1. ara melakukannya:
1. Sama seperti sujud yang dilakukan di dalam solat.
2. Tidak disyaratkan berada di dalam keadaan yang suci (berwudhu'). Namun mestilah
tidak berada di dalam keadaan berhadas besar dan bersih daripada sebarang bentuk najis.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap ke arah Qiblat.
5. Bertakbir (dengan niat untuk melakukan sujud syukur kerana Allah) dan lakukan sujud
(sekali sahaja).
6. Membaca tasbih/tahmid (tidak ada bacaan yang khusus).
7. Selesai membaca tasbih/tahmid, takbir dan bangkit daripada sujud.
8. Tidak perlu memberi Salam.
Demikianlah cara pelaksanaan melakukan Sujud Syukur.
Nota:
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud
dengan sebabnya terlalu lama.
Wallahu 'alam
Dari Abu Bakar r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w biasanya apabila menerima berita
yang menggembirakan, baginda terus sujud kepada Allah.
[ HR Ahmad]
Untuk buat sujud syukur ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena
suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith
yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan
untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram,
lepas itu buat sekali sujud, duduk dan beri salam.
Semasa sujud bacalah zikir, hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam
zikir dalam sujud tilawah. Manakala Imam Syafi’e pulak memilih untuk ucapkan zikir “Maha
Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana” dalam sujud syukur. Apapun,
adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat biasa.
2. Sujud syukur ini tak semestinya buat dalam masjid sahaja, dimana-mana pun boleh, tepi
jalan, dalam kenderaan, asalkan kita pasti suci dari najis, maka boleh la buat sujud syukur bila
dapat berita gembira.
Nota Cinta:
“Jika dipandang sebelah mata, sangat mudah sebenarnya perlaksanaan sujud syukur.
Namun sangat tinggi nilainya di sisi Allah sebagaimana sujud tilawah. Apa kata selepas
ni, daripada kita berkata “yeay” dan melonjak-lonjak gembira apabila mendapat berita
baik, gantikan dengan sujud syukur memuji Allah s.w.t. Kerana nikmat itu semuanya dari
Dia juga.”