Dokumen ini membahas tentang tatabahasa Bahasa Melayu untuk tingkat sekolah rendah. Secara ringkas, dokumen ini menjelaskan tentang kata nama am, kata ganti diri, kata kerja transitif dan tak transitif, kata adjektif, dan kata hubung beserta contoh-contohnya. Dokumen ini bertujuan untuk membantu siswa memahami aspek-aspek tatabahasa dasar Bahasa Melayu.
3. KATA NAMA AM
Kata nama am ialah kata yang amnya merujuk kepada
manusia, binatang, tempat, tumbuhan dan benda.
Huruf pertama pada kata nama am ditulis dengan
huruf kecil kecuali pada awal ayat.
Kata nama khas pula ialah kata yang khususnya
merujuk kepada nama manusia, nama binatang, nama
tempat, nama tumbuhan dan nama benda.
LATIHAN
4. Kata Ganti Diri
Kata ganti diri pertama Kata ganti diri kedua
Kata ganti diri ketiga
saya, aku,beta, kami, hamba, pa anda, kamu, awak, kalian, engk
beliau, baginda, dia, ia, mereka
tik, au, tuanku
LATIHAN
5. KATA KERJA
Kata kerja transitif ialah kata yang mesti disertai objek
untuk membentuk ayat yang sempurna.
Contohnya : Abang menendang bola.
Kata kerja objek
transitif
6. LATIHAN KATA KERJA TRANSITIF
1. Zahara sedang ___________wajahnya.
2. Datuk saya ____________pokok jagung
di belakang rumahnya.
3. Setiap hari, Marwan ____________
basikal ke sekolah.
7. 4. Mekanik itu sedang ____________
kereta Jamal.
5. Kakak _____________pokok bunga
supaya tidak layu.
6. Sarimah ______________ surat itu
dengan sungguh gembira.
8. Kata kerja tak transitif pula tidak memerlukan objek
untuk membentuk ayat yang sempurna.
Contohnya : Kanak-kanak itu menangis.
Kata kerja
tak transitif
9. LATIHAN KATA KERJA TAK
TRANSITIF.
1. Air di dalam longkang itu tidak dapat
___________kerana tersekat.
2. Ayah memarahi abang kerana _________
dalam ujian Bahasa Melayu.
3. Sejak anaknya meninggal, Puan Nora asyik
______________.
10. 4. Mereka ___________ kerana memenangi
pertandingan itu.
5. Kanak-kanak itu ___________ apabila
diusik oleh Kamal.
6. Datuk _____________ di kerusi itu sehingga
tertidur.
7. Kami ______________ sebentar sambil
menikmati makanan yang dibawa.
11. KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat
sesuatu benda, orang, tempat, perasaan, warna dan
sebagainya. Contohnya :
Orang Benda Tempat Perasaan Warna
Cantik Merah Besar Marah Merah
Baik Mahal Kecil Garang Kuning
Kotor Halus Luas Gembira Coklat
Muda Kasar Sempit Kecewa Putih
Tua Tinggi Sunyi Hitam
Senyap Rendah Suka Hijau
Sihat Lebat Bimbang Oren
12. LATIHAN KATA ADJEKTIF
bimbang lapar jahat ringan terang buruk
1. Kawasan yang semak itu menjadi _____________ selepas
dibersihkan.
2. Dia makan nasi itu dengan gelojoh kerana terlalu
_____________.
3. Lelaki yang _____________ itu telah ditangkap oleh polis.
4. Rumah itu sudah _________ dan hampir roboh.
13. 5. Perasaan ____________ ibu hilang apabila ayah
muncul di depan pintu.
6. Kotak itu dapat diangkatnya kerana _____________.
gembira
14. KATA HUBUNG
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan
perkataan dengan perkataan, frasa dengan frasa atau
ayat dengan ayat.
Contohnya : Langit kelihatan mendung lalu hujan pun
turun.
Beberapa contoh kata hubung ialah dan, tetapi, lalu,
jika, sambil, maka, bahawa, kerana dan sebagainya.
15. LATIHAN KATA HUBUNG
kerana kecuali sejak walaupun
apabila
dan atau
sambil agar bahawa
1. Encik Zaidi mengambil cuti ____________tidak
sihat.
2. Saya tidak pernah berjumpa dengan Zali __________
dia berpindah.
16. 3. Semua murid datang hari ini ____________ Salleh dan
Jamil.
4. Hamid terkejut ____________ gambarnya disiarkan di
akhbar.
5. ____________ hujan lebat. Azri pergi ke sekolah juga.
6. Ayah dijangka pulang dari Melaka pada hari Rabu
__________ Khamis.
17. 7. Dia mengaku _____________ beg merah itu
kepunyaannya.
8. Kami berbual-bual _____________menikmati
minuman petang.
9. Ayah sentiasa mendoakan kamu __________ berjaya
dalam pelajaran.
10. Yusof ___________ Arif merupakan pengawas yang
tegas.