Dokumen tersebut memberikan enam taktik pemasaran untuk meningkatkan bisnis, termasuk memberikan pengalaman yang baik kepada pelanggan, memanfaatkan LinkedIn untuk menargetkan pelanggan korporat, mendaftar bisnis di Google My Business, menggunakan jawaban otomatis di Facebook untuk terlihat lebih personal, menjelaskan profil perusahaan dengan jelas, dan menjadikan jenama mudah diingat di seluruh saluran media sosial.
2. Dalam dunia pemasaran, tidak pernah wujud istilah yang salah ataupun betul
dalam merekabentuk apa jua strategi.
T I A D A.
Yang ada cuma kaedah terbaik atau 'best practise', iaitu strategi yang telah
digunapakai oleh jenama-jenama lain dan mereka berjaya mencapai objektif
yang dikehendaki.
Kejayaan tersebut mendorong jenama-jenama lain d luar sana, tidak kira
besar ataupun kecil untuk mencuba kaedah yang sama dengan harapan
dapat mengulangi kejayaan yang telah dicapai tadi.
#OKINAFITTO
3. BERIKAN PENGALAMAN
MANIS
Anda mungkin tidak sedar, 90 peratus orang yang membuat
keputusan untuk membeli produk yang disediakan ialah
berdasarkan kualiti produk.
Hanya 10 peratus keputusan dibuat berdasarkan betapa
hebatnya pemasaran itu yang dilakukan. Jika anda mampu
memberikan pengalaman manis kepada pengguna dengan
produk anda dan juga melalui perkhidmatan yang disediakan
bersama-sama produk tadi sehingga pengguna berasa amat
berpuas hati dengan apa yang mereka alami, dengan sendirinya
jenama anda akan tular dengan sendirinya.
Walaupun tanpa perlu menggunakan iklan, membayar orang
untuk tular dan sebagainya... :)
#OKINAFITTO
4. LinkedIn
Cukup-cukuplah dengan Facebook dan Instagram.
Bagi saya, kedua-dua ini agak overrated, seolah-olah
tiada lagi cara lain untuk mendapatkan pengaruh di
media sosial. Jarang saya dengar usahawan-
usahawan IKS di Malaysia mempunyai mempunyai
akaun di LinkedIn.
Mengapa?
Mungkin mereka tidak pernah tahu ataupun tidak
mahu mengambil tahu.
LinkedIn, golongan pelanggan sebegini tidak ramai,
tetapi ia menawarkan komuniti seperti pelabur,
pemilik perniagaan yang besar, ketua pegawai
eksekutif, pengerusi syarikat dan juga individu-
individu yang berpengaruh di dunia korporat.
#OKINAFITTO
5. GOOGLE MY BUSINESS
Terlalu ramai yang tidak mendaftarkan
perniagaan mereka di Google My Business. Anda
tahu tak dengan mendaftar di sini, sesiapa sahaja
yang mencari sesuatu di sekitar kawasan
perniagaan anda, Google Map akan memaparkan
nama perniagaan anda sekali di situ untuk
tatapan individu yang mencari tadi. Siap dengan
nama jenama, alamat penuh, pin lokasi dan
sedikit latar belakang tentang perniagaan anda,
dan Google Search juga akan berbuat demikian
di senarai pencarian.
#OKINAFITTO
6. JAWAPAN AUTOMATIK YANG LEBIH
PERSONAL DI HALAMAN PERNIAGAAN
FACEBOOK
Anda mungkin tidak perasan tentang fungsi ini di halaman perniagaan
Facebook. Sesiapa sahaja yang menghantar pesanan ringkas di ruang
Messenger pada halaman perniagaan Facebook anda, mereka akan
menerima jawapan ringkas automatik yang anda sediakan, yang
disertakan sekali nama mereka disitu. Bayangkan jenama yang anda
hubungi mengetahui nama anda, apa yang anda akan rasa. Sudah
semestinya anda akan rasa bangga bukan?
Apabila perasaan bangga itu wujud, dengan sendirinya berkemungkinan
besar anda akan berasa lebih dekat dengan jenama itu. Akhirnya
pembelian bakal dilakukan apabila tiba masanya.
#OKINAFITTO
7. PERJELASKAN
PROFIL SYARIKAT
Anda mungkin faham tentang apa yang anda tulis di
halaman profil syarikat anda, tetapi adakah orang lain juga
faham? Saya banyak membaca profil syarikat dan tidak
banyak yang betul-betul ditulis dengan jelas. Penggunaan
perkataan, ayat dan simbol seperti titik dan koma yang
mengelirukan sering menjadi penghalang pembelian.
Akhirnya pembaca tidak faham mesej yang anda cuba
sampaikan kepada mereka. Yang penting ia tidak perlu
ditulis panjang-panjang, cuma perlu dipermudahkan
sahaja.
#OKINAFITTO
8. MUDAHKAN LAGI INGATAN PENGGUNA
KEPADA JENAMA ANDA
Gunakan hanya satu sahaja gambar banner di setiap saluran
media sosial. Gunakan juga kata-kata kunci yang konsisten di
profil dan status yang dimuatnaik. Pastikan logo juga konsisten
dengan kod warna yang betul dan standard. Ingat, pengalaman
pengguna apabila mereka datang ke laman web anda perlu sama
apabila mereka ke laman-laman media sosial anda. Apabila
pengalaman yang sama diperolehi, ingatan yang lebih kuat
kepada jenama anda bakal diperolehi.
#OKINAFITTO