SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
Takrifan | Perspektif
Fokus
Menyelami hasrat
kerajaan Malaysia
Baharu
OKTOBER 2018
M A L A Y S I A
B A H A R U
2PERDANA DIGITAL
M U K A D I M A H
MALAYSIA
BAHARU
PASCA Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan sinar
baharu yang muncul di ufuk langit tanah air tercinta
pada fajar 10 Mei 2018. Peralihan tampuk pemerintahan
negara daripada sebuah orde lama yang telah berkuasa
selama 61 tahun ini membawa satu nafas baharu
dalam era kepemimpinan dan kepentadbiran negara.
Buat pertama kalinya, muncul sebuah kerajaan yang
diberi mandat oleh rakyat telah berikrar untuk memegang
amanah dalam menjalankan pentadbiran kerajaan dengan
efisien, tulus, dinamik serta menyantuni rakyat. Kekuatan
kerajaan yang baharu ini adalah hasil garapan di bawah
satu pasukan yang berlatarbelakangkan kebijaksanaan dan
pedoman “yang berpengalaman” serta semangat “orang
muda” yang membara dan energetik di arus perjuangan.
3PERDANA DIGITAL
Jelas di sini, “Malaysia Baha-
ru” adalah hasil daripa-
da usaha untuk membaiki
apa yang telah rosak di ne-
gara ini dan untuk men-
gulangi lagi kejayaan dan
pencapaian negara yang
membanggakan yang per-
nah dicapai sebelum ini.
“Malaysia Baharu” ini juga
akan memulakan semula
langkah ke arah Malaysia
yangprogresifdanberwawa-
san dalam membina keta-
madunan berperadaban
tinggi selain menggantikan
strategi-strategi orde lama
dengan strategi-strategi
baharu sehingga matlamat
untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara hebat dan di-
segani rakan serantau akan
tercapai.
U
ngkapan “Malaysia
Baharu” membawa
makna yang men-
jurus kepada tema
“perubahan baru”
atau boleh dika-
takan sebagai “pembaharuan”.
Menurut Kamus Dewan Edi-
si Keempat, perkataan “baha-
ru” boleh membawa maksud:
1. Membaiki
2. Mengulangi lagi
3. Memulakan sesuatu semula
4.Menggantikan ataumenukarkan
(sesuatu) dengan yang baru atau
yang mempunyai tempoh
kuat kuasa dan sebagainya yang
baru.
T A K R I F A N
4PERDANA DIGITAL
S
emasa berucap di
Perhimpunan Agung
Pertubuhan Bangsa-Ban-
gsa Bersatu yang ke-73 di
New York, YAB Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir
Bin Mohamad telah menyatakan
bahawasanya di dalam Malaysia
Baharu ini, kerajaan komited untuk
memastikan setiap daripada rakyat
Malaysia akan menikmati kemak-
muran dan kekayaan negara den-
gan perkongsian dan pembahagian
yang saksama.
Selain itu, beliau turut mene-
gaskan bahawa kemunculan Malay-
sia Baharu ini adalah respons dari-
pada Rakyat Malaysia yang selama
ini telah muak dengan politik ke-
bencian dan gejala rasuah yang ber-
leluasa dan menular semasa rejim
lama berkuasa. Katanya lagi, Rakyat
mahukan satu Malaysia Baharu
yang menjunjung prinsip-prinsip
keadilan, yang mempunyai tadbir
urus yang baik dan berintegriti serta
menyanjung tinggi konsep kedaula-
tan undang-undang.
Rakyat juga mahukan Malaysia
Baharu yang menjadi sahabat ke-
pada semua pihak dan tidak bermu-
suhan dengan sesiapa pun. Dalam
erti kata lainnya, rakyat berasrat un-
tuk melihat Malaysia Baharu yang
kekal neutral dan tidak berpihak-
-pihak kepada sesuatu kuasa asing,
menolak peperangan dan kegana-
san serta Malaysia yang berani da-
lam menyatakan kebenaran dalam
menolak kebatilan tanpa rasa takut
atau berat sebelah.
Menurut beliau lagi, rakyat
idamkan Malaysia Baharu yang ber-
pegang teguh dengan kerjasama
berasaskan prinsip saling menghor-
mati untuk keuntungan bersama.
Rakyat juga percaya bahawasanya
Malaysia Baharu akan menawarkan
perkongsian yang berprinsip “me-
makmurkan jiran” serantau. Faedah
daripada kerjasama dengan jiran
ini akan menjadikan mereka lebih
makmur dan stabil, lantas menyum-
bang kepada kemakmuran dan kes-
tabilan Malaysia sendiri.
Semasa ucapan pada Sambutan
Hari Malaysia 2018, YAB Perdana
Menteri turut menegaskan, Malay-
sia Baharu akan mengamalkan prin-
sip demokrasi yang berpandukan
undang-undang dan menolak den-
gan sejauh-jauhnya kleptokrasi.
Selain itu, di bawah Malaysia Baha-
ru ini, Kerajaan akan memberikan
komitmen kepada “rakan sekutu”,
Sabah dan Sarawak dalam memas-
tikan hak dan kepentingan rakyat
bagi kedua wilayah itu akan senan-
tiasa terjamin, seperti mana yang
termaktub di dalam Perjanjian Ma-
laysia 1963.
P E R S P E K T I F
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
MALAYSIA BAHARU
SAIZ KABINET
Saiz Kabinet yang sederhana
dan berdasarkan keperluan.
Objektifnya adalah tidak
melebihi 30 anggota.
“MAJORITY RULE”
Kaedah membuat keputusan di dalam Kabinet berasaskan “Majority Rule” –
Berasaskan kaedah ini, sesuatu keputusan yang ingin dicapai adalah berdasarkan
pendapat majoriti. Sekiranya kaedah konsensus digunakan, keputusan mungkin
tidak akan dapat dicapai sama sekali.
KEPELBAGAIAN
Bagi setiap kementerian,
menteri dan timbalan menteri
akan dipilih dari parti-parti
berlainan.
01
GERAKAN ANTI RASUAH
Gerakan anti rasuah di dalam kerajaan diperhebatkan
untuk memastikan tiada mana-mana anggota kabinet
akan terlibat langsung di dalam korupsi dan rasuah
POLISI HADIAH
Tiada hadiah patut diterima daripada mana-mana pihak
di dalam Kerajaan melainkan hadiah yang terhad seperti
makanan atau bunga yang tidak termasuk di dalam
barangan yang bernilai.
02
03
POLISI DERMA
Segala bantuan atau derma yang didermakan kepada
mana-mana pihak di dalam Kerajaan tidak boleh diterima
dengan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan dan
keizinan daripada Kabinet terlebih dahulu.
PENAKRIFAN
Penakrifan perbuatan-perbuatan yang boleh dianggap
sebagai rasuah akan diperkemaskan untuk memastikan
bukan sahaja penerima dihukum, malah pemberi rasuah
juga akan menghadapi tindakan undang-undang.
04
KEBEBASAN BERPIHAK
Media dan akhbar yang berpihak kepada satu-satu organisasi
tidak akan disekat asalkan laporan yang dikeluarkan oleh media
tersebut mempunyai rekod rasmi
KAWALAN BERSEBAB
Walaupun begitu, apa-apa usaha untuk menghasut rakyat
melalui media supaya berkelahi atau menimbulkan suasana
tegang tidak akan dibenarkan
DEFINISI JELAS
Undang-undang yang berkaitan dengan berita palsu akan
dikaji untuk menentukan definisi yang jelas bagi berita palsu
supaya orang ramai serta pihak media dapat memahami dan
membezakan dengan jelas apakah yang dinamakan berita
palsu
KEBEBASAN MELAPOR
Media juga bebas untuk melaporkan perkara-perkara yang
dianggap tidak disenangi oleh kerajaan dan dijamin tiada
tindakan akan diambil selagi ia tidak bertentangan dengan
undang-undang
PENYERTAAN TERBUKA
Dasar yang akan diguna pakai adalah dasar yang
“mesra perniagaan” dengan penyertaan yang lebih
terbuka.
MEMUDAHKAN PROSES
Urusan dalam mengoperasi dan memulakan perniagaan
akan dipermudahkan dengan pengurangan proses yang
diperlukan sebelum sesuatu perniagaan dapat
dimulakan. Larangan-larangan lapuk dalam undang-
undang perniagaan akan dikaji semula.
KEBEBASAN BEREKONOMI
Kerajaan akan melihat semula undang-undang yang
menyekat kebebasan untuk berniaga dan mengadakan
perusahaan di dalam usaha untuk menjadikan aktiviti-
aktiviti ini lebih bebas dan mudah.
TENDER TERBUKA
Kesemua projek-projek yang akan dilakukan perlu melalui
sistem tender terbuka di mana ianya akan dipantau oleh
pegawai-pegawai yang ditugaskan menyelidik sekiranya
berlaku pertikaian di dalam pemilihan tender tersebut.
GALAKAN PELABURAN
Kerajaan mengalu-alukan pelaburan dari dalam negeri dan luar
negeri (foreign direct investment – FDI). Bagi FDI, ia terhad kepada
membawa modal dan teknologi, mendirikan kilang dan
mengeluarkan produk untuk pasaran tempatan atau eksport. Bagi
projek pembangunan seperti pembinaan bandar baharu, syarikat
tempatan lebih berkelayakan.
PRESTASI EKONOMI
Kerajaan akan membuat kajian mengenai prestasi ekonomi dalam
negara dan akan diselidik dengan teliti untuk mengenalpasti liabiliti
yang ditanggung serta mengenalpasti di manakah duit-duit hak
milik kerajaan yang ada.
PENYERTAAN ASING
Bagi projek-projek infrastruktur berskala besar,
penyertaan asing hanya akan dibenarkan jika tiada
kepakaran tempatan.
BANTERAS KECURANGAN
Kerajaan juga akan mengenalpasti sekiranya ada
perbuatan-perbuatan ‘curang’ yang dilakukan seperti
memaksa para pengusaha industri memberikan saham
percuma (free share) kepada pihak-pihak tertentu.
PENTADBIRAN
Kesemua gerak kerja
Kerajaan dalam mentadbir
kerajaan akan dijalankan
dengan mengikut undang-
undang yang termaktub.
LAYANAN ADIL
Kerajaan dan sesiapa sahaja
akan patuh kepada undang-
undang dan ianya akan
dikenakan kepada sesiapa
sahaja tanpa mengira pangkat,
status mahupun darjat
seseorang itu.
PEREMAJAAN
Undang-udang sedia ada
yang telah lapuk dan tidak
lagi sesuai akan dikaji dan
dibatalkan melalui proses-
proses yang termaktub di
dalam peraturan-peraturan
tertentu, iaitu melalui
Parlimen.
Kerajaan komited untuk
mengagihkan kekayaan negara
kepada semua pihak dengan adil
dan saksama
Kerajaan Persekutuan akan mengembalikan
semula “status rakan sekutu” kepada Sabah dan
Sarawak selaras dengan perkara-perkara yang
dinyatakan di dalam Perjanjian Malaysia 1963
(MA63) serta mengkaji sejauh manakah perkara di
dalam MA63 dilaksanakan bagi menjaga hak dan
kepentingan penduduk tempatan
Malaysia akan kekal menjadi negara yang neutral dan
berkecuali dalam usaha untuk mengelak konflik yang
boleh mengancam kestabilan serantau. Malaysia juga
komited dalam menolak peperangan dan keganasan
dan akan kekal vokal dalam menyatakan yang benar
itu benar dan yang salah itu salah tanpa pilih kasih
Malaysia berhasrat untuk memastikan jiran
tetangganya terus makmur untuk kestabilan
serantau. Kestabilan dan kemakmuran domestic jiran
tetangga akan mengurangkan konflik rentas
sempadan dan ini akan memberikan faedah kepada
kemakmuran negara ini sendiri
17PERDANA DIGITAL
K E S I M P U L A N
Tanah Air kita diambang
perubahan yang paling
hebat yang pernah dialami
semenjak kemerdekaan dan
pembentukan Persekutuan
Malaysia. Negara ini sedang
melalui fasa “tajdid” yang
menuntut semua pihak
berganding bahu dan
berusaha bagi mencapai
matlamat Malaysia
Baharu. Malaysia Baharu
menggariskan beberapa
fokus utama kerajaan yang
perlu kita semua ambil tahu.
Dengan memahami objektif
dan usaha yang akan
dilakukan oleh Kerajaan,
kita sebagai rakyat yang
cintakan negara dan tanah air
seharusnya menyokong dan
memberi kerjasama penuh
supaya kita sama-sama dapat
mengecapi nikmat di alam
Malaysia yang baharu ini! -A
RUJUKAN
1.	 E-BOOK SESI PENERANGAN KHAS YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA. JABATAN PENERANGAN. 2018.
2.	 UCAPAN YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DI PERHIMPUNAN AGUNG PBB KE-73. 2018.
3.	 UCAPAN YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2018. 2018.

More Related Content

Similar to Malaysia Baharu

Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
Nur Azwani Azmi
 
22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx
22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx
22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx
JAMALUDDINMUHAMAD1
 
asas faham negara kenegaraan
 asas faham negara kenegaraan asas faham negara kenegaraan
asas faham negara kenegaraan
Shaffiq Roslan
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Mohd Muzlimi Junoh
 

Similar to Malaysia Baharu (16)

Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx
22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx
22 BULAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (3).pptx
 
Dasar persyarikatan malaysia
Dasar persyarikatan malaysiaDasar persyarikatan malaysia
Dasar persyarikatan malaysia
 
Kertas 3 perlis 2014
Kertas 3   perlis 2014Kertas 3   perlis 2014
Kertas 3 perlis 2014
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Pensyarikatan MalaysiaDasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Pensyarikatan Malaysia
 
asas faham negara kenegaraan
 asas faham negara kenegaraan asas faham negara kenegaraan
asas faham negara kenegaraan
 
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantanCadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan
 
Gagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysiaGagasan 1 malaysia
Gagasan 1 malaysia
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
bab 3 3.5.pptx
bab 3  3.5.pptxbab 3  3.5.pptx
bab 3 3.5.pptx
 
Presentation titas
Presentation titasPresentation titas
Presentation titas
 
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib RazakUcapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
Ucapan Penuh Budget 2015 Najib Razak
 
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptxSISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN MALAYSIA.ppt.pptx
 
Sistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur PemerintahanSistem & Struktur Pemerintahan
Sistem & Struktur Pemerintahan
 

Malaysia Baharu

  • 1. Takrifan | Perspektif Fokus Menyelami hasrat kerajaan Malaysia Baharu OKTOBER 2018 M A L A Y S I A B A H A R U
  • 2. 2PERDANA DIGITAL M U K A D I M A H MALAYSIA BAHARU PASCA Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan sinar baharu yang muncul di ufuk langit tanah air tercinta pada fajar 10 Mei 2018. Peralihan tampuk pemerintahan negara daripada sebuah orde lama yang telah berkuasa selama 61 tahun ini membawa satu nafas baharu dalam era kepemimpinan dan kepentadbiran negara. Buat pertama kalinya, muncul sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat telah berikrar untuk memegang amanah dalam menjalankan pentadbiran kerajaan dengan efisien, tulus, dinamik serta menyantuni rakyat. Kekuatan kerajaan yang baharu ini adalah hasil garapan di bawah satu pasukan yang berlatarbelakangkan kebijaksanaan dan pedoman “yang berpengalaman” serta semangat “orang muda” yang membara dan energetik di arus perjuangan.
  • 3. 3PERDANA DIGITAL Jelas di sini, “Malaysia Baha- ru” adalah hasil daripa- da usaha untuk membaiki apa yang telah rosak di ne- gara ini dan untuk men- gulangi lagi kejayaan dan pencapaian negara yang membanggakan yang per- nah dicapai sebelum ini. “Malaysia Baharu” ini juga akan memulakan semula langkah ke arah Malaysia yangprogresifdanberwawa- san dalam membina keta- madunan berperadaban tinggi selain menggantikan strategi-strategi orde lama dengan strategi-strategi baharu sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dan di- segani rakan serantau akan tercapai. U ngkapan “Malaysia Baharu” membawa makna yang men- jurus kepada tema “perubahan baru” atau boleh dika- takan sebagai “pembaharuan”. Menurut Kamus Dewan Edi- si Keempat, perkataan “baha- ru” boleh membawa maksud: 1. Membaiki 2. Mengulangi lagi 3. Memulakan sesuatu semula 4.Menggantikan ataumenukarkan (sesuatu) dengan yang baru atau yang mempunyai tempoh kuat kuasa dan sebagainya yang baru. T A K R I F A N
  • 4. 4PERDANA DIGITAL S emasa berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Ban- gsa Bersatu yang ke-73 di New York, YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah menyatakan bahawasanya di dalam Malaysia Baharu ini, kerajaan komited untuk memastikan setiap daripada rakyat Malaysia akan menikmati kemak- muran dan kekayaan negara den- gan perkongsian dan pembahagian yang saksama. Selain itu, beliau turut mene- gaskan bahawa kemunculan Malay- sia Baharu ini adalah respons dari- pada Rakyat Malaysia yang selama ini telah muak dengan politik ke- bencian dan gejala rasuah yang ber- leluasa dan menular semasa rejim lama berkuasa. Katanya lagi, Rakyat mahukan satu Malaysia Baharu yang menjunjung prinsip-prinsip keadilan, yang mempunyai tadbir urus yang baik dan berintegriti serta menyanjung tinggi konsep kedaula- tan undang-undang. Rakyat juga mahukan Malaysia Baharu yang menjadi sahabat ke- pada semua pihak dan tidak bermu- suhan dengan sesiapa pun. Dalam erti kata lainnya, rakyat berasrat un- tuk melihat Malaysia Baharu yang kekal neutral dan tidak berpihak- -pihak kepada sesuatu kuasa asing, menolak peperangan dan kegana- san serta Malaysia yang berani da- lam menyatakan kebenaran dalam menolak kebatilan tanpa rasa takut atau berat sebelah. Menurut beliau lagi, rakyat idamkan Malaysia Baharu yang ber- pegang teguh dengan kerjasama berasaskan prinsip saling menghor- mati untuk keuntungan bersama. Rakyat juga percaya bahawasanya Malaysia Baharu akan menawarkan perkongsian yang berprinsip “me- makmurkan jiran” serantau. Faedah daripada kerjasama dengan jiran ini akan menjadikan mereka lebih makmur dan stabil, lantas menyum- bang kepada kemakmuran dan kes- tabilan Malaysia sendiri. Semasa ucapan pada Sambutan Hari Malaysia 2018, YAB Perdana Menteri turut menegaskan, Malay- sia Baharu akan mengamalkan prin- sip demokrasi yang berpandukan undang-undang dan menolak den- gan sejauh-jauhnya kleptokrasi. Selain itu, di bawah Malaysia Baha- ru ini, Kerajaan akan memberikan komitmen kepada “rakan sekutu”, Sabah dan Sarawak dalam memas- tikan hak dan kepentingan rakyat bagi kedua wilayah itu akan senan- tiasa terjamin, seperti mana yang termaktub di dalam Perjanjian Ma- laysia 1963. P E R S P E K T I F TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD MALAYSIA BAHARU
  • 5. SAIZ KABINET Saiz Kabinet yang sederhana dan berdasarkan keperluan. Objektifnya adalah tidak melebihi 30 anggota. “MAJORITY RULE” Kaedah membuat keputusan di dalam Kabinet berasaskan “Majority Rule” – Berasaskan kaedah ini, sesuatu keputusan yang ingin dicapai adalah berdasarkan pendapat majoriti. Sekiranya kaedah konsensus digunakan, keputusan mungkin tidak akan dapat dicapai sama sekali. KEPELBAGAIAN Bagi setiap kementerian, menteri dan timbalan menteri akan dipilih dari parti-parti berlainan.
  • 6. 01 GERAKAN ANTI RASUAH Gerakan anti rasuah di dalam kerajaan diperhebatkan untuk memastikan tiada mana-mana anggota kabinet akan terlibat langsung di dalam korupsi dan rasuah POLISI HADIAH Tiada hadiah patut diterima daripada mana-mana pihak di dalam Kerajaan melainkan hadiah yang terhad seperti makanan atau bunga yang tidak termasuk di dalam barangan yang bernilai. 02
  • 7. 03 POLISI DERMA Segala bantuan atau derma yang didermakan kepada mana-mana pihak di dalam Kerajaan tidak boleh diterima dengan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan dan keizinan daripada Kabinet terlebih dahulu. PENAKRIFAN Penakrifan perbuatan-perbuatan yang boleh dianggap sebagai rasuah akan diperkemaskan untuk memastikan bukan sahaja penerima dihukum, malah pemberi rasuah juga akan menghadapi tindakan undang-undang. 04
  • 8. KEBEBASAN BERPIHAK Media dan akhbar yang berpihak kepada satu-satu organisasi tidak akan disekat asalkan laporan yang dikeluarkan oleh media tersebut mempunyai rekod rasmi KAWALAN BERSEBAB Walaupun begitu, apa-apa usaha untuk menghasut rakyat melalui media supaya berkelahi atau menimbulkan suasana tegang tidak akan dibenarkan
  • 9. DEFINISI JELAS Undang-undang yang berkaitan dengan berita palsu akan dikaji untuk menentukan definisi yang jelas bagi berita palsu supaya orang ramai serta pihak media dapat memahami dan membezakan dengan jelas apakah yang dinamakan berita palsu KEBEBASAN MELAPOR Media juga bebas untuk melaporkan perkara-perkara yang dianggap tidak disenangi oleh kerajaan dan dijamin tiada tindakan akan diambil selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang
  • 10. PENYERTAAN TERBUKA Dasar yang akan diguna pakai adalah dasar yang “mesra perniagaan” dengan penyertaan yang lebih terbuka. MEMUDAHKAN PROSES Urusan dalam mengoperasi dan memulakan perniagaan akan dipermudahkan dengan pengurangan proses yang diperlukan sebelum sesuatu perniagaan dapat dimulakan. Larangan-larangan lapuk dalam undang- undang perniagaan akan dikaji semula.
  • 11. KEBEBASAN BEREKONOMI Kerajaan akan melihat semula undang-undang yang menyekat kebebasan untuk berniaga dan mengadakan perusahaan di dalam usaha untuk menjadikan aktiviti- aktiviti ini lebih bebas dan mudah. TENDER TERBUKA Kesemua projek-projek yang akan dilakukan perlu melalui sistem tender terbuka di mana ianya akan dipantau oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan menyelidik sekiranya berlaku pertikaian di dalam pemilihan tender tersebut.
  • 12. GALAKAN PELABURAN Kerajaan mengalu-alukan pelaburan dari dalam negeri dan luar negeri (foreign direct investment – FDI). Bagi FDI, ia terhad kepada membawa modal dan teknologi, mendirikan kilang dan mengeluarkan produk untuk pasaran tempatan atau eksport. Bagi projek pembangunan seperti pembinaan bandar baharu, syarikat tempatan lebih berkelayakan. PRESTASI EKONOMI Kerajaan akan membuat kajian mengenai prestasi ekonomi dalam negara dan akan diselidik dengan teliti untuk mengenalpasti liabiliti yang ditanggung serta mengenalpasti di manakah duit-duit hak milik kerajaan yang ada.
  • 13. PENYERTAAN ASING Bagi projek-projek infrastruktur berskala besar, penyertaan asing hanya akan dibenarkan jika tiada kepakaran tempatan. BANTERAS KECURANGAN Kerajaan juga akan mengenalpasti sekiranya ada perbuatan-perbuatan ‘curang’ yang dilakukan seperti memaksa para pengusaha industri memberikan saham percuma (free share) kepada pihak-pihak tertentu.
  • 14. PENTADBIRAN Kesemua gerak kerja Kerajaan dalam mentadbir kerajaan akan dijalankan dengan mengikut undang- undang yang termaktub. LAYANAN ADIL Kerajaan dan sesiapa sahaja akan patuh kepada undang- undang dan ianya akan dikenakan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat, status mahupun darjat seseorang itu. PEREMAJAAN Undang-udang sedia ada yang telah lapuk dan tidak lagi sesuai akan dikaji dan dibatalkan melalui proses- proses yang termaktub di dalam peraturan-peraturan tertentu, iaitu melalui Parlimen.
  • 15. Kerajaan komited untuk mengagihkan kekayaan negara kepada semua pihak dengan adil dan saksama Kerajaan Persekutuan akan mengembalikan semula “status rakan sekutu” kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan perkara-perkara yang dinyatakan di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta mengkaji sejauh manakah perkara di dalam MA63 dilaksanakan bagi menjaga hak dan kepentingan penduduk tempatan
  • 16. Malaysia akan kekal menjadi negara yang neutral dan berkecuali dalam usaha untuk mengelak konflik yang boleh mengancam kestabilan serantau. Malaysia juga komited dalam menolak peperangan dan keganasan dan akan kekal vokal dalam menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah tanpa pilih kasih Malaysia berhasrat untuk memastikan jiran tetangganya terus makmur untuk kestabilan serantau. Kestabilan dan kemakmuran domestic jiran tetangga akan mengurangkan konflik rentas sempadan dan ini akan memberikan faedah kepada kemakmuran negara ini sendiri
  • 17. 17PERDANA DIGITAL K E S I M P U L A N Tanah Air kita diambang perubahan yang paling hebat yang pernah dialami semenjak kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Malaysia. Negara ini sedang melalui fasa “tajdid” yang menuntut semua pihak berganding bahu dan berusaha bagi mencapai matlamat Malaysia Baharu. Malaysia Baharu menggariskan beberapa fokus utama kerajaan yang perlu kita semua ambil tahu. Dengan memahami objektif dan usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan, kita sebagai rakyat yang cintakan negara dan tanah air seharusnya menyokong dan memberi kerjasama penuh supaya kita sama-sama dapat mengecapi nikmat di alam Malaysia yang baharu ini! -A RUJUKAN 1. E-BOOK SESI PENERANGAN KHAS YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA. JABATAN PENERANGAN. 2018. 2. UCAPAN YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DI PERHIMPUNAN AGUNG PBB KE-73. 2018. 3. UCAPAN YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DI SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2018. 2018.