2. GRAF BAR BERGANDA
Ia dilukis berbentuk palang dan digunakan untuk
membandingkan 2 jenis maklumat atau lebih dlam
satu graf yang sama.
Graf bar berpalang dibahagikan kepada 2 iaitu:
a) Graf bar menegak
b) Graf bar mendatar
4. Contoh Graf Bar Berganda
100%
90%
80%
70%
60%
Series 2
50%
Series 1
40%
30%
20%
10%
0%
Category 1 Category 2 Category 3 Category 4
5. Langkah –langkah melukis graf bar berganda
1. Lukis paksi mendatar dan menegak.
2. Bandingkan nilai maksimum(paling tinggi) dan
minimum(paling rendah) bagi maklumat tersebut
untuk mendapatkan skala yang sesuai.
3. Guna skala yang sesuai.
4. Lukiskan bar.
5. Gunakan warna atau lorekan yang berlainan bagi
membezakan bar-bar tersebut.
6. Lengkapkan graf dengan tajuk, petunjuk dan label
yang sesuai.
6. GRAF GARISAN BERGANDA
Ia biasa digunakan untuk menunjukkan perubahan
kuantiti bagi perkara atau unsur yang sama.
Ia dipersembahkan dalam bentuk garisan
bersambung. Graf ini mempunyai 2 atau lebih
maklumat.
Garisan-garisan ini dilukis dalam graf yang sama
supaya mudah dibuat perbandingan.
7. Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan
Mohamed, 2002 – 2006
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2002 623 434 1057
2003 569 456 456
2004 573 479 1052
2005 492 560 1052
2006 440 650 1090
Tafsiran
•Pada tahun 2002, jumlah pelajar di SekolahSMK Dato' Seri Wan Mohamed ialah seramai 1057
orang.
•Pada tahun 2003, jumlah pelajarnya berkurangan sebanyak 32 orang menjadikan bilangannya
seramai 1025 orang.
•Pada tahun 2004, pelajar bertambah sebanyak 27 orang menjadikan bilangannya seramai 1052
orang.
•Bilangan seramai 1052 orang berkekalan sehingga ke tahun 2005.
•Berbanding dengan pelajar lelaki, didapati pelajar perempuan bertambah dari setahun ke setahun.
Pertambahan yang paling banyak sekali ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang.
•Pengurangan yang paling besar bagi pelajar lelaki ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81
orang
8. Jadual menunjukkan eksport getah
Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 - 1994
Negara 1990 1991 1992 1993 1994
China 150 120 250 330 350
India 130 80 150 270 250
Jepun 190 220 300 370 450
Tafsiran
•Jepun merupakan pasaran eksport terbesar dan diikuti oleh
China dan India.
•Nilai eksport tertinggi pada tahun 1994 iaitu Jepun.
•Nilai eksport terendah ialah India (1990).
•Nilai eksport semakin meningkat.
•Nilai eksport merosot pada tahun 1991 seperti di China dan
India.
9. Langkah –langkah melukis graf garisan berganda
1. Lukis paksi mendatar dan menegak.
2. Bandingkan nilai maksimum(paling tinggi) dan
minimum(paling rendah) bagi maklumat tersebut
untuk mendapatkan skala yang sesuai.
3. Tandakan poin bagi maklumat yang diberi
4. Sambungkan poin-poin tersebut menjadi satu garisan
lurus.
5. Gunakan warna atau garisan yang berlainan untuk
membezakan garisan.
6. Labelkan garisan tersebut
7. Tuliskan tajuk dan label graf yang sesuai
10. Langkah-langkah untuk mentafsir Graf Bar
Berganda dan Graf Garisan Berganda
1. Nyatakan tajuk kerana ia menjelaskan maklumat
yang hendak disampai.
2. Tulis data maklumat
3. Nyatakan nilai tertinggi dan nilai yang terendah
dalam graf.
4. Buat perbandingan untuk mendapatkan
perbezaan atau persamaan maklumat
5. Jelaskan faktor-faktor yang berkaitan yang
mempengaruhi data dalam graf tersebut jika ada.