Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM | TUGASAN AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL | A171972
1. Tugasan Amalan Terbaik
Kesejahteraan Sosial
NAMA : SEMALATHA A/P PADMANATHAN
NO MATRIK : A171972
NAMA PENSYARAH : PROF.DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.
RAHMAT
2. Kesejahteraan Sosial
Kesejahteraan sosial merupakan elemen teras bagi pembangunan
sesebuah komuniti.
Amalan-amalan terbaik yang menjadi kebiasaan masyarakat di
sesebuah negara akan menjamin kepada kesejahteraan sosial.
Amalan terbaik amat dipelukan dalam pembangunan mapan
sesuatu bandar dan ia akan menjamin kemakmuran dan
kesejahteraan negara.
3. MEMENTINGKAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN
Di Jepun tong sampah jarang dijumpai, pada masa yang sama sampah sarap pun susah dijumpai.
Tong sampah yang sangat sedikit membuatkan rakyat Jepun bertanggungjawabterhadap sampah
yang dibawa. Selalunya mereka akan simpan sampah itu untuk dibuang apabila di pejabat
ataupun di rumah.
Kesedaran terhadapan kebersihan amat dititik beratkan oleh masyarakat Jepun. Oleh itu,
dengan program kesukarelawan membantu untuk membersihkan tempat-tempat yang
mempunyai sampah.
MENEPATI MASA
Sejak kecil orang Jepun dilatih untuk menepati masa dan mengganggap ketepatan masa sebagai
satu penghormatan yang tinggi. Sebagai contoh, kereta api peluru Shinkansen tidak pernah
lambat. Sekiranya tiba walaupun lewat satu minit, pemandu atau konduktor harus tunduk kepada
setiap penumbang dan meminta maaf atas kelewatan yang berlaku.
Amalan Terbaik Di Jepun
5. Amalan Terbaik Di Malaysia
MEMBANTU ORANG YANG MEMERLUKAN DAN MISKIN
• Penduduk Malaysia mempunyai sikap yang paling baik iaitu suka membantu
orang yang memerlukan bantuan.
• Sebagai contoh, pelbagai bantuan termasuk bantuan kewangan masih diberikan
kepada ramai rakyat di Malaysia daripada pelbagai pihak.
BERGOTONG-ROYONG
• Gotong-royong membersihkan sesuatu kawasan sebelum dan selepas sesuatu
peristiwa atau sambutan.
• Setiap tahun gotong-royong perdana akan diadakan. Aktiviti gotong-royong ini
mengeratkan hubungan antara satu sama lain selain daripada menyumbang
kepada persekitaran yang bersih.
7. Amalan Terbaik Di New Zealand
BEBAS RASUAH
New Zealand dianggap mempunyai salah satu tahap rasuah yang paling rendah
di dunia.
Institusi yang telus dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat berkesan
membendung rasuah.
Bayaran pemudahan adalah haram, kecuali pengecualian sempit untuk pegawai
awam asing.
Rasuah aktif dan pasif dalam sektor swasta dan awam adalah dilarang oleh Akta
Jenayah dan Akta Suruhanjaya Rahsia.