SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
NORSYAFIKAH BINTI OTHMAN
A148951
LMCP 1552: EKONOMI ISLAM (DINAR EMAS)
Mata wang telah digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai pengantara dalam jual
beli sebelum daripada kedatangan orang Eropah ke Tanah Melayu lagi. Walau
bagaimanapun tarikh yang tepat dengan permulaan penggunaan sistem mata wang
tidak dapat dipastikan. Selain itu juga, penggunaan mata wang di Tanah Melayu tidak
dapat dipastikan siapakah yang bertanggungjawab memulakannya, sama ada individu
itu sendiri mahupun kaum atau bangsa tersebut. Tetapi jika dibuat penelitian kepada
sejarah dan perkembangan mata wang di Tanah Melayu berkemungkinan penggunaan
sistem mata wang ini diadaptasi daripada peradaban Arab-Islam yang jika dilihat
penjenamaan mata wang di Tanah Melayu disebut sebagai ‘Dinar’ dan dirham.
Seterusnya, nama tersebut sebenarnya diambil secara langsung daripada Tanah Arab
yang mana ‘dinar’ merujuk pada mata wang emas, dan ‘dirham’ pula merujuk kepada
mata wang perak.
Penggunaan semula dinar emas untuk menggantikan wang fiat telah
disarankan selepas berlakunya krisis mata wang. Walaupun ia telah diamalkan secara
kecil-kecilan namun sehingga kini masih belum dapat diaplikasikan secara
menyeluruh. Penggunaan dinar emas terpaksa berdepan dengan dilema yang boleh
merugikan negara Islam, antaranya ialah halangan perundangan mata wang dunia
menyebabkan kelembapan ekonomi, berlakunya masalah ‘bad money drive out good
money’, dan tidak berlakunya faedah optimum berdasarkan teori OCA. Dilema dapat
diatasi sekiranya negara Islam menjadi kuasa politik dan ekonomi dunia. Implikasi
dasar ini ialah umat Islam perlu terlebih dahulu menguasai politik dan ekonomi dunia
bagi membolehkannya mengembalikan semula penggunaan dinar emas sebagai mata
wang dunia.
Pada tahun 2001 Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri
Malaysia telah mengutarakan cadangan kepada OIC bagi menggunakan dinar emas
dalam perdagangan antarabangsa. Saranan dan usaha beliau telah membuka mata
kepada penganalisis ekonomi, ahli akademik dan para cendekiawan Islam untuk
meneliti dan mengkaji kewajaran penggunaan kembali dinar emas. Rentetan dari itu
beberapa buah negara di dunia cuba mengaplikasi dinar emas dalam transaksi harian
mereka. Sehingga hari ini terdapat lima kilang dinar emas di dunia iaitu di Dubai,
Sepanyol, Afrika Selatan, Amiriah Arab Bersatu dan Indonesia (Dahinden 2008).
Oleh itu, unit dinar emas dan dirham perak telah beredar di hampir seluruh dunia dan
tidak hairanlah sekiranya beberapa buah negara di dunia telah mempraktikkan
penggunaannya sebagai salah satu instrument dalam sistem kewangan.
Pada pendapat saya, kepentingan mengguna pakai dinar emas ini sangat besar
manfaatnya. Antaranya ialah dalam pembayaran zakat, simpanan untuk menunaikan
haji, pelaburan dan transaksi sebagai mata wang. Apabila kepingan dinar emas mula
beredar, pelbagai kaedah penggunaannya mula diperkenalkan antaranya ialah; sebagai
mata wang dan transaksi pembayaran elektronik (e-Dinar dan Web Dinar),
pembayaran zakat, urusan haji, pelaburan, simpanan, hadiah dan sebagai hantaran
perkahwinan.
Penggunaan dinar emas sebagai mata wang sudah telah dipraktikkan di
Kelantan, antara tempat yang menerima dinar dan dirham ialah Pasar Besar Siti
Khadijah. Sebagai contoh, seorang pembeli yang ingin membeli sepasang baju kurung
batik yang bernilai RM340 sepasang, penjual akan memeriksa harga dinar emas pada
masa itu melalui agensi pengedaran atau mana-mana cawangan bank. Sekiranya
sekeping dinar emas pada masa tersebut bernilai RM300, maka bakinya akan
dijelaskan menggunakan ringgit Malaysia. Maka, pembayaran untuk sepasang baju
kurung batik yang bernilai RM340 dijelaskan oleh pembeli dengan sekeping dinar
emas dan RM40 kepada penjual kain batik tersebut.
Sehingga hari ini di Malaysia sudah terdapat beberapa transaksi urusniaga
yang dijalankan menggunakan unit dinar melalui sistem pembayaran elektronik.
Antara sistem telah diaplikasikan ialah sistem E-Dinar yang dibangunkan oleh E-
Dinar Ltd. Manakala Web Dinar telah mula beroperasi pada September 2009. E-dinar
ialah satu sistem pembayaran dan pertukaran elektronik menerusi internet. E-dinar
beroperasi dalam e-dagang yang mana urusan jualbeli online dilakukan dalam nilai
emas dan perak. Istimewanya sistem e-dinar kerana ia disokong oleh 100% emas dan
perak fizikal.
Pelaburan yang berasaskan dinar emas di Malaysia dikendalikan oleh e-Qirad
Sdn Bhd dan Public Fine Gold International Sdn Bhd. E-Qirad Sdn Bhd merupakan
anak syarikat Islamic Mint yang bertanggungjawab dalam penempaan dinar emas di
Dubai. E-Qirad Sdn Bhd melantik wakala-wakala (agen) di seluruh dunia bagi
mengendalikan pelaburan dinar emas (Zuhaimy 2003, Vadillo 2002). Pelanggan yang
membuka akaun simpanan dinar emas berpeluang untuk menyertai pelaburan yang
dinamakan Islamic Hybrid Instrument (IHI). Simpanan minima yang diperlukan untuk
menyertai pelaburan ini ialah 25 Dinar bagi individu dan 100 Dinar bagi syarikat dan
koperasi (KPMJ Gold Sdn Bhd 2006).
Kesimpulannya, kelebihan dan keistimewaan penggunaan mata wang dinar
emas mula dirasai dan disedari oleh masyarakat dunia. Setiap negara mempunyai
pendekatan yang berbeza dalam mengaplikasi penggunaan dinar emas namun,
matlamat dan misi adalah sama iaitu untuk memartabatkan kembali mata wang yang
memenuhi tuntutan syarak iaitu mata wang dinar emas. Perkembangan penerimaan
penggunaan dinar dan dirham di beberapa negara di dunia membuktikan dinar emas
semakin dipercayai dan diyakini oleh segelintir masyarakat dunia.

More Related Content

What's hot

Lmcp 1552 bahagian 5
Lmcp 1552 bahagian 5Lmcp 1552 bahagian 5
Lmcp 1552 bahagian 5Fatin Hazirah
 
Penggunaan dinar emas dalam dunia moden
Penggunaan dinar emas dalam dunia modenPenggunaan dinar emas dalam dunia moden
Penggunaan dinar emas dalam dunia modenNur Azizi
 
Dinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam Islam
Dinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam IslamDinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam Islam
Dinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam IslamKarimiSobri98
 
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...Fatheen Faeza
 
Dinar emas (muhammad fitri bin mustafa a169055) pembangunan mapan dalam islam
Dinar emas (muhammad fitri bin mustafa  a169055) pembangunan mapan dalam islamDinar emas (muhammad fitri bin mustafa  a169055) pembangunan mapan dalam islam
Dinar emas (muhammad fitri bin mustafa a169055) pembangunan mapan dalam islamfitri9897
 
PMDI - Dinar Emas - Ahmad Amsyar
PMDI - Dinar Emas - Ahmad AmsyarPMDI - Dinar Emas - Ahmad Amsyar
PMDI - Dinar Emas - Ahmad AmsyarAhmad Amsyar
 
23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amir
23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amir23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amir
23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amirDania Azmy
 
Penggunaan Dinar Emas Dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas Dalam Dunia ModenPenggunaan Dinar Emas Dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas Dalam Dunia Modennurzilawatimirdas
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emasezlyn
 
Tugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia moden
Tugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia modenTugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia moden
Tugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia modenilhamhamadi
 
LMCP 1552 dinar emas
LMCP 1552 dinar emasLMCP 1552 dinar emas
LMCP 1552 dinar emassitinuurhusna
 
Lmcp1522 pembangunan dalam mapan islam
Lmcp1522 pembangunan dalam mapan islamLmcp1522 pembangunan dalam mapan islam
Lmcp1522 pembangunan dalam mapan islamNURATIKAHKHASRIN
 

What's hot (20)

Lmcp 1552 bahagian 5
Lmcp 1552 bahagian 5Lmcp 1552 bahagian 5
Lmcp 1552 bahagian 5
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
Penggunaan dinar emas dalam dunia moden
Penggunaan dinar emas dalam dunia modenPenggunaan dinar emas dalam dunia moden
Penggunaan dinar emas dalam dunia moden
 
Dinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam Islam
Dinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam IslamDinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam Islam
Dinar Emas (Pembangunan Bandar Mapan Dalam Islam
 
DINAR EMAS
DINAR EMASDINAR EMAS
DINAR EMAS
 
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...
Lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam dinar emas-fatheen faeza binti suhaimi...
 
Dinar emas (muhammad fitri bin mustafa a169055) pembangunan mapan dalam islam
Dinar emas (muhammad fitri bin mustafa  a169055) pembangunan mapan dalam islamDinar emas (muhammad fitri bin mustafa  a169055) pembangunan mapan dalam islam
Dinar emas (muhammad fitri bin mustafa a169055) pembangunan mapan dalam islam
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
PMDI - Dinar Emas - Ahmad Amsyar
PMDI - Dinar Emas - Ahmad AmsyarPMDI - Dinar Emas - Ahmad Amsyar
PMDI - Dinar Emas - Ahmad Amsyar
 
23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amir
23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amir23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amir
23 )sistem matawang dinar emas qaiyyim bin amir
 
Dinar Emas
Dinar EmasDinar Emas
Dinar Emas
 
Lmcp 1552
Lmcp 1552Lmcp 1552
Lmcp 1552
 
Dinar Emas
Dinar Emas Dinar Emas
Dinar Emas
 
Penggunaan Dinar Emas Dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas Dalam Dunia ModenPenggunaan Dinar Emas Dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas Dalam Dunia Moden
 
Tugasan 5 dinar emas
Tugasan 5  dinar emasTugasan 5  dinar emas
Tugasan 5 dinar emas
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
Tugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia moden
Tugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia modenTugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia moden
Tugasan 5 penggunaan dinar emas pada dunia moden
 
LMCP 1552 dinar emas
LMCP 1552 dinar emasLMCP 1552 dinar emas
LMCP 1552 dinar emas
 
Lmcp1522 pembangunan dalam mapan islam
Lmcp1522 pembangunan dalam mapan islamLmcp1522 pembangunan dalam mapan islam
Lmcp1522 pembangunan dalam mapan islam
 

Viewers also liked

Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam Islam
Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam IslamLmcp1552 Pembangunan Mapan dalam Islam
Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam IslamFaraeen Zainudin
 
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siapLmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siapraqib17
 
Projek akhir bandar gemilang dan lestari
Projek akhir bandar gemilang dan lestariProjek akhir bandar gemilang dan lestari
Projek akhir bandar gemilang dan lestariamira jaidi
 
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAMLMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAMFatin Nabila
 
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siapLmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siapnisarahman1405
 
Task 8 (group presentation)
Task 8 (group presentation)Task 8 (group presentation)
Task 8 (group presentation)PERMATA NISA
 
Final project mapan dalam islam
Final project mapan dalam islamFinal project mapan dalam islam
Final project mapan dalam islamAfiqah Yusoff
 
KEDAH MAJU BANDAR MAPAN
KEDAH MAJU BANDAR MAPANKEDAH MAJU BANDAR MAPAN
KEDAH MAJU BANDAR MAPANaidanuien
 
dinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasa
dinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasadinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasa
dinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasaHakim Rasid
 
Pembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamPembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamFaiq Aiman Ahmad
 
Lmcp 1552 perancangan bandar nilai
Lmcp 1552 perancangan bandar nilaiLmcp 1552 perancangan bandar nilai
Lmcp 1552 perancangan bandar nilaiaineenkamal
 
Bandar gemilang
Bandar gemilangBandar gemilang
Bandar gemilangzaira zue
 
Pembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamPembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamNURUL JANNAH
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emasraqib17
 
Pembangunan bandar mapan islam
Pembangunan bandar mapan islamPembangunan bandar mapan islam
Pembangunan bandar mapan islamnurafiqah95
 

Viewers also liked (20)

Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam Islam
Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam IslamLmcp1552 Pembangunan Mapan dalam Islam
Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam Islam
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
Dia mundial de la diabetes (2016)
Dia mundial de la diabetes (2016)Dia mundial de la diabetes (2016)
Dia mundial de la diabetes (2016)
 
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siapLmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
 
Projek akhir bandar gemilang dan lestari
Projek akhir bandar gemilang dan lestariProjek akhir bandar gemilang dan lestari
Projek akhir bandar gemilang dan lestari
 
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAMLMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
LMCP 1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM
 
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siapLmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
Lmcp1532 pembangunan mapan dalam islam siap
 
Task 8 (group presentation)
Task 8 (group presentation)Task 8 (group presentation)
Task 8 (group presentation)
 
Final project mapan dalam islam
Final project mapan dalam islamFinal project mapan dalam islam
Final project mapan dalam islam
 
KEDAH MAJU BANDAR MAPAN
KEDAH MAJU BANDAR MAPANKEDAH MAJU BANDAR MAPAN
KEDAH MAJU BANDAR MAPAN
 
Bandar gemilang & lestari
Bandar gemilang & lestari Bandar gemilang & lestari
Bandar gemilang & lestari
 
dinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasa
dinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasadinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasa
dinar emas dan kepentingan kepada ekonomi semasa
 
Pembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamPembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islam
 
Lmcp 1552 perancangan bandar nilai
Lmcp 1552 perancangan bandar nilaiLmcp 1552 perancangan bandar nilai
Lmcp 1552 perancangan bandar nilai
 
Bandar gemilang
Bandar gemilangBandar gemilang
Bandar gemilang
 
Pembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islamPembangunan mapan dalam islam
Pembangunan mapan dalam islam
 
Projek Akhir Bandar Gemilang dan Lestari
Projek Akhir Bandar Gemilang dan LestariProjek Akhir Bandar Gemilang dan Lestari
Projek Akhir Bandar Gemilang dan Lestari
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
Pembangunan bandar mapan islam
Pembangunan bandar mapan islamPembangunan bandar mapan islam
Pembangunan bandar mapan islam
 

Similar to EKONOMI ISLAM (7)

Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
EKONOMI ISLAM (DINAR EMAS)
EKONOMI ISLAM (DINAR EMAS)EKONOMI ISLAM (DINAR EMAS)
EKONOMI ISLAM (DINAR EMAS)
 
Dinar emas
Dinar emas Dinar emas
Dinar emas
 
Dinar emas 2
Dinar emas 2Dinar emas 2
Dinar emas 2
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 
Dinar Emas
Dinar  EmasDinar  Emas
Dinar Emas
 
Dinar emas
Dinar emasDinar emas
Dinar emas
 

EKONOMI ISLAM

  • 1. NORSYAFIKAH BINTI OTHMAN A148951 LMCP 1552: EKONOMI ISLAM (DINAR EMAS) Mata wang telah digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai pengantara dalam jual beli sebelum daripada kedatangan orang Eropah ke Tanah Melayu lagi. Walau bagaimanapun tarikh yang tepat dengan permulaan penggunaan sistem mata wang tidak dapat dipastikan. Selain itu juga, penggunaan mata wang di Tanah Melayu tidak dapat dipastikan siapakah yang bertanggungjawab memulakannya, sama ada individu itu sendiri mahupun kaum atau bangsa tersebut. Tetapi jika dibuat penelitian kepada sejarah dan perkembangan mata wang di Tanah Melayu berkemungkinan penggunaan sistem mata wang ini diadaptasi daripada peradaban Arab-Islam yang jika dilihat penjenamaan mata wang di Tanah Melayu disebut sebagai ‘Dinar’ dan dirham. Seterusnya, nama tersebut sebenarnya diambil secara langsung daripada Tanah Arab yang mana ‘dinar’ merujuk pada mata wang emas, dan ‘dirham’ pula merujuk kepada mata wang perak. Penggunaan semula dinar emas untuk menggantikan wang fiat telah disarankan selepas berlakunya krisis mata wang. Walaupun ia telah diamalkan secara kecil-kecilan namun sehingga kini masih belum dapat diaplikasikan secara menyeluruh. Penggunaan dinar emas terpaksa berdepan dengan dilema yang boleh merugikan negara Islam, antaranya ialah halangan perundangan mata wang dunia menyebabkan kelembapan ekonomi, berlakunya masalah ‘bad money drive out good money’, dan tidak berlakunya faedah optimum berdasarkan teori OCA. Dilema dapat diatasi sekiranya negara Islam menjadi kuasa politik dan ekonomi dunia. Implikasi dasar ini ialah umat Islam perlu terlebih dahulu menguasai politik dan ekonomi dunia bagi membolehkannya mengembalikan semula penggunaan dinar emas sebagai mata wang dunia. Pada tahun 2001 Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia telah mengutarakan cadangan kepada OIC bagi menggunakan dinar emas dalam perdagangan antarabangsa. Saranan dan usaha beliau telah membuka mata kepada penganalisis ekonomi, ahli akademik dan para cendekiawan Islam untuk meneliti dan mengkaji kewajaran penggunaan kembali dinar emas. Rentetan dari itu
  • 2. beberapa buah negara di dunia cuba mengaplikasi dinar emas dalam transaksi harian mereka. Sehingga hari ini terdapat lima kilang dinar emas di dunia iaitu di Dubai, Sepanyol, Afrika Selatan, Amiriah Arab Bersatu dan Indonesia (Dahinden 2008). Oleh itu, unit dinar emas dan dirham perak telah beredar di hampir seluruh dunia dan tidak hairanlah sekiranya beberapa buah negara di dunia telah mempraktikkan penggunaannya sebagai salah satu instrument dalam sistem kewangan. Pada pendapat saya, kepentingan mengguna pakai dinar emas ini sangat besar manfaatnya. Antaranya ialah dalam pembayaran zakat, simpanan untuk menunaikan haji, pelaburan dan transaksi sebagai mata wang. Apabila kepingan dinar emas mula beredar, pelbagai kaedah penggunaannya mula diperkenalkan antaranya ialah; sebagai mata wang dan transaksi pembayaran elektronik (e-Dinar dan Web Dinar), pembayaran zakat, urusan haji, pelaburan, simpanan, hadiah dan sebagai hantaran perkahwinan. Penggunaan dinar emas sebagai mata wang sudah telah dipraktikkan di Kelantan, antara tempat yang menerima dinar dan dirham ialah Pasar Besar Siti Khadijah. Sebagai contoh, seorang pembeli yang ingin membeli sepasang baju kurung batik yang bernilai RM340 sepasang, penjual akan memeriksa harga dinar emas pada masa itu melalui agensi pengedaran atau mana-mana cawangan bank. Sekiranya sekeping dinar emas pada masa tersebut bernilai RM300, maka bakinya akan dijelaskan menggunakan ringgit Malaysia. Maka, pembayaran untuk sepasang baju kurung batik yang bernilai RM340 dijelaskan oleh pembeli dengan sekeping dinar emas dan RM40 kepada penjual kain batik tersebut. Sehingga hari ini di Malaysia sudah terdapat beberapa transaksi urusniaga yang dijalankan menggunakan unit dinar melalui sistem pembayaran elektronik. Antara sistem telah diaplikasikan ialah sistem E-Dinar yang dibangunkan oleh E- Dinar Ltd. Manakala Web Dinar telah mula beroperasi pada September 2009. E-dinar ialah satu sistem pembayaran dan pertukaran elektronik menerusi internet. E-dinar beroperasi dalam e-dagang yang mana urusan jualbeli online dilakukan dalam nilai emas dan perak. Istimewanya sistem e-dinar kerana ia disokong oleh 100% emas dan perak fizikal.
  • 3. Pelaburan yang berasaskan dinar emas di Malaysia dikendalikan oleh e-Qirad Sdn Bhd dan Public Fine Gold International Sdn Bhd. E-Qirad Sdn Bhd merupakan anak syarikat Islamic Mint yang bertanggungjawab dalam penempaan dinar emas di Dubai. E-Qirad Sdn Bhd melantik wakala-wakala (agen) di seluruh dunia bagi mengendalikan pelaburan dinar emas (Zuhaimy 2003, Vadillo 2002). Pelanggan yang membuka akaun simpanan dinar emas berpeluang untuk menyertai pelaburan yang dinamakan Islamic Hybrid Instrument (IHI). Simpanan minima yang diperlukan untuk menyertai pelaburan ini ialah 25 Dinar bagi individu dan 100 Dinar bagi syarikat dan koperasi (KPMJ Gold Sdn Bhd 2006). Kesimpulannya, kelebihan dan keistimewaan penggunaan mata wang dinar emas mula dirasai dan disedari oleh masyarakat dunia. Setiap negara mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mengaplikasi penggunaan dinar emas namun, matlamat dan misi adalah sama iaitu untuk memartabatkan kembali mata wang yang memenuhi tuntutan syarak iaitu mata wang dinar emas. Perkembangan penerimaan penggunaan dinar dan dirham di beberapa negara di dunia membuktikan dinar emas semakin dipercayai dan diyakini oleh segelintir masyarakat dunia.