2. Pulau Tioman
Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal
dikalangan peminat sukan menyelam. Pulau Tioman
memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km
lebar.Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di
sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara
sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman
sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri
Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari
udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing,
Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di
kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung
Gemok, Kuala Rompin di Pahang.
PULAU TIOMAN
PULAU REDANG
PULAU PERHENTIAN
PULAU KAPAS
3. Pulau Redang
Pulau Redang yang terletak di perairan Laut China
Selatan merupakan salah satu daripada sembilan
buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan
Redang, di negeri Terengganu, Malaysia, serta tapak
pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di
sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua
buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S
Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah
ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang
Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan
Jepun di Tanah Melayu.
PULAU TIOMAN
PULAU REDANG
PULAU PERHENTIAN
PULAU KAPAS
4. Pulau Perhentian
Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak
sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut
negeri Terengganu, Malaysia, sekitar 40 batu (64 km) selatan
dari sempadan Thailand. Dua pulau utama ialah Perhentian
Besar dan Perhentian Kecil.
Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus.
Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang
yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti
Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah
Melayu. Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan
kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk
menghantar garam ke Kuala Terengganu
PULAU TIOMAN
PULAU REDANG
PULAU PERHENTIAN
PULAU KAPAS
5. Pulau Kapas
Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-
kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang,
Terengganu. Namanya berasal daripada pokok
kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau
kapas. Warna kapas ini berwarna putih.
Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat
mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau
Kapas juga merupakan antara tapak menyelam
yang terindah di dunia
PULAU TIOMAN
PULAU REDANG
PULAU PERHENTIAN
PULAU KAPAS