Guru Bahasa Melayu ditugaskan untuk membuat kepala perarakan perayaan. Beliau dibantu oleh tiga orang pelajar. Walau bagaimanapun, perancangan tersebut ditentang oleh Penolong Guru Besar kerana beliau mahu wang tersebut digunakan untuk membina biliknya. Akhirnya, kepala perarakan musnah akibat hujan lebat semasa perarakan.
1. KEPALA PERARAKAN
karya : Muslim Burmat
SINOPSIS
Sekolah Rendah Simpang Lima Puluh Sembilan telah disahkan Setiausaha Jawatankuasa
Perarakan Tanglung dan Berjalan Kaki bagi penutup Perayaan Sempena Tiga Puluh Tahun
Bahasa Melayu dalam perlembagaan. Guru Bahasa Melayu telah dipertanggungjawabkan
untuk membina kepala perarakan. Bagi melaksanakannya, Guru Bahasa Melayu meminta
bantuan tiga orang pelajar dengan kebenaran dari guru bahasa tersebut. Kepala
perarakan tersebut ialah replika Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dan dipaparkan slogan
kata berbunyi “Bahasa Melayu Lambang Maruah Bangsa”, manakala anak-anak tangglung
berbentuk bintan lima. Dalam masa Guru Bahasa Melayu berbincang dengan tiga orang
pelajar ia telah dipanggil oleh Guru Besar tersebut.di bilik Guru Besar, Guru Besar sedang
berbincang dengan penolong Guru Besar tentang saranan untuk mengemaskinikan
pentadbiran sekolah termasuk membina sebuah bilik untuk Penolong Guru Besar.
Peruntukan kewangan memang ada tetapi telahpun dibulat suarakan untuk membuat
kepala perarakan. Saranan Penolong Guru Besar tidak terlaksana malah proses
perlaksanaan kepada kepala perarakan diteruskan. Penolong Guru Besar mencurigai Guru
Besar dengan Guru Bahasa Melayu. Walaupun Guru Bahasa Melayu tidak lagi mempunyai
halangan dan diyakinkan oleh Guru Besar untuk menyiapkan kepala perarakkan tetapi
fikirannya masih dihantui oleh pelbagai perkara sehingga terbawa-bawa di dalam
mimpinya. Apabila tiba saat perarakan Sekolah Rendah Simpang Lima Puluh Sembilan ikut
berbaris dengan megahnya. Malangnya, dalam masa perbarisan berlangsunghujan turun
dengan lebatnya hingga memusnahkan kepala perarakan peserta dan perbarisan tersebut.
Gur Besar yang sedang menunggu kedatangan pasukan sekolahnya percaya kepala
perarakannya juga turut musnah lalu beredar dari situ.
PLOT
Pengenalan Guru Bahasa Melayu menerima arahan untuk
membuat kepala perarakan sempena Penutup
Perayaan Tiga Puluh Tahun Bahasa Melayu dalam
Perlembagaan
Cucu, Aji dan Kamal membantu Guru Bahasa
Melayu.
Pelan Kepala Perarakan yang dihantar oleh Guru
Bahasa Melayu telah dipersetujui oleh Guru
Besar.
2. Guru Bahasa Melayu dan tiga orang murid
memulakan pekerjaan.
Suspens Guru Besar memanggil Guru Bahasa Melayu ke
Biliknya.
Konflik Guru Besar berbincang dengan Penolong Guru
Besar tentang mengemaskinikan pentadbiran
sekolah.
Penolong Guru Besar menyarankan untuk membina
sebuah bilik untuknya dengan menggunakan
peruntukan wang untuk membuat kepala
perarakaan.
Penolong Guru Besar dapat merasakan saranannya
itu tinggal begitu saja.
Penolong Guru Besar mencurigai keintiman Guru
Besar dengan Guru Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu tetap meneruskan pekerjaan
membina kepala perarakan.
Guru Besar meyakinkan Guru Bahasa Melayu
pekerjaan tersebut tidak mempunyai halangan.
Guru Bahasa Melayu bermimpi pada waktu malam
Pasukan sekolah Rendah Simpang Lima Puluh
Sembilan menyertai perbarisan beserta seratus
pasukan yang lain.
Klimaks Hujan turun dan menjelaskan perbarisan
Guru Besar sedang menunggu di garisan penamat
Pasukan dari Sekolah Rendah Simpang Lima Puluh
Sembilan tidak juga muncul
Guru Besar percaya bahawa pasukannya juga