SlideShare a Scribd company logo
1 of 228
Download to read offline
Tingkatan
4
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokrasi;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
2019
PENERBIT BESTARI SDN. BHD.
Profesor Madya Dr. Md Nasir bin Ibrahim
Profesor Madya Dr. Muhammad Zaffwan bin Idris
Dr. Mazlan bin Haji A. Karim
Dr. Liza Marziana binti Mohammad Noh
Faridah binti Ibrahim
Suhana binti Ali
Nurulaini binti Abdullah
Tew Wan Yin
Tew Wan Yin
Penulis
Editor
Pereka Bentuk
Ilustrator
PENDIDIKAN
SENI VISUAL
Tingkatan 4
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
NO. SIRI BUKU:  0098
KPM2019 ISBN 978-983-092-445-8
Cetakan Pertama 2019
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana
bahan dalam buku ini tidak dibenarkan
diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi, ataupun
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau
cara, baik dengan cara elektronik, mekanik,
penggambaran semula mahupun dengan
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada
perkiraan royalti atau honorarium.
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan
Malaysia oleh:
Penerbit Bestari Sdn. Bhd. (258257-P)
22-01, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tel: 07-361 2868
Faks: 07-352 6292
Laman Web: http://www.pbestarisb.com
Reka Letak dan Atur Huruf:
Penerbit Bestari Sdn. Bhd. (258257-P)
Muka Taip Teks: STIXGeneral
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin
Dicetak oleh:
KHL Printing Co. Sdn. Bhd. (235060-A)
Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2,
Kawasan MIEL, Phase 8,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Penerbit buku teks ini ingin merakamkan
sekalung penghargaan kepada organisasi dan
individu yang telah membantu dalam proses
menerbitkan buku ini.
•	 Jawatankuasa Kawalan Mutu Buku Teks,
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
•	 Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka
Surat, Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
Pruf Muka Surat dan Jawatankuasa
Penyemakan Naskhah Sedia Kamera,
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
•	 Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan
Teknologi Pendidikan dan Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
•	 Pertubuhan Perekabentuk Dalaman
Malaysia (PPDM).
•	 Jabatan Penerangan Malaysia.
•	 Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak,
Darul Ridzuan.
•	 Pejabat D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan.
•	 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan
Negeri Selangor (PADAT).
•	 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman
Selayang, Batu Caves, Selangor.
•	 Kartunis Rambai dari Sead Studios Sdn. Bhd.
•	 Semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan buku ini.
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PENGHARGAAN
Tajuk 1  Alat Kebesaran dan
Perhiasan Diraja
Seni Lukisan Barat
Mengikut Abad Pilihan
dari Aspek Aliran,
Gaya, Pelukis dan Karya
26
Latihan Formatif 42
Kembara Minda 43
Minda Kreatif 44
Galeri Minda 46
Rumusan Grafik 47
Latihan Pengukuhan 48
KANDUNGAN
23
Bidang
	 Seni Halus
Seni Catan Barat
Mengikut Abad Pilihan
dari Aspek Aliran,
Gaya, Pelukis dan Karya
52
Latihan Formatif 68
Kembara Minda 69
Minda Kreatif 70
Galeri Minda 72
Rumusan Grafik 73
Latihan Pengukuhan 74
Seni Cetakan Barat
Mengikut Abad Pilihan
dari Aspek Aliran,
Gaya, Pelukis dan Karya
78
Latihan Formatif 86
Kembara Minda 87
Minda Kreatif 89
Galeri Minda 95
Rumusan Grafik 96
Latihan Pengukuhan 97
Bidang
	 Sejarah dan
Apresiasi
Seni Visual 1
Jenis Alat Kebesaran
dan Perhiasan Diraja
4
Fungsi dan Peranan
Alat Kebesaran dan
Perhiasan Diraja
9
Latihan Formatif 12
Kembara Minda 13
Minda Kreatif 14
Galeri Minda 19
Rumusan Grafik 20
Latihan Pengukuhan 21
Tajuk 2  Seni Lukisan
Tajuk 3  Seni Catan
Tajuk 4  Seni Cetakan
iii
Tajuk 6  Reka Bentuk
Dalaman
Tajuk 8  Seni Reka Grafik
(Ilustrasi)
Tajuk 5  Reka Bentuk
Landskap
Tajuk 9  Seni Foto
(Genre Fotografi)
Tajuk 7  Seni Ukiran
Prospek dan Hala
Tuju Pereka Bentuk
Landskap
102
Latihan Formatif 107
Kembara Minda 108
Minda Kreatif 109
Galeri Minda 114
Rumusan Grafik 115
Latihan Pengukuhan 116
99
Bidang
	 Reka
Bentuk
137
Bidang
	 Seni Kraf
Prinsip Asas
Seni Ukiran
140
Alatan dan Bahan
Seni Ukiran
142
Motif Ukiran Kayu 144
Jenis Ukiran Kayu 148
Bentuk-bentuk Silat 150
Proses Seni Ukiran 152
Seni Ukiran
Kaum-kaum Lain
154
Latihan Formatif 157
Kembara Minda 158
Minda Kreatif 160
Galeri Minda 165
Rumusan Grafik 166
Latihan Pengukuhan 167
Definisi Ilustrasi 172
Jenis Ilustrasi 172
Media dan Teknik 178
Penjanaan Idea
Bergambar
182
Latihan Formatif 184
Kembara Minda 185
Minda Kreatif 187
Galeri Minda 190
Rumusan Grafik 191
Latihan Pengukuhan 192
Definisi Genre
dalam Fotografi
196
Jenis dan Fungsi
Komunikasi Visual
dalam Genre Fotografi
196
Kepelbagaian
Genre Fotografi
197
Ikon Fotografi Malaysia 203
Latihan Formatif 206
Kembara Minda 207
Minda Kreatif 209
Galeri Minda 212
Rumusan Grafik 213
Latihan Pengukuhan 214
Prospek dan Hala Tuju
Pereka Bentuk Dalaman
120
Latihan Formatif 125
Kembara Minda 126
Minda Kreatif 128
Galeri Minda 133
Rumusan Grafik 134
Latihan Pengukuhan 135
Glosari 216
Senarai Rujukan 217
Indeks 218
Bidang
	 Komunikasi
Visual
169
iv
Buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 ini disediakan
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4. Buku teks ini ditulis
berdasarkan empat komponen, iaitu Persepsi Seni, Eksplorasi
Seni, Ekspresi Seni dan Apresiasi Seni.
	 Strategi pengajaran mata pelajaran ini dilaksanakan secara
inkuiri berasaskan projek dan memberikan penekanan kepada
aktiviti yang berorientasikan murid sama ada dalam bentuk
perbincangan secara kolaboratif, penerokaan, eksperimentasi
dan apresiasi sesuai dengan keperluan Kemahiran Abad Ke-21.
Buku ini juga dilengkapi dengan Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan murid
agar dapat menangani cabaran semasa. Penerapan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pemikiran Komputasional
(PK) boleh menggalakkan murid membuat penaakulan untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mencipta sesuatu
dan membuat penilaian secara kritis dan kreatif.
	 Buku ini juga mengandungi animasi tiga dimensi (3D)
yang interaktif. Panduan untuk mengakses animasi ini adalah
seperti berikut:
Muat turun aplikasi
AR buku teks dengan
mengimbas QR Code
di sebelah.
Halaman yang mempunyai
ikon 'AR' ialah Tajuk 6
halaman 132.
Gunakan aplikasi
tersebut untuk
mengimbas ikon 'AR'
yang terdapat dalam
buku teks ini.
1.
2.
3.
v
PENDAHULUAN
Gerak kerja yang menggunakan pelbagai kaedah.
Murid dirangsang
menerusi soalan berfikir
aras tinggi.
KBAT
Mengukuhkan pengetahuan melalui
eksperimentasi dan penerokaan.
Kembara Minda
Menguji kemahiran daya cipta murid
dalam menghasilkan karya.
Minda Kreatif
Mendedahkan murid membuat
penilaian secara kritis.
Galeri Minda
Sumber rujukan tambahan
dalam bentuk video, slaid
dan dokumen.
Akses QR EMK
Elemen yang diterapkan
secara tersurat dan tersirat
untuk panduan murid.
Seni dan Saya
Aplikasi PSV dalam
kehidupan harian murid,
kerjaya yang berkaitan dan
invensi serta inovasi PSV di
Malaysia.
i
Maklumat tambahan
yang berkaitan dengan
tajuk yang dibincangkan.
Gerbang Seni
A-Z
Kata kunci yang
digunakan dalam seni.
Kata Kunci Cabar Minda
Menguji pengetahuan
sedia ada.
K
Standard
Kandungan
Standard
Pembelajaran
Kemahiran yang akan
dipelajari dalam setiap tajuk.
Merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang perlu dipelajari.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep
setiap tajuk.
Latihan Formatif
Ringkasan setiap tajuk melalui peta minda.
Rumusan Grafik
Rumusan Grafik
Rumusan Grafik
Tajuk
Teknik
Jenis
Proses
Industri
Alam
Komik
Fesyen
Iklan
Imaginasi
Kolaj
Media Campuran
Digital
Mengukur penguasaan murid terhadap isi
kandungan setiap tajuk.
Latihan Pengukuhan
Aktiviti
QR pada kulit buku
Mengandungi huraian tema
buku, biodata penulis dan
maklumat yang dikemas kini.
vi
Penerangan Ikon-ikon dalam Buku Teks
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4
Istana Negara
SEJARAH DAN
APRESIASI
SENI VISUAL
BIDANG
1
1Negara Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan
dalam demokrasi berparlimen. Berdasarkan sistem ini, Ketua
Persekutuan ialah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan ketua
negeri pula digelar sama ada Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar
atau Yang di-Pertua Negeri.
	 Institusi beraja ini merupakan kesinambungan daripada
warisan Kesultanan Melayu. Oleh itu, terdapat alat kebesaran
dan perhiasan Diraja yang masih diguna pakai dalam majlis atau
istiadat tertentu. Peralatan dan perhiasan ini merupakan warisan
bangsa yang perlu diketahui oleh generasi hari ini dan akan
datang agar mereka lebih menghormati institusi ini.
ALAT
KEBESARAN
DAN PERHIASAN
DIRAJA
Tajuk 1
2
3
•	 Aiguillette
•	 Awan larat
•	Epolet
•	Kain
	sakhlat
•	Kerabu
•	 Mess Kit
•	Muskat
•	 Ragam hias
•	Sampir
•	Solek
A-Z
Kata Kunci
1.1	 Pemahaman terhadap
Alat Kebesaran dan
Perhiasan Diraja.
1.2	 Eksplorasi maklumat
daripada pelbagai
sumber bagi
pengukuhan terhadap
Alat Kebesaran dan
Perhiasan Diraja.
1.3	 Penzahiran idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber
dan teknologi dalam
penjanaan tugasan.
1.4	 Penghayatan terhadap
model Alat Kebesaran
dan Perhiasan Diraja
dengan menggunakan
Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.
K
Standard
Kandungan
Alat Kebesaran Diraja
Institusi beraja di Malaysia mempunyai pelbagai jenis alat
kebesaran dan perhiasan Diraja yang menjadi simbol kedaulatan
raja dan negeri yang diperintah. Setiap negeri mempunyai alat
kebesaran dan perhiasan Diraja yang berbeza. Alat kebesaran
dan perhiasan Diraja ini direka dengan keunikan tersendiri dan
dijaga rapi sejak dahulu hingga ke hari ini.
Alat kebesaran Diraja ada beberapa jenis. Peralatan ini menjadi
simbol dan keagungan warisan Kesultanan Melayu sejak
berkurun-kurun lamanya. Berikut ialah alat kebesaran Diraja
yang digunakan oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan
Raja Permaisuri Agong dalam upacara rasmi.
Cogan
  Alam
Cogan
  Agama
Cogan Alam merupakan sebatang
tongkat yang diperbuat daripada
perak dan berukuran 162.66
sentimeter. Alat kebesaran ini
mempunyai struktur bulatan pada
bahagian hulu. Di atas bulatan
tersebut terdapat ukiran anak
bulan dan bintang daripada emas.
Di sekeliling bulatan itu pula
terdapat lambang 11 buah negeri
Tanah Melayu daripada emas.
Bulatan tersebut ditanggung oleh
empat ekor harimau yang berdiri.
Batang tongkat ini dihiasi dengan
motif enam tangkai padi yang
diperbuat daripada emas.
Cogan Agama merupakan
sebatang tongkat bulat berhulu
besar yang diperbuat daripada
perak. Panjang tongkat ini ialah
155.04 sentimeter. Di bahagian
hulu tongkat terdapat ukiran
anak bulan dengan bintang
pecah lima yang diperbuat
daripada emas. Pada batang dan
hulunya diukir dengan ayat-ayat
suci al-Quran.
Jenis Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
4
PERSEPSI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
1.1.1	 Menyenaraikan jenis
alat kebesaran dan
perhiasan Diraja.
1.1.2	 Menjelaskan fungsi dan
peranan alat kebesaran
dan perhiasan Diraja.
Institusi
Diraja di
Malaysia
Video
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2CX2rOr
Cokmar
Keris Panjang Diraja
Pedang, Keris
Panjang dan
Sundang Diraja
Alat kebesaran ini merupakan tiga
senjata Melayu lama yang diambil
daripada mata pedang, keris panjang dan
sundang zaman dahulu. Keris Panjang
dan Sundang Diraja disalut dengan perak.
Kedua-dua keris ini mempunyai ukiran
pada bahagian hulu dan sarungnya.
Cokmar merupakan dua batang tongkat
pendek yang diperbuat daripada perak.
Setiap satunya mempunyai ukuran
81.32 sentimeter. Pada bahagian hulu
cokmar ini berbentuk kubah. Alat
kebesaran ini berfungsi sebagai alat
perang pada zaman dahulu.
Keris Panjang Diraja merupakan keris utama
dalam istiadat pertabalan. Bahagian hulu hingga
ke sarung keris ini disalut dengan emas. Di atas
sampirnya diukir lambang Kerajaan Persekutuan
dan lambang 11 buah negeri Tanah Melayu
untuk menunjukkan naungan dan kekuasaan
Yang di-Pertuan Agong ke atas negara Malaysia.
Mata keris ini ditempa daripada besi waja yang
diambil dari 11 bilah keris negeri di Tanah
Melayu. Bahagian hulu atau kepala keris ini
berbentuk tapak kuda dengan motif buah jering.
5
Alat kebesaran
Diraja ialah lambang
kedaulatan, keagungan,
kekuasaan dan kemegahan
negara kita. Melalui lambang
tersebut, kita dapat memupuk
semangat cinta akan
negara dan menghormati
raja-raja sebagai payung
pemerintahan negara.
Patriotisme
Sejauh manakah alat
kebesaran Diraja ini menjadi
simbol perpaduan rakyat?
Cabar
	Minda
Tombak
 Berambu
Tengkolok Diraja
Terdapat dua puluh batang Tombak
Berambu. Mata tombak ini berlok tiga dan
diperbuat daripada tombak-tombak pusaka
dari 11 buah negeri di Tanah Melayu.
Tengkolok Diraja ialah kain yang ditenun dengan sutera,
berwarna hitam dan bersulam benang emas. Bentuk solek
pada ulunya dinamakan 'Dendam Tak Sudah' yang berasal
dari Negeri Sembilan. Pada bahagian hadapan tengkolok
ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas
yang diperbuat daripada emas putih. Di tengah-tengah
bintang pecah empat belas ini terletak lambang Kerajaan
Persekutuan yang berwarna-warni.
Rajah 1.1	 Alat kebesaran Diraja
Terdapat dua puluh kaki Payung
Ubur-ubur Kuning yang diperbuat
daripada kain sutera berwarna kuning
Diraja. Warna kuning ialah warna yang
dipandang mulia oleh orang Melayu dan
menjadi lambang kebesaran raja-raja
Melayu. Di bahagian puncak payung ini
dipasangkan anak bulan dan bintang.
Payung
Ubur-ubur
 Kuning
Perhiasan Diraja
Perhiasan Diraja dipakai semasa istiadat rasmi. Perhiasan ini dipakai sebagai pelengkap kepada
pakaian Diraja. Berikut ialah perhiasan Diraja yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dan
Raja Permaisuri Agong.
6
i
Solek Tengkolok Diraja
‘Dendam Tak Sudah’
mempunyai lima ciri utama,
iaitu lambaian ibu, takuk,
simpul kasih, pucuk kasih
dan gelembung kasih. Setiap
ciri tersebut mempunyai
maksud tersendiri.
Gerbang
	Seni
Pertabalan
Yangdi-Pertuan
Agongpertama
Video
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2SOj706
Mess Kit
Muskat
Muskat ialah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Baju ini mendapat inspirasi daripada
pakaian tradisi Muskat, Oman dan pakaian rasmi pegawai
kerajaan negeri Kedah. Muskat diperbuat daripada benang
bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang
emas. Pakaian rasmi ini bermotif ragam hias awan larat
dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan
Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan
panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersama-sama
seluar panjang yang bersulam di kaki dan tengkolok.
Mess Kit merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong
semasa majlis santapan malam beristiadat. Reka bentuk dan
corak pakaian ini diolah berdasarkan muskat Yang di-Pertuan
Agong. Pada bahagian kolar dan lengan, terdapat motif ragam
hias awan larat, iaitu elemen seni reka yang signifikan dengan
istana yang mencerminkan identiti kebangsaan. Motif bunga raya
digunakan untuk melambangkan keberanian, perpaduan dan
lima kelopak pula menggambarkan lima prinsip Rukun Negara.
	 Mess Kit ini dipakai bersama-sama vest, kemeja putih
dan seluar panjang hitam yang mempunyai jalur keemasan
pada bahagian tepinya. Aksesori tambahan ialah epolet, keris
bersilang dan lima bintang pecah lima yang disusun secara
bulatan untuk menggambarkan baginda sebagai pemerintah
tertinggi dalam angkatan tentera. Pada bahagian kanan dada
pula, dihiasi dengan aiguillette berwarna keemasan untuk
menambah kesegakan.
Epolet
Aiguillette
7
i
Muskat mula dipakai pada
tahun 1960 semasa pertabalan
Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang ketiga,
iaitu Al-Marhum Tuanku Syed
Putra Ibni Al-Marhum Syed
Hassan Jamalullail.
Gerbang
	Seni
Kita mesti menjaga
warisan budaya bangsa agar
‘Tak lapuk di hujan,
  tak lekang di panas’.
Nilai Murni
Sejauh manakah warisan
budaya mampu mengekalkan
identiti sesuatu bangsa?
Cabar
	Minda
Kalung Diraja
Gandik Diraja
Gandik Diraja atau Pemeles ialah perhiasan Diraja
yang dipakai di ulu Raja Permaisuri Agong. Gandik ini
diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan
permata berlian bermotif awan larat. Pada bahagian
tengah, terdapat anak bulan dengan bintang yang diperbuat
daripada emas putih. Gandik ini boleh diceraikan menjadi
loket atau kerongsang.
Kalung Diraja ialah sejenis rantai leher
yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong.
Kalung ini diperbuat daripada emas putih
bertatah penuh dengan permata berlian.
Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi
sepasang subang, kerongsang dan kerabu.
Pending Diraja diperbuat daripada emas
sepuluh mutu bertatahkan permata delima.
Di tengah-tengahnya pula tertera lambang
Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya
diperbuat daripada kain sakhlat bertekat
benang emas dengan corak bunga.
Rajah 1.2	 Perhiasan Diraja
Pending Diraja
Keris Pendek Diraja diperbuat
daripada mata keris lama yang
berhulu dan bersarungkan gading
serta bertatahkan emas. Hulu
keris ini dinamakan 'Hulu Pekaka'
dan berbentuk kepala 'Geroda'.
Pada bahagian sampir keris
ini diterapkan dengan lambang
Kerajaan Persekutuan. Keris ini
ialah salah satu pelengkap kepada
pakaian kebesaran Diraja.
Keris
Pendek
Diraja
8
Senarai
SPB Yang
di-Pertuan
Agong
Laman
web
(Dicapai pada 10 Jun 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2Wv2Az7
Jadual 1.1	 Fungsi dan peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja
Alat Kebesaran
dan Perhiasan Fungsi Peranan
Keris Panjang Diraja Alat kebesaran negara yang utama dalam
istiadat pertabalan.
Simbol kebesaran
dan kekuasaan.
Cogan Alam Digunakan semasa istiadat rasmi raja-raja Melayu
di negara ini.
Simbol keteguhan dan keutuhan
serta kesepaduan antara
negeri di Malaysia.
Cogan Agama Digunakan semasa istiadat rasmi raja-raja Melayu
di negara ini.
Simbol kesepaduan antara
negeri di Malaysia yang
berteraskan Islam.
Cokmar Alat perang pada zaman dahulu dan menjadi alat
kebesaran negara.
Simbol kekuasaan, kekuatan
dan kebesaran.
Pedang, Keris Panjang
dan Sundang Diraja
Merupakan tiga senjata Melayu lama. Simbol kekuasaan, kekuatan
dan kebesaran.
Payung Ubur-ubur
Kuning
Digunakan semasa majlis istiadat-istiadat rasmi. Lambang kebesaran
raja-raja Melayu.
Tombak Berambu Digunakan semasa majlis istiadat-istiadat rasmi. Alat kebesaran Diraja.
Tengkolok Diraja Dipakai pada Hari Pertabalan, Sambutan Hari
Ulang Tahun Keputeraan, lawatan rasmi ke
negeri-negeri di Malaysia dan semasa Perasmian
Pembukaan Penggal Persidangan Parlimen.
Lambang kebesaran
raja-raja Melayu.
Muskat Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. Lambang kebesaran
raja-raja Melayu.
Mess Kit Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong ketika
menghadiri majlis santapan malam beristiadat.
Sebagai pakaian Diraja yang
merupakan simbol kebesaran.
Pending Diraja Sebagai pengancing tali pinggang atau kepala tali
pinggang yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai pakaian Diraja yang
merupakan simbol kebesaran.
Keris Pendek Diraja Salah satu pelengkap kepada pakaian kebesaran
Diraja dan hanya dipakai oleh Yang di-Pertuan
Agong untuk majlis istiadat Diraja.
Lambang kekuasaan baginda.
Gandik Diraja Perhiasan ulu (kepala) bagi Raja Permaisuri Agong
yang dipakai dalam istiadat kebesaran Diraja dan
semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai perhiasan Diraja dan
simbol kebesaran.
Kalung Diraja Sejenis rantai leher yang dipakai oleh Raja
Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat
kebesaran Diraja dan pada waktu pertabalan
Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai perhiasan Diraja dan
simbol kebesaran.
9
Fungsi dan Peranan Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
Selain itu, negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja juga memiliki alat kebesaran dan
perhiasan Diraja. Setiap alat kebesaran dan perhiasan Diraja ini mempunyai fungsi serta peranan
tertentu. Cara pemakaian peralatan ini juga berbeza untuk setiap negeri. Peralatan dan perhiasan
ini hanya digunakan dalam majlis dan istiadat tertentu.
Rajah 1.3	 Contoh Tengkolok/Mahkota/Tanjak Diraja
Contoh Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
Contoh Tengkolok/Mahkota/Tanjak Diraja
Tengkolok Diraja Pahang
menggunakan solek
‘Sekelongsong Bunga’.
Tengkolok Diraja Negeri
Sembilan menggunakan solek
‘Dendam Tak Sudah’.
Mahkota Kerajaan Johor Tanjak Diraja Perak menggunakan
solek ‘Ayam Patah Kepak’.
Tengkolok Diraja Perlis menggunakan
solek ‘Dendam Tak Sudah’.
Tengkolok Diraja Kedah menggunakan
solek ‘Dendam Tak Sudah’.
Tengkolok Diraja Terengganu
menggunakan solek ‘Belalai Gajah’.
Tengkolok Diraja Selangor
menggunakan solek
‘Setanjak Balung Raja’.
Tengkolok Diraja Kelantan
menggunakan solek ‘Ketam Budu’.
10
Rajah 1.5	 Contoh Mahkota Diraja/tiara/gandik
Rajah 1.4	 Contoh keris Diraja
Mahkota Tengku Ampuan Selangor
Gandik Raja Perempuan Perlis
Tiara Raja Permaisuri Perak
Gandik Permaisuri Terengganu
Tiara Tengku Ampuan Pahang
Mahkota Permaisuri Johor
Keris Taming Sari Perak Keris Pendek Diraja Perlis
Keris Darjah Mahkota Johor Keris Panjang Beruk Berayun Selangor
Contoh Keris Diraja
Contoh Mahkota Diraja/Tiara/Gandik
11
Contoh alat
kebesaran
dan perhiasan
Diraja Perak
Laman
web
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2XC08Id
Contohalat
kebesarandan
perhiasanDiraja
Terengganu
Laman
web
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
https://bit.ly/2H0gwPg
Istiadat
pertabalan
Sultan Perak
Video
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
https://bit.ly/2TzGx9q
Jawab semua soalan berikut.
1.	 Apakah nama hulu Keris Pendek Diraja?
2.	 Apakah perhiasan lain yang boleh dihasilkan daripada Gandik Diraja?
3.	 Bagaimanakah cara pemakaian Mess Kit?
4.	 Berikan tiga nama solek tengkolok yang anda tahu.
5.	 Mengapakah motif awan larat digunakan dalam penghasilan alat kebesaran dan
perhiasan Diraja?
6.	 Mengapakah alat kebesaran dan perhiasan Diraja digunakan dalam majlis-majlis tertentu?
Tujuan:	 Mengenal pasti alat kebesaran dan perhiasan Diraja dalam bidang Sejarah dan Apresiasi
Seni Visual.
Langkah:
1.	 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2.	 Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti alat kebesaran dan perhiasan Diraja untuk:
(a)	 Yang di-Pertuan Agong.
(b)	 Negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja.
3.	 Cari maklumat berkenaan alat kebesaran dan perhiasan Diraja tersebut melalui pelbagai sumber
seperti buku rujukan, majalah, surat khabar, brosur dan Internet.
4.	 Kumpulkan semua maklumat dalam bentuk peta pemikiran atau jadual yang sesuai.
5.	 Ketua kumpulan akan membentangkan hasil dapatan sama ada menggunakan peta pemikiran
atau multimedia.
Kerajaan/Negeri Alat Kebesaran Perhiasan Diraja
Yang di-Pertuan Agong
Soalan:	 Pada pendapat anda, bagaimanakah pengetahuan tentang alat kebesaran dan perhiasan
Diraja boleh menyemaikan semangat taat setia dan sayang akan negara? Jelaskan.
12
Aktiviti
KUMPULAN
Latihan Formatif
Ciri-ciri
•	
•	
•	
Fungsi
Peranan
Gandik Diraja
Anda telah mengetahui tentang pelbagai jenis alat kebesaran dan
perhiasan Diraja di negara ini. Secara kolaboratif, hasilkan satu
dokumentasi yang lengkap berkaitan fungsi dan peranan alat
kebesaran ini.
Tujuan:	1.	
Menjelaskan ciri-ciri alat kebesaran dan perhiasan Diraja.
	2.	
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk
membuat penerokaan bagi menghasilkan dokumentasi
fungsi dan peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja.
Langkah:	
1.	 Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2.	 Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti Internet,
majalah, surat khabar dan bahan bacaan lain.
3.	 Catatkan semua maklumat yang diperoleh dan buat perbincangan bersama-sama ahli kumpulan.
4.	 Klasifikasikan dan beri huraian yang sesuai daripada aspek ciri-ciri, fungsi serta peranan alat
kebesaran dan perhiasan Diraja tersebut.
5.	 Dokumentasikan hasil eksplorasi dan dapatan anda dalam bentuk artist book atau buku skrap.
6.	 Kongsikan maklumat tersebut dengan rakan-rakan yang lain.
Gambar foto 1.1	 Contoh artist book
13
Kembara Minda
EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
1.2.1	 Mencirikan alat
kebesaran dan
perhiasan Diraja
daripada aspek:
(i)	Fungsi
(ii)	Peranan
Hari
Kemahkotaan
Sultan Johor
Video
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2Rq1PK0
Pada bahagian Eksplorasi Seni, anda telah mengenal pasti ciri-ciri
dan mengetahui fungsi serta peranan alat kebesaran dan perhiasan
Diraja. Berdasarkan pengetahuan tersebut, pilih dan hasilkan
model alat kebesaran dan perhiasan Diraja dengan menggunakan
bahan yang sesuai.
Tujuan:	1.	
Menganalisis hasil penerokaan terhadap alat kebesaran
dan perhiasan Diraja dalam penghasilan dokumentasi.
	2.	
Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil
daripada penerokaan terhadap dokumentasi alat
kebesaran dan perhiasan Diraja dalam penghasilan
model secara sistematik.
	3.	
Menghasilkan model alat kebesaran dan perhiasan
Diraja dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif
dan inovatif.
Arahan:	Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Berikut ialah
contoh aktiviti yang dilakukan.
Alat:	 	Pensel, French curve, pita pelekat, alatan mengukir, berus,
pisau, paku, pembaris, alas pemotong dan gambar rujukan.
Bahan:	 Kertas pasir, lidi, kayu, syelek, mounting board,
penyembur warna (colour spray) dan gam.
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
1.
14
EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
1.3.1	 Menghasilkan model
alat kebesaran dan
perhiasan Diraja.
Minda Kreatif
Langkah-langkah Penghasilan Model Alat Kebesaran (Keris)
i
Keris mempunyai lok, iaitu
liku-liku pada bilah mata
keris. Bilangan lok yang
terdapat pada keris biasanya
ganjil dan dikaitkan dengan
ciri-ciri keislaman:
•	 5 lok ‒ jumlah Rukun Islam
•	 7 lok ‒ bilangan dalam tawaf
•	 13 lok ‒ rukun sembahyang
•	 17 lok ‒ jumlah rakaat dalam
sembahyang lima waktu
Gerbang
	Seni
Warisan
keris dalam
RumpunMelayu
Video
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2ZrpdHE
Lukis bentuk keris berdasarkan sumber
idea atau daya imaginasi sendiri di atas
mounting board. Potong dengan cermat
menggunakan pisau.
Pita pelekat
Buat dua salinan bahagian mata keris
tersebutdanlekatkandengangam.Lakukan
kemasan pada bahagian tepi dengan pisau
dan kertas pasir.
Tebuk lubang dengan cermat dan lekatkan
lidi dengan gam. Kemudian, tampal lubang
lidi tersebut dengan kepingan segi tiga.
Gunakan kayu yang sesuai dan potong
mengikut bentuk hulu keris yang dipilih.
Lekatkan pita pelekat dengan kemas
dan kreatif. Kemudian, sembur dengan
colour spray.
Bersihkan dan buat lakaran motif yang
sesuai pada hulu tersebut.
2.
4.
6.
3.
5.
7.
15
Menghasilkan
Mata Keris
Menghasilkan
  Hulu Keris
Ukir motif tersebut dengan cermat.
Gunakan paku untuk membuat lubang.
Sapukan gam pada lidi mata keris dan cantumkan dengan
bahagian hulu. Tanggalkan pita pelekat dengan cermat. Hasil akhir
model keris
yang telah siap.
Lakukan kemasan pada hulu keris dengan
menggunakan kertas pasir.
Sapukan syelek pada hulu tersebut dan
biarkan kering.
8.
10.
12.
13.
9.
11.
16
Alat:	 Gunting, jarum, benang, jarum peniti dan pita pengukur.
Bahan:	 Kain songket atau kain kapas dan pengeras
kain bergam.
Gunting kain songket atau kain kapas
kepada bentuk segi empat sama.
Pengeras kain pula digunting secara
segi tiga mengikut ukuran kain
yang dilipat segi tiga.
Masukkan pengeras kain ke dalam kain songket atau kain
kapas. Gunakan jarum peniti untuk mencantumkan kain
songket atau kain kapas dengan pengeras kain bergam.
Jahit di sekeliling lipatan tersebut dengan kemas.
Lipat pada bahagian bawah kain songket
atau kain kapas untuk membuat tapak.
Ukuran lebar lipatan ialah lima sentimeter.
Gunakan kedua-dua belah lutut untuk
menekan lipatan tersebut agar sekata.
Lipat bawah kain songket atau kain kapas
sekali lagi dengan kelebaran lima sentimeter
untuk membuat bengkung. Kemudian, tekan
menggunakan kedua-dua belah lutut agar
sekata. Tinggalkan baki kain dalam ukuran
antara 25-30 sentimeter atau 10-11 inci.
1.
2. Jahit bahagian tengah,
kiri dan kanan kain untuk
memastikan lipatan kain
tersebut sekata.
3.
4. 5.
17
Langkah-langkah Penghasilan Tanjak
Letakkan lipatan pada lutut untuk membuat
ikatan atau simpul. Naikkan satu bahagian
ke atas, kemudian ke bawah dan tarik
simpulan hingga ketat.
Gunakan sebelah
lutut untuk menekan
bahagian bengkung
semasamenarikkain
bagi mengelakkan
daripada terlepas.
Kemudian, buat kemasan pada
keseluruhan tanjak tersebut.
Laraskan simpulan mengikut
saiz kepala si pemakai.
Tanjak yang
telah siap.
Masukkan lebihan baki hujung kain ke
dalam simpulan. Gunakan jarum peniti
untuk mengelakkan simpulan terbuka dan
buat kemasan.
6.
8.
9.
10.
7.
18
Penghasilan
tanjak
Slaid
(Dicapai pada 21 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2U0WzcZ
Anda dan pasangan telah berjaya menghasilkan model alat
kebesaran dan perhiasan Diraja dengan menggunakan kreativiti
sendiri. Pamerkan hasil karya anda dan kongsikan pengalaman
semasa menghasilkan karya tersebut dengan rakan-rakan.
Tujuan:	1.	
Mempamerkan hasil karya seni.
	2.	
Menghayati dan menjelaskan model alat kebesaran dan
perhiasan Diraja berdasarkan idea sendiri secara kreatif
dan inovatif.
	3.	
Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual seterusnya menjadi model teladan.
Bahan:	 Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni.
Langkah:
1.	 Pamerkan semua hasil karya di stesen berdasarkan kategori.
2.	 Murid dan guru akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen
untuk melihat dan memerhati hasil karya yang dipamerkan.
3.	 Pemilik karya akan menjelaskan hasil karya masing-masing
selama lima minit.
4.	 Gunakan nota berperekat (sticky note) untuk memberikan komen
atau cadangan penambahbaikan pada karya yang dipamerkan.
Gambar foto 1.2	
Sesi Apresiasi Seni
19
APRESIASI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
1.4.1	 Mempamerkan model
alat kebesaran dan
perhiasan Diraja
yang dihasilkan.
1.4.2	 Menghayati dan
menjelaskan model
alat kebesaran dan
perhiasan Diraja sendiri
dan rakan dengan
menumpukan aspek
Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.
1.4.3	Menjelaskan
pengalaman sendiri
dalam penghasilan
model alat kebesaran
dan perhiasan Diraja.
Panduan
Apresiasi
Seni
Slaid
(Dicapai pada 15 Jun 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2FaoIZP
Galeri Minda
Guru perlu membuat penilaian
dan memberikan maklum
balas daripada aspek:
•	 Alat kebesaran atau
perhiasan yang dipilih.
•	 Prinsip dan elemen yang
digunakan.
•	 Kemasan hasil karya.
•	 Kreativiti dan inovatif.
Nota Guru
Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
Keris Panjang Diraja
•	 Matanya ditempa
daripada besi waja.
•	 Keris utama dalam
istiadat pertabalan.
•	 Simbol kebesaran
dan kekuasaan
negara.
Tengkolok Diraja
•	 Menggunakan
solek 'Dendam
Tak Sudah'.
•	 Simbol kebesaran
raja-raja Melayu.
Cokmar
•	 Kepala berbentuk
kubah.
•	 Simbol kekuatan,
kekuasaan dan
kebesaran.
Mess Kit
•	 Dipakai dengan
vest, kemeja putih
dan seluar hitam.
•	 Pakaian rasmi majlis
santapan istiadat.
•	 Simbol kebesaran.
Pedang, Keris Panjang
dan Sundang Diraja
•	 Senjata Melayu lama.
•	 Simbol kekuasaan,
kekuatan dan
kebesaran.
Gandik Diraja
•	 Perhiasan ulu yang
dipakai oleh Raja
Permaisuri Agong.
•	 Boleh diceraikan
menjadi loket
dan kerongsang.
•	 Simbol kebesaran.
Pending Diraja
•	 Kepala atau
pengancing
tali pinggang.
•	 Diperbuat daripada
emas sepuluh.
•	 Simbol kebesaran.
Cogan Agama
•	 Diukir dengan
ayat al-Quran
pada hulunya.
•	 Simbol kesepaduan
negeri berteraskan
agama Islam.
Muskat
•	 Bermotif awan larat
dan bunga raya.
•	 Pakaian rasmi
Yang di-Pertuan
Agong.
•	 Simbol kebesaran
raja-raja Melayu.
Cogan Alam
•	 Dihiasi dengan
motif enam
tangkai padi.
•	 Simbol keteguhan,
keutuhan dan
kesepaduan
antara negeri.
Keris Pendek Diraja
•	 Hulu keris bernama
'Hulu Pekaka'.
•	 Dipakai hanya
untuk majlis
istiadat Diraja.
•	 Simbol kekuasaan.
Payung Ubur-ubur
Kuning
•	 Diperbuat daripada
kain sutera.
•	 Simbol kebesaran
raja-raja Melayu.
Alat Kebesaran Diraja Perhiasan Diraja
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kalung Diraja
•	 Rantai leher yang dipakai oleh
Raja Permaisuri Agong.
•	 Boleh diceraikan menjadi
subang, kerongsang dan kerabu.
•	 Simbol kebesaran.
Tombak Berambu
•	 Matanya berlok tiga.
•	 Alat kebesaran Diraja
dalam istiadat rasmi.
20
Rumusan Grafik
Rumusan Grafik
Rumusan Grafik
Tajuk
Teknik
Jenis
Proses
Industri
Alam
Komik
Fesyen
Iklan
Imaginasi
Kolaj
Media Campuran
Digital
Pilih satu jawapan yang tepat.
1.	 Manakah antara alat kebesaran Diraja
berikut mengandungi ayat al-Quran?
A	Cokmar
B	 Cogan Alam
C	 Cogan Agama
D	 Keris Panjang Diraja
2.	 Apakah istilah khusus yang digunakan
bagi teknik lipatan sesebuah tengkolok?
A	Solek	 C	Sampir
B	Epolet	 D	Kerabu
3.	 Manakah antara alat kebesaran dan
perhiasan Diraja berikut mempunyai
hulu yang diperbuat daripada gading?
A	Pedang
B	Sundang
C	 Keris Pendek Diraja
D	 Keris Panjang Diraja
4.	 Motif bunga raya yang terdapat pada Mess
Kit melambangkan .
A	 prinsip Rukun Negara
B	 keindahan dan artistik
C	 keberanian dan perpaduan
D	 bunga kebangsaan Malaysia
5.	 Manakah antara alat kebesaran berikut
mempunyai kepala berbentuk kubah?
A	Cokmar
B	Sundang
C	 Cogan Alam
D	 Cogan Agama
6.	 Apakah bahan yang digunakan untuk
membuat hulu dan sarung alat perhiasan
Diraja di bawah?
Gambar foto 1
A	Emas	 C	Gading
B	Perak	 D	 Tembaga putih
7.	 Perhiasan Diraja di bawah boleh diceraikan
menjadi .
Gambar foto 2
A	 gelang dan subang
B	 gelang dan kerongsang
C	 subang dan kerongsang
D	 subang dan gelang kaki
8.	 Manakah antara alat kebesaran dan
perhiasan Diraja berikut mempunyai
motif awan larat?
I	 Muskat	 III	 Kalung Diraja
II	 Mess Kit	 IV	 Pending Diraja
A	 I dan II	 C	 II dan III
B	 I dan IV	 D	 III dan IV
Soalan Objektif
21
Latihan Pengukuhan
Jawab semua soalan berikut.
1.	 Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a)	 Motif yang terdapat pada Muskat ialah dan .
(b)	 Hulu Keris Panjang berbentuk dengan motif buah .
(c)	Gandik Diraja mempunyai motif dan boleh diceraikan menjadi
atau .
(d)	 Tengkolok Diraja negeri Terengganu dibuat daripada kain songket dengan solek .
(e)	Keris merupakan keris Diraja Perak.
(f)	 ialah pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang diperbuat daripada benang
bulu berwarna .
2.	 Jawab soalan-soalan berikut.
(a)	 Apakah perbezaan antara Keris Panjang Diraja dengan Keris Pendek Diraja?
(b)	 Mengapakah Payung Ubur-ubur Kuning dihasilkan menggunakan kain sutera
berwarna kuning?
(c)	 Apakah fungsi dan peranan Pending Diraja?
(d)	 Nyatakan tiga persamaan antara Cogan Alam dengan Cogan Agama.
(e)	 Bincangkan lima ciri utama solek Tengkolok Diraja ‘Dendam Tak Sudah’.
(f)	 Sejauh manakah pengetahuan tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja boleh dikaitkan
dengan warisan budaya bangsa?
(g)	Bagaimanakah institusi Diraja dapat menyatupadukan rakyat di negara ini?
3.	 Berdasarkan gambar foto 1 di bawah, jawab soalan-soalan berikut.
(a)	Bincangkan ciri-ciri dan peranan perhiasan
Diraja tersebut dalam konteks negara kita.
(b)	
Bagaimanakah Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual diaplikasikan dalam
penghasilan perhiasan Diraja tersebut?
(c)	 Pada pendapat anda, mengapakah tengkolok
mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia
dalam institusi Diraja? Gambar foto 1
Soalan Subjektif
22
SENI
HALUS
BIDANG
23
2
Sejarah seni lukisan merangkumi semua budaya yang
mewakili tradisi seni visual. Sehingga awal abad ke-14,
seni lukisan tertumpu pada hal-hal berkaitan representasi,
keagamaan, mitologi dan kehidupan harian. Namun, gaya
abstrak dan konseptual kini lebih diterima secara umum.
	 Seni lukisan pada peringkat awal bukan produk akhir
sesebuah karya, tetapi sebagai asas kepada penghasilan karya
lain seperti catan, cetakan, arca dan reka bentuk. Oleh sebab
sejarah seni lukisan yang panjang, fokus tajuk Seni Lukisan
Tingkatan 4 ini hanya merangkumi seni lukisan dari abad
ke-14 hingga abad ke-19. Era ini merangkumi seni zaman
Renaissance (1350-1600), Baroque (1600-1750), Rococo
(1710-1790), Neoklasisisme (1740-1835), Romantisisme
(1782-1830), Naturalisme (1820-1880), Realisme (1840-1870)
dan Impresionisme (1860-1895).
SENI
LUKISAN
Tajuk 2	
24
Mary Cassatt,
Mother Combing Her
Child's Hair, 1879, pastel
25
•	Abstrak
•	Alegori
•	 En plein air
•	Imitasi
•	Mitologi
A-Z
Kata Kunci
2.1	 Pemahaman terhadap
konsep Seni Lukisan.
2.2	 Eksplorasi dan
aplikasi pengetahuan
dalam penghasilan
Seni Lukisan.
2.3	 Menzahirkan idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber dalam
penjanaan tugasan.
2.4	 Penghayatan terhadap
hasil karya Seni
Lukisan dengan
menggunakan Bahasa
Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.
K
Standard
Kandungan
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya
Perkembangan pesat seni lukisan di Barat dari abad ke-14 hingga
abad ke-19 telah mewujudkan pelbagai aliran dan gaya dalam
bidang ini. Perkembangan ini juga telah melahirkan pelukis-pelukis
terkenal dengan karya yang hebat. Berikut adalah antara aliran,
gaya, pelukis dan karya yang merangkumi zaman Renaissance,
Baroque, Rococo, Neoklasisisme, Romantisisme, Naturalisme,
Realisme dan Impresionisme.
Seni Lukisan Barat Mengikut Abad Pilihan dari
Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya
1350 Renaissance
•	 Dilahirkan pada 26 Mac 1483 di Urbino, Itali.
•	 Nama penuh beliau ialah Raffaello Sanzio
da Urbino.
•	 Karya beliau dikagumi kerana kejelasan
bentuk dan gambaran tentang idealisme.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Head of an Apostle (1519) dan Madonna
with Child (1518-1520).
Raphael (1483-1520)
Istilah Renaissance bermaksud 'Kelahiran Semula',
iaitu mengembalikan kegemilangan zaman klasik
terutama dalam bidang seni. Aliran Renaissance
ini bermula di Florence, Itali pada abad ke-14
dan berakhir pada abad ke-17. Kebanyakan karya
lukisan yang dihasilkan menggunakan media pen,
dakwat, kapur, arang dan pastel atau gabungan berus
dengan pen. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah
Raphael, Titian, Giorgio Vasari, Massachio, Giotto,
Sandro Botticelli dan Michelangelo Buonarroti.
	 Pelbagai teknik digunakan dalam penghasilan
karya aliran ini seperti garisan selari (hatching),
silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
Pelukis menggunakan satah yang jelas pada latar
belakang dan garisan menegak. Setiap figura
diletakkan secara berasingan dengan menggunakan
komposisi yang bersifat dinamik.
	 Kebanyakan karya aliran ini menggambarkan
potret dan figura manusia serta latar belakang
berbentuk realistik. Tema yang menjadi pilihan
ialah keagamaan, mitologi dan sejarah.
Raphael, Head of
an Apostle, 1519,
kapur hitam
26
PERSEPSI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
2.1.1	 Menjelaskan seni
lukisan Barat mengikut
abad pilihan dari aspek:
(i)	 Aliran dan gaya.
(ii)	 Pelukis dan karya.
i
Era seni zaman Renaissance
di Itali berjaya menghasilkan
karya-karya lukisan yang
dianggap terbaik dalam
sejarah seni.
Gerbang
	Seni
1600
Giorgio Vasari,
The Annunciation,
1545, pen, dakwat,
kapur dan wash
Titian
(1488-1576)
Giorgio Vasari
  (1511-1574)
•	 Dilahirkan pada tahun 1488 di Venice, Itali.
•	 Nama penuh beliau ialah Tiziano Vecellio.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Portrait of a Young Woman (1515), Landscape
with St. Theodore Overcoming the Dragon
(1550) dan Tobias and the Angel (1508-1576).
•	 Dilahirkan pada 30 Julai 1511 di Arezzo,
Florence, Itali.
•	 Selain menjadi penulis, pelukis dan arkitek
yang terkenal, beliau juga dikenali sebagai
'Sejarawan Seni yang Pertama'.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Concordia (1544-1545), The Annunciation
(1545) dan Man Seated in Profile to Right
(1526-1574).
Titian, Tobias and the
Angel, 1508-1576, pen
dan dakwat hitam
27
Pameran
lukisan
Renaissance
Video
(Dicapai pada 30 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2cWkIiY
Bar
•	 Dilahirkan pada 28 Jun 1577 di Siegen, Jerman.
•	 Karya beliau banyak menggambarkan hal benda
berkaitan kanak-kanak, potret, haiwan dan
landskap yang indah.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah Nicolaas
Rubens Wearing a Coral Neckless (1619).
•	 Lukisan beliau yang lain ialah Young Woman
with Folded Hands (1629-1630) dan Isabella
Brandt (1621).
Karya lukisan aliran Baroque mempunyai
hubungan rapat antara pelukis dengan
hal benda yang dilukis. Hal benda atau
potret menampilkan pengalaman dan
membangkitkan emosi serta keterujaan
pelukis. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini
ialah Peter Paul Rubens, Diego Velázquez,
Rembrandt van Rijn, François Mansart,
Artemisia Gentileschi, Ottavio Leoni dan
Pietro da Cortona.
	 Lukisan aliran ini berbentuk realistik
dan memberikan penekanan kepada bentuk
semula jadi, jalinan, warna, cahaya serta
ruang. Imej-imej yang jelas dan dramatik
digunakan tetapi tidak terlalu terperinci.
Media yang biasa digunakan ialah kapur
merah, kapur hitam, pen dan dakwat.
	 Tema yang kerap ditonjolkan berkait
rapat dengan keagamaan, sejarah, alegori
dan potret tokoh-tokoh dalam kehidupan
mereka. Selain itu, pemandangan landskap
dan kehidupan juga menjadi pilihan pelukis.
Peter Paul Rubens, Nicolaas Rubens Wearing a
Coral Neckless, 1619, kapur hitam dan putih
1600 Baroque
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya
Peter Paul
  Rubens (1577-1640)
28
Karya Peter
Paul Rubens
Slaid
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2DlIlOn
aroque
Diego Velázquez, Head of a Girl, 1618, kapur
•	 Dilahirkan pada tahun 1599 di Seville, Sepanyol.
•	 Dianggap pelukis terpenting semasa Zaman
Keemasan Sepanyol.
•	 Kebanyakan lukisan yang beliau hasilkan
adalah berbentuk potret.
•	 Contoh lukisan beliau ialah Portrait of Gaspar
de Borja y Velasco (1643- 1645) dan Head of a
Girl (1618).
•	 Dilahirkanpada15Julai1606diLeiden,Belanda.
•	 Salah seorang pelukis yang lahir semasa Zaman
Keemasan Belanda.
•	 Keagamaan menjadi tema utama lukisan beliau
di samping potret, landskap dan lukisan naratif.
•	 Contoh lukisan yang dihasilkan ialah Jacobs
and his Sons (1641) dan Old Man Reading a
Book (1628).
Rembrandt van Rijn, Old Man Reading a Book, 1628,
pen dan dakwat coklat dengan putih legap (opaque)
1750
Diego
  Velázquez (1599-1660)
Rembrandt
  van Rijn   (1606-1669)
29
Roc
•	 Dilahirkan pada 29 September 1703 di
Paris, Perancis.
•	 Dianggap pelukis paling terkenal pada
abad ke-18 yang banyak menghasilkan
lukisan idealistik dan dekoratif.
•	 Contoh lukisannya yang terkenal ialah
Young Country Girl Dancing (1765-1770).
•	 Lukisan beliau yang lain ialah Head of
a Woman Seen from Behind (1740) dan
Winged Putti with Flowers (1750).
François Boucher, Young
Country Girl Dancing, 1765 – 1770,
kapur hitam, merah dan putih
1710 Rococo
Aliran Rococo muncul di Perancis pada awal
abad ke-18. Saiz karya yang dihasilkan pada
zaman ini lebih kecil. Pelukis-pelukis terkenal
aliran ini ialah François Boucher, Louis-Jean-
François Lagrenée, Thomas Gainsborough,
Antoine Watteau, Jean Honoré Fragonard,
Giovanni Battista Tiepolo, Jean-Baptiste van
Loo, Jean François de Troy dan Nicolas Lancret.
	 Karya lukisan ini menggunakan unsur
seni yang bertindih-tindih. Penekanan dibuat
untuk menyeimbangkan antara bentuk, garisan,
jalinan dengan cahaya dan warna. Media yang
digunakan adalah seperti pastel, kapur dan
arang. Teknik yang digunakan pula ialah
garisan selari (hatching), silang pangkah
(crosshatching) dan gosokan. Pelukis gemar
menggunakan warna yang lembut dan kurang
memberikan tumpuan kepada aspek latar
belakang karya.
	 Tema yang digunakan lebih ringan
berbanding dengan aliran sebelumnya. Lukisan
potret, pemandangan dan kehidupan harian
khususnya berkaitan golongan bangsawan
menjadi tumpuan pelukis pada era ini.
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya
François
  Boucher (1703-1770)
30
Kita mesti
menghormati dan menghargai
minat, bakat dan kebolehan
orang lain.
Nilai Murni
coco
•	 Dilahirkan pada 21 Januari 1725 di Paris,
Perancis.
•	 Beliau juga dikenali dengan nama Lagrenée
the Elder.
•	 Pernah memenangi anugerah The Grand Prix
de Rome untuk karya catan pada tahun 1749.
•	 Contoh lukisannya yang terkenal ialah Portrait
of Princess Ekaterina Trubetskoy as a Child
(1760-1762) dan The Resurrection (1760).
•	 Dilahirkan pada 14 Mei 1727 di Sudbury,
Suffolk, England.
•	 Merupakan salah seorang pengasas Royal
Academy di London.
•	 Contoh lukisannya yang terkenal ialah A Lady
Walking in a Garden with a Child (1785).
•	 Lukisan beliau yang lain ialah Study of a
Woman Holding a Shawl (1765-70) dan Hilly
Landscape with Cows on the Road (1780).
Thomas Gainsborough, A Lady Walking in a
Garden with a Child, 1785, kapur hitam dan pastel
Louis-Jean-François Lagrenée, Portrait of Princess
Ekaterina Trubetskoy as a Child, 1760-1762, pastel
1790
Thomas
Gainsborough (1727-1788)
Louis-Jean-
François Lagrenée (1725-1805)
31
Neoklas
•	 Dilahirkan pada 22 Mac 1728 di Aussig, Bohemia.
•	 Beliau terkenal sebagai pelukis dan aktif berkarya
di Dresden, Rom dan Madrid.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Self-potrait (1744), Portrait of William Burton
Conyngham (1754-1755), Male Nude Study (1778)
dan The Ascension (1755-1766).
Anton Raphael Mengs,
The Ascension, 1755-1766, pensel
hitam dan pensel putih (albayalde)
1740 Neoklasisisme
Neoklasisisme ialah aliran utama seni visual di Eropah pada
pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Aliran ini mendasari
usaha untuk mempertingkatkan moral dan menyemarakkan sikap
patriotik dalam kalangan rakyat. Mereka cuba menghidupkan kembali
kegemilangan era klasik melalui mata pelajaran Sejarah, hikayat Rom
dan hikayat Yunani. Pelukis-pelukis aliran ini yang terkenal ialah
Anton Raphael Mengs, Joseph Wright dan Antoine-Jean Gros.
	 Karya aliran ini mempunyai komposisi yang diasaskan oleh
pelbagai garisan. Garisan tersebut dihasilkan secara terperinci atau
secara kasar yang menampakkan garis-garis bersih, jelas dan tepat.
Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur, arang, pen dan
dakwat. Teknik yang biasa digunakan ialah garisan selari (hatching),
silang pangkah (crosshatching), gurisan dan gosokan.
	 Kandungan karya aliran ini lebih memberikan tumpuan kepada
bentuk figura manusia yang ideal. Pelukis gemar menggambarkan
sejarah dan pakaian klasik, iaitu Yunani kuno walaupun mereka
berada pada abad ke-18.
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
Anton Raphael
Mengs (1728-1799)
32
Mengapakah bakat dan
kreativiti pelukis sebelum
abad ke-19 disanjung tinggi
oleh masyarakat?
Cabar
	Minda
Karya
Joseph
Wright
Slaid
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2DmHrRm
sisisme
•	 Dilahirkan pada 16 Mac 1771
di Paris, Perancis.
•	 Karyanya banyak bertemakan
tentang sejarah.
•	 Contoh lukisan beliau yang
terkenal ialah Napoleon at the
Battlefield of Eylau (1807),
The Death of Timophanes
(1798), Portrait of a Man
(1793-1800) dan Portrait of a
Woman (1793-1800).
Antoine-Jean
   Gros (1741-1807)
•	 Dilahirkan pada 3 September 1734
di Derby, England.
•	 Beliau terkenal sebagai pelukis
potret dan landskap.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Self-portrait (1765), Part of the
Colosseum Seen in Sunlight (1774)
dan Landscape Study Development
from a Blot (1770).
Joseph Wright, Part of the Collosseum Seen in Sunlight, 1774, pen, wash dan dakwat
Antoine-Jean Gros, Portrait of
a Man, 1793-1800, kapur hitam
Antoine-Jean Gros, Portrait of a
Woman, 1793-1800, kapur hitam
1835
Joseph Wright
  (1734-1797)
33
Roman
•	 Dilahirkan pada 30 Mac 1746 di Aragon, Sepanyol.
•	 Dianggap sebagai pelukis penting aliran ini pada
akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Girl Listening to a Guitar (1797-1799), Portrait
of Javier Goya, the Artist's Son (1824) dan Josefa
Bayeu (1805).
Francisco Goya, Girl Listening to a
Guitar, 1797-1799, dakwat dan wash
1782 Romantisisme
Aliran Romantisisme ini muncul di Eropah
pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad
ke-19. Karya aliran ini menampilkan lukisan
yang bersifat romantik seperti sebuah tragedi,
sejarah dan pemandangan alam semula jadi.
Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah
Francisco Goya, William Blake dan Caspar
David Friedrich.
	 Aliran seni Romantisisme ini memberi
tumpuan kepada emosi dan suasana
termasuk kerohanian, imaginasi, misteri
dan semangat. Hal bendanya berbeza-beza
termasuk landskap, agama, revolusi dan
keindahan yang tenang serta damai. Media
yang digunakan adalah seperti pastel,
kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang
digunakan ialah garisan selari (hatching),
silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
	 Kebanyakan bentuk lukisan aliran ini
dihasilkan melalui idea dalaman. Pelukis
lebih cenderung kepada sesuatu yang
ideal, bukannya nyata. Tema karya yang
dihasilkan lebih fokus kepada kesengsaraan,
pemerintahan beraja dan kejatuhan gereja.
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya
Francisco Goya
  (1746-1828)
34
Karya
Francisco
Goya
Slaid
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2SZFjV3
ntisisme
•	 Dilahirkan pada 28 November 1757
di London, England.
•	 Diakui sebagai penyumbang dalam
bidang sastera dan seni.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Job’s Complaint (1786), The
Breach in a City (1784) dan Elishaln
the Chamber on the Wall (1820).
William Blake, Job’s Complaint, 1786, dakwat India
Caspar David Friedrich, View of Arkona with Moon Rising,
1805-1806, pensel, berus dan dakwat sepia (sepia ink)
•	 Dilahirkan pada 5 September 1774
di Greifswald, Jerman.
•	 Dianggap sebagai salah seorang
pelukis Jerman yang paling penting
dalam generasinya.
•	 Contoh lukisannya yang terkenal
ialah Self-portrait as a Young Man
(1800), Ruins with the Roof of a
Farmhouse (1799), Aldolf Gottlieb
Friedrich, Reading (1802) dan
View of Arkona with Moon Rising
(1805-1806).
1830
William Blake
  
(1757-1827)
Caspar David
Friedrich (1774-1840)
35
Natu
•	 Dilahirkan pada 11 Jun 1776 di Suffolk,
England.
•	 Pelukis landskap yang terkenal.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Beached Fishing Boats with Fishermen
Mending Nets on the Beach at Brighton,
Looking West.
•	 ContohlukisanyanglainialahTheQuarters,
Alresford Hall (1816), The Cottage in the
Lane (1827), Fir Trees at Hampstead (1820),
View on the River Severn at Worcester
(1835) dan Stonehenge, Wiltshire (1820).
John Constable, The Cottage in the Lane, 1827, pen, dakwat dan wash
1820 Naturalisme
Aliran ini bermula pada awal abad ke-19.
Kebanyakan karya aliran ini ialah lukisan landskap.
Walaupun karya tersebut menggambarkan figura
manusia, namun fokusnya ialah pemandangan
semula jadi yang mengelilingi figura tersebut.
ContohpelukisaliraniniialahJohnConstable,Jules
Bastien-Lepage dan Christian Wilhelm Allers.
	 Gaya aliran ini lebih menekankan seni
lukisan berbentuk imitasi dengan meniru alam
semula jadi dan manusia setepat yang mungkin.
Hasil karya mereka seolah-olah seperti gambar
foto. Media yang digunakan ialah pensel, pastel,
kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang biasa
digunakan ialah garisan selari (hatching), silang
pangkah (crosshatching) dan gosokan.
	 Kebanyakan lukisan ini bertemakan alam
semula jadi. Pelukis lebih mementingkan teknik
dalam penghasilan sesuatu lukisan berbanding
hal benda yang dilukis.
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya
John Constable
  (1776-1837)
36
Christian
Wilhelm
Allers
Video
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2E3JxHx
uralisme
•	 Dilahirkan pada 6 Ogos 1857 di
Hamburg, Jerman.
•	 Gemar menggunakan pensel untuk
menghasilkan karyanya.
•	 Kebanyakan lukisannya bertemakan
potret, peristiwa seharian dan catatan
tentang perjalanannya.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Bildnis Klaus Groth (1888),
Christian Wilhelm Allers in his Villa
at Capri (1898), Harbour of Lacco
Ameno (1893) dan Santa Lucia (1893).
•	 Dilahirkan pada 1 November 1848 di Meuse, Perancis.
•	 Kemunculan beliau dikaitkan dengan permulaan
aliran Naturalisme.
•	 Pada tahun 1879, beliau menerima anugerah Legion
of Honour dan pada tahun 1883, menerima anugerah
Knight in the Order of Leopold.
•	 Contoh lukisan beliau ialah Study for Les Foins
(1878), Girl Seated in the Grass, Retour des Champs
(1878-1879), Self-Portrait (1877) dan Study for La
Communiante (1875).
Christian Wilhelm Allers, Christian Wilhelm
Allers in his Villa at Capri, 1898, pensel
Jules Bastien-Lepage, Self-Potrait,
1877, kapur hitam dan putih
1880
Christain Wilhelm
Allers (1857-1915)
Jules Bastien-
  Lepage (1848-1884)
37
Re
•	 Dilahirkan pada 16 Julai 1796 di
Montauban, Perancis.
•	 Beliau pernah memenangi Prix de
Rome untuk lukisan beliau bertajuk
Study of a Beech Tree.
•	 Lukisan yang lain ialah Paysage avec
une Femme Agenouillée, Study of Saint
Sebastian (1852), Willow and White
Poplars (1865-1872) dan Marino Vallée
avec un Cavalier et une Italienne (1827).
Jean-Baptiste-Camille Corot, Willow and
White Poplars, 1865-1872, pensel dan krayon
Jean-Baptiste-Camille
Corot, Study of Saint
Sebastian, 1852, arang
1840 Realisme
Aliran Realisme ialah gerakan artistik yang bermula di
Perancis pada pertengahan abad ke-19 hingga akhir abad ke-19,
selepas Revolusi 1848. Aliran ini lahir sebagai reaksi terhadap
prinsip-prinsip Neoklasisisme dan Romantisisme. Contoh
pelukis aliran ini ialah Jean-Baptiste-Camille Corot, Édouard
Manet, James Jacques Joseph Tissot dan Honorē Daumier.
	 Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran sebenar
alam semula jadi atau manusia tanpa tokok tambah. Media
yang sering digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen
dan dakwat. Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari
(hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan.
	 Kebanyakan pelukis aliran ini menampilkan lukisan
bentuk representasi landskap dan kehidupan sebenar. Mereka
menggambarkan hal benda yang wujud dalam kehidupan.
Terdapat juga hasil karya yang berbentuk sindiran untuk
memberikan kesedaran politik dan sosial kepada masyarakat.
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
Jean-Baptiste-
  Camille Corot (1796-1875)
38
Karya
Édouard
Manet
Slaid
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2CyhrkF
ealisme
•	 Dilahirkan pada 23 Januari 1832 di Paris,
Perancis.
•	 Memilih hal benda berdasarkan peristiwa dan
keadaan semasa untuk karyanya.
•	 Terlibat dalam pameran yang dianjurkan oleh
Galeri Martinet.
•	 Contoh lukisan yang dihasilkan ialah On the
Bench(1879),PortraitofJuliendelaRochenoire
(1882) dan Le Fiacre vu de Dos (1877-1878).
•	 Dilahirkan pada 15 Oktober 1836 di Nantes,
Perancis.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
An Old Cistern (1886-1889) dan Portrait of
Marie-Héloise Jeanne Ferré May (1855).
•	 Lukisan beliau yang lain ialah Transept
of the Mosque of El Aksa (1886-1889),
The Bridge of Kedron from Gethsemane
(1886-1894) dan Valley of Hinnom (1886-1894).
James Tissot, An Old Cistern, 1886-1889, grafit dan dakwat
Édouard Manet, On the Bench, 1879, pastel
1870
Édouard Manet
  (1832-1883) James Jacques
  Joseph Tissot (1836-1902)
39
Impres
•	 Dilahirkan pada 10 Julai 1830 di
Pulau Saint Thomas (Virgin Islands),
Amerika Syarikat.
•	 Kaedah dan gaya lukisan yang
dihasilkan sentiasa berubah.
•	 Bakat beliau lebih terserlah dalam
penghasilan lukisan bentuk landskap.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Landscape at Pontois (1882),
La Guaira (1852-1854), The Harvest
(1882), Landscape at Louveciennes
(1869), A Street in l'Hermitage,
Pontoise (1874), Portrait of Eugenie
Estruc (1878) dan Haymaker (1880).
Camille Pissarro, La Guaira, 1852-1854, grafit dan dakwat
1860 Impresionisme
Aliran Impresionisme ialah salah satu aliran seni
terpenting menjelang abad ke-19. Impresionisme lahir
daripada sekumpulan pelukis muda di Paris pada tahun
1860-an. Pada pertengahan abad ke-19, easel yang lebih
dikenali sebagai ‘French box easel’ telah dicipta. Oleh itu,
kebanyakan karya aliran ini dihasilkan di luar bangunan
atau di kawasan terbuka (en plein air). Pelukis-pelukis
penting aliran ini ialah Camille Pissarro, Edgar Degas
dan Mary Cassatt.
	 Pelukis aliran ini memberi fokus kepada cahaya
dan kesan objek yang dilihat. Mereka sangat teliti
berkaitan dengan pantulan cahaya untuk diterapkan di
dalam lukisan. Media yang digunakan seperti pensel,
pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang sering
digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah
(crosshatching) dan gosokan.
	 Hasilkaryalukisanaliraniniumumnyamenekankan
hal benda yang melibatkan landskap dan figura manusia.
Landskap Impresionisme banyak menggambarkan gaya
hidup moden seharian.
Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya
Camille Pissarro
  (1830-1903)
40
Karya
Camille
Pissarro
Slaid
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2W5z7wT
sionisme
Edgar Degas, Two Dancers in the
Studio (Dance School), 1875, pastel
•	 Dilahirkan pada 22 Mei 1844 di
Pennsylvania, Amerika Syarikat.
•	 Hal benda yang menjadi pilihannya ialah
ibu dan anak serta wanita.
•	 Pelukis wanita yang menonjol pada
akhir abad ke-19.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal
ialah Young Woman in a Black and
Green Bonnet, Looking Down (1890),
Young Girls (1897), Maternite (1890) dan
Nurse Reading to a Little Girl (1895).
Mary Cassatt, Nurse Reading to a Little Girl, 1895, pastel
•	 Dilahirkan pada 19 Julai 1834 di
Paris, Perancis.
•	 Nama penuh beliau ialah Hilaire-Germain-
Edgar De Gas.
•	 Terkenal dalam bidang lukisan, catan,
cetakan dan arca.
•	 Tema lukisannya lebih kepada tarian.
•	 Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah
Two Dancers in the Studio (Dance School)
(1875),DancerResting(1879-1880),Madame
Loubens (1869), Two Dancers (1898) dan
Ballet Dancers in the Wings (1900).
1895
Edgar Degas
  (1834-1917) Mary Cassatt
   
(1844-1926)
41
Buat perbandingan antara dua aliran seni lukisan ini menggunakan peta pemikiran berikut.
Tujuan:	1.	
Mengenal pasti seni lukisan Barat mengikut abad pilihan.
	2.	
Menjelaskan aliran, gaya, pelukis dan karya seni lukisan
Barat berdasarkan abad pilihan.
Langkah:	
1.	 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2.	 Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu aliran seni lukisan
antara abad ke-14 hingga abad ke-19.
3.	 Berdasarkan pilihan tersebut, anda perlu membuat sinopsis tentang perkara-perkara berikut:
(a)	Aliran
(b)	Gaya
(c)	Tokoh
(d)	Karya
4.	 Kemudian, buat analisis ringkas dengan menggunakan Bahasa Seni Visual satu karya tokoh
yang dipilih daripada aspek:
(a)	 Hal benda
(b)	Mesej
5.	 Hasilkan dokumentasi kumpulan anda dalam bentuk peta pemikiran atau multimedia dan
bentangkan kepada kumpulan lain.
Soalan:	 Sejauh manakah seni lukisan mampu memberikan kesan sosial dalam sesebuah masyarakat?
Aliran
Romantisisme
Aliran
Rococo
42
Aktiviti
KUMPULAN
Latihan Formatif
Aliran seni
Laman
web
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2QssSTR
Anda dikehendaki melakukan aktiviti penerokaan berkaitan
tema, tajuk dan pewujudan idea dalam seni lukisan pada bahagian
Eksplorasi Seni ini. Aplikasikan pengetahuan dan kefahaman
anda tentang tema, tajuk, media dan idea dalam aktiviti ini.
Tujuan:	1.	
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan tentang
tema dan tajuk terhadap seni lukisan.
	2.	
Menganalisis hasil penerokaan terhadap seni lukisan untuk pewujudan idea melalui
penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya seni.
Langkah:	
1.	 Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
2.	 Pilih satu karya aliran yang dipelajari daripada pelbagai
sumber seperti Internet, majalah, buku dan surat khabar.
3.	 Buat perbincangan dengan pasangan anda berkaitan karya
tersebut daripada aspek tema, tajuk dan idea.
4.	 Gunakan kaedah imitasi untuk menghasilkan lakaran
berdasarkan tema, tajuk dan idea dengan menggunakan
teknik dan media yang sesuai.
5.	 Kongsikan hasil dapatan anda dengan rakan-rakan.
6.	 Anda boleh merujuk jadual berikut sebagai panduan.
Konsep Contoh lakaran
Tema Kasih Sayang
Tajuk Rakan Baik Saya
Teknik
Gosokan, lorekan,
garisan selari
Media Pensel dan arang
Idea
Pemerhatian karya yang
pernah dihasilkan
Jadual 2.1	 Contoh penghasilan dokumentasi
Mary Cassat, Young Girls, 1897, pastel
43
Kembara Minda
EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
2.2.1	 Membuat penerokaan
secara kreatif berkaitan:
(i)	 Tema dan tajuk
(ii)	 Pewujudan idea
Pada bahagian Ekspresi Seni ini, anda dikehendaki menghasilkan
satu karya seni lukisan berdasarkan aliran dan gaya yang dipilih.
Anda boleh menggunakan media kering atau media campuran dan
teknik yang sesuai untuk menghasilkan karya ini agar lebih menarik.
Tujuan:	1.	
Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil
daripada penerokaan terhadap seni lukisan dalam
penghasilan karya seni secara sistematik.
	2.	
Menghasilkan karya seni lukisan berdasarkan aliran dan
gaya yang dipilih secara kreatif dan inovatif.
Alat:	 Pensel, soft pastel, pemadam dan pita pelekat.
Bahan:	 Kertas lukisan, kertas surih, gambar foto sumber idea,
mounting board, clear spray dan gam.
Arahan:	
1.	 Lakukan aktiviti ini secara individu.
2.	 Pilih aliran dan gaya yang sesuai. Pastikan anda mengetahui
ciri-ciri aliran dan gaya tersebut.
3.	 Cari gambar foto atau gunakan imaginasi untuk dijadikan sumber idea yang kreatif.
4.	 Berdasarkan idea tersebut, aplikasikan aliran dan gaya tersebut dalam karya seni anda.
Pilih sumber idea yang sesuai
sama ada melalui pemerhatian
atau gambar foto.
1.
44
EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
2.3.1	 Menghasilkan karya seni
lukisan berdasarkan
aliran dan gaya pilihan.
Minda Kreatif
Semasa proses melukis,
gunakan kertas surih
sebagai pengalas untuk
mengelakkan tangan melekat
pada kertas lukisan dan
merosakkan warna pastel.
Tip Seni
Proses
menghasilkan
lukisan.
Video
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2UUwyka
Lukisan
pastel
Video
(Dicapai pada 24 Mei 2019)
https://bit.ly/2rtBMoD
Langkah-langkah Penghasilan Karya
Seni Lukisan Aliran Rococo
Hasil
karya yang
telah siap.
Adik, 2018, pastel
Gunakan warna
pastel untuk membuat
lapisan nipis.
Ulang proses
menambahkan warna
lapisan demi lapisan
dan gosok sehingga
menimbulkan imej.
Sembur dengan
clear spray untuk
mengelakkan
warna luntur.
Kemudian, gosokkan
warna tersebut.
Buat kemasan
dengan menambah
warna gelap untuk
menampakkan imej
dengan teknik garisan
selari (hatching).
Buat lakaran awal
berdasarkan sumber
idea yang dipilih.
Letakkan pita pelekat
bagi memastikan kertas
lukisan berkeadaan pegun
semasa proses melukis.
2.
4.
6.
8.
3.
5.
7.
9.
45
Pada bahagian Apresiasi Seni ini, anda dikehendaki mempamerkan
dan menjelaskan karya yang dihasilkan pada bahagian Ekspresi Seni.
Jelaskan aliran, gaya, media, teknik dan Bahasa Seni Visual yang
digunakan. Kongsikan juga pengalaman anda semasa penghasilan
karya tersebut dengan rakan-rakan.
Tujuan:	1.	
Mempamerkan hasil karya seni.
	2.	
Menghayati dan menjelaskan karya seni lukisan
berdasarkan idea sendiri secara kreatif dan inovatif.
	3.	
Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual seterusnya menjadi model teladan.
Bahan:	 Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni.
Langkah:	
1.	 Tampal semua karya yang dihasilkan dalam Bilik Seni Visual.
2.	 Setiap murid diberikan masa lima minit untuk membentangkan karya yang dihasilkan daripada
aspek pilihan aliran, gaya, idea, teknik, media, tema dan tajuk.
3.	 Aplikasikan Bahasa Seni dan Pemikiran Seni Visual yang dipelajari semasa membuat
sesi pembentangan.
4.	 Murid lain boleh mengemukakan soalan atau cadangan penambahbaikan berkaitan karya
yang dipamerkan.
Gambar foto 2.1	
Sesi Apresiasi Seni
46
APRESIASI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
2.4.1	 Mempamerkan hasil
karya seni lukisan.
2.4.2	 Menghayati dan
menjelaskan karya
seni lukisan sendiri
dan rakan dengan
menumpukan aspek
Bahasa Seni Visual.
2.4.3	Menjelaskan
pengalaman sendiri
dalam penghasilan
karya seni lukisan.
Galeri Minda
Guru perlu membuat penilaian
dan memberikan maklum
balas daripada aspek:
•	 Kesesuaian aliran, gaya,
tema, tajuk, teknik dan
media yang dipilih.
•	 Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual yang
digunakan.
•	 Keaslian hasil karya.
•	 Pembentangan semasa
sesi apresiasi seni.
Nota Guru
Seni Lukisan
•	 Aliran Renaissance
ini bermula di
Florence, Itali.
•	 Contoh pelukis
ialah Titian, Giorgio
Vasari, Raphael
dan Giotto.
•	 Penggunaan satah
dan komposisi
yang dinamik.
•	 Gambaran potret dan
figura manusia.
•	 Tema keagamaan,
mitologi, sejarah,
potret dan figura.
•	 Aliran Romantisisme
ini menampilkan
lukisan romantik
dan tragedi.
•	 Tumpuan kepada
emosi dan suasana.
•	 Cenderung kepada
sesuatu yang ideal.
•	 Contoh pelukis
ialah William
Blake, Casper
David Friedrich dan
Francisco Goya.
•	 Aliran Rococo
muncul di Perancis.
•	 Keseimbangan antara
bentuk, garisan,
cahaya dan warna.
•	 Penggunaan warna
lembut.
•	 Contoh pelukis
ialah Francois
Boucher, Thomas
Gainsborough dan
Louis-Jean-François
Lagrenée.
•	 Tema potret,
landskap dan
kehidupan seharian.
•	 Aliran Naturalisme
lebih fokus kepada
lukisan landskap.
•	 Contoh pelukis ialah
John Constable,
Bastien-Lepage dan
Christian Wilhelm
Allers.
•	 Bentuk imitasi alam
semula jadi dan
manusia.
•	 Mementingkan
teknik berbanding
hal benda.
•	 Aliran Baroque
ini menampilkan
emosi, pengalaman
dan keterujaan.
•	 Contoh pelukis ialah
Diego Velāzquez,
Peter Paul Rubens
dan Rembrandt
van Rijn.
•	 Bentuk realistik dan
imej dramatik.
•	 Penekanan kepada
jalinan, cahaya
dan ruang.
•	 Tema keagamaan,
sejarah dan potret
golongan bangsawan.
•	 Aliran Realisme
ialah gerakan artistik
di Perancis.
•	 Contoh pelukis
ialah Jean-Baptiste-
Camille Corot,
Édouard Manet
dan James Jacques
Joseph Tissot.
•	 Gambaran sebenar
alam semula jadi
atau manusia.
•	 Lukisan representasi
landskap dan
kehidupan sebenar.
•	 Contoh pelukis
ialah Joseph
Wright, Anton
Raphael Mengs dan
Antoine-Jean Gros.
•	 Meningkatkan
semangat patriotisme.
•	 Berkaitan sejarah,
hikayat Rom dan
hikayat Yunani.
•	 Bentuk figura
yang ideal.
•	 Contoh pelukis ialah
Camille Pissarro,
Edgar Degas dan
Mary Cassatt.
•	 Fokus kepada cahaya
dan kesan objek.
•	 Hal benda tentang
landskap dan figura.
•	 Menggambarkan
gaya hidup
moden harian.
Aliran Renaissance
Aliran Romantisisme
Aliran Rococo
Aliran Naturalisme
Aliran Neoklasisisme
Aliran Impresionisme
Aliran Baroque
Aliran Realisme
47
Rumusan Grafik
Rumusan Grafik
Rumusan Grafik
Tajuk
Teknik
Jenis
Proses
Industri
Alam
Komik
Fesyen
Iklan
Imaginasi
Kolaj
Media Campuran
Digital
Pilih satu jawapan yang tepat.
1.	 Aliran Renaissance bermula di ,
Itali.
A	Paris	 C	Venice
B	Urbino	 D	Florence
2.	 Siapakah antara berikut dikenali sebagai
‘Sejarawan Seni yang Pertama’?
A	 Joseph Wright
B	 Giorgio Vasari
C	 Francisco Goya
D	 Rembrandt van Rijn
	
Pelukis gemar menggunakan
warna lembut dan kurang
memberikan tumpuan pada
aspek latar belakang.
3.	 Maklumat di atas merujuk kepada aliran
.
A	Realisme	 C	 Rococo
B	Neoklasisisme	 D	Naturalisme
	
•	 Study for Les Foins
•	 Girl Seated in the Grass
•	 Retour des Champs
•	 Study for La Communiante
4.	 Siapakah pelukis yang telah menghasilkan
karya-karya di atas?
A	 Edgar Degas
B	 Mary Cassatt
C	 John Constable
D	 Jules Bastien-Lepage
5.	 Manakah antara pernyataan berikut betul
tentang pelukis di bawah?
Gambar foto 1
I	 Pendokong aliran Renaissance
II	 Pelukis ini dilahirkan di Jerman
III	 Gemar menggunakan media pensel
IV	 Lukisan beliau yang terkenal ialah
Landscape at Pontois
A	 I dan II	 C	 II dan III
B	 I dan IV	 D	 III dan IV
6	 Pilih pernyataan yang betul.
Pelukis Karya
A Peter Paul Rubens Head of a Girl
B Titian Dancer Resting
C Mary Cassatt Nurse Reading to
a Little Girl
D Edgar Degas Bildnis
Klaus Groth
7.	 Apakah ciri utama yang membezakan
antara lukisan aliran Naturalisme
dengan aliran lain?
A	 Menyemarakkan sikap patriotik
B	 Cenderung kepada sesuatu yang ideal
C	 Temanya lebih kepada bentuk figura
manusia
D	Menekankan lukisan bentuk imitasi
alam semula jadi
Soalan Objektif
48
Latihan Pengukuhan
Jawab semua soalan berikut.
1.	 Tuliskan nama pelukis pada karya-karya berikut.
Karya 1 Karya 2 Karya 3
(a)  (b)  (c) 
2.	 Jawab soalan-soalan berikut.
(a)	 Apakah kelebihan ‘en plein air’?
(b)	 Apakah yang dititikberatkan oleh pelukis aliran Impresionisme daripada aspek teknikal?
(c)	 Namakan tiga pelukis terkenal aliran Rococo dan nyatakan contoh karya mereka.
(d)	 Apakah tema yang sering diketengahkan oleh pelukis aliran Romantisisme?
(e)	 Pada pendapat anda, bagaimanakah langkah-langkah untuk memartabatkan seni lukisan di
sekolah? Jelaskan.
(f)	 Sejauh manakah bidang seni lukisan ini dapat menyedarkan masyarakat tentang sesuatu
isu semasa?
3.	 Berdasarkan karya 4 di sebelah, jawab
soalan-soalan berikut.
(a)	 Siapakah pelukis karya ini?
(b)	 Apakah tajuk karya ini?
(c)	 Apakah media yang digunakan untuk
menghasilkan karya ini?
(d)	Jelaskan gaya dan tema karya ini
berdasarkan pengetahuan anda.
Soalan Subjektif
Karya 4
49
3
Sejarah seni catan sangat hebat. Kehebatan tersebut merujuk
kepada kemunculan pelbagai aliran seni dan kelahiran seniman
berwibawa yang menghasilkan karya-karya dengan gaya
tersendiri. Penghasilan seni catan pada peringkat awal lebih
tertumpu kepada kehendak peribadi sebelum berkembang kepada
golongan pemerintah, gereja, aristokrat, golongan pertengahan
dan persendirian. Memandangkan sejarah seni catan yang begitu
panjang, fokus tajuk Seni Catan Tingkatan 4 ini hanya meliputi
seni catan dari abad ke-14 hingga abad ke-19.
SENI
CATAN
Tajuk 3	
50
Robert S. Duncanson,
On the St. Annes, East Canada,
1863-1865, cat minyak
51
•	Aristokrat
•	 Cangiante
•	 Chiaroscuro
•	Satira
•	 Sfumato
•	 Unione
A-Z
Kata Kunci
3.1	 Pemahaman terhadap
konsep Seni Catan.
3.2	 Eksplorasi dan aplikasi
pengetahuan dalam
penghasilan Seni Catan.
3.3	 Menzahirkan idea
dan konsep melalui
pelbagai sumber dalam
penjanaan tugasan.
3.4	 Penghayatan terhadap
hasil karya Seni Catan
dengan menggunakan
Bahasa Seni Visual dan
Pemikiran Seni Visual.
K
Standard
Kandungan
Zaman Renaissance terbahagi kepada tiga, iaitu Renaissance Awal, Renaissance Pertengahan
dan Renaissance Akhir. Zaman ini telah meningkatkan minat orang Barat terhadap seni catan,
seni cetakan, seni arca dan seni bina. Era Renaissance Pertengahan merupakan kemuncak kepada
kelahiran tokoh-tokoh seni. Contoh pelukis terkenal pada zaman ini ialah Leonardo da Vinci,
Michelangelo, Sandro Botticelli, Raphael, Hugo van der Goes, Masolino da Panicale, Jan van Eyck
dan Pieter Bruegel the Elder.
	 Karya aliran ini menampilkan beberapa ciri tertentu, misalnya mempunyai komposisi dinamik
dan penggunaan warna yang bersifat kontras serta meriah. Pelukis juga menekankan aspek cahaya,
perspektif linear dan unsur seni lain seperti penggunaan satah pada latar belakang serta garisan
menegak. Penggunaan latar belakang yang gelap bertujuan untuk menyerlahkan objek manakala
cahaya untuk menjelaskan ruang dan bentuk. Teknik yang digunakan adalah seperti chiaroscuro,
sfumato, cangiante dan unione. Media yang digunakan ialah cat minyak dan cat tempera.
	 Gaya karya aliran ini berbentuk realistik. Kandungannya menggambarkan peristiwa
secara emosional. Tema yang digunakan berkait dengan keagamaan, kemewahan dan kekayaan
golongan bangsawan.
Seni catan dari abad ke-14 hingga abad ke-19 berkembang dari
Eropah hingga ke Amerika dengan pelbagai aliran dan gaya. Setiap
gaya tersebut memiliki ciri-ciri unik yang membezakan antara
satu gaya dengan yang lain. Contoh aliran dan gaya tersebut ialah
Renaissance, Baroque, Rococo, Neoklasisisme, Romantisisme,
Naturalisme, Realisme dan Impresionisme. Sepanjang abad tersebut,
ramai pelukis tampil dengan pelbagai karya kreatif mereka.
Rajah 3.1	
Penggunaan perspektif linear
Masolino da Panicale
menggunakan perspektif
linear satu titik lenyap dalam
karya St. Peter Healing a Cripple
and the Raising of Tabitha, 1425.
Aliran dan Gaya
(1350-1600)
52
PERSEPSI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
3.1.1	 Menjelaskan seni catan
Barat mengikut abad
pilihan dari aspek:
(i)	 Aliran dan gaya.
(ii)	 Pelukis dan karya.
Seni Catan Barat Mengikut Abad Pilihan dari
Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya
Aliran
Renaissance
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2qxbsXM
Leonardo da Vinci,
Mona Lisa, 1503,
cat minyak
Sandro Botticelli, Adoration of the Magi, 1475, cat minyak
•	 Dilahirkan pada 6 Mac 1475 di Florence, Itali.
•	 Banyak menggunakan teknik cangiante dalam karyanya.
•	 Giorgio Vasari menganggap karya Michelangelo mengatasi
semua artis sama ada yang masih hidup ataupun telah mati.
•	 Contoh catan mural beliau yang terkenal bertajuk The Last
Judgement yang dihasilkan pada tahun 1536-1541.
•	 Karya yang lain ialah Sistine Chapel Ceiling: The Delphic
Sibyl (1509), The Entombment (1500-1501), The Torment
of Saint Anthony (1487-1488), The Conversion of Saul
(1542-1545) dan The Crucifixion of St. Peter (1546-1550).
•	 Dilahirkan pada 1 Mac 1445 di Florence, Itali.
•	 Nama penuh beliau ialah Alessandro di Mariano di
Vanni Filipepi.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah Adoration
of the Magi (1475).
•	 Karya yang lain ialah Punishment of the Sons of
Corah (1480-1482), The Return of Judith to Bethulia
(1470) dan Madonna and Child (1465-1470).
Leonardo da Vinci (1452-1519)
Sandro Botticelli (1445-1510)
Michelangelo (1475-1564)
•	 Dilahirkan pada 15 April 1452 di Anchiano, Itali.
•	 Dikenali sebagai 'uomo universale' (manusia sejagat) dan
juga sebagai Master of All Sciences.
•	 Simbol keunggulan zaman Renaissance.
•	 Karyanya banyak menggunakan teknik chiaroscuro.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah Mona Lisa (1503).
•	 Karya yang lain ialah The Last Supper (1495-1498),
Salvator Mundi (1490-1500), St. John the Baptist (1513),
Annunciation (1472-1475) dan La Belle Ferronnière (1490).
Michaelangelo, The Torment of
Saint Anthony, 1487-1488, tempera
Pelukis dan Karya
53
Seni Baroque lahir ekoran daripada usaha pihak Gereja Katolik
menentang fahaman Protestan pimpinan Martin Luther (seorang
pemimpin agama di Jerman). Aliran seni ini bertujuan untuk
membangkitkan emosi dan keterujaan. Contoh pelukis terkenal aliran
ini ialah Jan Brueghel the Elder, Caravaggio, Nicolas Poussin, Peter Paul
Rubens, Rembrandt van Rijn, Diego Velázquez dan François Mansart.
	 Ciri-ciri umum karya seni Baroque ialah penggunaan ruang,
cahaya, isi padu dan jalinan untuk menunjukkan elemen tenaga.
Latar belakang karya yang berwarna gelap memberikan kontras pada
cahaya dan kegelapan serta cahaya dan bayang-bayang. Hasil karya
aliran ini mampu memberikan kesan emosi mendalam menerusi
gabungan warna, pergerakan dan komposisi yang unik. Teknik
tenebrism digunakan untuk memberikan kesan gelap yang dramatik
dalam catan. Media yang banyak digunakan ialah cat minyak, fresko
dan media campuran.
	 Kandungan karya seni Baroque bersifat didaktik dan propaganda
untuk meraih simpati menerusi kesan dramatik, kemuliaan dan moral
yang ditonjolkan. Dua tema utama yang diketengahkan dalam aliran
ini ialah keagamaan dan kehidupan harian.
Jan Brueghel the Elder, Assault on a Convoy, 1612, cat minyak
Jan Brueghel
  the Elder (1568-1625)
•	 Dilahirkan pada tahun 1568 di
Brussels, Belgium.
•	 Digelar sebagai 'Velvet Brueghel'
kerana kehalusan dan ketelitian
hasil karyanya.
•	 Contohkaryabeliauyangterkenal
ialah Assault on a Convoy (1612).
•	 Karya yang lain ialah The
Archdukes Albert and Isabella
Visiting a Collector's Cabinet
(1621-1623) dan Flowers in a
Wooden Vessel (1606-1607).
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
(1600-1750)
54
i
Teknik tenebrism ialah kaedah
merakam cahaya ke atas
latar belakang gelap untuk
memberi kesan dramatik
dalam catan. Teknik ini
dipelopori oleh Caravaggio.
Gerbang
	Seni
Aliran
Baroque
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2F7yrTo
•	 Dilahirkan pada 28 September 1571 di Milan, Itali.
•	 Nama penuh beliau ialah Michelangelo Merisi atau Amerighi.
•	 Karya yang pernah dihasilkan ialah Supper at Emmaus (1601), The Musicians (1595),
Judith Beheading Holofernes (1599–1602) dan Saint Francis of Assisi in Ecstasy (1595).
Caravaggio (1571-1610)
Nicolas Poussin, The Abduction of the
Sabine Women, 1633-1634, cat minyak
Nicolas Poussin, The Adoration
of the Magi, 1633, cat minyak
Nicolas Poussin (1594-1665)
•	 Dilahirkan pada 15 Jun 1594 di Normandy, Perancis.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah The Death of Germanicus (1627).
•	 Karya yang lain ialah The Adoration of the Magi (1633), The Abduction of the
Sabine Women (1633-1634) dan Holy Family (1649).
Caravaggio, Supper at Emmaus, 1601, cat minyak Caravaggio, The Musicians, 1595, cat minyak
55
Aliran ini muncul di Perancis pada awal abad ke-18 sebagai
lanjutan gaya Baroque. Karya seni catan ini dihasilkan untuk
golongan diraja, bangsawan dan kelas pertengahan. Pada masa
ini, karya seni catan easel kecil menjadi popular berbanding
karya awam yang berukuran besar. Contoh pelukis terkenal
aliran ini ialah Jean-Antoine Watteau, Jean-Honoré Fragonard,
Giovanni Battista Tiepolo, Jean François de Troy, Jean-Baptiste
van Loo dan Nicolas Lancret.
	 Kebanyakan hasil karya seni catan aliran ini menggunakan
warna-warna lembut dan garisan halus serta melengkung.
Unsur-unsur seni digunakan secara bertindih-tindih dan
penekanan kepada penggunaan cahaya serta warna berbanding
bentuk. Pelukis banyak menggunakan media cat minyak atas
kanvas. Seni catan yang dihasilkan pada dinding pula sering
menggunakan teknik 'secco su fresco'.
	 Tema yang kerap digunakan dalam karya aliran ini ialah
alam semula jadi, mitologi, percintaan, figura, sejarah dan
keagamaan. Penekanan pelukis lebih kepada imaginasi, misalnya
pemandangan desa yang ideal atau suasana dalam bangunan.
Jean-Antoine Watteau, Pélerinage à l'Île de
Cythère (Pilgrimage to Cythera), 1717, cat minyak
Jean-Antoine
  Watteau (1684-1721)
•	 Dilahirkan pada 10 Oktober 1684 di
Valenciennes, Perancis.
•	 Karyanya menggambarkan kehidupan
harian di Belgium dan Belanda.
•	 Kebanyakan karyanya terkenal kerana
gambaran tentang figura manusia yang
berbusana elegan bersuka ria sambil
menghayati muzik.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah
Pilgrimage to Cythera (1717).
•	 Karya yang lain ialah The Festival of
Love (1718-1719), The Italian Comedians
(1720), Ceres Summer (1717-1718), The
Country Dance (1706-1710) dan The
Scale of Love (1717).
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
(1710-1790)
56
i
Teknik ‘secco su fresco’
merupakan campuran bahan
seperti telur, minyak, lilin
dan air yang disapu di atas
plaster lembap.
Gerbang
	Seni
Aliran
Rococo
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2RAVgA4
Jean-Honoré Fragonard,
The Swing, 1767, cat minyak
Giovanni Battista Tiepolo,
The Banquet of Cleopatra,
1743-1744, cat minyak
Jean-Honoré
  Fragonard (1732-1806)
Giovanni Battista Tiepolo (1696-1770)
•	 Dilahirkan pada 5 April 1732 di Grasse,
Perancis.
•	 Bakat dan kemahiran Fragonard diiktiraf
selepas kematian beliau.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah
The Swing (1767).
•	 Karya yang lain ialah Bathers (1765),
Blind Man’s Bluff (1755-1780), Landscape
with Shepherds and Flock of Sheep (1763-
1765) dan Inspiration (1769).
•	 Dilahirkan pada 5 Mac 1696 di Venice, Itali.
•	 Selain Itali, beliau berkarya di Jerman dan Sepanyol.
•	 Pelukis dekoratif yang hebat di Eropah pada abad ke-18.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah The Banquet of Cleopatra (1743-1744).
•	 Karya beliau yang lain ialah The Glory of St. Dominic (1737-1739), Rinaldo Enchanted by
Armida (1742-1745), Juno and Luna (1735-1745), The Immaculate Conception (1767-1768)
dan Apollo Pursuing Daphne (1755-1760).
57
Mengapakah seni catan begitu
penting kepada golongan
atasan pada abad ke-18?
Cabar
	Minda
•	 Dilahirkan pada 30 Ogos 1748
di Paris, Perancis.
•	 Dianggap sebagai bapa aliran
seni Neoklasisisme.
•	 Contoh karya beliau yang
terkenal ialah Consecration of
the Emperor Napoleon I and
Coronation of the Empress
Josephine (1807).
•	 Karya beliau yang lain ialah
Mademoiselle Guimard as
Terpsichore(1775),Equestrian
portrait of Stanisław Kostka
Potocki (1781), Oath of the
Horatii (1784), The Death
of Socrates (1787) dan The
Lictors Bring to Brutus the
Bodies of His Sons (1789).
Neoklasisisme merupakan aliran utama seni visual di Eropah pada
pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Aliran ini ialah reaksi
dan tindak balas terhadap gaya Rococo. Matlamat aliran ini untuk
mewujudkan kembali kegemilangan seni klasik Yunani dan Rom
dalam kehidupan harian. Contoh pelukis aliran ini ialah François
Gérard, Jacques-Louis David, Jean-Auguste-Dominique Ingres,
Francisco Agustín y Grande, Marie-Guillemine Benoist, Nicolai
Abildgaard, dan Giuseppe Appiani.
	 Karya aliran Neoklasisisme memperlihatkan ciri keseimbangan
dan harmoni. Komposisi ditekankan oleh garisan yang bersih, tajam
dan tepat. Figura digambarkan dalam bentuk yang ideal dan raut
wajah digambarkan dengan emosi atau tanpa emosi.
	 Inti pati utama karya aliran ini adalah untuk meningkatkan
patriotisme dalam diri dan kepada negara. Oleh itu, karya aliran
ini lebih bersifat rasional, objektif dan disiplin. Figura yang
menjadi subjek diaksikan dengan pelbagai gaya persembahan untuk
menyampaikan mesej tertentu.
Jacques-Louis David, Consecration of the Emperor Napoleon
I and Coronation of the Empress Josephine, 1807, cat minyak
Jacques-Louis David (1748-1825)
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
(1740-1835)
58
Patriotisme
Mesej dalam karya
seni catan secara tidak
langsung menyemarakkan
semangat cinta akan negara.
Aliran
Neoklasisisme
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/3008uLQ
•	 Dilahirkan pada 29 Ogos 1780 di Montauban,
Languedoc, Perancis.
•	 Pada tahun 1802, beliau menyertai Salon dan
memenangi Prix de Rome untuk catannya
bertajuk The Ambassadors of Agamemnon in
the Tent of Achilles (1801).
•	 Pada tahun 1820, melalui karyanya Vow of
Louis XIII, beliau diiktiraf sebagai profesor di
Ēcole des Bequx-Arts, Paris.
•	 Karyanya yang mendapat kritikan hebat kerana
dikatakan terlalu bercita-cita besar ialah The
Martyrdom of Saint Symphorian (1834).
•	 Dilahirkan pada 4 Mei 1770 di Rom, Itali.
•	 Karya seninya ialah contoh era kegemilangan
gaya Neoklasisisme Perancis pada abad ke-19.
•	 Tema utamanya ialah mitologi klasik, sejarah
Revolusi Perancis dan potret.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah The 10th
of August 1792 (1795-1799).
•	 Karya yang lain ialah The Battle of Austerlitz
(1805), Belisarius (1797), Caroline Murat and
her Children (1808), Charles X, King of France
(1825) dan The Fatherland under Threat (1832).
Jean-Auguste-Dominique Ingres, The Martyrdom
of Saint Symphorian, 1834, cat minyak
François Gérard, The
10th of August 1792,
1795-1799, grafit
dengan cat minyak
François Gérard, The
Battle of Austerlitz,
1805, cat minyak
Jean-Augueste-
  Dominique Ingres (1780-1867)
François Gérard (1770-1837)
59
(1782-1830)
Aliran Romantisisme muncul di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Aliran ini menampilkan karya yang bersifat romantik, tragedi, sejarah dan landskap. Konsepnya
menekankan emosi yang dimiliki oleh pengkarya. Contoh pelukis terkenal aliran ini ialah John
Ruskin, William Turner, Eugène Delacroix dan Francisco Goya.
	 Karya ini gemar menggunakan warna yang kusam, suram dan kelam. Kombinasi warna
gelap dan terang meninggalkan kesan dramatik pada karya yang dihasilkan. Warna tersebut
menggambarkan kesengsaraan dan kezaliman.
	 Pada keseluruhannya, karya aliran ini lebih kepada gambaran keadaan yang berlaku pada
waktu itu. Pelukis mementingkan idea kebebasan, keadilan, persamaan dan simpati terhadap
sesuatu. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan, kejatuhan gereja dan pemerintahan
diraja. Mesej yang diketengahkan berkait dengan kritikan sosial, kedamaian, keharmonian dan
kecintaan. Hal benda yang menjadi fokus ialah ekspresi muka dan aktiviti manusia.
•	 Dilahirkan pada 8 Februari 1819 di London, England.
•	 Seorang pelukis, penulis dan pemikir.
•	 Pengkritik seni yang terkenal pada zaman Victoria.
•	 Pandangannya terhadap seni memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah View of Amalfi (1844) dan Beauvais (1854).
•	 Karya lain yang dihasilkan ialah The Kapellbrücke, Lucerne (1861), A View in the Alps
(1835), Falls of Schaffhausen (1842), Amboise (1841) dan Stone Pines at Sestri (1845).
John Ruskin, View
of Amalfi, 1844, cat
air dan gouache
John Ruskin (1819-1900)
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
60
Aliran
Romantisisme
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2ytzkjr
i
John Ruskin menjadi 'Slade
Professor of Fine Art' yang
pertama di Universiti Oxford.
Di situ, beliau menubuhkan
Ruskin School of Drawing.
Gerbang
	Seni
•	 Dilahirkan pada 26 April 1798 di Charenton-
Saint-Maurice, Île-de-France, Perancis.
•	 Beliau dianggap sebagai pemimpin aliran
Romantisisme di Perancis pada abad ke-19.
•	 Memberikan tumpuan kepada warna dan
pergerakan berbanding kejelasan garisan
luar dan bentuk yang sempurna.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah
Fanatics of Tangier (1838).
•	 Karya yang lain ialah The Virgin of the
Harvest (1819), The Barque of Dante (1822),
Christ on the Sea of Galilee (1854), Liberty
Leading the People (1830) dan Massacre at
Chios (1824).
•	 Dilahirkan pada 23 April 1775 di London, England.
•	 Terkenal dengan karyanya yang ekspresif dan imaginatif.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah Modern Rome-Campo Vaccino (1839).
•	 Karya yang lain ialah Fishermen at Sea (1796), Dutch Boats in a Gale (1801),
Raby Castle, the Seat of the Earl of Darlington (1817), Wreckers, Coast of
Northumberland (1834) dan The Wreck of a Transport Ship (1810).
Eugène Delacroix, Fanatics of Tangier, 1838, cat minyak
William Turner, Modern Rome-Campo
Vaccino, 1839, cat minyak
William Turner, Dutch Boats in
a Gale, 1801, cat minyak
Eugène
  Delacroix (1798-1863)
William Turner (1775-1851)
61
Istilah 'Naturalisme' merujuk kepada aliran seni abad ke-19 yang
diperkenalkan pada tahun 1868 oleh penulis Perancis, Émile
Zola. Aliran ini dikaitkan dengan penghasilan karya seni yang
menggambarkan kehidupan sebenar. Naturalisme melibatkan
peniruan, representasi atau gambaran alam semula jadi termasuk
manusia. Contoh pelukis aliran Naturalisme ini ialah Thomas
Cole, John Brandon Smith, Pascal Dagnan-Bouveret, Theodore
Rousseau, John Constable, Alfred Parsons dan Amaldus Nielsen.
	 Karya aliran ini mempunyai ketepatan yang tinggi
terhadap hal benda yang menjadi pilihan pelukis. Aspek susunan
perbandingan, perspektif, tekstur, warna dan unsur terang gelap
digunakan secara teliti. Selain itu, karya ini jarang menonjolkan
elemen ekspresi, sebaliknya mengutamakan unsur keindahan.
	 Kebanyakan karya aliran ini menggunakan kaedah en plein
air. Justeru, kita dapati temanya berteraskan alam. Namun begitu,
terdapat juga catan yang dipengaruhi oleh subjektiviti pelukis.
Misalnya, karya John Martin tentang landskap yang bertajuk
'Apocalypse' menggambarkan kuasa tuhan.
•	 Dilahirkan pada 1 Februari 1801 di
Lancashire, England.
•	 Merupakan salah seorang pelopor
kepada aliran Naturalisme.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal
ialah Home in the Woods (1847) dan
Lake with Dead Trees (Catskill) (1825).
•	 Karya yang lain ialah The Titan's
Goblet (1833), The Course of Empire
(1833–1836), The Oxbow (1836), dan
The Voyage of Life (1842).
Thomas Cole
  (1801-1848)
Thomas Cole, Home in the Woods, 1847, cat minyak
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
(1820-1880)
62
Mengapakah pelukis wanita
kurang menonjol berbanding
lelaki pada abad ke-14
hingga ke-19?
Cabar
	Minda
Aliran
Naturalisme
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2Pbdo6O
John Brandon Smith, Old
Bridge on the Dulas, South
Wales, 1880, cat minyak
•	 Dilahirkan pada 7 Januari 1852 di
Paris, Perancis.
•	 Pelukis pertama menggunakan
media fotografi untuk menghasilkan
catannya yang berbentuk realisme.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal
ialah Horses at the Watering Trough
(1884) dan An Accident (1879).
•	 Karya yang lain ialah In the
Meadow (1892), Young Savoyard
Eating under a Door (1877) dan
Breton Women (1887).
•	 Dilahirkan pada 1848 di Middlesex, England.
•	 Beliau banyak melukis landskap dan antara karya beliau yang terkenal ialah
On the Dulas, South Wales/Waterfall Near Neath, South Wales (1874).
•	 Karya yang lain ialah A Highland Cataract (1869), Trout Stream in North Wales
(1870), Old Bridge on the Dulas, South Wales (1880) dan Waterfall (1875).
Pascal
Dagnan-Bouveret
   (1852-1929)
John Brandon Smith (1848-1884)
Pascal Dagnan-Bouveret, An Accident, 1879, cat minyak
63
Kelestarian
Alam Sekitar
Generasi hari ini dapat
melihat gambaran landskap
pada abad ke-14 hingga
abad ke-19 melalui seni
catan yang dihasilkan.
(1840-1870)
Realisme ialah gerakan artistik yang bermula di Perancis pada
tahun 1840-an, selepas Revolusi 1848. Gerakan seni ini diketuai
oleh Gustave Courbet sebagai reaksi terhadap prinsip-prinsip
Neoklasisisme dan Romantisisme. Golongan Realisme berpendapat
seni sepatutnya berkait dengan pengalaman dan pengamatan
manusia, bukan emosi. Pelukis-pelukis lain aliran ini ialah Honoré
Daumier, Jean-François Millet, Jean-Baptiste-Camille Corot,
Edward Hopper dan Henri Fantin-Latour.
	 Ciri-ciri utama karya aliran ini ialah bentuk yang tepat, jelas,
terperinci dan tiada tokok tambah gambaran pada alam semula jadi,
alam benda atau manusia. Pengkarya mementingkan aspek teknikal
dan penggunaan warna yang menyerupai warna sebenar. Mereka
mementingkan keaslian dan ketepatan objek yang dihasilkan
berdasarkan imej yang dilihat.
	 Kandungan karya aliran ini menggambarkan hal benda sebenar
dan nyata dalam kehidupan, contohnya kemiskinan masyarakat kelas
bawahan. Karya mereka bersifat satira dan kritikan bagi memberi
kesedaran sosial serta politik.
Honoré Daumier, Third-Class Carriage, 1862, cat minyak
•	 Dilahirkan pada 26 Februari 1808 di
Marseille, Perancis.
•	 Terkenal dengan karya karikatur yang
bersifat satira.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal
ialah The Third-Class Carriage (1862).
•	 Karya yang lain ialah Two Sculptors
(1870-1873), Don Quixote et Sancho
Panza (Don Quixote and Sancho
Panza) (1865-1870), Les Joueurs
d'échecs (The Chess Players) (1863)
dan The Laundress (1863).
Honoré Daumier
   
(1808-1879)
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
64
Bagaimanakah seni catan
mampu mengangkat martabat
pelukis dalam kalangan
masyarakat antara abad ke-14
hingga abad ke-19?
Cabar
	Minda
Aliran
Realisme
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2N5BNd1
•	 Dilahirkan pada 4 Oktober 1814 di
Normandy, Perancis.
•	 Pada peringkat awal, hasil karya
beliau berbentuk potret, kemudian
penghasilan karyanya lebih kepada
kehidupan desa, petani dan ladang.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal
ialah Woman Baking Bread (1854)
dan The Angelus (1857).
•	 Karya yang lain ialah The Gleaners
(1857), The Sower (1850), Harvesters
Resting (1853), Potato Planters
(1861) dan The Wood Sawyers (1852).
Jean-François
 Millet (1814-1875)
Jean-François Millet, Woman
Baking Bread, 1854, cat minyak
•	 Dilahirkan pada 10 Jun 1819
di Doubs, Perancis.
•	 Pelopor gerakan Realisme
pada abad ke-19 dan berani
membuat pernyataan sosial
melalui karyanya.
•	 Contoh karya beliau yang
terkenal ialah Bonjour,
Monsieur Courbet (1854).
•	 Karya beliau yang lain ialah
Self-Portrait with Black Dog
(1842-1844), Desperate Man
(1843-1845), Lovers in the
Countryside (1844) dan The
Wounded Man (1844-1854).
Gustave Courbet
   
(1819-1877)
Gustave Courbet, Bonjour, Monsieur Courbet, 1854, cat minyak
65
Impresionisme merupakan satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19. Aliran ini disifatkan
sebagai satu revolusi dalam seni kerana kaedah mereka berkarya berbeza dengan pendekatan
konvensional seni lukis pada zaman itu. Karya-karya impresionis kebanyakannya dihasilkan di
luar bangunan (en plein air) kerana mereka melukis berdasarkan visual yang dilihat pada waktu
itu. Contoh pelukis penting aliran ini ialah Alfred Sisley, Claude Monet, Pierre-Auguste Renoir,
Eugène Boudin dan Camille Pissarro.
	 Karya aliran ini merakamkan kesan perubahan cahaya terhadap objek yang dilihat. Pelukis
menggunakan palitan warna secara spontan pada hal benda, figura dan landskap dalam penghasilan
karya. Mereka mementingkan keserasian warna, cahaya dan alam benda dengan meneliti sifat
pantulan cahaya untuk diterapkan ke dalam karya yang dihasilkan. Mereka menggunakan warna
penggenap untuk menghasilkan bayang.
	 Kebanyakan pelukis aliran ini mengkaji perubahan warna mengikut suasana dan cahaya
pada permukaan serta ruang. Misalnya suasana pagi, petang dan malam. Hasil karya impresionis
umumnya merakamkan landskap, figura dan aktiviti harian manusia.
•	 Dilahirkan pada 30 Oktober 1839 di
Paris, Perancis.
•	 Seorang yang konsisten dan dedikasi
dalam penghasilan karya secara en
plein air.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal
ialah La Seine au Point du Jour (1877).
•	 Karya beliau yang lain ialah Molesey
Weir at Hampton Court Morning (1874),
Avenue of Chestnut Trees Near La
Celle-Saint-Cloud (1865), The Terrace
at Saint-Germain, Spring (1875), Flood
at Port-Marly (1876), Meadow (1875)
dan Boats (1885).
Alfred Sisley
  
(1839-1899)
Alfred Sisley, Boats,
1885, cat minyak
Aliran dan Gaya
Pelukis dan Karya
(1860-1895)
66
•	 Dilahirkan pada 14 November 1840
di Paris, Perancis.
•	 Beliau merupakan pelopor aliran
Impresionisme Perancis.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal
ialah siri Water Lilies (Nympheas),
berjumlah 250 buah yang dihasilkan
antara tahun 1896 hingga tahun 1926.
•	 Karya yang lain ialah Impression,
Sunrise (1872), Rouen Cathedral
Series (1892-1893), Haystacks Series
(1890-1891), Houses of Parliament
Series (1900-1905), Poplar Series
(1891) dan San Giorgio Maggiore at
Dusk (1908-1912).
Claude Monet
  
(1840-1926)
Pierre-Auguste Renoir,
Bal du Moulin de la
Galette, 1876, cat minyak
Claude Monet, Impression, Sunrise, 1872, cat minyak
•	 Dilahirkan pada 25 Februari 1841 di Limoges, Perancis.
•	 Dikenali juga sebagai Auguste Renoir.
•	 Pelukis terkenal aliran Impresionisme.
•	 Contoh karya beliau yang terkenal ialah Bal du Moulin de la Galette (1876).
•	 Karya yang lain ialah Luncheon of the Boating Party (1880-1881),
The Theater Box (1874), The Swing (1876) dan Pink and Blue (1910).
Pierre-Auguste Renoir (1841-1919)
67
i
Nama aliran ini diambil
berdasarkan catan yang
dihasilkan oleh Claude Monet
bertajuk ‘Impression, Sunrise’.
Gerbang
	Seni
Aliran
Impresionisme
Laman
web
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2zIdbAC
Jawab semua soalan berikut.
1.	 Apakah ciri-ciri gaya hasil karya seni catan aliran Renaissance daripada aspek teknikal?
2.	 Mengapakah hasil karya aliran Naturalisme dikaitkan dengan alam semula jadi?
3.	 Apakah matlamat aliran Neoklasisisme?
4.	 Nyatakan perbezaan antara gaya aliran Baroque dengan aliran Realisme dalam jadual
di bawah.
Aliran Baroque Aliran Realisme
5.	 Mengapakah golongan karyawan seni dipandang tinggi dalam masyarakat?
Tujuan:	1.	
Mengenal pasti seni catan Barat mengikut abad pilihan.
	2.	
Menjelaskan aliran, gaya, pelukis dan karya seni catan Barat berdasarkan abad pilihan.
Langkah:	
1.	 Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
2.	 Setiap kumpulan dikehendaki memilih dua aliran seni catan yang dipelajari.
3.	 Cari maklumat setiap aliran daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan, ensiklopedia,
majalah, surat khabar atau Internet.
4.	 Buat catatan daripada aspek-aspek berikut:
(a)	 Latar belakang aliran.
(b)	 Gaya, iaitu teknik yang digunakan seperti warna, cahaya dan perspektif.
(c)	 Tema yang menjadi pilihan.
(d)	 Contoh beberapa orang tokoh terkenal dan hasil karya mereka.
5.	 Gunakan peta pemikiran yang sesuai atau multimedia untuk mempersembahkan hasil dapatan
kumpulan anda.
6.	 Catatkan hasil dapatan daripada kumpulan lain dalam buku nota.
Soalan:	 Pada pendapat anda, mengapakah seorang pelukis perlu peka dengan situasi yang berlaku
di sekeliling mereka? Berikan alasan anda.
68
Aktiviti
KUMPULAN
Latihan Formatif
Anda telah mempelajari tentang media dan teknik dalam catan
semasa di Tingkatan 2 dan 3. Pada bahagian ini, anda dikehendaki
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tema,
tajuk, media, teknik dan idea untuk membuat penerokaan seni
catan. Lakukan aktiviti penerokaan ini dengan bimbingan guru.
Tujuan:	1.	
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk
membuat penerokaan tentang tema dan tajuk terhadap
seni catan.
	2.	
Menganalisis hasil penerokaan terhadap seni catan untuk
mewujudkan idea melalui penggunaan media, teknik dan
proses dalam penghasilan karya.
Langkah:	
1.	 Lakukan aktiviti Eksplorasi Seni ini dengan merujuk kepada karya aliran-aliran yang telah
dipelajari secara berkumpulan.
2.	 Buat rujukan untuk mendapatkan sumber idea bersama-sama ahli kumpulan anda.
3.	 Gunakan kaedah peta pemikiran di bawah untuk mendapatkan sumber idea.
Guru
Pemerhatian
Internet
Bahan rujukan
Membaca
isu semasa
Mengkaji
gambar foto
Mengkaji
karya seni
Kajian
lapangan
Memerhati alam
semula jadi
4.	 Pilih tema dan tajuk yang sesuai.
5.	 Kongsikan hasil dapatan anda dengan rakan-rakan yang lain.
Sumber
Idea
Contoh karya Alfred Sisley, Vue du Canal Saint-Martin, 1870, cat minyak
69
EKSPLORASI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
3.2.1	 Membuat penerokaan
secara kreatif
berkaitan:
(i)	 Tema dan tajuk.
(ii)	 Pewujudan idea.
Kembara Minda
i
Rujuk bidang Pemikiran Seni
Visual Tingkatan 1 untuk
info berkaitan aspek yang
diperlukan dalam aktiviti ini.
Gerbang
	Seni
Anda telah mengetahui tentang ciri-ciri aliran dan gaya catan yang
dihasilkan antara abad ke-14 hingga abad ke-19. Berdasarkan aliran
dan gaya yang dipilih, hasilkan satu karya seni catan yang menarik
dengan mengaplikasikan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni
Visual. Gunakan media dan teknik yang sesuai.
Tujuan:	1.	
Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil
daripada penerokaan terhadap seni catan dalam
penghasilan karya seni secara sistematik.
	2.	
Menghasilkan karya seni catan berdasarkan aliran dan
gaya yang dipilih secara kreatif dan inovatif.
Alat:		 Cat akrilik, pelbagai jenis berus, palet, pensel dan pemadam.
Bahan:	 Kanvas 3D/kertas akrilik.
Arahan:	Lakukan aktiviti ini secara individu. Pastikan hasil karya anda mempunyai tajuk yang
sesuai. Berikut adalah contoh aktiviti yang dilakukan.
Claude Monet,
Woman with a
Parasol - Madame
Monet and Her Son,
1875, cat minyak
Buat lakaran berdasarkan sumber idea
yang dipilih. Pastikan idea anda sesuai
dengan aliran dan gaya yang dipilih.
Pilih satu karya yang diminati dan
ubah suai gambaran karya tersebut
dengan menggunakan kreativiti anda.
2.
1.
70
EKSPRESI SENI Standard
Pembelajaran
Murid boleh:
3.3.1	 Menghasilkan karya
seni catan berdasarkan
aliran dan gaya pilihan.
Minda Kreatif
Proses
menghasilkan
catan
Video
(Dicapai pada 25 Mei 2019)
Akses QR
https://bit.ly/2L4rO7l
Langkah-langkah Penghasilan Karya
Seni Catan Aliran Impresionisme
Hasil akhir
karya seni catan.
Sapukan satu lapisan
warna sebagai latar
belakang hingga
ke bahagian sisi
bingkai kanvas.
Tentukan sumber
cahaya dan warnakan
secara spontan untuk
menghasilkan bentuk.
Ulang proses
menambah warna
dengan menggunakan
teknik alla prima
untuk objek-objek di
bahagian tengah dan
hadapan. Buat kemasan
dengan cermat. Friends with the Beauty
of Nature, 2018, akrilik
Tentukan komposisi dan
bentuk objek. Gunakan
teknik alla prima untuk
menghasilkan imej
objek tersebut.
7.
6.
3. 4. 5.
71
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf
buku teks seni ting 4.pdf

More Related Content

What's hot

Pendidikan Seni Visual (Jalinan)
Pendidikan Seni Visual (Jalinan)Pendidikan Seni Visual (Jalinan)
Pendidikan Seni Visual (Jalinan)Erica Leenya
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni rekaAmin Upsi
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spmarisha akram
 
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2azham
 
Contoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan PengkaryaanContoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan PengkaryaanNorAzmiHasshim
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)ilaazmil2
 

What's hot (20)

Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Pendidikan Seni Visual (Jalinan)
Pendidikan Seni Visual (Jalinan)Pendidikan Seni Visual (Jalinan)
Pendidikan Seni Visual (Jalinan)
 
Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
 
Syair
Syair Syair
Syair
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
Imbangan
ImbanganImbangan
Imbangan
 
Jenis jenis garisan
Jenis jenis garisanJenis jenis garisan
Jenis jenis garisan
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran SurealismeKarya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
 
Asas seni reka
Asas seni rekaAsas seni reka
Asas seni reka
 
Poster
PosterPoster
Poster
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2Seni Arca Ting 2
Seni Arca Ting 2
 
Contoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan PengkaryaanContoh Lukisan Pengkaryaan
Contoh Lukisan Pengkaryaan
 
Sajak
SajakSajak
Sajak
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)
 
Bahasa seni
Bahasa seniBahasa seni
Bahasa seni
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
 

Similar to buku teks seni ting 4.pdf

Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5 Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5 MUHAMMADBADRULAMINBI
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2SMK SERI PErMAISURI
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3SMK SERI PErMAISURI
 
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3SMK SERI PErMAISURI
 
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3SMK SERI PErMAISURI
 
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1SMK SERI PErMAISURI
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Farah Fatin
 
Asas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdf
Asas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdfAsas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdf
Asas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdfEvaArif2
 
Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2
Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2
Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2rodziah anuar
 
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2Fadhirul Fitri
 
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdfAsas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdfAidahMisran1
 
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdfAsas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdfAidahMisran1
 
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2SMK SERI PErMAISURI
 
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020
BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020ssuser1ffb13
 
Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)
Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)
Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)Kacang Fujiwara
 
Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...
Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...
Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...Mohammad Azmi Razali
 

Similar to buku teks seni ting 4.pdf (20)

Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5 Pendidikan seni visual tingkatan 5
Pendidikan seni visual tingkatan 5
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2
 
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
E-BOOK PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
 
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
 
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3
 
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1
 
Kae 2
Kae 2Kae 2
Kae 2
 
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
Perancangan kelab kesenian dan kebudayaan 2020
 
Asas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdf
Asas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdfAsas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdf
Asas-Sains-Komputer-Tingkatan_2.pdf
 
konsep KBAT dan i-THINK
 konsep KBAT dan i-THINK konsep KBAT dan i-THINK
konsep KBAT dan i-THINK
 
Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2
Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2
Buku teks reka bentuk dan teknologi Tingkatan 2
 
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
BUKU TEKS RBT TINGKATAN 2
 
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdfAsas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
 
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdfAsas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
Asas Sains Komputer Tingkatan_2.pdf
 
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2
E-BOOK ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2
 
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020
BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020
 
Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)
Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)
Taklimat dskp matematik tahun 4 (umum)
 
KSSR TMK TAHUN 4
KSSR TMK TAHUN 4KSSR TMK TAHUN 4
KSSR TMK TAHUN 4
 
Tugasan Ekspedisi kanak kanak
Tugasan Ekspedisi kanak kanakTugasan Ekspedisi kanak kanak
Tugasan Ekspedisi kanak kanak
 
Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...
Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...
Buku Teks Pendidikan Seni Kreatif (Masalah Pembelajaran) Tahun 3 KSSRPK (Sema...
 

buku teks seni ting 4.pdf

  • 2. RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
  • 3. 2019 PENERBIT BESTARI SDN. BHD. Profesor Madya Dr. Md Nasir bin Ibrahim Profesor Madya Dr. Muhammad Zaffwan bin Idris Dr. Mazlan bin Haji A. Karim Dr. Liza Marziana binti Mohammad Noh Faridah binti Ibrahim Suhana binti Ali Nurulaini binti Abdullah Tew Wan Yin Tew Wan Yin Penulis Editor Pereka Bentuk Ilustrator PENDIDIKAN SENI VISUAL Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah Kurikulum Standard Sekolah Menengah
  • 4. NO. SIRI BUKU:  0098 KPM2019 ISBN 978-983-092-445-8 Cetakan Pertama 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Penerbit Bestari Sdn. Bhd. (258257-P) 22-01, Jalan Molek 1/10, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tel: 07-361 2868 Faks: 07-352 6292 Laman Web: http://www.pbestarisb.com Reka Letak dan Atur Huruf: Penerbit Bestari Sdn. Bhd. (258257-P) Muka Taip Teks: STIXGeneral Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Dicetak oleh: KHL Printing Co. Sdn. Bhd. (235060-A) Lot 10 & 12, Jalan Modal 23/2, Kawasan MIEL, Phase 8, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Penerbit buku teks ini ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada organisasi dan individu yang telah membantu dalam proses menerbitkan buku ini. • Jawatankuasa Kawalan Mutu Buku Teks, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat dan Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (PPDM). • Jabatan Penerangan Malaysia. • Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak, Darul Ridzuan. • Pejabat D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. • Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang, Batu Caves, Selangor. • Kartunis Rambai dari Sead Studios Sdn. Bhd. • Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGHARGAAN
  • 5. Tajuk 1  Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja Seni Lukisan Barat Mengikut Abad Pilihan dari Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya 26 Latihan Formatif 42 Kembara Minda 43 Minda Kreatif 44 Galeri Minda 46 Rumusan Grafik 47 Latihan Pengukuhan 48 KANDUNGAN 23 Bidang Seni Halus Seni Catan Barat Mengikut Abad Pilihan dari Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya 52 Latihan Formatif 68 Kembara Minda 69 Minda Kreatif 70 Galeri Minda 72 Rumusan Grafik 73 Latihan Pengukuhan 74 Seni Cetakan Barat Mengikut Abad Pilihan dari Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya 78 Latihan Formatif 86 Kembara Minda 87 Minda Kreatif 89 Galeri Minda 95 Rumusan Grafik 96 Latihan Pengukuhan 97 Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual 1 Jenis Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja 4 Fungsi dan Peranan Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja 9 Latihan Formatif 12 Kembara Minda 13 Minda Kreatif 14 Galeri Minda 19 Rumusan Grafik 20 Latihan Pengukuhan 21 Tajuk 2  Seni Lukisan Tajuk 3  Seni Catan Tajuk 4  Seni Cetakan iii
  • 6. Tajuk 6  Reka Bentuk Dalaman Tajuk 8  Seni Reka Grafik (Ilustrasi) Tajuk 5  Reka Bentuk Landskap Tajuk 9  Seni Foto (Genre Fotografi) Tajuk 7  Seni Ukiran Prospek dan Hala Tuju Pereka Bentuk Landskap 102 Latihan Formatif 107 Kembara Minda 108 Minda Kreatif 109 Galeri Minda 114 Rumusan Grafik 115 Latihan Pengukuhan 116 99 Bidang Reka Bentuk 137 Bidang Seni Kraf Prinsip Asas Seni Ukiran 140 Alatan dan Bahan Seni Ukiran 142 Motif Ukiran Kayu 144 Jenis Ukiran Kayu 148 Bentuk-bentuk Silat 150 Proses Seni Ukiran 152 Seni Ukiran Kaum-kaum Lain 154 Latihan Formatif 157 Kembara Minda 158 Minda Kreatif 160 Galeri Minda 165 Rumusan Grafik 166 Latihan Pengukuhan 167 Definisi Ilustrasi 172 Jenis Ilustrasi 172 Media dan Teknik 178 Penjanaan Idea Bergambar 182 Latihan Formatif 184 Kembara Minda 185 Minda Kreatif 187 Galeri Minda 190 Rumusan Grafik 191 Latihan Pengukuhan 192 Definisi Genre dalam Fotografi 196 Jenis dan Fungsi Komunikasi Visual dalam Genre Fotografi 196 Kepelbagaian Genre Fotografi 197 Ikon Fotografi Malaysia 203 Latihan Formatif 206 Kembara Minda 207 Minda Kreatif 209 Galeri Minda 212 Rumusan Grafik 213 Latihan Pengukuhan 214 Prospek dan Hala Tuju Pereka Bentuk Dalaman 120 Latihan Formatif 125 Kembara Minda 126 Minda Kreatif 128 Galeri Minda 133 Rumusan Grafik 134 Latihan Pengukuhan 135 Glosari 216 Senarai Rujukan 217 Indeks 218 Bidang Komunikasi Visual 169 iv
  • 7. Buku teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 ini disediakan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4. Buku teks ini ditulis berdasarkan empat komponen, iaitu Persepsi Seni, Eksplorasi Seni, Ekspresi Seni dan Apresiasi Seni. Strategi pengajaran mata pelajaran ini dilaksanakan secara inkuiri berasaskan projek dan memberikan penekanan kepada aktiviti yang berorientasikan murid sama ada dalam bentuk perbincangan secara kolaboratif, penerokaan, eksperimentasi dan apresiasi sesuai dengan keperluan Kemahiran Abad Ke-21. Buku ini juga dilengkapi dengan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan murid agar dapat menangani cabaran semasa. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pemikiran Komputasional (PK) boleh menggalakkan murid membuat penaakulan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mencipta sesuatu dan membuat penilaian secara kritis dan kreatif. Buku ini juga mengandungi animasi tiga dimensi (3D) yang interaktif. Panduan untuk mengakses animasi ini adalah seperti berikut: Muat turun aplikasi AR buku teks dengan mengimbas QR Code di sebelah. Halaman yang mempunyai ikon 'AR' ialah Tajuk 6 halaman 132. Gunakan aplikasi tersebut untuk mengimbas ikon 'AR' yang terdapat dalam buku teks ini. 1. 2. 3. v PENDAHULUAN
  • 8. Gerak kerja yang menggunakan pelbagai kaedah. Murid dirangsang menerusi soalan berfikir aras tinggi. KBAT Mengukuhkan pengetahuan melalui eksperimentasi dan penerokaan. Kembara Minda Menguji kemahiran daya cipta murid dalam menghasilkan karya. Minda Kreatif Mendedahkan murid membuat penilaian secara kritis. Galeri Minda Sumber rujukan tambahan dalam bentuk video, slaid dan dokumen. Akses QR EMK Elemen yang diterapkan secara tersurat dan tersirat untuk panduan murid. Seni dan Saya Aplikasi PSV dalam kehidupan harian murid, kerjaya yang berkaitan dan invensi serta inovasi PSV di Malaysia. i Maklumat tambahan yang berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Gerbang Seni A-Z Kata kunci yang digunakan dalam seni. Kata Kunci Cabar Minda Menguji pengetahuan sedia ada. K Standard Kandungan Standard Pembelajaran Kemahiran yang akan dipelajari dalam setiap tajuk. Merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipelajari. Latihan untuk menguji kefahaman konsep setiap tajuk. Latihan Formatif Ringkasan setiap tajuk melalui peta minda. Rumusan Grafik Rumusan Grafik Rumusan Grafik Tajuk Teknik Jenis Proses Industri Alam Komik Fesyen Iklan Imaginasi Kolaj Media Campuran Digital Mengukur penguasaan murid terhadap isi kandungan setiap tajuk. Latihan Pengukuhan Aktiviti QR pada kulit buku Mengandungi huraian tema buku, biodata penulis dan maklumat yang dikemas kini. vi Penerangan Ikon-ikon dalam Buku Teks Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4
  • 10. 1Negara Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen. Berdasarkan sistem ini, Ketua Persekutuan ialah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan ketua negeri pula digelar sama ada Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua Negeri. Institusi beraja ini merupakan kesinambungan daripada warisan Kesultanan Melayu. Oleh itu, terdapat alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang masih diguna pakai dalam majlis atau istiadat tertentu. Peralatan dan perhiasan ini merupakan warisan bangsa yang perlu diketahui oleh generasi hari ini dan akan datang agar mereka lebih menghormati institusi ini. ALAT KEBESARAN DAN PERHIASAN DIRAJA Tajuk 1 2
  • 11. 3 • Aiguillette • Awan larat • Epolet • Kain sakhlat • Kerabu • Mess Kit • Muskat • Ragam hias • Sampir • Solek A-Z Kata Kunci 1.1 Pemahaman terhadap Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja. 1.2 Eksplorasi maklumat daripada pelbagai sumber bagi pengukuhan terhadap Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja. 1.3 Penzahiran idea dan konsep melalui pelbagai sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan. 1.4 Penghayatan terhadap model Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja dengan menggunakan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. K Standard Kandungan
  • 12. Alat Kebesaran Diraja Institusi beraja di Malaysia mempunyai pelbagai jenis alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang menjadi simbol kedaulatan raja dan negeri yang diperintah. Setiap negeri mempunyai alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang berbeza. Alat kebesaran dan perhiasan Diraja ini direka dengan keunikan tersendiri dan dijaga rapi sejak dahulu hingga ke hari ini. Alat kebesaran Diraja ada beberapa jenis. Peralatan ini menjadi simbol dan keagungan warisan Kesultanan Melayu sejak berkurun-kurun lamanya. Berikut ialah alat kebesaran Diraja yang digunakan oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam upacara rasmi. Cogan   Alam Cogan   Agama Cogan Alam merupakan sebatang tongkat yang diperbuat daripada perak dan berukuran 162.66 sentimeter. Alat kebesaran ini mempunyai struktur bulatan pada bahagian hulu. Di atas bulatan tersebut terdapat ukiran anak bulan dan bintang daripada emas. Di sekeliling bulatan itu pula terdapat lambang 11 buah negeri Tanah Melayu daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat ekor harimau yang berdiri. Batang tongkat ini dihiasi dengan motif enam tangkai padi yang diperbuat daripada emas. Cogan Agama merupakan sebatang tongkat bulat berhulu besar yang diperbuat daripada perak. Panjang tongkat ini ialah 155.04 sentimeter. Di bahagian hulu tongkat terdapat ukiran anak bulan dengan bintang pecah lima yang diperbuat daripada emas. Pada batang dan hulunya diukir dengan ayat-ayat suci al-Quran. Jenis Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja 4 PERSEPSI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 1.1.1 Menyenaraikan jenis alat kebesaran dan perhiasan Diraja. 1.1.2 Menjelaskan fungsi dan peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Institusi Diraja di Malaysia Video (Dicapai pada 21 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2CX2rOr
  • 13. Cokmar Keris Panjang Diraja Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja Alat kebesaran ini merupakan tiga senjata Melayu lama yang diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman dahulu. Keris Panjang dan Sundang Diraja disalut dengan perak. Kedua-dua keris ini mempunyai ukiran pada bahagian hulu dan sarungnya. Cokmar merupakan dua batang tongkat pendek yang diperbuat daripada perak. Setiap satunya mempunyai ukuran 81.32 sentimeter. Pada bahagian hulu cokmar ini berbentuk kubah. Alat kebesaran ini berfungsi sebagai alat perang pada zaman dahulu. Keris Panjang Diraja merupakan keris utama dalam istiadat pertabalan. Bahagian hulu hingga ke sarung keris ini disalut dengan emas. Di atas sampirnya diukir lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 buah negeri Tanah Melayu untuk menunjukkan naungan dan kekuasaan Yang di-Pertuan Agong ke atas negara Malaysia. Mata keris ini ditempa daripada besi waja yang diambil dari 11 bilah keris negeri di Tanah Melayu. Bahagian hulu atau kepala keris ini berbentuk tapak kuda dengan motif buah jering. 5 Alat kebesaran Diraja ialah lambang kedaulatan, keagungan, kekuasaan dan kemegahan negara kita. Melalui lambang tersebut, kita dapat memupuk semangat cinta akan negara dan menghormati raja-raja sebagai payung pemerintahan negara. Patriotisme Sejauh manakah alat kebesaran Diraja ini menjadi simbol perpaduan rakyat? Cabar Minda
  • 14. Tombak  Berambu Tengkolok Diraja Terdapat dua puluh batang Tombak Berambu. Mata tombak ini berlok tiga dan diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari 11 buah negeri di Tanah Melayu. Tengkolok Diraja ialah kain yang ditenun dengan sutera, berwarna hitam dan bersulam benang emas. Bentuk solek pada ulunya dinamakan 'Dendam Tak Sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan. Pada bahagian hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih. Di tengah-tengah bintang pecah empat belas ini terletak lambang Kerajaan Persekutuan yang berwarna-warni. Rajah 1.1 Alat kebesaran Diraja Terdapat dua puluh kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang diperbuat daripada kain sutera berwarna kuning Diraja. Warna kuning ialah warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan menjadi lambang kebesaran raja-raja Melayu. Di bahagian puncak payung ini dipasangkan anak bulan dan bintang. Payung Ubur-ubur  Kuning Perhiasan Diraja Perhiasan Diraja dipakai semasa istiadat rasmi. Perhiasan ini dipakai sebagai pelengkap kepada pakaian Diraja. Berikut ialah perhiasan Diraja yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. 6 i Solek Tengkolok Diraja ‘Dendam Tak Sudah’ mempunyai lima ciri utama, iaitu lambaian ibu, takuk, simpul kasih, pucuk kasih dan gelembung kasih. Setiap ciri tersebut mempunyai maksud tersendiri. Gerbang Seni Pertabalan Yangdi-Pertuan Agongpertama Video (Dicapai pada 21 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2SOj706
  • 15. Mess Kit Muskat Muskat ialah pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baju ini mendapat inspirasi daripada pakaian tradisi Muskat, Oman dan pakaian rasmi pegawai kerajaan negeri Kedah. Muskat diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang dijahit dengan sulaman benang emas. Pakaian rasmi ini bermotif ragam hias awan larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Malaysia. Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang. Pada kebiasaannya, baju ini dipakai bersama-sama seluar panjang yang bersulam di kaki dan tengkolok. Mess Kit merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong semasa majlis santapan malam beristiadat. Reka bentuk dan corak pakaian ini diolah berdasarkan muskat Yang di-Pertuan Agong. Pada bahagian kolar dan lengan, terdapat motif ragam hias awan larat, iaitu elemen seni reka yang signifikan dengan istana yang mencerminkan identiti kebangsaan. Motif bunga raya digunakan untuk melambangkan keberanian, perpaduan dan lima kelopak pula menggambarkan lima prinsip Rukun Negara. Mess Kit ini dipakai bersama-sama vest, kemeja putih dan seluar panjang hitam yang mempunyai jalur keemasan pada bahagian tepinya. Aksesori tambahan ialah epolet, keris bersilang dan lima bintang pecah lima yang disusun secara bulatan untuk menggambarkan baginda sebagai pemerintah tertinggi dalam angkatan tentera. Pada bahagian kanan dada pula, dihiasi dengan aiguillette berwarna keemasan untuk menambah kesegakan. Epolet Aiguillette 7 i Muskat mula dipakai pada tahun 1960 semasa pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, iaitu Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. Gerbang Seni Kita mesti menjaga warisan budaya bangsa agar ‘Tak lapuk di hujan,   tak lekang di panas’. Nilai Murni Sejauh manakah warisan budaya mampu mengekalkan identiti sesuatu bangsa? Cabar Minda
  • 16. Kalung Diraja Gandik Diraja Gandik Diraja atau Pemeles ialah perhiasan Diraja yang dipakai di ulu Raja Permaisuri Agong. Gandik ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian bermotif awan larat. Pada bahagian tengah, terdapat anak bulan dengan bintang yang diperbuat daripada emas putih. Gandik ini boleh diceraikan menjadi loket atau kerongsang. Kalung Diraja ialah sejenis rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong. Kalung ini diperbuat daripada emas putih bertatah penuh dengan permata berlian. Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi sepasang subang, kerongsang dan kerabu. Pending Diraja diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatahkan permata delima. Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan Persekutuan. Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas dengan corak bunga. Rajah 1.2 Perhiasan Diraja Pending Diraja Keris Pendek Diraja diperbuat daripada mata keris lama yang berhulu dan bersarungkan gading serta bertatahkan emas. Hulu keris ini dinamakan 'Hulu Pekaka' dan berbentuk kepala 'Geroda'. Pada bahagian sampir keris ini diterapkan dengan lambang Kerajaan Persekutuan. Keris ini ialah salah satu pelengkap kepada pakaian kebesaran Diraja. Keris Pendek Diraja 8 Senarai SPB Yang di-Pertuan Agong Laman web (Dicapai pada 10 Jun 2019) Akses QR https://bit.ly/2Wv2Az7
  • 17. Jadual 1.1 Fungsi dan peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja Alat Kebesaran dan Perhiasan Fungsi Peranan Keris Panjang Diraja Alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Simbol kebesaran dan kekuasaan. Cogan Alam Digunakan semasa istiadat rasmi raja-raja Melayu di negara ini. Simbol keteguhan dan keutuhan serta kesepaduan antara negeri di Malaysia. Cogan Agama Digunakan semasa istiadat rasmi raja-raja Melayu di negara ini. Simbol kesepaduan antara negeri di Malaysia yang berteraskan Islam. Cokmar Alat perang pada zaman dahulu dan menjadi alat kebesaran negara. Simbol kekuasaan, kekuatan dan kebesaran. Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja Merupakan tiga senjata Melayu lama. Simbol kekuasaan, kekuatan dan kebesaran. Payung Ubur-ubur Kuning Digunakan semasa majlis istiadat-istiadat rasmi. Lambang kebesaran raja-raja Melayu. Tombak Berambu Digunakan semasa majlis istiadat-istiadat rasmi. Alat kebesaran Diraja. Tengkolok Diraja Dipakai pada Hari Pertabalan, Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan, lawatan rasmi ke negeri-negeri di Malaysia dan semasa Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Parlimen. Lambang kebesaran raja-raja Melayu. Muskat Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. Lambang kebesaran raja-raja Melayu. Mess Kit Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong ketika menghadiri majlis santapan malam beristiadat. Sebagai pakaian Diraja yang merupakan simbol kebesaran. Pending Diraja Sebagai pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebagai pakaian Diraja yang merupakan simbol kebesaran. Keris Pendek Diraja Salah satu pelengkap kepada pakaian kebesaran Diraja dan hanya dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong untuk majlis istiadat Diraja. Lambang kekuasaan baginda. Gandik Diraja Perhiasan ulu (kepala) bagi Raja Permaisuri Agong yang dipakai dalam istiadat kebesaran Diraja dan semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Sebagai perhiasan Diraja dan simbol kebesaran. Kalung Diraja Sejenis rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan pada waktu pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Sebagai perhiasan Diraja dan simbol kebesaran. 9 Fungsi dan Peranan Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
  • 18. Selain itu, negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja juga memiliki alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Setiap alat kebesaran dan perhiasan Diraja ini mempunyai fungsi serta peranan tertentu. Cara pemakaian peralatan ini juga berbeza untuk setiap negeri. Peralatan dan perhiasan ini hanya digunakan dalam majlis dan istiadat tertentu. Rajah 1.3 Contoh Tengkolok/Mahkota/Tanjak Diraja Contoh Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja Contoh Tengkolok/Mahkota/Tanjak Diraja Tengkolok Diraja Pahang menggunakan solek ‘Sekelongsong Bunga’. Tengkolok Diraja Negeri Sembilan menggunakan solek ‘Dendam Tak Sudah’. Mahkota Kerajaan Johor Tanjak Diraja Perak menggunakan solek ‘Ayam Patah Kepak’. Tengkolok Diraja Perlis menggunakan solek ‘Dendam Tak Sudah’. Tengkolok Diraja Kedah menggunakan solek ‘Dendam Tak Sudah’. Tengkolok Diraja Terengganu menggunakan solek ‘Belalai Gajah’. Tengkolok Diraja Selangor menggunakan solek ‘Setanjak Balung Raja’. Tengkolok Diraja Kelantan menggunakan solek ‘Ketam Budu’. 10
  • 19. Rajah 1.5 Contoh Mahkota Diraja/tiara/gandik Rajah 1.4 Contoh keris Diraja Mahkota Tengku Ampuan Selangor Gandik Raja Perempuan Perlis Tiara Raja Permaisuri Perak Gandik Permaisuri Terengganu Tiara Tengku Ampuan Pahang Mahkota Permaisuri Johor Keris Taming Sari Perak Keris Pendek Diraja Perlis Keris Darjah Mahkota Johor Keris Panjang Beruk Berayun Selangor Contoh Keris Diraja Contoh Mahkota Diraja/Tiara/Gandik 11 Contoh alat kebesaran dan perhiasan Diraja Perak Laman web (Dicapai pada 21 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2XC08Id Contohalat kebesarandan perhiasanDiraja Terengganu Laman web (Dicapai pada 21 Mei 2019) https://bit.ly/2H0gwPg Istiadat pertabalan Sultan Perak Video (Dicapai pada 21 Mei 2019) https://bit.ly/2TzGx9q
  • 20. Jawab semua soalan berikut. 1. Apakah nama hulu Keris Pendek Diraja? 2. Apakah perhiasan lain yang boleh dihasilkan daripada Gandik Diraja? 3. Bagaimanakah cara pemakaian Mess Kit? 4. Berikan tiga nama solek tengkolok yang anda tahu. 5. Mengapakah motif awan larat digunakan dalam penghasilan alat kebesaran dan perhiasan Diraja? 6. Mengapakah alat kebesaran dan perhiasan Diraja digunakan dalam majlis-majlis tertentu? Tujuan: Mengenal pasti alat kebesaran dan perhiasan Diraja dalam bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Langkah: 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mengenal pasti alat kebesaran dan perhiasan Diraja untuk: (a) Yang di-Pertuan Agong. (b) Negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja. 3. Cari maklumat berkenaan alat kebesaran dan perhiasan Diraja tersebut melalui pelbagai sumber seperti buku rujukan, majalah, surat khabar, brosur dan Internet. 4. Kumpulkan semua maklumat dalam bentuk peta pemikiran atau jadual yang sesuai. 5. Ketua kumpulan akan membentangkan hasil dapatan sama ada menggunakan peta pemikiran atau multimedia. Kerajaan/Negeri Alat Kebesaran Perhiasan Diraja Yang di-Pertuan Agong Soalan: Pada pendapat anda, bagaimanakah pengetahuan tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja boleh menyemaikan semangat taat setia dan sayang akan negara? Jelaskan. 12 Aktiviti KUMPULAN Latihan Formatif
  • 21. Ciri-ciri • • • Fungsi Peranan Gandik Diraja Anda telah mengetahui tentang pelbagai jenis alat kebesaran dan perhiasan Diraja di negara ini. Secara kolaboratif, hasilkan satu dokumentasi yang lengkap berkaitan fungsi dan peranan alat kebesaran ini. Tujuan: 1. Menjelaskan ciri-ciri alat kebesaran dan perhiasan Diraja. 2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan bagi menghasilkan dokumentasi fungsi dan peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Langkah: 1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. 2. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti Internet, majalah, surat khabar dan bahan bacaan lain. 3. Catatkan semua maklumat yang diperoleh dan buat perbincangan bersama-sama ahli kumpulan. 4. Klasifikasikan dan beri huraian yang sesuai daripada aspek ciri-ciri, fungsi serta peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja tersebut. 5. Dokumentasikan hasil eksplorasi dan dapatan anda dalam bentuk artist book atau buku skrap. 6. Kongsikan maklumat tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Gambar foto 1.1 Contoh artist book 13 Kembara Minda EKSPLORASI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 1.2.1 Mencirikan alat kebesaran dan perhiasan Diraja daripada aspek: (i) Fungsi (ii) Peranan Hari Kemahkotaan Sultan Johor Video (Dicapai pada 21 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2Rq1PK0
  • 22. Pada bahagian Eksplorasi Seni, anda telah mengenal pasti ciri-ciri dan mengetahui fungsi serta peranan alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Berdasarkan pengetahuan tersebut, pilih dan hasilkan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja dengan menggunakan bahan yang sesuai. Tujuan: 1. Menganalisis hasil penerokaan terhadap alat kebesaran dan perhiasan Diraja dalam penghasilan dokumentasi. 2. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada penerokaan terhadap dokumentasi alat kebesaran dan perhiasan Diraja dalam penghasilan model secara sistematik. 3. Menghasilkan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja dengan menggunakan idea sendiri secara kreatif dan inovatif. Arahan: Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Berikut ialah contoh aktiviti yang dilakukan. Alat: Pensel, French curve, pita pelekat, alatan mengukir, berus, pisau, paku, pembaris, alas pemotong dan gambar rujukan. Bahan: Kertas pasir, lidi, kayu, syelek, mounting board, penyembur warna (colour spray) dan gam. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. 1. 14 EKSPRESI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 1.3.1 Menghasilkan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Minda Kreatif Langkah-langkah Penghasilan Model Alat Kebesaran (Keris) i Keris mempunyai lok, iaitu liku-liku pada bilah mata keris. Bilangan lok yang terdapat pada keris biasanya ganjil dan dikaitkan dengan ciri-ciri keislaman: • 5 lok ‒ jumlah Rukun Islam • 7 lok ‒ bilangan dalam tawaf • 13 lok ‒ rukun sembahyang • 17 lok ‒ jumlah rakaat dalam sembahyang lima waktu Gerbang Seni Warisan keris dalam RumpunMelayu Video (Dicapai pada 21 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2ZrpdHE
  • 23. Lukis bentuk keris berdasarkan sumber idea atau daya imaginasi sendiri di atas mounting board. Potong dengan cermat menggunakan pisau. Pita pelekat Buat dua salinan bahagian mata keris tersebutdanlekatkandengangam.Lakukan kemasan pada bahagian tepi dengan pisau dan kertas pasir. Tebuk lubang dengan cermat dan lekatkan lidi dengan gam. Kemudian, tampal lubang lidi tersebut dengan kepingan segi tiga. Gunakan kayu yang sesuai dan potong mengikut bentuk hulu keris yang dipilih. Lekatkan pita pelekat dengan kemas dan kreatif. Kemudian, sembur dengan colour spray. Bersihkan dan buat lakaran motif yang sesuai pada hulu tersebut. 2. 4. 6. 3. 5. 7. 15 Menghasilkan Mata Keris Menghasilkan   Hulu Keris
  • 24. Ukir motif tersebut dengan cermat. Gunakan paku untuk membuat lubang. Sapukan gam pada lidi mata keris dan cantumkan dengan bahagian hulu. Tanggalkan pita pelekat dengan cermat. Hasil akhir model keris yang telah siap. Lakukan kemasan pada hulu keris dengan menggunakan kertas pasir. Sapukan syelek pada hulu tersebut dan biarkan kering. 8. 10. 12. 13. 9. 11. 16
  • 25. Alat: Gunting, jarum, benang, jarum peniti dan pita pengukur. Bahan: Kain songket atau kain kapas dan pengeras kain bergam. Gunting kain songket atau kain kapas kepada bentuk segi empat sama. Pengeras kain pula digunting secara segi tiga mengikut ukuran kain yang dilipat segi tiga. Masukkan pengeras kain ke dalam kain songket atau kain kapas. Gunakan jarum peniti untuk mencantumkan kain songket atau kain kapas dengan pengeras kain bergam. Jahit di sekeliling lipatan tersebut dengan kemas. Lipat pada bahagian bawah kain songket atau kain kapas untuk membuat tapak. Ukuran lebar lipatan ialah lima sentimeter. Gunakan kedua-dua belah lutut untuk menekan lipatan tersebut agar sekata. Lipat bawah kain songket atau kain kapas sekali lagi dengan kelebaran lima sentimeter untuk membuat bengkung. Kemudian, tekan menggunakan kedua-dua belah lutut agar sekata. Tinggalkan baki kain dalam ukuran antara 25-30 sentimeter atau 10-11 inci. 1. 2. Jahit bahagian tengah, kiri dan kanan kain untuk memastikan lipatan kain tersebut sekata. 3. 4. 5. 17 Langkah-langkah Penghasilan Tanjak
  • 26. Letakkan lipatan pada lutut untuk membuat ikatan atau simpul. Naikkan satu bahagian ke atas, kemudian ke bawah dan tarik simpulan hingga ketat. Gunakan sebelah lutut untuk menekan bahagian bengkung semasamenarikkain bagi mengelakkan daripada terlepas. Kemudian, buat kemasan pada keseluruhan tanjak tersebut. Laraskan simpulan mengikut saiz kepala si pemakai. Tanjak yang telah siap. Masukkan lebihan baki hujung kain ke dalam simpulan. Gunakan jarum peniti untuk mengelakkan simpulan terbuka dan buat kemasan. 6. 8. 9. 10. 7. 18 Penghasilan tanjak Slaid (Dicapai pada 21 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2U0WzcZ
  • 27. Anda dan pasangan telah berjaya menghasilkan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja dengan menggunakan kreativiti sendiri. Pamerkan hasil karya anda dan kongsikan pengalaman semasa menghasilkan karya tersebut dengan rakan-rakan. Tujuan: 1. Mempamerkan hasil karya seni. 2. Menghayati dan menjelaskan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja berdasarkan idea sendiri secara kreatif dan inovatif. 3. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual seterusnya menjadi model teladan. Bahan: Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni. Langkah: 1. Pamerkan semua hasil karya di stesen berdasarkan kategori. 2. Murid dan guru akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen untuk melihat dan memerhati hasil karya yang dipamerkan. 3. Pemilik karya akan menjelaskan hasil karya masing-masing selama lima minit. 4. Gunakan nota berperekat (sticky note) untuk memberikan komen atau cadangan penambahbaikan pada karya yang dipamerkan. Gambar foto 1.2 Sesi Apresiasi Seni 19 APRESIASI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 1.4.1 Mempamerkan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang dihasilkan. 1.4.2 Menghayati dan menjelaskan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja sendiri dan rakan dengan menumpukan aspek Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. 1.4.3 Menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan model alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Panduan Apresiasi Seni Slaid (Dicapai pada 15 Jun 2019) Akses QR https://bit.ly/2FaoIZP Galeri Minda Guru perlu membuat penilaian dan memberikan maklum balas daripada aspek: • Alat kebesaran atau perhiasan yang dipilih. • Prinsip dan elemen yang digunakan. • Kemasan hasil karya. • Kreativiti dan inovatif. Nota Guru
  • 28. Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja Keris Panjang Diraja • Matanya ditempa daripada besi waja. • Keris utama dalam istiadat pertabalan. • Simbol kebesaran dan kekuasaan negara. Tengkolok Diraja • Menggunakan solek 'Dendam Tak Sudah'. • Simbol kebesaran raja-raja Melayu. Cokmar • Kepala berbentuk kubah. • Simbol kekuatan, kekuasaan dan kebesaran. Mess Kit • Dipakai dengan vest, kemeja putih dan seluar hitam. • Pakaian rasmi majlis santapan istiadat. • Simbol kebesaran. Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja • Senjata Melayu lama. • Simbol kekuasaan, kekuatan dan kebesaran. Gandik Diraja • Perhiasan ulu yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong. • Boleh diceraikan menjadi loket dan kerongsang. • Simbol kebesaran. Pending Diraja • Kepala atau pengancing tali pinggang. • Diperbuat daripada emas sepuluh. • Simbol kebesaran. Cogan Agama • Diukir dengan ayat al-Quran pada hulunya. • Simbol kesepaduan negeri berteraskan agama Islam. Muskat • Bermotif awan larat dan bunga raya. • Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. • Simbol kebesaran raja-raja Melayu. Cogan Alam • Dihiasi dengan motif enam tangkai padi. • Simbol keteguhan, keutuhan dan kesepaduan antara negeri. Keris Pendek Diraja • Hulu keris bernama 'Hulu Pekaka'. • Dipakai hanya untuk majlis istiadat Diraja. • Simbol kekuasaan. Payung Ubur-ubur Kuning • Diperbuat daripada kain sutera. • Simbol kebesaran raja-raja Melayu. Alat Kebesaran Diraja Perhiasan Diraja Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kalung Diraja • Rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong. • Boleh diceraikan menjadi subang, kerongsang dan kerabu. • Simbol kebesaran. Tombak Berambu • Matanya berlok tiga. • Alat kebesaran Diraja dalam istiadat rasmi. 20 Rumusan Grafik Rumusan Grafik Rumusan Grafik Tajuk Teknik Jenis Proses Industri Alam Komik Fesyen Iklan Imaginasi Kolaj Media Campuran Digital
  • 29. Pilih satu jawapan yang tepat. 1. Manakah antara alat kebesaran Diraja berikut mengandungi ayat al-Quran? A Cokmar B Cogan Alam C Cogan Agama D Keris Panjang Diraja 2. Apakah istilah khusus yang digunakan bagi teknik lipatan sesebuah tengkolok? A Solek C Sampir B Epolet D Kerabu 3. Manakah antara alat kebesaran dan perhiasan Diraja berikut mempunyai hulu yang diperbuat daripada gading? A Pedang B Sundang C Keris Pendek Diraja D Keris Panjang Diraja 4. Motif bunga raya yang terdapat pada Mess Kit melambangkan . A prinsip Rukun Negara B keindahan dan artistik C keberanian dan perpaduan D bunga kebangsaan Malaysia 5. Manakah antara alat kebesaran berikut mempunyai kepala berbentuk kubah? A Cokmar B Sundang C Cogan Alam D Cogan Agama 6. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat hulu dan sarung alat perhiasan Diraja di bawah? Gambar foto 1 A Emas C Gading B Perak D Tembaga putih 7. Perhiasan Diraja di bawah boleh diceraikan menjadi . Gambar foto 2 A gelang dan subang B gelang dan kerongsang C subang dan kerongsang D subang dan gelang kaki 8. Manakah antara alat kebesaran dan perhiasan Diraja berikut mempunyai motif awan larat? I Muskat III Kalung Diraja II Mess Kit IV Pending Diraja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Soalan Objektif 21 Latihan Pengukuhan
  • 30. Jawab semua soalan berikut. 1. Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) Motif yang terdapat pada Muskat ialah dan . (b) Hulu Keris Panjang berbentuk dengan motif buah . (c) Gandik Diraja mempunyai motif dan boleh diceraikan menjadi atau . (d) Tengkolok Diraja negeri Terengganu dibuat daripada kain songket dengan solek . (e) Keris merupakan keris Diraja Perak. (f) ialah pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong yang diperbuat daripada benang bulu berwarna . 2. Jawab soalan-soalan berikut. (a) Apakah perbezaan antara Keris Panjang Diraja dengan Keris Pendek Diraja? (b) Mengapakah Payung Ubur-ubur Kuning dihasilkan menggunakan kain sutera berwarna kuning? (c) Apakah fungsi dan peranan Pending Diraja? (d) Nyatakan tiga persamaan antara Cogan Alam dengan Cogan Agama. (e) Bincangkan lima ciri utama solek Tengkolok Diraja ‘Dendam Tak Sudah’. (f) Sejauh manakah pengetahuan tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja boleh dikaitkan dengan warisan budaya bangsa? (g) Bagaimanakah institusi Diraja dapat menyatupadukan rakyat di negara ini? 3. Berdasarkan gambar foto 1 di bawah, jawab soalan-soalan berikut. (a) Bincangkan ciri-ciri dan peranan perhiasan Diraja tersebut dalam konteks negara kita. (b) Bagaimanakah Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual diaplikasikan dalam penghasilan perhiasan Diraja tersebut? (c) Pada pendapat anda, mengapakah tengkolok mempunyai kedudukan yang tinggi dan mulia dalam institusi Diraja? Gambar foto 1 Soalan Subjektif 22
  • 32. 2 Sejarah seni lukisan merangkumi semua budaya yang mewakili tradisi seni visual. Sehingga awal abad ke-14, seni lukisan tertumpu pada hal-hal berkaitan representasi, keagamaan, mitologi dan kehidupan harian. Namun, gaya abstrak dan konseptual kini lebih diterima secara umum. Seni lukisan pada peringkat awal bukan produk akhir sesebuah karya, tetapi sebagai asas kepada penghasilan karya lain seperti catan, cetakan, arca dan reka bentuk. Oleh sebab sejarah seni lukisan yang panjang, fokus tajuk Seni Lukisan Tingkatan 4 ini hanya merangkumi seni lukisan dari abad ke-14 hingga abad ke-19. Era ini merangkumi seni zaman Renaissance (1350-1600), Baroque (1600-1750), Rococo (1710-1790), Neoklasisisme (1740-1835), Romantisisme (1782-1830), Naturalisme (1820-1880), Realisme (1840-1870) dan Impresionisme (1860-1895). SENI LUKISAN Tajuk 2 24
  • 33. Mary Cassatt, Mother Combing Her Child's Hair, 1879, pastel 25 • Abstrak • Alegori • En plein air • Imitasi • Mitologi A-Z Kata Kunci 2.1 Pemahaman terhadap konsep Seni Lukisan. 2.2 Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan dalam penghasilan Seni Lukisan. 2.3 Menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai sumber dalam penjanaan tugasan. 2.4 Penghayatan terhadap hasil karya Seni Lukisan dengan menggunakan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. K Standard Kandungan
  • 34. Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Perkembangan pesat seni lukisan di Barat dari abad ke-14 hingga abad ke-19 telah mewujudkan pelbagai aliran dan gaya dalam bidang ini. Perkembangan ini juga telah melahirkan pelukis-pelukis terkenal dengan karya yang hebat. Berikut adalah antara aliran, gaya, pelukis dan karya yang merangkumi zaman Renaissance, Baroque, Rococo, Neoklasisisme, Romantisisme, Naturalisme, Realisme dan Impresionisme. Seni Lukisan Barat Mengikut Abad Pilihan dari Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya 1350 Renaissance • Dilahirkan pada 26 Mac 1483 di Urbino, Itali. • Nama penuh beliau ialah Raffaello Sanzio da Urbino. • Karya beliau dikagumi kerana kejelasan bentuk dan gambaran tentang idealisme. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Head of an Apostle (1519) dan Madonna with Child (1518-1520). Raphael (1483-1520) Istilah Renaissance bermaksud 'Kelahiran Semula', iaitu mengembalikan kegemilangan zaman klasik terutama dalam bidang seni. Aliran Renaissance ini bermula di Florence, Itali pada abad ke-14 dan berakhir pada abad ke-17. Kebanyakan karya lukisan yang dihasilkan menggunakan media pen, dakwat, kapur, arang dan pastel atau gabungan berus dengan pen. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah Raphael, Titian, Giorgio Vasari, Massachio, Giotto, Sandro Botticelli dan Michelangelo Buonarroti. Pelbagai teknik digunakan dalam penghasilan karya aliran ini seperti garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. Pelukis menggunakan satah yang jelas pada latar belakang dan garisan menegak. Setiap figura diletakkan secara berasingan dengan menggunakan komposisi yang bersifat dinamik. Kebanyakan karya aliran ini menggambarkan potret dan figura manusia serta latar belakang berbentuk realistik. Tema yang menjadi pilihan ialah keagamaan, mitologi dan sejarah. Raphael, Head of an Apostle, 1519, kapur hitam 26 PERSEPSI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 2.1.1 Menjelaskan seni lukisan Barat mengikut abad pilihan dari aspek: (i) Aliran dan gaya. (ii) Pelukis dan karya. i Era seni zaman Renaissance di Itali berjaya menghasilkan karya-karya lukisan yang dianggap terbaik dalam sejarah seni. Gerbang Seni
  • 35. 1600 Giorgio Vasari, The Annunciation, 1545, pen, dakwat, kapur dan wash Titian (1488-1576) Giorgio Vasari   (1511-1574) • Dilahirkan pada tahun 1488 di Venice, Itali. • Nama penuh beliau ialah Tiziano Vecellio. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Portrait of a Young Woman (1515), Landscape with St. Theodore Overcoming the Dragon (1550) dan Tobias and the Angel (1508-1576). • Dilahirkan pada 30 Julai 1511 di Arezzo, Florence, Itali. • Selain menjadi penulis, pelukis dan arkitek yang terkenal, beliau juga dikenali sebagai 'Sejarawan Seni yang Pertama'. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Concordia (1544-1545), The Annunciation (1545) dan Man Seated in Profile to Right (1526-1574). Titian, Tobias and the Angel, 1508-1576, pen dan dakwat hitam 27 Pameran lukisan Renaissance Video (Dicapai pada 30 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2cWkIiY
  • 36. Bar • Dilahirkan pada 28 Jun 1577 di Siegen, Jerman. • Karya beliau banyak menggambarkan hal benda berkaitan kanak-kanak, potret, haiwan dan landskap yang indah. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Nicolaas Rubens Wearing a Coral Neckless (1619). • Lukisan beliau yang lain ialah Young Woman with Folded Hands (1629-1630) dan Isabella Brandt (1621). Karya lukisan aliran Baroque mempunyai hubungan rapat antara pelukis dengan hal benda yang dilukis. Hal benda atau potret menampilkan pengalaman dan membangkitkan emosi serta keterujaan pelukis. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah Peter Paul Rubens, Diego Velázquez, Rembrandt van Rijn, François Mansart, Artemisia Gentileschi, Ottavio Leoni dan Pietro da Cortona. Lukisan aliran ini berbentuk realistik dan memberikan penekanan kepada bentuk semula jadi, jalinan, warna, cahaya serta ruang. Imej-imej yang jelas dan dramatik digunakan tetapi tidak terlalu terperinci. Media yang biasa digunakan ialah kapur merah, kapur hitam, pen dan dakwat. Tema yang kerap ditonjolkan berkait rapat dengan keagamaan, sejarah, alegori dan potret tokoh-tokoh dalam kehidupan mereka. Selain itu, pemandangan landskap dan kehidupan juga menjadi pilihan pelukis. Peter Paul Rubens, Nicolaas Rubens Wearing a Coral Neckless, 1619, kapur hitam dan putih 1600 Baroque Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Peter Paul   Rubens (1577-1640) 28 Karya Peter Paul Rubens Slaid (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2DlIlOn
  • 37. aroque Diego Velázquez, Head of a Girl, 1618, kapur • Dilahirkan pada tahun 1599 di Seville, Sepanyol. • Dianggap pelukis terpenting semasa Zaman Keemasan Sepanyol. • Kebanyakan lukisan yang beliau hasilkan adalah berbentuk potret. • Contoh lukisan beliau ialah Portrait of Gaspar de Borja y Velasco (1643- 1645) dan Head of a Girl (1618). • Dilahirkanpada15Julai1606diLeiden,Belanda. • Salah seorang pelukis yang lahir semasa Zaman Keemasan Belanda. • Keagamaan menjadi tema utama lukisan beliau di samping potret, landskap dan lukisan naratif. • Contoh lukisan yang dihasilkan ialah Jacobs and his Sons (1641) dan Old Man Reading a Book (1628). Rembrandt van Rijn, Old Man Reading a Book, 1628, pen dan dakwat coklat dengan putih legap (opaque) 1750 Diego   Velázquez (1599-1660) Rembrandt   van Rijn (1606-1669) 29
  • 38. Roc • Dilahirkan pada 29 September 1703 di Paris, Perancis. • Dianggap pelukis paling terkenal pada abad ke-18 yang banyak menghasilkan lukisan idealistik dan dekoratif. • Contoh lukisannya yang terkenal ialah Young Country Girl Dancing (1765-1770). • Lukisan beliau yang lain ialah Head of a Woman Seen from Behind (1740) dan Winged Putti with Flowers (1750). François Boucher, Young Country Girl Dancing, 1765 – 1770, kapur hitam, merah dan putih 1710 Rococo Aliran Rococo muncul di Perancis pada awal abad ke-18. Saiz karya yang dihasilkan pada zaman ini lebih kecil. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah François Boucher, Louis-Jean- François Lagrenée, Thomas Gainsborough, Antoine Watteau, Jean Honoré Fragonard, Giovanni Battista Tiepolo, Jean-Baptiste van Loo, Jean François de Troy dan Nicolas Lancret. Karya lukisan ini menggunakan unsur seni yang bertindih-tindih. Penekanan dibuat untuk menyeimbangkan antara bentuk, garisan, jalinan dengan cahaya dan warna. Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur dan arang. Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. Pelukis gemar menggunakan warna yang lembut dan kurang memberikan tumpuan kepada aspek latar belakang karya. Tema yang digunakan lebih ringan berbanding dengan aliran sebelumnya. Lukisan potret, pemandangan dan kehidupan harian khususnya berkaitan golongan bangsawan menjadi tumpuan pelukis pada era ini. Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya François   Boucher (1703-1770) 30 Kita mesti menghormati dan menghargai minat, bakat dan kebolehan orang lain. Nilai Murni
  • 39. coco • Dilahirkan pada 21 Januari 1725 di Paris, Perancis. • Beliau juga dikenali dengan nama Lagrenée the Elder. • Pernah memenangi anugerah The Grand Prix de Rome untuk karya catan pada tahun 1749. • Contoh lukisannya yang terkenal ialah Portrait of Princess Ekaterina Trubetskoy as a Child (1760-1762) dan The Resurrection (1760). • Dilahirkan pada 14 Mei 1727 di Sudbury, Suffolk, England. • Merupakan salah seorang pengasas Royal Academy di London. • Contoh lukisannya yang terkenal ialah A Lady Walking in a Garden with a Child (1785). • Lukisan beliau yang lain ialah Study of a Woman Holding a Shawl (1765-70) dan Hilly Landscape with Cows on the Road (1780). Thomas Gainsborough, A Lady Walking in a Garden with a Child, 1785, kapur hitam dan pastel Louis-Jean-François Lagrenée, Portrait of Princess Ekaterina Trubetskoy as a Child, 1760-1762, pastel 1790 Thomas Gainsborough (1727-1788) Louis-Jean- François Lagrenée (1725-1805) 31
  • 40. Neoklas • Dilahirkan pada 22 Mac 1728 di Aussig, Bohemia. • Beliau terkenal sebagai pelukis dan aktif berkarya di Dresden, Rom dan Madrid. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Self-potrait (1744), Portrait of William Burton Conyngham (1754-1755), Male Nude Study (1778) dan The Ascension (1755-1766). Anton Raphael Mengs, The Ascension, 1755-1766, pensel hitam dan pensel putih (albayalde) 1740 Neoklasisisme Neoklasisisme ialah aliran utama seni visual di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Aliran ini mendasari usaha untuk mempertingkatkan moral dan menyemarakkan sikap patriotik dalam kalangan rakyat. Mereka cuba menghidupkan kembali kegemilangan era klasik melalui mata pelajaran Sejarah, hikayat Rom dan hikayat Yunani. Pelukis-pelukis aliran ini yang terkenal ialah Anton Raphael Mengs, Joseph Wright dan Antoine-Jean Gros. Karya aliran ini mempunyai komposisi yang diasaskan oleh pelbagai garisan. Garisan tersebut dihasilkan secara terperinci atau secara kasar yang menampakkan garis-garis bersih, jelas dan tepat. Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang biasa digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching), gurisan dan gosokan. Kandungan karya aliran ini lebih memberikan tumpuan kepada bentuk figura manusia yang ideal. Pelukis gemar menggambarkan sejarah dan pakaian klasik, iaitu Yunani kuno walaupun mereka berada pada abad ke-18. Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Anton Raphael Mengs (1728-1799) 32 Mengapakah bakat dan kreativiti pelukis sebelum abad ke-19 disanjung tinggi oleh masyarakat? Cabar Minda Karya Joseph Wright Slaid (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2DmHrRm
  • 41. sisisme • Dilahirkan pada 16 Mac 1771 di Paris, Perancis. • Karyanya banyak bertemakan tentang sejarah. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Napoleon at the Battlefield of Eylau (1807), The Death of Timophanes (1798), Portrait of a Man (1793-1800) dan Portrait of a Woman (1793-1800). Antoine-Jean    Gros (1741-1807) • Dilahirkan pada 3 September 1734 di Derby, England. • Beliau terkenal sebagai pelukis potret dan landskap. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Self-portrait (1765), Part of the Colosseum Seen in Sunlight (1774) dan Landscape Study Development from a Blot (1770). Joseph Wright, Part of the Collosseum Seen in Sunlight, 1774, pen, wash dan dakwat Antoine-Jean Gros, Portrait of a Man, 1793-1800, kapur hitam Antoine-Jean Gros, Portrait of a Woman, 1793-1800, kapur hitam 1835 Joseph Wright   (1734-1797) 33
  • 42. Roman • Dilahirkan pada 30 Mac 1746 di Aragon, Sepanyol. • Dianggap sebagai pelukis penting aliran ini pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Girl Listening to a Guitar (1797-1799), Portrait of Javier Goya, the Artist's Son (1824) dan Josefa Bayeu (1805). Francisco Goya, Girl Listening to a Guitar, 1797-1799, dakwat dan wash 1782 Romantisisme Aliran Romantisisme ini muncul di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Karya aliran ini menampilkan lukisan yang bersifat romantik seperti sebuah tragedi, sejarah dan pemandangan alam semula jadi. Pelukis-pelukis terkenal aliran ini ialah Francisco Goya, William Blake dan Caspar David Friedrich. Aliran seni Romantisisme ini memberi tumpuan kepada emosi dan suasana termasuk kerohanian, imaginasi, misteri dan semangat. Hal bendanya berbeza-beza termasuk landskap, agama, revolusi dan keindahan yang tenang serta damai. Media yang digunakan adalah seperti pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. Kebanyakan bentuk lukisan aliran ini dihasilkan melalui idea dalaman. Pelukis lebih cenderung kepada sesuatu yang ideal, bukannya nyata. Tema karya yang dihasilkan lebih fokus kepada kesengsaraan, pemerintahan beraja dan kejatuhan gereja. Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Francisco Goya   (1746-1828) 34 Karya Francisco Goya Slaid (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2SZFjV3
  • 43. ntisisme • Dilahirkan pada 28 November 1757 di London, England. • Diakui sebagai penyumbang dalam bidang sastera dan seni. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Job’s Complaint (1786), The Breach in a City (1784) dan Elishaln the Chamber on the Wall (1820). William Blake, Job’s Complaint, 1786, dakwat India Caspar David Friedrich, View of Arkona with Moon Rising, 1805-1806, pensel, berus dan dakwat sepia (sepia ink) • Dilahirkan pada 5 September 1774 di Greifswald, Jerman. • Dianggap sebagai salah seorang pelukis Jerman yang paling penting dalam generasinya. • Contoh lukisannya yang terkenal ialah Self-portrait as a Young Man (1800), Ruins with the Roof of a Farmhouse (1799), Aldolf Gottlieb Friedrich, Reading (1802) dan View of Arkona with Moon Rising (1805-1806). 1830 William Blake    (1757-1827) Caspar David Friedrich (1774-1840) 35
  • 44. Natu • Dilahirkan pada 11 Jun 1776 di Suffolk, England. • Pelukis landskap yang terkenal. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Beached Fishing Boats with Fishermen Mending Nets on the Beach at Brighton, Looking West. • ContohlukisanyanglainialahTheQuarters, Alresford Hall (1816), The Cottage in the Lane (1827), Fir Trees at Hampstead (1820), View on the River Severn at Worcester (1835) dan Stonehenge, Wiltshire (1820). John Constable, The Cottage in the Lane, 1827, pen, dakwat dan wash 1820 Naturalisme Aliran ini bermula pada awal abad ke-19. Kebanyakan karya aliran ini ialah lukisan landskap. Walaupun karya tersebut menggambarkan figura manusia, namun fokusnya ialah pemandangan semula jadi yang mengelilingi figura tersebut. ContohpelukisaliraniniialahJohnConstable,Jules Bastien-Lepage dan Christian Wilhelm Allers. Gaya aliran ini lebih menekankan seni lukisan berbentuk imitasi dengan meniru alam semula jadi dan manusia setepat yang mungkin. Hasil karya mereka seolah-olah seperti gambar foto. Media yang digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang biasa digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. Kebanyakan lukisan ini bertemakan alam semula jadi. Pelukis lebih mementingkan teknik dalam penghasilan sesuatu lukisan berbanding hal benda yang dilukis. Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya John Constable   (1776-1837) 36 Christian Wilhelm Allers Video (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2E3JxHx
  • 45. uralisme • Dilahirkan pada 6 Ogos 1857 di Hamburg, Jerman. • Gemar menggunakan pensel untuk menghasilkan karyanya. • Kebanyakan lukisannya bertemakan potret, peristiwa seharian dan catatan tentang perjalanannya. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Bildnis Klaus Groth (1888), Christian Wilhelm Allers in his Villa at Capri (1898), Harbour of Lacco Ameno (1893) dan Santa Lucia (1893). • Dilahirkan pada 1 November 1848 di Meuse, Perancis. • Kemunculan beliau dikaitkan dengan permulaan aliran Naturalisme. • Pada tahun 1879, beliau menerima anugerah Legion of Honour dan pada tahun 1883, menerima anugerah Knight in the Order of Leopold. • Contoh lukisan beliau ialah Study for Les Foins (1878), Girl Seated in the Grass, Retour des Champs (1878-1879), Self-Portrait (1877) dan Study for La Communiante (1875). Christian Wilhelm Allers, Christian Wilhelm Allers in his Villa at Capri, 1898, pensel Jules Bastien-Lepage, Self-Potrait, 1877, kapur hitam dan putih 1880 Christain Wilhelm Allers (1857-1915) Jules Bastien-   Lepage (1848-1884) 37
  • 46. Re • Dilahirkan pada 16 Julai 1796 di Montauban, Perancis. • Beliau pernah memenangi Prix de Rome untuk lukisan beliau bertajuk Study of a Beech Tree. • Lukisan yang lain ialah Paysage avec une Femme Agenouillée, Study of Saint Sebastian (1852), Willow and White Poplars (1865-1872) dan Marino Vallée avec un Cavalier et une Italienne (1827). Jean-Baptiste-Camille Corot, Willow and White Poplars, 1865-1872, pensel dan krayon Jean-Baptiste-Camille Corot, Study of Saint Sebastian, 1852, arang 1840 Realisme Aliran Realisme ialah gerakan artistik yang bermula di Perancis pada pertengahan abad ke-19 hingga akhir abad ke-19, selepas Revolusi 1848. Aliran ini lahir sebagai reaksi terhadap prinsip-prinsip Neoklasisisme dan Romantisisme. Contoh pelukis aliran ini ialah Jean-Baptiste-Camille Corot, Édouard Manet, James Jacques Joseph Tissot dan Honorē Daumier. Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran sebenar alam semula jadi atau manusia tanpa tokok tambah. Media yang sering digunakan ialah pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang digunakan pula ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. Kebanyakan pelukis aliran ini menampilkan lukisan bentuk representasi landskap dan kehidupan sebenar. Mereka menggambarkan hal benda yang wujud dalam kehidupan. Terdapat juga hasil karya yang berbentuk sindiran untuk memberikan kesedaran politik dan sosial kepada masyarakat. Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Jean-Baptiste-   Camille Corot (1796-1875) 38 Karya Édouard Manet Slaid (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2CyhrkF
  • 47. ealisme • Dilahirkan pada 23 Januari 1832 di Paris, Perancis. • Memilih hal benda berdasarkan peristiwa dan keadaan semasa untuk karyanya. • Terlibat dalam pameran yang dianjurkan oleh Galeri Martinet. • Contoh lukisan yang dihasilkan ialah On the Bench(1879),PortraitofJuliendelaRochenoire (1882) dan Le Fiacre vu de Dos (1877-1878). • Dilahirkan pada 15 Oktober 1836 di Nantes, Perancis. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah An Old Cistern (1886-1889) dan Portrait of Marie-Héloise Jeanne Ferré May (1855). • Lukisan beliau yang lain ialah Transept of the Mosque of El Aksa (1886-1889), The Bridge of Kedron from Gethsemane (1886-1894) dan Valley of Hinnom (1886-1894). James Tissot, An Old Cistern, 1886-1889, grafit dan dakwat Édouard Manet, On the Bench, 1879, pastel 1870 Édouard Manet   (1832-1883) James Jacques   Joseph Tissot (1836-1902) 39
  • 48. Impres • Dilahirkan pada 10 Julai 1830 di Pulau Saint Thomas (Virgin Islands), Amerika Syarikat. • Kaedah dan gaya lukisan yang dihasilkan sentiasa berubah. • Bakat beliau lebih terserlah dalam penghasilan lukisan bentuk landskap. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Landscape at Pontois (1882), La Guaira (1852-1854), The Harvest (1882), Landscape at Louveciennes (1869), A Street in l'Hermitage, Pontoise (1874), Portrait of Eugenie Estruc (1878) dan Haymaker (1880). Camille Pissarro, La Guaira, 1852-1854, grafit dan dakwat 1860 Impresionisme Aliran Impresionisme ialah salah satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19. Impresionisme lahir daripada sekumpulan pelukis muda di Paris pada tahun 1860-an. Pada pertengahan abad ke-19, easel yang lebih dikenali sebagai ‘French box easel’ telah dicipta. Oleh itu, kebanyakan karya aliran ini dihasilkan di luar bangunan atau di kawasan terbuka (en plein air). Pelukis-pelukis penting aliran ini ialah Camille Pissarro, Edgar Degas dan Mary Cassatt. Pelukis aliran ini memberi fokus kepada cahaya dan kesan objek yang dilihat. Mereka sangat teliti berkaitan dengan pantulan cahaya untuk diterapkan di dalam lukisan. Media yang digunakan seperti pensel, pastel, kapur, arang, pen dan dakwat. Teknik yang sering digunakan ialah garisan selari (hatching), silang pangkah (crosshatching) dan gosokan. Hasilkaryalukisanaliraniniumumnyamenekankan hal benda yang melibatkan landskap dan figura manusia. Landskap Impresionisme banyak menggambarkan gaya hidup moden seharian. Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya Camille Pissarro   (1830-1903) 40 Karya Camille Pissarro Slaid (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2W5z7wT
  • 49. sionisme Edgar Degas, Two Dancers in the Studio (Dance School), 1875, pastel • Dilahirkan pada 22 Mei 1844 di Pennsylvania, Amerika Syarikat. • Hal benda yang menjadi pilihannya ialah ibu dan anak serta wanita. • Pelukis wanita yang menonjol pada akhir abad ke-19. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Young Woman in a Black and Green Bonnet, Looking Down (1890), Young Girls (1897), Maternite (1890) dan Nurse Reading to a Little Girl (1895). Mary Cassatt, Nurse Reading to a Little Girl, 1895, pastel • Dilahirkan pada 19 Julai 1834 di Paris, Perancis. • Nama penuh beliau ialah Hilaire-Germain- Edgar De Gas. • Terkenal dalam bidang lukisan, catan, cetakan dan arca. • Tema lukisannya lebih kepada tarian. • Contoh lukisan beliau yang terkenal ialah Two Dancers in the Studio (Dance School) (1875),DancerResting(1879-1880),Madame Loubens (1869), Two Dancers (1898) dan Ballet Dancers in the Wings (1900). 1895 Edgar Degas   (1834-1917) Mary Cassatt     (1844-1926) 41
  • 50. Buat perbandingan antara dua aliran seni lukisan ini menggunakan peta pemikiran berikut. Tujuan: 1. Mengenal pasti seni lukisan Barat mengikut abad pilihan. 2. Menjelaskan aliran, gaya, pelukis dan karya seni lukisan Barat berdasarkan abad pilihan. Langkah: 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu aliran seni lukisan antara abad ke-14 hingga abad ke-19. 3. Berdasarkan pilihan tersebut, anda perlu membuat sinopsis tentang perkara-perkara berikut: (a) Aliran (b) Gaya (c) Tokoh (d) Karya 4. Kemudian, buat analisis ringkas dengan menggunakan Bahasa Seni Visual satu karya tokoh yang dipilih daripada aspek: (a) Hal benda (b) Mesej 5. Hasilkan dokumentasi kumpulan anda dalam bentuk peta pemikiran atau multimedia dan bentangkan kepada kumpulan lain. Soalan: Sejauh manakah seni lukisan mampu memberikan kesan sosial dalam sesebuah masyarakat? Aliran Romantisisme Aliran Rococo 42 Aktiviti KUMPULAN Latihan Formatif Aliran seni Laman web (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2QssSTR
  • 51. Anda dikehendaki melakukan aktiviti penerokaan berkaitan tema, tajuk dan pewujudan idea dalam seni lukisan pada bahagian Eksplorasi Seni ini. Aplikasikan pengetahuan dan kefahaman anda tentang tema, tajuk, media dan idea dalam aktiviti ini. Tujuan: 1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan tentang tema dan tajuk terhadap seni lukisan. 2. Menganalisis hasil penerokaan terhadap seni lukisan untuk pewujudan idea melalui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya seni. Langkah: 1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. 2. Pilih satu karya aliran yang dipelajari daripada pelbagai sumber seperti Internet, majalah, buku dan surat khabar. 3. Buat perbincangan dengan pasangan anda berkaitan karya tersebut daripada aspek tema, tajuk dan idea. 4. Gunakan kaedah imitasi untuk menghasilkan lakaran berdasarkan tema, tajuk dan idea dengan menggunakan teknik dan media yang sesuai. 5. Kongsikan hasil dapatan anda dengan rakan-rakan. 6. Anda boleh merujuk jadual berikut sebagai panduan. Konsep Contoh lakaran Tema Kasih Sayang Tajuk Rakan Baik Saya Teknik Gosokan, lorekan, garisan selari Media Pensel dan arang Idea Pemerhatian karya yang pernah dihasilkan Jadual 2.1 Contoh penghasilan dokumentasi Mary Cassat, Young Girls, 1897, pastel 43 Kembara Minda EKSPLORASI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 2.2.1 Membuat penerokaan secara kreatif berkaitan: (i) Tema dan tajuk (ii) Pewujudan idea
  • 52. Pada bahagian Ekspresi Seni ini, anda dikehendaki menghasilkan satu karya seni lukisan berdasarkan aliran dan gaya yang dipilih. Anda boleh menggunakan media kering atau media campuran dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan karya ini agar lebih menarik. Tujuan: 1. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada penerokaan terhadap seni lukisan dalam penghasilan karya seni secara sistematik. 2. Menghasilkan karya seni lukisan berdasarkan aliran dan gaya yang dipilih secara kreatif dan inovatif. Alat: Pensel, soft pastel, pemadam dan pita pelekat. Bahan: Kertas lukisan, kertas surih, gambar foto sumber idea, mounting board, clear spray dan gam. Arahan: 1. Lakukan aktiviti ini secara individu. 2. Pilih aliran dan gaya yang sesuai. Pastikan anda mengetahui ciri-ciri aliran dan gaya tersebut. 3. Cari gambar foto atau gunakan imaginasi untuk dijadikan sumber idea yang kreatif. 4. Berdasarkan idea tersebut, aplikasikan aliran dan gaya tersebut dalam karya seni anda. Pilih sumber idea yang sesuai sama ada melalui pemerhatian atau gambar foto. 1. 44 EKSPRESI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 2.3.1 Menghasilkan karya seni lukisan berdasarkan aliran dan gaya pilihan. Minda Kreatif Semasa proses melukis, gunakan kertas surih sebagai pengalas untuk mengelakkan tangan melekat pada kertas lukisan dan merosakkan warna pastel. Tip Seni Proses menghasilkan lukisan. Video (Dicapai pada 24 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2UUwyka Lukisan pastel Video (Dicapai pada 24 Mei 2019) https://bit.ly/2rtBMoD Langkah-langkah Penghasilan Karya Seni Lukisan Aliran Rococo
  • 53. Hasil karya yang telah siap. Adik, 2018, pastel Gunakan warna pastel untuk membuat lapisan nipis. Ulang proses menambahkan warna lapisan demi lapisan dan gosok sehingga menimbulkan imej. Sembur dengan clear spray untuk mengelakkan warna luntur. Kemudian, gosokkan warna tersebut. Buat kemasan dengan menambah warna gelap untuk menampakkan imej dengan teknik garisan selari (hatching). Buat lakaran awal berdasarkan sumber idea yang dipilih. Letakkan pita pelekat bagi memastikan kertas lukisan berkeadaan pegun semasa proses melukis. 2. 4. 6. 8. 3. 5. 7. 9. 45
  • 54. Pada bahagian Apresiasi Seni ini, anda dikehendaki mempamerkan dan menjelaskan karya yang dihasilkan pada bahagian Ekspresi Seni. Jelaskan aliran, gaya, media, teknik dan Bahasa Seni Visual yang digunakan. Kongsikan juga pengalaman anda semasa penghasilan karya tersebut dengan rakan-rakan. Tujuan: 1. Mempamerkan hasil karya seni. 2. Menghayati dan menjelaskan karya seni lukisan berdasarkan idea sendiri secara kreatif dan inovatif. 3. Membuat apresiasi berpandukan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual seterusnya menjadi model teladan. Bahan: Karya murid yang dihasilkan dalam Ekspresi Seni. Langkah: 1. Tampal semua karya yang dihasilkan dalam Bilik Seni Visual. 2. Setiap murid diberikan masa lima minit untuk membentangkan karya yang dihasilkan daripada aspek pilihan aliran, gaya, idea, teknik, media, tema dan tajuk. 3. Aplikasikan Bahasa Seni dan Pemikiran Seni Visual yang dipelajari semasa membuat sesi pembentangan. 4. Murid lain boleh mengemukakan soalan atau cadangan penambahbaikan berkaitan karya yang dipamerkan. Gambar foto 2.1 Sesi Apresiasi Seni 46 APRESIASI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 2.4.1 Mempamerkan hasil karya seni lukisan. 2.4.2 Menghayati dan menjelaskan karya seni lukisan sendiri dan rakan dengan menumpukan aspek Bahasa Seni Visual. 2.4.3 Menjelaskan pengalaman sendiri dalam penghasilan karya seni lukisan. Galeri Minda Guru perlu membuat penilaian dan memberikan maklum balas daripada aspek: • Kesesuaian aliran, gaya, tema, tajuk, teknik dan media yang dipilih. • Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual yang digunakan. • Keaslian hasil karya. • Pembentangan semasa sesi apresiasi seni. Nota Guru
  • 55. Seni Lukisan • Aliran Renaissance ini bermula di Florence, Itali. • Contoh pelukis ialah Titian, Giorgio Vasari, Raphael dan Giotto. • Penggunaan satah dan komposisi yang dinamik. • Gambaran potret dan figura manusia. • Tema keagamaan, mitologi, sejarah, potret dan figura. • Aliran Romantisisme ini menampilkan lukisan romantik dan tragedi. • Tumpuan kepada emosi dan suasana. • Cenderung kepada sesuatu yang ideal. • Contoh pelukis ialah William Blake, Casper David Friedrich dan Francisco Goya. • Aliran Rococo muncul di Perancis. • Keseimbangan antara bentuk, garisan, cahaya dan warna. • Penggunaan warna lembut. • Contoh pelukis ialah Francois Boucher, Thomas Gainsborough dan Louis-Jean-François Lagrenée. • Tema potret, landskap dan kehidupan seharian. • Aliran Naturalisme lebih fokus kepada lukisan landskap. • Contoh pelukis ialah John Constable, Bastien-Lepage dan Christian Wilhelm Allers. • Bentuk imitasi alam semula jadi dan manusia. • Mementingkan teknik berbanding hal benda. • Aliran Baroque ini menampilkan emosi, pengalaman dan keterujaan. • Contoh pelukis ialah Diego Velāzquez, Peter Paul Rubens dan Rembrandt van Rijn. • Bentuk realistik dan imej dramatik. • Penekanan kepada jalinan, cahaya dan ruang. • Tema keagamaan, sejarah dan potret golongan bangsawan. • Aliran Realisme ialah gerakan artistik di Perancis. • Contoh pelukis ialah Jean-Baptiste- Camille Corot, Édouard Manet dan James Jacques Joseph Tissot. • Gambaran sebenar alam semula jadi atau manusia. • Lukisan representasi landskap dan kehidupan sebenar. • Contoh pelukis ialah Joseph Wright, Anton Raphael Mengs dan Antoine-Jean Gros. • Meningkatkan semangat patriotisme. • Berkaitan sejarah, hikayat Rom dan hikayat Yunani. • Bentuk figura yang ideal. • Contoh pelukis ialah Camille Pissarro, Edgar Degas dan Mary Cassatt. • Fokus kepada cahaya dan kesan objek. • Hal benda tentang landskap dan figura. • Menggambarkan gaya hidup moden harian. Aliran Renaissance Aliran Romantisisme Aliran Rococo Aliran Naturalisme Aliran Neoklasisisme Aliran Impresionisme Aliran Baroque Aliran Realisme 47 Rumusan Grafik Rumusan Grafik Rumusan Grafik Tajuk Teknik Jenis Proses Industri Alam Komik Fesyen Iklan Imaginasi Kolaj Media Campuran Digital
  • 56. Pilih satu jawapan yang tepat. 1. Aliran Renaissance bermula di , Itali. A Paris C Venice B Urbino D Florence 2. Siapakah antara berikut dikenali sebagai ‘Sejarawan Seni yang Pertama’? A Joseph Wright B Giorgio Vasari C Francisco Goya D Rembrandt van Rijn Pelukis gemar menggunakan warna lembut dan kurang memberikan tumpuan pada aspek latar belakang. 3. Maklumat di atas merujuk kepada aliran . A Realisme C Rococo B Neoklasisisme D Naturalisme • Study for Les Foins • Girl Seated in the Grass • Retour des Champs • Study for La Communiante 4. Siapakah pelukis yang telah menghasilkan karya-karya di atas? A Edgar Degas B Mary Cassatt C John Constable D Jules Bastien-Lepage 5. Manakah antara pernyataan berikut betul tentang pelukis di bawah? Gambar foto 1 I Pendokong aliran Renaissance II Pelukis ini dilahirkan di Jerman III Gemar menggunakan media pensel IV Lukisan beliau yang terkenal ialah Landscape at Pontois A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6 Pilih pernyataan yang betul. Pelukis Karya A Peter Paul Rubens Head of a Girl B Titian Dancer Resting C Mary Cassatt Nurse Reading to a Little Girl D Edgar Degas Bildnis Klaus Groth 7. Apakah ciri utama yang membezakan antara lukisan aliran Naturalisme dengan aliran lain? A Menyemarakkan sikap patriotik B Cenderung kepada sesuatu yang ideal C Temanya lebih kepada bentuk figura manusia D Menekankan lukisan bentuk imitasi alam semula jadi Soalan Objektif 48 Latihan Pengukuhan
  • 57. Jawab semua soalan berikut. 1. Tuliskan nama pelukis pada karya-karya berikut. Karya 1 Karya 2 Karya 3 (a)  (b)  (c)  2. Jawab soalan-soalan berikut. (a) Apakah kelebihan ‘en plein air’? (b) Apakah yang dititikberatkan oleh pelukis aliran Impresionisme daripada aspek teknikal? (c) Namakan tiga pelukis terkenal aliran Rococo dan nyatakan contoh karya mereka. (d) Apakah tema yang sering diketengahkan oleh pelukis aliran Romantisisme? (e) Pada pendapat anda, bagaimanakah langkah-langkah untuk memartabatkan seni lukisan di sekolah? Jelaskan. (f) Sejauh manakah bidang seni lukisan ini dapat menyedarkan masyarakat tentang sesuatu isu semasa? 3. Berdasarkan karya 4 di sebelah, jawab soalan-soalan berikut. (a) Siapakah pelukis karya ini? (b) Apakah tajuk karya ini? (c) Apakah media yang digunakan untuk menghasilkan karya ini? (d) Jelaskan gaya dan tema karya ini berdasarkan pengetahuan anda. Soalan Subjektif Karya 4 49
  • 58. 3 Sejarah seni catan sangat hebat. Kehebatan tersebut merujuk kepada kemunculan pelbagai aliran seni dan kelahiran seniman berwibawa yang menghasilkan karya-karya dengan gaya tersendiri. Penghasilan seni catan pada peringkat awal lebih tertumpu kepada kehendak peribadi sebelum berkembang kepada golongan pemerintah, gereja, aristokrat, golongan pertengahan dan persendirian. Memandangkan sejarah seni catan yang begitu panjang, fokus tajuk Seni Catan Tingkatan 4 ini hanya meliputi seni catan dari abad ke-14 hingga abad ke-19. SENI CATAN Tajuk 3 50
  • 59. Robert S. Duncanson, On the St. Annes, East Canada, 1863-1865, cat minyak 51 • Aristokrat • Cangiante • Chiaroscuro • Satira • Sfumato • Unione A-Z Kata Kunci 3.1 Pemahaman terhadap konsep Seni Catan. 3.2 Eksplorasi dan aplikasi pengetahuan dalam penghasilan Seni Catan. 3.3 Menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai sumber dalam penjanaan tugasan. 3.4 Penghayatan terhadap hasil karya Seni Catan dengan menggunakan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. K Standard Kandungan
  • 60. Zaman Renaissance terbahagi kepada tiga, iaitu Renaissance Awal, Renaissance Pertengahan dan Renaissance Akhir. Zaman ini telah meningkatkan minat orang Barat terhadap seni catan, seni cetakan, seni arca dan seni bina. Era Renaissance Pertengahan merupakan kemuncak kepada kelahiran tokoh-tokoh seni. Contoh pelukis terkenal pada zaman ini ialah Leonardo da Vinci, Michelangelo, Sandro Botticelli, Raphael, Hugo van der Goes, Masolino da Panicale, Jan van Eyck dan Pieter Bruegel the Elder. Karya aliran ini menampilkan beberapa ciri tertentu, misalnya mempunyai komposisi dinamik dan penggunaan warna yang bersifat kontras serta meriah. Pelukis juga menekankan aspek cahaya, perspektif linear dan unsur seni lain seperti penggunaan satah pada latar belakang serta garisan menegak. Penggunaan latar belakang yang gelap bertujuan untuk menyerlahkan objek manakala cahaya untuk menjelaskan ruang dan bentuk. Teknik yang digunakan adalah seperti chiaroscuro, sfumato, cangiante dan unione. Media yang digunakan ialah cat minyak dan cat tempera. Gaya karya aliran ini berbentuk realistik. Kandungannya menggambarkan peristiwa secara emosional. Tema yang digunakan berkait dengan keagamaan, kemewahan dan kekayaan golongan bangsawan. Seni catan dari abad ke-14 hingga abad ke-19 berkembang dari Eropah hingga ke Amerika dengan pelbagai aliran dan gaya. Setiap gaya tersebut memiliki ciri-ciri unik yang membezakan antara satu gaya dengan yang lain. Contoh aliran dan gaya tersebut ialah Renaissance, Baroque, Rococo, Neoklasisisme, Romantisisme, Naturalisme, Realisme dan Impresionisme. Sepanjang abad tersebut, ramai pelukis tampil dengan pelbagai karya kreatif mereka. Rajah 3.1 Penggunaan perspektif linear Masolino da Panicale menggunakan perspektif linear satu titik lenyap dalam karya St. Peter Healing a Cripple and the Raising of Tabitha, 1425. Aliran dan Gaya (1350-1600) 52 PERSEPSI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 3.1.1 Menjelaskan seni catan Barat mengikut abad pilihan dari aspek: (i) Aliran dan gaya. (ii) Pelukis dan karya. Seni Catan Barat Mengikut Abad Pilihan dari Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Karya Aliran Renaissance Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2qxbsXM
  • 61. Leonardo da Vinci, Mona Lisa, 1503, cat minyak Sandro Botticelli, Adoration of the Magi, 1475, cat minyak • Dilahirkan pada 6 Mac 1475 di Florence, Itali. • Banyak menggunakan teknik cangiante dalam karyanya. • Giorgio Vasari menganggap karya Michelangelo mengatasi semua artis sama ada yang masih hidup ataupun telah mati. • Contoh catan mural beliau yang terkenal bertajuk The Last Judgement yang dihasilkan pada tahun 1536-1541. • Karya yang lain ialah Sistine Chapel Ceiling: The Delphic Sibyl (1509), The Entombment (1500-1501), The Torment of Saint Anthony (1487-1488), The Conversion of Saul (1542-1545) dan The Crucifixion of St. Peter (1546-1550). • Dilahirkan pada 1 Mac 1445 di Florence, Itali. • Nama penuh beliau ialah Alessandro di Mariano di Vanni Filipepi. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Adoration of the Magi (1475). • Karya yang lain ialah Punishment of the Sons of Corah (1480-1482), The Return of Judith to Bethulia (1470) dan Madonna and Child (1465-1470). Leonardo da Vinci (1452-1519) Sandro Botticelli (1445-1510) Michelangelo (1475-1564) • Dilahirkan pada 15 April 1452 di Anchiano, Itali. • Dikenali sebagai 'uomo universale' (manusia sejagat) dan juga sebagai Master of All Sciences. • Simbol keunggulan zaman Renaissance. • Karyanya banyak menggunakan teknik chiaroscuro. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Mona Lisa (1503). • Karya yang lain ialah The Last Supper (1495-1498), Salvator Mundi (1490-1500), St. John the Baptist (1513), Annunciation (1472-1475) dan La Belle Ferronnière (1490). Michaelangelo, The Torment of Saint Anthony, 1487-1488, tempera Pelukis dan Karya 53
  • 62. Seni Baroque lahir ekoran daripada usaha pihak Gereja Katolik menentang fahaman Protestan pimpinan Martin Luther (seorang pemimpin agama di Jerman). Aliran seni ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan keterujaan. Contoh pelukis terkenal aliran ini ialah Jan Brueghel the Elder, Caravaggio, Nicolas Poussin, Peter Paul Rubens, Rembrandt van Rijn, Diego Velázquez dan François Mansart. Ciri-ciri umum karya seni Baroque ialah penggunaan ruang, cahaya, isi padu dan jalinan untuk menunjukkan elemen tenaga. Latar belakang karya yang berwarna gelap memberikan kontras pada cahaya dan kegelapan serta cahaya dan bayang-bayang. Hasil karya aliran ini mampu memberikan kesan emosi mendalam menerusi gabungan warna, pergerakan dan komposisi yang unik. Teknik tenebrism digunakan untuk memberikan kesan gelap yang dramatik dalam catan. Media yang banyak digunakan ialah cat minyak, fresko dan media campuran. Kandungan karya seni Baroque bersifat didaktik dan propaganda untuk meraih simpati menerusi kesan dramatik, kemuliaan dan moral yang ditonjolkan. Dua tema utama yang diketengahkan dalam aliran ini ialah keagamaan dan kehidupan harian. Jan Brueghel the Elder, Assault on a Convoy, 1612, cat minyak Jan Brueghel   the Elder (1568-1625) • Dilahirkan pada tahun 1568 di Brussels, Belgium. • Digelar sebagai 'Velvet Brueghel' kerana kehalusan dan ketelitian hasil karyanya. • Contohkaryabeliauyangterkenal ialah Assault on a Convoy (1612). • Karya yang lain ialah The Archdukes Albert and Isabella Visiting a Collector's Cabinet (1621-1623) dan Flowers in a Wooden Vessel (1606-1607). Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya (1600-1750) 54 i Teknik tenebrism ialah kaedah merakam cahaya ke atas latar belakang gelap untuk memberi kesan dramatik dalam catan. Teknik ini dipelopori oleh Caravaggio. Gerbang Seni Aliran Baroque Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2F7yrTo
  • 63. • Dilahirkan pada 28 September 1571 di Milan, Itali. • Nama penuh beliau ialah Michelangelo Merisi atau Amerighi. • Karya yang pernah dihasilkan ialah Supper at Emmaus (1601), The Musicians (1595), Judith Beheading Holofernes (1599–1602) dan Saint Francis of Assisi in Ecstasy (1595). Caravaggio (1571-1610) Nicolas Poussin, The Abduction of the Sabine Women, 1633-1634, cat minyak Nicolas Poussin, The Adoration of the Magi, 1633, cat minyak Nicolas Poussin (1594-1665) • Dilahirkan pada 15 Jun 1594 di Normandy, Perancis. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah The Death of Germanicus (1627). • Karya yang lain ialah The Adoration of the Magi (1633), The Abduction of the Sabine Women (1633-1634) dan Holy Family (1649). Caravaggio, Supper at Emmaus, 1601, cat minyak Caravaggio, The Musicians, 1595, cat minyak 55
  • 64. Aliran ini muncul di Perancis pada awal abad ke-18 sebagai lanjutan gaya Baroque. Karya seni catan ini dihasilkan untuk golongan diraja, bangsawan dan kelas pertengahan. Pada masa ini, karya seni catan easel kecil menjadi popular berbanding karya awam yang berukuran besar. Contoh pelukis terkenal aliran ini ialah Jean-Antoine Watteau, Jean-Honoré Fragonard, Giovanni Battista Tiepolo, Jean François de Troy, Jean-Baptiste van Loo dan Nicolas Lancret. Kebanyakan hasil karya seni catan aliran ini menggunakan warna-warna lembut dan garisan halus serta melengkung. Unsur-unsur seni digunakan secara bertindih-tindih dan penekanan kepada penggunaan cahaya serta warna berbanding bentuk. Pelukis banyak menggunakan media cat minyak atas kanvas. Seni catan yang dihasilkan pada dinding pula sering menggunakan teknik 'secco su fresco'. Tema yang kerap digunakan dalam karya aliran ini ialah alam semula jadi, mitologi, percintaan, figura, sejarah dan keagamaan. Penekanan pelukis lebih kepada imaginasi, misalnya pemandangan desa yang ideal atau suasana dalam bangunan. Jean-Antoine Watteau, Pélerinage à l'Île de Cythère (Pilgrimage to Cythera), 1717, cat minyak Jean-Antoine   Watteau (1684-1721) • Dilahirkan pada 10 Oktober 1684 di Valenciennes, Perancis. • Karyanya menggambarkan kehidupan harian di Belgium dan Belanda. • Kebanyakan karyanya terkenal kerana gambaran tentang figura manusia yang berbusana elegan bersuka ria sambil menghayati muzik. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Pilgrimage to Cythera (1717). • Karya yang lain ialah The Festival of Love (1718-1719), The Italian Comedians (1720), Ceres Summer (1717-1718), The Country Dance (1706-1710) dan The Scale of Love (1717). Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya (1710-1790) 56 i Teknik ‘secco su fresco’ merupakan campuran bahan seperti telur, minyak, lilin dan air yang disapu di atas plaster lembap. Gerbang Seni Aliran Rococo Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2RAVgA4
  • 65. Jean-Honoré Fragonard, The Swing, 1767, cat minyak Giovanni Battista Tiepolo, The Banquet of Cleopatra, 1743-1744, cat minyak Jean-Honoré   Fragonard (1732-1806) Giovanni Battista Tiepolo (1696-1770) • Dilahirkan pada 5 April 1732 di Grasse, Perancis. • Bakat dan kemahiran Fragonard diiktiraf selepas kematian beliau. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah The Swing (1767). • Karya yang lain ialah Bathers (1765), Blind Man’s Bluff (1755-1780), Landscape with Shepherds and Flock of Sheep (1763- 1765) dan Inspiration (1769). • Dilahirkan pada 5 Mac 1696 di Venice, Itali. • Selain Itali, beliau berkarya di Jerman dan Sepanyol. • Pelukis dekoratif yang hebat di Eropah pada abad ke-18. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah The Banquet of Cleopatra (1743-1744). • Karya beliau yang lain ialah The Glory of St. Dominic (1737-1739), Rinaldo Enchanted by Armida (1742-1745), Juno and Luna (1735-1745), The Immaculate Conception (1767-1768) dan Apollo Pursuing Daphne (1755-1760). 57 Mengapakah seni catan begitu penting kepada golongan atasan pada abad ke-18? Cabar Minda
  • 66. • Dilahirkan pada 30 Ogos 1748 di Paris, Perancis. • Dianggap sebagai bapa aliran seni Neoklasisisme. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Consecration of the Emperor Napoleon I and Coronation of the Empress Josephine (1807). • Karya beliau yang lain ialah Mademoiselle Guimard as Terpsichore(1775),Equestrian portrait of Stanisław Kostka Potocki (1781), Oath of the Horatii (1784), The Death of Socrates (1787) dan The Lictors Bring to Brutus the Bodies of His Sons (1789). Neoklasisisme merupakan aliran utama seni visual di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Aliran ini ialah reaksi dan tindak balas terhadap gaya Rococo. Matlamat aliran ini untuk mewujudkan kembali kegemilangan seni klasik Yunani dan Rom dalam kehidupan harian. Contoh pelukis aliran ini ialah François Gérard, Jacques-Louis David, Jean-Auguste-Dominique Ingres, Francisco Agustín y Grande, Marie-Guillemine Benoist, Nicolai Abildgaard, dan Giuseppe Appiani. Karya aliran Neoklasisisme memperlihatkan ciri keseimbangan dan harmoni. Komposisi ditekankan oleh garisan yang bersih, tajam dan tepat. Figura digambarkan dalam bentuk yang ideal dan raut wajah digambarkan dengan emosi atau tanpa emosi. Inti pati utama karya aliran ini adalah untuk meningkatkan patriotisme dalam diri dan kepada negara. Oleh itu, karya aliran ini lebih bersifat rasional, objektif dan disiplin. Figura yang menjadi subjek diaksikan dengan pelbagai gaya persembahan untuk menyampaikan mesej tertentu. Jacques-Louis David, Consecration of the Emperor Napoleon I and Coronation of the Empress Josephine, 1807, cat minyak Jacques-Louis David (1748-1825) Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya (1740-1835) 58 Patriotisme Mesej dalam karya seni catan secara tidak langsung menyemarakkan semangat cinta akan negara. Aliran Neoklasisisme Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/3008uLQ
  • 67. • Dilahirkan pada 29 Ogos 1780 di Montauban, Languedoc, Perancis. • Pada tahun 1802, beliau menyertai Salon dan memenangi Prix de Rome untuk catannya bertajuk The Ambassadors of Agamemnon in the Tent of Achilles (1801). • Pada tahun 1820, melalui karyanya Vow of Louis XIII, beliau diiktiraf sebagai profesor di Ēcole des Bequx-Arts, Paris. • Karyanya yang mendapat kritikan hebat kerana dikatakan terlalu bercita-cita besar ialah The Martyrdom of Saint Symphorian (1834). • Dilahirkan pada 4 Mei 1770 di Rom, Itali. • Karya seninya ialah contoh era kegemilangan gaya Neoklasisisme Perancis pada abad ke-19. • Tema utamanya ialah mitologi klasik, sejarah Revolusi Perancis dan potret. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah The 10th of August 1792 (1795-1799). • Karya yang lain ialah The Battle of Austerlitz (1805), Belisarius (1797), Caroline Murat and her Children (1808), Charles X, King of France (1825) dan The Fatherland under Threat (1832). Jean-Auguste-Dominique Ingres, The Martyrdom of Saint Symphorian, 1834, cat minyak François Gérard, The 10th of August 1792, 1795-1799, grafit dengan cat minyak François Gérard, The Battle of Austerlitz, 1805, cat minyak Jean-Augueste-   Dominique Ingres (1780-1867) François Gérard (1770-1837) 59
  • 68. (1782-1830) Aliran Romantisisme muncul di Eropah pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Aliran ini menampilkan karya yang bersifat romantik, tragedi, sejarah dan landskap. Konsepnya menekankan emosi yang dimiliki oleh pengkarya. Contoh pelukis terkenal aliran ini ialah John Ruskin, William Turner, Eugène Delacroix dan Francisco Goya. Karya ini gemar menggunakan warna yang kusam, suram dan kelam. Kombinasi warna gelap dan terang meninggalkan kesan dramatik pada karya yang dihasilkan. Warna tersebut menggambarkan kesengsaraan dan kezaliman. Pada keseluruhannya, karya aliran ini lebih kepada gambaran keadaan yang berlaku pada waktu itu. Pelukis mementingkan idea kebebasan, keadilan, persamaan dan simpati terhadap sesuatu. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan, kejatuhan gereja dan pemerintahan diraja. Mesej yang diketengahkan berkait dengan kritikan sosial, kedamaian, keharmonian dan kecintaan. Hal benda yang menjadi fokus ialah ekspresi muka dan aktiviti manusia. • Dilahirkan pada 8 Februari 1819 di London, England. • Seorang pelukis, penulis dan pemikir. • Pengkritik seni yang terkenal pada zaman Victoria. • Pandangannya terhadap seni memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah View of Amalfi (1844) dan Beauvais (1854). • Karya lain yang dihasilkan ialah The Kapellbrücke, Lucerne (1861), A View in the Alps (1835), Falls of Schaffhausen (1842), Amboise (1841) dan Stone Pines at Sestri (1845). John Ruskin, View of Amalfi, 1844, cat air dan gouache John Ruskin (1819-1900) Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya 60 Aliran Romantisisme Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2ytzkjr i John Ruskin menjadi 'Slade Professor of Fine Art' yang pertama di Universiti Oxford. Di situ, beliau menubuhkan Ruskin School of Drawing. Gerbang Seni
  • 69. • Dilahirkan pada 26 April 1798 di Charenton- Saint-Maurice, Île-de-France, Perancis. • Beliau dianggap sebagai pemimpin aliran Romantisisme di Perancis pada abad ke-19. • Memberikan tumpuan kepada warna dan pergerakan berbanding kejelasan garisan luar dan bentuk yang sempurna. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Fanatics of Tangier (1838). • Karya yang lain ialah The Virgin of the Harvest (1819), The Barque of Dante (1822), Christ on the Sea of Galilee (1854), Liberty Leading the People (1830) dan Massacre at Chios (1824). • Dilahirkan pada 23 April 1775 di London, England. • Terkenal dengan karyanya yang ekspresif dan imaginatif. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Modern Rome-Campo Vaccino (1839). • Karya yang lain ialah Fishermen at Sea (1796), Dutch Boats in a Gale (1801), Raby Castle, the Seat of the Earl of Darlington (1817), Wreckers, Coast of Northumberland (1834) dan The Wreck of a Transport Ship (1810). Eugène Delacroix, Fanatics of Tangier, 1838, cat minyak William Turner, Modern Rome-Campo Vaccino, 1839, cat minyak William Turner, Dutch Boats in a Gale, 1801, cat minyak Eugène   Delacroix (1798-1863) William Turner (1775-1851) 61
  • 70. Istilah 'Naturalisme' merujuk kepada aliran seni abad ke-19 yang diperkenalkan pada tahun 1868 oleh penulis Perancis, Émile Zola. Aliran ini dikaitkan dengan penghasilan karya seni yang menggambarkan kehidupan sebenar. Naturalisme melibatkan peniruan, representasi atau gambaran alam semula jadi termasuk manusia. Contoh pelukis aliran Naturalisme ini ialah Thomas Cole, John Brandon Smith, Pascal Dagnan-Bouveret, Theodore Rousseau, John Constable, Alfred Parsons dan Amaldus Nielsen. Karya aliran ini mempunyai ketepatan yang tinggi terhadap hal benda yang menjadi pilihan pelukis. Aspek susunan perbandingan, perspektif, tekstur, warna dan unsur terang gelap digunakan secara teliti. Selain itu, karya ini jarang menonjolkan elemen ekspresi, sebaliknya mengutamakan unsur keindahan. Kebanyakan karya aliran ini menggunakan kaedah en plein air. Justeru, kita dapati temanya berteraskan alam. Namun begitu, terdapat juga catan yang dipengaruhi oleh subjektiviti pelukis. Misalnya, karya John Martin tentang landskap yang bertajuk 'Apocalypse' menggambarkan kuasa tuhan. • Dilahirkan pada 1 Februari 1801 di Lancashire, England. • Merupakan salah seorang pelopor kepada aliran Naturalisme. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Home in the Woods (1847) dan Lake with Dead Trees (Catskill) (1825). • Karya yang lain ialah The Titan's Goblet (1833), The Course of Empire (1833–1836), The Oxbow (1836), dan The Voyage of Life (1842). Thomas Cole   (1801-1848) Thomas Cole, Home in the Woods, 1847, cat minyak Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya (1820-1880) 62 Mengapakah pelukis wanita kurang menonjol berbanding lelaki pada abad ke-14 hingga ke-19? Cabar Minda Aliran Naturalisme Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2Pbdo6O
  • 71. John Brandon Smith, Old Bridge on the Dulas, South Wales, 1880, cat minyak • Dilahirkan pada 7 Januari 1852 di Paris, Perancis. • Pelukis pertama menggunakan media fotografi untuk menghasilkan catannya yang berbentuk realisme. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Horses at the Watering Trough (1884) dan An Accident (1879). • Karya yang lain ialah In the Meadow (1892), Young Savoyard Eating under a Door (1877) dan Breton Women (1887). • Dilahirkan pada 1848 di Middlesex, England. • Beliau banyak melukis landskap dan antara karya beliau yang terkenal ialah On the Dulas, South Wales/Waterfall Near Neath, South Wales (1874). • Karya yang lain ialah A Highland Cataract (1869), Trout Stream in North Wales (1870), Old Bridge on the Dulas, South Wales (1880) dan Waterfall (1875). Pascal Dagnan-Bouveret    (1852-1929) John Brandon Smith (1848-1884) Pascal Dagnan-Bouveret, An Accident, 1879, cat minyak 63 Kelestarian Alam Sekitar Generasi hari ini dapat melihat gambaran landskap pada abad ke-14 hingga abad ke-19 melalui seni catan yang dihasilkan.
  • 72. (1840-1870) Realisme ialah gerakan artistik yang bermula di Perancis pada tahun 1840-an, selepas Revolusi 1848. Gerakan seni ini diketuai oleh Gustave Courbet sebagai reaksi terhadap prinsip-prinsip Neoklasisisme dan Romantisisme. Golongan Realisme berpendapat seni sepatutnya berkait dengan pengalaman dan pengamatan manusia, bukan emosi. Pelukis-pelukis lain aliran ini ialah Honoré Daumier, Jean-François Millet, Jean-Baptiste-Camille Corot, Edward Hopper dan Henri Fantin-Latour. Ciri-ciri utama karya aliran ini ialah bentuk yang tepat, jelas, terperinci dan tiada tokok tambah gambaran pada alam semula jadi, alam benda atau manusia. Pengkarya mementingkan aspek teknikal dan penggunaan warna yang menyerupai warna sebenar. Mereka mementingkan keaslian dan ketepatan objek yang dihasilkan berdasarkan imej yang dilihat. Kandungan karya aliran ini menggambarkan hal benda sebenar dan nyata dalam kehidupan, contohnya kemiskinan masyarakat kelas bawahan. Karya mereka bersifat satira dan kritikan bagi memberi kesedaran sosial serta politik. Honoré Daumier, Third-Class Carriage, 1862, cat minyak • Dilahirkan pada 26 Februari 1808 di Marseille, Perancis. • Terkenal dengan karya karikatur yang bersifat satira. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah The Third-Class Carriage (1862). • Karya yang lain ialah Two Sculptors (1870-1873), Don Quixote et Sancho Panza (Don Quixote and Sancho Panza) (1865-1870), Les Joueurs d'échecs (The Chess Players) (1863) dan The Laundress (1863). Honoré Daumier     (1808-1879) Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya 64 Bagaimanakah seni catan mampu mengangkat martabat pelukis dalam kalangan masyarakat antara abad ke-14 hingga abad ke-19? Cabar Minda Aliran Realisme Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2N5BNd1
  • 73. • Dilahirkan pada 4 Oktober 1814 di Normandy, Perancis. • Pada peringkat awal, hasil karya beliau berbentuk potret, kemudian penghasilan karyanya lebih kepada kehidupan desa, petani dan ladang. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Woman Baking Bread (1854) dan The Angelus (1857). • Karya yang lain ialah The Gleaners (1857), The Sower (1850), Harvesters Resting (1853), Potato Planters (1861) dan The Wood Sawyers (1852). Jean-François  Millet (1814-1875) Jean-François Millet, Woman Baking Bread, 1854, cat minyak • Dilahirkan pada 10 Jun 1819 di Doubs, Perancis. • Pelopor gerakan Realisme pada abad ke-19 dan berani membuat pernyataan sosial melalui karyanya. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Bonjour, Monsieur Courbet (1854). • Karya beliau yang lain ialah Self-Portrait with Black Dog (1842-1844), Desperate Man (1843-1845), Lovers in the Countryside (1844) dan The Wounded Man (1844-1854). Gustave Courbet     (1819-1877) Gustave Courbet, Bonjour, Monsieur Courbet, 1854, cat minyak 65
  • 74. Impresionisme merupakan satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19. Aliran ini disifatkan sebagai satu revolusi dalam seni kerana kaedah mereka berkarya berbeza dengan pendekatan konvensional seni lukis pada zaman itu. Karya-karya impresionis kebanyakannya dihasilkan di luar bangunan (en plein air) kerana mereka melukis berdasarkan visual yang dilihat pada waktu itu. Contoh pelukis penting aliran ini ialah Alfred Sisley, Claude Monet, Pierre-Auguste Renoir, Eugène Boudin dan Camille Pissarro. Karya aliran ini merakamkan kesan perubahan cahaya terhadap objek yang dilihat. Pelukis menggunakan palitan warna secara spontan pada hal benda, figura dan landskap dalam penghasilan karya. Mereka mementingkan keserasian warna, cahaya dan alam benda dengan meneliti sifat pantulan cahaya untuk diterapkan ke dalam karya yang dihasilkan. Mereka menggunakan warna penggenap untuk menghasilkan bayang. Kebanyakan pelukis aliran ini mengkaji perubahan warna mengikut suasana dan cahaya pada permukaan serta ruang. Misalnya suasana pagi, petang dan malam. Hasil karya impresionis umumnya merakamkan landskap, figura dan aktiviti harian manusia. • Dilahirkan pada 30 Oktober 1839 di Paris, Perancis. • Seorang yang konsisten dan dedikasi dalam penghasilan karya secara en plein air. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah La Seine au Point du Jour (1877). • Karya beliau yang lain ialah Molesey Weir at Hampton Court Morning (1874), Avenue of Chestnut Trees Near La Celle-Saint-Cloud (1865), The Terrace at Saint-Germain, Spring (1875), Flood at Port-Marly (1876), Meadow (1875) dan Boats (1885). Alfred Sisley    (1839-1899) Alfred Sisley, Boats, 1885, cat minyak Aliran dan Gaya Pelukis dan Karya (1860-1895) 66
  • 75. • Dilahirkan pada 14 November 1840 di Paris, Perancis. • Beliau merupakan pelopor aliran Impresionisme Perancis. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah siri Water Lilies (Nympheas), berjumlah 250 buah yang dihasilkan antara tahun 1896 hingga tahun 1926. • Karya yang lain ialah Impression, Sunrise (1872), Rouen Cathedral Series (1892-1893), Haystacks Series (1890-1891), Houses of Parliament Series (1900-1905), Poplar Series (1891) dan San Giorgio Maggiore at Dusk (1908-1912). Claude Monet    (1840-1926) Pierre-Auguste Renoir, Bal du Moulin de la Galette, 1876, cat minyak Claude Monet, Impression, Sunrise, 1872, cat minyak • Dilahirkan pada 25 Februari 1841 di Limoges, Perancis. • Dikenali juga sebagai Auguste Renoir. • Pelukis terkenal aliran Impresionisme. • Contoh karya beliau yang terkenal ialah Bal du Moulin de la Galette (1876). • Karya yang lain ialah Luncheon of the Boating Party (1880-1881), The Theater Box (1874), The Swing (1876) dan Pink and Blue (1910). Pierre-Auguste Renoir (1841-1919) 67 i Nama aliran ini diambil berdasarkan catan yang dihasilkan oleh Claude Monet bertajuk ‘Impression, Sunrise’. Gerbang Seni Aliran Impresionisme Laman web (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2zIdbAC
  • 76. Jawab semua soalan berikut. 1. Apakah ciri-ciri gaya hasil karya seni catan aliran Renaissance daripada aspek teknikal? 2. Mengapakah hasil karya aliran Naturalisme dikaitkan dengan alam semula jadi? 3. Apakah matlamat aliran Neoklasisisme? 4. Nyatakan perbezaan antara gaya aliran Baroque dengan aliran Realisme dalam jadual di bawah. Aliran Baroque Aliran Realisme 5. Mengapakah golongan karyawan seni dipandang tinggi dalam masyarakat? Tujuan: 1. Mengenal pasti seni catan Barat mengikut abad pilihan. 2. Menjelaskan aliran, gaya, pelukis dan karya seni catan Barat berdasarkan abad pilihan. Langkah: 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan dikehendaki memilih dua aliran seni catan yang dipelajari. 3. Cari maklumat setiap aliran daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan, ensiklopedia, majalah, surat khabar atau Internet. 4. Buat catatan daripada aspek-aspek berikut: (a) Latar belakang aliran. (b) Gaya, iaitu teknik yang digunakan seperti warna, cahaya dan perspektif. (c) Tema yang menjadi pilihan. (d) Contoh beberapa orang tokoh terkenal dan hasil karya mereka. 5. Gunakan peta pemikiran yang sesuai atau multimedia untuk mempersembahkan hasil dapatan kumpulan anda. 6. Catatkan hasil dapatan daripada kumpulan lain dalam buku nota. Soalan: Pada pendapat anda, mengapakah seorang pelukis perlu peka dengan situasi yang berlaku di sekeliling mereka? Berikan alasan anda. 68 Aktiviti KUMPULAN Latihan Formatif
  • 77. Anda telah mempelajari tentang media dan teknik dalam catan semasa di Tingkatan 2 dan 3. Pada bahagian ini, anda dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tema, tajuk, media, teknik dan idea untuk membuat penerokaan seni catan. Lakukan aktiviti penerokaan ini dengan bimbingan guru. Tujuan: 1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat penerokaan tentang tema dan tajuk terhadap seni catan. 2. Menganalisis hasil penerokaan terhadap seni catan untuk mewujudkan idea melalui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya. Langkah: 1. Lakukan aktiviti Eksplorasi Seni ini dengan merujuk kepada karya aliran-aliran yang telah dipelajari secara berkumpulan. 2. Buat rujukan untuk mendapatkan sumber idea bersama-sama ahli kumpulan anda. 3. Gunakan kaedah peta pemikiran di bawah untuk mendapatkan sumber idea. Guru Pemerhatian Internet Bahan rujukan Membaca isu semasa Mengkaji gambar foto Mengkaji karya seni Kajian lapangan Memerhati alam semula jadi 4. Pilih tema dan tajuk yang sesuai. 5. Kongsikan hasil dapatan anda dengan rakan-rakan yang lain. Sumber Idea Contoh karya Alfred Sisley, Vue du Canal Saint-Martin, 1870, cat minyak 69 EKSPLORASI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 3.2.1 Membuat penerokaan secara kreatif berkaitan: (i) Tema dan tajuk. (ii) Pewujudan idea. Kembara Minda i Rujuk bidang Pemikiran Seni Visual Tingkatan 1 untuk info berkaitan aspek yang diperlukan dalam aktiviti ini. Gerbang Seni
  • 78. Anda telah mengetahui tentang ciri-ciri aliran dan gaya catan yang dihasilkan antara abad ke-14 hingga abad ke-19. Berdasarkan aliran dan gaya yang dipilih, hasilkan satu karya seni catan yang menarik dengan mengaplikasikan Bahasa Seni Visual dan Pemikiran Seni Visual. Gunakan media dan teknik yang sesuai. Tujuan: 1. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada penerokaan terhadap seni catan dalam penghasilan karya seni secara sistematik. 2. Menghasilkan karya seni catan berdasarkan aliran dan gaya yang dipilih secara kreatif dan inovatif. Alat: Cat akrilik, pelbagai jenis berus, palet, pensel dan pemadam. Bahan: Kanvas 3D/kertas akrilik. Arahan: Lakukan aktiviti ini secara individu. Pastikan hasil karya anda mempunyai tajuk yang sesuai. Berikut adalah contoh aktiviti yang dilakukan. Claude Monet, Woman with a Parasol - Madame Monet and Her Son, 1875, cat minyak Buat lakaran berdasarkan sumber idea yang dipilih. Pastikan idea anda sesuai dengan aliran dan gaya yang dipilih. Pilih satu karya yang diminati dan ubah suai gambaran karya tersebut dengan menggunakan kreativiti anda. 2. 1. 70 EKSPRESI SENI Standard Pembelajaran Murid boleh: 3.3.1 Menghasilkan karya seni catan berdasarkan aliran dan gaya pilihan. Minda Kreatif Proses menghasilkan catan Video (Dicapai pada 25 Mei 2019) Akses QR https://bit.ly/2L4rO7l Langkah-langkah Penghasilan Karya Seni Catan Aliran Impresionisme
  • 79. Hasil akhir karya seni catan. Sapukan satu lapisan warna sebagai latar belakang hingga ke bahagian sisi bingkai kanvas. Tentukan sumber cahaya dan warnakan secara spontan untuk menghasilkan bentuk. Ulang proses menambah warna dengan menggunakan teknik alla prima untuk objek-objek di bahagian tengah dan hadapan. Buat kemasan dengan cermat. Friends with the Beauty of Nature, 2018, akrilik Tentukan komposisi dan bentuk objek. Gunakan teknik alla prima untuk menghasilkan imej objek tersebut. 7. 6. 3. 4. 5. 71