SlideShare a Scribd company logo
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH MURID CEMERLANG 2016
ATURCARA FLOW TEKS
08:45 PAGI
Ketibaan Ibu Bapa
Maklumkan perjalanan
majlis kepada hadirin
(guru, ppm dan ibu
bapa)
*semasa ketibaan VVIP, semua hadirin berdiri untuk
menyambut.
*lepas vvip sampai, kita akan terus nyanyi lagu negaraku, ibu
pertiwiku dan lagu sekolah
*semasa majlis graduasi, ibu bapa murid pra-sekolah dan
tahun 6 dibenarkan untuk bersama murid mengambil skrol di
atas pentas
*hujung majlis, kita ada jamuan. Masa MC umum YB
tinggalkan majlis untuk menjamu selera, semua hadirin
dimminta berdiri. Kemudian, lepas YB ke tempat makan,
baru kita makan.
Cara hidangan adalah sekali dengan audiens lain.
09:00 PAGI
Ketibaan VVIP
MC umum ketibaan
VVIP diiringi GB, YDP
dan PKP
*semasa ketibaan di
gate & bersalam
*hadirin berdiri
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha
Kaunselor Aries Leong, Kaunselor Dewan Undangan Negeri
N.73 Piasau diiringi oleh dif-dif kehormat.
~
Dijemput Kaunselor Aries Leong untuk merasmikan kelas
baharu Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran.
Nyanyian Bila VVIP dan
pengiring dah bersedia
di tempat duduk
(berdiri)
MC umum nyanyian
Tayangan video
dimulakan
Hadirin dijemput berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu
kebangsaan lagu Negaraku, diikuti lagu negeri lagu Ibu
Pertiwiku dan lagu sekolah SKPK Miri.
~
Hadirin dipersilakan duduk.
(tayangan video)
Tayangan multimedia itu tadi mengisahkan kronologi
pembinaan kelas baharu Kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana berkat
muafakat dan kerjasama semua pihak, sebuah kelas baharu
telah berjaya didirikan untuk menjadi berkat limpahan ilmu
buat anak-anak istimewa kita. “Bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat.” Jutaan terima kasih
diucapkan kepada Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew di atas
sumbangan yang telah disalurkan dan juga sekalung
penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama
menjayakan pembinaan kelas baharu Kelas Khas
Bermasalah Pembelajaran.
09:20 PAGI
Doa
Jemput pembaca doa (
Anif dan Arif)
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan surah al- Fatihah yang akan dibaca
oleh adik Mohamad Anif Danial bin Mohd Shahir dan adik
Mohamad Arif Danial bin Mohd Shahir. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada adik Mohamad Anif dan adik Mohamad Arif
atas bacaan surah al-Fatihah sebentar tadi.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Surah dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati
09:20 PAGI Ucapan alu-aluan Yang Berhormat Kaunselor Aries Leong, Kaunselor Dewan
Undangan Negeri N.73 Piasau mewakili Yang Berhormat
Dato’ Sebastiang Ting Chiew Yew Ahli Dewan Undangan
Negeri N.73 Piasau
Yang Dihormati Encik Jemildin bin Bol, Yang di-Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas Miri,
Yang Berusaha Encik Stanly Aba, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Miri
Tuan Haji Ahmad Shahdan bin Ishak, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
Cik Bong Yien Chiew, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
En Haldy bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
Barisan guru, ibu bapa, para pembantu pengurusan murid
dan murid-murid yang dikasihi.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Selamat datang ke Majlis Graduasi / dan Anugerah Murid
Cemerlang Tahun 2016 / Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Miri.
Ucapan 1 Guru Besar Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan
Yang Berusaha Encik Stanly Aba, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Miri untuk menyampaikan
bingkisan kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Stanly
Aba, Guru Besar SKPK Miri di atas ucapan kata aluan yang
telah disampaikan.
Ucapan 2 YDP PIBG Melilit rotan di dahan ara,
Di celah angsana mekar sekata,
Ucapan aluan pembuka bicara,
YDP PIBG bermadah kata.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati
Encik Jemildin bin Bol, Yang di-Pertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Pendidikan Khas Miri untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Encik Jemildin bin Bol, YdP PIBG SKPK
Miri di atas ucapan yang telah disampaikan.
Ucapan 3 Kaunselor Aries Leong Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan
daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat “yang datang
disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Kaunselor Aries Leong, Kaunselor
Majlis Bandaraya Miri mewakili Yang Berhormat Dato’
Sebastian Ting Chiew Yew untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Murid
Cemerlang Tahun 2016 Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Miri. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kaunselor
Aries Leong di atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Pohon selasih tumbuh di taman
Anak ikan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan sentiasa dikenang
Persembahan 1
Persembahan 2
Pra Sekolah
KKBP
Hadirin sekalian,
Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi yang ceria ini,
marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan murid
dari kelas Pra Sekolah dan diikuti oleh persembahan Kelas
Khas Bermasalah Pembelajaran. Ayuh sama-sama kita
saksikan.
Ceria, comel dan lincah. Demikianlah gambaran yang dapat
kita nyatakan buat kedua-dua persembahan yang telah
disampaikan tadi. Syabas dan tahniah diucapkan.
Penyampaian Hadiah
dan Sijil untuk
Kokurikulum dan Hal
Ehwal Murid.
( cc : Cikgu Haldy dan
MC ambil peranan . Hadirin yang dihormati,
Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah untuk
menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini
bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih
berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka
Cikgu Bong dan YDP) menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Acara yang
seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil
penghargaan untuk prestasi murid terbaik bagi bidang
kokurikulum.
Terlebih dahulu, majlis menjemput En Haldy bin Abdul
Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk ke atas
pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah.
Dipersilakan.
Terima kasih En Haldy bin Abdul Hamid, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum di atas penyampaian hadiah dan sijil
sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cik Bong Yien
Chiew, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil untuk
prestasi murid terbaik dalam bidang hal ehwal murid. Majlis
mempersilakan.
Terima kasih Cik Bong Yien Chiew, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid di atas penyampaian hadiah dan sijil
sebentar tadi.
Seterusnya majlis menjemput Yang Dihormati Encik Jemildin
bin Bol, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri untuk ke atas
pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah yang
berikutnya. Dipersilakan.
Terima kasih Encik Jemildin bin Bol, YdP PIBG SKPK Miri
kerana telah sudi menyampaikan penghargaan kepada
anak-anak murid kita.
Persembahan 3 Guru-guru Muzik Hadirin yang dihormati,
Majlis akan berehat seketika dengan menyaksikan
persembahan selingan daripada guru-guru SKPK Miri.
Terima kasih diucapkan kepada para guru SKPK Miri yang
telah menyampaikan persembahan mereka sebentar tadi.
Penyampaian Hadiah
dan Sijil untuk
Kurikulum dan Nilam
( cc : ustaz dan GB)
MC ambil peranan . Hadirin yang dikasihi sekalian,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini,
antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada
para murid bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap
bidang pendidikan terutamanya dalam bidang akademik dan
kokurikulum.
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput Tuan
Haji Ahmad Shahdan bin Ishak, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran untuk ke atas pentas bagi menyampaikan
hadiah dan sijil dalam bidang kurikulum. Dipersilakan.
Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Ahmad Shahdan
bin Ishak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana telah
sudi menyampaikan acara penyampaian hadiah dan sijil
sebentar tadi.
Burung kedidi dadanya biru
Permainan anak Haji Drahman
Bilaku turut ajaran guru
Burung yang liar makan di tangan
Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik
Stanly Aba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Miri untuk menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah dan sijil Terbaik Nilam, Terbaik Pengguna Frog-VLE
dan Kelas Maju. Majlis mempersilakan.
Sekalung penghargaan kepada Encik Stanly Aba, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri kerana
telah sudi menyampaikan acara penyampaian hadiah dan
sijil sebentar tadi.
Persembahan 4 Pendengaran Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-
sama kita menyaksikan persembahan daripada Kelas
Bermasalah Pendengaran. Mari sama-sama kita saksikan.
Mantap dan bertenaga. Syabas dan tahniah diucapkan
kepada murid-murid Kelas Bermasalah Pembelajaran di atas
persembahan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Haldy bin
Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji
Ahmad Shahdan bin Ishak, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Encik Stanly Aba, Guru Besar SKPK Miri untuk
menjemput dan mengiringi Kaunselor Aries Leong untuk ke
atas pentas bagi istiadat pemakaian jubah graduasi. Majlis
mempersilakan
Majlis Graduasi Pelajar Pra Sekolah
Tahun 6
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha
gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu
pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu,
murid-murid yang berjaya pasti akan diberi penghargaan.
Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
(Konvokesyen)
(Sesi Fotografi) *jemput GPK & Guru Pra-sekolah
Bagi mengakhiri sesi graduasi ini dijemput Tuan Haji Ahmad
Shahdan bin Ishak dan Encik Haldy bin Abdul Hamid bagi
menyempurnakan istiadat pemulangan jubah.
Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada
Kaunselor Aries Leong kerana telah sudi menyempurnakan
majlis graduasi pra-sekolah dan tahun 6 sebentar tadi.
Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Murid SKPK
Miri 2016. Untuk makluman sidang hadirin, tiada penerima
bagi anugerah khas ini. Diharap pada tahun yang akan
datang kita sebagai guru dan ibu bapa dapat bersama-sama
mendorong anak-anak istimewa kita agar dapat mengecapi
keunggulan diri.
Persembahan 5
Penglihatan
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis kita berehat seketika dengan menyaksikan
persembahan dari kelas Bermasalah Penglihatan. Marilah
sama-sama kita saksikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada kelas Bermasalah
Penglihatan di atas persembahan yang menceriakan
sebentar tadi.
1040 Pagi
Sambutan Hari Jadi
Tuan-tuan dan puan-puan, majlis kita diteruskan lagi dengan
mempersilakan Yang Berusaha Encik Stanly Aba, Guru
Besar SKPK Miri untuk menjemput dan mengiringi Yang
Dihormati Kaunselor Aries Leong untuk ke atas pentas bagi
menyempurnakan majlis Sambutan Hari Jadi. Majlis
mempersilakan.
Untuk pengetahuan siding hadirin, sambutan hari jadi ini bagi
meraikan murid-murid yang lahir dari bulan Oktober,
November dan Disember.
(panggil nama)
Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada
Kaunselor Aries Leong kerana telah sudi menyempurnakan
majlis sambutan hari jadi.
10:40PAGI
Jamuan
Persuraian Majlis Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk
kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak
majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman
Terbang selisih si burung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain tahun berjumpa lagi
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan
kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai
makhluk Allah bernama insan.
Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama
kita berdiri dan menyanyikan lagu keramat, Fly Kenyalang
Fly.
Dijemput Kaunselor Aries Leong diiringi dif-dif kehormat
untuk bergerak menuju ke kelas KKBP untuk menjamu
selera. Majlis mempersilakan.

More Related Content

Similar to APC 2016.doc

TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
supianzainuddin1
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgSiti Puspa
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Hafizah Izah
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
baitimustafa1
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Henry Lijunin
 
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014ALLADINHUSSIN
 
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Norazliah Ani
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
Noramaly AFiqa
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Nurulhuda Sharif
 
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Joyce Robert
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
softri
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
annurinsyirah
 
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangTeks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangAdy Putra
 
Apc dan hari guru
Apc dan hari guruApc dan hari guru
Apc dan hari guru
Zack Eriez
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
asmirahn
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
mohdshazrin4
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Azizan Amanda
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
azlisham1976
 
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011Yusrina Mustama
 
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Abdul Rahim
 

Similar to APC 2016.doc (20)

TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
Teks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibgTeks pengacaraan pibg
Teks pengacaraan pibg
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
 
Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
 
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
 
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
Skrip pengacara majlis pelancaran takwim kejohanan majlis sukan sekolah pahan...
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
Teks pengacara majlis graduasi prasekolah sk krait 2014
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
 
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlangTeks mc hari anugerah pelajar cemerlang
Teks mc hari anugerah pelajar cemerlang
 
Apc dan hari guru
Apc dan hari guruApc dan hari guru
Apc dan hari guru
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
 
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN SK JIJAN 2011
 
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
Teks ucapan pengerusi majlis mesyuarat agong pibg 2015
 

Recently uploaded

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 

Recently uploaded (7)

SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 

APC 2016.doc

  • 1. MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH MURID CEMERLANG 2016 ATURCARA FLOW TEKS 08:45 PAGI Ketibaan Ibu Bapa Maklumkan perjalanan majlis kepada hadirin (guru, ppm dan ibu bapa) *semasa ketibaan VVIP, semua hadirin berdiri untuk menyambut. *lepas vvip sampai, kita akan terus nyanyi lagu negaraku, ibu pertiwiku dan lagu sekolah *semasa majlis graduasi, ibu bapa murid pra-sekolah dan tahun 6 dibenarkan untuk bersama murid mengambil skrol di atas pentas *hujung majlis, kita ada jamuan. Masa MC umum YB tinggalkan majlis untuk menjamu selera, semua hadirin dimminta berdiri. Kemudian, lepas YB ke tempat makan, baru kita makan. Cara hidangan adalah sekali dengan audiens lain. 09:00 PAGI Ketibaan VVIP MC umum ketibaan VVIP diiringi GB, YDP dan PKP *semasa ketibaan di gate & bersalam *hadirin berdiri Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha Kaunselor Aries Leong, Kaunselor Dewan Undangan Negeri N.73 Piasau diiringi oleh dif-dif kehormat. ~ Dijemput Kaunselor Aries Leong untuk merasmikan kelas baharu Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran.
  • 2. Nyanyian Bila VVIP dan pengiring dah bersedia di tempat duduk (berdiri) MC umum nyanyian Tayangan video dimulakan Hadirin dijemput berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan lagu Negaraku, diikuti lagu negeri lagu Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah SKPK Miri. ~ Hadirin dipersilakan duduk. (tayangan video) Tayangan multimedia itu tadi mengisahkan kronologi pembinaan kelas baharu Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana berkat muafakat dan kerjasama semua pihak, sebuah kelas baharu telah berjaya didirikan untuk menjadi berkat limpahan ilmu buat anak-anak istimewa kita. “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.” Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew di atas sumbangan yang telah disalurkan dan juga sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan pembinaan kelas baharu Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. 09:20 PAGI Doa Jemput pembaca doa ( Anif dan Arif) Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan surah al- Fatihah yang akan dibaca oleh adik Mohamad Anif Danial bin Mohd Shahir dan adik
  • 3. Mohamad Arif Danial bin Mohd Shahir. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada adik Mohamad Anif dan adik Mohamad Arif atas bacaan surah al-Fatihah sebentar tadi. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Surah dibaca memohon rahmat Moga majlis sentiasa diberkati 09:20 PAGI Ucapan alu-aluan Yang Berhormat Kaunselor Aries Leong, Kaunselor Dewan Undangan Negeri N.73 Piasau mewakili Yang Berhormat Dato’ Sebastiang Ting Chiew Yew Ahli Dewan Undangan Negeri N.73 Piasau Yang Dihormati Encik Jemildin bin Bol, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri, Yang Berusaha Encik Stanly Aba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri Tuan Haji Ahmad Shahdan bin Ishak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Bong Yien Chiew, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
  • 4. Murid, En Haldy bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan guru, ibu bapa, para pembantu pengurusan murid dan murid-murid yang dikasihi. Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria Selamat datang ke Majlis Graduasi / dan Anugerah Murid Cemerlang Tahun 2016 / Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri. Ucapan 1 Guru Besar Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Stanly Aba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri untuk menyampaikan bingkisan kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
  • 5. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Stanly Aba, Guru Besar SKPK Miri di atas ucapan kata aluan yang telah disampaikan. Ucapan 2 YDP PIBG Melilit rotan di dahan ara, Di celah angsana mekar sekata, Ucapan aluan pembuka bicara, YDP PIBG bermadah kata. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati Encik Jemildin bin Bol, Yang di-Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan. Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Jemildin bin Bol, YdP PIBG SKPK Miri di atas ucapan yang telah disampaikan. Ucapan 3 Kaunselor Aries Leong Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Kaunselor Aries Leong, Kaunselor Majlis Bandaraya Miri mewakili Yang Berhormat Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Murid Cemerlang Tahun 2016 Sekolah Kebangsaan Pendidikan
  • 6. Khas Miri. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kaunselor Aries Leong di atas ucapan perasmian sebentar tadi. Pohon selasih tumbuh di taman Anak ikan berenang-renang Terima kasih kami ucapkan Budi tuan sentiasa dikenang Persembahan 1 Persembahan 2 Pra Sekolah KKBP Hadirin sekalian, Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi yang ceria ini, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan murid dari kelas Pra Sekolah dan diikuti oleh persembahan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Ayuh sama-sama kita saksikan. Ceria, comel dan lincah. Demikianlah gambaran yang dapat kita nyatakan buat kedua-dua persembahan yang telah disampaikan tadi. Syabas dan tahniah diucapkan. Penyampaian Hadiah dan Sijil untuk Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. ( cc : Cikgu Haldy dan MC ambil peranan . Hadirin yang dihormati, Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah untuk menjadi galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi tunggak untuk mereka
  • 7. Cikgu Bong dan YDP) menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk prestasi murid terbaik bagi bidang kokurikulum. Terlebih dahulu, majlis menjemput En Haldy bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk ke atas pentas bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah. Dipersilakan. Terima kasih En Haldy bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum di atas penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cik Bong Yien Chiew, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil untuk prestasi murid terbaik dalam bidang hal ehwal murid. Majlis mempersilakan. Terima kasih Cik Bong Yien Chiew, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di atas penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.
  • 8. Seterusnya majlis menjemput Yang Dihormati Encik Jemildin bin Bol, Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri untuk ke atas pentas bagi menyempurnakan penyampaian hadiah yang berikutnya. Dipersilakan. Terima kasih Encik Jemildin bin Bol, YdP PIBG SKPK Miri kerana telah sudi menyampaikan penghargaan kepada anak-anak murid kita. Persembahan 3 Guru-guru Muzik Hadirin yang dihormati, Majlis akan berehat seketika dengan menyaksikan persembahan selingan daripada guru-guru SKPK Miri. Terima kasih diucapkan kepada para guru SKPK Miri yang telah menyampaikan persembahan mereka sebentar tadi. Penyampaian Hadiah dan Sijil untuk Kurikulum dan Nilam ( cc : ustaz dan GB) MC ambil peranan . Hadirin yang dikasihi sekalian, Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para murid bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput Tuan Haji Ahmad Shahdan bin Ishak, Guru Penolong Kanan
  • 9. Pentadbiran untuk ke atas pentas bagi menyampaikan hadiah dan sijil dalam bidang kurikulum. Dipersilakan. Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Ahmad Shahdan bin Ishak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran kerana telah sudi menyampaikan acara penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi. Burung kedidi dadanya biru Permainan anak Haji Drahman Bilaku turut ajaran guru Burung yang liar makan di tangan Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik Stanly Aba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan sijil Terbaik Nilam, Terbaik Pengguna Frog-VLE dan Kelas Maju. Majlis mempersilakan. Sekalung penghargaan kepada Encik Stanly Aba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Miri kerana telah sudi menyampaikan acara penyampaian hadiah dan sijil sebentar tadi.
  • 10. Persembahan 4 Pendengaran Tuan-tuan dan puan-puan, Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, marilah sama- sama kita menyaksikan persembahan daripada Kelas Bermasalah Pendengaran. Mari sama-sama kita saksikan. Mantap dan bertenaga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada murid-murid Kelas Bermasalah Pembelajaran di atas persembahan itu tadi. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Haldy bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Ahmad Shahdan bin Ishak, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Stanly Aba, Guru Besar SKPK Miri untuk menjemput dan mengiringi Kaunselor Aries Leong untuk ke atas pentas bagi istiadat pemakaian jubah graduasi. Majlis mempersilakan Majlis Graduasi Pelajar Pra Sekolah Tahun 6 Hadirin yang dihormati sekalian, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya pasti akan diberi penghargaan.
  • 11. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita. (Konvokesyen) (Sesi Fotografi) *jemput GPK & Guru Pra-sekolah Bagi mengakhiri sesi graduasi ini dijemput Tuan Haji Ahmad Shahdan bin Ishak dan Encik Haldy bin Abdul Hamid bagi menyempurnakan istiadat pemulangan jubah. Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada Kaunselor Aries Leong kerana telah sudi menyempurnakan majlis graduasi pra-sekolah dan tahun 6 sebentar tadi. Anugerah seterusnya ialah Anugerah Tokoh Murid SKPK Miri 2016. Untuk makluman sidang hadirin, tiada penerima bagi anugerah khas ini. Diharap pada tahun yang akan datang kita sebagai guru dan ibu bapa dapat bersama-sama mendorong anak-anak istimewa kita agar dapat mengecapi keunggulan diri.
  • 12. Persembahan 5 Penglihatan Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis kita berehat seketika dengan menyaksikan persembahan dari kelas Bermasalah Penglihatan. Marilah sama-sama kita saksikan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kelas Bermasalah Penglihatan di atas persembahan yang menceriakan sebentar tadi. 1040 Pagi Sambutan Hari Jadi Tuan-tuan dan puan-puan, majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Stanly Aba, Guru Besar SKPK Miri untuk menjemput dan mengiringi Yang Dihormati Kaunselor Aries Leong untuk ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis Sambutan Hari Jadi. Majlis mempersilakan. Untuk pengetahuan siding hadirin, sambutan hari jadi ini bagi meraikan murid-murid yang lahir dari bulan Oktober, November dan Disember. (panggil nama) Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada Kaunselor Aries Leong kerana telah sudi menyempurnakan majlis sambutan hari jadi.
  • 13. 10:40PAGI Jamuan Persuraian Majlis Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman Terbang selisih si burung kedidi Terbang berduyun di waktu pagi Terima kasih daun keladi Di lain tahun berjumpa lagi Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Bagi mengakhiri majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama
  • 14. kita berdiri dan menyanyikan lagu keramat, Fly Kenyalang Fly. Dijemput Kaunselor Aries Leong diiringi dif-dif kehormat untuk bergerak menuju ke kelas KKBP untuk menjamu selera. Majlis mempersilakan.