Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Tugas warden
1. TUGAS WARDEN
• Menguatkuasakan/ mempastikan peraturan asrama dipatuhi dan
mengambil tindakan ke atas hal-hal berkaitan disiplin berdasarkan
prosedur yang ditetapkan.
• Menyemak, menyiasat serta mengambil tindakan
susulan ke atas laporan harian pengawas dan Ketua Dormitori.
• Menyediakan laporan harian untuk tindakan
Pengetua/Penolong Kanan HEM.
• Menyelia/memantau aktiviti-aktiviti harian dan berkala;
contohnya:
− Kelas persediaan
− Waktu Solat
− Waktu makan
− Kelas fardhu ain/kelas agama
− Aktiviti gotong- royong
− Pertandingan antara dormitori
− Majlis Makan Beradab
− Aktiviti Sukan dan Kokurikulum
• Memantau pengawas bertugas menjalankan ’roll-call.’
• Mengadakan pemeriksaan dan ’roll-call’ .
• Menguruskan kebenaran keluar/masuk murid asrama.
• Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Lembaga
Pengawas Asrama dan Ketua-Ketua Dormitori.
• Mengadakan pemeriksaan dan membuat laporan harian
dormitori, bilik-bilik khas, tandas, bilik air, persekitaran serta
dewan makan.
• Mengurus murid sakit dan urusan yang berkaitan
dengannya.
• Memantau dan memeriksa laporan prestasi akademik
serta mengambil tindakan susulan yang sesuai.
• Membuat persediaan untuk mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan dan Pentadbiran Asrama:
− Minit Mesyuarat terdahulu
2. − Laporan bulanan asrama
− Pembentangan aktiviti dan takwim bulan berikutnya.
• Mesyuarat/Perjumpaan Warden dengan Lembaga
Pengawas Asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali.
• Membantu mengurus kemasukan murid asrama.
− Penyediaan borang/dokumen
− Taklimat kemasukan
− Sesi suai kenal murid baru
• Menyediakan Takwim serta Jadual Harian Asrama.
• Mengumpul data/maklumat murid untuk:
− Menganalisa prestasi akademik/peperiksaan
− Melengkapkan Borang Kutipan Data Asrama ke Jabatan
Pelajaran Negeri.
• Menganjurkan aktiviti/kursus/seminar/bengkel.
• Mengadakan perjumpaan dengan waris.
• Mengadakan Latihan kecemasan.
• Memantau peralatan, kemudahan serta perkara-perkara yang
berkaitan dengan keselamatan.
• Menyelia dan memantau kebajikan murid berkaitan:
− Makanan
− Keselesaan di asrama
− Kesihatan
− Keselamatan
− Biasiswa
• Membantu Penyelia Asrama dalam urusan :
− Pungutan yuran asrama
− Perkhidmatan pembersihan kawasan
− Kawalan keselamatan
− Penguatkuasaan kontrak bekalan makanan asrama
• Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar
dan Penolong Kanan HEM. .