SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1   "Negara __________ ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun," jelas Cikgu
    Chong kepada murid-muridnya.

     A kita
     B kami
     C engkau
     D mereka
2   Saya meminta maaf kerana lambat membalas surat __________.

     A aku
     B kita
     C saudara
     D kami

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.




3    Murid itu didenda oleh Guru Besar kerana __________ dinding sekolah.

     A mencetak
     B menekap
     C menconteng
     D mencatat

4 Kakak sedang __________ surat untuk dihantar kepada kakak yang sedang menuntut di
  Mesir.

    A membaca
    B melakar
    C mencatat
    D menulis
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.




5   Bilik tidur Ahmad sentiasa __________ dan kemas.

    A jernih
    B lapang
    C terang
    D bersih

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


6   Leftenan Adnan ialah seorang perwira yang __________ menghadapi tentera-tentara Jepun.

    A jujur
    B tulus
    C berani
    D ikhlas

7   Saya susah bercakap dengannya kerana __________nya kurang baik.

    A kedengaran
    B pendengar
    C terdengar
    D pendengaran




8   Dalam pementasan drama itu, Ah Long __________dengan memegang watak Laksamana
Cheng Ho.
     A pelakon
     B lakonan
     C berlakon
     D melakonkan

9    Jalan kecil di tepi rumah saya semakin ramai orang yang __________.

     A terumbang-ambing
     B terhuyung-hayang
     C bolak-balik
     D lalu-lalang


10   Jalan dari Tapah ke Tanah Tinggi Cameron yang __________ itu memerlukan kemahiran
     memandu yang tinggi.

     A riuh-rendah
     B lekuk-lekak
     C lenggang-lenggok
     D bengkang-bengkok



11    Guru mendenda Aiman __________ dia tidak melakukan kesalahan itu lagi.

      A bahawa
      B agar
      C sejak
      D tatkala
12    Konduktor bas mengambil tiket itu __________ mengoyakkannya.

      A atau
      B dan
      C lalu
      D untuk




Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
13   Puan Kamariah __________ pergi ke Bank Simpanan Nasional untuk menyimpan wangnya
     pada pagi itu.

     A masih
     B pernah
     C hendak
     D belum

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.




14      Rohaya __________ tinggal di situ kira-kira lima tahun yang lalu.

        A belum
        B masih
        C pernah
        D akan




Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
15 En Chow rasa penat kerana dia baru pulang __________ kerja.

     A daripada
     B dari
     C pada
     D dengan


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.




16   Bangunan sekolah itu akan dirasmikan __________ Menteri Pelajaran pada hari Jumaat
     hadapan.

     A   oleh
     B   dari
     C   daripada
     D   kepada

17 Mei Ling memetik tiga __________ bunga cempaka di halaman rumah.

     A   kuntum
     B   jambak
     C   helai
     D   ikat
18 Adam telah membeli dua __________ cincin untuk dihadiahkan kepada ibunya.

      A   biji
      B   buah
      C   butir
      D   bentuk


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

19. "Mereka itu menerima pujian daripada Ketua Pengarah kerana sentiasa bekerja
bersungguh-sungguh," kata Hanafi.

      A     Hanafi memberitahu bahawa mereka itu mendapat pujian daripada Ketua Pengarah kerana
            selalu bekerja dengan penuh minat.
      B     Hanafi menerangkan bahawa mereka yang bekerja dengan baik main-main sentiasa mendapat
            pujian daripada Ketua Pengarah.
      C     Hanafi memberitahu mereka itu bahawa Ketua Pengarah sedang memuji kerana mereka
            sentiasa bekerja bersungguh-sungguh.
      D     Hanafi menerangkan kepada Ketua Pengarah bahawa mereka itu harus memberi pujian kerana
            telah bekerja dengan bersungguh-sungguh.


Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

20.   Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk kampung itu?

      A    Mereka secara bergotong-royong hendak membaiki jambatan itu.
      B    Mereka sedang bertungkus-lumus membersihkan jambatan itu.
      C    Mereka sedang bermesyuarat hendak membaiki jambatan itu.
      D    Mereka sedang bergotong-royong membaiki jambatan itu.




21.   Emak menghalau beberapa ekor ayam yang mendekati padi jemurannya.
Perkataan seerti bagi menghalau ialah

         A      menguis
         B      mengusir
         C      melempar
         D      Menepis



Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


      22. I       Rombongan pengantin lelaki itu telah tersesat kerana melanggar jalan yang salah.
          II      Sebuah bas telah melanggar pagar rumah di tepi jalan itu semalam.
          III     Tentera musuh sedang bersiap sedia untuk melanggar negara itu.
          IV      Penunggang motosikal itu disaman polis trafik kerana melanggar undang-undang
                  jalan raya.

          A        I dan III sahaja
          B        II dan IV sahaja
          C        I, III dan IV sahaja
          D        II, III dan IV sahaja

23.
          I       Dia melepaskan sampah-sarap di tepi jalan itu.
          II      Encik Daud melepaskan burung merbuk peliharaannya dari sangkar.
          III     Pak Awang berehat sekejap di atas gerai itu untuk melepaskan kepenatan.
          IV      Pengerusi persatuan itu ingin melepaskan jawatannya kepada pemimpin yang
                  lebih muda.


          A        I dan III sahaja
          B        II dan IV sahaja
          C        I, III dan IV sahaja
          D        II, III dan IV sahaja
24   Wang yang saya peroleh daripada ayah akan saya simpan.
     Perkataan berlawan bagi simpan ialah

     A   pungut
     B   ambil
     C   buang
     D   campak



25 Kalau kita bekerjasama, tentu kita boleh maju.

     Perkataan berlawan bagi maju ialah

     A   layu
     B   kecut
     C   mundur
     D   kecil

26   Lina membungkus hadiah itu dengan sehelai kertas yang cantik sekali.
     Perkataan seerti bagi membungkus ialah

     A   menyarung
     B   memberkas
     C   mengikat
     D   membarut
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


    Tarikh : 25 September 2008
    Masa : 9.00 pagi

     Semua ahli sudah berkumpul di kantin sekolah. Kali ini kami, ahli Persatuan Alam Sekitar
akan mengadakan lawatan ke Pusat Penternakan Ikan Air Tawar di Sungai Tujuh. Apabila bas
datang, kami diarahkan oleh guru kami, Puan Jamaliah supaya beratur untuk menaiki bas. Selepas
itu, kami bertolak ke Sungai Tujuh.

   Masa: 9.30 pagi

     Kami disambut oleh pengurus pusat penternakan, Encik Malik. Di pejabat pusat penternakan
itu, kami diberi penerangan oleh Encik Malik tentang cara-cara menternak ikan air tawar itu.
Kami diberitahu, di situ terdapat 20 buah kolam ikan yang digunakan untuk menternak ikan
siakap. Benih ikan dibeli daripada Pejabat Perikanan Daerah.

   Masa: 10.00 pagi

    Kami dibawa ke kolam ternakan ikan. Kolam ini dibuat daripada pukat yang direndam di
dalam sungai membentuk segi empat. Pukat ini diapungkan menggunakan tong plastik yang
besar. Di atas tong plastik ini diletakkan papan supaya senang untuk pekerja bergerak dari sebuah
kolam ke sebuah kolam yang lain. Ikan diternak di dalam pukat itu.

    Kami diberi penerangan tentang cara menternak, cara ikan diberi makan, cara penjagaan, bila
boleh dijual dan kepada siapa dipasarkan. Penerangan diberi oleh Encik Kamal, rakan kongsi
Encik Malik.

     Kami diberi peluang untuk memberi makanan kepada ikan yang diternak itu. Apabila
makanan ditabur ke dalam kolam, beribu-ribu anak ikan siakap timbul sambil berebut makanan
itu. Saya berasa sangat gembira melihat ikan-ikan itu berebut makanan. Ikan itu diberi makan dua
kali sehari dan sentiasa diawasi daripada penyakit dan musuh.

    Saiz ikan di dalam setiap kolam adalah berbeza supaya penternak dapat menjual ikan ini pada
setiap masa. Ikan yang diternak dapat dijual setelah berusia enam bulan. Berat setiap ikan siakap
yang dijual adalah antara 750 gram hingga 1.5 kilogram. Encik Kamal memberitahu, pulangan
daripada menternak ikan ini sangat memuaskan. Ikan-ikan itu dijual kepada pengusaha-pengusaha
restoran berdekatan, pelanggan yang datang ke kolam itu dan juga dihantar ke luar Kelantan.

   Masa: 12.30 tengah hari

    Kami dibawa ke Restoran Ikan Siakap berdekatan kolam kepunyaan Pusat Penternakan Ikan
Air Tawar itu. Di situ kami dihidangkan dengan masakan ikan siakap. Kami makan dengan
berselera sekali. Selepas mengucapkan terima kasih, kami pulang dengan gembira dan
kekenyangan.
31   Siapakah Encik Kamal?

     A   Ketua rombongan.
     B   Rakan kongsi Encik Malik.
     C   Pekerja pusat penternakan ikan.
     D   Pengurus pusat penternakan ikan.



32   Di manakah ahli rombongan diberi penerangan tentang penternakan ikan itu?

     A   Di dalam bas.
     B   Di kantin sekolah.
     C   Di kolam penternakan ikan.
     D   Di pejabat pusat penternakan ikan.



33   Bagaimanakah untuk menentukan ikan ternakan sentiasa sihat?

     A   Diberi makan dua kali sehari.
     B   Ikan diternak dalam kolam berpukat.
     C   Diletakkan papan di atas tong plastik.
     D   Dipelihara berdekatan restoran tuan punya pusat penternakan ikan.


34   Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

     A   Ikan-ikan itu diternak di dalam sangkar.
     B   Modal untuk penternakan ikan itu dikongsi oleh dua orang.
     C   Rombongan itu membuat lawatan ke restoran ikan air tawar.
     D   Ahli rombongan itu memperoleh pengetahuan tentang penternakan ikan air
         tawar.
35   Rangkai kata sentiasa diawasi dalam petikan bermaksud

     A    selalu dijaga.
     B    dijaga bersama.
     C    jangan dialpakan.
     D    bergilir-gilir menjaga.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Cuti hujung minggu yang lalu, Kittiksak bersama-sama keluarganya telah pulang ke rumah
datuk dan neneknya di Kampung Paya Bemban, Kota Bharu. Pada suatu petang, Kittiksak
berbual-bual dengan nenek di dalam biliknya.

Nenek : Kamu belum tidur lagi, Kittiksak?
Kittiksak : Belum mengantuk lagi nenek.
Nenek : Cucu nenek tidak letih ke?
Kittiksak : Tidak nenek. Nek, mengapakah nenek tidak tinggal bersama-sama kami di Kuala
            Lumpur?
Nenek : Nenek ada banyak kerja di kampung. Banyak perkara yang nenek perlu lakukan di
            sini. Oleh sebab itu, nenek dan datuk tidak dapat mengikut cucu tinggal di bandar.
Kittiksak : Tapi, kalau nenek tinggal bersama-sama kami dapatlah saya bermain-main dengan
            nenek setiap hari.
Nenek : Nenek bukannya tidak suka tinggal di bandar. Tapi, siapa pula yang akan menjaga
            ayam dan itik nenek?
Kittiksak : Kittiksak berasa bosan tinggal di bandar. Ayah dan ibu sentiasa sibuk. Mereka
            selalu pulang lewat dan tidak ada masa untuk Kittiksak.
Nenek : Kalau begitu, nenek dan datuk berjanji akan datang ke rumah Kittiksak sebulan
            sekali. Jadi, tidaklah cucu nenek berasa bosan duduk di rumah.
Kittiksak : Terima kasih, nenek.
Nenek : Sama-sama.




36   Apakah perkara yang dibincangkan oleh Kittiksak dengan neneknya?

      A   Neneknya mempelawa Kittiksak tinggal bersamanya.
      B   Nenek dan Kittiksak hendak pergi bermain bersama.
      C   Kittiksak mengajak neneknya tinggal bersama.
      D   Nenek dan datuknya banyak kerja.
37   Mengapakah Kittiksak hendak neneknya tinggal di bandar?

      A   Berasa bosan tinggal berseorangan.
      B   Ayah dan ibunya sentiasa sibuk berniaga.
      C   Ayah dan ibunya jarang pulang ke rumah.
      D   Kittiksak banyak kerja sekolah yang terpaksa dibuatnya.
38   Nenek tidak mahu mengikut Kittiksak ke bandar kerana

     A   perlu memelihara ayam dan itik di kampung.
     B   dapat bermain dengan cucu-cucunya.
     C   hendak menjaga datuk di kampung.
     D   Nenek tidak suka tinggal di bandar.
39   Pernyataan yang benar tentang petikan ialah

     A   Kittiksak berasa bosan tinggal di kampung.
     B   nenek dan datuk ingin menjaga cucunya di bandar.
     C   nenek berjanji akan datang ke bandar sebulan sekali.
     D   banyak perkara yang nenek dan datuk perlu lakukan di kampung.
40   Rangkai kata berasa bosan dalam petikan bermaksud

     A   berperasaan jemu.
     B   berperasaan gembira.
     C   berfikiran mengalah.
     D   berfikiran memualkan.

More Related Content

What's hot

Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerjashirleyku
 
Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)diladris
 
Kata adjektif printed
Kata adjektif printedKata adjektif printed
Kata adjektif printedsuhaimi rahim
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01LinZie Muslimah Centre
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2rozuyyin
 
Soalan akhir tahun tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017
Soalan akhir tahun   tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017Soalan akhir tahun   tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017
Soalan akhir tahun tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017mad zu
 
Exam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiExam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiemia80
 
Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k15868iss
 
8. kata adjektif 2 sk pt. sulaiman
8. kata adjektif 2   sk pt. sulaiman8. kata adjektif 2   sk pt. sulaiman
8. kata adjektif 2 sk pt. sulaimanRatha Shegar
 

What's hot (20)

Latihan kata kerja
Latihan kata kerjaLatihan kata kerja
Latihan kata kerja
 
A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08
 
Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)
 
Latihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahamanLatihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahaman
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013
 
Kata adjektif printed
Kata adjektif printedKata adjektif printed
Kata adjektif printed
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
 
Bm k1 2009
Bm k1 2009Bm k1 2009
Bm k1 2009
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
 
Soalan akhir tahun tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017
Soalan akhir tahun   tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017Soalan akhir tahun   tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017
Soalan akhir tahun tahun 5 - bm pemahaman - bahagian a - 2017
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Exam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiExam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2mei
 
Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Kertas i -pemahaman
Kertas i -pemahamanKertas i -pemahaman
Kertas i -pemahaman
 
8. kata adjektif 2 sk pt. sulaiman
8. kata adjektif 2   sk pt. sulaiman8. kata adjektif 2   sk pt. sulaiman
8. kata adjektif 2 sk pt. sulaiman
 

Similar to Exercise (20)

Bm sjk pemahaman set 1 edit
Bm sjk pemahaman set 1   editBm sjk pemahaman set 1   edit
Bm sjk pemahaman set 1 edit
 
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docxSoalan-Tatabahasa-BM.docx
Soalan-Tatabahasa-BM.docx
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
 
Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatifPenilaian sumatif
Penilaian sumatif
 
A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1A soalan bmk1_model1
A soalan bmk1_model1
 
Latihan 3.docx
Latihan 3.docxLatihan 3.docx
Latihan 3.docx
 
Bm latihan 2 edit
Bm latihan 2 editBm latihan 2 edit
Bm latihan 2 edit
 
Bm latihan 2
Bm latihan 2 Bm latihan 2
Bm latihan 2
 
Bm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedahBm 011 a pemahamanan kedah
Bm 011 a pemahamanan kedah
 
Soalan bm 1 thn 3 pkbs 1
Soalan bm 1 thn 3 pkbs 1Soalan bm 1 thn 3 pkbs 1
Soalan bm 1 thn 3 pkbs 1
 
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
 
Set 1 (pem)
Set 1 (pem)Set 1 (pem)
Set 1 (pem)
 
Tatabahasa Tahun 6.docx
Tatabahasa Tahun 6.docxTatabahasa Tahun 6.docx
Tatabahasa Tahun 6.docx
 
Tatabahasa Tahun 6.docx
Tatabahasa Tahun 6.docxTatabahasa Tahun 6.docx
Tatabahasa Tahun 6.docx
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4Pemahaman sk set 4
Pemahaman sk set 4
 
A bmk1 ujianupsr_set2_08
A bmk1 ujianupsr_set2_08A bmk1 ujianupsr_set2_08
A bmk1 ujianupsr_set2_08
 

Exercise

  • 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 "Negara __________ ialah sebuah negara yang sedang pesat membangun," jelas Cikgu Chong kepada murid-muridnya. A kita B kami C engkau D mereka 2 Saya meminta maaf kerana lambat membalas surat __________. A aku B kita C saudara D kami Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. 3 Murid itu didenda oleh Guru Besar kerana __________ dinding sekolah. A mencetak B menekap C menconteng D mencatat 4 Kakak sedang __________ surat untuk dihantar kepada kakak yang sedang menuntut di Mesir. A membaca B melakar C mencatat D menulis
  • 2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. 5 Bilik tidur Ahmad sentiasa __________ dan kemas. A jernih B lapang C terang D bersih Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 6 Leftenan Adnan ialah seorang perwira yang __________ menghadapi tentera-tentara Jepun. A jujur B tulus C berani D ikhlas 7 Saya susah bercakap dengannya kerana __________nya kurang baik. A kedengaran B pendengar C terdengar D pendengaran 8 Dalam pementasan drama itu, Ah Long __________dengan memegang watak Laksamana
  • 3. Cheng Ho. A pelakon B lakonan C berlakon D melakonkan 9 Jalan kecil di tepi rumah saya semakin ramai orang yang __________. A terumbang-ambing B terhuyung-hayang C bolak-balik D lalu-lalang 10 Jalan dari Tapah ke Tanah Tinggi Cameron yang __________ itu memerlukan kemahiran memandu yang tinggi. A riuh-rendah B lekuk-lekak C lenggang-lenggok D bengkang-bengkok 11 Guru mendenda Aiman __________ dia tidak melakukan kesalahan itu lagi. A bahawa B agar C sejak D tatkala 12 Konduktor bas mengambil tiket itu __________ mengoyakkannya. A atau B dan C lalu D untuk Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
  • 4. 13 Puan Kamariah __________ pergi ke Bank Simpanan Nasional untuk menyimpan wangnya pada pagi itu. A masih B pernah C hendak D belum Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. 14 Rohaya __________ tinggal di situ kira-kira lima tahun yang lalu. A belum B masih C pernah D akan Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.
  • 5. 15 En Chow rasa penat kerana dia baru pulang __________ kerja. A daripada B dari C pada D dengan Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. 16 Bangunan sekolah itu akan dirasmikan __________ Menteri Pelajaran pada hari Jumaat hadapan. A oleh B dari C daripada D kepada 17 Mei Ling memetik tiga __________ bunga cempaka di halaman rumah. A kuntum B jambak C helai D ikat
  • 6. 18 Adam telah membeli dua __________ cincin untuk dihadiahkan kepada ibunya. A biji B buah C butir D bentuk Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 19. "Mereka itu menerima pujian daripada Ketua Pengarah kerana sentiasa bekerja bersungguh-sungguh," kata Hanafi. A Hanafi memberitahu bahawa mereka itu mendapat pujian daripada Ketua Pengarah kerana selalu bekerja dengan penuh minat. B Hanafi menerangkan bahawa mereka yang bekerja dengan baik main-main sentiasa mendapat pujian daripada Ketua Pengarah. C Hanafi memberitahu mereka itu bahawa Ketua Pengarah sedang memuji kerana mereka sentiasa bekerja bersungguh-sungguh. D Hanafi menerangkan kepada Ketua Pengarah bahawa mereka itu harus memberi pujian kerana telah bekerja dengan bersungguh-sungguh. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 20. Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk kampung itu? A Mereka secara bergotong-royong hendak membaiki jambatan itu. B Mereka sedang bertungkus-lumus membersihkan jambatan itu. C Mereka sedang bermesyuarat hendak membaiki jambatan itu. D Mereka sedang bergotong-royong membaiki jambatan itu. 21. Emak menghalau beberapa ekor ayam yang mendekati padi jemurannya.
  • 7. Perkataan seerti bagi menghalau ialah A menguis B mengusir C melempar D Menepis Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22. I Rombongan pengantin lelaki itu telah tersesat kerana melanggar jalan yang salah. II Sebuah bas telah melanggar pagar rumah di tepi jalan itu semalam. III Tentera musuh sedang bersiap sedia untuk melanggar negara itu. IV Penunggang motosikal itu disaman polis trafik kerana melanggar undang-undang jalan raya. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 23. I Dia melepaskan sampah-sarap di tepi jalan itu. II Encik Daud melepaskan burung merbuk peliharaannya dari sangkar. III Pak Awang berehat sekejap di atas gerai itu untuk melepaskan kepenatan. IV Pengerusi persatuan itu ingin melepaskan jawatannya kepada pemimpin yang lebih muda. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
  • 8. 24 Wang yang saya peroleh daripada ayah akan saya simpan. Perkataan berlawan bagi simpan ialah A pungut B ambil C buang D campak 25 Kalau kita bekerjasama, tentu kita boleh maju. Perkataan berlawan bagi maju ialah A layu B kecut C mundur D kecil 26 Lina membungkus hadiah itu dengan sehelai kertas yang cantik sekali. Perkataan seerti bagi membungkus ialah A menyarung B memberkas C mengikat D membarut
  • 9. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Tarikh : 25 September 2008 Masa : 9.00 pagi Semua ahli sudah berkumpul di kantin sekolah. Kali ini kami, ahli Persatuan Alam Sekitar akan mengadakan lawatan ke Pusat Penternakan Ikan Air Tawar di Sungai Tujuh. Apabila bas datang, kami diarahkan oleh guru kami, Puan Jamaliah supaya beratur untuk menaiki bas. Selepas itu, kami bertolak ke Sungai Tujuh. Masa: 9.30 pagi Kami disambut oleh pengurus pusat penternakan, Encik Malik. Di pejabat pusat penternakan itu, kami diberi penerangan oleh Encik Malik tentang cara-cara menternak ikan air tawar itu. Kami diberitahu, di situ terdapat 20 buah kolam ikan yang digunakan untuk menternak ikan siakap. Benih ikan dibeli daripada Pejabat Perikanan Daerah. Masa: 10.00 pagi Kami dibawa ke kolam ternakan ikan. Kolam ini dibuat daripada pukat yang direndam di dalam sungai membentuk segi empat. Pukat ini diapungkan menggunakan tong plastik yang besar. Di atas tong plastik ini diletakkan papan supaya senang untuk pekerja bergerak dari sebuah kolam ke sebuah kolam yang lain. Ikan diternak di dalam pukat itu. Kami diberi penerangan tentang cara menternak, cara ikan diberi makan, cara penjagaan, bila boleh dijual dan kepada siapa dipasarkan. Penerangan diberi oleh Encik Kamal, rakan kongsi Encik Malik. Kami diberi peluang untuk memberi makanan kepada ikan yang diternak itu. Apabila makanan ditabur ke dalam kolam, beribu-ribu anak ikan siakap timbul sambil berebut makanan itu. Saya berasa sangat gembira melihat ikan-ikan itu berebut makanan. Ikan itu diberi makan dua kali sehari dan sentiasa diawasi daripada penyakit dan musuh. Saiz ikan di dalam setiap kolam adalah berbeza supaya penternak dapat menjual ikan ini pada setiap masa. Ikan yang diternak dapat dijual setelah berusia enam bulan. Berat setiap ikan siakap yang dijual adalah antara 750 gram hingga 1.5 kilogram. Encik Kamal memberitahu, pulangan daripada menternak ikan ini sangat memuaskan. Ikan-ikan itu dijual kepada pengusaha-pengusaha restoran berdekatan, pelanggan yang datang ke kolam itu dan juga dihantar ke luar Kelantan. Masa: 12.30 tengah hari Kami dibawa ke Restoran Ikan Siakap berdekatan kolam kepunyaan Pusat Penternakan Ikan Air Tawar itu. Di situ kami dihidangkan dengan masakan ikan siakap. Kami makan dengan berselera sekali. Selepas mengucapkan terima kasih, kami pulang dengan gembira dan kekenyangan.
  • 10. 31 Siapakah Encik Kamal? A Ketua rombongan. B Rakan kongsi Encik Malik. C Pekerja pusat penternakan ikan. D Pengurus pusat penternakan ikan. 32 Di manakah ahli rombongan diberi penerangan tentang penternakan ikan itu? A Di dalam bas. B Di kantin sekolah. C Di kolam penternakan ikan. D Di pejabat pusat penternakan ikan. 33 Bagaimanakah untuk menentukan ikan ternakan sentiasa sihat? A Diberi makan dua kali sehari. B Ikan diternak dalam kolam berpukat. C Diletakkan papan di atas tong plastik. D Dipelihara berdekatan restoran tuan punya pusat penternakan ikan. 34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Ikan-ikan itu diternak di dalam sangkar. B Modal untuk penternakan ikan itu dikongsi oleh dua orang. C Rombongan itu membuat lawatan ke restoran ikan air tawar. D Ahli rombongan itu memperoleh pengetahuan tentang penternakan ikan air tawar. 35 Rangkai kata sentiasa diawasi dalam petikan bermaksud A selalu dijaga. B dijaga bersama. C jangan dialpakan. D bergilir-gilir menjaga.
  • 11. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Cuti hujung minggu yang lalu, Kittiksak bersama-sama keluarganya telah pulang ke rumah datuk dan neneknya di Kampung Paya Bemban, Kota Bharu. Pada suatu petang, Kittiksak berbual-bual dengan nenek di dalam biliknya. Nenek : Kamu belum tidur lagi, Kittiksak? Kittiksak : Belum mengantuk lagi nenek. Nenek : Cucu nenek tidak letih ke? Kittiksak : Tidak nenek. Nek, mengapakah nenek tidak tinggal bersama-sama kami di Kuala Lumpur? Nenek : Nenek ada banyak kerja di kampung. Banyak perkara yang nenek perlu lakukan di sini. Oleh sebab itu, nenek dan datuk tidak dapat mengikut cucu tinggal di bandar. Kittiksak : Tapi, kalau nenek tinggal bersama-sama kami dapatlah saya bermain-main dengan nenek setiap hari. Nenek : Nenek bukannya tidak suka tinggal di bandar. Tapi, siapa pula yang akan menjaga ayam dan itik nenek? Kittiksak : Kittiksak berasa bosan tinggal di bandar. Ayah dan ibu sentiasa sibuk. Mereka selalu pulang lewat dan tidak ada masa untuk Kittiksak. Nenek : Kalau begitu, nenek dan datuk berjanji akan datang ke rumah Kittiksak sebulan sekali. Jadi, tidaklah cucu nenek berasa bosan duduk di rumah. Kittiksak : Terima kasih, nenek. Nenek : Sama-sama. 36 Apakah perkara yang dibincangkan oleh Kittiksak dengan neneknya? A Neneknya mempelawa Kittiksak tinggal bersamanya. B Nenek dan Kittiksak hendak pergi bermain bersama. C Kittiksak mengajak neneknya tinggal bersama. D Nenek dan datuknya banyak kerja. 37 Mengapakah Kittiksak hendak neneknya tinggal di bandar? A Berasa bosan tinggal berseorangan. B Ayah dan ibunya sentiasa sibuk berniaga. C Ayah dan ibunya jarang pulang ke rumah. D Kittiksak banyak kerja sekolah yang terpaksa dibuatnya.
  • 12. 38 Nenek tidak mahu mengikut Kittiksak ke bandar kerana A perlu memelihara ayam dan itik di kampung. B dapat bermain dengan cucu-cucunya. C hendak menjaga datuk di kampung. D Nenek tidak suka tinggal di bandar. 39 Pernyataan yang benar tentang petikan ialah A Kittiksak berasa bosan tinggal di kampung. B nenek dan datuk ingin menjaga cucunya di bandar. C nenek berjanji akan datang ke bandar sebulan sekali. D banyak perkara yang nenek dan datuk perlu lakukan di kampung. 40 Rangkai kata berasa bosan dalam petikan bermaksud A berperasaan jemu. B berperasaan gembira. C berfikiran mengalah. D berfikiran memualkan.