2. INFO KUANTAN
Kuantan ialah daerah dan ibu negeri Pahang, Malaysia. Penduduk Kuantan terdiri daripada 50%
orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% kaum-kaum lain. Kuantan terletak
berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut Cina Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah
berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.
Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan 3° 50' Utara, 103°
20' Timur (ini adalah lokasi sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami 26 Disember 2004, yang dikatakan
telah menganjakkan Semenanjung Malaysia beberapa sentimeter dari kedudukan asal). Ia merupakan ibu
negeri Pahang, di dalam negara Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Kuantan adalah sekitar 607,778 orang.
Berkedudukan di pesisir Laut Cina Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang
masyhur dengan pantai-pantainya dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di tengah-tengah bandar
adalah pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala
Lumpur dan selatan Semenanjung.
3. SOALAN:
Anda dikehendaki melakukan penilaian berkenaan dengan kemapanan bandar tempat
tinggal anda. Penilaian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:Alam Sekitar
• Rekabentuk bandar
• Kepelbagaian bio
• Sampah
• Eco-Footprint
• Kawasan hijau
• Perubahan cuaca
• Kitar semula
Ekonomi
• Pekerjaan
• Pengangkutan
• Peluang Perniagaan
Sosial
• Pendidikan
• Penjagaan kesihata
• Makanan