SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
1.0 TUGASAN 1: PENYELESAIAN MASALAH




Berikut merupakan sebutharga bagi pembaikan yang akan dilakukan:




                     Kos pemasangan awning : RM12/kaki persegi

                    Kos menukar tingkap baru : RM20/kaki persegi




Berikut merupakan unit ukuran dalam sistem metrik yang saya guna:



             1 kaki = 12 inci

             1 inci = 2.54 cm

             1m     = 100cm




      1.1 Pengiraan harga bagi tingkap baru

                                61cm




                                           244cm




                                            1
Lebar tingkap             : 61cm ÷ 2.54cm                = 24 inci

                             24 inci ÷ 12 inci            = 2 kaki

 Panjang tingkap            : 244cm ÷ 2.54cm              = 96 inci

                              96 inci ÷ 12 inci           = 8 kaki

  Luas 1 tingkap            : 8 kaki x 2 kaki             = 16 kaki persegi

 Harga bagi 1 tingkap       : 16 kaki x RM 20             = RM320

 Harga bagi 5 buah tingkap : RM320 x 5                    = RM1600




1.2 Pengiraan harga awning pada setiap tingkap

                 65cm

                     1m

                           *75cm




      Panjang awning           : 65 cm ÷ 2.54 cm              = 25.59 inci

                                   25.59 inci ÷ 12 inci       = 2.13 kaki

      Lebar awning              : 75 cm ÷ 2.54cm              = 29.53 inci

                                   29.53 inci ÷ 12 inci       = 2.46 kaki

      Ukuran awning            : 2.13 kaki x 2.46 kaki        = 5.24 kaki persegi

      Harga 1 awning           : 5.24 x RM12                  = RM 62.88

      Harga 5 awning           : RM62.88 x 5                  = RM 314.40



                                   * lebar mengikut kesesuaian sendiri.




                                      2
1.3 Pengiraan harga awning keseluruhan dinding



                      12m



                                                  *2m




 Panjang: 12 m = 1200cm

 Lebar   :   2m = 200cm



      Panjang awning : 1200cm ÷ 2.54cm              = 472.44 inci

                          472.44 inci ÷ 12 inci     = 39.37 kaki

      Lebar awning     : 200cm ÷ 2.54cm             = 78.74 inci

                          78.74 inci ÷ 12 inci      = 6.56 kaki

      Ukuran awning    : 39.37 kaki x 6.56 kaki     = 258.27 kaki persegi

      Harga awning     : 258.27 kaki x RM12             = RM3099



             * lebar mengikut kesesuaian sendiri




                                      3
PERBANDINGAN DAN JUSTIFIKASI PILIHAN


    Bil           Kaedah Penyelesaian                 Kos            Jaminan yang
                                                                        diberi
     1     Tingkap baru                            RM 1600.00            60%

     2     Awning setiap tingkap (5 tingkap)       RM 314.40                -

     3     Awning keseluruhan dinding              RM 3099.00               -




Berdasarkan jadual di atas, pemasangan awning pada 5 buah tingkap mencatatkan harga yang
paling murah iaitu, RM314.40, diikuti oleh pemasangan tingkap baru, RM 1600 dan juga
pemasangan awning keseluruhan pada dinding, RM 3099. Saya memilih untuk memasang
awning pada keseluruhan dinding rumah. Walaupun harganya jauh mahal berbanding dengan
pemasangan awning pada setiap tingkap dan penukaran tingkap baru, ia lebih menjamin
masalah kemasukan air ke dalam rumah tidak akan berlaku lagi. Selain itu, awning ini mampu
mengelakkan pancaran matahari terik ke arah bilik rumah, sekaligus mengelakkan ruangan
rumah menjadi panas.

         Seterusnya, awning pada keseluruhan dinding tidak memerlukan ukuran satu persatu.
Hal ini lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan awning pada setiap tingkap. Ukuran
yang tidak sesuai kemungkinan besar akan menambahkan lagi masalah kemasukan air ke
dalam rumah saya. Pemasangan tingkap pula, hanya mampu memberi jaminan sebanyak 60%
tidak dimasuki air. Perkara ini memerlukan saya membuat pembaikan semula kepada tingkap
tersebut. Meskipun kontraktor tidak mengenakan sebarang caj tambahan, hal ini agak
meyusahkan saya kerana saya perlu menunggu hari hujan bagi mengenalpasti masalah yang
terdapat pada tingkap baru saya. Awning pada keseluruhan dinding juga adalah lebih menarik
kerana kini awning mempunyai reka bentuk yang pelbagai. Malah saya tidak perlu memasang
langsir pada tingkap saya apabila pancaran matahari tidak memancar terik melalui tingkap
rumah, sekaligus lebih menjimatkan kos.

         Kesimpulannya, pemasangan awning pada keseluruhan dinding adalah pilihan yang
tepat bagi rumah saya kerana ia lebih tahan untuk jangka masa yang lama. Kos yang tinggi
tetapi, keselamatan rumah terpelihara.



                                               4
2.0 TUGASAN 2: PENULISAN REFLEKTIF




    “Sejauhmana literasi nombor membantu saya membuat keputusan yang lebih bijak.”




Literasi nombor berkait rapat dengan kecekapan seseorang dalam memahami dan
menggunakan idea – idea matematik. Ia juga merupakan kebolehan seseorang dalam
mengaplikasikan matematik bagi mencari punca dan seterusnya bijak menguruskan langkah
penyelesaian masalah matematik yang asas mahupun kompleks dalam pelbagai situasi
kehidupan sebenar.




       Dalam Tugasan 1, saya telah memilih untuk memasang awning pada keseluruhan
dinding rumah. Meskipun harganya, jauh lebih mahal berbanding dengan pemasangan tingkap
baru dan pemasangan awning pada setiap tingkap, ia lebih menjamin masalah kemasukan air
tidak berlaku lagi. Pemasangan awning ini juga lebih senang kerana hanya memerlukan ukuran
dinding dan pemilihan lebar awning mengikut kesesuaian rumah masing – masing. Malah,
pemasangan awning adalah lebih menarik dan banyak digunakan pada rumah – rumah pada
masa kini.




       Secara amnya, saya banyak menggunakan anggaran dalam kehidupan harian saya.
Kelebihan penganggaran adalah, kita boleh membuat anggaran nilai awal bagi mengelakkan
masalah yang lebih besar timbul. Anggaran yang tepat mampu menangani masalah kerugian,
terutamanya dalam pengiraan. Seterusnya, penganggaran juga membantu membantu saya
dalam melakukan pengiraan secara fleksibel. Kemahiran anggaran yang betul akan
memperkukuhkan lagi kemahiran dalam strategi matematik seseorang individu, terutamanya
dalam pengiraan yang melibatkan pembundaran nombor atau nilai.




       Sejak saya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Kelantan, saya mula belajar cara menguruskan wang yang lebih berkesan. Jika dahulu, wang
saya masih lagi diuruskan oleh kedua – dua ibu bapa saya. Kini, saya terpaksa membuat

                                            5
penganggaran yang betul bagi memastikan perbelanjaan saya tidak melebihi had. Elaun pada
setiap semester ialah RM3100. Terlebih dahulu saya akan menggunakan wang tersebut untuk
membeli tiket penerbangan ulang alik ke Sarawak untuk setiap cuti semester, iaitu Jun dan
November. Saya menetapkan RM800 untuk kos penerbangan saya. Selebihnya RM2300, saya
gunakan sebagai perbelanjaan saya buat satu semester, iaitu RM383.33 sebulan.




       Dalam kes ini, setelah membuat penganggaran, saya mampu melihat sendiri jumlah
wang patut saya gunakan bagi setiap bulan. Saya hanya membeli barang keperluan asas
sahaja. Pada masa yang sama, saya belajar berjimat – cermat dan bertanggungjawab dalam
kehidupan saya. Saya sudah berjaya menempuhi 5 semester di IPG ini dengan mengunakan
kemahiran anggaran ini dalam pengurusan wang saya. Malah, saya mengaplikasikan
kemahiran anggaran ini pada beberapa situasi, seperti penganjuran suatu pertandingan atau
majlis rasmi di sekolah.




       Kelemahan penganggaran pula, anggaran dan andaian yang dibuat, kadang - kalanya
tidak tepat. Kedua, penganggaran yang salah mampu merugikan seseorang individu atau pihak
yang lain. Ketiga, penganggaran akan berubah mengikut situasi di sekelilingnya. Keempat,
penganggaran yang dilakukan selalunya tidak menyeluruh sehingga menimbulkan jawapan
yang tidak munasabah. Seterusnya, penganggaran adalah berbeza dalam kalangan individu.
Oleh itu, kebanyakkannya, penganggaran tidak mampu memberi keputusan yang tepat.




       Pengalaman anggaran saya yang tidak tepat ialah dalam kes pembelian tiket ulang -
alik, Kota Bharu ke Sarawak. Saya selalu membeli sendiri tiket penerbangan menerusi
pembelian secara “online”. Saya perlu mencari anggaran masa perjalanan yang tepat bagi
mengelakkan masalah penerbangan yang bakal berlaku. Masalah yang sering berlaku ialah,
saya   sering ketinggalan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, di atas kelewatan
penerbangan dari Kota Bharu. Di sini, saya gagal memberi anggaran masa yang betul kerana
jarak masak di antara dua penerbangan adalah sangat dekat. Penyelesaiannya, saya akan
memilih penerbangan yang jaraknya ialah 3 hingga 4 jam.




                                             6
Terdapat beberapa ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dari kemahiran penganggaran ini.
Pertama, saya mampu menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan saya
membuat keputusan yang lebih baik. Kedua, penganggaran melatih saya untuk lebih fleksibel
dalam pengiraan saya, bagi pelbagai bentuk situasi. Ketiga, proses penganggaran telah melatih
saya dalam memperkukuhkan lagi konsep matematik dalam kehidupan harian saya, secara
keseluruhannya. Keempat, penganggaran membantu saya membuat keputusan dengan lebih
yakin dan berani mencuba.




          Malah, sebagai seorang individu yang masih bergelar pelajar, penganggaran membawa
kesan dalam hidup saya. Dalam membuat keputusan terutamanya, saya telah mampu
membuat keputusan dengan lebih bijak setelah merasai sendiri proses penganggaran dalam
pengurusan masa, kewangan dan situasi yang lain. Sebagai bakal guru nanti, saya harus bijak
dalam menguruskan waktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu merancang
strategi yang tepat bagi menghasil pengajaran yang berkualiti sekaligus bertanggungjawab
dalam profesion keguruan.




          Secara kesimpulan, literasi nombor telah banyak membantu saya dalam membuat
keputusan yang bijak. Literasi nombor telah melatih saya dalam mengaplikasikan strategi yang
sesuai untuk menyelesaikan pelbagai situasi dalam kehidupan harian saya. Kemahiran literasi
nombor ini telah lama wujud dalam diri. Tetapi penambahbaikan haruslah dibuat           bagi
membantu saya lebih yakin untuk menggunakan matematik bagi menangani cabaran kehidupan
harian.




                                                                       (706 patah perkataan)




                                              7

More Related Content

More from Stephanie Unsil

Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Stephanie Unsil
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Stephanie Unsil
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Stephanie Unsil
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanStephanie Unsil
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokStephanie Unsil
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTStephanie Unsil
 
Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021
Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021
Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021Stephanie Unsil
 
Fail 01 SPBT : Pengurusan Am
Fail 01 SPBT : Pengurusan AmFail 01 SPBT : Pengurusan Am
Fail 01 SPBT : Pengurusan AmStephanie Unsil
 
Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021
Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021
Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021Stephanie Unsil
 

More from Stephanie Unsil (20)

Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
Penilaian Sumatif Muzik Tahun 5
 
Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3Penilaian sumatif muzik tahun 3
Penilaian sumatif muzik tahun 3
 
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1Penilaian Sumatif PK Tahun 1
Penilaian Sumatif PK Tahun 1
 
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Pendidikan Muzik Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
Lembaran Modul Pdpr Bahasa Melayu Tahun 6
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Intervensi KBAT
Intervensi KBATIntervensi KBAT
Intervensi KBAT
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
LEMBARAN MODUL PDPR BM TAHUN 4
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
Lembaran Modul PdPR PJ Tahun 1
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
 
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokDivider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Divider Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk SkarokMuka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
Muka Depan Fail Kelab / Persatuan / Badan Beruniform Sk Skarok
 
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBTKertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
Kertas Kerja Projek Keceriaan Bilik SPBT
 
FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021FAIL KOKURIKULUM 2021
FAIL KOKURIKULUM 2021
 
Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021
Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021
Mesyuarat Kokurikulum Bil.1 / 2021
 
Fail 01 SPBT : Pengurusan Am
Fail 01 SPBT : Pengurusan AmFail 01 SPBT : Pengurusan Am
Fail 01 SPBT : Pengurusan Am
 
Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021
Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021
Buku Perancangan Unit Kokurikulum Sk Skarrok 2021
 

TugasanMatematik

  • 1. 1.0 TUGASAN 1: PENYELESAIAN MASALAH Berikut merupakan sebutharga bagi pembaikan yang akan dilakukan: Kos pemasangan awning : RM12/kaki persegi Kos menukar tingkap baru : RM20/kaki persegi Berikut merupakan unit ukuran dalam sistem metrik yang saya guna: 1 kaki = 12 inci 1 inci = 2.54 cm 1m = 100cm 1.1 Pengiraan harga bagi tingkap baru 61cm 244cm 1
  • 2. Lebar tingkap : 61cm ÷ 2.54cm = 24 inci 24 inci ÷ 12 inci = 2 kaki Panjang tingkap : 244cm ÷ 2.54cm = 96 inci 96 inci ÷ 12 inci = 8 kaki Luas 1 tingkap : 8 kaki x 2 kaki = 16 kaki persegi Harga bagi 1 tingkap : 16 kaki x RM 20 = RM320 Harga bagi 5 buah tingkap : RM320 x 5 = RM1600 1.2 Pengiraan harga awning pada setiap tingkap 65cm 1m *75cm Panjang awning : 65 cm ÷ 2.54 cm = 25.59 inci 25.59 inci ÷ 12 inci = 2.13 kaki Lebar awning : 75 cm ÷ 2.54cm = 29.53 inci 29.53 inci ÷ 12 inci = 2.46 kaki Ukuran awning : 2.13 kaki x 2.46 kaki = 5.24 kaki persegi Harga 1 awning : 5.24 x RM12 = RM 62.88 Harga 5 awning : RM62.88 x 5 = RM 314.40 * lebar mengikut kesesuaian sendiri. 2
  • 3. 1.3 Pengiraan harga awning keseluruhan dinding 12m *2m Panjang: 12 m = 1200cm Lebar : 2m = 200cm Panjang awning : 1200cm ÷ 2.54cm = 472.44 inci 472.44 inci ÷ 12 inci = 39.37 kaki Lebar awning : 200cm ÷ 2.54cm = 78.74 inci 78.74 inci ÷ 12 inci = 6.56 kaki Ukuran awning : 39.37 kaki x 6.56 kaki = 258.27 kaki persegi Harga awning : 258.27 kaki x RM12 = RM3099 * lebar mengikut kesesuaian sendiri 3
  • 4. PERBANDINGAN DAN JUSTIFIKASI PILIHAN Bil Kaedah Penyelesaian Kos Jaminan yang diberi 1 Tingkap baru RM 1600.00 60% 2 Awning setiap tingkap (5 tingkap) RM 314.40 - 3 Awning keseluruhan dinding RM 3099.00 - Berdasarkan jadual di atas, pemasangan awning pada 5 buah tingkap mencatatkan harga yang paling murah iaitu, RM314.40, diikuti oleh pemasangan tingkap baru, RM 1600 dan juga pemasangan awning keseluruhan pada dinding, RM 3099. Saya memilih untuk memasang awning pada keseluruhan dinding rumah. Walaupun harganya jauh mahal berbanding dengan pemasangan awning pada setiap tingkap dan penukaran tingkap baru, ia lebih menjamin masalah kemasukan air ke dalam rumah tidak akan berlaku lagi. Selain itu, awning ini mampu mengelakkan pancaran matahari terik ke arah bilik rumah, sekaligus mengelakkan ruangan rumah menjadi panas. Seterusnya, awning pada keseluruhan dinding tidak memerlukan ukuran satu persatu. Hal ini lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan awning pada setiap tingkap. Ukuran yang tidak sesuai kemungkinan besar akan menambahkan lagi masalah kemasukan air ke dalam rumah saya. Pemasangan tingkap pula, hanya mampu memberi jaminan sebanyak 60% tidak dimasuki air. Perkara ini memerlukan saya membuat pembaikan semula kepada tingkap tersebut. Meskipun kontraktor tidak mengenakan sebarang caj tambahan, hal ini agak meyusahkan saya kerana saya perlu menunggu hari hujan bagi mengenalpasti masalah yang terdapat pada tingkap baru saya. Awning pada keseluruhan dinding juga adalah lebih menarik kerana kini awning mempunyai reka bentuk yang pelbagai. Malah saya tidak perlu memasang langsir pada tingkap saya apabila pancaran matahari tidak memancar terik melalui tingkap rumah, sekaligus lebih menjimatkan kos. Kesimpulannya, pemasangan awning pada keseluruhan dinding adalah pilihan yang tepat bagi rumah saya kerana ia lebih tahan untuk jangka masa yang lama. Kos yang tinggi tetapi, keselamatan rumah terpelihara. 4
  • 5. 2.0 TUGASAN 2: PENULISAN REFLEKTIF “Sejauhmana literasi nombor membantu saya membuat keputusan yang lebih bijak.” Literasi nombor berkait rapat dengan kecekapan seseorang dalam memahami dan menggunakan idea – idea matematik. Ia juga merupakan kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan matematik bagi mencari punca dan seterusnya bijak menguruskan langkah penyelesaian masalah matematik yang asas mahupun kompleks dalam pelbagai situasi kehidupan sebenar. Dalam Tugasan 1, saya telah memilih untuk memasang awning pada keseluruhan dinding rumah. Meskipun harganya, jauh lebih mahal berbanding dengan pemasangan tingkap baru dan pemasangan awning pada setiap tingkap, ia lebih menjamin masalah kemasukan air tidak berlaku lagi. Pemasangan awning ini juga lebih senang kerana hanya memerlukan ukuran dinding dan pemilihan lebar awning mengikut kesesuaian rumah masing – masing. Malah, pemasangan awning adalah lebih menarik dan banyak digunakan pada rumah – rumah pada masa kini. Secara amnya, saya banyak menggunakan anggaran dalam kehidupan harian saya. Kelebihan penganggaran adalah, kita boleh membuat anggaran nilai awal bagi mengelakkan masalah yang lebih besar timbul. Anggaran yang tepat mampu menangani masalah kerugian, terutamanya dalam pengiraan. Seterusnya, penganggaran juga membantu membantu saya dalam melakukan pengiraan secara fleksibel. Kemahiran anggaran yang betul akan memperkukuhkan lagi kemahiran dalam strategi matematik seseorang individu, terutamanya dalam pengiraan yang melibatkan pembundaran nombor atau nilai. Sejak saya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan, saya mula belajar cara menguruskan wang yang lebih berkesan. Jika dahulu, wang saya masih lagi diuruskan oleh kedua – dua ibu bapa saya. Kini, saya terpaksa membuat 5
  • 6. penganggaran yang betul bagi memastikan perbelanjaan saya tidak melebihi had. Elaun pada setiap semester ialah RM3100. Terlebih dahulu saya akan menggunakan wang tersebut untuk membeli tiket penerbangan ulang alik ke Sarawak untuk setiap cuti semester, iaitu Jun dan November. Saya menetapkan RM800 untuk kos penerbangan saya. Selebihnya RM2300, saya gunakan sebagai perbelanjaan saya buat satu semester, iaitu RM383.33 sebulan. Dalam kes ini, setelah membuat penganggaran, saya mampu melihat sendiri jumlah wang patut saya gunakan bagi setiap bulan. Saya hanya membeli barang keperluan asas sahaja. Pada masa yang sama, saya belajar berjimat – cermat dan bertanggungjawab dalam kehidupan saya. Saya sudah berjaya menempuhi 5 semester di IPG ini dengan mengunakan kemahiran anggaran ini dalam pengurusan wang saya. Malah, saya mengaplikasikan kemahiran anggaran ini pada beberapa situasi, seperti penganjuran suatu pertandingan atau majlis rasmi di sekolah. Kelemahan penganggaran pula, anggaran dan andaian yang dibuat, kadang - kalanya tidak tepat. Kedua, penganggaran yang salah mampu merugikan seseorang individu atau pihak yang lain. Ketiga, penganggaran akan berubah mengikut situasi di sekelilingnya. Keempat, penganggaran yang dilakukan selalunya tidak menyeluruh sehingga menimbulkan jawapan yang tidak munasabah. Seterusnya, penganggaran adalah berbeza dalam kalangan individu. Oleh itu, kebanyakkannya, penganggaran tidak mampu memberi keputusan yang tepat. Pengalaman anggaran saya yang tidak tepat ialah dalam kes pembelian tiket ulang - alik, Kota Bharu ke Sarawak. Saya selalu membeli sendiri tiket penerbangan menerusi pembelian secara “online”. Saya perlu mencari anggaran masa perjalanan yang tepat bagi mengelakkan masalah penerbangan yang bakal berlaku. Masalah yang sering berlaku ialah, saya sering ketinggalan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak, di atas kelewatan penerbangan dari Kota Bharu. Di sini, saya gagal memberi anggaran masa yang betul kerana jarak masak di antara dua penerbangan adalah sangat dekat. Penyelesaiannya, saya akan memilih penerbangan yang jaraknya ialah 3 hingga 4 jam. 6
  • 7. Terdapat beberapa ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi dari kemahiran penganggaran ini. Pertama, saya mampu menghasilkan satu jawapan yang hampir untuk membolehkan saya membuat keputusan yang lebih baik. Kedua, penganggaran melatih saya untuk lebih fleksibel dalam pengiraan saya, bagi pelbagai bentuk situasi. Ketiga, proses penganggaran telah melatih saya dalam memperkukuhkan lagi konsep matematik dalam kehidupan harian saya, secara keseluruhannya. Keempat, penganggaran membantu saya membuat keputusan dengan lebih yakin dan berani mencuba. Malah, sebagai seorang individu yang masih bergelar pelajar, penganggaran membawa kesan dalam hidup saya. Dalam membuat keputusan terutamanya, saya telah mampu membuat keputusan dengan lebih bijak setelah merasai sendiri proses penganggaran dalam pengurusan masa, kewangan dan situasi yang lain. Sebagai bakal guru nanti, saya harus bijak dalam menguruskan waktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu merancang strategi yang tepat bagi menghasil pengajaran yang berkualiti sekaligus bertanggungjawab dalam profesion keguruan. Secara kesimpulan, literasi nombor telah banyak membantu saya dalam membuat keputusan yang bijak. Literasi nombor telah melatih saya dalam mengaplikasikan strategi yang sesuai untuk menyelesaikan pelbagai situasi dalam kehidupan harian saya. Kemahiran literasi nombor ini telah lama wujud dalam diri. Tetapi penambahbaikan haruslah dibuat bagi membantu saya lebih yakin untuk menggunakan matematik bagi menangani cabaran kehidupan harian. (706 patah perkataan) 7