Dokumen ini membahas penjajaran kurikulum Bahasa Melayu untuk Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan di Malaysia. Ia menjelaskan penjajaran kandungan kurikulum yang difokuskan kepada kandungan asas untuk memastikan kelangsungan pembelajaran murid selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Dokumen ini juga menyarankan pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka
Apakah program Sekolah Alkitab Liburan ada di gereja Anda? Perlukah diprogramkan? Jika sudah ada, apa-apa saja yang perlu dipertimbangkan lagi? Pak Igrea Siswanto dari organisasi Life Kids Indonesia membagikannya untuk kita semua.
Informasi lebih lanjut: 0821-3313-3315 (MLC)
#SABDAYLSA #SABDAEvent #ylsa #yayasanlembagasabda #SABDAAlkitab #Alkitab #SABDAMLC #ministrylearningcenter #digital #sekolahAlkitabliburan #gereja #SAL
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondelferrydmn1999
Indonesia, negara kepulauan yang kaya akan keragaman budaya, suku, dan tradisi, memiliki Jakarta sebagai pusat kebudayaan yang dinamis dan unik. Salah satu kesenian tradisional yang ikonik dan identik dengan Jakarta adalah ondel-ondel, boneka raksasa yang biasanya tampil berpasangan, terdiri dari laki-laki dan perempuan. Ondel-ondel awalnya dianggap sebagai simbol budaya sakral dan memainkan peran penting dalam ritual budaya masyarakat Betawi untuk menolak bala atau nasib buruk. Namun, seiring dengan bergulirnya waktu dan perubahan zaman, makna sakral ondel-ondel perlahan memudar dan berubah menjadi sesuatu yang kurang bernilai. Kini, ondel-ondel lebih sering digunakan sebagai hiasan atau sebagai sarana untuk mencari penghasilan. Buku foto Lensa Kampung Ondel-Ondel berfokus pada Keluarga Mulyadi, yang menghadapi tantangan untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel warisan leluhur di tengah keterbatasan ekonomi yang ada. Melalui foto cerita, foto feature dan foto jurnalistik buku ini menggambarkan usaha Keluarga Mulyadi untuk menjaga tradisi pembuatan ondel-ondel sambil menghadapi dilema dalam mempertahankan makna budaya di tengah perubahan makna dan keterbatasan ekonomi keluarganya. Buku foto ini dapat menggambarkan tentang bagaimana keluarga tersebut berjuang untuk menjaga warisan budaya mereka di tengah arus modernisasi.
3. KATA PENGANTAR
Kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) telah dijajarkan bagi memenuhi keperluan
pembelajaran murid yang terkesan lanjutan
daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dikuatkuasakan akibat penularan
koronavirus (COVID-19). Arahan PKP telah
membawa normal baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara maya. Dapatan daripada beberapa
tinjauan melalui media cetak dan elektronik menunjukkan bahawa
PdP secara maya semasa tempoh PKP, tidak dapat dilaksanakan
secara menyeluruh dan bersistematik. Implikasinya, wujud jurang
pembelajaran antara murid. Hal demikian turut menjejaskan
penguasaan kandungan, kemahiran dan nilai asas yang diperlukan
oleh murid bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya.
Oleh itu, penjajaran kurikulum ini merupakan usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran
murid berlaku.
Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah kurikulum baharu, tetapi
kurikulum sedia ada yang disusun semula berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR. Kandungan
DSKP tersebut dibahagikan kepada Kandungan Asas, Kandungan
Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Penjajaran kandungan kurikulum ini bertujuan memberi penekanan
terhadap kandungan asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala
kandungan tambahan dan kandungan pelengkap berperanan
menyokong keseluruhan pembelajaran bagi kandungan sesuatu
mata pelajaran melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.
Pendekatan pembelajaran teradun yang menggabungkan teknik
pengajaran bersemuka dan tidak bersemuka menggunakan medium
yang sesuai mampu menghasilkan PdP yang lebih fleksibel tanpa
mengabaikan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia agar guru dapat
memastikan kandungan DSKP disampaikan kepada murid
seterusnya merealisasikan hasrat dan matlamat mata pelajaran
KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia juga merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dalam penjajaran kandungan DSKP KSSR bagi
kegunaan tahun 2020.
DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
1
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
1.2 Mendengar,
mengecam dan
menyebut bunyi
bahasa iaitu abjad,
suku kata, perkataan,
frasa dan ayat
dengan betul.
1.2.6 Mendengar, memahami
dan menyebut pelbagai
ragam ayat dengan
struktur yang betul dan
tepat.
1.3 Mendengar,
memahami dan
memberi respons
terhadap sesuatu
arahan, soalan dan
pesanan yang
didengar dengan
betul.
1.3.1 Mendengar, memahami
dan memberikan
respons yang sesuai
secara lisan atau gerak
laku terhadap arahan
mengikut kronologi
dengan betul.
5. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
2
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.3.2 Mendengar, memahami
dan memberikan
respons yang sesuai
secara lisan terhadap
soalan yang
mengandungi kata
tanya dan tanpa kata
tanya.
1.3.3 Mendengar, memahami
dan memberikan
respons untuk
menyampaikan pesanan
mengikut urutan dengan
menggunakan laras
bahasa yang betul.
6. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
3
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.4 Bertutur, berbual dan
menyatakan
permintaan tentang
sesuatu perkara
daripada pelbagai
sumber dalam situasi
formal dan tidak
formal secara
bertatasusila.
1.4.1 Bertutur tentang
sesuatu perkara dengan
menggunakan pelbagai
jenis ayat yang gramatis
dalam sesuatu situasi
secara bertatasusila.
1.4.2 Berbual tentang sesuatu
perkara daripada
pelbagai sumber
dengan menggunakan
kata panggilan hormat
yang sesuai
berdasarkan sesuatu
situasi secara
bertatasusila.
7. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
4
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.4.3 Berbual tentang sesuatu
perkara dengan
menggunakan kata
ganti nama diri laras
bahasa istana dengan
betul dalam sesuatu
situasi secara
bertatasusila.
1.4.4 Menyatakan permintaan
tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai
sumber dengan
menggunakan diksi,
ayat serta bahasa
badan yang sesuai
dengan memberikan
alasan secara
bertatasusila.
8. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
5
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.5 Bercerita, dan
menceritakan
sesuatu perkara
semula dengan tepat
menggunakan
sebutan yang jelas
dan intonasi yang
betul.
1.5.1 Bercerita tentang
sesuatu perkara dengan
tepat, sebutan yang
jelas, dan intonasi yang
betul dengan
menggunakan gaya
bahasa yang sesuai.
1.5.2 Menceritakan sesuatu
perkara yang dialami
dengan tepat, sebutan
yang jelas dan intonasi
yang betul
menggunakan bahasa
yang indah.
9. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
6
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.6 Berbicara untuk
menyampaikan
maklumat tentang
sesuatu perkara
daripada pelbagai
sumber dengan tepat
secara bertatasusila.
1.6.1 Berbicara untuk
mendapatkan maklumat
yang tersurat dan
tersirat dengan tepat
tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai
sumber secara
bertatasusila.
1.6.2 Berbicara untuk
mendapatkan dan
menyampaikan
maklumat tentang
sesuatu perkara dengan
jelas daripada media
elektronik dengan
menggunakan ayat
yang mengandungi
peribahasa yang sesuai
secara bertatasusila.
10. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
7
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.7 Berbincang dan
mengemukakan
pendapat tentang
sesuatu perkara
daripada pelbagai
sumber secara
bertatasusila.
1.7.2 Berbincang dan
mengemukakan
pandangan dan
pendapat tentang
sesuatu perkara
daripada pelbagai
sumber menggunakan
ayat yang gramatis
secara bertatasusila.
KEMAHIRAN MEMBACA
2.2 Membaca dan
memahami
perkataan, frasa dan
ayat daripada
pelbagai sumber
dengan sebutan yang
betul.
2.2.3 Membaca dan
memahami ayat dalam
bahan bacaan prosa
yang mengandungi
imbuhan pinjaman
daripada pelbagai
sumber dengan sebutan
yang betul.
11. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
8
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.3 Membaca kuat
pelbagai bahan
bacaan dengan
lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi
yang betul.
2.3.1 Membaca kuat pelbagai
jenis ayat daripada
sesuatu bahan bacaan
dengan lancar, sebutan
yang jelas dan intonasi
yang betul serta
berjeda.
2.3.2 Membaca kuat sesuatu
bahan bacaan yang
mengandungi ayat
tunggal, dan ayat
majmuk berbilang
subjek dan predikat
dengan lancar dan
sebutan yang betul.
12. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
9
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.4 Membaca dan
memahami
maklumat yang
tersurat dan tersirat
daripada pelbagai
bahan untuk memberi
respons dengan
betul.
2.4.1 Membaca dan
memahami maklumat
daripada bahan bukan
naratif untuk membuat
ulasan dengan betul.
2.4.2 Membaca dan
memahami maklumat
yang tersurat daripada
pelbagai bahan untuk
membuat sesuatu
keputusan dengan
betul.
2.4.3 Membaca dan
memahami maklumat
yang tersurat dan
tersirat daripada
pelbagai bahan untuk
membuat sesuatu
keputusan dengan
betul.
13. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
10
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.5 Membaca,
memahami dan
menaakul untuk
memindahkan
maklumat yang
terdapat dalam
pelbagai bahan
dengan betul.
2.5.1 Membaca, memahami
dan mengkategori
maklumat daripada
pelbagai bahan serta
memindahkan maklumat
dalam bentuk grafik.
2.5.2 Membaca, memahami,
dan menaakul bahan
grafik untuk
membanding beza
maklumat dan
memindahkan maklumat
dalam bentuk prosa.
14. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
11
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.5.3 Membaca,
memahami dan
menaakul bahan
prosa dan
memindahkan
maklumat dalam
bentuk grafik untuk
membuat
keputusan.
2.6 Membaca pelbagai
bahan sastera dan
bukan sastera yang
sesuai bagi memupuk
minat membaca.
2.6.1 Membaca pelbagai
bahan berunsur
sastera yang
sesuai untuk
meningkatkan daya
berfikir secara
kritis.
2.6.2 Membaca dan
memahami
sesuatu bahan
bacaan secara
didik hibur untuk
membuat
pertimbangan.
15. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
12
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
KEMAHIRAN MENULIS
3.2 Menulis huruf, suku
kata, perkataan, frasa
dan ayat secara
mekanis dengan
betul dan kemas.
3.2.6 Menulis teks petikan
puisi secara mekanis
dengan betul dan kemas.
3.2.7 Menulis ayat dalam
perenggan secara
mekanis dalam bentuk
tulisan berangkai dengan
betul dan kemas.
3.3 Membina dan
menulis perkataan,
frasa dan ayat
dengan betul.
3.3.3 Membina jawapan
pemahaman
berdasarkan soalan
bertumpu dan bercapah
secara kritis dengan
betul.
3.3.4 Membina kerangka dan
menulis karangan
berbentuk naratif
dengan betul.
16. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
13
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
3.4 Menulis imlak dengan
tepat.
3.4.1 Menulis kata majmuk
dan kata ganda dengan
ejaan yang tepat secara
imlak.
3.4.2 Menulis ayat dalam
perenggan yang
mengandungi kata
ganda dan kata majmuk
dengan ejaan dan tanda
baca yang tepat secara
imlak.
3.5 Mencatat maklumat
yang betul tentang
sesuatu perkara
daripada pelbagai
sumber.
3.5.2 Mencatat maklumat
yang betul mengikut
keutamaan pada carta
daripada pelbagai
sumber.
17. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
14
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
3.6 Menulis untuk
menyampaikan
maklumat tentang
sesuatu perkara
dengan
menggunakan
bahasa yang santun.
3.6.1 Menulis untuk
menyampaikan
maklumat yang betul
yang mempunyai kohesi
dan koheren serta
menegaskan bahasa
yang santun.
3.6.2 Menulis untuk
menyampaikan
maklumat berbentuk
syarahan dan laporan
yang jelas dengan
menegaskan bahasa
yang santun.
3.7 Menghasilkan
penulisan kreatif
dalam pelbagai genre
dengan betul.
3.7.1 Menghasilkan draf
penulisan karangan
berformat dengan betul.
18. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
15
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
3.7.2 Menghasilkan penulisan
deskriptif berbentuk
catatan, laporan dan
surat tidak rasmi
dengan betul.
3.8 Mengedit dan
memurnikan hasil
penulisan dengan
betul
3.8.2 Mengedit dan
memurnikan sesuatu
hasil penulisan
berbentuk naratif
daripada aspek ejaan,
tanda baca, kosa kata
dan struktur ayat
dengan betul.
19. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
16
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
3.9 Menulis ulasan
tentang pelbagai
bahan sastera dan
bukan sastera yang
didengar, ditonton
atau dibaca dengan
betul.
3.9.1 Menulis ulasan
berbentuk pendapat
tentang bahan sastera
dan bukan sastera yang
didengar, ditonton atau
dibaca dengan jelas dan
menggunakan bahasa
yang gramatis.
ASPEK SENI BAHASA
4.1 Menyebut dan
memahami unsur
seni dalam lagu
melalui nyanyian
secara didik hibur.
4.1.1 Menyebut dan menyatakan
nilai daripada lirik lagu
yang dinyanyikan.
4.1.2 Menyatakan ungkapan
yang indah dengan jelas
daripada lirik lagu yang
dinyanyikan.
20. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
17
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
4.2 Mengujarkan bahasa
yang indah dan
menggunakan
bahasa badan secara
kreatif semasa
bercerita secara didik
hibur.
4.2.1 Mengujarkan cerita yang
mengandungi simpulan
bahasa dengan
menggunakan sebutan
yang jelas, dan intonasi
yang betul, serta bahasa
badan dan gaya yang
sesuai melalui
penceritaan yang
dipersembahkan.
4.2.2 Mengujarkan cerita yang
mengandungi simpulan
bahasa dengan
menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul
dan jelas serta
menyatakan pengajaran
melalui penceritaan.
21. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
18
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
4.3 Mengujarkan bahasa
yang indah dan
menggunakan
bahasa badan
dengan kreatif
melalui lakonan
secara didik hibur.
4.3.1 Mengujarkan dialog yang
mengandungi simpulan
bahasa yang betul serta
melakukan aksi yang
sesuai dalam lakonan.
4.3.2 Mengujarkan dialog yang
mengandungi simpulan
bahasa dengan
menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul
dan jelas serta
menyatakan pengajaran
melalui lakonan.
4.4 Melafazkan dan
memahami puisi
dengan intonasi yang
betul menggunakan
bahasa yang indah
secara didik hibur.
4.4.1 Melafazkan syair dengan
sebutan yang betul serta
menyatakan bahasa
yang indah berdasarkan
syair.
4.4.2 Melagukan dan
memahami cerita dalam
syair serta menghasilkan
sesuatu ciptaan kreatif
berdasarkan syair.
22. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
19
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
ASPEK TATABAHASA
5.1 Memahami dan
Menggunakan
golongan kata
dengan betul
mengikut konteks.
5.1.1 Memahami dan
menggunakan kata
nama am tak hidup
bukan institusi
dengan betul
mengikut konteks.
5.1.2 Memahami dan
menggunakan kata
nama khas tak
hidup dengan betul
mengikut konteks.
5.1.3 Memahami dan
menggunakan kata
ganti nama diri
laras bahasa istana
dengan betul
mengikut konteks
23. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
20
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
5.1.4 Memahami dan
menggunakan kata
kerja tak transitif
dengan betul
mengikut konteks.
5.1.5 Memahami dan
menggunakan kata
adjektif waktu ,
jarak dan cara
mengikut konteks.
5.1.6 Memahami dan
menggunakan kata
hubung pancangan
relatif dan kata
hubung pancangan
komplemen
dengan betul
mengikut konteks .
24. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
21
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
5.1.7 Memahami dan
menggunakan kata
bilangan dengan
betul mengikut
konteks.
5.2 Memahami dan
menggunakan
pembentukan kata
yang sesuai dalam
pelbagai situasi
dengan betul.
5.2.1 Memahami dan
menggunakan
imbuhan apitan
dan imbuhan
pinjaman dengan
betul mengikut
konteks.
5.2.2 Memahami dan
menggunakan kata
ganda separa dan
kata ganda
berentak
berdasarkan situasi
dengan betul.
25. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
22
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran (SP)
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
5.2.3 Memahami dan
menggunakan kata
majmuk istilah
khusus dalam
pelbagai situasi
dengan betul.
5.3 Memahami dan
membina ayat yang
betul dalam pelbagai
situasi.
5.3.1 Memahami dan
membina ayat
dengan perluasan
predikat dengan
betul dalam
pelbagai situasi.
5.3.2 Memahami dan
membina ayat
cakap ajuk dan
cakap pindah
dengan
menggunakan
tanda baca yang
betul dalam
pelbagai situasi.
26. Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu SJK Tahun 5 KSSR
23
Guru disarankan agar mengutamakan SP pada ruang ASAS terlebih dahulu sebagai SP fokus dan gabung jalin kemahiran.
Kemudian diikuti dengan SP pada ruangan SP TAMBAHAN dan disusuli dengan SP pada ruangan PELENGKAP
Guru boleh memilih urutan SP mengikut kesesuaian dan tahap kemampuan murid.