang gagal membayar mana-mana yuran yang ditetapkan oleh KU. 17.2 Setiap pelajar Kolej hendaklah membayar setiap yuran yang ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran. Yuran yang ditetapkan adalah termasuk yuran pengajian dan yuran asrama. 17.3 Pihak Pentadbiran berhak untuk menahan keputusan peperiksaan bagi pelajar yang gagal membayar mana-mana yuran yang ditetapkan oleh Kolej. 18.0 Bayaran sebagai penghuni 18.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjelaskan segala yuran asrama seperti yang ditetapkan oleh Kolej, pada awal semester kepada Bendahari Kolej atau sesiapa yang diberi kuasa olehnya untuk memungut bayaran tersebut. Resit-resit bayaran ini hendaklah ditunjukkan bila diminta oleh Pihak Berkuasa Asrama. 18.2 Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjelaskan yuran perkhidmatan am ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Asrama pada hari pendaftaran masuk asrama. 19.0 Saman dan denda 19.1 Setiap saman yang dikeluarkan oleh pihak Kolej UNITI kepada pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan, hendaklah dijelaskan saman tersebut dalam masa 3 hari selepas dan tarikh saman dikeluarkan. Pihak Kolej berhak menahan keputusan peperiksaan pelajar bagi mana-mana pelajar yang gagal menjelaskan saman. 19.2 Tiap-tiap penghuni yang lewat memulangkan kunci biliknya pada akhir semester, atau pada masa-masa yang ditentukan oleh Pihak Berkuäsa Asrama, akan dikenakan denda atas kadar yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Asrama, mulai dan tarikh yang ditentukan untuk memulangkan kunci tersebut. 19.3 Setiap pelajar Kolej hendaklah menjelaskan saman dan denda yang telah dikenakan ke atas kesalahan yang dilakukan di bawah Arahan Tetap Kolej UNITI. 19.4 Pihak Pentadbiran berhak mengeluarkan arahan sekatan ke atas pendaftaran pengajian semester baru, kemasukan peperiksaan akhir, keputusan peperiksaan akhir atau pengambilan sijil tamat pengajian bagi pelajar yang gagal menjelaskan mana-mana saman dan denda yang telah dikenakan.
  • 26. 26 BAHAGIAN IX TINGKAHLAKU PELAJAR 20.0 Berkelakuan sopan 20.1 Penghuni-penghuni asrama dikehendaki sentiasa berkelakuan sopan dalam semua keadaan. Bertanggungjawab dan berfikiran waras demi menjaga nama baik Kolej UNITI. 20.2 Penghuni-penghuni asrama yang menggunakan bilik-bilik umum, bilik-bilik tetamu dan dewan makan hendaklah berpakaian sopan, bersih dan lengkap. 21.0 Suasana tenang dan senyap 21.1 Suasana tenang hendaklah diwujudkan di asrama antara 12.00 malam hingga 7.00 pagi. Penghuni-penghuni dilarang membuat bising dengan apa cara juga pun pada sebarang masa dan mereka haruslah sedar dan bertimbang rasa akan ketenteraman orang lain. 21.2 Sebarang benda atau alat elektronik yang mengeluarkan bunyi atau dicipta untuk mengeluarkan bunyi bagi tujuan hiburan seperti computer dan radio, dan alat-alat lain yang disenaraikan dan dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Asrama untuk dibawa ke asrama, tidak boleh dimainkan di asrama kecuali dalam bilik rehat dan hanya pada jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi dan jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Sekatan ini adalah dikecualikan pada hari-hari cuti umum. 22.0 Tindak balas sendiri 22.1 Sekiranya penghuni tidak puas hati terhadap seseorang penghuni lain ia tidak boleh bertindak sendiri secara langsung. 23.0 Kawasan larangan 23.1 Semua blok asrama siswi adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar siswa dan sebaliknya semua blok asrama siswa pula menjadi kawasan larangan kepada pelajar siswi. 24.0 Aktiviti sosial dan ceramah 24.1 Sebarang bentuk aktivili sosial adalah tidak dibenarkan di kawasan penginapan tanpa kebenaran Ketua Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI (JPM) dan Ketua Felo Asrama. 24.2 Sebarang bentuk ceramah dan apa juga kegiatan yang melibatkan orang atau orang-orang luar dan Kolej UNITI mestilah mendapat izin dari Ketua Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI (JPM) dan Ketua Felo Asrama. 24.3 Jika sesuatu kegiatan itu adalah dalam bentuk ceramah, didikan atau tunjuk ajar Agama Islam, maka orang atau orang-orang luar itu mestiah menepati dan mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan berikut: 24.3.1 Mereka mempunyai surat tauliah mengajar yang sah dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. 24.4 Mereka mempunyai surat kebenaran masuk dan kebenaran memberi ceramah daripada Ketua Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI (JPM). 24.5 Mereka mempunyai surat kebenaran menggunakan tempat berceramah daripada Ketua Unit Pembangunan Mahasiswa Kolej UNITI (JPM).
  • 27. 27 24.6 Isi ceramah tidak menyentuh isu-isu politik setempat, tidak mencaci atau memfitnah mana mana pihak dan tidak membawa pengertian yang boleh disifatkan sebagai memecah belah umat Islam. 24.7 Semua kegiatan hendaklah di dalam bentuk kegiatan agama, kecuali yang tertakluk kepada fasal 37 (3) di atas dan Artikel II dalam Perlembagaan Negara Malaysia. 25.0 Larangan bergaduh 25.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan suatu pergaduhan atau terlibat di dalam suatu pergaduhan atau melakukan sesuatu yang menyebabkan pergaduhan dengan pelajar lain atau dalam kumpulan atau individu lain di dalam dan di luar Kampus. 26.0 Larangan memukul 26.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan seseorang individu lain atau kumpulan lain dipukul, atau terlibat di dalam suatu perbuatan memukul, atau melakukan sesuatu yang menyebabkan suatu perbuatan memukul di dalam dan di luar kampus. 27.0 Larangan membuli 27.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan seseorang individu lain atau kumpulan lain dibuli, atau terlibat di dalam suatu perbuatan membuli, atau melakukan sesuatu yang menyebabkan suatu perbuatan membuli di dalam dan di luar kampus.
  • 28. 28 BAHAGIAN X HAL-HAL LAIN 28.0 Sakit 28.1 Sebarang jenis kecemasan, sama ada di dalam bentuk penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan serta-merta kepada Felo bertugas. 28.2 Setiap pelajar yang mempunyai sejarah penyakit atau penyakit jenis kekal bertanggungjawab untuk mengemukakan sebarang bukti atau dokumen perubatan. 28.3 Adalah menjadi larangan kepada setiap penghuni yang menghidap penyakit yang berjangkit untuk terus tinggal dalam asrama kecuali dengan persetujuan Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Felo. 28.4 Peti pertolongan cemas boleh didapati di rumah Felo.Peti pertolongan cemas yang disediakan di asrama mestilah digunakan dengan cermat dan tidak dipindahkan ke tempat lain, dan tempatnya yang asal. 28.5 Pihak kolej berhak untuk mengarah seseorang pelajar pulang sekiranya penyakit yang dihidapinya tergolong di dalam penyakit berjangkit dan penyakit yang boleh menyebabkan panik di dalam kawasan kolej, termasuk histeria. 28.6 Sekiranya arahan tersebut dikeluarkan, pihak kolej akan menasihati penjaga pesakit tersebut untuk membawa pulang anak jagaan mereka. Sekiranya terdapat keadaan di mana penjaga tersebut tidak dapat menghantar, kos penghantaran tersebut akan ditanggung oleh pesakit tersebut sekiranya pihak kolej yang menghantar. 28.7 Bayaran bagi kos perubatan, perubatan susulan dan pengangkutan ke hospital atau klinik adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelajar tersebut. 29.0 Pelawat dan bilik tetamu 29.1 Pelawat-pelawat boleh dilayani di bilik tetamu sahaja. Para penghuni hendaklah memberi kerjasama supaya pelawat meninggalkan asrama sebelum jam 7.00 malam. 29.2 Bilik-bilik umum dan bilik tetamu adalah dikunci dan lampu-lampu dipadam pada jam 11.00 malam. 30.0 Penjaja 30.1 Penjaja-penjaja tidak dibenarkan menjaja di kawasan asrama kecuali dengan kebenaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif. 30.2 Setiap pelajar dilarang dari berniaga tanpa kebenaran pihak pentadbiran. 31.0 Meletak kenderaan 31.1 Pelajar / penghuni di Apartment UNITI Village boleh meletakkan kenderaan di tempat yang di khaskan. Adalah menjadi larangan bagi mana-mana penghuni meletakkan kenderaan terutama motosikal di kaki lima tangga yang menghala ke setiap unit di sesuatu blok. Ini bagi menjamin keselamatan penghuni untuk keluar dari unit sewaktu berlaku sesuatu kecemasan di bawah blok asrama. 31.2 Kawasan Dewan Kolej UNITI, Pentadbiran dan Blok Akademik adalah kawasan larangan bagi kenderaan pelajar. Pelajar mesti meletakkan kenderaannya di tempat yang dikhaskan.
  • 29. 29 32.0 Ganti rugi harta benda asrama dan kolej 32.1 Semua penghuni asrama adalah bertanggungjawab memelihara harta benda asrama dari diganggu, dirosak atau dihilangkan. Sesiapa yang merosakkan harta benda asrama, mana mana bahagian bangunan asrama, atau lain-lain yang menjadi milik kolej adalah melakukan kesalahan tatatertib, dan pihak berkuasa asrama atau kolej berhak menuntut ganti rugi daripada pelajar tersebut tanpa dibicarakan kesnya, atas kadar harga yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau atas kadar harga pasaran sebagai menggantikan kerugian pihak asrama dan kolej. 33.0 Larangan merokok 33.1 Kawasan Kolej UNITI adalah kawasan larangan merokok. OIeh itu setiap pelajar dan penghuni adalah dilarang merokok di mana-mana kawasan tersebut. Arahan ini juga tertakluk dan digunapakai ke atas individu atau kumpulan yang datang dari luar. 34.0 Kegiatan suaikenal 34.1 Program suaikenal adalah terhad kepada pelajar baru yang disusun oleh pihak Kolej UNITI secara rasmi dalam Minggu Jalinan Mesra. 34.2 Kegiatan sualkenal di luar dari program rasmi kolej tersebut yang dilakukan atas apa nama pun dan dalam apa jenis bentuk pun, adalah dilarang dan diharamkan dan tindakan tatatertib boleh diambil kepada sesiapa yang bersalah melanggar arahan ini. 34.3 Perbuatan suaikenal, walaupun secara lembut untuk tujuan berkenalan, boleh disalahgunakan dan oleh itu diharamkan. 34.4 Kegiatan suaikenal adalah ditafsir secara umum dilakukan oleh seseorang pelajar senior atau kumpulan pelajar senior ke atas seorang pelajar baru atau satu kumpulan pelajar baru di mana pelajar itu dipaksa, atau secara tidak langsung terpaksa, atau dengan apa-apa juga yang boleh dianggap sebagai paksaan, untuk melakukan sesuatu dengan lisan atau perbuatan atau kedua- duanya sekali, dimana kelakuan seperti itu pada umumnya tidak dilakukan dalam pertemuan perkenalan biasa. Kuasa untuk menganjurkan kegiatan suaikenal terletak hanya ke atas Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
  • 30. 30 BAHAGIAN XI PERATURAN LALU LINTAS JALAN RAYA 35.0 Kebenaran membawa kenderaan 35.1 Seseorang pelajar yang bercadang untuk menyimpan, atau mempunyai, memiliki kenderaan motor hendaklah memohon kebenaran daripada Pihak Pentadbiran. 35.2 Permohonan tersebut hendaklah dengan mengisi borang dengan melampirkan salinan lesen serta cukai perjalanan kenderaan tersebut. 35.3 Kenderaan yang dibawa masuk adalah di atas tanggungjawab pendaftar kenderaan, meskipun ianya dipandu atau digunakan oleh individu lain. 35.4 Setiap pemilik kenderaan tersebut perlulah menampal atau meletakkan pelekat kenderaan masing-masing. 35.5 Setiap kenderaan perlulah memperbaharui permohonan tersebut bagi tujuan pembaharuan setiap tahun. 35.6 Setiap permohonan boleh dibatalkan oleh Pihak Pentadbiran sekiranya tidak berpuas hati dengan pemilik kenderaan itu di atas sebab yang munasabah. 35.7 Kenderaan yang tidak berdaftar dan tidak mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbiran tidak akan dibenarkan masuk. 36.0 Daftar kenderaan motor 36.1 Setiap pelajar hendaklah mendaftarkan kenderaan yang dimiliki atau dipunyai hanya di dalam Kolej. 37.0 Had laju 37.1 Pelajar adalah tidak dibenarkan memandu kenderaan bermotor di dalam kampus melebihi kelajuan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran. 38.0 Kawasan pemanduan di kampus 38.1 Pelajar hanya boleh memandu kenderaan motor di mana-mana jalan raya selain dari bahagian jalan yang digunakan sebagai laluan pelajar yang berjalan kaki, bahu jalan, tepi rumput, lorong jalan kaki, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau mana-mana bahagian bangunan atau tempat lain. 39.0 Tempat letak kenderaan 39.1 Pelajar hendaklah meletakkan kenderaan pada tempat khas yang telah disediakan dan hendaklah meletakkannya secara yang tidak mendatangkan bahaya atau halangan atau kesulitan kepada kenderaan lain. 39.2 Setiap pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di tempat atau ruang letak, petak kenderaan yang dikhaskan bagi kenderaan tertentu. 39.3 Seseorang pelajar dilarang meletakan apa-apa kenderaan di bawah blok dan di kawasan laluan blok seperti motorsikal dan kereta, kecuali basikal.
  • 31. 31 40.0 Membonceng 40.1 Seorang pelajar yang membonceng motosikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada seorang di atas motosikal itu dan tidak dibenarkan membonceng bersama berlainan jantina. 41.0 Arahan dan isyarat lalu lintas 41.1 Semua pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas yang telah ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran. 42.0 Lesen memandu dan kad pelajar 42.1 Mana-mana pelajar yang memandu sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa bersamanya lesen memandu yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], cukai jalan yang tidak tamat tempoh dan kad pelajar. 43.0 Halangan kepada aliran lalu lintas 43.1 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara, atau melakukan apa-apa perbuatan, termasuk pemanduan dan perbuatan yang mendatangkan bahaya, yang menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kampus. 44.0 Pelekat kenderaan 44.1 Setiap pelajar yang telah mendapat kebenaran untuk membawa kenderaan ke dalam kampus hendaklah menampal pelekat kenderaan di bahagian yang boleh dilihat dari hadapan. Pelekat tersebut boleh didapati dari Pihak Pentadbiran. 45.0 Pemakaian topi dan tali pinggang keledar 45.1 Setiap pelajar diwajibkan memakai topi keledar sama ada yang memandu kenderaan, pembonceng serta memakai tali pinggang keledar bagi kenderaan motokar. 46.0 Hukuman tatatertib terus 46.1 Pihak Berkuasa Tatatertib atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif boleh dari semasa ke semasa secara lisan, bertulis, atau apa-apa perintah, arahan, atau petunjuk yang difikirkannya sesuai untuk menjaga keselamatan dan tatatertib lalu lintas di dalam Kampus. 46.2 Pihak Berkuasa Tatatertib juga boleh pada bicaranya sebagai ganti prosiding tatatertib dengan mengenakan tatatertib terus kepada pelajar dengan amaran atau denda.
  • 32. 32 BAHAGIAN XII PROSEDUR TATATERTIB 47.0 Kesalahan 47.1 Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Arahan Tetap Kolej UNITI, dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:- 47.1.1 Amaran; 47.1.2 Denda tidak melebihi dua ratus ringgit; 47.1.3 Dihalang berada pada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu di Kolej bagi yang tempoh ditetapkan; 47.1.4 Digantung daripada menjadi seorang pelajar Kolej bagi tempoh yang ditetapkan; dan 47.1.5 Diberhentikan daripada pengajian. 48.0 Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib 48.1 Jika pada pendapat Pihak Berkuasa Tatatertib bahawa seorang pelajar telah melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Arahan Tetap Kolej UNITI ini, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahu pelajar tentang kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan menghendaki pelajar itu hadir di hadapannya di bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. 49.0 Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 49.1 Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib, dia hendaklah dengan serta merta digantung sebagai pelajar dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki Kampus. Penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga pelajar menawarkan untuk hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. 50.0 Penjelasan fakta dan pengambil rayuan 50.1 Dalam prosiding tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menjelasan kepada pelajar tentang fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan atas kesalahan itu. 51.0 Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 51.1 Jika pelajar mengaku bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menerangkan kepadanya tentang fakta kes. 51.2 Jika pelajar mengaku tentang fakta ini dan Pihak Berkuasa Tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan pada hakikatnya telah dilakukan daripada fakta tersebut, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib dan memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.
  • 33. 33 52.0 Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah 52.1 Jika pelajar mengaku bahawa dia tidak mengaku bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku akan fakta kes, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa dokumen atau artikel lain yang menyokong kes terhadap pelajar; pelajar hendaklah diminta menyoal saksi dan memeriksa apa- apa dokumen atau artikel dan Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memeriksa semula saksi. 52.2 Bagi maksud Prosedur Tatatertib 6 (a), saksi hendaklah dipanggil untuk member keterangan dalam pembicaraan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. 53.0 Keterangan pelajar 53.1 Selepas keterangan yang tersebut diterima dan Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa ada suatu kes untuk dijawab, pelajar hendaklah diminta memberi keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa artikel lain bagi pembelaannya; Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal pelajar atau mana-mana daripada saksi pelajar dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel, dan pelajar boleh memeriksa semula mana-mana daripada saksinya itu. 54.0 Memanggil semula saksi 54.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula mana-mana saksi pada bila- bila masa sebelum mengumumkan keputusannya. 55.0 Pengumuman keputusan 55.1 Selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan memeriksa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu, dan jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu memutuskan bahawa bersalah atas kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah meminta pelajar membuat apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya. 56.0 Mengenakan hukuman 56.1 Selepas pelajar mengemukakan hujah bagi meringankan hukumannya, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar satu daripada hukuman yang disenaraikan di dalam Peraturan ini. 57.0 Jagaan dan pelupusan barang kes 57.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau eksibit atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan orang yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib itu. 57.2 Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah apabila tamat prosiding tatatertib di hadapannya, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan supaya perintah itu mula berkuatkuasa sama ada secara serta merta atau pada suatu masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu.
  • 34. 34 58.0 Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib 58.1 Pihak Berkuasa Tatatertib, hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat nota-nota bertulis mengenai semua prosiding tatatertib di hadapannya tetapi nota-nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata. 59.0 Jagaan atau menyimpan nota 59.1 Nota-nota mengenai prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif. 60.0 Daftar prosiding tatatertib 60.1 Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menyelenggara suatu daftar bagi semua prosiding tatatertib yang dijalankan di bawah Peraturan ini, daftar itu hendaklah merekodkan nama pelajar, butir-butir kesalahan tatatertib, kemajuan, perjalanan, prosiding, keputusan prosiding dan maklumat- maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. 61.0 Laporan prosiding kepada ibu, bapa dan sebagainya 61.1 Jika seseorang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang- orang yang berikut:- 61.1.1 Ibu bapa atau penjaga pelajar. 61.1.2 Dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau badan penaja biasiswa atau pemberi biasiswa. 61.1.3 Dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja kerajaan, kepada Ketua Jabatan pekerja itu. 61.2 Bagi orang yang di dalam Prosedur Tatatertib 15 (a) (ii) dan (iii) hendaklah diberikan permohonan nota prosiding tersebut disahkan setelah membayar denda yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. 61.3 Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang disahkan berkenaan dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberi oleh Naib Canselor kepada Menteri jika beliau berkehendakkan nota prosiding itu. 62.0 Denda dan hukuman 62.1 Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan denda atau hukuman atau kedua-duanya sekali ke atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menyatakan tempoh yang denda hendaklah dibayar dan pelajar hendaklah membayar denda atau melaksanakan hukuman dalam tempoh tersebut kepada bendahari. 62.2 Tempoh tersebut hendaklah tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib. 63.0 Akibat tidak melaksanakan denda dan hukuman 63.1 Jika pelajar itu tidak membayar denda atau tidak melaksanakan hukuman atau kedua-duanya sekali dalam tempoh yang telah ditetapkan, dia hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar Kolej dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki kawasan kampus, pergantungan itu hendaklah sehingga denda dibayar.
  • 35. 35 64.0 Perintah membayar gantirugi 64.1 Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintah pelajar tersebut membayar pampasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan kerosakan pada mana-mana harta atau apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang. 64.2 Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah Peraturan ini tidak kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan Kolej atau mana-mana orang lain. 64.3 Amaun pampasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah amaun yang adil dan munasabah dengan mengambil kira semua hal perkara kes dan orang yang terlibat dalam kes itu. 64.4 Pampasan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah dibayar kepada Bendahari dalam tempoh yang telah ditetapkan. 64.5 Apa-apa pampasan yang kena bayar atau dibayar hendaklah tanpa menjejaskan hak mana- mana orang untuk memulakan prosiding sivil dalam mahkamah undang-undang bagi kerosakan atau pampasan berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan yang tersebut, atau mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu. 65.0 Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib 65.1 Anggota Pihak Berkuasa Tatatertib. 65.2 Pelajar yang didakwa. 65.3 Ibu bapa atau penjaga pelajar. 65.4 Saksi semasa dia memberi keterangan atau apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Tatatertib; dan 65.5 Mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh Pihak Berkuasa Tatatertib bagi apa-apa sebab yang tertentu.
  • 36. 36 BAHAGIAN XIII PROSEDUR RAYUAN 66.0 Notis rayuan 66.1 Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan suatu Pihak Berkuasa Tatatertib, pelajar tersebut boleh memberi notis secara bertulis tentang niatnya untuk merayu terhadap keputusan itu dengan memfailkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib suatu rayuan dalam dua salinan dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya. 66.2 Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan-alasan rayuan. 67.0 Penyampaian rayuan kepada ketua pegawai eksekutif 67.1 Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah apabila menerima notis rayuan, mengemukakan notis rayuan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif bersama dengan satu salinan nota prosiding tatatertib. 68.0 Tindakan ketua pegawai eksekutif ke atas rayuan 68.1 Ketua Pegawai Eksekutif boleh menerima dokumen atau maklumat atau butir-butir lanjut yang berhubungan dengan prosiding tatatertib. 68.2 Jika Ketua Pegawai Eksekutif menolak terus rayuan yang telah dikemukakan hendaklah memaklumkan terus kepada Pihak Berkuasa Tatatertib. 68.3 Jika Ketua Pegawai Eksekutif melantik suatu jawatankuasa bagi menimbangkan rayuan itu, keputusan tersebut hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui Pihak Berkuasa Tatatertib. 69.0 Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman 69.1 Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuatkuasa sebagai menggantung pelaksanaan hukuman yang dikenakan atau sebagai menggantung pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar, melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib atau Ketua Pegawai Eksekutif mengarahkan sebaliknya.
  • 37. 37 BAHAGIAN XIV BAHAGIAN AM 70.0 Kesalahan tatatertib 70.1 Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana Peraturan ini, atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat, atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah Peraturan ini, melakukan suatu kesalahan tatatertib. 70.2 Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana undang-undang, peruntukan, bahagian, peraturan dan klausa di dalam undang-undang bertulis Malaysia, terutamanya undang-undang jenayah, juga melakukan suatu kesalahan tatatertib. 71.0 Ketetapan badan di bawah kolej 71.1 Seseorang pelajar hendaklah patuh kepada segala ketetapan dalam segala aspek yang berkaitan yang disediakan oleh jabatan-jabatan, fakulti-fakulti dan badan-badan lain yang diberi kuasa untuk mengurus dan mentadbir. 72.0 Kadar denda dan hukuman 72.1 Bagi kadar denda dan hukuman bagi kesalahan dan tindakan yang bertentangan dengan Peraturan ini hendaklah dirujuk kepada Kadar Denda dan Hukuman Kolej UNITI. 73.0 Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah 73.1 Tiada apa-apa jua dalan Peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana pelajar, atau orang lain bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
  • 38. 38 BAHAGIAN XV PINDAAN PERATURAN 74.0 Pindaan 74.1 Ketua Pegawai Eksekutif boleh membuat pindaan, perubahan dan tambahan dari masa ke semasa kepada Arahan Tetap Kolej UNITI, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Tatatertib. 74.2 Kuasa untuk mempertimbangkan rayuan terakhir, iaiti selepas rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Kolej UNITI, adalah terletak kepada Ketua Eksekutif Kolej UNITI. Ketua Eksekutif mempunyai kuasa untuk menarik hukuman, meringankan hukuman, atau menambah kadar atau tahap hukuman.