Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
A165407 tugasan 2
1. LMCP1532 PEMBANGUNAN
BANDAR MAPAN
TUGASAN 2 : PENILAIAN BANDAR ANDA
(KEDAH)
PENSYARAH : PROF.DATO’IR.DR RIZA ATIQ
ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMA : LEE CHING LI
NO. MATRIX : A165407
2. INFO KEDAH
• Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak
langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua
batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman
prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang
lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai
yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan
Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan
darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi
kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
• Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman (Jawi: قدحداراألمان) merupakan
salah satu daripada 14 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung
Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 (lihat peta). Tanah besar mempunyai rupa bumi
yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
• Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan
antarabangsa dengan Wilayah Satun Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga bersempadan
dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
3. PENILAIAN ALAM SEKITAR
KEDAH
Alam Sekitar Skala
Reka Bentuk Bandar 7
Kepebagaian Bio 8
Sampah 6
Eco-footprint 3
Kawasan Hijau 9
Perubahan Cuaca 5
Kitar Semula 5
Kualiti Udara 9