2. MAKSUD
• Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan
sesuatu pernyataan.
• Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. • Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa
sendi nama.
• Contoh ayat
1) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
Frasa nama
2) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adiknya.
Frasa sendi nama
4. • Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
• Contoh ayat
1) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
Frasa kerja
2) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
Frasa adjektif
6. 1. Encik Osman _____________ bapa saudara saya.
2. Marina _______________ gemar makan buah durian.
3. Suraya _______________ takut ketika memberikan laporan
kepada polis berkaitan dengan kejadian rompakan itu.
4. Mereka ______________dapat menyiapkan kerja sekolah kerana
leka dengan permainan video.
5. Ashikin ____________berasal dari Kelantan.
7. 6. Amin ____________suka membaca buku hingga larut malam.
7. “Kalau ___________kamu, siapa lagi yang mencuri pensel
Jamal?” Kata Cikgu Ani.
8. Jam tangan itu ___________milik Mastura.
9. Dia ____________kakak kandung Hamidah.
10. Encik Lim_____________ melakukan perbuatan itu.