2. MANFAAT PANTUN DAN DODANG SAYANG
DALAM ASPEK SOSIAL
Sebagai Alat Hiburan.
Dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan
bersenda gurau, bermain- main, usik-mengusik dan
menghibur hati.
Setiap perkara yang terdapat dalam pantun
dan dondang sayang boleh digunakan sebagai
hiburan melalui cara penyampaian yang tersendiri
seperti nyanyian dan melagukannya.
3. Alat Komunikasi Bertaraf Tinggi
Seperti dalam upacara adat dan adat-
adat seperti adat meminang dan
sebagainya.
Digunakan sebagai bahasa kiasan atau adat
dalam perkahwinan. Masyarakat akan
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
yang berkias dan tidak langsung.
4. Menyampaikan Maksud
Berfungsi untuk menjelaskan lagi
maksud seseorang menggunakan pembayang
atau perkara yang kurang jelas.
Contohnya jika seseorang hendak
melafazkan rasa cinta, dia menggunakan
dondang sayang atau pantun yang mana isi
kandungannya adalah bertujuan untuk
menjelaskan lagi maksud isi hatinya.
5. MANFAAT PANTUN DAN DODANG SAYANG
DALAM ASPEK ROHANI
Sebagai Cara Untuk Memberi Nasihat
Setiap perkataan yang terkandung dalam pantun
atau dondang sayang mempunyai maksud yang boleh
mendorong seseorang individu menjadi lebih bermotivasi.
Contohnya perkataan budi dalam pantun memberi
pelbagai maksud dalam pandangan tentang budi seperti
manusia hendaklah sentiasa membuat budi atau kebaikan.
6. Melatih Sifat Dalaman Individu
Dinyanyikan atau dilagukan untuk tujuan
bersenda gurau, bermain-main, usik-mengusik dan
menghibur hati.
Pantun dan dondang sayang juga digunakan
untuk memupuk perasaan gembira kepada diri
sendiri dan orang lain melalui lafaz yang terdapat
dalam setiap perkataan tersebut.
Perkataan ini akan memberikan nasihat atau
teguran secara langsung dan tidak langsung kepada
diri sendiri dan orang lain.
7. Bertujuan Menyampaikan Maksud
Contohnya melalui pantun kasih. Setiap
kata yang bakal disampaikan akan disusun
dengan penuh indah dan menarik hati orang
yang diinginkan.
Pantun dalam jenis ini sungguh
mengasyikkan kerana mampu membuat individu
bersifat romantik dengan cara mengujarkan
perasaan mereka secara terus.