Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kt 6
1. Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya
didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk
menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam
pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi,
plastik, bahan letupan dan lain-lain.
Kegunaan utama gas asli ialah :
Penghasilan tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik.
Bahan bakar kenderaan (NGV)
Gas memasak di dapur
Alat pemanasan di rumah
Penghasilan baja
Industri petrokimia
Arang batu ialah sejenis pepejal hitam, yang digunakan sebagai bahan bakar dengan meluas. Ia
terbentuk dalam ekosistem melalui pengawetan tumbuhan oleh air dan lumpur daripadapengoksidaan
atau penguraian secara semula jadi. Pepejal ini, yang merupakan batuan yang keras dan mudah
terbakar (justeru namanya, arang batu), mengandungi karbon dan hidrogen (serta sebatian
hidrokarbon), selain sebatian dan unsur-unsur lain, terutamanya sulfur. Ia digali dari bumi melalui
lombong arang batu, samada di bawah tanah atau secara terbuka di permukaan bumi.
Sehingga ke hari ini, arang batu menjadi sumber utama bagi penjanaan tenaga elektrik di seluruh dunia.
Pembakaran arang batu turut membebaskan karbon dioksida dan juga jelaga-jelaga ke udara,
sekaligus kegiatan ini dianggap sebagai penyumbang utama terhadap pembebasan gas rumah hijau,
selain pencemaran udara.