SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
Penerapan Nilai-nilai Murni Bermula Daripada Pendidikan Awal


      Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, ibu bapa memainkan peranan

yang penting dalam mendidik dan memberi asuhan yang sempurna kepada anak-

anak mereka. Kegawatan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada

hari ini telah menjadi faktor utama kepada kes pembuangan bayi, penagihan dadah,

hubungan seks bebas, ragut dan rempit. Sekiranya masalah ini tidak dibendung,

negara akan menghadapi kerugian kerana kekurangan tenaga pekerja pada masa

hadapan. Oleh itu, langkah utama yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini

adalah dengan menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri setiap individu bermula

daripada pendidikan awal. Seperti peribahasa Melayu, meluntur buluh biarlah

daripada rebungnya.


      Dari segi sains biologi, penerapan nilai-nilai murni harus bermula daripada

pendidikan awal kerana neuron otak kanak-kanak lebih senang bersambung sewaktu

mereka kecil. Kanak-kanak mula menggunakan akal mereka ketika berumur 6 tahun.

Pada waktu ini, kanak-kanak mula memberi perhatian terhadap tingkah laku ibu

bapanya dan mempunyai rasa ingin tahu terhadap sesuatu yang baru. Pada masa

ini, jika ibu bapa menunjukkan sikap yang baik, maka yang baik itulah yang akan

diamalkan oleh kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu

memerhatikan ibunya memasak akan merasakan keinginan untuk membantu dan

melakukan perkara yang sama. Oleh itu, ibu bapa hendaklah selalu menunjukkan

sikap yang baik terhadap anak-anak mereka.


      Sebagaimana yang kita ketahui, bayi yang baru dilahirkan ibarat kain putih.

Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Apabila kanak-kanak

                                       1
melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa perlu menghukum mereka dengan hukuman

ringan supaya kanak-kanak tersebut tidak berani lagi mengulangi kesalahan

tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 10 tahun yang enggan menunaikan

solat fardu seyogianya dirotan seperti sabda Rasulullah s.a.w.,


        “Arahkanlah anak-anak kamu supaya mengerjakan sembahyang ketika

        berusia 7 tahun, dan pukullah ketika mereka berusia 10 tahun (jika enggan

        sembahyang), dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka” (Hadis

        Riwayat Abu Daud).


      Selain daripada mendapat pendidikan awal di rumah, kanak-kanak juga boleh

mendapat pendidikan awal di tadika dan di sekolah rendah. Guru-guru tadika dan

sekolah rendah memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak menjadi

insan yang berguna pada masa hadapan. Guru-guru mengajar kemahiran asas 3M

iaitu membaca, menulis dan mengira. Mereka juga mengajar kanak-kanak mengenai

nilai-nilai murni seperti bercakap benar, menjaga kebersihan diri dan persekitaran,

menghormati rakan-rakan dan orang dewasa, tolong-menolong dan rajin belajar.

Pendidikan awal yang murni yang diterima oleh kanak-kanak ini akan kekal dalam

ingatan mereka dan seterusnya menjadi pedoman kepada mereka untuk menjadi

insan yang baik dan berakhlak mulia.


      Pendidikan awal kanak-kanak juga bermula apabila mereka mula bersosial.

Misalnya, apabila kanak-kanak bermain di taman permainan, mereka diajar oleh ibu

bapa supaya beratur apabila hendak mengambil giliran bermain gelongsor dan tidak

berebut dengan kanak-kanak yang lain. Di sini, nilai murni yang diajar ialah saling

menghormati antara satu sama lain. Selain daripada itu, kanak-kanak juga belajar

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di taman permainan. Apabila kanak-kanak
                                          2
diajar dengan nilai-nilai murni seperti yang dinyatakan tadi, lama kelamaan kanak-

kanak tersebut akan terbiasa dengan nilai-nilai murni tersebut dan seterusnya,

apabila kanak-kanak membesar, mereka akan menjadi seorang yang berdisiplin dan

sentiasa mendengar kata ibu bapa.


      Selain daripada pendidikan awal yang bermula di taman permainan, kanak-

kanak juga menerima pendidikan awal di surau. Sebagai contoh, pada usia seawal 5

tahun, kanak-kanak akan dihantar oleh ibu bapa ke surau bagi mempelajari ilmu

agama seperti membaca muqaddam, membaca al-Quran, menulis tulisan jawi,

memahami akidah, tauhid dan sebagainya. Pada waktu ini, ustaz atau ustazah yang

mengajar kanak-kanak tersebut akan menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan

syariat Islam. Tamsilnya, setiap hari ustaz atau ustazah menyuruh mereka

menunaikan solat fardu secara berjemaah. Perkara ini akan menjadi satu kebiasaan

bagi kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak membesar, mereka akan menjadi

insan yang sentiasa ingat pada Allah dan seterusnya mereka tidak akan melakukan

maksiat dan sentiasa berbuat baik terhadap orang lain.


      Nilai-nilai murni boleh juga diterapkan melalui pembelaan haiwan peliharaan

seperti kucing, arnab, ikan, kura-kura dan burung. Jikalau semasa kecil kanak-kanak

telah diajar membela haiwan peliharaan, ibu bapa akan dapat mengajar mereka

tentang kebersihan, disiplin, kasih sayang dan rasa simpati. Sebagai contoh, setiap

hari ibu menyuruh anaknya supaya memberikan makan dan minum kucing

peliharaannya. Perilaku ini dapat menanam sikap saling menyayangi antara manusia

dengan haiwan peliharaan. Contoh yang lain pula ialah apabila kanak-kanak

diamanahkan supaya menjaga pokok bunga. Jika pokok bunga tersebut tidak



                                         3
disirami air pada setiap hari, pokok tersebut akan layu. Nilai-nilai murni yang diajar di

sini ialah tanggungjawab, disiplin dan amanah.


      Akhir kata, penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri individu adalah sangat

penting dan ianya haruslah bermula daripada pendidikan awal di rumah. Ibu bapa,

guru-guru dan masyarakat mestilah memainkan peranan masing-masing dengan

baik dalam mendidik kanak-kanak supaya mereka menjadi insan yang berguna pada

masa hadapan. Jika setiap orang dewasa mempunyai rasa tanggungjawab dan

amanah dalam mendidik kanak-kanak pada peringkat awal, pasti kanak-kanak tidak

akan terbiar menjadi sampah masyarakat. Sebaliknya mereka akan menjadi insan

yang cemerlang dan berbakti kepada negara pada masa hadapan. Oleh itu,

terapkanlah nilai-nilai murni dan tunjukkanlah sikap yang mulia terhadap kanak-

kanak yang merupakan pemimpin generasi dunia akan datang.




                                           4

More Related Content

Similar to Kedua maria

Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaDurratul Aini
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Bengkel sarana ibu bapa
Bengkel sarana ibu bapaBengkel sarana ibu bapa
Bengkel sarana ibu bapaaknimaa
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1Young Lia
 
Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaDin Shaharudin
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Suhaidah Ismail
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranahzai09
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembanganDe Zer
 

Similar to Kedua maria (20)

Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Bengkel sarana ibu bapa
Bengkel sarana ibu bapaBengkel sarana ibu bapa
Bengkel sarana ibu bapa
 
Isu ibu bapa
Isu ibu bapaIsu ibu bapa
Isu ibu bapa
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Tokoh pra3108
Tokoh pra3108Tokoh pra3108
Tokoh pra3108
 
Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahani
Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahaniPenglibatan ibu bapa sebagai dr mahani
Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahani
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 
Tokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga sayaTokoh moral dalam keluarga saya
Tokoh moral dalam keluarga saya
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
Photo talk
Photo talkPhoto talk
Photo talk
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
 
Tugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaranTugasan budaya dan pembelajaran
Tugasan budaya dan pembelajaran
 
Slot 3 sarana ibu bapa
Slot 3 sarana ibu bapaSlot 3 sarana ibu bapa
Slot 3 sarana ibu bapa
 
Sarana ibu bapa
Sarana ibu bapaSarana ibu bapa
Sarana ibu bapa
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 

Kedua maria

  • 1. Penerapan Nilai-nilai Murni Bermula Daripada Pendidikan Awal Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan memberi asuhan yang sempurna kepada anak- anak mereka. Kegawatan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini telah menjadi faktor utama kepada kes pembuangan bayi, penagihan dadah, hubungan seks bebas, ragut dan rempit. Sekiranya masalah ini tidak dibendung, negara akan menghadapi kerugian kerana kekurangan tenaga pekerja pada masa hadapan. Oleh itu, langkah utama yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri setiap individu bermula daripada pendidikan awal. Seperti peribahasa Melayu, meluntur buluh biarlah daripada rebungnya. Dari segi sains biologi, penerapan nilai-nilai murni harus bermula daripada pendidikan awal kerana neuron otak kanak-kanak lebih senang bersambung sewaktu mereka kecil. Kanak-kanak mula menggunakan akal mereka ketika berumur 6 tahun. Pada waktu ini, kanak-kanak mula memberi perhatian terhadap tingkah laku ibu bapanya dan mempunyai rasa ingin tahu terhadap sesuatu yang baru. Pada masa ini, jika ibu bapa menunjukkan sikap yang baik, maka yang baik itulah yang akan diamalkan oleh kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu memerhatikan ibunya memasak akan merasakan keinginan untuk membantu dan melakukan perkara yang sama. Oleh itu, ibu bapa hendaklah selalu menunjukkan sikap yang baik terhadap anak-anak mereka. Sebagaimana yang kita ketahui, bayi yang baru dilahirkan ibarat kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Apabila kanak-kanak 1
  • 2. melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa perlu menghukum mereka dengan hukuman ringan supaya kanak-kanak tersebut tidak berani lagi mengulangi kesalahan tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 10 tahun yang enggan menunaikan solat fardu seyogianya dirotan seperti sabda Rasulullah s.a.w., “Arahkanlah anak-anak kamu supaya mengerjakan sembahyang ketika berusia 7 tahun, dan pukullah ketika mereka berusia 10 tahun (jika enggan sembahyang), dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka” (Hadis Riwayat Abu Daud). Selain daripada mendapat pendidikan awal di rumah, kanak-kanak juga boleh mendapat pendidikan awal di tadika dan di sekolah rendah. Guru-guru tadika dan sekolah rendah memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Guru-guru mengajar kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Mereka juga mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai murni seperti bercakap benar, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, menghormati rakan-rakan dan orang dewasa, tolong-menolong dan rajin belajar. Pendidikan awal yang murni yang diterima oleh kanak-kanak ini akan kekal dalam ingatan mereka dan seterusnya menjadi pedoman kepada mereka untuk menjadi insan yang baik dan berakhlak mulia. Pendidikan awal kanak-kanak juga bermula apabila mereka mula bersosial. Misalnya, apabila kanak-kanak bermain di taman permainan, mereka diajar oleh ibu bapa supaya beratur apabila hendak mengambil giliran bermain gelongsor dan tidak berebut dengan kanak-kanak yang lain. Di sini, nilai murni yang diajar ialah saling menghormati antara satu sama lain. Selain daripada itu, kanak-kanak juga belajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di taman permainan. Apabila kanak-kanak 2
  • 3. diajar dengan nilai-nilai murni seperti yang dinyatakan tadi, lama kelamaan kanak- kanak tersebut akan terbiasa dengan nilai-nilai murni tersebut dan seterusnya, apabila kanak-kanak membesar, mereka akan menjadi seorang yang berdisiplin dan sentiasa mendengar kata ibu bapa. Selain daripada pendidikan awal yang bermula di taman permainan, kanak- kanak juga menerima pendidikan awal di surau. Sebagai contoh, pada usia seawal 5 tahun, kanak-kanak akan dihantar oleh ibu bapa ke surau bagi mempelajari ilmu agama seperti membaca muqaddam, membaca al-Quran, menulis tulisan jawi, memahami akidah, tauhid dan sebagainya. Pada waktu ini, ustaz atau ustazah yang mengajar kanak-kanak tersebut akan menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan syariat Islam. Tamsilnya, setiap hari ustaz atau ustazah menyuruh mereka menunaikan solat fardu secara berjemaah. Perkara ini akan menjadi satu kebiasaan bagi kanak-kanak tersebut. Apabila kanak-kanak membesar, mereka akan menjadi insan yang sentiasa ingat pada Allah dan seterusnya mereka tidak akan melakukan maksiat dan sentiasa berbuat baik terhadap orang lain. Nilai-nilai murni boleh juga diterapkan melalui pembelaan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, ikan, kura-kura dan burung. Jikalau semasa kecil kanak-kanak telah diajar membela haiwan peliharaan, ibu bapa akan dapat mengajar mereka tentang kebersihan, disiplin, kasih sayang dan rasa simpati. Sebagai contoh, setiap hari ibu menyuruh anaknya supaya memberikan makan dan minum kucing peliharaannya. Perilaku ini dapat menanam sikap saling menyayangi antara manusia dengan haiwan peliharaan. Contoh yang lain pula ialah apabila kanak-kanak diamanahkan supaya menjaga pokok bunga. Jika pokok bunga tersebut tidak 3
  • 4. disirami air pada setiap hari, pokok tersebut akan layu. Nilai-nilai murni yang diajar di sini ialah tanggungjawab, disiplin dan amanah. Akhir kata, penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri individu adalah sangat penting dan ianya haruslah bermula daripada pendidikan awal di rumah. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat mestilah memainkan peranan masing-masing dengan baik dalam mendidik kanak-kanak supaya mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Jika setiap orang dewasa mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah dalam mendidik kanak-kanak pada peringkat awal, pasti kanak-kanak tidak akan terbiar menjadi sampah masyarakat. Sebaliknya mereka akan menjadi insan yang cemerlang dan berbakti kepada negara pada masa hadapan. Oleh itu, terapkanlah nilai-nilai murni dan tunjukkanlah sikap yang mulia terhadap kanak- kanak yang merupakan pemimpin generasi dunia akan datang. 4