Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Ice breaking
1. ICE BREAKING
Tajuk : Hai, Nasi Goreng….!
Masa : 15 minit
Langkah :
1. Minta semua ahli berdiri. Terangkan kepada mereka supaya mengikut apa yang dilakukan oleh
fasilitator.
2. Fasilator akan melafazkan ayat berikut sambil menggunakan isyarat tangan : “saya (tunjuk pada
diri) suka (letak kedua tangan di dada) makan (tunjuk mulut seperti makan) nasi (gunakan
hujung jari seperti mengaul nasi) goreng (buat isyarat dengan tangan seolah-olah menggoreng),
nasi (isyarat nasi) goreng (isyarat goreng) saya (tunjuk pada diri) tidak (goncang tangan isyarat
tidak) suka (isyarat).”
3. Sesiapa yang teragak-agak atau salah menunjukkan isyarat, ahli tersebut diminta duduk. Aktiviti
dilakukan berulang-ulang sehingga hanya tinggal sekumpulan yang kecil.
Tajuk: Cari-cari Teman
Masa: 20 minit
Langkah:
1) Peserta diarahkan mencari pasangan (ahli kumpulan lain)
2) Setelah itu faslitator akan memberi arahan berikut:
Action – peserta akan membuat satu aksi yang boleh membuatkan pasangannya ketawa
Pasangan yang terlebih dahulu ketawa dikira kalah dan dikehendaki
duduk.
Peserta yang menang akan terus mencari pasangan lain berdasarkan
arahan fasilitator.
Tukar – peserta perlu bertukar kepada pasangan lain
3) Aktiviti diteruskan sehingga tinggal kumpulan kecil dan kumpulan ini akan mewakili
markah kumpulan masing-masing
2. Tajuk: Secret Recipe
Masa: 20 minit
Langkah:
1) Setiap peserta akan menerima satu keratan kertas yang mengandungi satu jenis bahan yang
diperlukan untuk memasak kari ayam
2) Peserta dikehendaki menampal keratan kertas tersebut di belakang rakan yang berada di
hadapan mereka dan tidak dibenarkan memberitahu isi kandungan keratan kertas tersebut.
Setiap peserta tidak akan tahu perkataan yang tertulis di belakang mereka
3) Fasilitator akan mendedahkan 10 jenis bahan yang diperlukan untuk memasak kari ayam.
Peserta dikehendaki mencari rakan-rakan sehingga lengkap 10 bahan ini dalam satu kumpulan
dengan syarat
Peserta hanya boleh berkata Yes/ No
Tidak boleh membuat sentuhan fizikal seperti menarik tangan untuk menarik ahli
menyertai kumpulan
Ahli kumpulan mesti pelbagai kaum dan jantina
4) Setelah berjaya membentuk kumpulan, setiap kumpulan diberi masa 2 minit mencipta satu
‘cheers’ dengan memasukkan perkataan kari ayam
5) Setiap kumpulan akan mempersembahkan cheers masing-masing
Tajuk : Pangku Atas Pangku
Masa : 20 minit
Langkah:
1) Peserta diberi masa 10 saat untuk membentuk dua bulatan (bulatan peserta lelaki dan
bulatan peserta perempuan)
2) Peserta dikehendaki memegang bahu rakan di hadapan mereka dan membuat aksi seperti
duduk di atas kerusi
3) Peserta kemudian diminta duduk di atas paha rakan mereka di belakang tanpa melepaskan
pautan pada bahu rakan di hadapan
4) Kemudian fasilitator akan memberi beberapa arahan pergerakan yang perlu dilakukan
peserta dalam keadaaan pangku atas pangku