SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
SINOPSIS KABUS DI PERBUKITAN 
: BAB 23-29 
• HARAP DIMAAFKAN JIKA MEMPUNYAI 
KESALAHAN EJAAN,TIDAK JELAS DAN TULISAN 
YANG KECIL. 
• HARAP TERHIBUR DAN SERONOK. 
• DI AKHIR PERSEMBAHAN INI, ADA SATU VIDEO 
YANG BERKAITAN DENGAN KELAS 5 PA..
KABUS DI PERBUKITAN :BAB 23 
Melina kesunyian kerana sering ditinggalkan Benny. 
Setiap kali Benny berpergian, Khadijah anak Haji 
Awang yang sering menemaninya. Haji Awang tidak 
sesekali akan membiarkan Melina yang tinggal hampir 
100 meter jarak daripada rumahnya itu berseorangan. 
Hati manusia tidak boleh dijangka. Pembunuhan 
sering berlaku akhir-akhir ini. Tambahan pula Melina 
seorang wanita cantik yang tinggal bersendirian. 
Kejahatan ada di mana-mana. Oleh sebab itu Khadijah 
akan menemani Melina ketika Benny tiada di rumah. 
Selalunya Benny akan keluar dengan Mehmood dan 
Mohamed Attar. Hati Melina terpaut dengan 
kematangan yang ditunjukkan oleh Khadijah. Tiba-tiba 
Melina teringatkan kampong ibunya di Sungai Besar.
KABUS DI PERBUKITAN :BAB 24 
Faridah melayani Zain dengan ramah. Zain baru pertama kali 
menjejakkan kaki ke rumah Anne. Faridah sangat teruja kerana ada 
warga Malaysia yang belajar di New Zealand yang berkawan dengan 
anaknya. Zain pula menceritakan keadaan di Malaysia kepada 
Faridah. Faridah sangat rindukan Malaysia kerana sejak 
meninggalkan Malaysia 25 tahun lalu dia tidak pernah pulang lagi ke 
kampung halamannya di Sungai Besar. Faridah menceritakan ibunya 
sudah meninggal, dan dia tidak pasti dengan ayahnya, Mejar (B) 
Kamaruddin. Jadi tidak ada sesiapa lagi di sana. Kampung Faridah di 
Parit Tiga. Zain menawarkan Faridah pergi melawat kampungnya di 
Parit Satu. Anne pun mencadangkan agar ibunya Faridah balik ke 
Malaysia. Faridah amat mengharapkan hubungan anaknya Anne 
dengan Zain akan berakhir di jinjang pelamin. Faridah tiba-tiba sayu 
mengenangkan anaknya Melina yang baru berkahwin dengan Benny 
hidup berseorangan di Malaysia tanpa ahli keluarga.
KABUS DI PERBUKITAN :BAB 25 
Benny bersama teman-temannya Mehmood, dan Mohamed Attar 
mengunjungi Ustaz Hassan Syukri. Mereka berbincang mengenai 
perjuangan dan jihad dalam Islam. Ustaz Hassan Syukri menyatakan 
pengamalan ajaran Islam berbeza mengikut budaya sesuatu tempat. 
Contohnya, di Malaysia, semua pertikaian diselesaikan dengan penuh 
berhemah melalui rundingan atau mesyuarat. Tetapi Mohamed Attar 
menegaskan di negaranya, Pakistan semua masalah termasuk hal yang 
remeh pun diselaikan dengan senjata AK 16 dan bom mortar. Ustaz Hassan 
Syukri membuat perbandingan ajaran Islam di Malaysia dengan di Negara 
lain dengan sekeping roti. Di Malaysia, rotinya nipis-nipis, di Perancis 
rotinya panjang hampir dua kaki, di Pakistan rotinya keras, leper dan bujur 
tetapi di India rotinya nipis dan lembut yang dipanggil roti canai. Dalam 
Islam, jenis rotinya tidak penting kerana yang penting umat Islam hanya 
makan roti yang halal sahaja. Mohamed Attar membuat kesimpulan, Ustaz 
Hassan Syukri ialah ulama kerajaan yang tidak boleh dibawa dalam 
perjuangan mereka untuk menegakkan syariat Islam.
KABUS DI PERBUKITAN :BAB 26 
Soleh Johnson dan Faridah menginap di sebuah banglo percutian di 
Cameron Highlands. Soleh Johnson senang dengan cuaca di Cameron 
Highlands yang sejuk seperti di Christcurch, New Zealand. Hampir 
semingu di Cameron Highlands, dia mengenali beberapa penduduk kulit 
putih yang bermastautin di sana seperti Amir Mustov berasal dari 
Yugoslavia, Ariff Carlson berasal dari Britain, Ahmad Raffles bekas Royal 
Australian Force, Musa Surray berbangsa Scott bekas penyiasat 
persendirian yang diupah mencari jutawan sutera Thai yang hilang di 
Cameron Highlands pada pertengahan tahun 1970-an dulu. Datuk Azrul, 
isterinya Datin Aisyah, Haji Zubair dan Zain menaiki pacuan empat roda 
menuju ke rumah penginapan Saleh Johnson dan Faridah. Pertemuan 
yang asalnya untuk membincangkan majlis perkahwinan Anne dan Zain 
bertukar menjadi pertemuan bersejarah. Faridah baru tahu ayah Zain, 
iaitu Datuk Azrul ialah kekasih adik kembarnya Rahayu yang meninggal 
dunia 25 tahun dahulu. Datin Aisyah sangat gembira kerana dapat 
menantu yang mempunyai susur galur Melayu dan warga Malaysia di 
sebelah ibunya.
KABUS DI PERBUKITAN :BAB 27 
Mohamed Attar ditangkap sebaik sahaja keluar dari stesen MRT. Polis 
Republik Singapura menemui sejumlah besar bom yang dikawal dengan 
alat kawalan jauh dalam beg galasnya. Polis Republik Singapura percaya 
Mohamed Attar mempunyai misi meletupkan kasino yang baru 
dilancarkan di Pulau sentosa minggu lalu. Barulah kini Benny tahu dia 
tertipu dengan perjuangan Mohamed Attar. Rakannya Noor Mohamad 
menjadi pengikut setia Mohamed Attar. Lebih memeranjatkan ialah 
rakannya Mehmood ialah polis yang menyamar untuk mengesan sejauh 
mana perjuangan Mohamed Attar. Mehmood menghubungi Benny agar 
dia menyerah diri saja kepada Interpol. Benny mencampakkan telefon 
bimbitnya yang mahal itu keluar dari tingkap kereta kerana dia tahu 
polis boleh mengesan pergerakannya kerana dia bercakap dengan 
Mehmood melebihi 3 minit. Benny menuju ke Pulau Pinang. Dia sangat 
menyesal dengan apa yang berlaku. Dia meninggalkan Melina seorang 
diri di Kuala Terengganu. Melalui Ustaz Hassan Syukri dia menitipkan 
sejumlah wang buat Melina. Di Pulau Pinang, Benny melepasi sempadan 
perairan Malaysia melalui Thailand belum menaiki pesawat pulang ke 
Dubai.
KABUS DI PERBUKITAN :BAB 28 
Faridah berbual dengan Datuk Azrul mengenai masa silamnya. Ketika itu 
Anne dan Zain pergi ke Ipoh. Soleh pula tidak mahu mengganggu. Soleh 
meneruskan kerjanya di bilik bacaan. Hanya tinggal Faridah dan Datuk 
Azrul di ruang tamu. Faridah memberitahu dia sudah memeriksa di 
pejabat imegresen. Dia masih lagi warganegara Malaysia walaupun sudah 
25 tahun menetap di New Zealand. Melalui Datuk Azrul, Faridah dapat 
tahu ayahnya masih hidup tetapi sudah uzur tetapi ibu tirinya Puan 
Hamidah sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Faridah juga 
mengenang kembali bagaimana suami pertamanya meninggal dunia 
selepas ibunya Mak Salmah dalam kemalangan jalan raya. Selepas itu 
Faridah juga terkenang peristiwa kemalangan yang menimpa dirinya dan 
bagaimana dia tersesat di Bukit Kutu. Datuk Azrul membuat andaian 
Faridah mengalami halusinasi ketika itu. Batin Senik yang 
memberitahunya yang Faridah meracau-racau semasa koma dan kembali 
pengsan beberapa kali. Katanya Faridah diserap semangat hutan. Oleh itu 
semua orang hairan dengan peristiwa yang menimpa Faridah ketika itu. 
Datuk Azrul menyuruh Faridah menulis saja pengalaman bawah sedar 
yang dilaluinya dulu. Namun dia sudah terlalu tua untuk menulis. Biarlah 
dia menyimpannya dalam memori hidupnya. Hati Faridah meronta tiba-tiba 
ingin menjenguk kubur ibunya dan suami pertamanya , Ghazali.
KABUS DI PERBUKITAN :BAB 29 
Melina kebingungan. Benny pergi tanpa pesan. Dia menghubungi 
semua rakan-rakan Benny. Namun semuanya hampa. Hanya Ustaz 
Hassan Syukri, imam Masjid Marang yang menghubunginya. Melina 
tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Pihak syarikat juga tidak 
dapat menghubungi Benny. Melina sudah hilang arah. Benny tidak 
pernah meninggalkannya tanpa pesan sebelum ini. Beberapa kali 
Melina cuba menghubungi nombor telefon Benny namun tiada 
jawapan. Selepas 4 hari kehilangan Benny, Melina pergi ke Balai Polis 
Marang untuk membuat laporan kehilangan suaminya, Benny. Selepas 
menceritakan peristiwa kehilangan suaminya, Inspektor Radzi 
memberitahu Melina bahawa nama dua orang rakan suaminya itu 
mencurigakan. Mohamed Attar dan Noor Mohamad telah ditangkap 
polis beberapa hari lalu kerana cubaan meletupkan kasino. Setelah 
diselidiki nama Benny tiada dalam senarai tangkapan dan juga tiada 
dalam senarai yang dikehendaki polis. Sekali lagi Melina kebingungan. 
Namun Melina cukup pasti, Benny meninggalkan dirinya kerana sebab 
tertentu dan bukan kerana benci.
SEKIAN TERIMA KASIH !!!

More Related Content

What's hot

What's hot (11)

Mellisa
MellisaMellisa
Mellisa
 
Kabus di perbukitan
Kabus di perbukitanKabus di perbukitan
Kabus di perbukitan
 
Gelanggang Tuk Wali
Gelanggang Tuk WaliGelanggang Tuk Wali
Gelanggang Tuk Wali
 
Folio novel ting.4
Folio novel ting.4Folio novel ting.4
Folio novel ting.4
 
Novel azfa-hanani-sinopsis-bab-demi-bab
Novel azfa-hanani-sinopsis-bab-demi-babNovel azfa-hanani-sinopsis-bab-demi-bab
Novel azfa-hanani-sinopsis-bab-demi-bab
 
Drama Gelanggang Tok Wali
Drama Gelanggang Tok WaliDrama Gelanggang Tok Wali
Drama Gelanggang Tok Wali
 
Azfa hanani-nota-lengkap (1)
Azfa hanani-nota-lengkap (1)Azfa hanani-nota-lengkap (1)
Azfa hanani-nota-lengkap (1)
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUNANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU-PROSA TRADISIONAL: HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
 
Azfa hanani 404
Azfa hanani 404Azfa hanani 404
Azfa hanani 404
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 

Viewers also liked

Joe jonas
Joe jonasJoe jonas
Joe jonasPaola
 
Style sheet(media)
Style sheet(media)Style sheet(media)
Style sheet(media)LJ_ATTO
 
Como distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diaria
Como distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diariaComo distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diaria
Como distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diariaLuisaStefania
 
Promikoniny 21. 8.
Promikoniny 21. 8. Promikoniny 21. 8.
Promikoniny 21. 8. SELŠ
 
Conclusiones de informática
Conclusiones de informáticaConclusiones de informática
Conclusiones de informáticaLuisaStefania
 
Por q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinva
Por q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinvaPor q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinva
Por q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinvaLuisaStefania
 
Sinkiang or Xinjiang
Sinkiang or XinjiangSinkiang or Xinjiang
Sinkiang or XinjiangJen Gregana
 

Viewers also liked (12)

Joe jonas
Joe jonasJoe jonas
Joe jonas
 
Style sheet(media)
Style sheet(media)Style sheet(media)
Style sheet(media)
 
Como distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diaria
Como distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diariaComo distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diaria
Como distribuyen el tiempo los estudiantes de 8ºe en su vida diaria
 
Lap 3. cr trapesium & thn gosok
Lap 3. cr trapesium & thn gosokLap 3. cr trapesium & thn gosok
Lap 3. cr trapesium & thn gosok
 
Promikoniny 21. 8.
Promikoniny 21. 8. Promikoniny 21. 8.
Promikoniny 21. 8.
 
Pertemuan 1
Pertemuan 1Pertemuan 1
Pertemuan 1
 
Conclusiones de informática
Conclusiones de informáticaConclusiones de informática
Conclusiones de informática
 
Actividad física
Actividad físicaActividad física
Actividad física
 
Presentación metanalisis
Presentación metanalisisPresentación metanalisis
Presentación metanalisis
 
Por q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinva
Por q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinvaPor q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinva
Por q hay tantas guerras en el mundo.docx garvinva
 
Menu inicio de word
Menu inicio de wordMenu inicio de word
Menu inicio de word
 
Sinkiang or Xinjiang
Sinkiang or XinjiangSinkiang or Xinjiang
Sinkiang or Xinjiang
 

KABUS23-29

  • 1. SINOPSIS KABUS DI PERBUKITAN : BAB 23-29 • HARAP DIMAAFKAN JIKA MEMPUNYAI KESALAHAN EJAAN,TIDAK JELAS DAN TULISAN YANG KECIL. • HARAP TERHIBUR DAN SERONOK. • DI AKHIR PERSEMBAHAN INI, ADA SATU VIDEO YANG BERKAITAN DENGAN KELAS 5 PA..
  • 2. KABUS DI PERBUKITAN :BAB 23 Melina kesunyian kerana sering ditinggalkan Benny. Setiap kali Benny berpergian, Khadijah anak Haji Awang yang sering menemaninya. Haji Awang tidak sesekali akan membiarkan Melina yang tinggal hampir 100 meter jarak daripada rumahnya itu berseorangan. Hati manusia tidak boleh dijangka. Pembunuhan sering berlaku akhir-akhir ini. Tambahan pula Melina seorang wanita cantik yang tinggal bersendirian. Kejahatan ada di mana-mana. Oleh sebab itu Khadijah akan menemani Melina ketika Benny tiada di rumah. Selalunya Benny akan keluar dengan Mehmood dan Mohamed Attar. Hati Melina terpaut dengan kematangan yang ditunjukkan oleh Khadijah. Tiba-tiba Melina teringatkan kampong ibunya di Sungai Besar.
  • 3. KABUS DI PERBUKITAN :BAB 24 Faridah melayani Zain dengan ramah. Zain baru pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Anne. Faridah sangat teruja kerana ada warga Malaysia yang belajar di New Zealand yang berkawan dengan anaknya. Zain pula menceritakan keadaan di Malaysia kepada Faridah. Faridah sangat rindukan Malaysia kerana sejak meninggalkan Malaysia 25 tahun lalu dia tidak pernah pulang lagi ke kampung halamannya di Sungai Besar. Faridah menceritakan ibunya sudah meninggal, dan dia tidak pasti dengan ayahnya, Mejar (B) Kamaruddin. Jadi tidak ada sesiapa lagi di sana. Kampung Faridah di Parit Tiga. Zain menawarkan Faridah pergi melawat kampungnya di Parit Satu. Anne pun mencadangkan agar ibunya Faridah balik ke Malaysia. Faridah amat mengharapkan hubungan anaknya Anne dengan Zain akan berakhir di jinjang pelamin. Faridah tiba-tiba sayu mengenangkan anaknya Melina yang baru berkahwin dengan Benny hidup berseorangan di Malaysia tanpa ahli keluarga.
  • 4. KABUS DI PERBUKITAN :BAB 25 Benny bersama teman-temannya Mehmood, dan Mohamed Attar mengunjungi Ustaz Hassan Syukri. Mereka berbincang mengenai perjuangan dan jihad dalam Islam. Ustaz Hassan Syukri menyatakan pengamalan ajaran Islam berbeza mengikut budaya sesuatu tempat. Contohnya, di Malaysia, semua pertikaian diselesaikan dengan penuh berhemah melalui rundingan atau mesyuarat. Tetapi Mohamed Attar menegaskan di negaranya, Pakistan semua masalah termasuk hal yang remeh pun diselaikan dengan senjata AK 16 dan bom mortar. Ustaz Hassan Syukri membuat perbandingan ajaran Islam di Malaysia dengan di Negara lain dengan sekeping roti. Di Malaysia, rotinya nipis-nipis, di Perancis rotinya panjang hampir dua kaki, di Pakistan rotinya keras, leper dan bujur tetapi di India rotinya nipis dan lembut yang dipanggil roti canai. Dalam Islam, jenis rotinya tidak penting kerana yang penting umat Islam hanya makan roti yang halal sahaja. Mohamed Attar membuat kesimpulan, Ustaz Hassan Syukri ialah ulama kerajaan yang tidak boleh dibawa dalam perjuangan mereka untuk menegakkan syariat Islam.
  • 5. KABUS DI PERBUKITAN :BAB 26 Soleh Johnson dan Faridah menginap di sebuah banglo percutian di Cameron Highlands. Soleh Johnson senang dengan cuaca di Cameron Highlands yang sejuk seperti di Christcurch, New Zealand. Hampir semingu di Cameron Highlands, dia mengenali beberapa penduduk kulit putih yang bermastautin di sana seperti Amir Mustov berasal dari Yugoslavia, Ariff Carlson berasal dari Britain, Ahmad Raffles bekas Royal Australian Force, Musa Surray berbangsa Scott bekas penyiasat persendirian yang diupah mencari jutawan sutera Thai yang hilang di Cameron Highlands pada pertengahan tahun 1970-an dulu. Datuk Azrul, isterinya Datin Aisyah, Haji Zubair dan Zain menaiki pacuan empat roda menuju ke rumah penginapan Saleh Johnson dan Faridah. Pertemuan yang asalnya untuk membincangkan majlis perkahwinan Anne dan Zain bertukar menjadi pertemuan bersejarah. Faridah baru tahu ayah Zain, iaitu Datuk Azrul ialah kekasih adik kembarnya Rahayu yang meninggal dunia 25 tahun dahulu. Datin Aisyah sangat gembira kerana dapat menantu yang mempunyai susur galur Melayu dan warga Malaysia di sebelah ibunya.
  • 6. KABUS DI PERBUKITAN :BAB 27 Mohamed Attar ditangkap sebaik sahaja keluar dari stesen MRT. Polis Republik Singapura menemui sejumlah besar bom yang dikawal dengan alat kawalan jauh dalam beg galasnya. Polis Republik Singapura percaya Mohamed Attar mempunyai misi meletupkan kasino yang baru dilancarkan di Pulau sentosa minggu lalu. Barulah kini Benny tahu dia tertipu dengan perjuangan Mohamed Attar. Rakannya Noor Mohamad menjadi pengikut setia Mohamed Attar. Lebih memeranjatkan ialah rakannya Mehmood ialah polis yang menyamar untuk mengesan sejauh mana perjuangan Mohamed Attar. Mehmood menghubungi Benny agar dia menyerah diri saja kepada Interpol. Benny mencampakkan telefon bimbitnya yang mahal itu keluar dari tingkap kereta kerana dia tahu polis boleh mengesan pergerakannya kerana dia bercakap dengan Mehmood melebihi 3 minit. Benny menuju ke Pulau Pinang. Dia sangat menyesal dengan apa yang berlaku. Dia meninggalkan Melina seorang diri di Kuala Terengganu. Melalui Ustaz Hassan Syukri dia menitipkan sejumlah wang buat Melina. Di Pulau Pinang, Benny melepasi sempadan perairan Malaysia melalui Thailand belum menaiki pesawat pulang ke Dubai.
  • 7. KABUS DI PERBUKITAN :BAB 28 Faridah berbual dengan Datuk Azrul mengenai masa silamnya. Ketika itu Anne dan Zain pergi ke Ipoh. Soleh pula tidak mahu mengganggu. Soleh meneruskan kerjanya di bilik bacaan. Hanya tinggal Faridah dan Datuk Azrul di ruang tamu. Faridah memberitahu dia sudah memeriksa di pejabat imegresen. Dia masih lagi warganegara Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand. Melalui Datuk Azrul, Faridah dapat tahu ayahnya masih hidup tetapi sudah uzur tetapi ibu tirinya Puan Hamidah sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Faridah juga mengenang kembali bagaimana suami pertamanya meninggal dunia selepas ibunya Mak Salmah dalam kemalangan jalan raya. Selepas itu Faridah juga terkenang peristiwa kemalangan yang menimpa dirinya dan bagaimana dia tersesat di Bukit Kutu. Datuk Azrul membuat andaian Faridah mengalami halusinasi ketika itu. Batin Senik yang memberitahunya yang Faridah meracau-racau semasa koma dan kembali pengsan beberapa kali. Katanya Faridah diserap semangat hutan. Oleh itu semua orang hairan dengan peristiwa yang menimpa Faridah ketika itu. Datuk Azrul menyuruh Faridah menulis saja pengalaman bawah sedar yang dilaluinya dulu. Namun dia sudah terlalu tua untuk menulis. Biarlah dia menyimpannya dalam memori hidupnya. Hati Faridah meronta tiba-tiba ingin menjenguk kubur ibunya dan suami pertamanya , Ghazali.
  • 8. KABUS DI PERBUKITAN :BAB 29 Melina kebingungan. Benny pergi tanpa pesan. Dia menghubungi semua rakan-rakan Benny. Namun semuanya hampa. Hanya Ustaz Hassan Syukri, imam Masjid Marang yang menghubunginya. Melina tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Pihak syarikat juga tidak dapat menghubungi Benny. Melina sudah hilang arah. Benny tidak pernah meninggalkannya tanpa pesan sebelum ini. Beberapa kali Melina cuba menghubungi nombor telefon Benny namun tiada jawapan. Selepas 4 hari kehilangan Benny, Melina pergi ke Balai Polis Marang untuk membuat laporan kehilangan suaminya, Benny. Selepas menceritakan peristiwa kehilangan suaminya, Inspektor Radzi memberitahu Melina bahawa nama dua orang rakan suaminya itu mencurigakan. Mohamed Attar dan Noor Mohamad telah ditangkap polis beberapa hari lalu kerana cubaan meletupkan kasino. Setelah diselidiki nama Benny tiada dalam senarai tangkapan dan juga tiada dalam senarai yang dikehendaki polis. Sekali lagi Melina kebingungan. Namun Melina cukup pasti, Benny meninggalkan dirinya kerana sebab tertentu dan bukan kerana benci.