1. LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
PROF. DATO’ IR. DR RIZAATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT
TUGASAN AMALAN TERBAIK
NUR KAMARHANI AMEERA BINTI SHAMSHUL KAMAL
GA04248
2. Amalan baik yang kebiasaannya dilakukan oleh seseorang dengan
berterusan sehingga diikuti oleh orang lain.
Pembangunan sosial adalah proses perubahan sosial yang direka untuk
mengangkat kesejahteraan penduduk menyeluruh dengan
menggabungkannya dengan proses pembangunan ekonomi yang dinamik.
4. Republik Czech ialah sebuah negara tanpa pantai yang terletak di Eropah Tengah. Republik ini bersempadan dengan Poland di
utara, Jerman di barat laut dan barat, Austria di selatan dan Slovakia di timur. Ibu negara republik ini ialah Praha. Republik Czech
terbentuk daripada tiga kawasan iaitu Bohemia, Moravia, dan sebahagian Silesia.
Setelah menjadi negara komunis selama 41 tahun, pada tahun 1989 Cekoslovakia kembali menjadi negara demokrasi liberal melalui
Revolusi Velvet secara damai. Kemudian pada tahun 1993, negara ini secara damai dibahagi menjadi dua bahagian, iaitu Republik Czech
dan Slowakia.
Puncak tertinggi di Cekoslowakia adalah Gunung Snezka, dengan ketinggian mencapai 1.602 meter.
Bahasa rasmi Republik Ccezh adalah bahasa Ceska. Orang Moravia bertutur dalam bahasa Ceska yang sedikit berbeza dari yang
diucapkan di Bohemia. Orang Slovakia berbicara dalam bahasa Slowakia, bahasa yang terkait erat dengan bahasa Ceska. Orang Romawi
bertutur dalam bahasa Romany, yang termasuk dalam kelompok bahasa Indo-Iran. Kelompok minoritas lainnya menggunakan bahasa
mereka sendiri di rumah, tetapi umumnya juga bertutur dalam bahasa Ceska.
Tanda mercu tanda paling terkenal di Prague ialah Jam Astronomi, yang berdiri tegak di hadapan Dewan Bandaran Lama. Setiap jam
prosesi patung bergerak, termasuk rangka yang mewakili angka kematian, muncul dari sisi jam dan menyerang masa.
Istana Prague merupakan istana kuno terbesar di dunia, menurut Guinness Book of Records. Ia bermula pada abad ke-9 dan meliputi 18
ekar dengan pelbagai halaman dan bangunan sampingan.
Kesedaran semangat nasionalisme Czech dapat dilihat apabila Habsburg melaksanakan polisi kerajaan tanpa menghiraukan kepentingan
budaya mereka. Pada akhir abad ke-18, cendekiawan telah menubuhkan pusat pengajian bahasa Czech dan muzium negara untuk
pergerakan kebangkitan nasional. Slovakia juga berusaha untuk memberi kesedaran nasionalisme kepada bangsa sendiri dengan
meluaskan pengaruh bahasanya.
6. Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiranMajlis Perbandaran Ampang
Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat.
Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga
11 kilometer sahaja. Yang Berhormat Puan Zuraida Kamaruddin merupakan Ahli Parlimen
daerah Ampang (P99) dari Pakatan Rakyat yang mewakili penduduk Ampang dalam Dewan
Rakyat, Parlimen Malaysia sejak tahun 2008.
Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga
ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong
berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah.
Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi
'ampang'.
Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana di bangunkan oleh orang yang
sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang
Melayu di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari Sumatera.
Kenderaan awam adalah mudah didapati dan disediakan oleh pihak pengangkutan dari Kuala
Lumpur ke sebarang destinasi di Ampang. Midale Ring Road menghubungkan Kepong /
Sungai Buloh di sebelah utara dengan kawasan selatan Kuala Lumpur dan ianya melalui
kawasan MPAJ, Cheras Baru dan akhirnya berakhir di Jalan Sungai Besi di Sri Petaling.