Anugerah Silat Kebangsaan adalah sebuah majlis anugerah di Malaysia yang dikendalikan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Ia mula dilaksanakan pada tahun 2017 di mana ianya merupakan satu anugerah tertinggi Silat Melayu kepada individu, badan dan pertubuhan Silat Melayu sama ada di peringkat amatur atau profesional. Anugerah ini diadakan pada setiap tahun untuk menghargai jasa individu yang memberikan sumbangan terbaik di dalam memertabatkan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa. Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai landasan terbaik dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia dari masa ke semasa. Majlis anugerah ini mengandungi 17 jenis anugerah yang diberikan kepada individu dengan syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh PSGFM. Seramai 300 individu telah dikenal-pasti daripada 30 agensi Silat Melayu terlibat dalam majlis anugerah Silat Melayu berprestij ini. Senarai Anugerah Silat Kebangsaan 2017: 1. Anugerah Pendita Silat 2. Anugerah Pakar Silat Malaysia 3. Anugerah Program Silat Terbaik (Antarabangsa) 4. Anugerah Program Silat Terbaik (Nasional) 5. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Lelaki) 6. Anugerah Jurulatih Silat Terbaik (Perempuan) 7. Anugerah Keluarga Emas 8. Anugerah Budi Emas 9. Anugerah Pesilat Terbaik (Lelaki) 10. Anugerah Pesilat Terbaik (Perempuan) 11. Anugerah Pesilat Harapan (Lelaki) 12. Anugerah Pesilat Harapan (Perempuan) 13. Anugerah Gelanggang Silat Terbaik 14. Anugerah Pembantu Jurulatih PSGFM 15. Anugerah Pengkaji Silat Terbaik 16. Anugerah Perguruan Silat 17. Anugerah Tokoh Silat (Anugerah Khas)