SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
SURAT KIRIMAN RASMI

Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya memberitahu
masalah kerosakan jalan raya yang menuju ke kampung kamu.

D47A, Blok 11,
Jalan Melati,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
_________________________________________________
Pegawai Operasi,
Jabatan Kerja Raya,
46000 Petaling Jaya,
Selangor.                              3 MEI 2005.

Tuan,
Aduan Kerosakan Jalan Raya di Jalan Melati
Saya mewakili penduduk Kampung Melati, ingin membuat aduan
tentang kerosakan yang berlaku di sepanjang jalan masuk ke
kampung ini.
2.    Keadaan    jalan   yang     berlopak-lopak  membahayakan
keselamatan pengguna. Kemalangan juga banyak berlaku
terutamanya di kalangan penunggang motosikal.
3.    Di samping itu, jalan terbabit menjadi semakin sempit
disebabkan kerja-kerja menanam kabel yang terbengkalai. Hal ini
menyulitkan lagi keadaan lalu lintas. Keadaan menjadi lebih teruk
apabila hujan turun.
4.    Saya berharap agar aduan ini akan mendapat pertimbangan
yang sewajarnya supaya kami turut dapat menikmati pembangunan
yang diusahakan oleh kerajaan selama ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

--------------
( SURAYA MAT ISA )
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Kamu mendapat tahu bahawa rakan kamu mengalami keracunan
makanan. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menyatakan rasa
simpati kamu atas kejadian itu.

                                                Kampung Golok,
                                                33300 Grik,
                                                Perak.

                                                1 Mei 2005.

    Menemui saudara Rahman yang kini berada di Hospital Ipoh,
semoga beroleh kesejahteraan.

Saudara,
           Apa khabar saudara sekarang ? Saya berharap saudara
akan beransur pulih.
           Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan
rasa simpati saya terhadap saudara kerana telah mengalami
keracunan makanan selepas bersarapan di kantin tempoh hari.
           Untuk pengetahuan saudara, pengusaha kantin sekolah
kini sedang disoal siasat oleh pihak Jabatan Kesihatan. Pada masa
ini, pihak kantin sekolah telah diarahkan supaya berhenti
beroperasi selama seminggu. Sekiranya didapati mereka benar-
benar menjual makanan yang telah tercemar, tindakan mungkin
akan dikenakan.
           Harapan saya semoga saudara cepat sembuh dan rajin-
rajinlah makan ubat dan mendengar nasihat doktor.
           Sekian, semoga berjumpa lagi.

                                                   Sahabatmu,

                                                 ------------------
                                               ( ABDUL RAZAK )
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Kamu mendapat khabar gembira tentang kakak kamu yang telah
selamat melahirkan bayi kembar. Tulis sepucuk surat kepadanya
untuk mengucapkan tahniah.

                                           Asrama Puteri,
                                           Sekolah Menengah
                                           Sains Selangor,
                                           Jalan Tenteram,
                                           56000 Kuala Lumpur.

                                           3 April 2005.

     Menemui kakanda sekeluarga di Kemaman Indah, semoga
berada dalam keadaan sihat. Adinda di sini sihat walafiat, semoga
kakanda juga sihat dan gembira selalu.

Kakanda,
           Baru tiga hari lalu, bonda menelefon adinda untuk
menyampaikan berita tentang kelahiran bayi kakanda itu. Tahniah
diucapkan kerana mendapat bayi lelaki kembar. Alangkah
beruntungnya kakanda kerana memperoleh dua cahaya mata dalam
satu masa.
           Bagaimana dengan kesihatan kakanda ? Kesihatan
perlulah dijaga dengan baik. Kakanda ikutlah peraturan dan
pantang larang selepas bersalin terutamanya dari segi pemakanan.
           Adinda tidak dapat pulang ke kampung kerana akan
menghadapi peperiksaan akhir tahun. Adinda tetap mendoakan
kesejahteraan kakanda sekeluarga. Sesungguhnya, adinda tidak
sabar-sabar lagi untuk menatap wajah kedua-dua anak saudara
adinda.
           Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra
daripada adinda.

                                               Adindamu,

                                              -----------
                                          (RAHAYU TAHUDIN )
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Musim cuti persekolahan telah bermula. Tulis sepucuk surat
kepada rakan baik kamu di Bandar untuk mempelawanya
berkunjung ke kampung untuk menikmati musim buah-buahan di
dusun kamu.

                                            14, Kampung Bendang,
                                            17500 Tanah Merah,
                                            Kelantan.

                                            29 Julai 2005.

     Menemui sahabatku Sohailawati yang berada di Kuala
Lumpur, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Kami
sekeluarga sihat walafiat.

Saudari,
           Bagaimana dengan cuti persekolahan pada kali ini ?
Pastinya saudari mempunyai rancangan yang menyeronokkan.
Baguslah kalau begitu kerana masa yang terluang tidak elok
dibazirkan begitu sahaja.
           Sebenarnya, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
mempelawa saudari berkunjung ke kampung saya untuk menikmati
buah-buahan tempatan.
           Sekiranya saudari sudi untuk berkunjung ke sini, jangan
lupa mengajak rakan-rakan yang lain. Tentu lebih seronok jika
dapat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati buah-buahan.
           Saya berharap agar saudari tidak akan menghampakan
pelawaan saya ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada
saya.
           Terima kasih.

                                            Sahabatmu,

                                           -------------
                                      ( IZMALYZA BT. ISMAIL )
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Pada musim cuti yang lalu, kamu berpeluang menyertai suatu
perkhemahan pengakap. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu
untuk menceritakan pengalaman kamu semasa perkhemahan itu.

                                         No. 442, Taman Weng,
                                         09100 Baling,
                                         Kedah.

                                          7 September 2005.

     Menemui saudara Karim yang diingati selalu. Semoga saudara
dalam keadaan sihat sejahtera.

Saudara,
           Apa khabar saudara sekarang ? Saya di sini sihat
seperti biasa. Sudah lama saya tidak menulis surat kepada
saudara. Saya begitu sibuk mengulang kaji pelajaran. Maklumlah
peperiksaan UPSR semakin menjelang.
           Pada musim cuti yang lalu, saya berpeluang mengikuti
perkhemahan pengakap di Gunung Jerai. Banyak acara yang
disediakan untuk kami di situ. Antaranya ialah mencari harta
karun, mengadakan latihan kecemasan dan mendaki gunung.
           Walaupun terasa penat, banyak pengalaman yang saya
peroleh. Pengalaman-pengalaman ini membuatkan para peserta
berasa seronok. Kami juga dibawa meredah hutan dan diajar
mengenai pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di situ.
           Dalam surat yang akan datang nanti, saya akan
sertakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang
perkhemahan. Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra
daripada saya.

                                             Yang benar,

                                             -------------
                                          ( LUQMAN AZIZ )
SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Kamu tinggal bersama-sama kakak kamu di Bandar. Kamu ingin
menyertai satu rombongan melancong ke Cameron Highlands. Tulis
sepucuk surat kepada bapa kamu di kampung untuk meminta
kebenaran dan meminta sedikit wang daripadanya.

                                          No. 9999 Lorong Ba,
                                          Taman Lintuk Pau,
                                          25300 Kuantan,
                                          Pahang.

                                          10 Jun 2005.

     Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera.

Ayahanda,
           Apa khabar keluarga di kampung? Anakanda berharap
agar semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Anakanda dan
Kakanda Rokiah di sini sihat-sihat sahaja.
           Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk
meminta kebenaran daripada ayahanda bagi menyertai rombongan
yang dianjurkan oleh sekolah anakanda pada bulan Julai nanti.
Rombongan ini akan melawat beberapa tempat menarik di Cameron
Highlands, seperti ladang teh, ladang ternakan lebah, dan ladang
kaktus.
           Oleh yang demikian, anakanda memerlukan wang
tambahan sebanyak RM 50.00 sebagai bayaran tambang, wang
saku, penginapan dan juga makan minum selama berada di sana.
           Anakanda amat berharap agar ayahanda dapat memberi
kebenaran serta mengirimkan wang yang anakanda perlukan.
           Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada anakanda
dan kakanda di sini untuk ayahanda sekeluarga di kampung.
           Sekian.

                                                Yang benar,

                                                --------------
                                                ( JAMILAH )

More Related Content

What's hot

Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Shankal Kashan
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaAbu Uzair
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Kesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaKesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaHanaazizol
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaAn Hawa
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxLEEKAIWEN3
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangannooraini kasturi
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutanNinie Aziz
 

What's hot (20)

Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Poligon
PoligonPoligon
Poligon
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Objektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmrObjektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmr
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Kesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaKesalahan papan tanda
Kesalahan papan tanda
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah sayaPerkhemahan pengakap di sekolah saya
Perkhemahan pengakap di sekolah saya
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 

Viewers also liked

Surat jemp perasmian hac
Surat jemp perasmian hacSurat jemp perasmian hac
Surat jemp perasmian hacShafinaz Saad
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBCt Hussen
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internetKamal Muchtar
 
Modul penulisan sk
Modul penulisan skModul penulisan sk
Modul penulisan skgowselya
 
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017RAMLAH BINTI A. RANI
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusaneilamiera
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatJeya Kumar
 

Viewers also liked (11)

Surat
SuratSurat
Surat
 
Surat jemp perasmian hac
Surat jemp perasmian hacSurat jemp perasmian hac
Surat jemp perasmian hac
 
Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YB
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
 
Modul penulisan sk
Modul penulisan skModul penulisan sk
Modul penulisan sk
 
Surat rasmi sukan
Surat rasmi sukanSurat rasmi sukan
Surat rasmi sukan
 
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusan
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformat
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
surat memohon kebenaran
surat memohon kebenaransurat memohon kebenaran
surat memohon kebenaran
 

More from Mohd Hilmi Mohd Noor (11)

Pemetaan Dunia Muzik Tahun 1-3 SKBE1
Pemetaan Dunia Muzik Tahun 1-3 SKBE1Pemetaan Dunia Muzik Tahun 1-3 SKBE1
Pemetaan Dunia Muzik Tahun 1-3 SKBE1
 
Lirik lagu2 KSSR tahun 3
Lirik lagu2 KSSR tahun 3Lirik lagu2 KSSR tahun 3
Lirik lagu2 KSSR tahun 3
 
Lirik lagu2 KSSR tahun 2
Lirik lagu2 KSSR tahun 2Lirik lagu2 KSSR tahun 2
Lirik lagu2 KSSR tahun 2
 
Lirik lagu2 KSSR tahun 1
Lirik lagu2 KSSR tahun 1Lirik lagu2 KSSR tahun 1
Lirik lagu2 KSSR tahun 1
 
Senarai kemahiran LINUS LITERASI
Senarai kemahiran LINUS LITERASISenarai kemahiran LINUS LITERASI
Senarai kemahiran LINUS LITERASI
 
Permainan bahasa
Permainan bahasaPermainan bahasa
Permainan bahasa
 
Cerpen Tiara
Cerpen TiaraCerpen Tiara
Cerpen Tiara
 
Perumpamaan
PerumpamaanPerumpamaan
Perumpamaan
 
Pepatah
PepatahPepatah
Pepatah
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Bidalan
BidalanBidalan
Bidalan
 

Recently uploaded

PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxfitriaoskar
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaharnosuharno5
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 

Recently uploaded (20)

PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptxPANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
PANDUAN PENGEMBANGAN KSP SMA SUMBAR TAHUN 2024 (1).pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 

Jenis jenis contoh surat kiriman

  • 1. SURAT KIRIMAN RASMI Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya memberitahu masalah kerosakan jalan raya yang menuju ke kampung kamu. D47A, Blok 11, Jalan Melati, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. _________________________________________________ Pegawai Operasi, Jabatan Kerja Raya, 46000 Petaling Jaya, Selangor. 3 MEI 2005. Tuan, Aduan Kerosakan Jalan Raya di Jalan Melati Saya mewakili penduduk Kampung Melati, ingin membuat aduan tentang kerosakan yang berlaku di sepanjang jalan masuk ke kampung ini. 2. Keadaan jalan yang berlopak-lopak membahayakan keselamatan pengguna. Kemalangan juga banyak berlaku terutamanya di kalangan penunggang motosikal. 3. Di samping itu, jalan terbabit menjadi semakin sempit disebabkan kerja-kerja menanam kabel yang terbengkalai. Hal ini menyulitkan lagi keadaan lalu lintas. Keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan turun. 4. Saya berharap agar aduan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya supaya kami turut dapat menikmati pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan selama ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, -------------- ( SURAYA MAT ISA )
  • 2. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Kamu mendapat tahu bahawa rakan kamu mengalami keracunan makanan. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk menyatakan rasa simpati kamu atas kejadian itu. Kampung Golok, 33300 Grik, Perak. 1 Mei 2005. Menemui saudara Rahman yang kini berada di Hospital Ipoh, semoga beroleh kesejahteraan. Saudara, Apa khabar saudara sekarang ? Saya berharap saudara akan beransur pulih. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan rasa simpati saya terhadap saudara kerana telah mengalami keracunan makanan selepas bersarapan di kantin tempoh hari. Untuk pengetahuan saudara, pengusaha kantin sekolah kini sedang disoal siasat oleh pihak Jabatan Kesihatan. Pada masa ini, pihak kantin sekolah telah diarahkan supaya berhenti beroperasi selama seminggu. Sekiranya didapati mereka benar- benar menjual makanan yang telah tercemar, tindakan mungkin akan dikenakan. Harapan saya semoga saudara cepat sembuh dan rajin- rajinlah makan ubat dan mendengar nasihat doktor. Sekian, semoga berjumpa lagi. Sahabatmu, ------------------ ( ABDUL RAZAK )
  • 3. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Kamu mendapat khabar gembira tentang kakak kamu yang telah selamat melahirkan bayi kembar. Tulis sepucuk surat kepadanya untuk mengucapkan tahniah. Asrama Puteri, Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Tenteram, 56000 Kuala Lumpur. 3 April 2005. Menemui kakanda sekeluarga di Kemaman Indah, semoga berada dalam keadaan sihat. Adinda di sini sihat walafiat, semoga kakanda juga sihat dan gembira selalu. Kakanda, Baru tiga hari lalu, bonda menelefon adinda untuk menyampaikan berita tentang kelahiran bayi kakanda itu. Tahniah diucapkan kerana mendapat bayi lelaki kembar. Alangkah beruntungnya kakanda kerana memperoleh dua cahaya mata dalam satu masa. Bagaimana dengan kesihatan kakanda ? Kesihatan perlulah dijaga dengan baik. Kakanda ikutlah peraturan dan pantang larang selepas bersalin terutamanya dari segi pemakanan. Adinda tidak dapat pulang ke kampung kerana akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Adinda tetap mendoakan kesejahteraan kakanda sekeluarga. Sesungguhnya, adinda tidak sabar-sabar lagi untuk menatap wajah kedua-dua anak saudara adinda. Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra daripada adinda. Adindamu, ----------- (RAHAYU TAHUDIN )
  • 4. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Musim cuti persekolahan telah bermula. Tulis sepucuk surat kepada rakan baik kamu di Bandar untuk mempelawanya berkunjung ke kampung untuk menikmati musim buah-buahan di dusun kamu. 14, Kampung Bendang, 17500 Tanah Merah, Kelantan. 29 Julai 2005. Menemui sahabatku Sohailawati yang berada di Kuala Lumpur, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya. Kami sekeluarga sihat walafiat. Saudari, Bagaimana dengan cuti persekolahan pada kali ini ? Pastinya saudari mempunyai rancangan yang menyeronokkan. Baguslah kalau begitu kerana masa yang terluang tidak elok dibazirkan begitu sahaja. Sebenarnya, tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mempelawa saudari berkunjung ke kampung saya untuk menikmati buah-buahan tempatan. Sekiranya saudari sudi untuk berkunjung ke sini, jangan lupa mengajak rakan-rakan yang lain. Tentu lebih seronok jika dapat berkumpul beramai-ramai sambil menikmati buah-buahan. Saya berharap agar saudari tidak akan menghampakan pelawaan saya ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya. Terima kasih. Sahabatmu, ------------- ( IZMALYZA BT. ISMAIL )
  • 5. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Pada musim cuti yang lalu, kamu berpeluang menyertai suatu perkhemahan pengakap. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu semasa perkhemahan itu. No. 442, Taman Weng, 09100 Baling, Kedah. 7 September 2005. Menemui saudara Karim yang diingati selalu. Semoga saudara dalam keadaan sihat sejahtera. Saudara, Apa khabar saudara sekarang ? Saya di sini sihat seperti biasa. Sudah lama saya tidak menulis surat kepada saudara. Saya begitu sibuk mengulang kaji pelajaran. Maklumlah peperiksaan UPSR semakin menjelang. Pada musim cuti yang lalu, saya berpeluang mengikuti perkhemahan pengakap di Gunung Jerai. Banyak acara yang disediakan untuk kami di situ. Antaranya ialah mencari harta karun, mengadakan latihan kecemasan dan mendaki gunung. Walaupun terasa penat, banyak pengalaman yang saya peroleh. Pengalaman-pengalaman ini membuatkan para peserta berasa seronok. Kami juga dibawa meredah hutan dan diajar mengenai pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat di situ. Dalam surat yang akan datang nanti, saya akan sertakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang perkhemahan. Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam mesra daripada saya. Yang benar, ------------- ( LUQMAN AZIZ )
  • 6. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Kamu tinggal bersama-sama kakak kamu di Bandar. Kamu ingin menyertai satu rombongan melancong ke Cameron Highlands. Tulis sepucuk surat kepada bapa kamu di kampung untuk meminta kebenaran dan meminta sedikit wang daripadanya. No. 9999 Lorong Ba, Taman Lintuk Pau, 25300 Kuantan, Pahang. 10 Jun 2005. Menemui ayahanda yang dikasihi, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ayahanda, Apa khabar keluarga di kampung? Anakanda berharap agar semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Anakanda dan Kakanda Rokiah di sini sihat-sihat sahaja. Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk meminta kebenaran daripada ayahanda bagi menyertai rombongan yang dianjurkan oleh sekolah anakanda pada bulan Julai nanti. Rombongan ini akan melawat beberapa tempat menarik di Cameron Highlands, seperti ladang teh, ladang ternakan lebah, dan ladang kaktus. Oleh yang demikian, anakanda memerlukan wang tambahan sebanyak RM 50.00 sebagai bayaran tambang, wang saku, penginapan dan juga makan minum selama berada di sana. Anakanda amat berharap agar ayahanda dapat memberi kebenaran serta mengirimkan wang yang anakanda perlukan. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada anakanda dan kakanda di sini untuk ayahanda sekeluarga di kampung. Sekian. Yang benar, -------------- ( JAMILAH )