Pada cuti sekolah tahun lepas, pelajar menghadiri latihan CCA meletihkan sebelum bercuti ke Jepun untuk melawat gunung Fuji dan menara Tokyo serta mencuba makanan tradisional. Beliau kemudian menziarahi keluarga di Indonesia selama dua minggu sebelum menyambut Tahun Baru 2016 mengakhiri cuti.
2. Ringkasan
Pada cuti sekolah tahun lepas, saya memulakan cuti akhir tahun saya dengan menghadiri
latihan CCA untuk rumah terbuka CCA pada tahun 2016. Latihan tersebut amat
meletihkan kerana ia diadakan dari pukul delapan pagi hingga pukul lima petang. Latihan
tersebut berlangsung hingga akhir November. Selepas itu, saya dan keluarga saya bercuti ke
negara Jepun selama lima hari. Kami amat menikmati akan pandangan yang cantik, seperti
gunung Fuji dan menara Tokyo. Selain itu, kami juga mengambil peluang untuk mencuba
makanan Jepun tradisional, seperti daging Yakiniku dan Sushi. Selepas kami pulang dari
Jepun, kami pergi ke Indonesia untuk menziarahi keluarga selama dua minggu. Kami
pulang dari Jakarta pada tarikh 22 Disember. Kami mengakhiri cuti akhiran tahun kami
dengan menyambuti sambutan Tahun Baru 2016.