ANGKATAN WANITA SEDAR (AWAS)
PENDAHULUAN
Kalau dahulu, wanita sering dilabelkan sebagai kaum yang lemah dan tidak memiliki
pelajaran yang tinggi. Namun, peranan wanita amat penting dalam membangkitkan semangat
nasionalisme dan menentang penjajah pada abad ke 20. Pertubuhan Angkatan Wanita Sedar
(AWAS) merupakan satu langkah atau cara meningkatkan martabat kaum wanita yang sering
dipandang rendah. Masyarakat memandang wanita tidak berperanan dalam memperjuangkan
hak- hak bangsa Melayu.Oleh itu, dengan bangkitnya tokoh- tokoh wanita seperti Shamsiah
Faqeh, Aisyah Ghani, Aishah Hussien, martabat wanita telah dipandang tinggi dan mendapat
sanjungan daripada semua lapisan masyarakat dan menjadi pembakar dan semangat dalam
meneruskan perjuangan menentang penjajah.1 Sejak penghujung tahun 1945, wanita Melayu
telah berganding bahu dengan kaum lelaki menyertai perhimpunan-perhimpunan, perarakan -
perarakan dan tunjuk perasaan dalam menentang penjajahan British. Ahmad Luthfi
nenghujah bahawa masyarakat tidak boleh maju sehingga kaum wanitanya turut maju iaitu
melalui pendidikan.2
AWAS merupakan parti yang telah berusaha untuk memerdekan Tanah Melayu dan
mempunyai matlamat yang sama dengan perjuangan kaum lelaki iaitu untuk mendapatkan
hak dan persamaan yang sama dengan kaum lelaki. Pemimpin wanita pertama AWAS ialah
Aishah Ghani
1 Mohd Faidz Mohd Zain et al. 2011. PengaruhNasionalisme MelayuMewarnai Budaya PolitikMelayu DalamUMNO.
2 Ms 31

Angkatan wanita sedar

  • 1.
    ANGKATAN WANITA SEDAR(AWAS) PENDAHULUAN Kalau dahulu, wanita sering dilabelkan sebagai kaum yang lemah dan tidak memiliki pelajaran yang tinggi. Namun, peranan wanita amat penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme dan menentang penjajah pada abad ke 20. Pertubuhan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) merupakan satu langkah atau cara meningkatkan martabat kaum wanita yang sering dipandang rendah. Masyarakat memandang wanita tidak berperanan dalam memperjuangkan hak- hak bangsa Melayu.Oleh itu, dengan bangkitnya tokoh- tokoh wanita seperti Shamsiah Faqeh, Aisyah Ghani, Aishah Hussien, martabat wanita telah dipandang tinggi dan mendapat sanjungan daripada semua lapisan masyarakat dan menjadi pembakar dan semangat dalam meneruskan perjuangan menentang penjajah.1 Sejak penghujung tahun 1945, wanita Melayu telah berganding bahu dengan kaum lelaki menyertai perhimpunan-perhimpunan, perarakan - perarakan dan tunjuk perasaan dalam menentang penjajahan British. Ahmad Luthfi nenghujah bahawa masyarakat tidak boleh maju sehingga kaum wanitanya turut maju iaitu melalui pendidikan.2 AWAS merupakan parti yang telah berusaha untuk memerdekan Tanah Melayu dan mempunyai matlamat yang sama dengan perjuangan kaum lelaki iaitu untuk mendapatkan hak dan persamaan yang sama dengan kaum lelaki. Pemimpin wanita pertama AWAS ialah Aishah Ghani 1 Mohd Faidz Mohd Zain et al. 2011. PengaruhNasionalisme MelayuMewarnai Budaya PolitikMelayu DalamUMNO. 2 Ms 31