1. SOALAN.
Terangkan secara ringkas perniagaan-perniagaan berikut:
i) Peruncit
ii) Sejajar
iii) Francais
iv) Jabatan
PERNIAGAAN PERUNCIT.
Merupakan urusan jual beli barangan dalam kuantiti yang kecil. Boleh didapati di merata-rata
tempat sama ada bersaiz kecil atau besar. Perniagaan runcit bersaiz kecil dinamakan perniagaan
runcit kecil-kecilan dan yang bersaiz besar dikenali sebagai perniagaan runcit besar-besaran.
Perniagaan runcit kecil-kecilan dapat dibahagikan kepada peruncit berkedai, penggerai, penjaja dan
lain-lain lagi. Manakala perniagaan runcit besar-besaran pula seperti Pasar raya, aneka jabatan,
kedai sejaras, francais dan sebagainya.
2. Peruncit berkedai mempunyai sebuah premis atau kedai tetap untuk menjalankan perniagaan.
Pekedai terdiri daripada pekedai am dan pekedai khusus. Pekedai am menjual pelbagai jenis barang
seperti kedai runcit. Pekedai khusus menjual sejenis barang sahaja seperti barang-barang elektrik
dan elektronik. Perniagaan jenis ini memerlukan modal yang lebih untuk menyewa bangunan dan
mendaftar dengan Majlis Perbandaran Tempatan.
Peruncit tanpa kedai atau penggerai mempunyai tempat yang sementara untuk menjalankan aktiviti
perniagaannya. Biasanya peruncit tanpa kedai ini menjual seperti makanan dan minuman, sayur-
sayuran, buah-buahan, ikan dan daging. Ia tidak memerlukan modal yang besar tetapi dengan modal
yang kecil sudah memadai serta ia memerlukan lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis
Perbandaran atau Tempatan.
Penjaja bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menjual barang mereka. Pada kebiasaannya
mereka berjalan kaki atau berkenderaan dan melaung menggunakan alat bunyian untuk menarik
perhatian pembeli. Penjaja berkenderaan biasanya menggunakan van, motosikal, kereta sorong
atau basikal. Tempat yang digemari adalah tempat tumpuan orang ramai. Kaedah perniagaan ini
memerlukan modal yang kecil dan berdaftar dengan majlis perbandaran.
3. Pasar raya merupakan sebuah pasar atau kedai yang besar yang mengamalkan sistem layan diri.
Pelbagai jenis makanan segar contohnya sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan dalam tin,
serta barang-barang keperluan dapur dan sebagainya dijual dalam satu bangunan. Barang- barang
ini disusun dengan teratur di atas rak untuk menyenangkan pembeli membuat pilihan. Harga barang
adalah tetap, kemudahan seperti hawa dingin, eskalator, troli, lif, muzik dan tempat menunggu
disediakan.
PERNIAGAAN SEJARAS.
Satu rangkaian kedai yang mempunyai banyak cawangan di merata tempat. Pengurusan dan
pentadbiran dijalankan oleh ibu pejabat. Perniagaan ini menjual barang yang sama dari segi jenama,
logo, dan harga serta mempunyai hiasan kedai yang sama. Contohnya Mcdonald’s, Pizza Hut,
7Eleven dan Bata.
PERNIAGAAN FRANCAIS.
Francais ialah apabila pemilik perniagaan asal yang dikenal sebagai francaisor membenarkan
perniagaan dijalankan oleh peniaga lain yang dikenali sebagai francaisi. Contohnya KFC, Pizza Hut,
McDonald dan Burger King. Francaisi akan diberi latihan, bimbingan, dan nasihat dalam pengurusan
perniagaan francais. Peniaga perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjaga imej dan
mutu barang niaga francais.
4. PERNIAGAAN ANEKA JABATAN.
Mempunyai beberapa jabatan di dalam sebuah bangunan. Setiap jabatan merupakan unit tersendiri
dan dikendalikan secara berasingan tetapi diurus oleh pentadbiran yang sama. Harga barang adalah
tetap. Ada kemudahan seperti eskalator, lif, hawa dingin tandas, tempat letak kereta dan
sebagainya. Contohnya Jaya jusco, Metrojaya dan Parkson Grand.