SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Hepatitis B punca kanser hati
by Fieza on Fri 28 Mar 2008, 7:09 pm
Hepatitis B punca kanser hati
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
KIRA-KIRA 1.3 juta rakyat Malaysia didapati pembawa
kuman virus hepatitis B. Mereka kelihatan sihat tetapi
mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain.
Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200
kali ganda risiko untuk mendapat kanser hati berbanding
dengan mereka yang normal.
Hepatitis B kronik adalah punca kematian yang ke-10
utama di seluruh dunia dengan kira-kira 350 juta orang
dijangkiti, manakala setiap tahun dianggarkan kira-kira 1.2
juta individu meninggal dunia akibat penyakit kronik yang
berkaitan dengan penyakit ini.
Virus hepatitis B akan menyerang sel hati. Ia boleh
dipindahkan dari ibu ke anak semasa lahir atau menerusi
pendedahan kepada darah dan bendalir badan orang yang
dijangkiti. Virus ini 100 kali lebih mudah berjangkit
daripada HIV dan kebanyakan orang tidak sedar mereka
dijangkiti virus tersebut. Ini kerana penyakit tersebut
mungkin tidak muncul dengan serta-merta.
Profesor Perubatan dan Perunding Hepatology di Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Rosmawati
Mohamed berkata, hepatitis B kronik ialah masalah
perubatan serius yang boleh menyebabkan masalah hati
seperti sirosis, kanser dan kegagalan organ tersebut,
seterusnya membawa kematian awal.
�Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh PPUM, hepatitis
B ialah punca utama kanser hati iaitu 85 peratus jika
dibandingkan dengan hepatitis C ( dua peratus), alkohol
(empat peratus) dan selebihnya masih belum diketahui.
�Antara faktor yang mempengaruhi hepatitis B kronik
ialah peningkatan umur, gender lelaki, pengambilan
alkohol secara berlebihan dan merokok.
�Walaupun kajian PPUM menunjukkan lelaki lebih berisiko
daripada wanita, golongan wanita jangan memandang
remeh tentang penyakit ini, sekurang-kurangnya lakukan
pemeriksaan kesihatan sekali seumur hidup. Matlamat
rawatan
�Matlamat utama rawatan ialah untuk menyekat jumlah
virus hepatitis B dalam sistem dan memastikan parasnya
serendah yang mungkin dalam jangka panjang. Ini
merupakan faktor penting dalam usaha menambah baik
keputusan rawatan pesakit,� katanya lagi ketika sidang
media pengenalan rawatan hepatitis B, Sebivo, di Petaling
Jaya, Selangor. Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua
Pegawai Eksekutif Novartis Corporation (Malaysia) Sdn.
Bhd., Richard Abela dan Prof. Dr. Lim Seng Gee dari
National University Hospital, Singapura.
Rawatan Sebivo (telbivudine) dapat mengekang virus
dengan lebih pantas dan menyeluruh berbanding rawatan
Lamivudine. Penemuan ini berdasarkan kajian penting
Globe, sebuah kajian klinikal fasa III, yang membabitkan
1,367 pesakit dari 20 negara dan merupakan ujian
pendaftaran terbesar bagi pesakit hepatitis B kronik yang
pernah dijalankan.
Dalam kajian Globe, sebahagian besar pesakit adalah dari
Asia. Sebivo dapat mengekang virus dengan lebih pantas
dan menyeluruh berbanding Lamivudine dengan profil
keselamatan lebih baik. Kesan ini dikekalkan selepas dua
tahun rawatan, menunjukkan bahawa Sebivo boleh
dijadikan pilihan rawatan jangka panjang bagi penghidap
hepatitis B. Analisis data Globe menunjukkan bahawa
pengekangan virus maksimum pada minggu ke-24. Pada
minggu ke-24 selepas memulakan terapi, lebih ramai
pesakit yang menggunakan Sebivo didapati mempunyai
kandungan virus hepatitis B yang tidak dapat dikesan
berbanding Lamivudine, lantas membuktikan keberkesanan
anti virus Sebivo.
Mempunyai pilihan
�Pelancaran Sebivo memang dinanti-nantikan kerana para
doktor kini mempunyai pilihan rawatan tambahan untuk
merawat pesakit yang menghidap hepatitis B kronik,
penyakit yang biasanya dialami sepanjang hayat,��
jelasnya.
Rancangan rawatan bagi pesakit hepatitis B kronik
bergantung kepada peringkat penyakit. Pesakit perlu
menemui doktor secara berkala untuk pemeriksaan,
walaupun mereka tidak memerlukan ubat buat masa ini.
�Pesakit perlu datang untuk menjalani pemeriksaan
supaya doktor boleh menentukan rancangan pengurusan
dan jenis terapi yang sewajarnya berasaskan keadaan
mereka. Pengesanan awal amat penting kerana kita boleh
mencegah kerumitan serius bagi pesakit pada masa depan,
justeru meningkatkan kualiti kehidupan mereka,� kata Dr.
Rosmawati.
INFO
- Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman
virus hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud radang hati
yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa
lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang
berkekalan.
- Lebih daripada 350 juta penduduk dunia dijangkiti oleh
penyakit hepatitis B ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab yang
ke-10 menyebabkan kematian di dunia.
- Virus hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka
yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur,
air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing
dan juga susu badan.
- Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah
disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi
virus.
- Antara gejala kronik:
- Muntah darah
- Salur pemakanan kembang (varices)
- Busung (Asites)
Cara jangkitan
- Hepatitis B dijangkiti melalui darah yang dijangkiti atau
cairan tubuh seperti dari faraj, mulut dan sperma.
- Jangkitan berlaku melalui ibu yang dijangkiti kepada anak
yang dikandungnya semasa proses:
- Kelahiran
- Pemindahan darah
- Melalui hubungan seks
- Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan
Glosari
- sirosis: Penyakit hati yang dicirikan oleh matinya sel-sel
hati
dan sebagainya (yang terjadi akibat jangkitan kronik,
terlalu banyak
minum minuman keras dan lain-lain)
- virus: Sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria
yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia,
haiwan atau tumbuhan.
- rembesan: Aliran atau titisan
- enzim: Bahan kimia yang terdapat di dalam benda hidup
(tumbuhan,
haiwan) yang menyebabkan perubahan kepada bahan
kimia lain tetapi tidak
pada dirinya sendiri.
1. Apakah Hepatitis
Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati
disebabkan oleh ubat-ubatan, alkohol, sistem immune badan seseorang dan
lain-lainnya. Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan
virus hepatitis.
Radang hati melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun,
virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang paling
menggerunkan. Dianggarkan terdapat 1.1 juta rakyat Malaysia yang disyaki
menghidap hepatitis B (belum termasuk hepatitis C).Bagaimanapun, virus
yang lazim ditemui adalah hepatitis jenis A hingga E manakala jangkitan
untuk hepatitis F pula hanya dijumpai sekali di India pada 1994 dan
Hepatitis G hanya dikesan pada 1995. Jangkitan virus-virus ini boleh
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu akut (gejala yang teruk dalam masa
yang singkat) atau kronik (kerosakan teruk yang berlaku secara perlahan
dalam tempoh yang panjang).
2. Radang Hati
Pakar Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya,
Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan hati juga mempunyai dua
bahagian utama, kiri dan kanan, beserta pundi hempedu di bawahnya.
Kebanyakan masalah dan penyakit hati melibatkan penyakit kuning
(jaundice) akibat peningkatan bilirubin, bahan sampingan hasil kematian sel
darah merah. Kebiasaannya, hati yang sihat akan menapis bilirubin dari
darah dan membuangnya melalui hempedu. Bagi hati yang rosak, termasuk
akibat hepatitis, proses penapisan bahan sampingan ini mungkin terjejas.
Ianya juga berlaku disebabkan gangguan pengaliran air hempedu di dalam
hati disebabkan sel yang membengkak dan rosak.
Kebanyakan kes hepatitis (radang hati) berlaku akibat jangkitan virus,
seperti mana Influenza H1N1 menyerang paru-paru. Namun, hepatitis juga
boleh berlaku akibat racun tertentu, penyakit autoimun atau penyakit
keturunan. Hepatitis boleh membentuk sirosis iaitu pembentukan tisu parut
pada hati bagi menggantikan sel hati yang mati akibat jangkitan virus,
ketagihan alkohol atau bahan kimia tertentu. Sirosis pula boleh membawa
kepada kanser hati!
"Hepatitis sememangnya menggerunkan. Saya pernah berjumpa pesakit
yang menangis tiba-tiba, ketakutan akibat terlalu banyak maklumat, dan
mungkin telah salah faham mengenai situasi yang dihadapinya. Radang hati
melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun, virus
hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang paling
menggerunkan," kata Dr. Ahmad Shukri.
Menurutnya, sirosis terbentuk daripada hepatitis kronik setelah bertahun-
tahun dijangkiti virus tersebut. Di bawah mikroskop elektron, virus hepatitis
kelihatan seperti bunga bulat tetapi sangat bahaya. "Malaysia dan rantau
Asia mencatatkan paling banyak penyebaran virus hepatitis secara menegak
(vertical), dari ibu kepada anak, dalam kandungan atau semasa dilahirkan.
Dan, hanya HBV yang boleh dijangkiti secara menegak.
"Namun, ada juga pesakit yang dijangkiti HBV atau HCV ketika sudah
dewasa, pada usia 30-an atau 40-an, melalui perkongsian jarum,
pemindahan darah atau organ, dan juga jika mereka sering bertukar
pasangan seks." Oleh itu, perlu difahami bahawa untuk HBV dan HCV, darah
menjadi punca penyebaran utama. Hepatitis bukannya satu penyakit
keturunan atau genetik!
HCV tidak disebarkan secara menegak tetapi boleh berjangkit melalui
kaedah lain yang disebutkan tadi. Di Malaysia, lebih banyak kes hepatitis B
dilaporkan berbanding hepatitis C berikutan keupayaan HBV berpindah dari
ibu kepada anak. "Pesakit yang memuntahkan darah akibat bengkak atau
radang hati juga biasa disalah anggap sebagai telah disantau orang," jelas
Dr. Ahmad Shukri.
3. Apakah Tanda-Tanda Hepatitis
Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-
tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis.
Tanda-tanda antaranya ialah:
Merasa letih, Kurang selera makan, Loya, Muntah, Sakit perut (abdomen),
Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning), Air kencing
berubah warna menjadi warna teh & Warna najis berubah pucat atau warna
tanah liat .
4. Komplikasi Hepatitis yang Parah
Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan
organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu
fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati (pengerasan hati).
Tanda-tanda sirrosis hati ialah: Abdominal membengkak, Sangat mudah
lebam, Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan, Muntah darah & Najis
hitam.
Komplikasi sirrosis hati: Kanser hati & Maut.
5. Peluang untuk Pulih
Peluang seseorang yang dijangkiti HBV atau HCV pulih sepenuhnya,
bergantung kepada jenis virus dan juga kekuatan sistem imuniti badan
pesakit. Mereka yang masih muda, dengan sistem imuniti yang kuat,
mempunyai peluang yang cerah untuk pulih.
"Peluang mereka yang dijangkiti HBV untuk pulih selepas enam bulan adalah
lebih tinggi. Malangnya, 70 peratus pesakit yang dijangkiti HCV (hepatitis C)
tidak akan pulih dan menjadi pembawa kronik virus tersebut. Cara jangkitan
juga menjadi penentu perkembangan hepatitis. Mereka yang dijangkiti
semasa dewasa mempunyai 85 peratus peluang untuk pulih sepenuhnya.
Tetapi, sehingga 85 peratus pesakit yang dijangkiti ketika dilahirkan akan
kekal dengan virus tersebut seumur hidup."
Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun menegaskan masih banyak dapat
dilakukan, bermacam rawatan boleh dicuba, tetapi hanya jika jangkitan
dikesan dari peringkat awal. Jika ditunggu sehingga timbulnya gejala
hepatitis, mungkin sudah terlewat! Untuk hepatitis, kini terdapat ubat dalam
bentuk pil atau suntikan. Walaupun telah lebih 15 tahun dihasilkan,
peringkat awal rawatan secara suntikan Interferon tidak memuaskan kerana
kadar tindak balas yang rendah.
"Pada awalnya, keberkesanannya hanya sekitar 20 peratus. Kemudian, ia
meningkat kepada 30 peratus, dan kini ubat tersebut yang terdiri
dari Nucleoside Analog dan Pegylated Interferontelah mampu memberi
kesan positif sehingga lebih dari 50 peratus. Walaupun sebilangan pesakit
kekal mempunyai virus hepatitis di dalam badan mereka, ubat tersebut
menyebabkan virus itu tidak aktif," tegasnya.
Tambah Dr. Ahmad Shukri, tujuan utama rawatan dimulakan secepat
mungkin adalah untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada hati.
Sebelum memulakan rawatan, pesakit memerlukan pengesahan jenis virus
dan tahap jangkitan melalui beberapa ujian. Ini bagi menyesuaikan dengan
kaedah rawatan yang paling berkesan. Berbanding 15 tahun lalu, pesakit
kini mempunyai banyak pilihan rawatan, dengan kebanyakannya semakin
berkembang dan semakin berkesan hasil penemuan-penemuan terbaru.
"Bagi pesakit yang dijangkiti ketika dewasa, 85 peratus daripada mereka
akan pulih sepenuhnya, tanpa kesan virus dalam badan dan telah
membentuk antibodi terhadap virus berkenaan! Perlu diingatkan bahawa
pengambilan tonik hepar atau vitamin tidak merawat jangkitan virus
hepatitis. Ia mungkin sekadar memberi suplemen tambahan kepada hati
tanpa menyembuhkannya," tegasnya.
6. Saringan dan Pemeriksaan
Maklumat terkini mengenai virus, cara jangkitan, kesan dan cara mencegah,
membolehkan kita merancang kaedah menentang penularan penyakit
berjangkit seperti hepatitis dan juga influenza. Untuk hepatitis, hanya ujian
darah memadai sebagai kaedah saringan mahupun pemantauan penyebaran
HBV atau HCV.
"Mereka yang sering membuat ujian saringan untuk HBV, HCV ataupun HAV
(virus hepatitis A) mudah mengetahui jika mereka diserang virus hepatitis.
HAV yang disebarkan melalui makanan atau minuman tercemar, merupakan
virus hepatitis yang tidak berbahaya dalam jangka panjang dan boleh
dicegah dari awal melalui pengambilan vaksin," katanya.
Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun berharap pihak hospital mahupun makmal
meningkatkan skop saringan virus hepatitis dengan sekurang-kurangnya
melibatkan saringan untuk kedua-dua HBV dan juga HCV. "Pakej ujian darah
sedia ada hanya melibatkan saringan untuk HBV sahaja. HCV juga
sepatutnya disertakan! Kedua-dua virus hepatitis yang disebarkan melalui
darah ini boleh dikesan melalui kehadiran antibodi terhadap virus terbabit.
HBV juga boleh dikesan melalui kehadiran antigennya (struktur permukaan
kapsul virus)."
Walaubagaimanapun, ujian saringan mungkin terlepas pesakit yang berada
di dalam window period, di ketika virus sedang bersembunyi akibat jumlah
antibodi atau antigen yang rendah. Bagi mengelakkan terus kebarangkalian
jangkitan, pengambilan vaksin mungkin menjadi cara pencegahan terbaik.
Vaksin untuk HBV dan HAV sudah lama dikeluarkan. Terdapat dua jenis
persediaan vaksin berkenaan, sama ada secara berasingan atau kombinasi
kedua-dua vaksin dalam satu suntikan sahaja. Setiap individu memerlukan
tiga dos vaksin hepatitis B dan dua dos untuk vaksin Hepatitis A. Malangnya,
vaksin untuk HCV yang menjadi punca hepatitis lebih kronik belum
dihasilkan.
"Namun, pesakit yang dijangkiti hepatitis sebelum sempat mengambil vaksin
masih mempunyai peluang untuk pulih, dan juga mengawal penularan virus
tersebut. Majoriti generasi muda kini telah di beri suntikan vaksin hepatitis B
semasa lahir lagi sebagai salah satu suntikan wajib. Bagaimanapun, kita
semua masih berisiko dijangkiti HCV sementara generasi terdahulu tidak
terlindung daripada HBV," ujarnya.
Untuk itu, Dr. Ahmad Shukri menegaskan pesakit tidak melengah atau
mengambil mudah ujian saringan mahupun rawatan, kerana virus hepatitis
akan membawa kepada penyakit hati yang kronik. "Sesetengah pesakit
mungkin pulih, yang lain pula mungkin kekal dengan virus tersebut. Namun,
perlu diingat bahawa hepatitis boleh dicegah, dikawal dan kini boleh dirawat,
sebelum ia berkembang menjadi sirosis mahupun kanser hati!"
7. Virus Hepatitis A & E
Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A
selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit
setelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan
berasa sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti (kadangkala
lebih). Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda dan gejala
selepas dijangkiti. Walaubagaimanapun, pesakit yang tidak menunjukkan
gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A wujud dalam
najis individu yang dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua
minggu selepas gejala bermula.
Antara gejala jangkitan adalah: demam kuning, demam, hilang selera
makan, sakit perut, loya, muntah, cirit-birit, sakit kepala, mata menjadi
kuning, kelesuan, air kencing kotor & najis pucat.
Apabila virus memasuki badan, ianya mengambil masa kira-kira dua minggu
(dipanggil tempoh inkubasi) sebelum menyebabkan masalah kesihatan.
Biasanya individu dijangkiti juga mengambil masa kira-kira dua minggu
untuk pulih semula. Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai kes virus
Hepatitis A (HAV) kerana jangkitan virus Hepatitis E (HEV) hanya dilaporkan
berlaku di India dan Afrika. Walaupun gejala jangkitan HAV dan HEV
dianggap lebih ‘ringan’ berbanding virus Hepatitis B dan C, wanita hamil
yang mendapat jangkitan HEV menghadapi risiko paling tinggi menemui
maut (antara 15 hingga 25 peratus).
Hepatitis A boleh merebak melalui najis, makanan dan minuman yang
tercemar (disebarkan penyedia makanan yang telah dijangkiti atau daripada
makanan mentah) atau melalui sentuhan, seperti membabitkan alat
keperluan harian dan permainan di pusat jagaan kanak-kanak. Malah, ada
individu yang dijangkiti melalui darah yang tercemar (pemindahan darah
atau perkongsian jarum suntikan) tetapi jangkitan melalui cara ini jarang
berlaku. Kanak-kanak yang dijangkiti HAV biasanya mengalami penyakit
demam kuning pada kadar yang berbeza.
Kurang daripada 10 peratus kanak-kanak di bawah umur enam tahun
mengalami demam kuning sementara 40 hingga 50 peratus kanak-kanak
dalam lingkungan umur enam hingga 14 tahun mengalami demam kuning.
Kebarangkalian untuk mendapat demam kuning meningkat sehingga 70 atau
80 peratus jika jangkitan berlaku pada kanak-kanak lebih dewasa atau
peringkat remaja sekitar umur 14 tahun ke atas. Tiada komplikasi jangka
masa panjang untuk hepatitis A.Walau bagaimanapun, hepatitis A boleh
memberi kesan yang serius pada warga tua di mana mereka memerlukan
rawatan di hospital.
Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus untuk penyakit ini tetapi ia
boleh dielakkan melalui pengambilan dua dos vaksin pada jarak enam
hingga 12 bulan. Pengambilan vaksin disarankan bagi individu yang berisiko
tinggi seperti pengembara, lelaki homoseksual dan penagih dadah yang
berkongsi jarum suntikan. Rawatan am ialah: mendapatkan rehat yang
cukup dan minum banyak air, elak daripada minum alkohol & individu yang
dijangkiti harus berada di rumah sehingga tiada lagi kesan jangkitan
(seminggu selepas sakit).
Hepatitis A boleh di cegah melalui : Menjaga kebersihan diri (kerap basuh
tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan), Gunakan
bekalan air yang bersih, Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum
dimakan & Elak makan kerang mentah.
8. Virus Hepatitis B
Virus Hepatitis B (HBV) mempunyai tempoh inkubasi yang lebih lama iaitu
antara dua hingga tiga bulan. Virus ini juga boleh menyebabkan dua jenis
masalah, sama ada akut atau kronik. HBV adalah virus yang paling lazim
berjangkit di dunia. Dianggarkan lebih dua bilion penduduk dunia dijangkiti
penyakit HBV dan kira- kira 350 juta lagi menjadi pembawa HBV yang
kronik. Lebih menyedihkan, kebanyakan pembawa HBV kronik ini berada di
India dan Afrika. Di Malaysia, 60 hingga 70 peratus kes HBV berlaku di
kalangan orang Cina, Melayu (30 peratus) dan 10 peratus di kalangan orang
India.
Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah
dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair
darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Virus ini
disebarkan melalui hubungan seks, berkongsi jarum suntikan atau
pemindahan darah. Wanita hamil yang telah dijangkiti HBV juga boleh
memindahkan virus ini kepada anak ketika bersalin. Selain itu, HBV
dikatakan 100 kali lebih cepat merebak berbanding virus HIV dengan gejala
jangkitan seperti; Penat, Gatal-gatal, Hilang selera makan, Hilang berat
badan, Sakit perut, Sakit-sakit sendi, demam kuning, kematian akut
(mengejut), jangkitan kronik & kematian akibat penyakit hati yang kronik.
Bagaimanapun, bukan semua orang yang mendapat penyakit hepatitis
akibat HBV dan ada yang tidak mengalami masalah kesihatan dan boleh
bekerja seperti biasa.
Hampir 90 peratus individu yang dijangkiti HBV mampu menyingkirkan virus
tersebut melalui tindakan antibodi badan manakala 10 peratus lagi menjadi
pembawa. Oleh kerana itu, HBV lebih bersifat kronik dan gejala kesihatan
biasanya muncul apabila usia menjangkau umur 40 tahun. Di kalangan
pesakit, dianggarkan 20 hingga 25 peratus mengalami komplikasi masalah
sirosis hati (sel hati mati, mengeras dan menyebabkan parut). Daripada
jumlah yang mengalami sirosis hati ini, kira-kira lima hingga 10 peratus
mendapat kanser hati.
Jangkitan HBV boleh dikesan melalui pemeriksaan fungsi hati terutama
ujian paras enzim hati (ALT). Biasanya bagi individu yang dijangkiti, paras
antibodi adalah tinggi, walaupun hatinya boleh berfungsi secara normal.
Selain itu, ujian yang boleh dilakukan bagi mengesan jangkitan virus ini
adalah melalui proses serologi, imbasan bunyi, DNA bagi mengesan HBV dan
biopsi hati untuk mengesan darjah keradangan atau kehadiran fibrosis (tisu
hati bengkak dan bertukar menjadi parut).
Rawatan yang ada sekarang adalah untuk memperlahankan dan
memberhentikan tindakan HBV daripada terus merosakkan hati. Ianya
diberikan dalam bentuk suntikan yang perlu diambil tiga kali setiap minggu
dalam tempoh empat hingga enam bulan. Pesakit juga perlu mendapatkan
pemeriksaan susulan setiap enam bulan atau setahun sekali bagi
memastikan tiada keradangan baru pada hati mereka. Sebagai
perlindungan, anda boleh mengambil vaksin Heptitis B yang diberikan dalam
tiga dos dengan jarak tiga bulan setiap suntikan. Pesakit radang hati yang
kronik (chronic hepatitis) mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon
atau lamivudine. Rawatan am: Rehat yang secukupnya dan minum air
dengan banyak, Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar, Elakkan
arak/alkohol & Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil
untuk penyakit kronik yang lain.
Hepatitis B boleh dielakkan dengan : Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi
contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang,
Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau
pencukur) & Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma
darah. Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B.
Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV. Pelalian Hepatitis B juga
digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu.
9. Virus Hepatitis C
Hepatitis C dikategorikan sebagai penyakit kronik. Virus ini dikenali sebagai
HCV dan bolehberjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dengan
individu yang dijangkiti, menerima darah atau menjalani pembedahan
pemindahan organ sebelum 1995, menjalani dialisis darah dalam tempoh
berpanjangan, hubungan seks (terutama yang kerap bertukar pasangan),
akupuntur dan jangkitan dari ibu kepada bayi ketika bersalin.
HVC mempunyai tempoh inkubasi antara enam hingga tujuh minggu.
Antara gejala yang biasa yang dibabitkan dengan HCV adalah; demam
kuning (30 hingga 40 peratus kes), demam yang tidak teruk, sakit perut,
keletihan & kerap mendapat jangkitan virus lain seperti virus selesema.
HVC boleh menyebabkan sirosis hati dan pengambilan alkohol yang
berlebihan boleh mempercepat proses sirosis hati di kalangan penghidap
Hepatitis B dan C. Jika seseorang itu mendapat kedua-dua jangkitan HBV
dan HCV, masalah sirosis dan kanser hati akan menjadi bertambah teruk.
Bagaimanapun kes ini jarang berlaku.
Ubat yang diberikan kepada pesakit HCV biasanya bertujuan menghentikan
tindakan virus berkenaan dan perlu diambil melalui suntikan atau pil selama
enam hingga 12 bulan. Elakkan mendapat penyakit ini dengan:
memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan ahli teman serumah untuk
membuatkan ujian Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding
dengan doktor.
Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda
mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, dinasihatkan menggunakan
kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .
Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti
jarum suntikan, berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting .
Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri.
Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10
bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk
ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin
hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin
yang selengkap masa lain. sepenuh
Amalkan gaya hidup yang sihat & mendengar nasihat doktor.
10. Virus Hepatitis D
Virus Hepatitis D (HDV) dikategorikan sebagai virus yang tidak lengkap
kerana ianya memerlukan HBV untuk bertindak. Maknanya jika seseorang
itu hanya dijangkiti HDV, dia tidak akan mengalami sebarang masalah.
Gejala kesihatan hanya muncul jika individu berkenaan juga dijangkiti HBV
selepas dijangkiti HDV. Namun, kes seperti ini jarang berlaku.
Jika anda mengalami mana-mana gejala seperti yang telah disebutkan,
segera jalani ujian lanjut untuk hepatitis, terutamanya bagi individu yang
lahir sebelum 1989. Berbincang dengan doktor mengenai kaedah rawatan
yang sesuai dengan anda. Individu yang disahkan bebas daripada jangkitan
mana-mana virus hepatitis disaran mengambil suntikan vaksin sebagai
perlindungan.
*Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM
Latar Belakang
Izie Herb
Cara Pembelian
Testimoni
Hubungi Kami
Produk:
1. Peria Katak Plus (kapsul)
2. Saderi Jawa Plus (kapsul)
3. Temulawak Plus (kapsul)
Info Penyakit:
1. Kencing Manis, Fakta Gula.
2. Tekanan Darah Tinggi.
3. Gangguan Pada Hati: Hepatitis, Hati
Berlemak, Batu Hempedu.
4. Berlebihan Berat Badan.
4. Losyen Temulawak Plus Halia
Bara & Limau Nipis

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Hepatitis b punca kanser hati

  • 1. Hepatitis B punca kanser hati by Fieza on Fri 28 Mar 2008, 7:09 pm Hepatitis B punca kanser hati Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH KIRA-KIRA 1.3 juta rakyat Malaysia didapati pembawa kuman virus hepatitis B. Mereka kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap-senyap menjangkiti orang lain. Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risiko untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal. Hepatitis B kronik adalah punca kematian yang ke-10 utama di seluruh dunia dengan kira-kira 350 juta orang dijangkiti, manakala setiap tahun dianggarkan kira-kira 1.2 juta individu meninggal dunia akibat penyakit kronik yang berkaitan dengan penyakit ini. Virus hepatitis B akan menyerang sel hati. Ia boleh dipindahkan dari ibu ke anak semasa lahir atau menerusi pendedahan kepada darah dan bendalir badan orang yang dijangkiti. Virus ini 100 kali lebih mudah berjangkit daripada HIV dan kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti virus tersebut. Ini kerana penyakit tersebut mungkin tidak muncul dengan serta-merta. Profesor Perubatan dan Perunding Hepatology di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Dr. Rosmawati Mohamed berkata, hepatitis B kronik ialah masalah perubatan serius yang boleh menyebabkan masalah hati seperti sirosis, kanser dan kegagalan organ tersebut,
  • 2. seterusnya membawa kematian awal. �Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh PPUM, hepatitis B ialah punca utama kanser hati iaitu 85 peratus jika dibandingkan dengan hepatitis C ( dua peratus), alkohol (empat peratus) dan selebihnya masih belum diketahui. �Antara faktor yang mempengaruhi hepatitis B kronik ialah peningkatan umur, gender lelaki, pengambilan alkohol secara berlebihan dan merokok. �Walaupun kajian PPUM menunjukkan lelaki lebih berisiko daripada wanita, golongan wanita jangan memandang remeh tentang penyakit ini, sekurang-kurangnya lakukan pemeriksaan kesihatan sekali seumur hidup. Matlamat rawatan �Matlamat utama rawatan ialah untuk menyekat jumlah virus hepatitis B dalam sistem dan memastikan parasnya serendah yang mungkin dalam jangka panjang. Ini merupakan faktor penting dalam usaha menambah baik keputusan rawatan pesakit,� katanya lagi ketika sidang media pengenalan rawatan hepatitis B, Sebivo, di Petaling Jaya, Selangor. Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd., Richard Abela dan Prof. Dr. Lim Seng Gee dari National University Hospital, Singapura. Rawatan Sebivo (telbivudine) dapat mengekang virus dengan lebih pantas dan menyeluruh berbanding rawatan Lamivudine. Penemuan ini berdasarkan kajian penting Globe, sebuah kajian klinikal fasa III, yang membabitkan 1,367 pesakit dari 20 negara dan merupakan ujian pendaftaran terbesar bagi pesakit hepatitis B kronik yang
  • 3. pernah dijalankan. Dalam kajian Globe, sebahagian besar pesakit adalah dari Asia. Sebivo dapat mengekang virus dengan lebih pantas dan menyeluruh berbanding Lamivudine dengan profil keselamatan lebih baik. Kesan ini dikekalkan selepas dua tahun rawatan, menunjukkan bahawa Sebivo boleh dijadikan pilihan rawatan jangka panjang bagi penghidap hepatitis B. Analisis data Globe menunjukkan bahawa pengekangan virus maksimum pada minggu ke-24. Pada minggu ke-24 selepas memulakan terapi, lebih ramai pesakit yang menggunakan Sebivo didapati mempunyai kandungan virus hepatitis B yang tidak dapat dikesan berbanding Lamivudine, lantas membuktikan keberkesanan anti virus Sebivo. Mempunyai pilihan �Pelancaran Sebivo memang dinanti-nantikan kerana para doktor kini mempunyai pilihan rawatan tambahan untuk merawat pesakit yang menghidap hepatitis B kronik, penyakit yang biasanya dialami sepanjang hayat,�� jelasnya. Rancangan rawatan bagi pesakit hepatitis B kronik bergantung kepada peringkat penyakit. Pesakit perlu menemui doktor secara berkala untuk pemeriksaan, walaupun mereka tidak memerlukan ubat buat masa ini. �Pesakit perlu datang untuk menjalani pemeriksaan supaya doktor boleh menentukan rancangan pengurusan dan jenis terapi yang sewajarnya berasaskan keadaan mereka. Pengesanan awal amat penting kerana kita boleh mencegah kerumitan serius bagi pesakit pada masa depan,
  • 4. justeru meningkatkan kualiti kehidupan mereka,� kata Dr. Rosmawati. INFO - Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV). Hepatitis bermaksud radang hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut. Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan. - Lebih daripada 350 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab yang ke-10 menyebabkan kematian di dunia. - Virus hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah, air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, mukus, air kencing dan juga susu badan. - Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. - Antara gejala kronik: - Muntah darah - Salur pemakanan kembang (varices) - Busung (Asites) Cara jangkitan - Hepatitis B dijangkiti melalui darah yang dijangkiti atau cairan tubuh seperti dari faraj, mulut dan sperma.
  • 5. - Jangkitan berlaku melalui ibu yang dijangkiti kepada anak yang dikandungnya semasa proses: - Kelahiran - Pemindahan darah - Melalui hubungan seks - Penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan Glosari - sirosis: Penyakit hati yang dicirikan oleh matinya sel-sel hati dan sebagainya (yang terjadi akibat jangkitan kronik, terlalu banyak minum minuman keras dan lain-lain) - virus: Sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, haiwan atau tumbuhan. - rembesan: Aliran atau titisan - enzim: Bahan kimia yang terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan) yang menyebabkan perubahan kepada bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri. 1. Apakah Hepatitis Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya. Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis. Radang hati melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun, virus hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang paling menggerunkan. Dianggarkan terdapat 1.1 juta rakyat Malaysia yang disyaki menghidap hepatitis B (belum termasuk hepatitis C).Bagaimanapun, virus
  • 6. yang lazim ditemui adalah hepatitis jenis A hingga E manakala jangkitan untuk hepatitis F pula hanya dijumpai sekali di India pada 1994 dan Hepatitis G hanya dikesan pada 1995. Jangkitan virus-virus ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu akut (gejala yang teruk dalam masa yang singkat) atau kronik (kerosakan teruk yang berlaku secara perlahan dalam tempoh yang panjang). 2. Radang Hati Pakar Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan hati juga mempunyai dua bahagian utama, kiri dan kanan, beserta pundi hempedu di bawahnya. Kebanyakan masalah dan penyakit hati melibatkan penyakit kuning (jaundice) akibat peningkatan bilirubin, bahan sampingan hasil kematian sel darah merah. Kebiasaannya, hati yang sihat akan menapis bilirubin dari darah dan membuangnya melalui hempedu. Bagi hati yang rosak, termasuk akibat hepatitis, proses penapisan bahan sampingan ini mungkin terjejas. Ianya juga berlaku disebabkan gangguan pengaliran air hempedu di dalam hati disebabkan sel yang membengkak dan rosak. Kebanyakan kes hepatitis (radang hati) berlaku akibat jangkitan virus, seperti mana Influenza H1N1 menyerang paru-paru. Namun, hepatitis juga boleh berlaku akibat racun tertentu, penyakit autoimun atau penyakit keturunan. Hepatitis boleh membentuk sirosis iaitu pembentukan tisu parut pada hati bagi menggantikan sel hati yang mati akibat jangkitan virus, ketagihan alkohol atau bahan kimia tertentu. Sirosis pula boleh membawa kepada kanser hati! "Hepatitis sememangnya menggerunkan. Saya pernah berjumpa pesakit yang menangis tiba-tiba, ketakutan akibat terlalu banyak maklumat, dan mungkin telah salah faham mengenai situasi yang dihadapinya. Radang hati melibatkan virus hepatitis jenis A, B, C, D, E, F dan G. Namun, virus
  • 7. hepatitis B (HBV) dan virus hepatitis C (HCV) merupakan yang paling menggerunkan," kata Dr. Ahmad Shukri. Menurutnya, sirosis terbentuk daripada hepatitis kronik setelah bertahun- tahun dijangkiti virus tersebut. Di bawah mikroskop elektron, virus hepatitis kelihatan seperti bunga bulat tetapi sangat bahaya. "Malaysia dan rantau Asia mencatatkan paling banyak penyebaran virus hepatitis secara menegak (vertical), dari ibu kepada anak, dalam kandungan atau semasa dilahirkan. Dan, hanya HBV yang boleh dijangkiti secara menegak. "Namun, ada juga pesakit yang dijangkiti HBV atau HCV ketika sudah dewasa, pada usia 30-an atau 40-an, melalui perkongsian jarum, pemindahan darah atau organ, dan juga jika mereka sering bertukar pasangan seks." Oleh itu, perlu difahami bahawa untuk HBV dan HCV, darah menjadi punca penyebaran utama. Hepatitis bukannya satu penyakit keturunan atau genetik! HCV tidak disebarkan secara menegak tetapi boleh berjangkit melalui kaedah lain yang disebutkan tadi. Di Malaysia, lebih banyak kes hepatitis B dilaporkan berbanding hepatitis C berikutan keupayaan HBV berpindah dari ibu kepada anak. "Pesakit yang memuntahkan darah akibat bengkak atau radang hati juga biasa disalah anggap sebagai telah disantau orang," jelas Dr. Ahmad Shukri. 3. Apakah Tanda-Tanda Hepatitis Kebanyakan orang dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda- tanda berlaku , ia adalah sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antaranya ialah: Merasa letih, Kurang selera makan, Loya, Muntah, Sakit perut (abdomen), Warna kuning pada mata putih dan kulit (penyakit kuning), Air kencing berubah warna menjadi warna teh & Warna najis berubah pucat atau warna tanah liat .
  • 8. 4. Komplikasi Hepatitis yang Parah Bila penyakit hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati (pengerasan hati). Tanda-tanda sirrosis hati ialah: Abdominal membengkak, Sangat mudah lebam, Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan, Muntah darah & Najis hitam. Komplikasi sirrosis hati: Kanser hati & Maut. 5. Peluang untuk Pulih Peluang seseorang yang dijangkiti HBV atau HCV pulih sepenuhnya, bergantung kepada jenis virus dan juga kekuatan sistem imuniti badan pesakit. Mereka yang masih muda, dengan sistem imuniti yang kuat, mempunyai peluang yang cerah untuk pulih. "Peluang mereka yang dijangkiti HBV untuk pulih selepas enam bulan adalah lebih tinggi. Malangnya, 70 peratus pesakit yang dijangkiti HCV (hepatitis C) tidak akan pulih dan menjadi pembawa kronik virus tersebut. Cara jangkitan juga menjadi penentu perkembangan hepatitis. Mereka yang dijangkiti semasa dewasa mempunyai 85 peratus peluang untuk pulih sepenuhnya. Tetapi, sehingga 85 peratus pesakit yang dijangkiti ketika dilahirkan akan kekal dengan virus tersebut seumur hidup." Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun menegaskan masih banyak dapat dilakukan, bermacam rawatan boleh dicuba, tetapi hanya jika jangkitan dikesan dari peringkat awal. Jika ditunggu sehingga timbulnya gejala hepatitis, mungkin sudah terlewat! Untuk hepatitis, kini terdapat ubat dalam bentuk pil atau suntikan. Walaupun telah lebih 15 tahun dihasilkan, peringkat awal rawatan secara suntikan Interferon tidak memuaskan kerana kadar tindak balas yang rendah.
  • 9. "Pada awalnya, keberkesanannya hanya sekitar 20 peratus. Kemudian, ia meningkat kepada 30 peratus, dan kini ubat tersebut yang terdiri dari Nucleoside Analog dan Pegylated Interferontelah mampu memberi kesan positif sehingga lebih dari 50 peratus. Walaupun sebilangan pesakit kekal mempunyai virus hepatitis di dalam badan mereka, ubat tersebut menyebabkan virus itu tidak aktif," tegasnya. Tambah Dr. Ahmad Shukri, tujuan utama rawatan dimulakan secepat mungkin adalah untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk kepada hati. Sebelum memulakan rawatan, pesakit memerlukan pengesahan jenis virus dan tahap jangkitan melalui beberapa ujian. Ini bagi menyesuaikan dengan kaedah rawatan yang paling berkesan. Berbanding 15 tahun lalu, pesakit kini mempunyai banyak pilihan rawatan, dengan kebanyakannya semakin berkembang dan semakin berkesan hasil penemuan-penemuan terbaru. "Bagi pesakit yang dijangkiti ketika dewasa, 85 peratus daripada mereka akan pulih sepenuhnya, tanpa kesan virus dalam badan dan telah membentuk antibodi terhadap virus berkenaan! Perlu diingatkan bahawa pengambilan tonik hepar atau vitamin tidak merawat jangkitan virus hepatitis. Ia mungkin sekadar memberi suplemen tambahan kepada hati tanpa menyembuhkannya," tegasnya. 6. Saringan dan Pemeriksaan Maklumat terkini mengenai virus, cara jangkitan, kesan dan cara mencegah, membolehkan kita merancang kaedah menentang penularan penyakit berjangkit seperti hepatitis dan juga influenza. Untuk hepatitis, hanya ujian darah memadai sebagai kaedah saringan mahupun pemantauan penyebaran HBV atau HCV. "Mereka yang sering membuat ujian saringan untuk HBV, HCV ataupun HAV (virus hepatitis A) mudah mengetahui jika mereka diserang virus hepatitis. HAV yang disebarkan melalui makanan atau minuman tercemar, merupakan
  • 10. virus hepatitis yang tidak berbahaya dalam jangka panjang dan boleh dicegah dari awal melalui pengambilan vaksin," katanya. Dr. Ahmad Shukri bagaimanapun berharap pihak hospital mahupun makmal meningkatkan skop saringan virus hepatitis dengan sekurang-kurangnya melibatkan saringan untuk kedua-dua HBV dan juga HCV. "Pakej ujian darah sedia ada hanya melibatkan saringan untuk HBV sahaja. HCV juga sepatutnya disertakan! Kedua-dua virus hepatitis yang disebarkan melalui darah ini boleh dikesan melalui kehadiran antibodi terhadap virus terbabit. HBV juga boleh dikesan melalui kehadiran antigennya (struktur permukaan kapsul virus)." Walaubagaimanapun, ujian saringan mungkin terlepas pesakit yang berada di dalam window period, di ketika virus sedang bersembunyi akibat jumlah antibodi atau antigen yang rendah. Bagi mengelakkan terus kebarangkalian jangkitan, pengambilan vaksin mungkin menjadi cara pencegahan terbaik. Vaksin untuk HBV dan HAV sudah lama dikeluarkan. Terdapat dua jenis persediaan vaksin berkenaan, sama ada secara berasingan atau kombinasi kedua-dua vaksin dalam satu suntikan sahaja. Setiap individu memerlukan tiga dos vaksin hepatitis B dan dua dos untuk vaksin Hepatitis A. Malangnya, vaksin untuk HCV yang menjadi punca hepatitis lebih kronik belum dihasilkan. "Namun, pesakit yang dijangkiti hepatitis sebelum sempat mengambil vaksin masih mempunyai peluang untuk pulih, dan juga mengawal penularan virus tersebut. Majoriti generasi muda kini telah di beri suntikan vaksin hepatitis B semasa lahir lagi sebagai salah satu suntikan wajib. Bagaimanapun, kita semua masih berisiko dijangkiti HCV sementara generasi terdahulu tidak terlindung daripada HBV," ujarnya. Untuk itu, Dr. Ahmad Shukri menegaskan pesakit tidak melengah atau mengambil mudah ujian saringan mahupun rawatan, kerana virus hepatitis akan membawa kepada penyakit hati yang kronik. "Sesetengah pesakit
  • 11. mungkin pulih, yang lain pula mungkin kekal dengan virus tersebut. Namun, perlu diingat bahawa hepatitis boleh dicegah, dikawal dan kini boleh dirawat, sebelum ia berkembang menjadi sirosis mahupun kanser hati!" 7. Virus Hepatitis A & E Ia mengambil masa 15 hingga 40 hari untuk menjadi penyakit hepatitis A selepas mangsa dijangkiti virus tersebut. Tidak semua pesakit berasa sakit setelah dijangkiti hepatitis A. Sebahagian dewasa yang dijangkiti akan berasa sakit dan tidak sihat setelah dua minggu dijangkiti (kadangkala lebih). Kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda dan gejala selepas dijangkiti. Walaubagaimanapun, pesakit yang tidak menunjukkan gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Virus hepatitis A wujud dalam najis individu yang dijangkiti dalam masa dua minggu dan sehingga dua minggu selepas gejala bermula. Antara gejala jangkitan adalah: demam kuning, demam, hilang selera makan, sakit perut, loya, muntah, cirit-birit, sakit kepala, mata menjadi kuning, kelesuan, air kencing kotor & najis pucat. Apabila virus memasuki badan, ianya mengambil masa kira-kira dua minggu (dipanggil tempoh inkubasi) sebelum menyebabkan masalah kesihatan. Biasanya individu dijangkiti juga mengambil masa kira-kira dua minggu untuk pulih semula. Sehingga kini, Malaysia hanya mempunyai kes virus Hepatitis A (HAV) kerana jangkitan virus Hepatitis E (HEV) hanya dilaporkan berlaku di India dan Afrika. Walaupun gejala jangkitan HAV dan HEV dianggap lebih ‘ringan’ berbanding virus Hepatitis B dan C, wanita hamil yang mendapat jangkitan HEV menghadapi risiko paling tinggi menemui maut (antara 15 hingga 25 peratus). Hepatitis A boleh merebak melalui najis, makanan dan minuman yang tercemar (disebarkan penyedia makanan yang telah dijangkiti atau daripada makanan mentah) atau melalui sentuhan, seperti membabitkan alat
  • 12. keperluan harian dan permainan di pusat jagaan kanak-kanak. Malah, ada individu yang dijangkiti melalui darah yang tercemar (pemindahan darah atau perkongsian jarum suntikan) tetapi jangkitan melalui cara ini jarang berlaku. Kanak-kanak yang dijangkiti HAV biasanya mengalami penyakit demam kuning pada kadar yang berbeza. Kurang daripada 10 peratus kanak-kanak di bawah umur enam tahun mengalami demam kuning sementara 40 hingga 50 peratus kanak-kanak dalam lingkungan umur enam hingga 14 tahun mengalami demam kuning. Kebarangkalian untuk mendapat demam kuning meningkat sehingga 70 atau 80 peratus jika jangkitan berlaku pada kanak-kanak lebih dewasa atau peringkat remaja sekitar umur 14 tahun ke atas. Tiada komplikasi jangka masa panjang untuk hepatitis A.Walau bagaimanapun, hepatitis A boleh memberi kesan yang serius pada warga tua di mana mereka memerlukan rawatan di hospital. Sehingga kini, masih tiada rawatan khusus untuk penyakit ini tetapi ia boleh dielakkan melalui pengambilan dua dos vaksin pada jarak enam hingga 12 bulan. Pengambilan vaksin disarankan bagi individu yang berisiko tinggi seperti pengembara, lelaki homoseksual dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan. Rawatan am ialah: mendapatkan rehat yang cukup dan minum banyak air, elak daripada minum alkohol & individu yang dijangkiti harus berada di rumah sehingga tiada lagi kesan jangkitan (seminggu selepas sakit). Hepatitis A boleh di cegah melalui : Menjaga kebersihan diri (kerap basuh tangan selepas keluar daripada tandas dan selepas makan), Gunakan bekalan air yang bersih, Membasuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan & Elak makan kerang mentah.
  • 13. 8. Virus Hepatitis B Virus Hepatitis B (HBV) mempunyai tempoh inkubasi yang lebih lama iaitu antara dua hingga tiga bulan. Virus ini juga boleh menyebabkan dua jenis masalah, sama ada akut atau kronik. HBV adalah virus yang paling lazim berjangkit di dunia. Dianggarkan lebih dua bilion penduduk dunia dijangkiti penyakit HBV dan kira- kira 350 juta lagi menjadi pembawa HBV yang kronik. Lebih menyedihkan, kebanyakan pembawa HBV kronik ini berada di India dan Afrika. Di Malaysia, 60 hingga 70 peratus kes HBV berlaku di kalangan orang Cina, Melayu (30 peratus) dan 10 peratus di kalangan orang India. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Virus ini disebarkan melalui hubungan seks, berkongsi jarum suntikan atau pemindahan darah. Wanita hamil yang telah dijangkiti HBV juga boleh memindahkan virus ini kepada anak ketika bersalin. Selain itu, HBV dikatakan 100 kali lebih cepat merebak berbanding virus HIV dengan gejala jangkitan seperti; Penat, Gatal-gatal, Hilang selera makan, Hilang berat badan, Sakit perut, Sakit-sakit sendi, demam kuning, kematian akut (mengejut), jangkitan kronik & kematian akibat penyakit hati yang kronik. Bagaimanapun, bukan semua orang yang mendapat penyakit hepatitis akibat HBV dan ada yang tidak mengalami masalah kesihatan dan boleh bekerja seperti biasa. Hampir 90 peratus individu yang dijangkiti HBV mampu menyingkirkan virus tersebut melalui tindakan antibodi badan manakala 10 peratus lagi menjadi pembawa. Oleh kerana itu, HBV lebih bersifat kronik dan gejala kesihatan biasanya muncul apabila usia menjangkau umur 40 tahun. Di kalangan pesakit, dianggarkan 20 hingga 25 peratus mengalami komplikasi masalah sirosis hati (sel hati mati, mengeras dan menyebabkan parut). Daripada
  • 14. jumlah yang mengalami sirosis hati ini, kira-kira lima hingga 10 peratus mendapat kanser hati. Jangkitan HBV boleh dikesan melalui pemeriksaan fungsi hati terutama ujian paras enzim hati (ALT). Biasanya bagi individu yang dijangkiti, paras antibodi adalah tinggi, walaupun hatinya boleh berfungsi secara normal. Selain itu, ujian yang boleh dilakukan bagi mengesan jangkitan virus ini adalah melalui proses serologi, imbasan bunyi, DNA bagi mengesan HBV dan biopsi hati untuk mengesan darjah keradangan atau kehadiran fibrosis (tisu hati bengkak dan bertukar menjadi parut). Rawatan yang ada sekarang adalah untuk memperlahankan dan memberhentikan tindakan HBV daripada terus merosakkan hati. Ianya diberikan dalam bentuk suntikan yang perlu diambil tiga kali setiap minggu dalam tempoh empat hingga enam bulan. Pesakit juga perlu mendapatkan pemeriksaan susulan setiap enam bulan atau setahun sekali bagi memastikan tiada keradangan baru pada hati mereka. Sebagai perlindungan, anda boleh mengambil vaksin Heptitis B yang diberikan dalam tiga dos dengan jarak tiga bulan setiap suntikan. Pesakit radang hati yang kronik (chronic hepatitis) mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon atau lamivudine. Rawatan am: Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak, Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar, Elakkan arak/alkohol & Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain. Hepatitis B boleh dielakkan dengan : Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang, Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau pencukur) & Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah. Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV. Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu.
  • 15. 9. Virus Hepatitis C Hepatitis C dikategorikan sebagai penyakit kronik. Virus ini dikenali sebagai HCV dan bolehberjangkit melalui perkongsian jarum suntikan dengan individu yang dijangkiti, menerima darah atau menjalani pembedahan pemindahan organ sebelum 1995, menjalani dialisis darah dalam tempoh berpanjangan, hubungan seks (terutama yang kerap bertukar pasangan), akupuntur dan jangkitan dari ibu kepada bayi ketika bersalin. HVC mempunyai tempoh inkubasi antara enam hingga tujuh minggu. Antara gejala yang biasa yang dibabitkan dengan HCV adalah; demam kuning (30 hingga 40 peratus kes), demam yang tidak teruk, sakit perut, keletihan & kerap mendapat jangkitan virus lain seperti virus selesema. HVC boleh menyebabkan sirosis hati dan pengambilan alkohol yang berlebihan boleh mempercepat proses sirosis hati di kalangan penghidap Hepatitis B dan C. Jika seseorang itu mendapat kedua-dua jangkitan HBV dan HCV, masalah sirosis dan kanser hati akan menjadi bertambah teruk. Bagaimanapun kes ini jarang berlaku. Ubat yang diberikan kepada pesakit HCV biasanya bertujuan menghentikan tindakan virus berkenaan dan perlu diambil melalui suntikan atau pil selama enam hingga 12 bulan. Elakkan mendapat penyakit ini dengan: memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan ahli teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis B. Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor. Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat . Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, bisau cukur, pengetip kuku, gunting .
  • 16. Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster. Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain. sepenuh Amalkan gaya hidup yang sihat & mendengar nasihat doktor. 10. Virus Hepatitis D Virus Hepatitis D (HDV) dikategorikan sebagai virus yang tidak lengkap kerana ianya memerlukan HBV untuk bertindak. Maknanya jika seseorang itu hanya dijangkiti HDV, dia tidak akan mengalami sebarang masalah. Gejala kesihatan hanya muncul jika individu berkenaan juga dijangkiti HBV selepas dijangkiti HDV. Namun, kes seperti ini jarang berlaku. Jika anda mengalami mana-mana gejala seperti yang telah disebutkan, segera jalani ujian lanjut untuk hepatitis, terutamanya bagi individu yang lahir sebelum 1989. Berbincang dengan doktor mengenai kaedah rawatan yang sesuai dengan anda. Individu yang disahkan bebas daripada jangkitan mana-mana virus hepatitis disaran mengambil suntikan vaksin sebagai perlindungan. *Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM Latar Belakang Izie Herb Cara Pembelian Testimoni Hubungi Kami Produk: 1. Peria Katak Plus (kapsul) 2. Saderi Jawa Plus (kapsul) 3. Temulawak Plus (kapsul) Info Penyakit: 1. Kencing Manis, Fakta Gula. 2. Tekanan Darah Tinggi. 3. Gangguan Pada Hati: Hepatitis, Hati Berlemak, Batu Hempedu. 4. Berlebihan Berat Badan.
  • 17. 4. Losyen Temulawak Plus Halia Bara & Limau Nipis