Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
vii. Brosur PEERS (1).pdf
1. PROGRAM PENDIDIKAN
KESIHATAN REPRODUKTIF
DAN SOSIAL (PEERS)
DI PRASEKOLAH
APA YANG PERLU DIBUAT APABILA
KANAK-KANAK MULA BERITAHU?
1. Percaya
Mempercayai kanak-kanak dan membantu
mengatasi trauma yang mereka alami. Kata-kata
seperti “Saya percayakan kamu” atau “Itu bukan
salah kamu” akan membantu memulihkan
mereka.
2. Bertenang
Kesabaran anda dapat membantu mengembali-
kan maruah mereka.
3. Tegas
Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan
tegas. “Saya tahu ia bukan mudah untuk
diterima”, dan “Awak memang berani untuk
mendedahkannya”.
4. Bimbingan
Yakinkan kanak-kanak bahawa mereka akan
dibimbing untuk menghadapi situasi seterusnya
dan tindakan yang perlu dilakukan.
5. Sokongan
Kanak-kanak perlu tahu anda sentiasa
membantu dan bersama-sama melaluinya.
6. Buat laporan
Laporkan semua kes penderaan sahih atau
disyaki dalam masa 48 jam.
PERANAN IBU BAPA
Bercakap mengenainya
Bercakap secara terbuka dengan
kanak-kanak kerana mereka sering
merahsiakan penderaan seksual .
Pencegahan
Menyediakan persekitaran yang selamat
bagi memastikan kanak-kanak tidak berada
dalam keadaan berdua-duaan dengan
orang dewasa ataupun kanak-kanak yang
lebih dewasa tanpa sebarang pengawasan.
Anak anda juga boleh menjadi
mangsa JENAYAH SEKSUAL!!!
2. APAKAH PENDERAAN SEKSUAL
KANAK-KANAK?
Apa jua perlakuan individu yang memaksa,
memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang
mendorong berlakunya hubungan seksual dengan
mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu
seksual. Ini termasuk:
Bagaimana Ibu bapa boleh melindungi
kanak-kanak daripada menjadi mangsa
jenayah seksual?
BERITAHU KANAK-KANAK:
Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke
dalam faraj, mulut atau dubur.
Menyentuh bahagian sulit.
Menunjukkan bahan lucah kepada kanak-
kanak.
Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi
seksual.
Menggalakkan kanak-kanak menonton atau
mendengar aksi seksual.
Membuat panggilan telefon lucah.
Rogol.
Seks oral.
Liwat.
Pelacuran.
Mengintai.
Mencium.
Mengusap.
Mempamerkan aksi lucah.
APAKAH TANDA-TANDA?
Mengigau, sukar untuk tidur dan takut
kepada keadaan gelap.
Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba —
takut, marah atau menyisihkan diri.
Takut pada orang atau tempat-tempat
tertentu.
Kencing malam atau menghisap jari bagi
kanak-kanak yang besar.
Masalah perhubungan.
Berasa tidak berupaya/berdaya.
Berahsia.
Sering bercakap tentang rakan baharu yang
lebih dewasa.
Mencederakan diri atau kecenderungan
membunuh diri.
Menagih dadah atau alkohol.
Memakai pakaian berlapis-lapis.
Maruah diri yang rendah.
Berperangai seksual.
Gagal memberi tumpuan.
Gangguan pemakanan.
Tidak semua mangsa PENDERAAN
SEKSUAL kanak-kanak menunjukkan
tanda-tanda tersebut dan tidak
semua tanda ini adalah akibat
penderaan secara seksual.
TIDAK!!!
Saya empunya badan saya
Saya tidak mengikut orang
yang tidak dikenali atau menerima
sebarang benda daripada mereka
walau apapun alasan yang diberi.
Saya tidak perlu bersopan
sekiranya seseorang membuat saya
berasa tidak selamat atau tidak
selesa. Saya boleh mengatakan
“TIDAK” kepada mereka.
Saya tidak dibenarkan terlibat
dalam permainan yang
membabitkan sentuhan anggota
seksual.
Saya tahu nama saya, alamat,
nombor telefon rumah dan
juga nombor telefon bimbit
ibu bapa.
Saya sentiasa mendapatkan kebenaran
sebelum pergi ke mana-mana.
Saya tidak berahsia dengan ibu
b a p a , k h u s u s n y a y a n g
melibatkan tubuh badan saya.